Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dewi

Rate this book
Dari Meja Editorial...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana memilih buku ini sebagai bacaan anda. Tujuh cerita daripada tujuh orang penulis perempuan Jemari Seni dijilid indah dalam naskhah penuh makna. Cerita mereka berbeza dan memberi impak yang tidak disangka-sangka. Insya-Allah selepas membaca, anda akan terbuai-buai pelbagai rasa.

Pembaca yang dikasihi, berbeza dengan novela '10' yang mengangkat penulis-penulis awal di Jemari Seni, 'Dewi' pula mengenakan prasyarat penyertaan; semua penulis haruslah mereka yang sudah ada tiga buah karya dengan Jemari Seni dan Adiwarna. Penyertaan kali ini juga melalui pemilihan panel juri yang dipilih khas.

lalu inilah hasilnya!!! Dan harus diingat... membaca 'Dewi' membuat saya rasa muda kembali, dan anda, bagaimana?

Salam takzim,

Noor Suraya
Penyelenggara

7 Mac 2017

800 pages, Paperback

First published March 1, 2017

6 people are currently reading
62 people want to read

About the author

Rodier

18 books68 followers
RodieR or Rodhiah Rahman is a pharmacist who sees writing as a huge passion. She collects poems and quotes and loves travelling. She has published two Malay novels with Jemari Seni and has built her own group of readers. One fine day she hopes she can share her stories with the world.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (62%)
4 stars
18 (31%)
3 stars
3 (5%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
May 18, 2017
^______^

Keseluruhannya saya sangat berpuashati dengan naskhah Dewi ini.

Tujuh cerita oleh tujuh orang penulis dengan tujuh rasa yang berbeza ini pastinya membuatkan hati saya menyimpan rasa yang berbeza yang di akhirnya menimbulkan rasa puas!

Umpana pengembara di padang pasir yang panas dihidangkan dengan segelas air yang sejuk... nyamannya tak tergambar dengan kata... hahaha (hyper betul perumpamaan ini)

Apa yang saya nak cakapkan. Saya puas hati ^_____^
---------


Cerita #1 - Assalamualaikum Amna - RodieR

Assalamualaikum Amna... kisah tentang Suri (kawan Ash) dan Ashraf (crush Ash). Bagaimana Suri yang agak skeptikal pada Ashraf kerana pernah mengecewakan kawan baiknya Aishah. Dan lebih menjengkelkan lagi, dia diminta oleh Aishah menemani Ashraf (makan) di hari persandingan Aishah dan Hanif.

Namun makin lama Suri mengenali Ashraf, makin dia keliru dengan hatinya. Sebelah hatinya kata Ashraf 'jahat' kerana pernah buat kawannya kecewa, namun sebelah hatinya lagi kata 'baiknya Ashraf' (ada sebab kenapa ~ kamu kena baca sendiri!)

Ketika hati Suri sudah mula menerima Ashraf, ketika hati masing-masing sudah mula berputik dengan rasa cinta, di kala ikatan pertunangan telah termetrai... taufan datang membadai. Di saat persiapan perkahwinan rancak diuruskan, Ashraf mahu tarik diri daripada perkahwinan ini.

Ya, ada rahsia besar yang Ashraf sembunyikan...

** RodieR... kenapa? Kenapa? Kenapa? Kakwan nak claim tisu! :'( :'(


*****
Cerita #2 - Bloomsbury - Ika Madera

Bloomsbury kisah tentang Nadine yang membawa diri ke tanah Ratu demi mengubat hati yang lara. Jangkamasa setahun disyaratkan oleh babahnya tatkala melepaskan Nadine pergi dan harus kembali ke Singapura bila genap setahun. Dalam jangkamasa setahun ini, pelbagai dugaan Nadine lalui. Dalam masa yang sama cuba merawat hatinya. Segala tindakan Nadine hari ini adalah kerana Yaseen. Ya Yaseen yang sering menghantui fikiran Nadine...

Hijrah Nadine ini menemukan dia dengan Jane yang sudah tersasar arah, H, pemilik kedai buku (tempat Nadine bekerja) yang bermuka beku, Mark yang pernah tersilap langkah dan Kak Wan yang penuh misteri...

Berjayakah Nadine merawat hati dan jiwanya dalam tempoh masa setahun yang ditetapkan oleh babahnya itu? Berjayakah dia melupakan Yaseen? Kamu kena baca dan cari jawapan sendiri...

**Ika, kenapa kakwan rasa nak senyummmmm aje bila 'Kak Wan' muncul.... ^________^
kakwan rasa harus ada naskhah penuh tentang 'Pencarian Mark' dan kesudahan antara mereka!


*****
Cerita #3 - Kayu Cepu Buat Latifah - Fatihah Pauzihal

Kayu Cepu Buat Latifah... kisah suka duka si gadis manis bernama Latifah. Ipah yang cekal berjuang demi mengubah nasib keluarganya yang hidup sekadar mampu sahaja. Di zaman tak ramai anak gadis yang bersekolah tinggi, di zaman ibu bapa yang mementingkan darjat untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Ipah yang menyimpan cinta pada Nik Zahari yang keluarganya orang ada-ada namun Ipah sedar diri, masakan pipit dapat bergandingan dengan enggang yang gah.

**Apa yang saya suka kisah Ipah ini adalah...

i- latar cerita tahun 70'an ~ tahun yang sangat akrab dengan saya (mungkin Ipah ini sebaya saya agaknya?? hahaha)

ii- latar tempat ini sangat dekat di hati saya... saya rindukan Kota Bharu yang dulu! Stesen bas SKMK yang basnya menjadi pengangkutan utama saya ulang alik daripada sekolah ke rumah. Pengkalan Lido yang sudah berubah wajah. Pendek kata setiap inci yang ada, semuanya saya rindu.

iii- dan Cik Aah pandai aja buat saya tertanya-tanya siapakah pilihan Ipah akhirnya...


*****
Cerita #4 - Cukuplah Sekali, Dillah - Noor Suraya

Cukuplah Sekali, Dillah berkisar tentang perjalanan hidup seorang Adillah. Dillah anak yatim yang bergantung harap pada ehsan Tok untuk menjaga mereka adik-beradik. Dillah, si kakak yang harus berkorban wang ringgit demi Tok dan adik-adik yang masih belajar. Jadi dapatkah Nazrin menerima dia bersama pakej 'tanggung adik-adik'nya sekali?

Tapi yang sebenarnya, itu hanya alasan Dillah untuk menolak Nazrin kerana dalam hatinya hanya simpan nama Adi sahaja semenjak dia kenal erti cinta dalam hidupnya. Adi, lelaki yang dia kenal sejak di bangku sekolah. Lelaki yang di'kenen'kan rakan-rakannya kerana Adi si pengawas sekolah sering menulis namanya di sudut papan tulis kerana 'kesalahan' yang sering dilakukan oleh Dilla dan kawan-kawannya.

Namun 7 tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat untuk Dillah terus menanti Adi yang tidak pernah ungkap kata apatah lagi metrai apa-apa janji untuk hidup dengan Dillah. Sementelah Dillah itu perempuan yang berlumba dengan usia. Pujukan Zuraina menjadi titik noktah penantian Dillah pada Adi, dan akhirnya Nazrin dipilih sebagai teman hidup.

Dillah harapkan bahagia kekal miliknya namun badai melanda dan Dillah hanya mampu pasrah dengan ketentuan-Nya. Di saat rumah tangganya bergolak, di saat hatinya sedang libu, majlis reunion sekolah, menemukan dia dengan Adi. Majlis yang Nazrin jadikan alasan untuk meminggirkan Dillah dari hidupnya demi menutup olahnya. Dillah pasrah... Selepas 3 tahun bahtera rumah tangganya runtuh juga.

Bagaimana kesudahan kisah hidup Dillah?

** Saya sukakan bahasa kaksu yang lembut, pabila membaca naskhah ini, terasa dengan saya-saya berubah menjadi lebih wanita. :)

Saya sukakan semangat kental Dillah! Dia wanita berkerjaya yang tahu letak dirinya. Dia wanita yang tidak pernah menyerah kalah dengan nasib yang menimpanya. Dan saya suka kesudahan kisah Dillah ini. Dan saya nak 'padan'kan muka Nazrin boleh? :P hahahaha Ya Nazrin, bidan itu bukannya Tuhan!


*****
Cerita #5 - Jika Kutulis di Sini - Aylanins

Kisah tentang Kamilah anak mantan Pengarah Pelajaran Negeri yang menceburi kerjaya perguruan bukan atas kemahuan sendiri. Kerana patuh pada permintaan orang tuanya, kerana gagal daripada kursus pilihannya, terpaksalah dia hadap juga kerja sebagai seorang guru ini. Sebagai protes, bila tiba cuti, dia berpetualang semata-mata tidak ingin bersua muka dengan abahnya. Dalam pada tak suka, dia betah aje tinggal di kawasan pedalaman, kerana harga bahan mentah seperti udang dan ikan murah-murah, apatah lagi yang menangkapnya adalah penduduk kampung

Rancangannya ke Yogyakarta bersama kawan baiknya Afiqah (yang disertai abang dan kawan abangnya) berantakan apabila tiba hari yang sepatutnya mereka berlepas ke Jogja, Afiqah dan abangnya terpaksa patah balik kerana bapanya meninggal.

