Razak seorang remaja yang dibesarkan dalam keluarga yang toksik. Disebabkan itu, dia lebih banyak lari daripada masalah di rumah dengan mencari masalah di luar.
Sepanjang hidupnya, dia mengenali beberapa kawan yang dianggap sebagai darah dagingnya sendiri. Mereka mencari kegembiraan bersama dan mencari masalah bersama.
Suatu hari, ketika didenda untuk bersihkan sekolah, mereka terjumpa sebuah kaset video yang tersorok di bilik stor. Tanpa mereka sangka, isi kandungan videotape itu bakal mengubah nasib hidup mereka. Bersama-sama, mereka menyelongkar misteri ngeri di sebalik objek berteknologi kuno itu.
Menerusi proses ini, Razak pelajari erti persahabatan, percintaan, kehidupan -- dan kematian.
membesar di merata tempat di Lembah Klang dari Klang, ke Subang Jaya, ke Cheras, dan kini menetap di Sungai Buloh. Diplomanya tersimpan di dalam laci, tidak digunakan sejak tahun 2009. Sejak kecil lagi dia memang gemar berimaginasi. Selepas membaca karya seorang penulis botak lain yang bernama Brian K. Vaughan, dia mula menulis imaginasinya ke atas kertas (ataupun dalam bentuk 1 dan 0). Lima tahun kemudian dia mencuba nasib dengan menghantar karyanya ke Buku Fixi. Hasilnya, Zombijaya menjadi novel pertamanya. Kini dia masih, dan akan terus berimaginasi lagi selama yang mungkin.
Sebenarnya Adib Zaini (Ilusaniti) antara punca kenapa aku minat Fixi. Waktu tu ingat lagi aku pegi beli Ilusaniti yang dah usang, lama duduk kat rak kedai buku tu tapi tak ada orang nak beli, sekor-sekor dia duduk situ. Aku tertarik la dengan cover depan dia. 'Fixi', pertama kali aku melihat penerbitan tu. Dalam tahun 2012 lebih kurang.
Videotape; kalau nak dibandingkan dengan Ilusaniti, Videotape ni agak lambat. (Tapi sebenarnya Ilusaniti tu pun aku lupa macam mana pergerakan cerita dia, tetapi seingat aku, tak sama macam novel ni).
Story Videotape sebenarnya misleading dari tajuk, muka depan, dan blurb buku ni pun. Masalah? Tak. Sebab aku rasa aku dapat faham bagaimana Fixi menarik perhatian crowd dia.
Cerita bergerak bagai drama tv. Tak dinafikan pergerakan cerita digarap cantik; Adib Zaini ni pun penulis skrip, dia nampak bagaimana 'cerita' itu berjalan.
Adib menulis mengenai Razak dan sekumpulan remaja lain, lingkungan 14-15 tahun umur mereka; yang masing-masing mempunyai peranan dan masalah yang dihadapi. Cerita dibawa ke satu sudut berbeza di mana tidak memfokuskan mengenai Videotape tetapi memfokuskan Razak sebagai watak utama yang mempunyai masalah keluarga.
Kalaulah novel ini ditanya dalam peperiksaan "sila berikan moral dan pengajaran yang boleh diambil dari novel yang anda kaji", aku akan menjawab; Seseorang manusia sebenarnya boleh berfikir baik waras walaupun mereka tidak berada dalam suasana yang baik. Sebagai contoh; Razak sebolehnya menghindari dan cuba bersikap baik terhadap ibu dan (sekalipun) ayahnya walaupun dia sendiri tahu bagaimana kondisi kedua orang tuanya. Kadang-kadang, masalah keluarga bukanlah punca untuk anak menjadi perangai tak elok. Razak bukanlah seorang yang noob. Dia cerdik, aktif, dan ligat berfikir. Walaupun dia membiarkan Naga memanggil ayahnya 'pergi mati' dan Razak sendiri kadang kala membenci ayahnya, dan juga Razak tidak melawan secara kasar apabila ayahnya memukulnya — aku boleh nampak dari satu sisi bahawa bukanlah satu kepastian bahawa jika ayah dia 'celaka' yang membuatkan anak menjadi rebel dan kurang ajar sebagaimana yang ditunjukkan oleh kebanyakkan drama di tv atau novel sekalipun.
