25 tahun lalu, kampus itu pernah dikejutkan dengan serangan Krampus. Budak-budak nakal akan mendapat ranting lidi dan batu arang sebelum nyawa mereka diragut makhluk itu – yang dikatakan bertanduk, bermata merah, warnanya hitam dan taringnya terjojol.
Kini, makhluk itu kembali untuk memburu mangsa seterusnya. Dani, ketua kolej yang baru, yakin bahawa kejadian itu merupakan satu agenda. Agenda apa? Dia pun tak tahu.
Dia cuma tahu ada agenda.
Kenapa makhluk tu kembali? Apakah dosa warga kampus itu sehingga mengundang kemunculan Krampus itu semula?
Dan adakah makhluk itu benar-benar wujud? Atau sekadar...
Sedang-sedang saja. Masih seronok dilayan di waktu senggang walaupun banyak yang aku abaikan.
Awan masih karya Sapit yang aku paling suka! (Ajaib tak baca lagi!)
2.50* untuk Kampus!
Membaca Kampus ibarat seperti aku sedang berbual dengan atuk. Kita memang tahu seorang atuk memang suka bercerita jika kita rapat dengannya dan kena dengan isu, keadaan, mood dan sewaktu dengannya akan perbualan kita saat itu. Selalunya mereka akan bercerita mengenai kisah yang mereka sangat sukai. Pada mulanya kita akan sangat teruja untuk mendengar kisahnya. Tetapi semakin lama adakalanya kita akan abaikan dia sejenak walaupun raut wajah kita saat itu sedang berkerut untuk membuktikan yang kita masih fokus terhadapnya walaupun itu hanya tempelan semata-mata. Kemudian kita akan perlahan-lahan cuba untuk mencari semula keterujaan yang telah hilang tadi. Apabila atuk sudah mulai penat bercerita, dia akan tamatkan kisahnya dan dia akan cakap, nanti kita sambung lagi ya cu. Dan saat itu, kita berharap agar cerita atuk yang seterusnya akan lebih mengujakan.
Penulisan Sapit semakin matang. Idea juga semakin boleh tahan! Tapi Sapit tetap Sapit. Bahasa rojak (sebut santai), persahabatan, budak yang ada dan macam gay, falsafah ringan dan agak annoying serta beberapa benda lain lagi tetap ada buat setakat ini. Tapi takpe kut. Sebab dia tetap akan ramai fangirls yang sanggup beratur minta autograph dia walaupun dia tetap jadi Sapit yang dulu dan selamanya di dalam penulisannya yang santai dibaca.
Apa-apa pun, Kampus masih seronok dan boleh dihadam dek minda. Cuma mungkin aku jamah cerita ini tidak tepat pada masanya. Mungkin akan dibaca semula di suatu hari nanti.
Apa-apa pun kalian cubalah. Mana tahu kalian akan menyukainya.
Kisah mengenai pelajar universiti yang menyiasat kes pembunuhan.. Memang menarik sebab misteri, penyiasatan dan pembunuhan diselitkan dengan lawak tanpa jangka.. Watak-watak dalam buku ini sangat menghiburkan.. Penulis pandai bermain dengan kata dan mampu memberikan ekspresi yang tak dijangka pada Sha yang membaca.. Dani dan Haziq, dua watak yang menyiasat dan saling tuduh menuduh siapa dalang sebenar.. Dalang yang tak siapa pun sangka memang dekat dengan mereka..
Bilangan bintang tu bukan sebab tak best. Citarasa orang lain-lain.
Penulis memulakan cerita dengan kisah serangan Krampus yang terakhir 25 tahun lalu. Di pengakhiran cerita ni, kita dapat tau apa motif Krampus membunuh dan cara dia pilih mangsa.
CHARACTER
Banyak karakter rupanya dalam novel ni. Watak utama Dani kot sebab dia ketua kampus. Pembinaan watak macam dalam novel Gantung dan Kacau. Tak sangka sebab ingatkan nak guna acuan tu untuk plot je. Watak sekali. Novel ni ada gambaran remaja bebas bersosial macam Gantung cuma mujurlah tak terlalu in detail. Thanks haha. But seriously though, thanks.
