Kisah di dalam buku ini merupakan sebuah kisah dari pengalaman yang pernah dilalui oleh penulis ketika merawat pesakit.
Setiap kisah yang diceritakan akan diberi maklumat tentang jenis-jenis kesihatan mental yang dialami oleh pesakit. Percaya atau tidak, segelintir pasangan yang terlalu cemburu buta sehingga menuduh pasangannya berlaku curang juga merupakan salah satu tanda kesihatan mental tidak begitu baik.
Apa beza halusinasi dan delusi?
Delusi ini merangkumi 4 jenis dalam kamus psikologi; 🤕 Delusi Paranoid di mana pesakit percaya bahawa ada orang lain yang ingin mencederakan dirinya 🤕Delusi Grandiose di mana pesakit percaya bahawa dirinya mempunyai kelebihan luar biasa 🤕Delusi Nihilistik pula pesakit percaya bahawa organ2 tertentu sudah tidak berfungsi atau pemikirannya sudah tidak wujud. 🤕Delusi Rujukan ini pula yang sering terjadi kepada pesakit di mana pesakit percaya bahawa semua perkara merujuk kpd dirinya memberi maksud yg buruk.
Seperti delusi, halusinasi terdapat juga beberapa jenis seperti; 🤕Halusinasi Penglihatan di mana pesakit melihat sesuatu dgn jelas namun ia tak dpt dilihat oleh org lain. 🤕Halusinasi Pendengaran pula pesakit mendengar suara yg tidak dpt didengari oleh org lain. 🤕Halusinasi Pergerakan bermaksud pesakit berasa seperti sesuatu bergerak pd badannya.
Selain delusi dan halusinasi, ada juga beberapa penyakit mental dalam kamus psikologi yang dinyatakan di dalam buku ini. Sememangnya buku ini tidaklah berat untuk dihadam oleh pembaca kerana penulis mengisahkan setiap masalah dan jenis penyakit dengan begitu santai beserta contoh.
Seperti yang diharapkan dari siri buku Diagnosis. Tetap terhibur & penuh info.
Kali ini berkenaan penyakit yang berkaitan dengan mental pula.
Anda kena baca ini. Jadi selepas ini jika ada orang yang rapat dengan anda suka mencuri barangan anda jangan terkejut ya jika itu merupakan salah satu penyakit mental juga. Itu belum dikira lagiyang mempunyai keyakinan diri yang terlampau tinggi pula 😊
Topik psikiatri pada saya memang menarik. Bagaimana sains boleh membantu kita memahami misteri jiwa dan otak manusia? Saya mengharapkan kupasan lebih mendalam tentang jenis-jenis penyakit psikiatri dan simptomnya.
Gila ! Ko gila atau aku yang gila ? Semua orang punyai gila yang tersendiri...cuma menyedarinya ataupun tidak...Buku ini mengupas pelbagai jenis delusi yang berlaku terhadap sesetengah pesakit yang dirujuk ke hospital...
Terbahagi kepada dua orang penulis, cerita2 tentang penyakit melibatkan keaihatan akal ini mudah difahami oleh orang kebanyakan seperi saya. penulis bercerita tentang bagaimana diagnosis sesuatu penyakit itu dibuat serta kepentingan mengambil tahu sejarah penyakit pesakit. Info lebih lanjut tentang penyakit turut diselitkan dan sangat mudah difahami. Dari satu sudut, saya mengharapkan agar penulis menulis bagaimana reaksi keluarga/sahabat pesakit terutama bagi pesakit schizo. Buku ini, secara keseluruhan, walau nipis namun bermanfaat sebagai info asas untuk orang awam swperti saya dalam memahami kesihatan mental
‘Semua orang ada penyakit gila’, and yes that’s true ! Buku ini simple, sedikit boring sebab jalan penceritaan sangat straight forward tanpa mainan perasaan hahaha.. tetapi membawa banyak general info yang kita patut tahu pasal mental illness, simptom2 dan sikap pesakit mental illness itu sendiri.
Sambil baca, sambil self-screening ada tak simptom2 ni kt diri sendiri hahaha.. kalau ada jangan risau, tarik nafas dan cecepat dapatkan rawatan ya.. kita boleh juga tengok sekali ada tak simptom2 ni terjadi kat keluarga atau kawan-kawan kita yg terdekat..
Recommended untuk mereka yg nak tahu serba sedikit dan basic info pasal mental illness, lebih baik daripada google tak tentu hala kan.
Buku ini memberikan sedikit gambaran tentang rupa simptom-simptom penyakit mental dalam dunia sebenar. Saya mengharapkan lebih emosi. Tapi ye la, doktor kena objektif kot.
Satu perkara yang kurang menyenangkan saya; captionnya - "Semua orang ada penyakit gila."
Percayalah semua manusia ada penyakit gila sama ada ia thp yg berat atau tidak je. Buku ini buat diri fhm kerjaya seorang Doktor. Prosedur dan dll melibatkan bidang itu. Adakala lucu bila mcm2 ragam pesakit mental yg dijumpai. Kdg ada jugak check diri sendiri dgn simptom2 tu. Kalau x check mmg x sah😅 Paling x sangka ada penyakit2 yg baru tahu ia sebahagian dr mental. Fuh.. berbahaya.😥
I expect the writer to tell and write more about the mental illness and other uncommon mental illnesses in our society. Maybe they should hire a psychiatrist or clinical psychologist to write this book.
Buku ini bukan sahaja menceritakan kisah para pesakit psikiatri tetapi juga diselitkan fakta dan maklumat tentang penyakit yang didiagnos mengikut kitab DSM-5.