500 tahun berlalu semenjak bahtera Tiberius tiba di Benua Semilir. Persahabatan antara Maharaja Tiberius dan naga-naga Benua Semilir telah lama dilupakan. Kini, Kerajaan Tiberius sedang mengalami kacau-bilau akibat perbuatan khianat dan kelemahan pemerintahan.
Basilius, sang putera mahkota memberontak dengan melarikan diri dari istana. Takdir menemukannya dengan gadis hamba pembuat racun. Tidak dia sedari yang tempatnya di istana diintai oleh bapa saudaranya yang berhati gelap, Raja Angas.
Sula, gadis hamba pembuat racun yang melarikan diri dari rumah tuannya yang kejam Bregheda terheret dalam kancah politik Kerajaan Tiberius apabila Basilius menyelamatkannya daripada ancaman pemburu upahan Bregheda.
Sedang Basilius bergelut dengan intrig yang dirancang oleh Raja Angas, naga-naga Tiberius keluar mengganas, menjadikan semua yang menghuni Hutan Meraung – kaum bunian dan manusia – tahu yang zaman yuda sudah bermula.
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Hasil kerja yang telah diterbitkan:
1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.
Puteri Naga Tiberius saya tulis sebagai 'homage' untuk genre yang saya paling minati - fantasi! Sebagai satu cerita yang berada dalam genre yang mempunyai tradisi yang panjang, saya tidak mahu lari dari 'archetype' - naga, putera, puteri, keajaiban. Walaubagaimanapun, saya harap pembaca dapat mengecapi sesuatu yang baru dalam buku ini.
Madasi & Hawais turun dari Kayangan dan menginjakkan kaki di Buana Sepi. Keturunan mereka berpecah ke 4 benua dan melata di bumi. 500 tahun kemudian, Basilius, putera makhkota melarikan diri dari istana & bertemu Sula, gadis berdarah racun.
Okay, where do i begin on this amazing book. Okay, not a book. A super duper amazing book. Fight me on this.
Kisah seorang remaja perempuan yang kabur akan salasilah keturunan keluarganya. Berkelana dan merantau mencari hak dirinya yang sebenar tanpa dibayangi dengan apa yang telah disuratkan ke dalam naskah dan helaian-helaian takdir yang berselirat.
Kak Sri telah mencemar duli beliau sebagai Ratu dengan menulis sebuah karya/naskah fantasi hebat yang sangat mengujakan. Dengan air ayat yang sedap dan ringan, dengan kesederhanaan yang sememangnya senang dihadam dan dicerna membuatkan Puteri Naga Tiberius ini sebuah karya/naskah yang tidak sombong dan merendah diri walau isinya padat dengan segala macam kesaktian.
Kebanyakkan karya/naskah fantasi lokal selalunya berada di dalam kelas elit tertinggi, kelihatan sombong dengan seni teknikal dan kadangkala payah untuk dihadam otak. Dengan ayat-ayat bimasakti yang hanya boleh difahami dengan bukaan kamus-kamus yang melelahkan membuatkan karya/naskah seperti ini selalunya dipandang sepi dan hanya disokong-sorai dengan segelintir yang punya dahaga yang spesifik sahaja. Tetapi bukan bagi Puteri Naga Tiberius. Kak Sri melayangkan penanya dengan 'ringan' dan tidak terlalu tajam dengan segala hukum tajwid fantasi lokal.
Membaca muka surat pertama sahaja dah buatkan kita merasai kesenangan dalam air cerita dan itu adalah sesuatu yang bagus. Bagi pembaca yang kurang tajam seperti saya, kaedah begini seperti membuai naluri pembacaan untuk terus menikmati karya/naskah tanpa kerutan di dahi. Cerita berjalan pantas, tanpa sebarang plot yang melewah dan sekadar-sekadar untuk menampakkan kehebatan bahasa tinggi membuatkan keasyikkan membaca itu tidak terganggu. Seperti kita sedang menikmati Nasi Minyak atau Nasi Beryani yang enak itu tanpa tergigit rempah 4 sekawan yang membantutkan tunas rasa. Ya, sebegitu enak!
Perlahan-lahan Kak Sri memancing selera pembaca sehingga ke hidangan sebenar cerita iaitu NAGA. Damn it, (maaf, ayat ini terpaksa ditulis) saya rasakan fantasi kanak-kanak saya sewaktu kecil dahulu dihidupkan dengan sempurna! Betapa angkuh dan majestic bilahan sayap-sayap Naga itu membelah langit, terapung di atas samudera dengan sisik-sisik yang mahal dunia sambil ditunggangi oleh seorang remaja perempuan! (Buangkan gambaran Khaleesi dalam Game Of Thrones yang bermain didalam minda kalian)
Seperti saya katakan tadi, air cerita beralun dengan lancar tanpa sebarang gangguan, mungkin ada yang mengatakan babak peperangan terlalu singkat, tetapi itu boleh dimaafkan kerana fokus utama cerita ini tentulah tentang lara hati remaja perempuan itu dan juga Naga. Tidak boleh tidak ketika membaca otak menerawang jauh memikirkan Game Of Thrones, Lord Of The Ring dan sewaktu dengannya tetapi apabila keseluruhan karya/naskah ini dibaca, sebenarnya itu adalah sebagai penyeri yang menyedapkan rasa. Kecantikkan yang Kak Sri tanamkan di dalam Puteri Naga Tiberius membuatkan karya/naskah ini boleh berdiri sama mahal, sama nilai, sama tara dengan hasil luar yang dipuji melangit sebagai (kononnya) terbaik.
