Buku Setia Dengan Kebenaran adalah kumpulan artikel bernada travelog santai tetapi berintipatikan persoalan yang serius dan isu yang rumit. Penulis merungkai, mengkritik, memberikan pandangan berkaitan isu semasa, budaya, kebekuan mentaliti masyarakat, sambil menawarkan solusi dan sudut pandang yang lebih sejahtera dengan rujukan nas utama agama: al-Quran dan al-Sunnah. Pelbagai persoalan yang dikemukakan dicungkil daripada perjalanan penulis sepanjang hidupnya. Dengan judulnya "Setia Dengan Kebenaran", penulis mengajak ke semua pembaca supaya kekal setia dengan kebenaran meskipun berada dalam kelompok minoriti dan terasing.
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.
Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023), PEDAGOGI RAMADAN (2023), DARI MATA TURUN KE HATI (2024) and IQRA' (2026)
Menyentuh banyak isu yang relevan dengan situasi saya sekarang sebagai mahasiswi universiti. Menjentik aqal untuk kembali berfikir; Adakah benar jalan yang aku pilih sekarang?
Memulakan pembacaan Ramadan dengan karya Ustaz Hasrizal iaitu Seni Berfikir yang Hilang dan penutupnya juga dengan karya beliau. Seperti buku-buku beliau yang lain, Setia Dengan Kebenaran juga karya yang memerlukan pembaca menilai diri dan masyarakat. Cuma tema yang beliau bawa kali ini berkaitan dengan kebenaran merangkumi 5 tema iaitu kebenaran ilmu dan akal, kebenaran akal, kebenaran pendidikan, kebenaran gerakan Islam dan kebenaran tamadun.
Karya ini sebenarnya sikit sebanyak akan menyebabkan kita menyoal kembali kebenaran yang kita pegang terutama apabila ‘kebenaran’ itu kita warisi tanpa ilmu.
Kemudian akan menampar-nampar pipi tembab kita kerana lupa matlamat menuntut ilmu adalah amal dan selagi mana ilmu itu tidak dimanfaatkan akan menjadi beban kepada kita.
Dan tegas sekali, karya ini menegur kebenaran dan kebiadaban tidak layak berada di pentas yang sama. Bagaimana kebenaran boleh sampai ke hati kita kalau pengajak bermulut celupar penuh dengan kata-kata kesat sampaikan yang dicelah kelangkang pun disebut. Kurang ajar dijadikan meter kebebasan bersuara?
Pantas sekali buku ini menutup pembacaan Ramadan saya kali ini. Teguran untuk saya sendiri dan moga untuk kita semua.
1) Pertama sekali yang saya mahu komen ialah tulisan buku ini. Tulisannya kecil dan kualiti kertas menyukarkan sedikit pembacaan (bagi saya) .
2) Isinya adalah salinan catitan ustaz Hasrizal di blog, cuma di buku ialah versi "extended".
3) Topiknya pelbagai, kalau boleh saya simpulkan ia seperti falsafah dan mencari makna kehidupan.
4) Ada yang mudah difahami, dan ada yang seperti "terlalu akademik". Saya menghadapi kesukaran memahami istilah - istilah yang digunakan.
5) Buku ini lebih sesuai dibaca secara berkala, bukan terus khatam sehari. Setiap bab ada pengisiannya sendiri, dan perlukan masa untuk memahami apa yang ingin disampaikan.
saya tak rasa buku ini dikhatamkan dalam masa yang singkat. Setiap artikel dalam buku ini memerlukan kita membuat refleksi terhadap kebenaran. Temanya begitu jelas tetapi begitu berat untuk direnungi.
Pengisian dalam buku ini bukan sesuatu yang santai, bagi saya sebagai pembaca. Kerana apa yang disampaikan penulis perlu dihadam sebaik mungkin.
Hari ini, sejauh mana kita Setia kepada Kebenaran?
Apakah definisi kebenaran yang kita pegang? Sejauh mana sebagai umat, kita beragama seperti apa yang sepatutnya, bukan amalan tanpa ruh?
Sungguh, adalah menjadi tanggungjawab para pembaca untuk merenung semula apa yang dibaca.
