Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Cinta: Kampus

Rate this book
Tiga Penulis, Tiga Kisah Kampus

Bee (Nurul Syahida) - "Tak ada buku rujukan yang boleh ajar kau erti cinta"
Skandal, Gosip & Cinta (Nurina Feeza) - "Video itu akan viral dan netizen akan mengancam perbuatan mereka semua!"
Bila Kasanova Jatuh Cinta (Qaseh Husna) - "Jangan terlalu membenci, kelak disayangi. Jangan terlalu mencintai nanti disakiti"

350 pages, Paperback

First published March 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Nurul Syahida

23 books128 followers
A freelance writer, translator, and former movie reviewer who failed to realise her dream of becoming a political scientist, thus decided to write fiction.

Influenced by the works of Tina Fey, John Mulaney, GRRM, and Jane Austen.

She once sent a three-page essay about "The Frog Prince" when she was eight, despite her teacher only asking for a 180-word paragraph.

Has multiple cats, but hates being called a cat mom.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (37%)
4 stars
5 (20%)
3 stars
7 (29%)
2 stars
3 (12%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,543 reviews1 follower
December 4, 2019
Cerita bertajuk Bee sangat menarik.. Kisah yang disampaikan kena pada Sha..
Cerita kedua pula agak berterabur dan memeningkan kepala..
Cerita ketiga okay walaupun ada sedikit kekeliruan..
Novel ini mempunyai kesalahan perkataan terlalu banyak dan mengganggu pembacaan..
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
April 5, 2017
iam being biased. sorry.
but i lovee bee story (because it comes first and i swear i gonna read the other two to be fair).
it is like a christmast give from santa (sila jgn percaya benda khurafat ye). i mean it is like a sudden gift during my miserable days (tiada hari tanpa masalah) from NS.

i love bee character which actually present 60% of single woman that i know. she just don't care about being in relationship not because she hate love (because of a scumbag ex-boyfriend or dark past time). she just being taught to be independent since her father left the family. which in other situations many woman (that i know or heard) had to be independent because of irresponsible man. when she been forced by her mother to get married she become restless. like 'no.................did my life happen to be like a typical malay drama'.

like her sister said, 'you do have a choices. you just need to consider them well'.

yes, maybe we are not as clever as bee that have successful career but we also can be happy as mut that love what he do in his simple life. i always want to turn back time and change my campus life (so i won't get this miserable adult life) but maybe right now all i can do is be matured as bee and be happy like mut.

well the other two story is also incredible that i am eager to finish read them.
Profile Image for Amal Lee.
281 reviews37 followers
June 24, 2024
Saya hanya baca cerita dari penulis Nurul Syahida (sedikit biased)

Bee by Nurul Syahida
- Pernah ke ada karya kak shai yang I tak suka? takdeeee. Dah 44x kali baca cerita penulis ni kenapalah sampai sekarang saya masih clueless nak meneka siapa hero sebenarnya. Walaupun cerita dia agak pendek dan berlatar belakangkan kampus (fuhh nasib baik bukan cerita cinterr remaja) tapi okaylah sebab saya semacam boleh relate dengan keadaan Bee dan jugak Mut, dedua berkait haha.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
218 reviews7 followers
March 1, 2026
Aku beli buku ni sebab Nurul Syahida antara penulis dalam buku ni.

Bee, Nurul Syahida
Cerita yang sedap. Memang tertanya-tanya watak calon suami yang mama Bee carikan. Tiga-tiga pun berpotensi. Love this story. ❤️❤️❤️

Skandal, Gosip & Cinta, Nurina Feeza
Cerita cinta yang cringe. Dalam masa yang sangat sekejap Anum tu menjadi dambaan semua orang. Macam tak boleh brain jugak. But penamat cerita ni agak memuaskan hati.