Videotape ini aku tak pasti pengakhiran dia ni macam mana. 2012 dulu pun aku pernah twt Adib Zaini ni "kenapa Ilusaniti ending macam tu? Apa yang berlaku sebenarnya". Dan dia tak reply, tapi aku ingat lagi ada yang mention aku balik "Adib Zaini memang macam tu. Dia membiarkan pembaca fikir sendiri ending". Ya, 2017, Videotape, style Adib Zaini masih tak berubah.
Apa-apapun, novel Adib Zaini adalah novel yang aku tunggu selama ini.
Maybe I'm just a sucker for stories of dysfunctional and broken families that I gravitated towards this story so much. Mungkin juga sebab saya belum baca Ilusaniti so I'm not comparing (seperti saya lihat ramai yang buat).
But Adib has truly kept me entertained throughout the book, dan I am more or less okay with the pacing. Because at the end of the day, novel ini bukanlah tentang videotape yang telah dijumpai dan misteri yang menyelubungi videotape tersebut.
Novel ini tentang Razak dan kehidupannya sebagai seorang remaja biasa dan kurang biasa, meeting his first love (walaupun I tak gemar sangat dengan the female character), his tribulations dan adventure bersama rakan-rakan.
Novel Kampus karya Syafiq Aizat dan Videotape hampir menggunakan formula yang sama, tentang sekumpulan remaja yang ingin menyelesaikan sesebuah misteri. Tetapi apa yang berlainan adalah Videotape kurang plot holes, dan terasa lebih nostalgik berbanding Kampus. Adib Zaini tahu betul-betul how a teen of that age thinks dan watak-watak semua mempunyai karakter mereka sendiri thus more memorable.
Watak Razak juga lebih likeable than watak utama Kampus (even though that might be disengajakan).
Cuma kekurangan kedua-dua novel ini tetap sama, bagaimana persoalan whodunnit (siapa pesalahnya) terjawab, berlaku secara tiba-tiba.
dari satu sudut, aku suka dengan persahabatan antara watak2 utama yang dipaparkan, begitu menyentuh hati dan penuh ketulusan/kenaifan zaman remaja. pelbagai rintangan dihadapi bersama tanpa memikirkan masa depan secara serius, menikmati hidup seadanya walaupun banyak masalah berselirat dikeliling mereka. Namun, semua itu mematangkan perhubungan mereka amnya, dan diri mereka sendiri khususnya.
namun, apabila mengimbau kembali tajuk buku ini, nyata tidak begitu bertepatan. Malah, misteri kewujudan videotape itu sendiri tidak dirungkaikan, punca kejadian, bagaimana, mengapa dan seumpanya tidak terjawap dalam naskhah ini.
watak antagonis penyeluk saku bertiga itu lebih menyerlah berbanding pelaku video itu sendiri. dari sudut itu, agak mengecewakan sedikit (banyak kot). sebab, aku expect more penyiasatan dan misteri pembunuhan.
walaubagaimana pun, disebabkan keakraban watak2 dalam ni membuatkan buku ini menarik dibaca. rasanya, tukar tajuk and buang part videotape tu lagi ok (kot).
I was expecting kind of a real mystery like super real sort of thrill and suspense but it was just a mild one. It was more to a love story and friendship with pinch of broken family matter in between.
The videotape mystery been drag too long, got buried under all those stories before it was at last get sorted out, hurriedly. But the moral of the story was there-- the person you think you should trust the most probably not the person you should trust the most after all (that teacher was 'that' suspicious anyway). I actually love the friendship between Razak and Dayana, and Naga and Hasrul. I was hoping the story of this group was written a bit more but oh well never mind...