Sesungguhnya, pengisian buku ini agak berat daripada buku pertama daripada penulis yang aku baca. Setia dengan Kebenaran membawa perbincangan dalam pelbagai topik yang berkisar mengenai kehidupan, media sosial, pengajian Islam dan segala yang berlaku sekarang yang lebih dekat dengan kita. Ada bab yang mudah difahami seperti Kebenaran Akhlak dan ada bab yang sukar difahami seperti Kebenaran Ilmu dan Akal dan Kebenaran Gerakan Islam.
Namun begitu, buku ini sangat berguna dalam memaknai erti kata kita untuk setia mencari kebenaran dengan muhasabah diri dan menimba ilmu yang tepat juga sahih.
Sewajarnya, buku ini tidak boleh dikhatam dalam masa sehari. Kita memerlukan masa untuk membaca buku ini dengan tenang dan dalam keadaan santai. Banyak persoalan-persoalan yang timbul dalam proses pembacaan. Persoalan yang semestinya adalah tujuan penulis agar kita menggunakan akal agar berfungsi penuh demi mencari kebenaran. Persoalan utama yang pasti akan hadir dalam fikiran adalah sejauh mana kita setia dengan kebenaran? Adakah kita mengamalkan Islam yang sepatutnya? 🤔
Membaca buku ini membuatkan aku sedar akan betapa ceteknya pengetahuan aku dalam sesetengah bab. Lemah akal untuk mencantum kepingan puzzle yang berselerak dalam fikiran. Mungkin aku akan membaca buku ini buat kali kedua dan mengambil lebih banyak masa untuk mengkaji setiap pengisian dalam buku ini pada masa akan datang.
Jika boleh dipetik dua isi yang paling membekas usai menelaah buku ini, mungkin mesej halus penulis kepada pembaca akan:
i. Peri pentingnya bersikap ihsan, apabila penulis membawa analogi seorang individu yang mengacah-acah memberi makan kepada kucing – tetapi di tangannya tiada makanan – yang sudah tentu jika ia dilakukan oleh seorang perawi hadis, darjat sesebuah hadis yang diriwayatkannya pasti akan terkesan.
ii. Pengalaman penulis bersama TG Nik Aziz apabila penulis bertanya secara bersahaja, apakah yang TG Nik Aziz akan lakukan dalam kehidupannya sekiranya TG Nik Aziz tidak menceburi arena politik, lalu TG Nik Aziz menjawab, beliau akan mendalami ilmu.
Buku ini – seperti yang dijangka – merupakan koleksi artikel penulis 5-10 tahun yang lalu. Banyak isu yang dikupas dengan enak sehingga pembaca pasti ternanti-nantikan kupasan yang lebih panjang dan terperinci lagi terutamanya apabila buah fikir Fazlur Rahman, Edward Said, Bernard Lewis, Karen Armstrong, al-Jahiz, Imam Birgivi dan Syeikh al-Qaradawi.
Bagi yang pernah membaca sebahagian besar artikel menarik dan mencabar dalam buku ini pada beberapa tahun lalu, buku ini tidaklah sukar untuk dikunyah kerana penulis mengangkat dan mendengungkan tema kesepaduan ilmu, kerancuan pemikiran binari, kecelaan penulisan pada era teknologi moden serta yang terutama –ketidakjujuran seseorang individu dalam menzahirkan keraguan dan mencari benang kebenaran.
persoalannya. sejauh mana kita setia pada kebenaran? adakah apa yang kita buat ni, benar dan betul?
sarat isi dalam buku ni. banyak sangat ilmu dan kesedaran yang diulas dalam buku ni. penulisan ustaz memang tak pernah mengecewakan.
setiap satu bab yang dikhatam, membuatkan pembaca terfikir dan termenung panjang. membuatkan kita kembali ke tujuan asal kita. untuk setia pada kebenaran. tapi bagaimana? bagaimana kita yakin yang apa kita buat ini adalah satu kebenaran? bagaimana akhlak kita? adakah akhlak kita menunjukkan yang kita ini benar?
Lambat habiskan pembacaan buku ini disebabkan banyak berhenti membaca di setiap tajuk.Isi buku ini membuatkan kita akan berhenti sejenak di setiap baris ayat dan berfikir.
Selalu Ustaz Hasrizal menjentik pembaca dengan pelbagai isu yang masyarakat terlepas pandang. Dalam buku ini, Ustaz lantang sekali menegur masyarakat yang ambil endah tidak endah akan kebenaran yang semakin terpesong, teguran demi teguran ustaz berikan untuk mereka yang menggelar diri mereka agamawan dan sebagainya.
