Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tafsir Al-Azhar #6

Tafsir Al-Azhar Juzuk 6

Rate this book
Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan teliti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

448 pages, Paperback

Published February 1, 2017

2 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Hamka

105 books1,087 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (85%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mohd Fast.
48 reviews
October 8, 2020
Tafsir dalam juzuk 6 kebanyakkannya menceritakan Nabi Isa as. Mengupas tentang kepercayaan Kristian mengenai Jesus.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
May 18, 2021
Juzuk yang menarik kerana sebahagian besar dari pengakhiran surah An-Nisa adalah mengenai firman Allah dalam menegaskan dan memperbetulkan pegangan kaum Nasrani & Yahudi terhadap Nabi Isa as.

Pentafsir menerangkan dengan panjang lebar berkenaan kekeliruan dan ketidakseragaman bukti bahawa Nabi Isa yang sememangnya disalib, seperti yang diperkatakan oleh penganut Kristian. Kerana ini adalah pegangan utama agama Kristian moden. Pegangan yang timbul lama selepas Nabi Isa 'wafat'.

Perbandingan dari pentafsir ini dibuat dengan membandingkan firman Allah dari Al-Quran dalam surah An-Nisa ini, dengan petikan dari kitab Injil Perjanjian Baru; iaitu hasil tulisan 4 orang yang berlainan (Matius, Marcus, Lukas dan Yahya [Yohannes]), serta Injil Barbara & Mazmur (kitab Zabur), yang dikira sebagai Perjanjian Lama. Perbandingan yang sungguh komprehensif dan membuka mata. Fakta yang memang tidak dapat dinafikan buat Injil-Injil dari Perjanjian Baru, dimana fakta dari keempat-empatnya sangat tidak konsisten dan penuh dengan unsur Israilliyat / tambahan.

Di penghujung surah Allah menegaskan mengenai betapa salahnya konsep triniti yang dipegang oleh kaum Nasrani selepas zaman Nabi Isa, yang mana itu hanyalah tanggapan mereka.

Secara keseluruhannya, surah An-Nisa ini bolehlah dilihat sama seperti surah Al-Baqarah & Al-Imran sebelumnya, surah-surah Madiniyyah dan surah-surah utama dalam Al-Quran dimana ianya banyak membicarakan mengenai tatacara hidup bermasyarakat dan bernegara. Surah yang banyak menghuraikan hal-hal fikah & ibadah secara teknikal bagi memastikan perjalanan negara Islam itu dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Bagi surah Al-Maidah (Hidangan) seterusnya, perkara yang sama boleh diperhatikan. Surah yang diturunkan di Madinah, dan banyak membicarakan hal-hal fikah yang teknikal bagi membolehkan sebuah negara Islam berfungsi sebagai sebuah negara Islam.

Surah ini juga menjadi surah yang penting kerana ianya menjadi surah yang terakhir dilengkapkan oleh Allah buat Rasulullah, dengan turunnya ayat penting yang amat popular ketika Haji Wada' baginda. Dengan lengkapnya wahyu dari Allah yang diturunkan kepada baginda ini, bermakna telah lengkaplah ajaran Islam yang telah baginda bawa selama 23 tahun itu.

Surah ini pertamanya telah menceritakan perihal daging yang halal dimakan oleh umat Islam, daging dari sumber yang mana boleh dimakan, serta daging yang jenis mana boleh dimakan sewaktu darurat.

Sejurus itu urusan nikah kahwin serta kebersihan diri juga dinyatakan. Dan bagaimana pentingnya berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Hampir sama seperti yang diterangkan di dalam surah An-Nisa. Kesimpulan ringkasnya, surah ini sama juga seperti 3 surah awal sebelum ini, dimana terdapat banyak ayat yang berkaitan fikah & syariat untuk bernegara Islam. Hukum membela anjing, lagi keterangan berkaitan wuduk & tayamum, hukuman buat pencuri & syarat-syaratnya, serta banyak lagi.

Allah ada mengingatkan Nabi di dalam surah ini mengenai tanggungjawab dalam menyampaikan risalahnya, bahawa jangan disembunyikan langsung apa yang telah diamanahkan oleh Allah. Perlu disampaikan semua, hatta teguran kepada Rasulullah sendiri. Bahawa jika kita sebagai Muslim di masa kini, apatah lagi jika menjadi pemimpin, perlu juga menyampaikan dengan cara yang sama seperti Nabi. Bukannya menyampaikan ajaran Islam yang menyebelahi & menguntungkan kita, namun mengabaikan apa suruhan yang menghalang & merugikan kita.

Juzuk berakhir dengan Allah menjelaskan bagaimana jika ada juga manusia yang bukan beragama Islam, tidak kira sama ada Yahudi, Nasrani mahupun Majusi, namun jika mereka mengakui tentang keesaan Tuhan serta dapat menjalankan hukum sebenar Injil & Taurat, mereka tetap diterima amalannya oleh Allah. Jika mereka berpegang pada ajaran Nabi Musa & Nabi Isa yang sebenar tentunya, bukan versi agama itu yang kini.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan setakat separuh surah ini, surah Al-Maidah ini adalah pelengkap kepada surah An-Nisa secara harfiahnya. Sama keadaannya seperti surah Al-Baqarah & Al-Imran. Keterangannya saling melengkapi.

Ini menguatkan lagi keimanan kita dengan hanya melihatkan kepada susunan surah di dalam Al-Quran ini, dengan apa yang diajarkan malaikat Jibril kepada Rasulullah bahawa ianya bukanlah dibuat secara tangkap muat sahaja. Semuanya adalah atas ilham Allah kepada malaikat Jibril. Penuh hikmah disebalik susunan surah-surah Al-Quran ini. Antara mukjizat Al-Quran lain yang terserlah tentunya.

Bersambung di Juzuk 7.
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
August 16, 2023
Antara perkara yg melekat dari pembacaan:
1. Betapa bahayanya bila iman didasarkan kepada pihak berkuasa agama (pendeta dan rahib). Wajar untuk kita berusaha dalami alquran, amal dan sampaikan isinya kpd sekalian manusia. Apa yg berlaku kpd Yahudi dan Nasrani, kitab asal sudah tiada. Taurat dan Injil yg wujud skrg cuma hasil ilham yg diberi approval oleh pihak berkuasa agama mereka.
2. Mungkin kaedah sembelihan binatang kita boleh ditambah baik. Perkongsian penulis tentang kaedah sembelihan yg diamalkan di negara luar lebih bersikap ihsan kpd binatang.
3. Jangan melihat yg baik² utk Islam, sedang yg tak baik buat Yahudi dan Nasrani. Hakikatnya, alquran datang sbg pengajaran buat umat Islam. Jangan hanya mengaku Islam tapi tidak terus baiki diri. Kita risau sekiranya kita semakin mengikut jejak Yahudi dan Nasrani tanpa kita sedari.
4. Pilihlah pimpinan yg mendukung Islam. Musuh Islam sanggup bekerjasama untuk mematahkan Islam. Jangan kita terleka dan membiarkan sejarah berulang.

Ps. Bacaan tafsir ni agak sulit di bahagian penerangan penulis tentang kisah Nabi Isa yg terdapat dalam 4 Injil yg memakan hampir 100mukasurat.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.