Jalan cerita lg menarik kalau didedahkan nape pelaku dlm videotape tu buat smua tu. ada apa dgn telinga? endingnya mcm rushing sgt. sbb tu aku tolak satu bintang. tp yg membuatkan aku suka dgn buku ni sbb nilai persahabatan antara Razak dan kwn2 dia.
Seperti Zombijaya dan Ilusaniti, apa yang aku perasan, adib akan memfokuskan kisah a group of friends sebagai main watak cerita-ceritanya.
Aku sedikit hampa sebenarnya, sebab buku ni taklah fokuskan sangat pada kisah misteri videotape tu, tapi kisah Razak dan kawan-kawannya. Which takdelah teruk mana pun, sebab persahabatan diorang tu believable dan tak rasa olok-olok. Cuma tulah, misteri videotape tu lagi menarik minat aku nak tahu. Heh.
Aku cemburu betul dengan persahabatan Razak dan Dayana.
Dan pengakhirannya macam...tergantung? Ke aku yang lambat sangat nak faham apa yang berlaku? Hmm.
Anyhow, try lah baca buku ni! Oh and jangan berhenti menulis adib!
Ceritanya menarik ada misteri dan penyiasatan walaupun hanya suku sahaja.. Tapi masih berbaloilah untuk dibaca dan dihadam.. Cuma cerita ini lebih fokus pada kehidupan Razak, persekolahan Razak.. Tak semestinya mak bapak kita tak baik, kita pun kena jadi tak baik..
It's not very much like it's predecessor, but it's vibe is good.
'Videotape', albeit the title, revolves around the back-cover synopsis rather than the symbol itself. Hence, a lot of main focus is given to the main character, Razak, and his life, instead of shifting the focus towards the murder case in the entire novel.
However, I'm not here to compare Ilusaniti and Videotape lah.
Sub-plots plays a lot here in influencing Razak's life, but it takes away too much attention from the main plot (videotape). If you're here to read about their missions and progress in the videotape-investigation, you'll get those in only 30% of the entire book. But if you're here to engross yourself in Razak's personal life, and his journey in friendship and family and love, then you've come to the right place.
I wish the antagonist's character and motives/goals as well as Jackie's are further explored, as we didn't get a proper closure. Videotape 2?
A/N: Many thanks to the writer Adib Zaini for the free copy. Looking forward to your future thriller novels!
Videotape menceritakan tentang Razak dan kawan-kawan se-tingkatan-3 dengannya yang terjumpa videotape di stor sekolah mereka. Masing2 bet apakah video yg ada dlam tape tu. Masing2 lebih cenderung mengundi sama ada video cerita seram atau video blue. Selepas menontonnya, tak siapa sangka ianya bukan filem tetapi rakaman video pembunuhan seorang pelajar sekolah itu berbelas tahun dulu. Sebagai budak2 underage, video macam tu memang menjurus kepada trauma. Tapi, dlam masa yg sama mereka membuat satu plan untuk menyiasat apa sebenarnya yg berlaku. 7 org cikgu menjadi suspek mereka. Siapa dalam kalangan cikgu itu adalah pembunuh sebenar? Atau bukan cikgu tu dalang sebenarnya? Siapa antara mereka yg jadi korban pembunuh tu selepas itu? Kenalah baca..
Komen tentang buku:
1. Kulit buku nampak attractive. Tajuk Videotape tapi gambar telinga. Fixi memang kreatif bab kulit buku. Semua kulit buku dia ada maksud dan sometimes menjadi klu kalau kita lost ketika membaca. Ada sebab kenapa kulit Videotape ni ada gambar telinga. Sama macam buku lain. Ada sebab kenapa gambar cameraman dekat kulit buku Kelabu tu terbalik. Ada sebab kenapa kulit buku Trio pakai gambar Meatball. Ada sebab kenapa kulit trilogi Ajaib yg version baru ada gambar bayang 3 budak lelaki, bila diamati betul-betul rupanya bayang tu adalah 3 lelaki berbeza.