Seorang yang berkelana, seorang pewaris raja, rawan hati sang permaisuri, kesetiaan seorang sahabat, rapuh hati seorang yang membesarkan, busuk hitam sang pengkhianat yang tamak, bacul rendah kasta sang menurut, galau hati sang naga yang kerinduan, sebuah janji yang dilupakan, segalanya yang berkait itu membuatkan saya melemparkan topi mahal skeptikal saya jauh ke benua lain, Puteri Naga Tiberius nyata mengenyangkan saya dari segala macam kelaparan dan juga kepuasan rasa. Buat Kak Sri, jangan berhenti melayangkan fantasi mahal ini, teruskan contengan itu sehingga menjadi sebuah lakaran peta magis yang sempurna. Ada beberapa kelemahan tetapi apalah sangat kelemahan jikalau saya sudah mampu bergendang dengan perut akibat puas hati dan seronok yang tinggi julat nikmatnya? Semoga ini bukan pelayaran yang terakhir buat Sula, semoga ini bukan ngauman terakhir buat Tibb yang membelah angkasa dengan segala kegagahan saktinya...
Akhirnya, aku baca juga ye novel yang menjadi bualan di Twitter. Sejenis yang cepat terpengaruh 🙈 Beginilah jadinya. Terus beli set kombo dengan buku kedua, Gadis Boneka Hadrah.
Merujuk kepada buku pertama ini, PNT, pertama kali membaca karya penulis dan aku suka dengan gaya penulisannya. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ada yang sedapnya la ayat. Puitis. Selain itu, aku juga setuju dengan rata-rata ulasan yang mengatakan world-building buku ni terbaik. Aku dapat rasakan perkara yang sama.
Cuma, ada beberapa perkara yang tidak bertepatan dengan selera aku dan satu perkara yang buat aku keliru.
Keliru: - apakah anutan agama untuk manusia dalam novel ini? Apabila digunakan kisah yang kita sudah sedia maklum dalam agama Islam, dan seterusnya diceritakan pula bahagian rakyat menyembah raja-raja Tiber yang telah mati, batu nisan berbentuk empat segi, penggunaan kata mendiang, dan cara perkahwinan yang menyerupai agama lain. Bagiku, tidak wajar untuk mengabungkan perkara-perkara bertentangan ini dalam satu cerita. Mungkin hanya kebetulan, tapi tidak kena pada pandangan aku.
Tidak bertepatan dengan selera aku; - persiapan perang dan peperangan berlaku dalam masa yang sangat singkat. Cerita sudah baik dari awal tapi tiba-tiba menuju ending, laju betul plot. Aku terkejut baca, eh eh dah nak perang dah? Eh dah habis perang? 😮💨
- sejujurnya, aku tidak berasa attach dengan watak utama, Sula dan Basilius. Aku lebih tertarik dengan naga-naga Tiberius yang aku bayangkan comel belaka 😂, Hurati, dan Laksamana Suleman.
Namun begitu, perkara-perkara di atas tidak sesekali mematahkan keinginan aku untuk terus membaca Gadis Boneka Hadrah. Aku berminat untuk mengikuti siri ini. Dan kini, aku sedang membaca GBH :D
Cubaan yang cukup baik daripada penulis untuk cerita bertemakan fantasi :)
Satu cerita fantasi local yang baik dan seronok dilayan. Bahasanya tidak terlalu berat dan hanya bersahaja. Jadi mudah dan melancarkan pembacaan kepada pembaca yang baru nak celup kaki dalam buku-buku saifai dan fantasi.
Aku suka watak dan perwatakan Sula. Ia memberikan satu semangat luar biasa untuk meneruskan hidup (cewahh). Keazaman dan keberaniannya patut dipuji. Watak Sula memang berjaya dihasilkan dengan baik. Tahniah puan~
Mesti seronok tunggang Naga kan?
Cuma satu saja kurangnya cerita ini, pertarungan, peperangan atau apa pun, ianya terlalu laju/cepat. Tiada adrenalin mampu terembes. Rasa tak cukup. Ada juga perincian yang kurang dijelaskan dengan nyata. Tapi tak mengganggu sangat pun, jalan cerita masih difahami.
Kulit buku Penerbit X untuk buku ni nampak comel. Ok itu Sula dan Naga Tiber kan?
Bila buku kedua nak keluar? Nak tahu apa jadi dengan Sula dan apa penggembaraan yang seterusnya.
Korang tak nak baca ke? Seronok layan buku ni tau.