PLOT
Plot bergerak dengan laju. Seorang demi seorang mati sampai saya pun sebenarnya dah lose track :- watak mana yang dah mati? Siapa suspek ni? Siapa yg ada motif paling kuat? Wait... ada berapa orang watak dalam novel ni? Mungkin saya saja yang rasa novel ni terlalu laju tapi yang pasti saya dah tak kisah dah siapa yang nak mati. Baca dengan tak ada perasaan dan nak tau siapa Krampus. Itu sahaja. Aspek emosi tak di-show banyak dalam novel ni dan itu yang banyak tolak bintang. Saya jadi macam:- Oh dia mati pulak dah? Okay, next. It felt dry somehow (it's just me)
OVERALL
Sesuai untuk bacaan santai. Sesiapa yang suka baca novel tanpa ambik kisah pasal emosi dalam penulisan dan karakter, mungkin lebih suka buku ni.
Tahniah dan terima kasih buat penulis atas naskhah ni.
Sampai ke sudah tak ada bayang atau klu siapa Krampus tu??? Penat tau baca rasa macam rushing nak tau siapa. Aku sampai jadi lupa nama-nama watak dalam cerita ni.
Dani dan Haziq, aura nak jadi detektif tak bertauliah. Suka main tuduh pada siapa2 dengan bukti yang tak seberapa tu je.... Ingatkan nak jadi couple, tapi nasib baik stay as brothers. Abang polis pon santai memang patut panggil bimbo. (join pillow talk dan join mandi kat swimming pool)
Ada logik dan tak logik tapi abaikan je la, diorang study apa pon aku tak tahu. Yang aku tahu sorang2 mati dek Krampus.
Cerita yg sangat best. Gaya bahasa yg buatkan kita rasa kembali pada zaman remaja. Memang sempoi habis. Seronok betul main teka-teki siapa sebenarnya si Krampus ni. Adegan penyiasatan yg light dan tak menyerabutkan otak sangat dengan fakta-fakta. Very interesting!
Mungkin sy akan beri bintang penuh kalau lastnya tak de tergantung dan buat sy tertanya-tanya tentang pertemuan Dani dan Haziq bersama dua orang budak tu. Lepas tu masa Daud ternampak Krampus di rumah dia tu. Serius asyik terfikir-fikir je dengan dua scene tu. Hopefully ada sambungan macam trilogi Ajaib.
An okay enough thriller. Not solid, but okay enough.
Seperti biasa, Syafiq Aizat menggunakan formula yang sama dengan watak-watak yang witty dan mempunyai inner conflict serta hubungan adik-abang-kawan yang kuat. Nothing new, but it does work.
Suka. Walaupun cerita thriller, misteri tapi kelakar. Kelakarnya tak try hard. Penceritaan yang menarik. Sentiasa ada hook untuk grab pembaca punya curiosity untuk terus baca. Sampai hujung rasa clueless siapa pembunuhnya. Kira berjayalah buat orang tak boleh nak expect siapa.
A good story with good storyline. Never expect that the one who did all of that is that person. However, i don't really into the language and style of writing the writer used. The character's way of living also not that interest me. Like, does the university student really lives like that? If i can add anything, i think that the way the people die can be more sadist and described precisely using good words and description. That's all. Oh, and i like the way the writer mentioned some of other writer's book such as Gantung and Kacau. I also like some of the punchline even most of them too bland.
Kampus adalah satu lagi garapan yang menarik daripada Syafiq Aizat selepas Ajaib, Awan dan Aksara. Sebelum membelinya aku sangat berharap buku ni bukan sambungan Trilogi tersebut, ternyata aku betul.
Syafiq Aizat mulakan satu cerita baru with a fresh idea. Berkisar tentang sekumpulan pelajar universiti yang dikuarantin di sebuah kolej kediaman, setelah berlakunya satu episod pembunuhan melibatkan rakan satu kolej kediaman mereka. Mitos Krampus ditimbulkan dimana kisah makhluk Krampus itu pernah menghantui pelajar universiti tersebut beberapa tahun dulu. Kini, tragedi berdarah berulang kembali. Kematian demi kematian berlaku saban hari tetapi misteri makhluk Krampus tersebut belum juga terungkai. Mereka percaya bahawa ada seseorang yang menyamar sebagai Krampus. Siapa? Boleh jadi sesiapa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Mungkin pensyarah, mungkin polis yang bertugas, mungkin rakan sebilik. Terlalu banyak kemungkinan.
Aku bagi 4 bintang. Satu bintang kurang sebab aku tak expect penulis akan bring up again the homo things dalam cerita ini yang terlalu banyak. Mungkin penulis ingin sampaikan how 'brotherhood' is tetapi aku nampak ianya lebih kepada homo instead of brotherhood. Dan benda ni dah terlalu banyak dalam Trilogi Ajaib. Aku bukannya homophobic tetapi cukup-cukup la dalam Trilogi Ajaib je.