2. Videotape kisah student. Again! Memang buku-buku Fixi banyak kisah berlatarkan student. Bukan klise tapi itu realiti. Sebab zaman remaja adalah zaman rebel dan zaman cipta masalah.hahahaha. Bila dewasa, masalah lebih tertumpu kepada kewangan, cinta dan rumahtangga. Tapi, itu lah problemnya bila org dewasa tulis cerita tentang pelajar. Gaya bahasa agak dewasa sampaikan aku terfikir juga, budak-budak zaman sekarang memang perangai camni ke, cakap camni ke? Bila kaji balik, mungkin betul sebab remaja sifatnya rebel, curious dan mereka fikir mereka dh dewasa.
3. Susunan plot yg agak baik. Tak berbelit dan senang faham cerita. Penceritaan pula hanya pada sudut pandang Razak sahaja. Jadi, tak perlu faham cerita dari pelbagai watak. Setiap curiosity terjawab. Penulis tak tinggalkan persoalan-persoalan yang buat kita rasa 'kenapa aku beli buku ni?!'
4. Tajuk Videotape tapi fokus kepada videotape tu aku rasa macam 40% je. 60% lagi lebih kepada kehidupan seharian Razak, kisah cinta Razak dengan Joanne dan kisah mak bapak Razak yang super teruk. Muka surat ada 317 tapi videotape tu jadi fokus utama apabila di ms 97. Almost 30% buku baru masalah utama muncul.
5. Aku suka some of the sarcastics. Berjaya buat aku gelak sebab macam aku and the geng in real life juga duk membahan macam tu.
Tajuk buku ni macam kurang sesuai.. rasanya ada la dalam 30% je kot cerita yang relate dengan videotape yang diorang jumpa tu. Yang lagi 70% tu pasal love, school, life, friendship and family. But honestly, saya suka je buku ni eventhough takde la rasa misteri sangat sebab penulis macam tak berapa detail ceritakan pasal kes videotape tu. Mungkin akan jadi lagi menarik kalau penulis cerita secara detail sikit pasal tu. But whatever lah, i like this book!
Novel ini berkisar tentang sekumpulan pelajar yang secara tidak sengaja, terjumpa sebuah pita rakaman (VHS tape) di dalam stor semasa diorang kena denda mengemas. Apa content video tu? korang bacalah sendiri. Nak dijadikan cerita, budak2 ni cuba menjolok sarang tebuan gila. Sengaja cari pasal.
Penceritaan agak baik, naratif yg pelbagai. Ada moment2 yg aku mcm awwwww, ada jgk rasa mcm nak baling buku kt dinding, wtf moments dsb. Karakter2 pun menarik, geng2 Razak(MC) semua kepala masuk air termasuklah Razak sekali. Tp segelintir karakter macam kurang penghayatan dgn pembaca, kurang engagement. Jadi memang tak boleh agak siapa baik, siapa jahat, redha je lah apa2 jadi. Buku ni pun ada byk scene yg tak logik dek akal. haha tp aku terhibur jgk ah.
Pada pendapat aku, ending kepada cerita ni agak rushing, dan byk persoalan yg sepatutnya terjawab, tak terjawab.
Basically buku ni banyak sebut tentang life Razak sebab POV tu pada dia. Kehidupan yg tak indah mempunyai ibu dan ayah yg toksik. Namun dia masih teguh berdikari dan ada kawan-kawan yg sentiasa support each other seperti Dayana, Naga, Hasrul, Kok Ming dll di sekolah.
Punca dari videotape yg mereka jumpa, tanpa sedar mereka terdedah pada bahaya. Mereka jadi ingin tahu dan cuba gali kembali sejarah apa yg pernah berlaku. Cuma saya sedikit geram bila twistnya rancak pada masa yg agak lewat. Terlalu banyak bermain jiwa dgn kisah cinta si Razak.
So, sepatutnya buku ni boleh jadi lebih menarik dgn writing style yg memang best. Pace pun laju dan lancar. Cuma topik cerita tu kurang sikit menyerlah. Mungkin terlalu sibuk pada Razak dgn kawan-kawannya. Fokus cerita sedikit lari tentang videotape yg saya rasa agak thrill untuk dibaca.
Tapi, the twist tetap a big wow. Keakraban yg terjalin diantara the guys yg paling saya suka. Sedikit sebanyak saya sendiri rindu zaman sekolah lepas baca buku ni.
"Sometimes you apologise not because you are sorry. Sometimes you apologise because you want to make peace." - Videotape, Adib Zaini
Jalan penceritaan yang tak berapa menarik, bagi aku, sebab buku ni buat aku hilang fokus apa sebenarnya misteri di sebalik videotape yang Razak and the guys jumpa tu. 80% cerita dalam buku ni menceritakan tentang persahabatan Razak and the guys, dan kisah percintaan Razak dan Joanne. Walaupun buku ni macam kisah misteri, tapi tak menimbulkan rasa saspens. Tapi apa2pun tak rugi baca.
Ceritanya manis dan penuh dengan perasaan. Saya juga suka pembinaan watak untuk watak utama. Cuma mungkin untuk antagonis, macam tak cukup jelas. Macam, kenapa telinga? Apa jadi? Macam mana jadi? Kenapa kena rakam? Kenapa sorok dekat situ? Itulah antara soalan soalan yang saya tak dapat jawab. Berkenaan watak utama, memang saya suka, sangat warna warni. Cuma terlalu banyak nama yang ada cuma untuk ada, tak begitu penting.
Plot cerita yg senang difahami.. Cuma kalau misteri videotape tu dirungkai lebih rasanya lagi best.. Sedikit kecewa mgkin sebab expectation xsama dgn apa yg berlaku tapi tetap ok.. 😊
Sedikit komen yang hendak diberikan. Bagi saya tajuk cerita dengan penceritaan agak kurang sedikit berbanding kisah kawan-kawan Razak dan penyeluk saku yang lebih menonjol dalam cerita ini. Lagipun, kes Jacque itu pun penulis tak ceritakan secara lanjut dan detail sebab apa Mawardi membunuh Jacque dan apa puncanya. Terlalu tergantung. How I wish cikgu Mawardi tu bercerita penuh pasal kes dia dengan Jacque. Tajuk Videotape pun dilihat agak lari kerana video tersebut sangat pendek. Pada awal pembacaan berharap sangat ia sebagai contoh video macam orang buat paranormal yang agak panjang sedikit dan terdapat insiden2 yang berlaku. Lagi pula partner cikgu Mawardi pun tidak dijelaskan dengan lebih lanjut berserta part potong telinga yang aku tak paham apa motif dia nak buat. Agak hampa juga dengan tajuk novel yang jikalau ditukar kepada lain mungkin ok rasanya. Rasanya Fixi pun dah boleh mula guna pengelasan seperti Buku Prima di kulit belakang buku di mana pecahan dibuat mengikut mistik, ngeri, takut, saspens dan persahabatan. Videotape ini lebih kepada unsur persahabatan berbanding unsur saspens. Terdapat juga part yang meleret-leret seperti ketika Hari Kantin yang membuatkan saya skip untuk ke part yang seterusnya. Btw, tahniah kepada penulis kerana hasil garapan beliau. Kalau aku jadi mama Razak tu dah lama aku minta cerai. Aman dunia 😅. (sekadar pendapat)
This entire review has been hidden because of spoilers.
4 stars because i like the main character, Razak. i like how his character potrayed. although his life is so terrible, messed up with his parents, he still can think what he could do in his life eventho his ego sometime unbearable. but i still can understand his action.
i also love his friendship with dayana. i actually cried when dayana always backed up him, knowing how his life is.
the only thing i didnt like in this book is, there is no enough action. mostly all about razak. yes, because he is the main character i know that. but what is the point of having alot of characters introduced, that involved with the tape aside from the twins and kok ming.
next, i do still have questions even after the epilogue. why did the culprit cut her ear? did he have some fetish about ear? who is the culprit's partner? what is the motive of murderer? why did that tape is exist? for who actually that tape? and, didnt Jo's ear is cut by the culprit?
thats a long review from me. anyway, i love this book eventho i interested more about their friendship rather than the tape.
looking forward for your next project (if u have it)
I was genuinely surprised that I highly enjoyed this book. It was such a fun and nostalgic read. I say nostalgic because not all writers can write how a teenager speaks or acts, at least not accurately but with Adib reading his words really brought back my own memories of when I was a teenager in high school especially a local Malaysian high school. The banter between the friends, the teasing, everything just brought all good and sometimes bittersweet memories to the surface and just left me feeling all nostalgic for my own high school experience. Adib’s writing was realistic and engaging that I truly could envision myself being friends with this group of teenagers had I too been in the same school.
The only gripe I have with this book that made knock a point off in rating was how the mystery surrounding the videotape was unraveled. Going into this book I had expected it to lean more towards being a mystery whereby it will be solved by a group of teens ala The Famous Five novels but what I got instead was a book focusing a lot on the friendship between Razak and his friends. Not that I did not enjoy it but it makes me wonder if selling this book as a mystery book was correct because I felt that the mystery aspect of the plot fell flat.
The ending and the exposure of the perpetrator was too rushed that it left plot holes left and right. I did not know why the perpetrator did what he did. Was he mentally unstable? What was his motive both in doing what he did as well as creating a videotape on it. Who was his partner in crime? What happened to Razak’s dad? Why was Razak’s dad such a douchebag? The ending just left me with more questions than answers which is such a shame because the book was such a good read.
Overall, I would still highly recommend this book but don’t hope that the ending will blow your socks off. Keep your expectations low for the ending for this book.
Aku registered account goodreads semata-mata untuk bagi review buku ni. Sesungguhnya aku sangat kecewa. Aku expect ni buku horror atau crime/thriller tapi lebih kepada friendship atau slice of life yg memang aku tak minat. Friendship diorang pun sangatlah bosan + kisah cinta Razak yg sangat random dan tak perlu ada pun. Dan ending yg sangat rushing tu lagi hancurkan isi buku ni. Kenapa dengan Mawardi? Dia ada masalah mental ke? Kenapa dia bunuh Jackie? Kenapa dia record videotape tu dan potong telinga dia? Banyak sangat persoalan yg tak dijawab. Scene atas bumbung hospital tu pun sangat lah tak masuk akal. Sepatutnya Razak dan Joanne dah pun mati ditikam. Tapi still boleh hidup dalam epilog. Buat aku gelak je. Aku ada expectation tinggi dekat Adib Zaini sebab buku Ilusaniti memang best. Tapi yg ni memang a let down. Kalau boleh aku nak bagi 0 star je. Kepada yg nk beli atau baca tu, sila lupakan hasrat anda dan baca buku lain ye.
This entire review has been hidden because of spoilers.
3.5 bintang. Adib Zaini. Sepertimana Zombijaya, penulis masih mengekalkan watak secara berkumpulan. Cerita tentang videotape yang dijumpai ketika sekawan pelajar mengemas stor sekolah tapi kebanyakannya berkisar kepada masalah keluarga watak utama (Razak) dan percintaan dengan anak jiran cina belakang rumah. Lama kelamaan aku seperti sukakan Joanne. Babak penyisatan tenggelam berbanding percintaan tapi aku okey. Bila masuk ke bab akhir baru rancak ke arah peleraian, kalau naik roller coaster seperti naik ke atas secara perlahan sampailah nak abis landasan barulah turun secara curam laju gila babi. Penamat? Kena fikir sendiri seperti tulisan Adib Zaini sebelum ni.
Novel ni agak best jugak. Cuma komen saya, kisah videotape tu hanya ada satu atau dua babak je. Banyak yang tidak jelas. Cthnya, cikgu Mawardi, kenapa dia target Jackie, kenapa obses pada telinga dia sampai potong telinga je. Videotape tu pulak, diorg tak tgk sampai habis. Tak thrill lah. BG lah tgk sampai habis, baru lagi gempak. Cikgu Mawardi yg jadi suspek, langsung tak MF. Sebab awal2 mmg pihak polis dah cari dia. Dan dia pun dah lari menghilangkan diri. Pastu tak tau apa Cite, tetiba dah ada di hospital menyamar sbg doktor. Ending dia kelam kabut sikit wlp, plot cerita nya bagus. Sekian.