Cerita yang menarik. Tetapi pada saya ditulis terlalu tergesa-gesa. Boleh dikatakan semua maklumat dan salasilah Kerajaan Tiber disumbat sekaligus sehinggakan pembaca seperti saya hilang tumpuan. Penulis seolah-olah ingin menghabiskan 'world building' untuk latar dunianya (Benua Semilir) dalam bab yang pertama sahaja.
World building yang ringkas. Elemen-elemen yang sepatutnya menjadi kejutan diceritakan sebagai fakta, mungkin kerana tidak dikembangkan dengan selayaknya. Elemen masa juga sangat tergesa-gesa. Perjalanan yang hanya mengambil masa dua hari secara relatifnya adalah dekat. Persediaan perang hanya dalam masa seminggu - termasuk pemindahan secara besar-besaran penduduk Tiber. Peperangan besar hanya mengambil masa dua hari. Dari pengalaman saya membaca beberapa siri buku yang bergenre 'high fantasy' - kisah ini sepatutnya boleh berkembang menjadi dua atau tiga buku dengan elemen kejutan biasanya menjadi cliffhanger di akhir cerita. Kalau itu yang dilakukan dengan buku ini, saya rasa akan bertambah lagi tarikannya.
Saya dapati banyak influence dari siri-siri fantasy yang terkenal. Lord of The Ring terutamanya (saya belum sempat membaca siri Eragon) dan juga kisah King Arthur dan Pahlawan Meja Bulat. Dan apabila penulis memanipulasi kisah Adam dan Hawa serta Habil dan Qabil sebagai salasilah Kerajaan Tiber, entah kenapa saya merasa kurang selesa. Mungkin kerana ia berkaitan dengan kepercayaan.
Dilema yang selalu ada dalam siri fantasy - bagaimana mahu menjelaskan anutan dan kepercayaan penghuninya. Sebagai seorang Islam, kita percaya pada Tuhan Yang Maha Esa. Saya nampak kesukaran penulis untuk menentukan ritual yang sesuai. Biasanya genre high fantasy menggunakan setting medieval termasuklah kepercayaan dan agamanya. Penulis Inggeris biasanya cuma memanipulasi nama-nama Tuhan yang disembah oleh penduduk di dunia yang mereka cipta. Tetapi sebagai Muslim, bagaimana kita mahu mencipta sesuatu kepercayaan yang lain kan. Ritual perkahwinan dan penggunaan kata mendiang - pada pandangan saya ini adalah pengaruh Christianity.
Bahasa yang digunakan agak santai dan kata ganti diri yang selalu berubah-ubah. Biasanya high fantasy yang menggunakan setting medieval akan turut menggunakan archaic language sebagai bahasa istana untuk menunjukkan ketinggian darjat raja dan kaum kerabatnya.
Walaupun begitu, saya sudah tertarik dengan siri ini dan tidak sabar untuk mengetahui perkembangan cerita Sula di gadis beracun dan Maharaja Basilius.
Berkira-kira nak beri empat atau lima bintang. Bila tiba muka surat hujung buku bahagian 'Lampiran', novel epik fantasi ini layak bagi saya untuk diberi lima bintang. Bahagian 'Lampiran' mempunyai maklumat spesifik tentang watak, golongan bangsawan, kaum bunian, haiwan, makhluk fantasi seperti ular seraphin dan kaum orgul (gergasi), tahun seperti sejarah mansia berkembang biak dan berlakunya percampuran empat bangsa, tempat seperti Hutan Seraph dan Hutan Meraung.
Seorang figura mengingatkan saya tentang novel ini iaitu, JRR Tolkien. Profesor JRR Tolkien menulis The Silmirallion hampir 80-100 tahun yang lepas untuk menceritakan tentang dunia Middle Earth dalam Lord of the Rings dan The Hobbit dengan penuh penerangan. A major great detail.
Impressed. Kagum dengan kebolehan penulis perempuan ini menulis novel epik fantasi bila penulis perempuan lain menulis tentang cinta. Bila dibaca biodata, penulis merupakan seorang guru bahasa Inggeris, salah satu novelnya dijadikan komponen sastera Tingkatan 5. Beliau dulunya melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dengan major Kesusasteraan Inggeris secara berkembar di 3 institusi iaitu Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand dengan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Mula-mula nak kasi 3.8 star tapi no no, aku terus tukar jadi 4. Aku rasa 4 ialah jumlah yang tepat untuk buku PNT ni.
Masa first time aku baca novel PNT ni, aku terbayang kehidupan semua watak dalam ni versi zaman Rom, bercampur jugak versi dalam zaman Turki dulu-dulu. Of course vibes filem omputeh yang kingdom-kingdom tu termasuk sekali hahaha. Tapi ni bagi aku lah.
Sebenarnya idea PNT ni menarik walau banyak mengingatkan aku dengan filem omputeh tu semua. Maybe sebab vibes kingdom tu kuat sangat. Cuma aku confuse sikit sebab awal pembacaan aku ingatkan watak dalam ni islam. Tapi bila jumpa perkataan mendiang, cara perkahwinan yang kontra gila dengan cara Islam, jadi aku rasa watak dalam ni memang totally not a muslim lah.