Bila Kasanova Jatuh Cinta, Qaseh Husna
Cerita yang okay, bagi aku. Mula dari benci, satu kumpulan setugas untuk kuliah, tersemai cinta Firdaus Akasya dan Jannah Aisya. A lil bit cliche but overall it's an okay read, for me. haha
Profile Image for meenie.
389 reviews3 followers
August 27, 2023
buku ni pendek je and boleh habis in one day tambahan pula i am super duper free so boleh habis in one sit je. it contained 3 short stories in it.

1. bee 5⭐️

overall bee paling best among this three ! penuh dengan drama, klise lah sikit tapi still acceptable 😔 and banyak lawak tak terjangka HAHAHHAHA ADOILAH PART BEE CONFIDENT CAKAP JULIAN SYOK DEKAT DIA HISH 😭

mengisahkan tentang bee, 34 tahun pensyarah yang tak kawin lagi so mak dia nak suruh dia kawin cepat. and one day kakak dia, vee bagitahu yang laki mak dia nak kenalkan tu satu uni dengan dia. so dia gelabah… sebab at the same time ada 3 laki yang tengah approach dia (dr hakim, julian dan azlan). 3 laki with 3 different characters. i suka gila this story sebab bee ni keras kepala tau and tak percaya cinta. korang bayanglah cemana dia nak cari cinta dia tu dahlah banyak gosip liar melekat dekat dia. pastu ending dia sumpah unexpected ye rupanya jodoh dia alamak dekat betul 😭😭☝️☝️☝️

2. skandal, gosip dan cinta 1⭐️

what the heck unnie ? apa benda aku baca ni 😭😭😭 sorry to say tapi sumpah merepek macam cerita tak siap plus wattpad macam budak sekolah buat tapi rasanya budak sekolah buat lagi bagus 😭😭😭 jarang aku emosi tapi memang aku emosi.

anum deelisya, popular baru masuk aswara. dia kenal dengan 3 lelaki even baru masuk. banyaklah konflik dia mostly pasal lelaki berebut lelaki 🤢🤢🤢🤢😮‍💨😮‍💨😮‍💨 really testing my patience ye like euw ?! and then one day ada gossip liar tersebar and how dia bangkit dari fitnah tu.

honestly it was super cringe 😬… anum really testing my patience like euw ko kata ko suka iqbal tapi ko layan laki lain 😭😭😭😭 yelah memanglah kawan tapi kau layan tu tak cam kawan lepastu bila orang tanya dah berpunya ke main tarik tali pulak ewah 😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨 aku lah geram betul …. pastu bila orang cakap ko pasang skandal tahu pulak melenting haih memang betul pun euw geram aku. lepastu ending dia tiber sangat …. rupanya haih malas aku sambung tak worth it- tapi kudos lah kot to the author katanya projek sulung tapi ye perlu diperbaiki. kosa kata semua okay je cuma nampak sangat cringe and pelik and tak masuk dek akal sorry to say

3. bila kasanova jatuh cinta 3⭐️

firdaus akasya, kasanova yang tiber satu group dengan jannah aisya. oh btw jannah ni bukannya alim ye , dia ada bf and otw nak break. katanya baran. both of them benci sesama sendiri tapi ditakdirkan satu group assignment semua salah aliff ye hshs ☺️ honestly klise tau sebab dah boleh expect kan ending dia apa jadi? ha - tapi bolelah better ah dari sec stories


wah tak sangka i tulis review panjang nak mampoz haih. papepun bee punya story 🤞🏻🤞🏻🤞🏻🤞🏻 love it !! 3 ⭐️ tu datang dari bee je kot kbye
Profile Image for Hamidah Effendi.
467 reviews3 followers
July 15, 2025
Ulasan Buku: Projek Cinta – Kampus
Oleh tiga penulis termasuk Nurul Syahida

Aku terus tertarik nak baca buku ni sebab nampak nama Nurul Syahida — salah seorang penulis kegemaran aku. Ya, mungkin bab cerita seram dia masih boleh diperbaiki, tapi bab cinta? Memang tak pernah mengecewakan! Itu yang buat aku cari buku ni. 🥰