"Sometimes you apologize not because you are sorry. Sometimes you apologize because you want to make peace."
I was expecting Videotape to be a mystery thriller novel, however, the mystery and thrilling parts are not enough to keep me on the edge of my seat. It was more of a family-friendship-kind-of-novel. It focuses on Razak's life more than the mystery of the videotape. I wish the writer explores more on the backstory of the murder of Jackie. Why was she murdered? What's the motive behind it? Why did the culprit cut her ear?
All in all, it's an okay novel for me, though. 3 solid stars (because 2 stars is a bit two harsh imo).
Talk about growing up in a toxic environment. At least Razak turns out to be a decent human being.
I was hoping for a thriller novel, unfortunately it was not. I thought towards the end of this book the mystery behind the videotape would be solved, but apparently not. The book focuses on Razak's life more than the videotape itself. I wanted to know why was Jackie killed, on what reasons or probably was it of grudge or something? But no. Readers were left hanging.
4/5 and i'm not comparing this book to another book sbb I tak baca buku Adib Zaini yang lain hmm. Okay back to the story.. so cerita ni actually lebih kepada friendship, romance and family, jalan penceritaan dia bagi I menarik la sebab this book boleh habiskan satu malam tambahan pula this kind of book is really my genre type, reading this at the last 60 pages and i make my own assumptions, okay laaa cerita dia, best je cuma pasal videotape tu dia macam last ii je dia bagitau siapa yang buat ha gituuu... anyway 4/5 sbb me is sedih ^^someone^^ kene pindah that's it.
Honestly speaking, aku bukan jenis yang suka bagi rate rendah dekat novel yang aku baca. Kalau tengok review aku lain semua 3-4-5. Tapi videotape ni betul-betul bukan novel yang aku boleh baca. Please be remind that ini hanyalah opinion aku semata. Jadi siapa nak baca novel ni bacalah. Mungkin ada yang suka. Selera masing-masing.
Plot agak lemah dan kurang ada hala tuju. Penulisan membosankan seperti penulis hilang semangat untuk meneruskan novel ni. Aku pernah baca novel Adib Zaini yang lain boleh tahan bagus. But this novel just aint it.
I read this book in 2023. Honestly cantik gila cara penulis capture kita punya attention but buku ni akhir2 haywire nak mampus! Aku x faham langsung cita tu duk jumping one side to another. Also mcm yg author explain ada student ni telinga dia kena potong. Astu jadi apa? Mmg dia mati but I wish the author elaborate more on it. Cita ni plot bagus but kurang elaboration and ending yg pening kepala. I lend that book to my friend lps baca and he said the same too. I wish buku ni ada 2nd part sbb cliffhanger dia mmg x puas hati.
so so je. part videotape and cerita pasal dorang nak bongkarkan siapa pembunuh tu sikit sangat. rasanya 1/3 je daripada keseluruhan buku ni. yang lain banyak cerita pasal persahabatan and cinta je. but still cerita ttg persahabatan dorang mmg ohsem and aku suka dengan watak naga tu. nakal habis dia tu. haha. ending macam biasa, tergantung. tapi tu tak kisah sangat cuma aku nak tau kenapa kembar joanne tu nak bunuh diri. huhu.
Aku sukakan Zombijaya, aku gilakan Ilusaniti. Tapi Videotape; ada yang tawar di situ. Adib masih bagi aku "creeps" yang sama dengan Ilusaniti, tapi jujurnya Videotape jauh meninggalkan kualiti karya2 si penulis yang terdahulu. Bak kata Sudin dalam Bujang Lapok, "Masak tawar kurang garam!"
p/s: Aku bagi 3 bintang untuk Razak yang punya ego setinggi langit dan kepala degil sehingga boleh bikin batu cincin, namun memiliki jiwa yang lembut, penuh kasih sayang.