Selalu orang kata, hidup berjiran di rumah pangsa memang mencabar, dengan kerenah jiran yang pelbagai ragam. Kalau tak ada kesabaran tahap 'dewa' memang boleh sakit jiwa.
Tengoklah Makcik Senah yang baru pindah tu, ada ke patut letak anak-anak kucing peliharaan cucu-cucunya depan halaman rumah jiran kerana bapa budak-budak tu tak suka kucing.
Lalu gara-gara anak-anak kucing itu, kerukunan keluarga Encik Berahim, seorang bapa tunggal dengan tiga orang anak dara; Ona, Ayu dan Aina jadi haru-biru kerana Ona yang takut akan kucing itu bergaduh dengan Makcik Senah.
Mujurlah Encik Berahim ini baik orangnya. Dia tegas menyuruh anak daranya itu meminta maaf. Dan mereka akhirnya berbaik-baik. Saling bertukar juadah lagi.
Jadi apa pula haru-birunya kalau mereka berbaik-baik?
Sebab Encik Berahim jatuh cinta pada Makcik Senah yang kematian suami!
Apa masalahnya pula kalau duda jatuh cinta pada janda?
Masalahnya anak lelaki Makcik Senah bercinta dengan Ayu. Sedangkan Ona pula menaruh hati pada lelaki itu.
Hmmm... betullah susah hidup berjiran, terutama kalau antara mereka saling jatuh cinta! Tapi ini bukan cerita Keluarga 69. Bacalah kalau tidak percaya!
Menulis sejak tahun 1987 dengan sajak dan cerpen tersiar di Berita Minggu ( Singapura ). Novel pertama TAKDIR telah memenangi Anugerah Penghargaan dalam Sayembara Novel Watan 2 ( Singapura ). Telah menghasilkan tujuh novel dewasa / umum sehingga kini serta sebuah cerpen MAIN KAHWIN-KAHWIN dalam Antologi Cerpen KERANA DIA, RATU SEHARI terbitan Js Adiwarna. Sebuah cerpen EMAK NAK BALIK dalam Antologi KEPADAMU KEKASIH terbitan JS Adiwarna. Dua buah puisi, KENANGAN TINGGAL DI RUMAH DERET dan RUSUHAN KAUM 1964 dalam Antologi Sajak dan Cerpen, HEMPEDU DI TASIK MADU terbitan Asas 50.
5 bintang kerana jalan cerita yang mengujakan dan susah letak. Terpaksa letak kerana hal kerja :)
Rasa geram berselang seli dengan rasa terhibur dengan gelagat anak-anak Encik Berahim. Bila kita rasa sudah jangka plotnya, ada pula twist! Bila kita rasa kita teka dengan betul, eh eh salah pula! Itu yang membuat bacaan jadi menarik kerana ceritanya biasa terjadi di sekeliling kita tetapi digarap dengan baik oleh penulis.
Realistik dan manis secukup rasa!
Kalau boleh nak tahu sambungan si Ona dan adik-adiknya! Rasa macam tak cukup!!!
Ini sebuah kisah kekeluargaan dan kemasyarakatan yang menarik. Walaupun semacam drama televisyen saja pada permulaan tetapi kesudahannya itu adalah sedikit kelainan. Dan, jujur, hamba menyukai dan merasa lega dengan pengakhiran Anak Dara Abah. Terima kasih kepada penulis untuk itu.
Namun, maaf, hamba tak mampu menyukai buku ini seperti Inche' Jamil Menantu Mithali. Tentu saja bahasa penulisan Norisah A.Bakar masih begitu manis tetapi ada dua perkara yang membuat rasa suka hamba sedikit merundum.
Pertama, karektor Ona dan kemudian Ayu yang begitu mencabar kesabaran hamba. Entah kenapalah hamba boleh menjadi kurang sabar sangat seperti Si Ona itu sehingga adakalanya ulah dua watak ini membuat hamba hembus nafas sampai keluar api. Eh, hiperbola sangat pulak kenyataan tu. Hehe. Tetapi, sungguh Ona dan Ayu buat hamba kehilangan sabar juga banyak kali. Geram sangat kadang-kadang dengan anak dara Encik Berahim yang dua orang itu. Syukurlah, Aina elok saja dan tak banyak drama.
