Jump to ratings and reviews
Rate this book

Akulah...ARYANA

Rate this book
PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku hingga ke detik itu. Malam pertama yang kusangka bahagia bertukar malam paling sengsara...

"Kau jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak sanggup? Cakap!" - Hakim

AYDAN, hadirnya dia memberi aku nafas baru. Di mana masih ada mentari yang sudi menyinari hidupku yang kelam. Di mana masih ada bahagia walau duka selalu menyapa.

"Arya, Aryana... Izinkan saya menghapus air mata awak. Kahwin dengan saya?" - Aydan

SEGALANYA indah. Aku dan Aydan. Namun...

"Dah terlambat perempuan. Aku dah cakap jangan cari fasal dengan aku. Kalau kau jadi bini aku baik-baik dulu, kau dah senang-lenang sekarang. Tapi kau degil! Kau menyundal! Perempuan sundal tempatnya di sini!" - Hakim.

"Cinta? Happy love story hanya untuk watak dalam drama. Dalam novel. Bukan orang macam kita. This is real life sayang. Kau takkan dapat bahagia yang macam kau harap tu. Face it!" - Haryani

"Aydan, kenapa awak tak cari saya? Adakah awak sudah lupakan saya?" - Aryana.

Aku menangis sendiri di dalam bath tub itu. Sememangnya aku tidak pernah tidur di sebelah lelaki yang melangganiku. Aku jijik. Jijik dengan apa yang aku lakukan!

"Tolonglah Aryana. Saya minta sangat... Tolonglah bagi peluang untuk kita bahagia. Bagi saya peluang untuk saya bahagiakan awak." - Aydan

MASIH layakkah aku yang hina ini untuk lelaki sebaik dia? Masih layakkah aku peroleh bahagia? Dan masih adakah cinta lagi setelah hidupku musnah akibat lelaki durjana dan cinta yang memeritkan?

488 pages, Paperback

Published April 1, 2017

3 people are currently reading
19 people want to read

About the author

M. Mariann

2 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (35%)
4 stars
2 (11%)
3 stars
8 (47%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
May 7, 2017
Saya suka covernya. Tak banyak masa di ambil untuk menghabiskan karya M.Mariann. Jalan cerita agak lancar namun saya rasa seperti ada yg kurang.

Adakah kerana ceritanya terlalu sadis atau kerana saya kurang suka dgn watak Aryana yg di garapkan sebagai terlalu cantik dan polos hingga senang dipergunakan dan diperbodohkan? Tapi saya rasa ia mungkin alasan yg kedua.

Bagi saya, kalau cantik tu perkara biasa je dlm novel tapi jika author ingin sampaikan sikap polos sedangkan kehidupan dia telah berubah 100%, macam tak tercapai dek akal. Kerana...dgn 'pekerjaannya' yg melanggan customer serta keperitan atau kepahitan hidup yg telah dilaluinya sejak berusia 10 tahun lagi seharusnya menjadikan dia seorang yg lebih matang dan tajam akal. Malangnya, saya tak nampak sikap itu berkembang selain tabah, tegas dan learning self defense. Polos sentiasa ada. Life itself, supposed to teach u something.

Aydan, ni lagi satu lagi manusia yg saya tak tahu apa business yg dia ada selain dari resort dan hobi melukis. Dan apa pekerjaan dia yg sebenarnya? Lawyer? Pelukis? Watak dia muncul tiba2 then hilang tiba2 then muncul kembali. Bagaimana dia boleh bersahabat dgn Zafril? Dari mana dia dapat khidmat penyiasat peribadi? Adakah saya terlepas pandang lagi? Actually tak perlu detail tapi berilah bayangan.

Kemalangan Zafril. Macam mana boleh berlaku..dia membawa laju sebab panik di kejar atau break terputus? Telephone ada message ugutan dari Hakim. Itu adalah bukti. Mana telephone tu? Takkan hilang begitu je? Kalau tercampak di mana2, mungkin juga tapi mesti berdekatan sebab Aryana lari tak bawa phone. Team polis pasti canvas kawasan tersebut. But nothing. Case closed just like that sebab watak2 jahat meninggal.

Dan private investigator yg Aydan ambil seperti kurang kemahiran dan tiada pengaruh langsung kerana maklumat yg cuba di gali atau di sampaikan sekerat jalan. Bagi saya penyiasat yg bagus seharusnya mampu mendapatkan maklumat dan akan tahu jika sesuatu yg di cari nampak ganjil atau tiada kepastian. Rasa macam makan gaji buta je. No proper closure. Tahu2 je Hakim masih hidup dan menghilangkan diri dan tidak di nyatakan jika Hakim is still a wanted man. Dan bila dia kahwin? Sebelum kejadian tu ke atau selepas? Timeline..

