Orang perempuan ni, ibaratnya lautan. Kalau kita tak pandai berenang, kita akan ditelannya. Sebab itu kita tak boleh silap dalam memilih pasangan hidup.
Hanif lelaki yang berkedudukan tetapi kesepian. Bertahun-tahun dia menyukai Afra, lalu apabila Afra memilih Dr. Shamir, sukar untuk dia menerima orang lain dalam hidupnya.
Jangan risau kalau matahari hilang… jangan gusar apabila mendung bertandang sebab kita akan dapat lihat indah pelangi selepas itu buat menghias langit. – Afra. Afra (dan Shamir) cuba mempertemukan Hanif dengan adik iparnya Syamira yang periang dan panjang akal. Sayangnya, Hanif tidak menyenangi sikap Syamira yang begitu terbuka tentang hatinya.
“Jangan malu nak mengaku.” “You yang patut malu.” Balas Hanif. “Sebab?” “Orang perempuan tak patut mempamerkan perasaan secara keterlaluan. Kalau suka kat lelaki pun patut simpan dalam hati sahaja.”
Susah sangat ke nak jumpa perempuan yang malu-malu zaman ini? Semakin dingin Hanif, semakin galak Syamira mengusik. Semakin giat Syamira mencari peluang untuk mencairkan hati beku Hanif.
“You tolak I ke, you takut nak masuk? Tapi… jemputan masuk ke hati I ni tak ada tarikh luput, Hanif. Tapi apabila dah masuk, memang tak boleh keluarlah. Jalan masuk ke hati ialah jalan sehala dan jalan mati di hujungnya.”
Masalahnya, hanya Syamira yang tidak habis-habis mengejar Hanif sedangkan Hanif itu hatinya keras sekali. Pada Hanif, jodoh bukan boleh kita susun-susun. Jodoh bukan sekadar mengikut kehendak hati kita sahaja.
Angin lalu bercerita, ada rindu di sana, jangan mengalah Syamira!
Syamira, adik Dr Samir dan aik ipar Afra, tak pernah jemu mengusik Hanif aka Mr Sayu. Hanif, sepupu Afra yang mencintainya sekian lama terpaksa redha apabila Afra memilih Samir. Dalam diam, Samir dan Afra merancang menyatukan Syamira dan Hanif. Syamira yang happy go lucky, bijak, lincah dan tidak mudah menyerah memamg sesuai dengan Hanif yang diam dan beku tu! Ada saja kata2 Syamira yang menyerabutkan Hanif, tapi memang setepek kena! Hari2 digoda, takkan Hanif tak cair!
ni spin off #detakjantungdia, kisah Dr Samir dan Afra. kali ni Syamira dan Hanif pulak. Cam biasa karya kak Aidah Bakri ni, ada jugak la langau tapi tak la terlalu menyakitkan hati. masih dalam tahap meroyan yang boleh diterima.. tambahan pulak hero hati beku susah nak goda, dan heroin pun boleh tahan pedas mulut nak balas balik kan.. memang tak berjaya la Zara nak rebut Hanif.
overall, ok je.. suka dengan ayat2 Syamira, tak keterlaluan menggoda Hanif bagi saya. kira tak la nampak gedik sangat Syamira tu. tak banyak konflik pun, ada pun isu Makcik Pia dan anaknya Izzul Haq yang menagih dadah tu. n Zara la.. kira light reading je kali ni.
suka jugak denga quote setiap bab tu.. sangat tepat menggambarkan perasaan masing2.
bagi saya, suka lagi #SelamatPagiCinta dan #DandelionDitiupAngin.. yang ni kire ok la, Detak Jantung Kita tu lagi saya tak berapa boleh nak hadam.. kire ni better nr DJD la tapi bukanlah yang terbaik dari kak Aidah Bakri..
