Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rahsia Bapa Viral Kebangsaan

Rate this book
Facebook bukan sekadar media sosial untuk kita berkongsi cerita. Sebaliknya, ia sudah menjadi platform bisnes, kerja-kerja komuniti, pertubuhan dan sebagainya.

Mempunyai jumlah follower yang ramai adalah salah satu sasaran setiap pemilik akaun. Ia bukan lagi semata-mata untuk mendapatkan perhatian, sebaliknya untuk meluaskan lagi capaian maklumat terhadap produk dan aktiviti pemiliknya.

Bagaimana mahu mendapatkan follower yang ramai? Apa strateginya? Apa tindakannya? Bagaimana untuk mengekalkannya? Susahkah? Atau senang saja?

Baca buku ini. Setiap strategi yang dikongsikan oleh penulisnya sudah terbukti berkesan apabila jumlah follower beliau semakin meningkat secara mendadak.

Facebook adalah 'business card' zaman ini.

114 pages, Paperback

First published February 24, 2017

3 people are currently reading
65 people want to read

About the author

Khairul Hakimin Muhammad

15 books68 followers
Dahulunya seorang mamat kilang yang kerjanya berdiri dan duduk membaca hal-hal orang lain.

Kemudian ditulis dan dikongsi di laman sosial.

Malamnya pula menjadi tukang masak. Acah-acah profesional dan berani membukukan pengalaman.

Jauh lewat malam, dia sambung menulis sesuka hati. Kau tahu, dia juga suka mengembara. Tengok orang, tengok budaya, makan-makan, juga suka sekali masuk ke kelas-kelas bahasa dan kelas masakan.

Kini menguruskan dan mengepala beberapa buah syarikat makanan dan perdagangan. Masih boleh menulis dan mahu meneruskan legasi penulisan. Hasrat sekurang-kurangnya ada 2 naskhah setahun.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (34%)
4 stars
33 (45%)
3 stars
12 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
April 4, 2017
Saya menamatkan bacaan buku ini dalam masa kurang dari tiga jam. Ya, kemahiran 'speed reading' atau bacaan kilat yang pernah saya pelajari dan baca sebelum ini saya aplikasikan dalam membaca buku ini. Tidak semua buku boleh kita guna kaedah ini.

Tujuan saya membaca buku ini kerana ingin merangka strategi untuk membangunkan sebuah page facebook yang saya baru buat.

Ya, saya juga antara ribuan follower Tuan Khairul Hakimin ini. Saya tertarik dengan gaya penulisan beliau yang tersendiri. Dan buku ini memang mendedahkan bagaimana beliau menyusun dan merangka setiap posting FB beliau sehingga mampu menjadi tular dan mendapat ramai pengikut.

Buku ini ringkas dan mudah, sekali baca sudah boleh faham apa yang disampaikan. Buku kategori self help yang bertujuan memindahkan kemahiran atau 'coaching'.

Sangat baik dan membantu. Tinggal bagaimana mahu aplikasikannya. Saya cuba walaupun tidak mungkin sama.
Profile Image for Incek Akim.
83 reviews9 followers
August 22, 2017
Bahan bacaan yang bagus, untuk menaikkan dan menjaga imej kita dalam media sosial.

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Lepas baca buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan ni, aku rasa macam nak baiki semula profile Facebook. Siapa tahu, kot ada rezeki, aku jadi orang terkenal suatu hari nanti, kan? Haha
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
March 15, 2017
Buku #17
Rahsia Bapa Viral Kebangsaan (Khairul Hakimin Muhammad)
Terbitan GUE.RIL.LA

Dalam dunia media sosial (di Malaysia), nama tuan Khairul bukan calang-calang. Posting-posting beliau kerap kali dibaca dan dikongsi oleh warga maya. Posting beliau bukan kosong, ada isi dan ada cerita.

Saya tidak bercita-cita menjadi pesaing beliau (amboi! perasan betul!). Menjadi viral (kemudian public figure) adalah sesuatu yang langsung tidak ada dalam senarai cita-cita. Saya beli buku ini kerana mahu tahu rahsia bagaimana beliau boleh menjadi Bapa Viral Kebangsaan. Mahu tahu strateginya. Mahu tahu dos & donts.

Mahu mencedok ilmu!

Hari ini, mungkin ianya tidak relevan dengan saya. Mana tahu esok lusa, saya boleh aplikasikan ilmu ini untuk sesuatu yang bermanfaat.

Yang pasti, rakan-rakan yang berniaga online sangat sesuai untuk menyimpan buku ini senaskah dua. Boleh dirujuk sekiranya sesuai. Tips tuan Khairul ini sesuai untuk semua, tapi banyak manfaat kepada peniaga di atas talian.

Tahniah tuan Khairul.


_______
Sharulnizam Mohamed Yusof
Bapa Empat Ha Kebangsaan

#bacaan2017sharul
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
May 27, 2017
Apa yang diperkatakan oleh penulis bukanlah sesuatu yang baru. Memang kebanyakannya dah sedia maklum - gunakan bahasa elok, masukkan punchline, tengok waktu post yang sesuai dan sebagainya Ada beberapa yang pernah saya guna. Ada juga beberapa maklumat baru yang menarik perhatian.

Yang bagusnya, penulis telah menyusun segala idea ini ke dalam sebuah buku dan disampaikan dengan penuh tertib.

Rahsia, bukan lagi rahsia!
Profile Image for D.
59 reviews1 follower
December 15, 2017
Buku ini sangat baik sebagai panduan membina 'personal branding' menggunakan medium Facebook. Bahasanya mudah, teknik diajar secara tersusun, dan cerita-cerita contoh yang diselitkan juga menarik.

Banyak ilmu yang dipelajari, inshaAllah akan segera diaplikasi.

Untuk buku yang menekankan penggunaan bahasa yang betul, agak sedikit terganggu melihat penggunaan 'University' tanpa italik. Moga cetakan seterusnya akan diperbaiki dengan italik, atau guna saja ejaan melayu 'Universiti'. Mohon perbetulkan sekali typo ejaan di muka surat 49 dan 64.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
February 3, 2018
Apabila seorang tokoh bercakap soal berkongsi 'rahsia' kejayaan, saya sangat skeptikal. Terutama sekali di era anjing makan anjing (maaf, saya tak pasti apakah versi BM buat frasa 'dog eat dog').
Maklum saja, beli buku tentang rahsia... kena tipu. Daftar hadir ke seminar untuk belajar... dijaja common sense (sedangkan yurannya mahal tahap celaka).
Dalam pada itu, apa yang dikongsi oleh penulis di sini adalah ilmu-ilmu bermanfaat dan boleh terus diguna. Ini contoh individu yang tak kedekut. Tuan Khairul Hakimin, saya tabik!!!
Teruskan berkongsi.
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
March 2, 2017
Buku yang sememangnya berkesan dalam memberikan panduan mudah dan step-by-step kepada pembaca yang berminat untuk mempelajari kemahiran untuk menjadikan post di laman media sosial FB mendapat ramai Likes dan Shares.
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
November 11, 2017
Saya baru sahaja menamatkan bacaan buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan (RBVK) yang sedang hangat meniti di bibir para aspiring writers di luar sana. Kesemua yang telah membaca buku ini meratib pujian kepada Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang telah berjaya berkongsikan ilmu pengetahuan serta pengalamannya kepada pembaca RBVK dengan penuh santai tetapi impaknya luar biasa sekali.

Deru semangat dan aura positif ibarat berebut-rebut meresap ke dalam setiap pembuluh darah tubuh, membakar teruja lalu melahirkan ilham demi ilham sepanjang pembacaan RBVK. Tak padan sungguh dengan nipisnya buku, tetapi pengajarannya amat berharga. Walaupun bukunya ringan sehingga tak terasa di saat kita memegangnya, tetapi ia berat, sarat lagi padat dengan ilmu tentang penulisan di media sosial.

Pendek kata, memang padu!

Dan buku ini memang saya sarankan buat semua orang, tanpa mengira status pembaca mahupun penulis. Buat pembaca, agar aura positif dapat menyerap ke dalam diri mereka untuk lakukan sesuatu itu dengan sehabis baik dan sepenuh usaha mereka. Dan juga buat penulis, agar karya-karya penulisan mereka di akan datang menjadi lebih umphh serta berkuasa melekatkan punggung membaca di tempat duduk ketika membaca!

Tak dilupakan buat diri sendiri, agar impian semasa kecil untuk menjadi seorang penulis tidak terkubur sebelum matinya jasad.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
September 7, 2017
Rahsia Bapa Viral Kebangsaan. Khairul Hakimin Muhammad. Guerrilla. 2017.

1) Buku ini mengandungi 116 mukasurat.

2) Apa yang ada di dalam buku ini ? Rahsia.

3) Nak tahu rahsia apa yang tersimpan dalam buku ini?

4) Kau kena baca sendiri. Kalau aku bagitahu nanti dah tak jadi rahsia.

5) Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
July 30, 2020
*Dibaca sekilas dalam perjalanan pulang berhari raya. Buku ini telah lama dibeli bersama buku-buku yang diniatkan untuk program dengan pelajar satu masa dulu.

————————————

Bagi yang ingin menjadikan Facebook sebagai tempat membina pengikut dan melakukan pemasaran dalam talian, buku ini memberi panduan yang mudah diikuti.

Pendek kata, kalau kita ikut satu-persatu langkah yang beliau lakukan, kemungkinan besar kita pun akan dapat mencapai kejayaan seperti beliau – sifirnya begitulah. Di samping mengambil kira faktor bakat dan rezeki yang menyebelahi seseorang, tentunya.

Menarik diperhatikan, kemunculan pengarang ini sebagai tenaga viral bukanlah sesuatu yang tercipta sehari dua.

Lihat awal hidupnya. Beliau pembaca. Bukan pembaca biasa-biasa juga. Beliau baca karya berat dan bermutu karangan Sasterawan Negara. Kemudian beliau terus membaca setelah dewasa, malah semakin banyak. Satu buku setiap minggu. Ini tegar.

Beliau juga memiliki strategi yang tersusun dan disiplin yang baik. Ada jadual khas dan membaca trend pengikut. Sebelum beliau membentuk strategi dan membina disiplin, beliau menuntut ilmu pemasaran dalam talian bukan saja di dalam negara, malah sampai ke luar.

Beliau juga suka mengembara. Pernah bertemu kata pujangga dalam buku yang lain, kalau ingin pandai berkisah, pergilah mengembara kerana semasa mengembara kau akan menemui hal-hal luar biasa yang tidak akan ditemui di tempat asalmu. Akan banyak cerita menarik boleh kaunukilkan.

Pada akhirnya, sesuatu yang kita capai berbalik kepada niat yang baik juga. Bagi pengarang buku ini, beliau ingin menabur manfaat kepada semua dan ini termanifestasi melalui pencapaian viralnya.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews7 followers
April 14, 2019
Membaca buku ini selepas menghadiri kelas beliau dan membaca PDF nota-nota beliau sangat memberi inspirasi dan panduan untuk memanfaatkan media sosial sebaiknya.

Niat pertamanya adalah ingin memberi manfaat kepada diri dan lebih ramai orang, kemudian harus dilebarkan menjadi platform menjana kewangan.


Buku ringkas tapi sangat praktikal. Tips-tips telah disusun dengan baik ditambah contoh-contoh yang telah membuahkan hasil. Bukan sembang kosong.