Watak utama dalam ni ada 2, iaitu Sula dan Basilius. Sula ni orang panggil gadis beracun dan Basilius ni pulak putera tunggal kerajaan Tiber. Seawal pembacaan, aku tertarik dengan watak Sula ni. Bagi aku walau dia remaja tapi dia ada pemikiran matang. Dan tindakan dia melarikan diri dari rumah Bregheda memang menunjukkan dia seorang yang berani. Basilius ni pulak nampaklah kematangan dan rasa tanggungjawab dia as pemimpin selepas peristiwa waktu sambutan kelahiran dia tu.
Dari segi plot, aku rasa semuanya okey. Tapi still, aku rasa macam ada yang kena gilap. Chemistry Sula dan Basilius ada, cuma bagi aku tak berapa sampai. Tapi part Sula gunakan tongkat tu, aku sejujurnya sebak. Bagi aku bahagian itu agak sedih sebenarnya.
Olahan penulis matang. Aku selesa baca. Tak adalah dahi aku kena berkerut waktu nak fahamkan mana-mana ayat. Penyampaian penulis matang tetapi senang dihadam bagi aku.
Cuma adalah beberapa nama watak, tempat dan etc yang kena rujuk kat bahagian belakang untuk lebih ingat dan senang faham. Cerita ni straight forward je. Tak ada plot twist yang bikin otak kena bekerja lebih masa sangat hehehe. World-building penulis pun bagi aku senang nak bayangkan.
Dan adalah beberapa perkataan yang aku rasa kurang sesuai digunakan, contohnya perkataan gosip dan universiti. Sebab latar belakang kat zaman dulu-dulu jadi macam tak berapa nak sesuai gitu.
Perenggan untuk naratif agak panjang, cuma aku kagum dengan penulis. Sebab first time baca naratif panjang tapi tak lelah otak baca. Sebab aku kalau perenggan panjang-panjang ni memang cepat off. Tapi aku syak sebab setiap bab dlm pagesnya tak terlalu panjang, jadi pembacaan aku jadi smooth dan pantas aje.
Overall, bagi aku novel ni best dan menarik di mata aku. Aku suka cara penyampaian penulis walau aku rasa ada yang kurang. Aku suka cara penulis membina world-building dalam PNT ni. Tak terlalu hardcore tapi mudah nak bayangkan. Part berlawan tu aje kalau kasi lagi hit mesti lagi gempaks. Tapi part peperangan nice. Dan kalau boleh, maybe next karya boleh tambah lagi rencah dengan hasilkan babak yang lebih beremosi dan saspens.
Lagi satu, aku berpendapat kalau scene naga-naga tu lebih digerakkan/ditampilkan mungkin cerita ni akan lebih menarik. Aku rekomen buku ni untuk yang mencari dan sukakan vibes kingdom dan perebutan takhta. Dalam ni cinta tu tak ada tau. Adalah babak manis tapi sikit sangat. Novel PNT ni lebih pada perjuangan, pilihan dan takhta.
Tentang benua pasir, aku excited gila nak baca. Aku rasa itu akan ada dalam buku kedua kronikel empat bahtera, yang boneka gadis Hadrah tu if tak silap tajuknya. Tapi aku akan baca nanti. Sebab nak tunggu buku terakhirnya keluar dulu.
All best dan goodluck for next karya! Moga dipermudahkan urusan author ye. Saya terhibur baca karya author dan saya tak sabar nak jelajah benua pasir pulak lepas ni hehehe 🤭❤️
Aku sukakan cerita sebegini. Jarang kita temui penulis tempatan yang menulis dalam genre ini. Membawa pembaca ke alam lain. Tapi bila separuh cerita, seolah-olah semuanya sudah boleh diteka. Bahagian pertempuran terasa tergesa-gesa. Aku rasa terlalu awal rahsia salasilah Puteri Sulahanen ditampilkan. Walaupun endingnya sudah dijangka, aku masih berharap ada buku kedua. Cara penulisan selesa dibaca, aku rasa itu memang kekuatan penulis.
Saya bayangkan dunia Merlin. Suasana. Setting. Physical of the characters. Sebab apa? Sebab suka hati saya la. Haha Sebab ada naga kan. Kitonya memang suka Merlin.
Suka betul dengan pengembaraan epik dalam buku ini. Kisah tentang Sula, gadis hamba pembuat racun bertemu dengan Basilius, si putera mahkota Tiberius. Pertemuan yang merubah segalanya. Setiap babak tiada penanguhan, laju. Cuma aku tak berapa puas dengan babak perang. Aku tak sabar untuk tahu pengembaraan Sula pula. Harap ada sambungan.
Puteri Naga Tiberius merupakan satu kronika fantasi daripada Siti Rahayu Mohd Yusop. Kisah mengenai Kerajaan Tiberius dan naga-naga. Elemen-elemen untuk sebuah kisah fantasi semuanya cukup. Ada bunian, ada naga, ada sihir, dan lain-lain.
Kisah ini ditulis seperti alternatif kepada dunia kita sendiri. Sangat persis, cuma ada beza elemen-elemen fantasi. Bermula dari dua manusia pertama yang diturunkan ke Buana Sepi, ke pertumpahan darah pertama saudara akibat hasad dengki hinggalah ke pembinaan tamadun manusia yang megah.
