CERPEN TERBAIK 2016 merupakan usahasama Buku Fixi dan Putrajaya International Book Fair. Ia diharapkan akan terus menjadi aktiviti tahunan! Untuk edisi kedua ini, penulis dan penyunting Ainunl Muaiyanah Sulaiman telah memilih 20 cerpen (termasuk dua dalam Bahasa Inggeris) yang telah terbit di pelbagai media Malaysia sepanjang 2016. Buku ini dicetak sekali (2,000 unit) sempena PIBF 2017 dan takkan dicetak semula.
Menampilkan: Ayah kami Yang berjalan Senget | Anas Mohd Seekor ayam kuning || Zahid M. Naser Auni Nasi Ayam | Noor Suraya Wanton noodles | Ling Low Lelaki patani Dan Gadis korea Utara | Isma Ae Mohamad Hari-Hari Hari ini | Zaki Zainol Pilihan | Saat Omar Yang Teristimewa | Nur Adilla Abd Rahim Jarak Dekat | Lee Keok Chih Kasih/ Kesumat | Saharil Hasrin Sanin Bahiyoh Dan Mashitoh | Regina Ibrahim #Fiximaximus | Lucius Maximus Bibir T. Alias Taib | Wan Nor Azriq Cerekaan | Hackeleh Rumah Rama-Rama | SM Zakir Kota Jaga | Samsudin Ahmad Syaitan Datang Menunggang kuda | Zainal Rashid Ahmad Legenda Bogoh | Zhafir Zakaria Pahlawan Staphylococcus | Sahira Basirudin Red King, Asleep in The Garden | Foo Sek Han
Karya beliau seperti cerpen dan puisi disiarkan dalam akhbar dan majalah seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Harian Metro, Tunas Cipta, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Fokus, URTV, Mutiara Minda dan Pentas. Puisinya pernah diterbitkan dalam antologi Karya Sasterawan 2011 (PENA, 2011), Takah 50 (PENA, 2011), Koleksi Puisi (Balai Seni Visual Negara, 2012), Eksotikata (2014). Cerpennya juga dimuatkan dalam Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia (ITBM & Yayasan Obor, 2013) serta dipilih dalam Cerpen Terbaik 2014 (Fixi, 2015)
Beliau telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2012 (kategori puisi eceran) melalui puisinya "Mimpi dari Sebuah Lukisan Ilusi" dan pemenang utama kategori puisi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2013 dengan puisi berjudul "Berbagi Puisi". Manakala buku pertamanya ialah Sepetang di Kafe Biblioholic (JS Adiwarna, 2013) telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2013 dalam kategori novel remaja.
Beliau boleh dihubungi di ainunl.muaiyanah@gmail.com serta tulisannya boleh diikuti di http://ainunlmuaiyanah.com
Kenapa ia dipanggil Cerpen Terbaik? Kerana memang di dalamnya terdapat himpunan cerpen yang tidak mengecewakan. Penulis mapan seperti SM Zakir, Wan Nor Azriq, Regina Ibrahim, Saat Omar, Saharil Hasrin, Zahid M. Naser, Adilla Abd Rahim; membuatkan himpunan cerpen ini beraneka ragam dan gaya penceritaan.
Barangkali hampir separuh cerpen di buku ini yang saya suka-- dari yang sangat suka ke suka yang biasa-biasa saja. Ada entri yang saya tak berapa pasti kenapa terpilih (walaupun sudah diterangkan di bahagian intro oleh editor) tapi baiklah saya faham hal ini mungkin subjektif. Oleh itu, marilah saya komen sikit tentang cerpen-cerpen yang saya sangat suka (sahaja):
1. Lelaki Patani dan Gadis Korea Utara (Isma Ae Mohamad) : Permulaan kisah yang bagus buat saya tertunggu-tunggu misterinya hal tentang Kim. Susunan perenggan dan point cerita yang kemas, hingga saya sendiri tak jangka ending-nya begitu walaupun terlalu klise. 2. Hari-Hari Hari Ini (Zaki Zainol) : Aha! Ini paling saya suka sebab ada pinch of magical realism, horror dan misteri. Permulaan yang santai tapi kemudian cemas dan bawa saya terus ke alam spooky. Cara penulisan yang bagus, tersusun dan cukup perisanya. Fokus dua watak utama yang sangat padu. Bahagian mistik dengan lesapnya Suzana itu paling saya suka. 3. Jarak Dekat (Lee Keok Chih) : Perasaannya seperti membaca novel penulis Asia yang menulis hal moraliti dan budaya setempat. Fiksyen yang menarik dengan ragam keluarga yang klise tapi punya isi yang semacam berat dan penuh perasaan. Saya sebenarnya harap ini boleh dinovelkan. 4. Kasih/Kesumat (Saharil Hasrin Sanin) : Sudah pernah baca dalam buku Cerpen-Cerpen Underground. Anehnya ia cuma cerita tentang satu sindiket curi organ tapi emosi dalam naratif sangat jelas dan penceritaannya buat saya leka jelajah tiap aksara dan deskripsi cerita. 5. Bibir T. Alias Taib (Wan Nor Azriq) : Permulaan cerita yang agak misterius tapi agak menarik sebab manakah logika mahu iklankan bibir T. Alias Taib di buku panduan telefon? Pelik yang puas hati bila membaca. Membaca kisah antara dua point of views itu kadang rasa terhibur tapi teringin juga nak tahu kisah lanjut tentang Pemburu Kota Sdn Bhd. Barangkali antara 50 cetakan bibir pada bulan pertama itu, saya ada beli satu. 6. Kota Jaga (Samsudin Ahmad) : Kisah yang aneh tentang peniaga tanah kubur yang menjadi gila. Ada satu aftertaste yang buat saya berfikir panjang. 7. Red King, Asleep in the Garden (Foo Sek Han) : Fast-paced and quite imaginary. Saya suka bila si monster asyik bertanya, ia seperti kisah kanak-kanak yang berbunyi manis tapi sebenarnya penuh pengajaran yang sedang bersembunyi. "Do dreams destroy worlds? Perhaps."
Antara buku cerpen terbaik saya baca tahun ini. Harap ada lagi buku Cerpen Terbaik untuk tahun-tahun akan datang!
Cerpen terbaik? Mungkin boleh dikatakan buku kumpulan cerpen 3/4 terbaik.
Walaubagaimanapun, ia satu usaha yang bagus - mengumpulkan cerpen-cerpen yang sedap sepanjang tahun 2016 dan saya menyokong usaha ini sejak tahun 2014 lagi.
“…Malah Penghuni-penghuni yang ada di situ keluar kupu-kupu demi kupu-kupu. Berterbangan ke udara membawa impian-impian yang berwarna-warni dan kemudian pecah menjadi debu udarakasa merewak hilang dalam asap udara dunia yang kelam dan gelap”. - Rumah Rama-Rama by SM Zakir . . Out of 20 stories featured in this collection, i only LOVE 5 of them. I LIKE 12 of them. Another 3, i was wondering why the editor decided to put it in the collection. 1 page of just 3 tweets didn’t really making any sense (at least for me). There were few good stories but there’s a reason why i did not LOVE them. Can i consider this ‘Cerpen Terbaik 2016’? Sure, at least i can say 65% stories in this book is memorable. The story themes is diverse - from sci-fi , horror to medical fiction and the settings of the story does not necessarily took place in Malaysia, there’s one story took place in China, another one in Italy, and another in Japan. In addition to that, i felt some story kinda have some formula - especially driven from southeast asian horror : A wandering spirit or restless soul (its pretty boring) or just a plain love-revenge story which getting stale to be honest. Overall, i still consider this an enjoyable book. A pretty solid collection, i would say. Here’s how i will summarise my favourite stories in few lines. 1. Kota Jaga By Samsudin Ahmad (We live in the world which graveyard is a commodity. Only the rich can afford to choose to be buried grandly while the poor were forced to be cremated or worse of all, let the government handle it.) 2. Bahiyoh Dan Mashitoh by Regina Ibrahim (The satire of these online Ustazahs - exploiting religion to get what they want but ended up not practicing what they preach) 3. Ayah Kami Berjalan Senget by Anas Mohd (A bit like metamorphosis by Kafka but make it crab this time and the one that turned is a long lost father) 4. Wanton Noodles by Ling Low (Food we consumed during our childhood will forever be delicious especially when it is sprinkled with a little bit of nostalgia and old time sake) 5. Rumah Rama-Rama by SM Zakir ( Perhaps the butterfly is an allegory of freedom for those who can’t escape an urban poverty - forced to live in tight space, earned low income and starved so that they could survive the next day)
- Buku ini mengandungi 20 cerpen yang di ambil dari pelbagai sumber.
- Ada yang best, ada yang macam tergantung.
- Bagi aku, banyak cerpen yang kurang sikit cara penyampaian. Maksudnya, kau kena faham ayat kiasan atau maksud kiasan dari cerpen tu. Mungkin aku cakap camni sebab aku tak faham cara penyampaian penulis melalui cerpen ni.
CERPEN TERBAIK 2016 Terbitan Fixi dan MPH Putrajaya International Book fair 2017 Genre: Sosial campuran. Editor: Ainunl Muaiyanah Sulaiman
Gabungan cerpen terpilih seperti tahun tahun sebelumnya. Pernah tersiar dalam beberapa penerbitan di Malaysia termasuk Zine, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Berita Minggu, Cerpen cerpen underground dan laman laman internet, termasuk Cerpen Hari Jumaat dan fixi novo. Sudah pasti kandungannya berbeza antara satu sama lain. Paling tidak satu atau pun tiga cerita akan memikat hati anda yang membaca. Masing masing membawa kisah persoalan, resah manusia, idea sepi dalam hati dan satira hidup manusia yang berterusan. Hanya ada 2 cerpen dalam Bahasa Inggeris kali ini, manakala 18 yang lainnya adalah dalam Bahasa Malaysia. Setiap satu dihidangkan dengan cara tersendiri, bagus untuk penulis penulis muda mengintai corak hidangan, ayat pilihan dan corak cerita yang mahu disampaikan. Ada yang diceritakan secara berkias, berlapik dan ada juga yang memilih untuk berterus terang. Inilah keindahan membaca cerpen.
Pembukaan kisah Ayah Kami Berjalan Senget sahaja seolah olah berkata, “hey kami generasi baru yang ingin bercerita”. Seekor Ayam Kuning karya Zahid Naser digarap dengan mudah tanpa selindung jadi sangat menarik. Lelaki Patani dan Gadis Korea Utara tulisan Isma Ae Mohamad sangat relavan dengan kitaran waktu masakini. Pilihan karya Saat Omar seperti biasa tidak mahu berdolak dalik dalam penceritaan, namun dibentangkan indah dan santai. Jarak Dekat oleh Lee Keok Chih membawa persoalan lama tentang nasib dan jodoh berlokasi menarik, digambarkan secara tidak kurang tidak lebih. Paling menarik bagi saya adalah Bibir T. Alias Taib oleh Wan Nur Azriq yang melambangkan kedewasaan dan pertanyaan mata hati watak utama melihat kehidupan, ianya berbunyi begitu moden sekali. Kesemua cerpen yang disebutkan tadi adalah pilihan peribadi saya sebagai pembaca.
Secara keseluruhan saya anggap cetakan tunggal ini sangat menarik dan harus dimiliki. Nukilan gabungan yang memaparkan teknik dan gaya bahasa yang berbeza dari 20 orang tukang cerita tempatan dalam satu koleksi adalah sesuatu yang jarang ditemui.