Apa yg saya suka :
Sikap segelintir manusia yg rasakan diri mereka seorang pendosa, sentiasa memperbaiki diri dan tidak menghukum yg lain kerana kisah silam malah menerima kehadirannya dengan tangan terbuka. Untuk itu saya tambahkan another 0.5*. 2.5* untuk jalan cerita. Since this is author's 1st novel, tahniah..walaupun ada sedikit kelompongan namun ia masih boleh di hadam oleh saya. And to be honest I did enjoy reading it. Teruskan berkarya Cik author.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
November 9, 2019
menung jugalah lepas baca. kisah ini panjang sebenarnya dan selagi boleh penulis tak mahu cicirkan langsung setiap peristiwa yang berlaku.

permulaan kisah yang menarik. selangan garis waktu buat pembaca tertarik mahu tahu apa yang berlaku pada watak aryana. kisah dia yang menjadi mangsa bapak syaitan makan anak. kisah dia yang tidak dipedulikan sangat oleh emak. berkahwin pun atas desakan emaknya dan akhirnya peristiwa tragis yang meragut nyawa adik-beradik perempuan dek kerana anak tunggal lelaki kesayangan emaknya menggila di bawah pengaruh dadah!

seterusnya kisah dia yang menjadi mangsa kekejaman bekas suami. aryana dijual, menjadi pelacur kelas atasan. dia tak tahu macam mana mahu melarikan diri. bila akhirnya peluang ada, nyawanya jadi taruhan.

kalau nak dikisahkan tentang kekurangan cerita, mungkin ada sana sini. maaf penulis Mell Mariann satu yang ketara mungkin nampak meleretnya tapi sebab olahan itu menarik, mampu menutup kekurangan yang ada.

hubungan kekeluargaan boleh diuji dengan banyak perkara. memang sentiasa terjadi zaman kini. betapa kita marah bila tahu bapak sanggup rogol anak, anak sanggup bunuh mak ayah, mak sanggup abaikan sahsiah dan maruah anak. dugaan.

satu saja. kembalilah pada landasan yang sebenar. imarahkan kekeluargaan dengan agama sebaiknya.

moga bahagia milik kita semua.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,064 reviews380 followers
May 30, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM22. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Kisah ini menengahkan isu mangsa deraan seksual. The story is dark and sick and memaparkan sisi keji kaum lelaki. Jika ayat-ayat manis yang anda harapkan dalam novel ini, my advise is to look the other way.

Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
July 19, 2017
Karya pertama penulis.

Tidak mengecewakan, malah sepanjang pembacaan terasa bagaikan menonton sebuah filem di pawagam. Jantung sentiasa berdebar-debar menunggu apakah yang akan berlaku seterusnya sepanjang pembacaan? apakah lagi perjalanan kehidupan Aryana yang harus dia tempuhi?.

Jangan harapkan sweet tahap gula dalam novel ni, tapi cari pengajaran yang ingin di sampaikan. Terutama wanita yang di tindas atas kekejaman lelaki..

Aryana bangkit tanpa mengalah, dia wanita cekal menempuh cabaran kehidupan malah dia redho & tidak berputus asa mengharunginya walaupun kadang-kadang terdekit di hatinya ingin mengalah mengharungi kehidupan. Tapi dia sentiasa ingin Allah sentiasa ada di sisinya.

Tahniah buat penulis kerana menghasilkan novel yg bg saya baik. Banyak isi yang di sampaikan.

Teruskan berkarya & cari isi-isi (maklumat) yang boleh di kongsikan kepada pembaca agar ini memberi impak kebaikan kepada kita semua.

Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
May 21, 2017
Cubaan berani author dalam karya pertama untuk bermain dengan emosi pembaca berjaya (well at least emosi me and my sister, tapi mesti ramai kan rasa macam naik roller coaster baca buku ni). Good job author, kami nantikan penerbitan sinambungan kisah Hakim pula lepas ni.

Keep it up the good work!

143734 author!
Profile Image for iam.Fuzy.
17 reviews1 follower
July 18, 2017
Aryana bekerja sebagai pembantu butik pengantin yang menjadi model bidan terjun kerana sepasang model sebenar tidak muncul begitu juga dengan Aydan Lim yang secara kebetulan tiba menjadi pasangan model bersama Aryana lantas terpikat dengan sigadis yang tampak penuh misteri.

Aryana dilamar Tuk Awang buat cucunya Hakim yang sememangnya diminati Aryana sejak zaman sekolah dan lamaran diterima walau hati penuh kerisauan bila terkenang episod hitam diperkosa ayah sendiri sewaktu kecil sering menghantui malah rakan karibnya Yani sendiri tidak menyetujui keputusan Aryana.

Aydan kembali ke butik pengantin dengan hasrat untuk mengenali Aryana tapi sigadis telah berhenti kerja dan bakal berkahwin, Aydan pasrah dan menyesal kerana terlewat dan membawa diri ke Dubai

Dimalam pertama, rahsia Aryana terbongkar dan Hakim merasa tertipu kerana Aryana yang dicintai bukan gadis suci dan Aryana diperlakukan dengan teruk sekali. Kepulangan Aryana ke rumah keluarganya, dia dikejutkan dengan kematian ibu serta ketiga2 saudara perempuannya dan Amri satu-satunya adik lelakinya disahkan membunuh akibat ketagihan dadah namun pelik bila ayahnya sendiri menghilangkan diri.