Luar biasa tegas ustaz tekankan ilmu, akhlak, kesungguhan dan keazaman dalam menyebarkan kebenaran itu ada caranya, ada gayanya, dan bukan lah sesenang hati mahu menggunakan dalil itu dan ini dalam membenar dan mengharamkan sesuatu perkara. Setiap perkara perlu ada ilmunya. Agar tidak tercalit "kekotoran" atas nama kebenaran.
Sejarah, dalil nas Quran dan Hadis, dan ilmu lainnya banyak diperkenalkan dalam buku ini, (Bukan sesuatu yang luar biasa dalam buku ustaz) ditambah lagi dengan kajian ustaz terhadap Imam Birgivi, sejarah kebenaran yang beliau bawa dan sebagainya.
Sejauh mana kita setia dengan kebenaran? Walaupun yang memberi nasihat itu kuffar sekali pun, dan yang berdusta itu kononnya mukmin, soalannya sekarang,
Catatan yang sudah dibaca sejak 3 tahun yang lalu ini sedikit sebanyak memberi kefahaman yang baru seiring dengan pertambahan ilmu,pengalaman dan umur.
Membaca karya ini,memerlukan kerajinan pembacanya untuk meneroka lebih jauh pengetahuan untuk lebih memahami struktur pemikiran yang saya kira,semakin kompleks dan keliru.Perkara yang paling utama ialah persediaan kita dalam memahami erti dakwah dan juga berlumba-lumba dalam menyebarkan kebaikan berpandukan Al-Quran,Hadith,Ijma' dan Qias.
Nampak ringan tapi isinya sarat. Nampaknya makin banyak persoalan terjawab walaupun tidak diberi jawapan. Bab akal bergaduh dengan naqal tu memang betul sangat, sebab selalu terjadi. Kepentingan bahasa arab tu best, sangat betul. Terima kasih ustaz atas buku yang sarat dan berat ni! Keep on writing!
Bagi saya, tema nya mudah. Membaca itu asas ilmu. Ilmu itu asas kebenaran.
Satu perkara penting yang saya faham, kebolehan untuk membaca dan mempunyai keinginan untuk membaca ialah rezeki yang besar daripada Allah. Dan alangkah elok sekiranya kita menggunakan nikmat itu dengan menjadikan diri kita sebagai seorang yang berfikir.
Bapa saudara pernah berpesan, bidang kedoktoran bukan untuk mereka yang genius, tetapi untuk mereka yang rajin, terutamanya rajin membaca. Baru sedar, sepanjang menjadi pelajar dan pegawai perubatan, sifat membaca itu penting, teruatamanya seperti bahan kajian, dan buku-buku yang membantu salah satu aspek dalam kedoktoran, ilmu, selain daripada kebolehan untuk memastikan pesakit memperoleh rawatan yang terbaik.
Seperti yang ustaz sebutkan di dalam buku ini, “Ilmu bukan untuk dibanggakan. Ilmu ialah alat untuk berkhidmat.” Dan daripada ini sendiri kita faham, dalam melakukan sesuatu itu, perlu ada Ilmu!
Ilmu juga asas kepada akhlak. Dan rendah diri merupakan akhlak yang terpuji, selagi mana dalam kerendahan itu kita tidak menakfikan nikmat yang Allah beri. Umpama kitaran, Ilmu yang benar menjadikan kita lebih berakhlak, dan dengan akhlak yang baik, lebih banyak potensi untuk kita menimba Ilmu dengan lebih jauh.
Ini mengingatkan saya akan bacaan ‘Khazanah Intelektual Islam’, disebut Zaman Kegelapan Eropah berlaku ketika Islam berada di puncak kegemilangan nya. Ketika itu, Ilmu itu dianggap mulia, ramai orang datang menuntut ilmu. Banyak perkara baru yang ditemui oleh sarjana sarjana Islam. Tapi kemudiannya Islam semakin merosot dan sukar untuk kembali ke zaman kegemilangan tersebut. Kerana ketika itu, umat Islam terlalu selesa berada di puncak maka tiada azam untuk mendaki lebih tinggi. Seperti dalam pertandingan, disebabkan satu pihak sentiasa menjadi pemenang, mereka berasa selesa sehingga pihak lawan sedang mengasah diri untuk jadi lebih tajam.
Berat juga bacaan kali ini. Sekalipun bagi mereka yang gemar membaca, buku ini mencabar diri pembaca, bukan sekadar dalam bentuk penerimaan, tetapi dalam bentuk pemahaman dan praktik. Sejauh mana, atau seluas mana kita sebenarnya bersedia untuk menimba Ilmu, untuk membaca, untuk menggapai kebenaran, langsung untuk menerima kebenaran tersebut dan terus mempraktikkan dan menyampaikan kebenaran tersebut.
Semua bermula dengan tahu. Seperti doktor senior pernah mengajar kami; “First is to know, then you do what you know, and after that, you teach others what you do, based on what you know.”
Sampai di hujung saya faham kenapa buku dan baca sangat ditekankan dari muka surat yang pertama.
Sebab wahyu pertama adalah Iqra’. Bacalah.
Untuk tahu. Untuk faham kebenaran. Untuk berani setia dengan kebenaran.
A very fulfilling read indeed. Terima kasih Ustaz for this amazing and heavy read.
buku ini banyak nasihat, teguran dan membuka minda serba sedikit kepada masalah sosial kini, selok belok pengajian islam, menyentuh sedikit politik dan juga ada disebut tokoh tokoh yang antaranya tidak pernha didengar sebelum ini....
membuatkan kita tertarik dengan pengajian islam.... sejarah dan tamadun islam..
Saya mula membaca buku ini dengan perasaan yang aman dan nyaman; semua orang merasakan mereka adalah orang yang benar dengan hal2 kehidupan mereka, kalaupun mereka berbuat benda yang salah pasti akan dijustifikasikan dengan pelbagai alasan. Mungkin itulah pengaruh dunia moden pada pegangan saya, moral itu relatif walhal syariat itu adalah kompas yang takkan pernah berubah.
Jadi saya bersedia untuk membaca dengan perasan bagus, bahawa saya akan membaca tentang cerita orang lain. Namun, pada bab pertama juga saya telah terpukul. Masih ada yang betul dan salah. Semakin saya selak halaman berikutnya barulah saya sedar; buku ini adalah mengenai hal2 yang 'biasa', bukannya yang rumit namun ramai orang yang terlupa dan tersilap mengenai sikap dan pegangan mereka dalam hal itu. Buku ini adalah cerita tentang diri kita dan mungkin juga refleksi diri penulis. Kadang2 kita akan mengangguk perlahan bersetuju dengan penulis, kebanyakan masanya kita akan terdiam lama pada satu muka surat menginsafi bahawa itu adalah diri kita.
Buku ini mengingatkan saya bahawa itulah perkara yang saya suka tentang Ustaz Hasrizal sebagai seorang penulis buku yang mempunyai magiknya sendiri dengan olahan nuansa yang padu tanpa kedengaran seperti satu ceramah yang bosan. Terima kasih ustaz atas penulisanmu yang tak pernah saya tertinggal, selepas ini Ramadan Dos and Donts pula akan saya baca :)
Entah mengapa, bila membaca buku ini terasa ingin kembali belajar “for the sake of learning”. Mungkin kerana penulis ini seorang cikgu barangkalu
Penulis juga banyak mentadabbur atah merefleksi ayat ayat quran. Muhasabah bahawa keringnya bacaan al quran kita adalah kerana kurangnya ilmu dan pembacaan kita.
Pertama kali membaca tulisan Hasrizal Jamil. Saya mengambil masa dalam 2 minggu untuk menghabiskan naskah ini.Sebuah naskah yang agak 'berat' tapi penuh dengan pengisian informasi dan maklumat kepada pembaca. Selain itu, membawa saya sebagai pembaca untuk lebih memahami dan mendalami dengan lebih dekat tentang isu yang diketengahkan dalam penulisan ini antaranya pengajian Islam, Tamadun Manusia , Gerakan Islam dan Kebenaran Akhlak. Naskah yang sangat baik kerana Setiap pandangan dan kritikan dari penulis di bekalkan sekali dgn rujukan Al Quran dan As Sunnah.
Sejauh manakah kita sebagai manusia akan setia dengan sebuah kebenaran dan bagaimanakah kita mengunakan akal agar berfungsi penuh demi mencari sebuah kebenaran.
Sebuah kebenaran akan lumpuh dengan akal yang tumpul .Kebenaran ialah perjuangan akal yang sejahtera dengan hati yang iklas. Berkatalah benar meskipun ia menyakitkan.
Buku ini bagi aku buku yg agak berat. Tapi aku percaya, buku ini sangat "mengenyangkan. " Tulisan Ust Hasrizal sgt dekat buat mereka yg hidup dalam lingkungan jemaah Islam, bagi mengetuk cara kita berfikir dan memuhasabah diri kita, sejauh mana kita setia dengan kebenaran.
Sangkaan saya, buku ustaz yang ini akan sama dengan buku-buku ustaz yang lain. Santai dan relaks pembacaannya walaupun penuh dengan isi dan kritikan yang membina. Namun, ianya berbeza. Setia Dengan Kebenaran ini buku ustaz yang pertama yang bacaan saya perlu banyak berhenti dan pause sekejap untuk berfikir akan maksud dan makna yang ingin ustaz sampaikan. Bacaan kali ini tidak boleh laju seperti bacaan sebelumnya. Dan adakalanya termenung panjang dek kerana kebenaran tentang sesuatu isu yang diulas.
Buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian mewakili 5 kebenaran yang ustaz rangkumkan dalam sebuah buku, iaitu ;
1. Kebenaran Ilmu & Akal 2. Kebenaran Akhlak 3. Kebenaran Pendidikan 4. Kebenaran Gerakan Islam 5. Tamadun
Satu bab yang paling terkesan apabila ustaz mengutarakan tentang kepentingan masa. Dua minggu sebelumnya, saya ada buat berbincangan dengan murid mengenai bab ini dan mengulas surah al-'Asr. Apabila ditanya tentang aktiviti yang mereka suka luangkan untuk mengisi masa lapang ialah bersama dengan gajet masing-masing. Sama ada menonton youtube, bermain games, dan sebagainya. Tiada langsung yang memberi jawapan selain daripada itu. Dan hal ini membuatkan saya merenung jauh ke hadapan, bagaimana agaknya generasi anak-anak akan datang? Surah al-'Asr pun tak kenal, inikan pula untuk menghayati dan mengamalkan apa yang disarankan oleh surah ini.
Antara isu lain yang diketengahkan oleh ustaz ialah mengenai pentingnya kita berada dalam kelompok manusia yang sentiasa cintakan kebenaran, walau kita berada dalam golongan yang sedikit dan asing.
Dan ustaz mengupas tentang wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi SAW iaitu ayat pertama surah al-'Alaq; "Iqra'".
“Ilmu bukan untuk dibanggakan. Ilmu ialah alat untuk berkhidmat.”
Ilmu datang dengan pelbagai cara dan salah satu asas yang sangat penting ialah melalui pembacaan. Dan dengan ilmu lah, kita akan berakhlaq dengan akhlaq yang sebenar-benarnya benar!
Bab yang paling menarik perhatian dan akal saya untuk berfikir dengan mendalam ialah bilamana ustaz membawakan kisah Musa AS & gurunya Khidir AS. Bagaimana proses pendidikan antara Nabi Musa dan Nabi Khidir itu membawa kita kepada satu persepsi pendidikan yang sebenar. Adab murid dan guru, adab guru dengan murid, dan apakah pendidikan kita yang sekarang ini mampu memberi kesan kepada anak-anak kita, remaja khususnya. Ke mana halatuju pendidikan kita hari ini?
Antara salah satu buku yang saya akan ulang baca, berkali-kali, tanpa jemu!
Daripada pendahuluan lagi saya jatuh cinta dengan penulisan buku ini❤ Penulis membawa pembaca daripada kupasan isu yang ringan, sederhana sehingga isu yang berat di akhir-akhir buku.
Kupasan isunya sangat relevan dan saya suka bagaimana penulis mengajak kita berfikir daripada perspektif berbeza. Setia dengan kebenaran. Kena dengan tajuknya, penulis merungkai, megkritik dan memberi pandangan berkaitan isu semasa agar kita berfikir dan memilih kebenaran bukan sekadar mengikut majoriti sahaja.
Saya suka semua bab di awal buku ini, sangat membuka mata❤ coontohnya bab Wal-asr; memerah sebuah usia. Perkataan 'Asr secara bahasa bermaksud "memerah sehingga keluar susu" Walaupun banyak lagi perkataan lain untuk masa, seperti Waqt, Zaman, Sa'ah, dan Dahr, Allah memilih 'Asr bagi menggambarkan sesuatu yang berisi intipati berguna, penuh khasiat namun perlu 'diperah' masa itu baru keluar isinya.
Sebab itu rugilah kita seperti kelapa tua yang kering tidak diperah. Betapa sia-sianya manusia mati tanpa 'diperah' potensinya.
Banyak sangat kupasan menarik, yang saya baca cetakan kedua, jadi cetakan yang baru pasti lebih berkualiti dari segi tulisan, dan ejaannya. Sangat bermanfaat. Alhamdulillah❤ highly recommended!
Walaupun boleh dikatakan buku ni agak berat dari segi penulisannya, tapi kupasan topiknya amat menarik dan bernilai. Nasihat dan teguran sentiasa dipaparkan dalam setiap bab untuk memberi kesedaran kepada umat akan kelemahan kita pada masa kini.
Bagi saya, satu tindakan yang bijak diambil oleh penulis apabila meletakkan isu Palestin sebagai bab terakhir dalam buku ni . Satu penamat yang memuhasabahkan pembaca serta memberikan satu semangat jihad Islam yang tinggi supaya dapat merealisasikan ‘janji’ Allah itu; Kemenangan Umat Islam.
Saya telah berjaya membaca Setia Dengan Kebenaran. Bacaan begini perlu fokus dan setia baca satu buku sahaja, tak boleh campur buku lain. Matlamat tertinggi membaca adalah mencari kebenaran, dan setia dengan kebenaran itu.
Satu kritikan hebat dilontarkan oleh penulis untuk golongan yang sedang memperjuangkan kebenaran. Usah selesa dengan justifikasi hukum kebiasaan jika belum cukup mengaji dasar ilmu pengetahuan secara holistik tentang sesuatu bidang atau isu yang sering dipolemikkan secara picisan oleh masyarakat.
“Beragama, adalah dengan akal yang sihat. Dan kerana itu juga, pendidikan yang baik untuk memupuk kognitif yang betul, adalah pra syarat kepada terawatnya umat Islam daripada kemunduran diri mereka.”
Bacaan yang ringkas dan santai namun berat untuk dihadam dan difikirkan persoalan-persoalan yang dilontarkan.
Hasil nukilan dan artikel dari Ustaz Hasrizal yang menyentuh pelbagai aspek daripada sudut akhlak, geo-politik, sosio-politik serta berkenaan perihal agamawan itu sendiri.
Sebuah tulisan yang dapat dirasakan ditulis dengan hati dan perasaan untuk menyampaikan hasrat penulis itu sejujurnya bagi saya sampai maksudnya.
Satu buku yang amat menarik isinya, penuh dengan pandangan pemikiran Ustaz Hasrizal. Jika anda peminat tulisan beliau, buku ini wajib masuk koleksi anda.
Isi kandungannya straight to the point, lengkap dengan sumber hujah di dalam setiap tajuk. Tiada berbasa basi. Sesuai dibaca sebagai jentikan atau cabaran semasa pemikiran sedang stagnant dan dull.
Ini adalah ulasan ringkas saya terhadap buku ini. Saya membaca buku ini berdikit-dikit ekoran banyak bahan bacaan wajib saya yang perlu diselesaikan. Sebelum saya mengulas izinkan saya memberi gambaran umum mengapa saya membeli dan membaca buku ini. Pertama, Hasrizal Abdul Jamil (HAJ) antara penulis-agamawan yang saya ikuti blognya (saifulislam.com) sedari saya masih di zaman mahasiswa 2006 lagi. Saya sudah menghadam banyak tulisan beliau yang berevolusi temanya sedari tema perkahwinan (baca: ketika beliau digelar ustaz cinta dikalangan segelintir pembaca) hinggalah terkini lebih kpd. seputar isu pendidikan, yang lebih dekat dengan jiwa saya sebagai seorang penyelidik. Kedua, bukanlah saya setuju dengan kesemua tulisan beliau, tetapi oleh kerana saya amat berminat membaca karya-karya berunsurkan travelog yang wujudnya kritikan dan perbandingan antara budaya, cara berfikir, peradaban, sistem politik, ekonomi dsb. (baca: tidak romanticisme) maka saya fikir pengalaman luas beliau yg pernah bermastautin di Timur Tengah semasa bergelar siswa Syariah (Jordan) kemudian ke Eropah bekerja sebagai Minister of Religion kemudian berkahwin (England-Ireland di UK) dan kini di negara Skandinavia-Finland berkelana menuntut ilmu telah membuatkan cara fikir beliau tajam dalam melontarkan pandangan dan kritikan ketika menilai isu-isu penting semasa yang ringan mahupun berat berbanding segelintir agamawan lain. Saya boleh katakan antara buku beliau yg banyak memberi kesan kpd jiwa dan akal saya adalah 1) Di Hamparan Shamrock ku Seru Nama-Mu dan 2) Setia dengan Kebenaran (buku ini).
