Dulu saya tak suka cerita pasal Agama. Tak suka cerita pasal Islam. Kalau nak sebut 'Allah' pun saya tak sebut 'Allah'. Saya sebut 'Tuhan'. Kenapa?
Sebab saya takut dilabel terlalu Islamik.
Dulu saya ingat jadi Islam itu cukup dengan jadi orang baik. Jaga akhlak. Jaga hubungan dengan semua orang. Saya jaga nenek saya yang stroke. Saya terima adik saya penghidap skizofrenia.
Saya lupa, kafir juga ada yang baik. Malah lebih baik lagi dari saya. Kalau Islam cukup hanya dengan jadi baik tak ada bezalah saya dengan kafir.
Sampailah di penghujung usia 23 tahun, Allah takdirkan saya bertemu ' sesuatu'. Sesuatu yang saya tak pernah cari pun. Sesuatu yang membawa saya menjadi saya pada hari ini.
Suka sangat buku ini ❤️. Bacaan 5🌟 untuk Kak Elle. Perjalanan hijrah penulis mungkin bagi sesetengah orang lain adalah biasa. Namun ia begitu dekat dengan Kak Elle. Kak Elle suka tip yang diberikan oleh penulis terutamanya bagaimana untuk Istiqamah. Perjuangan menutup aurat dan pada masa yang sama menjaga solat sebaik mungkin. Cukup membuatkan Kak Elle terinspirasi untuk perbaiki diri sendiri. Buku ini Kak Elle suka untuk cadangkan dibaca terutama kepada adik-adik perempuan, kakak-kakak hatta mak cik mak cik sekalian. Bacalah ❤️
Penyampaian bersahaja, mungkin kerana kisah di dalam buku ini adalah kutipan perjalanan dan pengalaman tadabbur penulis sendiri. 50 kisah pengalaman penulis, 50 kisah tadabbur yang dekat di hati.
Saya secara peribadi sudah lama membaca ayat-ayat dalam kisah "Jangan Sedih, Aku Bersamamu" di ig. Baru tahu rupanya dari buku ini ayat dan tadabbur ayat itu;)
Kisah "bayang-bayang" antara yang terkesan di hati saya. Mungkin kerana selama ini sudah lama dibayangi bayang-bayang, bila membaca tadabbur penulis, baru perasan satu nikmat yang selalu dilupakan ini.
"Ya, bayang-bayang sekadar menganalogikan penciptaan manusia sebenarnya yang juga asal kita adalah tiada, kemudian ada (lahir dan hidup), kemudian tiada semula (mati). Dan apa yang aku belajar dari sifat bayang-bayang yang ini, setiap sesuatu itu ada penciptanya dan di hujungnya nanti, setiap penciptaan akan kembali pada penciptanya. Bayang -bayang akan kembali pada Allah. Demikian kita juga."
(Bayang-bayang, m/s 20)
Penulis juga banyak menekankan tentang hidayah. Hidayah yang perlu dicari, dibaiki dan sentiasa dikemas kini.
"Allah tidak tunggu kita grad dulu, bekerjaya atau beranak-pinak dulu, barulah kita diberi hidayah. Tidak. Sebab hidayah itu Allah beri hanya apabila kita mahu diberi hidayah"
(Hanya Apabila Kita Mahu, m/s 96)
Apabila Tadabbur, semestinya tidak lari dari membaca dan memahami isi Alquran. Cerita 'Allah telah memudahkan Al-Quran', contohnya, menerangkan tentang mengapa Allah selalu mengulang ayat sama dalam Alquran.
"Allah suka ulang ayat sama sebab Allah tahu manusia itu sifatnya degil. Ingatkan banyak kali tetap buat benda sama balik, tetap jatuh ke lubang sama, tetap buat dosa yang sama. Jadi Allah ulang untuk ingatkan kita supaya tak terulang buat dosa yang sama"
(Allah telah memudahkan Al-Quran, m/s 130)
Secara keseluruhannya, buku ini menerangkan 'tadabbur' kehidupan yang sedikit sebanyak berkait dengan kita. Sangat sesuai dibaca pelajar universiti dan remaja. Terima kasih penulis, si pencinta langit kerana menulis kisah ini;)
Terima kasih juga @wankhan , sudi beri saya buku ini secara percuma dalam projek beliau:) May Allah bless both of you:)
Buku yang paling memberi kesan dan mendalam bagi aku selepas buku Untuk Kita Pendosa by Hilal Asyraf.
Setiap kisah yang diceritakan dan ayat yang digunakan sangat berkesan membuatkan diri ini berfikir, memberi kesedaran dan keinginan yang tinggi untuk menjadi muslimah dan manusia yang lebih baik.
Cuba jadi seperti hujan. Jatuhnya membuktikan hamba, Dia akur kehendak Pencipta. Cuba jadi seperti hujan. Dia ikhlas, tetap jatuh tanpa tahu siapa yang akan sambut, ada pada batu keras, pada tanah empuk, pada duri yang mencucuk. Cuba jadi seperti hujan. Orang suka, orang tidak suka, dia tetap jatuh. Cuba jadi seperti hujan.
Buku merakamkan perjalanan penulis di dalam penghijrahan untuk menjadi Muslim yang lebih baik.
Untuk istiqamah di dalam hijrah: 1. perlu bulatkan tekad dan niat; 2. sentiasa menambah ilmu; 3. kelilingi diri dengan orang yang dapat membantu hijrah kita - usrah, kawan-kawan yang sama-sama hendak berubah; 4. menambahbaik amalan - solat sunat, membaca Al-Quran, etc; 5. banyak pengorbanan perlu dibuat.