Hanif Payah untuk aku usir semua kenangan itu. Walau bibir menyatakan aku redha andai ini jodoh yg tertulis, tapi hati ini terlalu sukar untuk merelakan. Seikhlasnya. Kadang sukar utk aku terus berpura. Lalu, Biar saja aku begini. Menikmati indahnya kehidupan dengan caraku walaupun terpaksa memendamnya jauh dilubuk jiwa. Bukan aku sengaja utk menyiksa tapi inilah kebahagian buatku. Melihat dirimu berbahagia disamping sidia, aku turut merasa bahagia. Tiada dendam dihati. Namun, siapa aku utk mengubah perencanaan yang Satu. Dia maha segalanya. Kehadirannya menjadikan aku seorang perindu. Menidakkan kehadirannya disisiku bagaikan aku merobek hatiku sendiri. Sukar untuk aku menipu. Walaupun terselit rasa jengkel, tapi rasa ini tidak dapat aku nafikan lagi. Untuk apa aku terus berpaut pada kenangan semalam andai yg terentang dihadapanku ini adalah penawar segala kepahitan. Kehadiranmu bukan sebagai pengganti tapi melengkapi ruang kosong hati ini. Syamira Aku hanya ingin menebak apa sebenarnya yg engkau mahukan dalam hidup? Apakah dengan perpaksikan pada kekecewaan engkau bisa mencari erti bahagia. Lalu jalan inikah yang akan menemanimu selamanya? Aku hanya ingin mencuba. Menarikmu dari daerah derita kerana kasih yg tidak kesampaian. Aku ingin engkau meneroka kehidupan ini dengan rasa yg berbeza dari terus mengharap pada sesuatu yang tidak akan menjadi nyata. Tidak salah untuk bersandar pada kenangan namun jangan terus hanyut ditelan arus. Masih ada insan yang bisa memberi bahagia. Jangan engkau memandang dari zahirnya kehidupan tapi rasailah dan sentuhlah dengan mata hati kerana rasa itu tidak pernah menipu. Dan seandainya kehadiranku disini bisa membawa derita itu berlalu, percayalah dalam senyumku ini tersembunyi satu impian. Hidup denganmu..
Jual mahal sangat ya Hanif. Macam-macam cara yang dia buat untuk elakkan diri dari jatuh suka pada Syamira. Tapi apabila sudah jatuh suka, pandai pulak cemburu dengan Izzul Haq tu. Haha.
Cuma kurang berkenan sikit la dengan panggilan You tu. Si isteri panggil suami, You.. Si suami panggil isteri, You.. Entah la. Rasa kurang best guna kata ganti sebegini untuk pasangan suami isteri. Abang jugak yang sesuai untuk suami. Heh.
Aidah Bakri_ saya suka dan sgt teruja dgn karya2nya...PJHB tidak mengecewakan! membaca tanpa mampu mengalih mata apatah melangkau bab! antara penulis yg buat saya tak ragu2 utk membeli novelnya!
Hanif_menghindar dr merasa cinta lain bila cinta pd sepupu sendiri terpaksa juga di'simpan'! aneh bila hadir Syamira yg dirasakan mengganggu mula memberi kesan! Syamira yg bagai hilang rasa malu buat Hanif sedar sesuatu! makin dihindar makin melebar rasa dihati! makin ditolak makin mendekat! cuba dihalang tetap juga datang! lalu mampukah Hanif menahan rasa hati bila yg sudi memberi rasa jelas2 menunjuk minat tanpa henti! Semangat waja sungguh si Syamira nih!
Syamira_sengaja mengusik dalam usaha menyembuhkan rasa kecewa Hanif! usaha demi usaha digiatkan..walau Hanif menidakkan tp hati wanitanya yakin yg dia mampu 'pulih'kan Hanif! Di sua mesra Hanif menepis! Di cuba melayan manja Hanif tetap menolak! Jual mahal sungguh Hanif nih!
Bertemu dan bergaduh mulut perkara biasa mereka! tanpa sedar itulah bermulanya lintasan rasa! Hati Hanif mula terbuka! Syamira sudah senyum bangga! Bahagiakah mereka? sudah tentu! namun ada pula yg mengusik! aishhhh..
Maaf F agak terganggu sedikit sebab Hanif cakap "perempuan harus ada sifat malu". Alamakk F lak jadi malu. Like cam kita as perempuan ni terhegeh² kat lelaki.
But cara Syamira tackle Hanif tu sangat sweet. F suka kalau Hanif yang tackle Syamira.
kisah ini lanjutan watak dari novel mana satu, lupa dah tajuknya. ala.. yang kisah dr samir dengan afra. kali ni kisah hanif yang melepaskan afra pada dr. samir dengan syamira iaitu adik pada dr samir.
syamira, watak yang sangat ceria, periang dan tidak menganggap sesuatu perkara itu satu beban. baginya sunyi amatlah menyedihkan dan personaliti sunyi itu ada pada hanif. beku, kaku, tidak beriak. di awal pertemuan tidaklah begitu baik sehingga wujud gelaran mr sayu dan miss sibuk.
