Sebuah genting sempit di tengah Aurora, yang terletak di kawasan beting banjaran Sonan Nadir di timur Morudalun, kota indung raja dahulu kala. Dan kini menjadi kunci kepada masa hadapan negara itu, medan perang yang bakal menentukan bukan sahaja siapakah yang akan berkuasa di timur buana, malah Perang Bayang di antara Arasis dan Osria.
Empat ratus kesatria Aurora, menentang dua puluh ribu renggular Morrok.
Barisan perisai mereka kini bertemu dalam pertempuran seru di Numerius. Sebuah peperangan, yang bakal terkenal ke penghujung sejarah para kelana, selaku legenda kepahlawanan terulung dalam babad keperwiraan bangsa Aurora.
Dan barangkali, pertempuran terakhir Artakus, Lodra Perang Aurora.
Ahmad Patria Abdullah ialah seorang penulis fiksyen sains dan fantasi yang terkenal di Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara Datuk Haji Abdullah Hussain dan Datin Siti Saroja Basri. Beliau dianggap sebagai pengasas genre fantasi di Malaysia menerusi novel pertamanya "Permata Aurorius" pada tahun 1987, yang terpilih sebagai Buku Terbaik 1987 dalam kategori Penulis Harapan oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia. Novel ini turut disifatkan sebagai novel fantasi terbaik yang pernah ditulis dalam bahasa Melayu ( Johan Jaaffar, Berita Harian 2012). Ahmad Patria juga dianggap sebagai nama yang paling besar dan paling berpengaruh dalam dunia sai-fai dan fantasi Melayu (Ainon Mohd, Konvensyen Sai-Fai Melayu 2009)
Bagi peminat siri ini, penantian bertahun-tahun lamanya untuk kehadiran sambungan penceritaan yang tergantung setelah Puteri Alindalia, berbaloi apabila penulis memulakan kembali penceritaan saga ini. Dengan Lembah Numerius, Cabaran Lodra dan kini, Seru Katanaga, penulis berjaya menawan kembali arena kesusateraan tanahair dengan gaya penceritaan yang jelas menunjukkan kematangan dari segi bahasa, dengan penggunaan perkataan-perkataan ciptaan yang berdasarkan perkataan sebenar dan penggunaan teknik flashback yang jarang didapati didalam novel-novel di Malaysia ini. Buku ini menceritakan kesinambungan perjuangan Artakus, yang tidak hanya dilihat sebagai seorang pahlawan, atau panglima, tetapi juga sebagai manusia biasa yang mempunyai perasaan takut jika kalah, risau jika tidak dapat memimpin ke arah kejayaan, bangga dengan teman-teman seperjuangan yang sanggup bergadai nyawa demi untuk kejayaan perjuangan dan juga perasaan kasih dan sayang terhadap mereka yang disayangi. Sungguh, Seru Katanaga dapat mengisi ruang imaginasi yang sangat unik kerana ianya adalah hasil karya penulis yang pada mulanya meragui manuskrip beliau sendiri sehingga mendapat tempat yang istimewa di kalangan pembaca yang tekun dan teguh berdiri di belakang penulis dan menjadi satu fenomena unik di kalangan pembaca di Malaysia ini.
Antara perkara yang menjadi kekuatan novel kesembilan dalam siri Saga Artakusiad ini tentunya penggunaan Bahasa Melayu Persuratan yang seronok dibaca dan sedap didengar. Semestinya menjadi tanggungjawab pembaca untuk menemukan keindahan Bahasa Melayu Persuratan tersebut dalam sesebuah novel yang telah dikarang oleh penulis. Dan saya menemukannya dalam kekayaan perbendaharaan kata yang pelbagai dan diadun menggunakan hukum tatabahasa yang tepat.
Terdapat juga penciptaan istilah-istilah baru seperti Katanaga, Lodra dan Sworoda yang dicipta penulis agar sesuai digunakan dalam konteks dunia fantasi dalam novel ini. Istilah-istilah ini ialah dari kategori Kata Nama dan menyeronokkan apabila dibaca kerana lebih membuatkan saya berasimilasi dan serasi dengan dunia fantasi tersebut. Bagi saya, penciptaan istilah-istilah baru ini tidaklah pelik kerana sememangnya diketahui umum bahawa banyak istilah baru dicipta oleh para penulis melalui penulisan mereka sehingga akhirnya digunapakai khalayak ramai dan menjadi sebahagian daripada bahasa itu sendiri.
Antara contoh yang ketara semestinya Shakespeare dan J. R. R. Tolkien. Malahan, saya yakin jika istilah-istilah baru ini diterima khalayak pastinya akan menambahkan kekayaan perbendaharaan kata Bahasa Melayu itu sendiri. Ini juga selari dengan ungkapan seorang pensyarah dan penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu di UKM iaitu Dr. Aminudin Mansor, "Sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan, bahasa Melayu berkembang selari dengan perkembangan konsep serta ilmu pengetahuan. Oleh itu, bahasa Melayu dapat mengungkapkan pelbagai bidang ilmu serta dapat membina dan mempertingkatkan kosa kata bahasa Melayu".
I've waited 15 years for this book. I have always wanted to know what will happen to that battle in Genting Numerius where Artakus lead his 400 warriors planning to take down 20,000 enemies. Did he made the right decision or just losing his mind? Or will he ever get the chance to sword dancing again with his ever-after nemesis Jundak? I was also dying to find out whether this unspoken things between him and Laira will ever come into perceptible existence and save me from that itchy 'ouhh just tell her!' feelings. These questions were running through my head for quite some time, and still does even after I'm done with this book. Few of the issues were solved (thank God 😅), while few others create more questions. But I guess thats alright, I mean, thats what good books does, arent they? They made you do some thinking, blows your mind, giving some life to your brain cells. Well, the 15 years waiting was worthy, every single year of it. *So if some guy with mask felt some pain in the a** just because he found it is difficult to capture some beautiful newly created words in this 9th book and went extra miles just to publicly demonstrate how pathetic he was, I would say please put the book down and find some other light reading, you definitely not up to this level. This is fiction, and its the author's god forsaken right to create any new words in any of his books. Daa..
I have just finished reading the first chapter 'Panglima Naga Deru' and I'm awed by how well the author writes about the battle between Jundak versus Esis and Artakus and how much research it must have involved. Eventhough it has always been my weakness to clearly imagine each move, I must praise the author for the in depth description of the high suspense battles. True, there are newly created bombastic words but it doesn't bother me much because it doesn't disrupt the essence of the storytelling at all. I can still paint the overall picture and I'm amazed by both Artakus's and Jundak's way of thinking and counter attacks. Bukankah sebenar hati dan ilmu yang memenggal lawan?
I might not fully understand the physical aspects of the battle nor will I ever swing a sworoda (sword) or carry a shihil (shield) but it's the intellect and strategy as beautifully explained by the author that makes me drawn to the battle. As always, I gained so much side knowledge from reading Ahmad Patria books which I will definitely not read it myself in respective books. Thank you Ahmad Patria for your endless hard work and dedication all this while 😊👍🏼💪
Dunia berputar dan pejam celik silih berganti, lalu tersedar bahawa usia sudah berada di pinggiran maghribi. Dan jemari ini masih setia menguliti naskhah sebuah karya yang pada anggapan hatiku terus malar hijau. Barangkali bagi sesetengah penekun ilmu, malahan yang sebaya maupun renta pasti memandang pelik dengan ujana yang di anggap kurang sepadan. Namun tidak bagiku. Aku terus bersahaja mengunyah saripati padat yang tersurat dari intipati yang tersirat. Melapisi kerak dan menyelak mantel penceritaan lalu melakar kesimpulan yang padaku tidaklah keterlaluan jika ku katakan genre fantasi yang dahulunya taboo serta picisan kini sedang bangkit dari tidur yang panjang. Umpama Naga Timur yang baru sahaja membuka mata di lubuk persemadian. Ledakan gelombangnya terasa di segenap pelosok jagat. Menjadi fenomena igauan serta buah mulut malah menjadi bungaan mekar