Buku ni himpunan tiga kisah cinta berlatarbelakangkan dunia kampus, tapi setiap cerita ada konflik dan gaya tersendiri:


---

Kisah Pertama – Bee dan Jejaka Misteri
Kisah tentang Bee, seorang wanita berdikari hasil dari sejarah keluarga yang ‘broken’. Dia dah selesa hidup sendiri, tapi hidup dia jadi tunggang-langgang bila mak dia tiba-tiba berkeras nak carikan jodoh. Dan lagi ‘best’, mak dia kata lelaki tu ada kat universiti tempat Bee kerja! 😆
Sejak tu bermulalah misi ‘CSI kampus’ Bee nak siasat siapa calon suami yang mak dia rahsiakan tu. Sampai jadi paranoid setiap kali ada lelaki tegur — kawan tanya sikit pun dia dah syak macam-macam. Paling lawak, tekaan aku pun salah!
Yang paling manis, kawan-kawan Bee memang supportive gila, dan akhirnya dia berjaya juga tawan hati “tauke roti canai telur goyang” tu! 🤣


---

Kisah Kedua – Cinta Ditolak, Dendam Menyala
Cerita pasal seorang gadis berjaya masuk universiti dan ada orang bantu bayaran yuran belajar. Misi mencari siapa orangnya sebenarnya tapi tenggelam sebab kisah seorang gadis yang tak dapat terima cinta ditolak — lalu dia balas dendam pada orang yang tak bersalah. Macam tak logik, tapi itulah manusia bila tak waras sebab perasaan. Nasib baik, media sosial jugalah akhirnya membongkar semua perbuatannya. Ending dia puas hati sikit walaupun perjalanan cerita ni pendek. Dan last sekali baru terungkai siapa orangnya ingat orang pensyarah situ ke🤣🤣🤣strike 2 salah.


---

Kisah Ketiga – Si Kasanova yang Membantu
Ni kisah lelaki kasanova yang sebenarnya bermisi membantu seorang gadis kampus yang ada masalah dengan bekas teman lelaki psiko. Heroin langsung tak berminat dengan si kasanova ni, tapi disebabkan keadaan, mereka terpaksa berurusan.
Ada sedikit ‘vibe’ macam buku Dia Bukan Syurga kalau korang pernah baca — tapi versi kampus. Dan macam biasa, ada elemen psiko yang menyakitkan kepala, tapi puas hati bila ada watak lelaki yang betul-betul melindungi.


---

Kenapa aku baca dan kenapa korang patut baca juga:

Terimbau kenangan zaman belajar – suasana kampus, assignment, dan kawan-kawan.

Konflik ringan tapi cukup buat kita tersenyum dan terhibur.

Ada unsur misteri dan psiko yang kacau hidup heroin, tapi masih dalam skala santai.

Aku suka bila watak utama tak keseorangan – ada kawan-kawan yang selalu back up dan bantu, especially macam cerita dalam kisah 2.

Paling penting, gaya penulisan santai tapi berisi, kelakar tapi penuh emosi.



---

Sesuai untuk bacaan ringan lepas hari yang penat. Nak ketawa ada, nak geram pun boleh. Dan ya — nak jatuh cinta dengan watak pun confirm boleh! 😍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hani~.
182 reviews2 followers
June 24, 2025
3 kisah cinta berlatarkan suasana kampus.

1. Bee –Nurul Syahida (4.5⭐)
• Seperti biasa, watak2 ciptaan Nurul Syahida sentiasa ada sisi matang yang terserlah. Ada juga dialog yang kita boleh ambil jadi panduan hidup.
• Bila Bee tercari-cari siapa jejaka pilihan ibunya yang dikatakan berada satu kampus dengan dia, saya pun ikut tertanya-tanya sama 😄
•Plot yang diatur kemas. Senang nak follow. Dan ada juga babak2 lucu yang spontan.
Best.