Bagi saya, penceritaan dalam cerita ini agak laju dan terfikir-fikir juga bagaimana cerita akan dilanjutkan ke buku-buku akan datang. Saya harap kronika ini sampailah ke trilogi sekurang-kurangnya.
Saya juga menghargai usaha penulis memasukkan elemen perubatan alternatif dan komplementatif (baca: tradisional). Dalam bab Yuda ada disenaraikan mantera perubatan. Saya sebagai pencinta pokok amat kenal dengan Cassia (Johar), Dryobalanops (kegemaran saya, Kapur), Lagerstroemia (Bungur) dan Mallotus (Balik Angin). Saya ingin pembaca lain tahu, kenalilah pokok-pokok keliling anda kerana nilai perubatannya kurang dikaji dan dipraktikkan dalam perubatan moden. Memang ada logikanya, kerana tumbuhan menghasilkan metabolit2 sekunder dalam jumlah sedikit untuk peranan-peranan tambahan pokok (sistem imun, tarikan pendebunga, halau perosak dsb.) di mana bahan hasilan ini amat berguna kepada manusia terutamanya perubatan.
Dah cantik dah nama saintifik dalam italik. Cumanya, nama Genus sentiasa perlu huruf besar (cth: Lagerstroemia floribunda, Dryobalanops aromatica)
Orang yang kenal aku, pasti tahu yang genre fantasi antara genre kehemaran aku dan buku ini ialah buku fantasi lokal yang kedua (selepas Aristokra) yang aku baca untuk tahun ni.
Siapa tak kenal dengan penulis prolifik ni. Alunan bahasanya yang mudah, membuatkan pembacaan aku jadi laju. Tambahan lagi, plotnya yang pantas dan rasa ingin tahu yang mebuak-buak dalam diri aku, yang buat aku nak explore lagi dunia Buana Sepi ni.
World building yang bagus dalam pandangan aku, walaupun latarnya seperti dunia biasa, tetapi kehadiran penceritaan latar belakang dan sejarah dunia ini yang membuatkan buku ini rasa lebih real. Kewujudan lampiran di belakang juga sangat menarik dan menambah lagi pengetahuan aku tentang Buana Sepi yang penulis tak sempat selitkan dalam plot penceritaan.
Cuma ada beberapa babak yang diceritakan sepintas lalu saja. Banyak berlaku di babak-babak perlawanan dan peperangan. Rasa terlalu pendek dan terburu-buru. Mungkin buku seterusnya boleh didetailkan lagi?
Speaking of the next book, I REALLY NEED THE SECOND BOOK NOW!!!!
Korang patut cuba baca buku ni. Serius! And terima kasih kak sri ats buku yang menghiburkan dan mengujakan ini! Jangan berhenti menulis ya?
Puteri Naga Tiberius merupakan sebuah kisah fantasi. Dimulakan dengan kisah Sula, seorang hamba yang melarikan diri dari tuannya. Pertemuan tak sengaja dengan Putera Basilius merupakan takdir terikat di antara mereka.
Kisah ini terbahagi kepada empat bahagian. Dan setiap satu bahagian menceritakan sisi kejadian yang kemudiannya dikembangkan dan bersatu pada bahagian lain.
Watak Putera Basilius adalah watak yang menarik. Dari seorang putera yang naif dia mampu membuat keputusan yang baik dengan bantuan Sula. Ada perubahan demi perubahan berlaku kepada Putera Basilius.
Sula juga bermula sebagai seorang gadis hebat dan kehebatan dan ketajaman fikiran Sula makin berkembang. Dengan pengalaman sendiri, bantuan insan-insan di sekeliling berjaya membentuk peribadi Sula yang kukuh.
Aku suka dengan catatan atau dipanggil tawarikh, serta lirik lagu, pantun dan sebagainya pada awal bab. Terbayang-bayang macam pembukaan drama sebelum kisah seterusnya dimulakan.
Kemunculan catatan-catatan ni juga buatkan Benua Semilir seolah-olah hidup.
Kalau korang sukakan kisah fantasi, maka korang boleh dapatkan Puteri Naga Tiberius ni.
“Kenapa tuanku tak bebaskan saja mimik yang tuanku miliki? Patik seorang hamba dan patik tahu bagaimana rasanya menjadi hamba.”
Sebuah buku yang menceritakan kisah seorang Putera yang melarikan diri dari istana, terjumpa seorang hamba yang juga melarikan diri dari tuannya untuk membebaskan diri dari terus menjadi “racun” kepada orang lain dan cuba untuk menjadi “penawar”.
Sejujurnya Saya mengharapkan bahawa penulis dapat menyambung sambungan buku ini kerana Saya tertanya-tanya apa yang terjadi 15tahun kemudian. Adakah “racun” akan menjadi “penawar”. Adakah persoalan Putera tentang kewujudan Sula dalam hidup beliau terjawab.
Ini adalah novel pertama dalam siri Kronikel Empat Bahtera - sebuah karya epik fantasi yang mengangkat mitos naga dan politik istana ke dalam naratif yang kompleks dan berlapis.
