Cinta. Itu yang dirasakan Mastura kepada suaminya, Jebat. Lelaki yang dingin namun seksi dengan parut di dahi. Hidup bersama Jebat, semuanya indah. Mastura bahagia.
"Asal ada abang, Mas tak makan pun tak apa..." - Mastura
Dia ingin melakar bahagia dengan membina momen-momen indah bersama Jebat.
"Terima kasih sebab kau sudi jadikan aku suami kau... Aku ni apalah yang ada, kan? Kadang-kadang aku rasa risau kalau aku tak dapat bahagiakan kau, Mas... Tapi aku janji aku akan berusaha jadi suami yang paling baik walaupun aku tak ada harta nak mandikan kau dengan kemewahan." - Jebat
Nama penuh beliau Hafizah binti Haji Mohamed. Berasal dari Temerloh, Pahang. Melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia. Anak keenam dari lapan orang adik beradik ini kini bekerja sebagai seorang guru.Karya beliau :
Suami Yang Kubenci (2011).
Hikayat Cinta Si Pematah Hati(2012)
Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang kini diadaptasi ke drama (2013)
Pabila Romeo vs Juliet (terbaru Dis 2013)
Kesemua novel beliau adalah terbitan Karya Seni Snd. Bhd.
Kononnya penulis nak buat aksi romantik tapi aku yang baca jadi menyampah loya semua ada. Maaf la. Tak boleh nak kata best kalau dah memang macam ni gayanya.
Dah la printing ada masalah. Cerita pulak tak kena dengan jiwa. Hmmm...
Aku beli novel ni sebab terpengaruh dengan blurb. Sebab ada scene aksi tapi apa yang aku dapat, sangatlah menjengkelkan.
Maaf la ya. Aku tak boleh nak tipu diri sendiri atau tak boleh nak bodek dengan mengatakan yang novel ni menarik.
Kecoh betul mastura ni :) Pening kepala dengan perangai dia. Apa yang bagusnya perempuan cenggini? Clingy, pushy, loud! Ugh. Jebat? Not as good as the first one.
Fun book. But it's always an unwanted experience to read a book after watching the movie because the character always ends up stuck in my mind no matter how hard I tried to get rid.
jebat! rupanya ada lagi kisah jebat lepas BKATC.. kisah yang mana sebelum ni tak dipaparkan dalam BKATC.. malangnya pendapat akak cerita jebat sepatutnya dah berakhir dalam BKATC dan tak perlu lagi nak kembangkan dalam JEBAT pulak.. tak tau la orang lain..tapi pendapat akak novel ni biasa biasa je..