Apa-apa pun Kampus memang menarik dan best. Really recommended! Penutup cerita juga menarik sebab ada cameo dari Fa'iq dan Izwan.
Cerita thriller tapi entah la rasa macam tak berapa nak thriller. Banyak sangat watak & banyak sangat yang mati berturut2. Orang sekeliling pulak buat macam tak kisah, macam takde apa yang berlaku & macam takde perasaan.. terus rasa kurang feel sikit.
Then masing2 tak habis2 tuduh orang itu ini dengan bukti2 yang tak kukuh, benda tu buat rasa macam tak serious langsung cerita ni, macam main bunuh2 je. But still rasa curious tu still ada la sebab nak tahu apa motif pembunuh & siapa pembunuh sebenarnya.
Bila sampai part last tu terus rasa confuse balik. Kenapa Dani & Haziq jumpa Hasra yang entah siapa tu dengan si budak sekolah dua org tu? Dan kenapa tiba2 masih ada krampus lagi yang kacau Daud last sekali?
Yeah, quiet a good book aside from Videotape and Gantung (masterpiece). If you guys love the thriller genre, I wouldn't mind to suggest you this book. For me, personally, I will have to say if the author used to explain more about torturing the characters before they died, it will be more interesting.
Mmg awesome jalan crita...smpai aku xleh agak siapa Krampus tu smpai penghujung..dlm masa 2 hari je aku hbiskan..pergh...keep it up! *sama tp x serupa dgn penulis Fixi Ariff Adly :D
Aku tak sempat baca Aksara lagi, maknanya buku last yang ditulis sapit yang aku dah baca ialah Awan, yang aku sangat gemari. Dan mungkin sebab itulah aku meletakkan expectation yang tinggi pada Sapit untuk mengeluarkan buku2 yang sama taraf puasnya dengan Awan.
Dari prolog saja pun aku tahu yabg aku mungkin ada masalah dengan buku ni. Aku paling pantang kalau aku baca buku yang nama watak2nya semua menggunakan huruf depan yang sama. Daud, Dani, Dean. Samad and the geng. Aku rimas dan cepat konfius sebab tak boleh nak bayang which is which. Tapi, yalah, mungkin itu masalah aku jelah kan.
A good fiction book is a book containing characters that we care deeply about and bila aku baca sampai setengah buku ni, aku perasan yang aku tak ambik kisah pun apa akan jadi pada watak2 dalamni, siapa Krampus tu sebenarnya. Yang aku kisah cuma budak dua orang tu betul gay ke tak. Tu je.
Tapi tak semuanya aku tak suka pasal buku ni. Buku ni sarat dengan humor dan sarcasm yang kadang2 akan buat kau 'lol' sendiri.
Oh, buku Gantung dan Kacau disebut dalamni. Adakah itu disengajakan oleh penulis dalam memberi bayangan pada pembaca yang mereka akan berkolaborasi dalam menghakimi sayembara fixi? Hmm..
Anyhow, korang try je buku ni. Mana tahu aku sorang je rasa macamni kan.
Sekumpulan Pelajar yang belajar disebuah universiti swasta telah digemparkan dengan sesuatu kejadian yang pelik dimana ada makhluk yang giat membunuh pelajar-pelajar disitu. Sebelum kejadian itu berlaku, dani salah seorang pelajar tersebut telah membuat kajian tentang makhluk yang bernama 'Krampus'. Banyak kejadian yang berlaku dari Universiti tersebut yang Dani ingin membongkar. Selepas Dani mengbongkarkan kisah 'Krampus', makhluk tersebut kembalik menyerang pelajar-pelajar yang berada di universiti tersebut.
Sejujurnya novel ini sangatlah banyak 'redflag' yang membuat saya tidak mahu meneruskan membaca dan ingin tahu siapakah krampus sebenarnya dan kenapa dia membunuh pelajar-pelajar tersebut tanpa sebab. watak dani harap ditulis semula sebab terlalu 'over' sehingga membuat saya meluat dengan wataknya. Saya tahu fixi lebih terbuka dalam penulisan tapi kalau boleh kurangkan sebab benda-benda begini agak membuat 'spoiler' atau membuat pembaca rimas. Jalan cerita sangatlah okay tetapi terlalu banyak kejadian-kejadian yang tidak perlu didetailkan. kalau boleh kurangkan agar pembaca tidak bosan. Banyakkan situasi yang lebih cenderung kepada penyelesaian masalah.