olahan puan penulis Aidah Bakri sememang tak boleh nak di sangkal. padat tapi sangat menarik. dialognya tersusun dan adakala sangat menggelikan hati. naratif pula tidak meleret dan cantik letak noktahnya. isi dan idea pun sangat bernas walaupun ianya kisah cinta pada keutamaannya. kisah cinta takde ilmu? beb, cuba baca macam mana syamira mahu membantu izzul pulih dari ketagihan.. cuba baca betapa hanif mahu menjaga hati dan diri dari tergoda oleh wanita.. cuba baca betapa al-ikhsan membantu warga emas yang duduk sunyi di rumah dan mahu menukar pandangan negatif masyarakat tentang warga tua yang dikumpulkan sekali dan menjalani aktiviti kehidupan di kala anak masing-masing perlu menjalankan tugas harian..
syamira dan hanif. adakah mampu hanif tepis setiap godaan luar sedar syamira. dan zara, menuntut kasih dari hanif. izzul yang mula jatuh hati pada syamira yang bersungguh membantunya.. setiap persoalan, setiap masalah dan penyelesaiannya kemas tersusun. lenggok bahasa yang sangat cantik... apa jua masalah, bila jua hadap kesenangan, pada Allah jua pergantungan kehidupan...
Has no flaws... For me its perfect.. Plot dia, sangat2 teratur. Cerita dia sangat smooth. Buku ni x full of sweetness, its mcm umum untuk semua peringkat umur. Love untuk semua peringkat. The most character yg buat saya ingat ialah si heroin, walaupun dia yg mengejar hero, but bukan dengan cara gedik. Its honourable. And no one can say that sya is gedik. Dia gedik level bermaruah..
Kisah Hanif & Sya ini nampaknya kurang mendapat tempat di hati KakChik. Mungkin kerana kata-kata Hanif "Perempuan harus ada sifat malu". Frasa itu bagaikan terngiang-ngiang di telinga sehingga mempengaruhi nilai rasa KakChik pada karya Cik Puan Penulis berbanding karya-karya beliau sebelum ini yang memang ada nilai tersendiri.
Syamira orangnya selamba bomba namun dia juga seorang yg positive. Dia ada goals in life and she did live her life to the utmost fullest. Sebab dia yakinlah Hanif akhirnya tunduk pada perasaan. Izzul pula failure yg bangkit semula. I'm am glad everything went well in the end. well done, once again, Aidah Bakri. tak nak review banyak banyak... nanti org baca review tak nak baca novel ni.
Gerak cerita yang agak perlahan. Banyak adegan tarik tali antara Hanif dengan Syamira buatkan aku rasa cerita ini tak banyak berkembang sangat dan sedikit penat nak menghabiskan bacaan.
Permulaan yang agak membosankan smpai rasa nak give up hahahaha seriously. Tp bila Haniff mula menunjukkan minat pd Syamira, jalan cerita mula menarik. Ayat ayat manis Syamira dan Haniff tu mcm gula sangat. Tp keseluruhan jalan ceritanya okay. Tak rugi perigi cari timba. Tp selamat pagi cinta is the best novel yg pernah dibaca untuk karya Aidah Bakri
Done reading Padamu Jua (Hatiku Berteduh) by Aidah Bakri.
Sejujurnya, saya tak pernah baca novel Aidah Bakri, tapi PJHB buatkan saya jatuh cinta dengan karya penulis. Penulis berjaya buatkan saya jatuh cinta dengan Hanif.
Hanif yang pernah kecewa. Dan Syamira yang sentiasa mengusik. Suka combination 2 orang ni. Saya suka dengan gaduh2 manja dan ayat sarkastik dorang. (Sejujurnya, saya tak suka baca novel gaduh2 ni. Rasa kurang matang, tapi saya suka novel ni.) Boleh buatkan kita tergelak. Saya suka gaya penulisan penulis. Sangat berbunga bunga menyentuh hati. I like it.
Novel ni akan lebih sedap dibaca kalau baca Detak Jantung Dia terlebih dahulu. Ada kisah pasal Samir dan Afra.
Disebabkan saya pernah baca karya penulis yang lebih bagus, maka cerita ini bagi saya biasa-biasa sahaja. Namun ada sesuatu yang menarik dalam perwatakan Syamira. Harap penulis dapat menukilkan kisah yang lebih mantap. 3.5 *
First of all, nak ucapkan terima kasih dekat kak Noor Suraya & JS sbb bagi hadiah ni dekat saya untuk contest hari tu. Best sngat sbb dpat hadiah novel penulis kesukaan saya.
