ENGKU REZA MUKHRIZ, ERWILLA REANNE MERLIS, ZULAINA, ENGKU MARLIA, FANDY, IBU ATI, PAMAN, UMI SHIQAH, AHMAD AD-DUKHAN, WAHYU, AZIE, NAJMI, MARIA, DR ROZITA
Willa ditugaskan oleh Fandy untuk mengambil Reza di kelab malam The Paradise. Pada awalnya dia tak nak tapi mengenangkan yang dia perlukan wang, jadi dia terima. Reza sedih bila dia ditikam belakang oleh kawan yang dianggap rapat dengannya, Najmi dan wanita yang dia jadikan kekasih, Maria.
Reza menawarkan pekerjaan kepada Willa. Bekerja dengannya tanpa kira masa. Kerana Reza 'membeli' masa Willa. Sekeping cek kosong diberikan kepada Willa. Willa setuju kerana dia perlukan duit untuk Raudhatul dan perbelanjaan penyakit yang dialaminya. Willa dan Aina, rakan baik sejak dibangku sekolah. Mereka punya cita-cita yang sama. Maka mereka berusaha untuk menjadi doktor. Willa tewas dengan keseronokan. Dia kerap mengunjungi kelab malam The Paradise sehingga digelar The Angel of The Paradise oleh pengunjungnya. Tahun ke 3, dia minta pengajiaan ditangguhkan. Willa menghadapi kanser. Aina tidak tahu dan hanya diberitahu bahawa Willa telah berhenti belajar.
Kehadiran Willa dalam hidup Reza telah memberi impak. Reza telah berubah menjadi lebih baik. Niatnya untuk menyakiti hati Engku Marlia terhenti setelah kerap kali dihujani dengan kata-kata nasihat Willa. Kini hubungan Reza dan Engku Marlia lebih rapat dan setelah mengetahui bahawa Fandy sebenarnya ayah tirinya. Dia telah tersalah anggap dan berasa bersalah.
Satu hari Willa dimasukkan ke hospital, kanser Willa semakin merebak. Kakinya semakin bengkak. Reza ingin menjadikan Willa isterinya walau seketika. Ketika Reza dan Engku Marlia semakin menghampiri bilik Willa untuk majlis nikah. Reza diberitahu oleh Aina bahawa Willa telah meninggal. 5 tahun kemudian, satu hari setelah Reza park keretanya, dia dilanggar oleh Dukhan. Reza dihantar ke wad kecemasan PPUM kerana jatuh rebah. Willa yang kini dikenali sebagai Dr Alis terkejut. Reza juga terkejut.
Willa berlagak seperti dia tidak kenali Reza. Dia menjadi orang baru, Dr Alis. Reza jatuh cinta untuk kali kedua. Melalui Dukhan, Reza menghampiri Alis. Cuba membuka pintu hati untuk wanita itu. Perasaan Reza membuatkan Alis tidak selesa. Ketika Reza menyatakan hasratnya, Alis menolak. Ketelanjuran Aina ketika berbual dengan Reza membongkar identiti Alis.
"Aku telah mencintaimu semalam, hari ini dan selamanya." - E.R.M