Ada dua cerpen dalam antologi ini yang boleh saya katakan menonjol dan menarik perhatian saya. Selebihnya enak juga dibaca, cuma tidak meninggalkan kesan yang terlalu mendalam, dan sebahagian kecil lagi saya baca begitu sahaja. Tindak balas normal apabila dihidangkan satu antologi, saya kira.
Cerpen kegemaran saya sudah tentunya Kasih/Kesumat, yang tertonjol dengan lenggok bahasa dan stail penulisannya yang tersendiri. Sarat dengan emosi yang bercampur baur serta tema yang menarik, cerpen ini memberikan kepuasan yang luar biasa. Saya tertarik untuk mencari karya lain penulis.
Karya kedua yang menarik perhatian saya ialah Pahlawan Staphylococcus, sebuah kisah unik dari pandangan bakteria. Teknik penceritaannya menghiburkan, tidak ubah seperti mendengar cerita seorang kanak-kanak. Fakta digarap secara fiksyen dengan amat baik sekali, menjadikan bacaan ini sebagai salah satu cerpen yang sukar dilupakan.
4 bintang untuk antologi ini kerana mengumpulkan cerpen-cerpen dari pelbagai genre yang sedap dibaca.
Penutup siri Cerpen Terbaik kali ini lebih pelbagai. Ada juga dimuatkan cerpen dari medium media sosial. Personal favorite aku Hari-Hari Hari Ini, Pilihan, Kasih/Kesumat, dan Bibir T. Alias Taib.
“Jika anda berjalan dengan cerpen, ingatilah hal ini. Ia pengembara singkat tetapi padat.”
Intro dari penyunting.
Atas sebab inilah saye tertarik dengan buku-buku cerpen. Cerita pendek yang selalunya mempunyai mesej tersendiri (biarpun kadang-kala saye sendiri tak faham akan mesej yang ingin disampaikan).
Cerpen yang menarik hati saya:
Yang Teristimewa – Nur Adilla Abd Rahim Saye kagum dengan gaya penulisan beliau. Seperti membaca pantun, di mana pengakhiran ayat mempunyai bunyi yang sama atau hampir sama dengan ayat sebelumnya. “Perpustakaan sumber ilmu. Kita tidak akan ke mana-mana tanpa kuasa. Dan kuasa orang biasa seperti kita bukanlah wang dan gelar-gelaran tetapi ilmu. Ilmu”
Jarak Dekat – Lee Keok Chih Mengisahkan tentang seorang jejaka kampung yang bernama Wanlin. Berusia 32 tahun tetapi masih belum berumahtangga. Akhirnya berkahwin dengan wanita Vietnam yang jauh lebih mudah. Cerpen ini membuatkan saye terfikir: kenapa Wanlin boleh terima isteri dia kembali setelah dia menghilang selama 2 bulan? Kenapa kedua ibu bapa Wanlin hanya risaukan tentang cucu mereka tetapi bukan satu-satunya menantu mereka? Kenapa kahwin dengan orang yang Wanlin tak kenal, bahkan, tak fasih dalam bahasa ibunda Wanlin? Kenapa Wanlin tak tanye isteri beliau ke mana menghilangnya dia selama 2 bulan?
Pahlawan Staphylococcus – Sahira Basirudin Cerpen ni sangat menarik sebab ceritanya tentang bakteria - bagaimana bakteria yang hidup berkoloni nak mempersiapkan diri mereka untuk melawan antibiotik.
Ada cerpen yang menarik dan ada yang biasa biasa sahaja bagi I. Cerpen yang terpaling menarik hati I adalah; 1) Hari - Hari Hari Ini; 2) Yang Teristimewa; dan 3) Pahlawan Staphylococcus. Kudos for all the writers!