Bacaan santai utk merehatkan minda. Pinjaman dari: Perpustakaan Komuniti Setiawangsa Jusco AU2 - Perpustakaan Negara Malaysia
Dialog/nukilan yang menarik...
"Tak perlu tuding jari pada sesiapa. Itu satu bentuk eskapisme. Sengaja tutup hati tak nak terima realiti." Ujar Syamira di hujung senyumnya.
Hanif tidak membalas. Dalam hati dia juga setuju dengan pendapat Syamira yang ini. Pokok pangkal hati sendiri. Hati dan akal yang menentukan jalan yang hendak dipilih.
"Hidup ini seperti layang-layang." Syamira bersuara lagi.
"Kenapa layang-layang?"
"Layang-layang yang terbang itu, jika ia melawan arah tiupan angin dan dipegang kuat talinya... semakin kuat arus angin, semakin tinggilah terbangnya." Jelas Syamira berkias.
"Apa kaitan dengan hidup?" Semakin menarik pula berbual-bual dengan Syamira. Apabila memberi pendapat serius macam ini, Syamira kelihatan lebih matang. Buah fikirannya juga bernas. Hanif selesa dengan sisi Syamira yang ini.
"Maknanya, dalam hidup... kita kena menghadapi setiap ujian dan masalah dengan kekuatan, kesabaran dan ketenangan. Dalam masa yang sama jangan sesekali melepaskan tali iaitu pergantungan kita kepada Allah."
Kata- kata yang kedengaran begitu mendamaikan telinga dan jiwa itu, semakin mengesahkan bahawa benarlah Syamira ini adik kandung Syamir. Tak syak lagi yang mereka memang daripada genetik yang sama. Dan untuk kali pertamanya, Hanif mulai suka dapat berbual-bual dengan Syamira. Hatinya senang dan jiwanya menjadi tenang .
Bila baca novel, ni teringt walaupun kita x suka mcm mana pun org dah jadi jodoh tetap dtg gak...bila dah kenal baru cinta ..bila cinta baru tau cemburu (Hanif)😂
Suka gila cerita macamni. Walaupun perigi cari timba, tapi tak cringe. Teasing sampai jadi. Terus jatuh bergolek-golek Encik Hanif kat Syamira. Haha! Best!!!
It's been very long since I last read a Malay novel. Kebelakangan ni jadi jemu dan membazir je nak beli bacaan yang saya kini gelar sebagai 'picisan' dek kerana plot yang sama dan bahasa yang entah apa-apa. But, this novel is different. Ya, plotnya biasa, tapi jadi luar biasa dengan watak-watak yang lari dari norma biasa.
I'm so in love with Hanif! Saya ada je "Detak Jantung Dia", tapi rasa tak ingat pulak watak Hanif dalam tu dulu. Mungkin saya banyak skip sebab saya tak suka dengan watak Samir dalam novel tu. haha.. Tapi, sebab Hanif, saya rasa saya kena baca balik novel tu! Serius, penulis memang pandai garap watak dingin beku Hanif, tapi sangat loyal, baik dan caring tu. Memang rare betul! Selalu watak dia ni, kalau dalam novel lain ialah seorang abang untuk watak heroin tu. Guess I've too many brothers sebab tu saya sangat suka dengan lelaki seeprti Hanif ni! Dan, Syamira. Rasanya lepas 7 Hari Mencintaiku, dia adalah heroin kedua kesukaan saya. Dia punya nakal memang tahap tak ingat! Tapi, dua-dua ni kalau jumpa, memang best betul ayat-ayat yang keluar dari mulut masing-masing. Tersengih-sengih saya membacanya.
I always love Aidah Bakri punya novels. Antara penulis yang novelnya selalu je saya ulang baca, dan saya bawa masa travel buat peneman untuk isi masa bosan dalam flight, train ataupun bas. Susah jumpa penulis zaman sekarang yang berjaya buat kita drown kedalam dunia yang mereka cipta. Macam saya kata awal-awal tadi, terlalu banyak bacaan kosong diluar sana. Tapi novel Aidah Bakri berjaya buat saya rasa macam saya ni salah seorang watak dalam novel tu, menyaksikan moments Hanif dan Syamira. Thanks so much for a great novel, Ms. Author!