Ok jom kita cuba! Menulis dan berkongsi content yg baik.
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
February 8, 2019
Okay, buku ini bagus untuk kau yang nak tularkan perniagaan atau servis kau tapi tak tahu macam mana nak buat. Dia ada ceritakan dari macam mana nak lengkapkan profil awal kau dan langkah-langkah seterusnya. Haaa, buku ini sesuai untuk kau aplikasikan dalam Facebook je.
Profile Image for Pyan Hafiy.
3 reviews1 follower
June 9, 2017
Susunan tajuk dan perkataan yang menarik. Sangat membantu.
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
January 10, 2021
Antara tips yang dikongsikan di dalam buku ini adalah:

1. Empat kuadrant penulisan media sosial iaitu impak positif, fakta, bahasa dan emosi.

2. Penulisan menggunakan ejaan yang betul dan perkataan yang mudah difahami.

3. Pastikan penulisan kita memberikan impak positif kepada pembaca.

4. Tulis tentang perkara yang kita suka, mahir dan sudah buat semakan.

5. Fokus kepada 3 niche utama di dalam penulisan.

6. Sentiasa kemaskini bank draf cerita yang hendak dikongsi.

Buku yang sangat ringkas tetapi memberikan kesedaran kepada diri den untuk cuba menulis menggunakan ejaan yang betul serta membuatkan den terfikir tentang 3 niche utama yang den hendak kongsikan di dalam penulisan den di masa akan datang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ayu Cipie.
12 reviews
October 22, 2017
Saya antara ribuan pengikut Tuan Khairul. Buku ini yang keempat tulisan beliau yang saya sudah hadam.

Buku ini bersifat umum. Sarat dengan langkah-langkah dan tips. Umpama personal coaching. Beberapa contoh yang diberi menambah kefahaman teori asas.

Sangat bagus untuk semua pengguna media sosial untuk menambah nilai positif dan impak agar setiap status tang dimuatnaik menjadi manfaat.
Profile Image for Roslina Roslan.
66 reviews
October 31, 2020
Dalam buku ini penulis berkongsi teknik bagaimana beliau berjaya menghasilkan posting-posting viral di facebook yang mendapat puluhan ribu like malah banyak dishare oleh netizen.
Dengan bahasa yang senang difahami dan juga contoh-contoh yang diberikan, saya berpendapat buku ini sangat sesuai buat mereka yang berhasrat mahu menjadi tumpuan dalam media sosial, facebook secara khususnya.
Profile Image for Najiha Jaffar.
29 reviews2 followers
March 16, 2019
Buku ni menjadi panduan aku dalam menjual buku di facebook. Terima kasih penulis. Sangat berkesan, cuma, aku yang kadang2 tak istiqamah nak update. Yang mencari buku Indonesia-Malaysia tu, bolehlah tengok facebook aku. - https://www.facebook.com/kafekata.nj
Profile Image for Rara Aurora.
16 reviews
December 1, 2023
Buku ini memang sangat sesuai untuk bahan bacaan rujukan. Selain dapat belajar rahsia yang dibongkarkan penulis, pembaca juga dapat belajar cara memilih bahan bacaan yang diperlukan di samping dapat mengetahui asas penulisan yang baik.
Profile Image for Wan Fadhil.
3 reviews1 follower
March 8, 2021
Suka baca buku fizikal KHM. Tak prefer ebook yang pernah saya beli. Buku ni antara masterpiece
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
April 2, 2017
Rahsia Bapa Viral Kebangsaan ini merupakan buku yang berunsurkan tips untuk pengguna facebook tentang bagaimana cara menarik followers. Ada banyak tips yang diberikan bermula dengan teknikaliti profil facebook sehinggalah ke cara untuk membina stail penulisan di facebook.

Sekiranya anda ingin menambah bilangan likes dan juga followers di facebook anda, buku ini seharusnya dimiliki. Namun begitu aku tak dapat membaca sehingga ke mukasurat yang terakhir kerana terdapat masalah cetakan. Tapi tidak mengapa, sampai sahaja buku yang diganti aku akan sambung semula pembacaan yang tergendala.

***
Terima kasih Khairul Hakimin untuk tips-tips yang berguna ini!
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.