Berlatar di Benua Semilir, 5 abad selepas bahtera Tiberius tiba, novel ini membuka tirai kepada sebuah kerajaan yang sedang bergolak akibat pengkhianatan dan kelemahan pemerintahan. Basilius, putera mahkota yang memberontak, melarikan diri dari istana dan bertemu dengan Sula, seorang gadis hamba pembuat racun yang juga melarikan diri dari tuannya yang kejam. Pertemuan dorang menjadi pemangkin kepada konflik yang lebih besar apabila naga - naga purba mula mengganas dan zaman yuda pun bermula.
Menakjubkan kan? Begitulah geliganya otak Sri Rahayu Mohd Yusup. Aku tak berhenti membayangkan babak - babak dalam siri Game of Throne ketika menelaah isi buku ni.
Watak - watak dalam novel ini ditulis dengan kedalaman psikologi yang mengagumkan. Basilius bukanlah arketip putera mahkota yang sempurna; dia juga bergelut dengan identiti, warisan, dan tanggungjawab yang dipaksakan ke atasnya. Sula pula seorang gadis hamba yang menjadi simbol kepada ketahanan dan kebijaksanaan yang lahir dari penderitaan. Raja Angas, antagonis utama ni sangat licik - mengingatkan aku kepada watak - watak Machiavellian dalam sastera klasik. Mebrune, guru kepada Basilius pula adalah suara kebijaksanaan dan tradisi, yang cuba mengekalkan keseimbangan dalam dunia yang sedang runtuh.
Gaya bahasa Kak Sri cukup kaya, puitis, dan penuh dengan metafora yang menghidupkan dunia Benua Semilir. Beliau tak sekadar membina dunia fantasi, tapi sebuah kosmologi yang kompleks dengan sejarah, mitos, dan sistem sosial tersendiri. Dialog antara watak - watak sarat dengan falsafah dan renungan tentang kuasa, takdir, dan kebebasan. Naratifnya tak tergesa - gesa, tapi membenarkan kita untuk menyelami lapisan - lapisan makna yang tersirat.
Dari sudut pemikiran dan mesej, aku rasa novel ini mengangkat persoalan tentang legitimasi kuasa, warisan yang dipertikaikan, dan keberanian untuk menolak takdir yang telah ditentukan. Ia banyak menyentuh hubungan antara manusia dan alam, khususnya melalui simbol naga yang si makhluk mitos - entiti yang membawa keseimbangan dan ancaman.
Sebelum apa-apa, penghargaan khas harus diberi kepada Nor Azri a.k.a JustJimi yang disenaraikan sebagai tukang ilustrasi sampul buku. Tidak dinafikan lukisan beliau menarik minat saya yang dah lama meninggalkan genre fantasi ini. Tambahan pula saya tidak pernah membaca fantasi Melayu. Inilah karya yang pertama!
Puteri Naga Tiberius mengisahkan Sula, seorang hamba yang arif dalam ilmu racun, dan Putera Basilius, seorang anak raja di Kerajaan Tiber yang bosan dengan kehidupannya. Apabila Maharaja Angalinus membunuh kembarnya Maharaja Tiberius dan mengahwini adik iparnya Puteri Elemina, Basilius bukan sahaja hilang kedua-dua ibu-bapanya tetapi dirinya juga di dalam bahaya. Bolehkah Basilius membalas dendam? Dan apa pula peranan Sula si hamba lemah di dalam komplot politik Benua Semilir ini?
Jika anda arif dengan karya William Shakespeare, nescaya anda akan mengenali jalan cerita di atas seakan-akan mirip Hamlet. Putera yang bosan dengan hidup, pakciknya membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya...kalau bukan Hamlet, maka ia mirip The Lion King! Jalan cerita Puteri Naga Basilius adalah sebuah jalan yang sudah kerap dilalui oleh pengarang-pengarang lain sebelumnya. Tetapi ini bukan bermaksud novel ini membosankan. Tidak. Cuma keasliannya kurang terutama jika kita pernah banyak membaca karya-karya fantasi Barat. "Been there, done that".
Walau bagaimanapun, novel ini masih penuh dengan kejutan dan tipu helah merebut takhta yang mampu menaikkannya daripada sebuah novel 'baca dan lupa' kepada novel yang kita akan syorkan kepada rakan-rakan lain supaya membacanya (terutama jika mereka tidak pernah membaca fantasi dalam bahasa Melayu).