Awal permulaan cerita ni memang best and menarik tapi bila kita keep on reading it dia jadi semakin bosan. Dengan watak yang terlalu banyak pastu I tak boleh ngam dengan gaya penulisan yang terlalu messy for me, dia macam buat cerita ni jadi lagi serabut faham tak ? Although I must say that I'm shocked bila tahu who's the real person behind the 'Krampus' thing.
Watak utama cerita ni iaitu Dani, ya ampun he's annoying. Not to mention, his friends too. Antara sebab kenapa I rasa jengkel dengan watak dia is because dia gila seks. Pantang nampak perempuan terus ajak make out (even with perempuan bertudung), turn on and other stuff like amende mamat ni ? Hmm for the thriller part pula, I'm not that thrilled pun since everything happened so fast.
Gaya penulisan dan jalan cerita semakin matang. Twist yang sangat berkesan. So Syafiq Aizat, you deserved 5 stars.Saya harap ada sambungan untuk Kampus.
Syafiq Aizat strikes again with new series. If anyone nak baca untuk dapat feel sama dengan Siri ajaib, oh dear this one tkde langsung vibe tu. Kali ni, berkisarkan anak muda remaja kat alam universiti. To be precise, sorority life. Sometimes dah rasa macam cult pun ada, lagi alumni lama tu. And nakal diorang ni semua sampai tak boleh bawa bincang. Nasib baik author ada mention inspired by Gantung kalau tk dah kena label Kampus ni copy banyak dari Gantung.
Instead author fokus kat monolog mc mcm siri Ajaib, buku kali ni lebih fokus kat surronding and world building. To be truth, pretty interesting. Ada Part saspen dan scary tu juga. Tapi yang kurang bestnya, author nak kekal misteri sangat the real killer sampai clue hampir secebis pun takda and last last baru info dumping. Tak adil ah, nak juga rasa selesaikan sekali misteri tu (or i’m too dumb tak perasan clue tu).
And hey, ada certain cameo di belakang and i’m glad we met them again !
Buku ni sesuai untuk yg nak rasa sorority life, suspend, mystery and maybeee a bit bromance.
If you're looking for a book to enjoy in your free time or take a break from stressful days, this is a great option!
Thriller Commedy. Lawak² budak kampus. Lawak² santai dan sempoi, yang banyak kali jugakla buat aku tergelak baca buku ni.
Cerita pasal krampus di sebuah kampus yang menghantui penghuni-penghuni blok A. Siapa penghuni blok A? Semestinya budak² atau terdiri daripada pelajar² Elite. Bila sebut elite bukan sebab cemerlang dalam pelajaran atau budak sukan. Tapi elite in terms of anak² orang kaya yang hidupnya mewah, maka di kampus juga mereka hidup dalam dorm mewah. Budak² nakal kat kampus.
Tapi elite nya budak² ni still tak buat jalan cerita jadi cliche. Anak² orang kaya buli orang lain bla bla bla. Sebab dalam cerita ni mereka yang "kena". Kena apa? Kena bacalah geng.
Aku suka jalan cerita buku ni dari awal sampailah epilog. Everything digarap baik oleh penulis sampai blh habiskan in a one sitting. Memang hook pembaca untuk duduk dan baca.
Dani is a narcissistic idiot and I say that affectionately. I ship him with Haziq, who cares what's canon.
Plotwise, it's a bit haphazard, what's with all the random blaming without concrete evidence. But, it's funny and witty, enjoyed it immensely. And the mindless killing was exactly that, mindless. Meh.
Sekumpulan student U menyiasat kes pembunuhan, menarik! terus teringat zaman-zaman belajar dulu maca-macam kerenah kawan-kawan sekeliling. Boleh baca novel ni dalam versi ebook je beli di https://www.e-sentral.com/book/info/9...' sambil-sambil lockdown tu boleh lah buat bahan bacaan ringan.
Bila baca sinopsis Kampus. Terus teringat cerita Krampus. Cumanya, kampus ni versi Melayu la. But it's okay as long as hanya konsep saja yg di guna pakai oleh penulis dan bukan la dia copy paste keseluruhan cerita. For me personally, ika suka dengan watak utama dalam buku ni. Dani dan Haziq. Karakter Dani yang naughty atau lagi best dicop sbg bad boy. Anak org kaya yg tak disenangi ramai org. Haha. Dan Haziq pulak budak law yg pandai berdebat. Dua watak ni jadi sangat ngam bila together. Terhibur dgn gelagat ala ala Detective Conan dieorg dua sebab ada saja teori dieorang pasal kes bunuh dekat kolej tu. Sorang sorang kena bunuh sampaikan kita sendiri kadang berubah fikiran bila baca teori si Dani dgn Haziq. Confident menuduh haha.
