The years immediately after the Second World War were critical in the remaking of Southeast Asian Society. Bangsa Melayu is an innovative study of politial idealogy in two related but distinct Malay communities in Peninsular Malaya and East Sumatra at this time of tremendous political ferment.
Buku ini memperincikan kegiatan politik orang Melayu di Tanah Melayu dan Sumatera Timur selepas perang dunia kedua hingga terbentuk Persekutuan Tanah Melayu dan penyatuan dengan Republik Indonesia. Buku ini melihatkan perbezaan perjuangan antara negeri-negeri Melayu di kedua-dua belah Selat Melaka. Iaitu tentang takrif bangsa, kebangsaan dan negara serta cabaran-cabaran menghadapi perubahan. Antara cabaran-cabarannya adalah perbezaan pandangan rakyat terhadap kerajaan, perubahan penyatuan daripada kerajaan kepada bangsa dan perubahan kedaulatan raja kepada rakyat. Setiap cabaran ini terdapat berbezaan antara negeri di Tanah Melayu dan Sumatera Timur walaupun terdapat beberapa ciri-ciri persamaan. Buku ini juga memperincikan dengan jelas takrifan-takrifan seperti kerajaan, bangsa, daulat dan negara menurut perspektif Tanah Melayu dan Sumatera Timur. Buku ini sesuai dijadikan rujukan ringkas tentang politik dan sikap berpolitik orang-orang Melayu.
Buku yang dibaca sempena sesi resensi buku Suri Membaca yang bertemakan Kemerdekaan.
Antara buku terbaik yang menceritakan tentang sejarah Bangsa Melayu dari zaman sebelum merdeka. Banyak fakta baru yang mungkin selama ini tidak pernah diketahui tentang bangsa sendiri.
Essential reading to understand the political developments that led to the Malaysia we know today. Ariffin's conclusion in the end is less than satisfactory in my honest opinion but how he came to that conclusion is whats important here