Saya beli novel ini pada tahun 2017. Pertama kali baca pada umur saya 15 tahun, agak canggung kerana gaya bahasanya yang agak "bersurat". Baca semula pada tahun 2023 dan ulang kali ke-3 pada 2024. Kali ini lebih matang dan apa yang saya boleh katakan adalah, Puan Sri Rahayu memang hebat dalam menghadirkan atmosfera yang tersendiri semasa membaca novel beliau. Terasa seperti saya benar-benar berada di Benua Semilir, lebih spesifik, Tiberius dan mengenali Sula atau Sulahanen dengan sangat dekat. Beratus-ratus novel fiksyen yang saya baca, beratus-ratus karakter yang saya jumpa, tetapi Puteri Naga Tiberius tetap menjadi comfort novel saya. Dan saya sayangkan watak Sula. Saya berharap akan ada novel spin-off mengenai watak Sula sahaja dan pengembaraannya merentas masa dan menyelamatkan Buana Sepi, spesifiknya Tiberius. Semoga tercapai dan semoga Puan Sri Rahayu terus dikurniakan rezeki dan ilham menghasilkan novel-novel yang cemerlang.
i love how the author describe the "world" and dragon. its make me excited !! also im in love w Basilius <3 he "look" amazing :p. my fav character must be Sula. SHE IS AMAZING HFHSHXHWBS LOVE SANGAT <<33. and i hate basilius's mom & his uncle and also the orang tua bunian. HE MADE MY BASILIUS AND SULA SUFFER 💔💔💔. anyway i cant wait for the sequel <3 !
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dengarnya buku ini akan ada sambungannya dan saya akan beli terus sambungan buku ini kelak!
Ceritanya menarik, sungguh menarik. Terasa masuk dalam cerita Chronicles of Narnia, LOTR atau apa saja cerita yang bertema fantasi kerajaan ini.
Kisah tentang perebutan kuasa, seperti Prince Caspian yang berebut takhta dengan pak ciknya tetapi buku ini ada kelainannya tersendiri.
Ending dia pun alahai, bittersweetnya rasa.
Suka karakter Basilius dan Sula.
Cumanyaaa, saya rasa penulis seperti mahu habiskan buku ini terlalu cepat. Karakter development tu ada, tapi saya rasa kurang dalam penyampaian emosi. Rasa macam terlalu cepat, penulis boleh olah lagi tentang ni agar saya sebagai pembaca lebih terasa dekat.
Mesej tentang kasta, perhambaan serta kebebasan yang Sula hadapi itu sampai kepada saya.
Saya suka buku ini, tapi seperti ada sesuatu yang kurang dalam buku ni. Harap buku seterusnya akan isi kekosongan tersebut.
Ini merupakan buku fantasi Bahasa Melayu pertama yang saya baca dan saya agak menyukainya. Naga, orang bunian, askar, kerabat diraja & perang memang memenuhi kriteria novel fantasi yang saya minati. Namun, saya mengalami sedikit kesukaran untuk mengingati nama-nama karakter dalam cerita ini, dan selalu terkeliru. Mungkin sebab saya ada masalah "short term memory loss." Bahagian lawan & perang pula, mungkin lagi menarik jika diceritakan lebih terperinci. Terasa sekejap saja bahagian lawan-lawan. Tak sempat nak "imagine" scene tu, dah habis. Keseluruhannya, saya harap nanti ada sambungan untuk cerita ini. Mungkin boleh perincikan lagi details tentang karakter, tempat dll. Kalau ada peta pun mesti lagi best. Maafkan saya sebab banyak komen.
Sifat iri hati dan tamak yang ada Raja Angalinus pada kerajaan Tiberius, Raja Galodius (kembarnya sendiri) telah mengulangi sejarah awal manusia itu sendiri. Sula seorang 'hamba' di sebalik memiliki kelebihan merawat, mempunyai sejarah panjang yang tidak diketahuinya.
Saya tertarik bagaimana penulis menamakan sesuatu nama itu berdasarkan kasta seseorang itu. Jika sesorang itu dalam kalangan bangsawan, maka namanya lebih panjang daripada orang kebiasaan.
Daripada segi plot; sangat baik dari satu ke satu bab. Cuma apabila melibatkan adegan lawan dan perang, dan pada akhir cerita, penceritaannya terlalu tergesa-gesa lagi lagi pada babak perlawanan di makam diraja.
While the plot and world-building are interesting enough to keep me reading the whole book, I find the writing is not to my liking. It is stiff, especially the dialogue. I'm not sure if it's intentional, but it feels too unnatural and uncomfortable to read. If you told me this was a direct translation from English to Malay, I'd believe you.
Sula seorang gadis yang merupakan seorang hamba telah melarikan diri daripada tuannya. Sula si pembuat racun ternyata membawa racun bersama di dalam tubuh badannya hingga menyebabkan Basilius yang cuba menyelamatkan daripada lemas keracunan dan terpaksa diselamatkan pula oleh Sula.
Biasanya dalam novel heroin diselamatkan oleh hero. Tapi dalam naskah ni terbalik pula. Entah berapa kali Sula menyelamatkan Basilius ni. Asal Basilius dalam bahaya je, muncullah Sula menyelamatkan keadaan.
Banyak persoalan yang masih berlegar di fikiran sejurus menamatkan pembacaan. Contohnya, bagaimana tiba-tiba Permaisuri Elmina boleh jatuh ke pelukan Raja Angas. Dan bagaimana baginda mampu memukau Basilius di dalam keadaannya yang begitu. Kenapa ayah Sula sanggup menjualnya kepada Bregheda. Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda SH. Harapnya semua akan terjawab di naskah yang seterusnya.
SH sukakan ketegasan Sula dalam memilih untuk terus bebas. Meskipun ditawarkan dengan kuasa dan kemewahan dia tetap memilih untuk mengikuti kata hatinya. Maklumlah biasanya manusia mudah lupa diri andainya ditabur dengan kuasa dan emas. Lebih-lebih lagi jika sering ditindas angkara miskin dan tiada kuasa.
Basilius ni memang mengundang geram. Keras kepala. Bertindak sering mengikut hati tanpa berfikir panjang. Puas dinasihati oleh Sula tetapi tetap dengan pendiriannya yang kadangkala mampu mengundang bahaya ataupun merosakkan rencana yang telah diatur.
Membaca perincian tentang naga terutamanya Tibb dan Cov membuatkan SH terkesima. Terbayang kegagahan dan kecantikan naga-naga tersebut. Naga sememangnya antara haiwan yang sering membuat SH kagum dan perincian tentang mereka di dalam naskah ini terasa seperti ia benar-benar wujud.
Cerita yang menarik mengenai seorang gadis hamba yang rupanya adalah berketurunan diraja. Gadis yang ditakdirkan hidupnya berdarahkan racun. Gadis yang juga diberikan keistimewaan dapat mengawal dan berkawan dengan naga-naga legenda. • Tetapi apabila pembacaan dimulakan, KakZu merasakan watak utama seperti dibayangi oleh sang putera. Perkenalan dan persahabatan gadis dan naga juga dikisahkan terlalu pantas, kan manis jika persahabatan mereka diperhalusi lagipun tajuk buku sendiri sudah menekankan Puteri dan Naga. • KakZu bukan penulis dan jauh sekali untuk menulis atau dapat menulis dengan baik seperti penulis buku ini. Tapi rasanya kalau ada momen-momen gadis dan naga berkomunikasi seperti baru mula menunggang, naga bergurau dengan gadis kerana tidak dapat menunggang dengan betul atau sama-sama mencari ikan untuk santapan naga, rasanya menarik, sebab Naga Tibb merindui Sula setelah Sula menghilangkan diri. Kenapa merindu? Pasti ada momen bersama yang indah. Ntah lah, ini perasaan KakZu bila membaca novel ini. • Walaupun KaZu ada juga membaca young adult fantasy tapi macam baru pertama kali jumpa watak renjer yang memberikan lapuran kawasan untuk dicatatkan dikhutubkhanah. Ya menarik watak ini. Renjer dan penjaga khutubkhanah bersama-sama memastikan sejarah dicatat dengan betul dan tidak dilupakan. • Rating KakZu bagi ⭐️⭐️⭐️ sahaja, sebab susah nak hadam awal pembacaan. Terlalu laju hingga timbul tanda tanya. Seperti oh Suleman kawin dengan puteri bunian tapi kenapa mesti kahwin? Hehehe •
Oklah this is my honest review untuk buku ini. Dari pembaca yang dahagakan pembacaan yang lari dari arus semasa penulisan negara. • KakZu akan setia menunggu pengembaraan Sula ke benua yang lain pula. Dan bertemu kembali dengan putera dan sama sama menerajui kerajaan Tiber.
Selain karya Hilal Asyraf, ini kali pertama saya membaca karya fantasi tempatan dari penulis lain. Dan saya akui, karya ini memberi pengalaman bacaan yang berbeza.
Saya terpesona dengan keunikan watak dan teknik pembinaan dunia dalam cerita ini. Sehinggakan imej yang terbayang dalam kepala amat jelas sepanjang bacaan. Terkadang berjaya juga membangkitkan emosi.
Paling suka dengan watak Sula! Basilius terkadang saya persoal, kenapalah engkau begini orangnya? 😂😂
Cuma terkadang pembacaan saya terganggu kerana naratif seakan lebih fokus kepada "world-building" dari interaksi watak. Bahkan dialognya juga terkadang rasa janggal sedikit bila dibaca.
Bila masuk bab penamat, bacaan kembali mengesan, hampir terkeluar air mata. Saya tutup buku ini dengan perasaan yang puas.
Sebagai seorang penulis pemula genre fantasi, ini akan menjadi antara rujukan bagi saya memperbaiki kualiti karya sendiri.
Terima kasih, Kak Sri Rahayu, atas karya ini. Minta maaf juga kerana agak kelewatan membaca karya Akak. Akan buru karya Akak yang sebelumnya dan yang akan datang. 😁
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisah Sula dan Putera Basilius, bertemu tanpa disengaja, saling membantu dalam misi pelarian yang berbeza. Garapan yang kemas dan tersusun indah dari penulis. Dapat merasakan kisah ini dicipta. Sula si gadis racun, lari menyelamatkan diri dari tuannya yang mempergunakannya demi kekayaan. Si putera lari dari istana emas demi perasaan ingin tahu apa yang ada di dunia luar.
Best novel ni, baca dengan perasaan teruja dan ingin tahu apa yang bakal terjadi pada mereka.
aku suka cerita and the world building of this story KECUALI nama shortform “Tiber” sebab aku sebagai orang yg guna slang gen-z, aku akan pronounce as TIBERRRRR so benda ni macam mengganggu pembacaan aku sikit 😫😫