Banyak pesanan dan panduan dalam buku ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Santai dan mudah untuk saya "Catch" apa yang dia cuba sampaikan. Setiap kisah yang dinukilkan adalah dari kisah pemerhatian penulis. Oh ya, sesuai dengan tajuk buku.
Tadabbur = Pemerhatian
Setiap apa yang terjadi hatta ada orang potong barisan kita, Allah memang nak tunjuk sesuatu. Sama ada kita lihat dengan mata hikmah atau amarah. Bergantung pada diri kita.
Buat sahabat Misiah Bayani, Jazakillah Khairan kerana sudi menjadi "Kotak" untuk kami capai lampu itu.
Setelah selesai membaca, aku tertanya adakah semua yang ingin berubah berfikiran sedemikian. Mungkin tidak. Namun, bukunya menarik kerana umpama sedang membaca sebuah diari hijrah seseorang. Sangat menyentuh realiti semasa.
Seperti tajuk ini, buku ini memang mengenai tadabbur iaitu pemerhatian. Nukilan pemudi tentang proses penghijrahannya daripada seorang yang tidak kisah tentang pergaulan bebas kepada Muslimah yang istiqamah dengan pemakaian tudung labuh dan menjaga batas pergaulannya. Penulis banyak berkongsi cerita bagaimana dia bertadabbur, mengajak pembaca supaya memerhati dan berfikir mengenai kejadian keliling kita. Melalui tadabbur kita akan lebih mengenali Allah dan dekat kepadanya.
Saya agak kagum dengan ketajaman pemerhatian dia kerana kebanyakkan anak muda sebaya dengannya lebih alpa ditelan masa. Setiap ciptaan tidak sia-sia dan setiap peristiwa mebawa pengajaran untuk yang berfikir tentangnya.
Cuma saya tidak bersetuju dengan beberapa perkara. Dari pemerhatian saya, penghijrahan tidak semestinya dimulakan dengan pemakaian, dan maksud agama perlu di dilindungi, perlu pembacaan lebih mendalam. Satu lagi peristiwa yang agak membimbangkan dimana penulis secara tidak sengaja menaiki kenderaan dengan dua lelaki tidak dikenali untuk pergi temuduga sangatlah bahaya. Kita perlulah berusaha untuk mengelak perkara bahaya. Syukurlah tidak berlaku apa apa yang buruk.
Kalau saya menjumpai buku ini sewaktu muda, mungkin saya sudah memberikannya 5 bintang. Pendek kata, buku ini bagus untuk dibaca oleh anak-anak muda yang masih ragu-ragu untuk berhijrah kerana mesejnya sangat simple dan boleh membuatkan kita berfikir tetapi buku ini bukan untuk pembaca yang mencari ilmu tadabbur dengan lebih mendalam.
“Tujuan hidup yang pertama adalah untuk menjadi abid kepada Allah. Menjadi sebaik-baik hamba kepada Allah dengan cara beribadah dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah satu-satunya. Dan tujuan hidup yang kedua adalah menjadi Khalifah di atas muka bumi. Menjadi khalifah iaitu mengajak berbuat baik dan mencegah berbuat mungkar. Atau dalam erti kata yang lebih mudah difahami, mengajak orang lain kembali kepada Allah.”- Tadabbur, @misiahbayani
Buku terbitan @bukumustread sememangnya mampu membangkitkan kesedihan dan keinsafan membuak-buak di kalangan pembaca😭. Walaupun kaedah penceritaan #BukuTadabbur mudah dan ringkas, berkenaan penghijrahan penulis, namun kisah-kisahnya hinggap terus di hati saya. Rasa nak sangat istiqamah Solat Dhuha, kurangkan masa tidur, dan buat amal sebanyaknya lepas baca😫
Buku ini ditulis untuk memberi kesedaran bahawa semua orang boleh berubah. Mampu berubah. Tak kiralah berapa banyak pun dosa yang pernah dilakukan. Sejahil manapun. Allah sentiasa memberi peluang, buktinya pintu taubat-Nya terbuka seluas-luasnya, terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kejarlah ia. — Nak berubah ni tak mudah, perlu dedikasi dan kesungguhan yang tinggi sebab akan ada kumpulan manusia yang menyerang dari pelbagai penjuru. Bisikan syaitan dan manusia (mulut manusia memang berbisa😨, haaa ditambah lagi dengan keyboard warriors, tanpa bersuara). Nauzubillah minzalik.
Kalau Atul boleh beri contoh, Atul sangat mencemburui penghijrahan Puan Mizz Nina dan Felixia Yeap. Tak perlu diceritakan di sini kerana rata-rata dah mengetahui. Masha Allah. Bukanlah itu bukti nyata bahawa kita semua boleh berubah?
Jangan malu, inginkan sesuatu panjatkanlah doa. Teruskan berperang, jangan mengalah. Atul doakan semoga yang dah tersungkur kembali bangkit berjihad. Semoga berjumpa apa yang dicari.
Alhamdulillah, di atas rezeki ini. Atul bersyukur sangat ada insan yang baik sudi menghadiahkan naskah ni. Semoga Allah merahmati @wankhan, dan seisi keluarga. Amiin.
Penkongsian pengalaman hidup yang terbaik. Ayat tersusun dengan baik, tidak bercelaru. Ada potongan ayat alQuran. Membantu seseorang itu untuk berubah, buku ini dapat memberi inspirasi dan membuka mata dan hati saya untuk beristiqamah, berusaha menjadi yang lebih baik versi diri saya dan berfikir tentang kehidupan saya sebagai penganut agama Islam. Banyak kali juga saya baca balik buku ni, bila inginkan motivasi hidup dan untuk membaiki diri.