2. Skandal, Gossip & Cinta – Nurina Feeza (2.0⭐)
• Cerita ni bukan untuk saya, maaf. Pening dengan susunan plot dan olahan cerita.

3. Bila Kasanova Jatuh Cinta – Qaseh Husna (3.5⭐)
• Boleh tahan juga. Ada elemen cinta, lawak, thriller. Saya agak enjoy baca. Tak cringe.
• Tapi ada juga beberapa perkara yang menimbulkan kepelikan. Contohnya bila ada kes bunuh, kenapa housemate mangsa yang pening2 cari cara nak maklumkan kepada keluarga mangsa? Bukankah itu tugas polis? Lepas kes di tasik, bukankah sepatutnya mereka ke balai polis dulu dan bukan terus balik? Kemudian watak yang tiba2 insaf dll. Tapi tak apa, saya ok je. Buat2 tak perasan 🤭

Overall, 3⭐. Tahniah para penulis yang terlibat 👍🏻
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
Read
June 3, 2017
I can't give any rating to this book because the only story that I like is Bee. I read the book just in one seating, but the second story really pissed me off. The third is not that good but, better than the second one, I think.

P/s: I want to give 4.5 stars to Bee. Because I could relate to her. Hahahah. Except the part where her mother finds a potential husband candidate for her. That is something I dont think my mother would do if she is alive.
This entire review has been hidden because of spoilers.
April 3, 2026
Sayangnya Alaf 21 cuma menerbitkan DUA judul bawah PROJEK CINTA sampailah sekarang ini, entah mengapa tiada kesinambungan judul ketiga tidaklah diketahui sebabnya.

Bee -- Nurul Syahida ☆☆☆☆☆

Cerita pendek inilah yang paling menarik dibaca di kalangan ketiga-tiga cerita yang terhimpun dalam ' Projek Cinta : Kampus ' dan saya pernah membeli TIGA buah novel penulisan beliau sebelum ini.

Namun saya sudah terlupa bagaimana cara penulisan beliau, maklumlah sudah hampir 2 dekad rasanya semasa membaca karya Nurul Syahida. Apapun cerita ini adalah yang terbaik ditulis beliau dan memang terbaik dibaca.

Pada mulanya saya jenuh memikirkan siapakah calon bakal suami yang dipilih Puan Dee untuk anak perempuan bongsunya, Bee. Tidak disangka tembakan rambang Bee pada pertemuan pertama beliau dengan Dr. Hakim rupa-rupanya sememangnya benar belaka, manalah ada orang meminati lagu nyanyian artis pujaan Bee.

Namun naluri hati merasakan Bee berakhir dengan Mut sangatlah tepat, mereka lebih sesuai bersama memandang sudah lama mengenali sejak zaman universiti dan kebetulan Mut masih kekal membujang.

Rasanya ada orang macam watak Bee dekat luar sana, buta dan lembap mengenai percintaan, perasaan dan lelaki menyebabkan dia tidak menyedari perasaan Mut terhadapnya selama ini.

Semuanya disebabkan ajaran Puan Dee yang ditanam dalam kepalanya sejak zaman kanak-kanak, sebab itulah Bee menjadi lurus bendul mengenai cinta dan lelaki. Alhamdulillah penamatnya berakhir dengan mereka berdua berkahwin selepas Bee menyedari perasaan sendiri dan kepentingan Mut di dalam hidupnya selama ini.

Di kalangan watak-watak lelaki yang muncul di dalam kisah ini, saya paling menyampah dengan watak Azlan yang bukan sahaja mulut celupar dan menjengkelkan. Angkara mulutnya menyebabkan Bee terasa dan bengang pada pertemuan terakhir mereka, nasib baiklah bukannya jodoh Bee dengan Azlan.

Kelakarnya semasa Bee tersalah faham mengenai khabar angin yang didengari dari dalam tandas, selamba mereka mengutuk dirinya dan suka hati mengatakan usianya 40 an padahal umur sebenar Bee belum 30 tahun lagi. Padahal Julian tiada menyimpan perasaan kepada Bee langsung, semuanya hanya salah faham dan andaian peminat Julian sendiri.