mewangi yang menusuk ke sukmaraga jiwa yang berabad lamanya dengan setia menantikan akan kemunculan dirinya semula dengan penuh kerinduan. Alunan warna bahasanya kembali bertalun ke dalam minda generasi baru selepas tiga dasawarsa. Malahan menyatukan kembali para ahlil nostalgia yang tidak bisa melupakan detik terindah bercinta dengan dunia ciptaannya justeru sebenarnya tanpa sedar para ahli nostalgia ini telahpun berikrar mengabdikan diri menjadi sebahagian daripada perjuangan seorang pemuda bernama Artakus dan para pendokong nukleus inilah tulang belakang kekuatan dan semangat lama buat Sang Pengkarya. Zaman telah berubah. Dan khalayak pembaca sudah bijak menilai sesuatu bukan semata dari sudut intelek dan fizikal luaran pada lapis pertama. Tetapi bentuk bacaan hiburan yang sarat dengan pengisian jiwa dan kesedaran emosi juga maknawi spiritualiti, juzuk ilmu semesta yang di garap ringan dalam sulaman seindah satin. Di hidang rapi bak manisan mempelai, bertatahkan kemilau gemala pada hamparan sastera. Terhampar luas bagai taman-taman surgawi menanti kunjungan eksplorasi warga pencinta cabaran minda taraf lodra intelektualiti. Meronai jalan gelap pada sisi pembacaan dengan cahaya panduan yang jelas lagi gemilang menerangi perjalanan insani. Buat bekalan ke Negara Penghujung Kehidupan. Apapun, hargailah butiran permata indah yang Tuhan anugerahkan buat khalayak. Kerna doa mu Tuhan makbulkan setelah penantian tiga dasawarsa hingga ringsing usia. Pujangga dan para ahli hikmah sentiasa berpandangan dengan hati yang bersinar terang dengan pancaran kesedaran bahawa apa yang datang dengan ilmu yang melangkaui zaman itu langgamnya akan disambut dengan penentangan. Kerana manusia sentiasa memusuhi apa yang mereka tidak tahu. Dan ternyata pasca tiga dasawarsa, gelombang perubahan dalam dunia penulisan dan sastera fantasi dan saifai telah membuktikannya. Dan ia tidak akan surut mundur lagi. Kerna pasaknya telah kukuh di hati para khalayak yang telah di tempa dengan segala ujian dan kesungguhan. Salam Semangat Numerius untuk semua.. Gempitakan cita dan citra warga Aurora.. Bangkitlah dengan penamu umpama katanaga dan sworoda.. Wassalam...
Bingkisan picisan dari warga Radio Aurora, siaran dari Gunung2 Kerfaran...
MACAM GITU JE HABISS NAK LAGIII Siri paling best, underrated dan thrilling. Aku start baca kronika Nashan dulu baru saga artakusiad. Jenuh jugak la cari gosip kat chatgpt je 😭 Aku punya overthinking tu level aku fikir Esis tu Mori ke 😌 Apa2 je la gais, doa je la buku next pasal pentadbiran Aurora keluar laju2 sebelum kita meninggal dunia 🤝
Pembacaan kalini aku agak distracted dan penat baca bab perang, baca pun dah penat apatah lagi orang yg hadap? Bila fikir balik, macam Naruto pun ada sebab episod blkg2 tu semua episod perang, terpaksa tengok Boruto untuk tahu kisah next Hidden Leaf village. Tapi aku baru perasan yang geng Aurora ni beriman, menjadikan fantasi ni ekslusif dan berkarisma.
Cerita awal berkenaan cabaran dan duel. Selepas itu selit sikit cinta sebelum ke peperangan. Perangnya, kalau mudah kata, macam perang Sultan Al-Fateh menakluk Konstantinopel. Dan ending yang sedih.
Cuma yang kurang, mungkin sebab plot armor untuk Artakus agak berat. Like, muscle memory tu ok lagi, tapi perancangan dengan peluang yg tipis untuk terjadi tu, boleh terjadi, like, 'ha memang nak dijadikan cerita lah'. Dan atas sebab ini, rasanya Artakus takkan mati untuk buku seterusnya.
Fight the sleepiness with coffee. This time you need a strong one. Extra shot.
Left hand, right hand, and back again. Thrusting. Deflecting. Assaulting. Defending. This is a battle to destroy all battle.
You will wake up soaking. You cannot run, or hide, from the nightmarish grin. Whose grin you ask? That, i leave to you, o' gentle readers. Choose to go through the painstakingly painful vocabulary, or bask in the glory of blissful ignorance.
Buku ke-9, dan penulis masih berkesempatan untuk mereka-cipta, dan menambah begitu banyak perkataan-perkataan baru yang mengarut, tidak masuk akal dan menyukarkan pembacaan.