Tetapi, kalau difikir semula, berkesan jugalah hasil tangan penulis sampai watak ciptaannya berjaya buat hamba urut dada sambil meyakinkan diri sendiri bahawa ini hanyalah sebuah fiksyen. Hehe.
Keduanya, monolog dalaman yang terlalu panjang membuat hamba jadi penat dan sesungguhnya hamba merasa semacam tidak wajar pula monolog sepanjang itu diselitkan di antara perbualan. Hamba harus menunggu lama sebelum dialog yang sebelumnya dibalas dan meskipun monolog itu relevan serta bercerita juga tetapi hamba merasakan seperti tidak kena saja keadaan itu. Semacam orang-orang dalam buku ini asyik termenung pula.
Selain itu, hamba suka saja pada buku ini. Hamba suka kisah kemasyarakatannya. Dan, tentulah hamba suka pada Si Ahmad Arif itu juga. Hehe.
Apabila aku baca blurb belakang buku ni, kepala aku dah fikir masalah keluarga Encik Ibrahim ni akan jadi rumit ni. Macam mana jalan penyelesaian yang akan penulis persembahkan dalam buku ni nanti.
Watak yang paling aku gemar dalam cerita ini tentulah watak Ona. Kakak sulung yang garang, jiran yang tak beradab dan kawan yang beku dan degil. Semua yang buruk-buruk, semualah bagi ke Ona. Mula-mula aku geram juga dengan Ona ni. Kadang-kadang timbul rasa kasihan pun ada.
Satu yang aku suka tentang cerita ni, penulis pandai rungkaikan satu per satu masalah tanpa tergesa-gesa. Sedikit demi sedikit aku dapat faham apa yang Ona rasa. Adakah kerana aku juga kakak sulung? Ya, itu juga antara sebabnya. Aku rasa kakak sulung (atau mungkin kebanyakan anak sulung) ada kecenderungan untuk mengawal semua benda, termasuklah adik-adik sendiri. Bukan sebab kita nak berlagak lebih tua, tapi sebab kita overprotective.
Aku berasa lega sebab penulis merungkai setiap masalah yang ada dalam cerita ini dengan adil dan kemas. Tak perlu tergesa-gesa.
Tentang watak Ona, begitulah watak yang aku mahu dalam sesebuah novel Melayu. Kalau watak itu pemarah, sombong ke mesti ada sebab-sebabnya. Bukan sombong semata tanpa ada apa-apa penyebab dia jadi begitu.
A. D. A kisah realiti kita-kita rakyat marhaen. Jadi kalau kalian berangan nak hero kaya tahap harta tujuh keturunan makan tak habis, heroin cantik jelita lemah gemalai pijak semut tak mati. Memang kalian bermimpi aje la.
Ini kisah masyarakat kita. Kisah yang memang hari-hari kita hadap, suka atau tidak.
Tahniah Cik Puan penulis. KakChik suka plot ceritanya dan juga bahasa.
Tapi rating KakChik ni terpengaruh sedikit dengan tabiat yang tak suka membaca perenggan yang panjang-panjang. Mengantuk jadi :)
anak dara abah. kisah tiga org ank dara pak cik Ebrahim. kisah bermula dgn pergaduhan ona dan Jiran sblah mak cik senah. ona si kakak sulung yg garang suka cari pasal dgn mak cik Senah. mak cik senah ada ank lelaki, duda yg suka dgn ayu. pak cik Ebrahim suka dgn mak cik senah. ona suka dgn lelaki misteri yg dia tak tahu ialah ank bujang mak cik senah. part ni lawak. ala cinta keluarga 69. penulis pandai mengolah sehingga APA yg kita teka tersasar. kisah kekeluargaan yg menyentuh hati saya. mcm mana kita sukakan seseorang pun, yg plg penting keluarga. air yg dicincang takkan put us.gaduh mcm mana pun tetap berbaiklah. tak pyhlah bergaduh kerana seorang lelaki.mula nak bagi 4 * tapi tambah 1 * kerana ending yg sweet dan semua bahagia. tahniah penulis.