YANG TERBANGSATKAN merupakan kompilasi 88 buah sajak Rahmat Haron yang dihasilkan dari 1995 sehingga 2016. 203 muka surat. 20 gambar.
“Sajak-sajak Rahmat, secara umumnya, sering mengetengahkan dua tema utama. Pertama, renungannya terhadap pengalaman-pengalaman peribadi yang dilalui sepanjang hidupnya. Kedua, pengamatannya terhadap pergolakan sosiopolitik dan kemelut sosiobudaya yang berlaku di sekitarnya. Ringkasnya, puisi-puisi Rahmat menampilkan ekspresi auto-biografikal tentang kehidupan peribadinya, dan juga komentar kritikal tentang permasalahan-permasalahan sosial, politik dan budaya. Yang pertama itu kelihatan sarat dengan keluh-kesah jiwa yang lusuh; yang kedua itu pula tampak padat dengan resah-gelisah benak yang rusuh. Membaca sajak-sajak Rahmat membawa kita menyelami kedua-dua sosok keperibadiannya dan juga tunggak pendiriannya. Begitupun, satu hal yang pasti, sajak-sajaknya penuh tersirat dengan ledakan angst dan emosi, serta refleksi dan reaksi, yang tajam lagi mencengkam—terhadap kehidupan dan manusia, terhadap kuasa dan institusi, terhadap dunia yang saban detik melelahkannya.” – Petikan Kata Pengantar oleh Syed Omar Husain, 2017.
Finally chanced upon Rahmat Haron during GTLF2018. When this collection was out, I was actually wondering how to get one?
This masterpiece was given as a token during 'Gender in literary' talk at PORT Ipoh Perak. The same goes with other poetry books collected it'll be cherished
As I always say a good book will eventually find you by any means.
yg buat aku gelisah. yg buat aku berpeluh. dan yg buat aku tidak mahu melakukan apa2 waima merokok ketika meladeni buku ini. sila lupakan segala harum wangi puisi yg kau pelajari dari guru bahasa/sastera kau selama ini utk kau nikmati harum wangi puisi dari sisi satu lg.