Hakim kemudian membawa Aryana ke Penang dan kembali dengan tabiat minum arak dan seks bebas dan paling sengsara buat Aryana kerana Hakim melampaui batas dan hilang kewarasan hingga memukul Aryana kerana cemburu dan sering curiga dengan semua lelaki. Aryana dipukul tanpa belas dan dimasukkan ke hospital dan keguguran. Kemarahan Hakim makin membuak bila mempersoalkan tentang majalah yg memuatkan Aryana dalam pakaian pengantin dan beranggapan Aydan adalah kekasih isterinya yang tidak mahu bertanggungjawab dan sekali lagi Aryana dipukul tanpa belas. Hakim semakin melampau hingga berhasrat menjual Aryana ke kancah pelacuran namun Aryana yang terdengar perbualan telefon Hakim sempat melarikan diri ke rumah jiran. Zafril menjemput Aryana namun dapat dikesan Hakim yang mengejar mereka. Aryana teruk dipukul tanpa belas kasihan namun kehadiran pihak polis menyebabkan Hakim melarikan diri.

https://umifuzy.blogspot.my/2017/07/r...
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
September 28, 2022
[eBOOK 192]

Akulah Aryana by M.Mariann.
.

Trigger Warning: Sexual abuse, prostitution, pedophile. Bacaan matang 18+.
.

Ada orang cakap, cerita ni dark and sick. Ya betullah tu. Sepanjang baca cerita ni, aku mencarut dalam hati. Nak mencarut terang-terangan, aku dekat public area, tengah attend convocation adik aku. Nauzubillahiminzalik. Semoga kita semua dijauhkan daripada spesis jantan tak berguna dalam ni. Jantan sebegitu patutnya kena sula ataupun 'burung' dia tu, kena potong dan kasi anjing makan.
.

Seawal usia 7 tahun, Aryana dirogol oleh ayahnya. Dan bila dia cuba mengadu, dia akan kena lebih teruk. Bila dah dewasa, dia dipinang oleh keluarga Hakim. Hakim ni memang setan. Depan semua orang, dialah calon suami pilihan. Belakang orang, dialah kaki perempuan, kaki mabuk dan kaki dadah. Hakim ni pun terpaksa kahwin dengan Aryana untuk dapatkan harta keluarganya.
.

Lepas kahwin, masa malam pertama, Hakim kecewa bila tahu yang Aryana dah tak suci. Masa ni, memang dia pukul je Aryana tu. Keesokan harinya, mereka dikejutkan dengan kematian seluruh keluarga Aryana. Rupanya, adik lelaki Aryana yang bunuh dibawah pengaruh dadah. Dan ayah Aryana dah lari dengan duit hantaran Aryana.
.

Lepas tu, kisah hidup Aryana makin teruk. Dengan Hakim yang abusive. Hakim ni siap nak jualkan Aryana kepada mak ayam lagi. Bila Aryana berjaya melarikan diri dan bercerai, Hakim masih tak berputus asa. Dia culik Aryana dan jual ke rumah pelacuran.
.

Aku tak tahulah macam mana Aryana bertahan hidup. Setiap kali dugaan muncul, dia berdoa supaya dia mati.
.

Akhir sekali, bila dia jumpa dengan sepasang suami isteri yang baik, barulah dia jumpa sinar hidupnya. Dan juga lelaki yang dia cinta.
.

Jalan ceritanya bagus. Cumanya in term of editing, boleh diperbaiki. Rasanya penulis guna POV 1. Tapi kejap aku, kejap dia. Dan kejap Hakim pun guna Aku. So, tak tahulah ni POV siapa sebenarnya.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
December 24, 2020
First time baca karya penulis M. Mariann. Sadis dan kejam lelaki semua ni dengan apa yang mereka buat pada Aryana. Ramainya orang yang mati hanya nak selamatkan Aryana.
Jalan cerita dah best tapi sayang garapan dan olahan kurang mantap. Banyak persoalan perlu jawapan dan pembaca seperti saya kena fikir sendiri. Penat dan lelah juga baca sebab asyik tanya diri sendiri bila ada kemusykilan dan tentu-tentulah buat andaian sendiri.
Aryana pelacur kelas atasan. Nak kahwin dengan Aydan family tak takut dapat penyakit. Should elaborate on this issue not happy ending macam kahwin orang biasa.
Watak Aydan hero tapi macam watak sampingan saja. Hilang timbul dan samar-samar siapa Aydan. Fast forward Hakim pula dah beristeri dan ada anak. Kurang jelas bagaimana Hakim terselamat.
Bagaimanapun, harapan saya semoga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih baik lagi di masa akan datang.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews