Dalam masyarakat Islam tidak ada kelas. Memang ada orang miskin dan orang kaya tetapi pembahagian kepada kelas tidak berlaku. Orang Islam menghargai perhubungan kekeluargaan, walaupun perhubungannya sudah agak jauh. Keluarga orang Islam tidak terhad kepada ibu bapa dan anak sahaja seperti orang Barat. Dari nenek moyang, hingga ke cucu-cicit semuanya diikat dengan pertalian keluarga.
Keluarga yang begini besar tidak mungkin semuanya kaya atau semuanya miskin. Tiap-tiap extended family ini ada yang kaya dan ada yang miskin. Meskipun ada miskin atau kaya mereka masih dari satu keluarga. Ikatan ini tidak dapat diputuskan oleh perbezaan economic class.
Dunia memang palsu bagi seseorang. Ia akhirnya akan mati dan kekayaan yang diperolehi di masa hidup tidak akan dapat dibawa ke kubur. Di zaman Firaun, percubaan dibuat untuk membawa kekayaan dunia ke akhirat tetapi ini adalah satu khayalan yang tidak ada tempat dalam agama Islam. Sikap Islam dalam masalah ini jelas berasaskan kepada kekayaan dunia ialah untuk dunia sahaja. Akhirnya yang akan memberi kebahagiaan ialah amal dan ibadat serta pegangan kepada ajaran agama, dan bagaimana kekayaan itu digunakan.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ( born 10 July 1925) (Jawi:محتير بن محمد) was the fourth Prime Minister of Malaysia. He held the post for 22 years from 1981 to 2003, making him Malaysia's longest-serving Prime Minister, and one of the longest-serving leaders in Asia. Mahathir's political career spanned almost 40 years, from his election as a Malaysian federal Member of Parliament in 1964, until his resignation as Prime Minister in 2003.