Bila Kasanova Jatuh Cinta -- Qaseh Husna ☆☆☆

Jannah Aisya dan Firdaus Akasya Maisara Fariz
Cuma sebuah cerita biasa dengan jalan cerita yang biasa dan penamatnya senang dijangka, beberapa kali kesalahan pada nama Jannah asyik tertukar dengan Maisara. Bersabar sahajalah semasa membacanya.

Walaupun jalan ceritanya biasa-biasa sahaja namun ada pengajaran boleh diambil dari kisah mereka, Firdaus Akasya terlalu mengikut keegoan diri dan tidak jujur dengan perasaan sendiri. Enggan mengakui sudah terjatuh cinta dengan Jannah tetapi disebabkan Jannah tidak seperti perempuan di luar sana yang bersolek dan bergaya.

Watak Firdaus Akasya macam ' Tsundere ' yang diperkatakan dalam animasi Jepun, jika tidak jujur melepaslah kamu kalau orang disukai diambil orang. Nasib baiklah Fariz sudah ditangkap polis kerana membunuh kawan baik sendiri, Kamal secara tidak sengaja semasa bergaduh besar.

Peringatan buat sesiapa di luar sana, BERCERAI/PUTUSKAN HUBUNGAN dengan orang yang ada PENYAKIT macam FARIZ kerana BURUK PADAHNYA jika kegilaan mereka sampai MEMBUNUH kamu. Jangan memperbodohkan dan memperjudikan masa depan kamu dengan bersama orang macam itu, cinta sepatutnya membahagiakan bukannya membuatkan kamu menderita.

Begitu juga dengan Maisara, cinta membuatkan seseorang menjadi bodoh dan tidak boleh berfikiran waras. Membiarkan dirinya hanyut sehingga memalukan serta mencemarkan nama bapanya sebagai pelakon terkenal, Alhamdulillah di saat akhir dia kembali ke pangkal jalan di atas nasihat dua orang kawan baiknya dan nasib baiklah tidak mati selepas tersilap menelan ubat.

Itu tandanya Allah SWT memberikan Maisara peluang sekali lagi untuk berubah menjadi baik dan berbakti kepada kedua-dua ibubapanya yang masih menyayanginya biarpun dia telah memalukan mereka selama ini. Di dunia nyata ada beberapa kes anak artis dikenali membuat perangai dan memalukan nama ibubapa dengan kes berpakaian seksi maut, meruntuhkan rumah tangga orang dan mengahwini suami orang. Anda sendiri tahu siapakah yang dimaksudkan saya.

Skandal, Gosip dan Cinta -- Nurina Feeza ☆☆

Pada saya boleh tahan menarik juga cerita ini, jika benar kewujudan TIGA kelab yang perlu dipilih di Aswara. Sudah semestinya saya sama seperti watak Anum memilih kelab pelajar pandai kerana saya tidak berminat dengan fesyen apatah lagi mengikuti peredaran terkini dan mereka juga mengasingkan perempuan dan lelaki.

Secara tidak langsung cerita ini mengajar kita, jangan mudah mempercayai seseorang dari permulaan dan jangan menilai seseorang dari wajah mereka. Orang yang kononnya peramah, baik semasa mula berkenalan rupa-rupanya manusia berhati busuk, pendengki dan sanggup menabur fitnah sehingga memburukkan nama Anum.

Tidak salah jika kita buruk sangka dan selalu berhati hati dalam memilih kawan, bukannya semua orang layak dijadikan kawan. Luaran dan dalaman tidak semestinya sama, kadangkala orang yang nampak sombong dan dingin macam watak Karina rupa-rupanya orangnya baik.

Sanggup membantu membersihkan nama Anum dan bekerjasama menjatuhkan perempuan jahat itu, walaupun jalan ceritanya macam berserabut sedikit namun boleh tahan dibaca sehingga ke penamat.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews