Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hipster Hartanah

Rate this book
Benarkah kita tidak mampu membeli rumah? Sebenarnya, kita takut nak beli rumah bukan sebab tidak mampu, tetapi kita tidak tahu caranya. Apabila ada ilmu, keyakinan akan datang kemudian. Ilmu pelaburan hartanah dan ilmu pengurusan kewangan perlu seiring. Kedua-duanya perlu untuk memiliki sebuah rumah.

Semakin lambat anda beli rumah, semakin banyak peluang yang anda terlepas. Dahulukan mana yang patut didahulukan. Kalau belum mampu nak beli rumah bertanah, tidak salah mulakan dengan flat atau apartmen dahulu. Ingat ini, rumah impian tidak semestinya rumah pertama anda.

Tak perlu nak acah-acah HIPSTER sangat bab-bab makan candle light dinner, jubah mahal gila, kereta import, motor berkuasa tinggi, tudung eksklusif dan gaya hidup metroseksual itu. Beli sahaja rumah banyak-banyak di awal usia, sudah tentu anda adalah HIPSTER HARTANAH.

Selepas baca buku ini, anda tidak akan menyesal untuk beli rumah walaupun untuk duduk sendiri. Percayalah! Anda akan belajar cara yang betul untuk dapat keuntungan daripada pembelian dan pelaburan hartanah khas untuk anak muda. Ayuh, mulakan langkah pertama anda sekarang!

240 pages, Paperback

First published March 1, 2017

7 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Harith Faisal

3 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (29%)
4 stars
24 (39%)
3 stars
16 (26%)
2 stars
2 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Muhaimin Safaruddin.
Author 14 books21 followers
July 20, 2020
Buku bergenre kewangan yang kedua saya baca setelah buku Bajet Power, juga daripada pengarang yang sama.

Oh ya, saya telah membeli kedua-dua naskhah buku ini bersekali pada tahun lalu (2019); tahun yang saya kira sebagai tahun 'suntikan hidayah kewangan' bagi diri saya secara peribadi. Heh.

Apa yang boleh saya katakan, naskhah ini amat berguna dalam memberikan gambaran asas kepada anak muda mengenai dunia hartanah yang tampak mustahil untuk dimiliki seawal usia belia.

Namun begitu, dengan beberapa panduan, kaedah, dan cara yang kena pada tempatnya, perkara yang seakan-akan tidak boleh dicapai ini sebenarnya boleh diatasi.

Tinggal lagi atas diri kita sama ada mahu benar-benar belajar untuk lebih meningkatkan keupayaan diri atau sekadar berpuas hati dengan apa yang kita ada kini.

Terima kasih banyak sekali lagi kepada tuan penulis Harith Faisal! Semoga terus diberikan kegigihan oleh Allah dalam memberikan pendidikan dan kesedaran kewangan sebaiknya kepada anak muda dan belia!
Profile Image for Mardhiah.
85 reviews6 followers
September 16, 2017
-Untuk yang nak tahu pasal hartanah
-Sesuai utk anak-anak muda, àdik2 yg dh nk habis belajar dan bru grad
-Tapi tak terlambat utk yg masuk 30-an atau yang baru berjinak-jinak dgn hartanah ikut tip-tip untuk membeli rumah pertama dan memulakan pelaburan hartanah
-Jawapan kepada persoalan hartanah dan pengurus kewangan yg mudah
-Motivasi
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
March 13, 2019
Bacaan santai penambah ilmu tentang bagaimana anak muda boleh menceburi bidang pelaburan hartanah dan membeli rumah pada usia yang muda. Buku ini sangat membantu khasnya golongan anak muda untuk menambah baik status kewangan seawal memasuki alam pekerjaan untuk persediaan masa hadapan. Highly recommended !
52 reviews3 followers
March 19, 2018
Nice book for newbie in property investment, managed to open up my mind towards better financial management in future. Better late than never.
Profile Image for Azzan Aznan.
36 reviews
March 30, 2020
Tulisan yang santai, cukup untuk membuka minda dan bagi gambaran awal psal pelaburan hartanah
Profile Image for Farhan Ibrahim.
22 reviews1 follower
July 2, 2020
Penjelasan mudah dan ringkas tentang pelaburan hartanah. Menggunakan laras bahasa yang mudah difahami dan hampir dengan jiwa orang muda memudahkan ianya untuk difahami
Profile Image for Muhammad Fadzil.
9 reviews
August 16, 2021
A good book. Author highlighted few strategy to readers how to get their first house. Even I am not Fans of his strategy, but a good strategy for the beginner.
Profile Image for Miina00.
27 reviews
February 5, 2022
Tak ada beza sangat dengan karya-karya yang lain oleh penulis.
Namun buku yang sangat berguna untuk yang baru fikir nak rancang kewangan.
2 reviews
May 17, 2018
Pros
1. Kenali kewujudan dan pengetahuan asas ASB, loan rumah, jenis loan dan lain-lain.
2. Penyampaian yg jelas dan direct to the point. Imej, table dan figur membantu pembaca memahami lebih dalam.
3. bagus utk mereka yg mahu mengenali platform pengurusan kewangan seperti ASB buat kali pertama.
4. Ringkas dan padat.
5. Lebih padu dan padat dan praktikal berbanding buku Azraei Muhammad

Cons (not really)
1. Penjelasan yg tidak seberapa mendalam. Namun, buku yg bagus bagi para beginner.
2. Kompilasi ringan dari pengalaman penulis. Namun, memberikan inspirasi kpd saya yg mahu mencuba platform pengurusan kewangan yg ada di luar sana.
3. Saya mahu penjelasan yg lebih mendalam dan banyak persoalan belum terjawab melalui buku.
Profile Image for Naufal Shah.
16 reviews14 followers
September 16, 2018
Bagus untuk anak muda yang baru nak masuk alam pekerjaan. Buka ni berjaya sedarkan pembaca supaya berbelanja pada keperluan, bukan kehendak. Hipster bawa kereta import, makan di restoran mahal setiap minggu? Lagi hipster kalau umur 20-an tapi dah ada rumah semdiri. Ha!
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.