Oh ya. As long as korang fokus utk baca cerita dan kenal karakter. Takda masalah utk korang habiskan buku ni and enjoy baca. Watak dia banyak jugak kalau diikutkan. Yang diflashback 25 tahun lepas dgn yang masa kini.
Overall, sebuah karya yg masih blh dibaca waktu santai. Siapa yg suka buku ala ala penyiasatan. You should read this. Kalau mahu. Citarasa org kan lain lain hee. ✌🏻
Salah tekaan sis siapa Krampus tu. Unexpected lar sikit. Summary review : 1. Teganya pihak U sembunyikan mayat lama² pastu tak inform pihak family? Pastu sian mayat² tu, lambat dikebumikan, terseksa. Takkan mak pak setiap famili tu tak hairan anak² diaorang diam ja, betul² jenis tak ambil tau hal anak ke ni? 2. Perangai si Dani ni, nauzubillah. Nampak perempuan cantik ja nak ajak romen! Sabar je lar. Direct plak tu. 3. Teruk sangat U tu, suka suki boleh berzina kat mana². Dean style buat dalam kelas, yang lain siap boleh bawa balik bilik asrama mewah diaorang. Dah macam U tempat mat saleh ni. 4. Sape Hasra tu dengan 2 orang budak tu? Aduh...nape tergantung ni? 5. So Daud mati juga lar akhirnya? Sian Daud. Nasib sempat taubat. Hehe.
This entire review has been hidden because of spoilers.
The joke about sex is getting disgusting and annoying.. the gay jokes tho lagi la like sumpah this gay jokes makes me wanna be homophobic and the fact that Haziq and Dani tried making out but it didn’t work out for them.. BRO NO STRAIGHT PERSON WANNA TRY MAKING OUT WITH THE SAME GENDER.. U MIGHT BE BISEXUAL AND KISS THE WRONG DUDE BECAUSE THE INTENTION IS STILL THERE. The fact that this dani keep on accusing orang lain sana sini but still last last ko salah jugak. Like stupid ko diam la spoiled brat acah pandai haram tul
I could close one eye with the mentioned of sex and gay stuff if the content is good but then whats the point kalau the content is just full of dani blaming and accusing others while at the end… theres still killer on the loose???? Like KESIAN DAUD MY MVP
Ni karya Syafiq Aizat yang ke-4 aku baca . Seriously yang ni aku baca mendahului Aksara karya ketiga beliau yang dimuatkan dalam trilogi Ajaib .
First of all....ini karya yang dalam menduduki tempat ke 6 dalam top 9 . Yes aku bagi buku2x fixi aku kedudukan . Yang tertinggi ialah Gantung by Nadia Khan . Nuf'said....buku ni tak semenarik karya sebelumnya . Yang menariknya ialah kesempoian penyampaian cerita . Aku tabik kat dia ni sbb dgr2|2x dia muda dari aku .
Aku tak expect la ending dia sbnrnya . Lagi satu Hasra dalam cerita ni macam Kanda Hasra dalam trilogi Ajaib kedua Awan . Sama ke ? ke itu cuma andaian aku ?
Buku ini boleh dikategorikan di bawah 'comedy thriller'. Unsur-unsur 'dark humor' juga banyak digunakan. Sangat menghiburkan. Dah lama saya tak ketawa dengan begitu kuat disebabkan sebuah buku.
Plotnya tak terlalu rumit dan setiap 'chapter' pendek-pendek sahaja; membuatkan saya senang untuk menghabiskan buku ni dalam masa kurang dari 24 jam.
Kalau anda inginkan sebuah buku thriller yang tak terlalu serius, this is the one to pick up.
First of all, aku nak cakap yang aku suka dengan Dani punya character development. Ya, Dani memang heartless, harsh & super rude tapi as the story goes on, ada banyak benda yang berlaku yang membentuk character Dani.
Cumanya waktu perlantikan AJK Blok A tu lah yang agak blur sebab banyak sangat character baru muncul sekaligus, tapi tu semua langsung tak effect aku punya reading experience.
Thriller. Selain dari berlaku pembunuhan, hint of 18SX ada sama macam buku Trilogi. So please, kalau nampak budak2 bawah umur baca buku ne, sila rampas ya.
Buku ne lain sikit dari Trilogi, takde kaitan tapi akan bersambung di Anomali.
Plot twist ni memang seolah-olah darah daging penulis. 4buku ni memang full dengan plot twist yang susah untuk diterima akal. Tapi tetap best!