Setia dengan Kebenaran (SK) adalah sebuah buku travelog santai HAJ yang pada saya amat berbeza pendekatannya jika dibandingkan dengan buku-bukunya yang lain. Sebahagian besar tulisan dalam buku ini adalah hasıl kumpulan daripada tulisan-tulisan beliau yang pernah tersiar di dalam blog peribadi beliau sendiri. SK telah menyentuh beberapa tema penting dlm kehidupan bersosial dan beragama masyarakat Malaysia (baca: Melayu-Islam) yang sebenarnya saya sendiri sering memikirkannya. Buku ini bukanlah satu buku besar yang mentakrifkan apa itu kebenaran. Tetapi ia adalah sebuah buku yang memuatkan banyak persoalan-persoalan yang munkin kepada sebahagian khalayak ianya remeh tetapi pada saya ianya amat mendasar. Pendekatan HAJ lebih kepada mengkritik tindakan sebahagian masyarakat dalam berinteraksi dengan kebenaran yang yahu dicapai lebih-lebih lagi dalam media sosial pada era revolusi teknologi abad ke-21 ini. Juga beliau mengkritik sebahagian agamawan yang tidak benar-benar menyampaikan risalah Islam dengan neraca timbangan aqal dan naqal dengan betul.
Sisi lain buku ini adalah sebagai buku yang boleh dijadikan sebuah panduan (sekurang-sekurangnya peringkat khalayak awam) untuk kita bertadabbur, menalar, merefleksi kalam-kalam Tuhan dalam banyak aspek kehidupan lebih-lebih lagi dalam kita mencari sinar rushd (pencerahan) dan hikmah untuk setia dengan kebenaran.
Terdapat beberapa kritikan saya dari aspek teknikal bahasa, ini mungkin kritikan remeh bagi sesetengah pembaca tetapi bagi saya yang sering membaca dengan teliti, saya fikir hal ini perlu diperbetulkan iaitu penggunaan beberapa perkataan Inggeris yang sepatutnya (atau semaksimanya) dicari maksudnya yang tepat dalam BM sehinggalah jika ianya tiada dlm perkataan Melayu barulah menyadur dari Inggeris.
Walau bagaimanapun secara keseluruhan buku ini mestilah dibaca oleh masyarakat Muslim Malaysia dan juga agamawan kerana terdapat banyak persoalan biasa yang sudah tidak menjadi biasa. Saya simpulkan ulasan ringkas saya ini dengan menyatakan bahawa tujuan HAJ menulis karya Setia dengan Kebenaran ini adalah untuk mempersoalkan kembali cara fikir kita masyarakat Muslim Malaysia tentang sejauh mana kita cuba biasakan yang benar dan benarkan yang brasa dalam kita setia dengan kebenaran walaupun kita berada dalam kelompok yang kecil.
buku ini sarat dengan persoalan yang ditinggalkan kepada para pembaca untuk difikirkan: adakah kita mampu untuk bersikap adil dan setia dengan kebenaran di dalam setiap situasi?
perkara ini mudah disebut, tetapi secara praktisnya, memang sukar. contoh yang banyak kita lihat pada waktu ini bagaimana sesetengah pihak tanpa segan silu mengeluarkan hujah menyokong kumpulan sendiri walaupun tersilap, dan pada masa yang sama juga menolak hujah pihak lawan walaupun benar kerana semata-mereka 'mereka bukan geng kita'.
moga2 kita tergolong di dalam golongan yang sentiasa setia dengan kebenaran.