Bagaimana dengan Kamilah? Haruskah dia batalkan percutiannya dan balik Shah Alam mengadap bapanya?

** Saya suka bagaimana 'rahsia hati' Kamilah berbongkar ^___^


*****
Cerita #6 - Kulit - Kamalia

Kulit bercerita tentang obsess masyarakat terhadap warna kulit yang putih. Masyarakat kota yang berkulit putih tergolong dalam Kelas Snow White merupakan golongan yang berhierarki tertinggi dalam kasta masyarakat kota. Alias Hadi seorang jurugambar dan penulis bebas dianggap tidak normal kerana dia berkulit sawo matang.

Satu kejadian bunuh diri yang terjadi di depan mata Alias menimbulkan misteri dan tanda tanya pada masyarakat kota apatah lagi mayat yang berwajah putih sebelumnya, bertukar warna gelap. Sebagai penulis, rasa ingin tahu Alias membuak-buak membuatkan dia mula menyiasat. Apatah lagi Alias ditugaskan oleh ketuanya untuk menulis cerita tentang kejadian itu.

Apakah rahsia yang tersembunyi dibalik kematian wanita misteri itu?

** Wah... cerita yang dari awal-awal lagi sudah membuatkan saya panasaran ingin tahu. Dan saya juga suka pada klu (tajuk) untuk setiap bab kerana ia membantu saya berfikir dengan lebih kreatif untuk kaitkan setiap scene dengan klu yang diberikan... Tahniah Kamalia!

Membaca cerita ini saya terbayang akan sosok pengusaha produk pemutih yang hangat di pasaran dengan aksi-aksinya yang sangatlah tidak suka saya tengok... huhuhu


*****
Cerita #7 - Semerah Daun Mapel - Ijazati Habib

Kisah tentang Hani si piatu. Juga kisah tentang Han yang misteri.

Hani yang bercuti ke Seoul bersama sahabat baiknya Ariana, berkenalan dengan Han pemuda Korea yang fasih berbahasa Malaysia. Menawarkan diri sebagai pemandu pelancong kepada Hani dan Ariana membuatkan perkenalan singkat itu meninggalkan satu titik rasa dalam hati Hani.

Pengkhianatan Thor yang beralih arah dalam hubungan mereka, membuatkan Hani nekad untuk melupakan terus makhluk spesies dinasour (mengikut kata Ariana) itu.

Selepas dua tahun, Hani si arkitek ini ambil peluang ke Seoul demi mencari ilham untuk projek terbaharunya iaitu pengubahsuaian Restoran makanan Korea di Bangi selain ingin melarikan diri daripada Thor yang mula mengejarnya kembali. Tapi yang paling utama, Hani ada misi untuk menjejak kembali Han yang hilang tanpa kesan.

Berjayakah misi Hani?

** Saya paling suka scene si Thor yang ditinggalkan di tengah-tengah lebuhraya elit! Bravo Hani... (tepuk tangan kuat-kuat)

Semerah Daun Mapel ini sangat la sesuai kerana cerita yang manis ini mampu membuatkan pipi kita merah sama... tak percaya? Cuba baca... ;)
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 25, 2018
1. Assalamualaikum, Amna

Amna dan Ahsraf, sama2 belajar dulu tapi tak pernah sebulu. Lebih2 lagi apabila kawan baiknya, Diyana meminati Ashraf tapi tak pernah dipedulikan. Sehinggalah mereka bertemu semula ketika perkahwinan Diyana, mereka kembali bertemu dan tanpa disangka, mulai rapat. sehinggalah Ashraf melamar Amna, dan kejadian lama berulang lagi..

suka dengan watak Amna dan Ashraf, sweet je.. dan tak keterlaluan. suka dengan ketulusan Amna.

part yang sedih tu memang menitis gak la airmata.. tak sangka!

*rating : 4.5*

2. Bloomsbury
by Ika Madera

Nadine terbang ke UK setelah kematian Yaseen, demi mengubah pandangan dan menyahut cabaran Yaseen. Di sana, dia tinggal bersama Jane dan kerja di kedai buku H. Nadine juga berkenalan dengan Kak Wan dan Mark. Konflik antara dia dan Jane menyebabkan terpaksa menumpang dengan Kak Wan, dan saat itu menjadi titik perubahan dalam hidupnya.

santai, diselitkan seikit unsur2 Islamik. cantik menyelusuri pengalaman Nadine di UK, membuatkan teruja untuk ke sana! tapi, agak mendatar dipermulaan cerita, namun menjadi mendebarkan dengan kejadian yang tak diduga selepas itu.

*rating : 4.0*

3. Cepu Kayu Buat Latifah
by Fatihah Pauzihal

Berlatarkan tahun 1970, kehidupan Latifah ketika di zaman remaja bersama kawan baiknya, Anin. Jerit perih kehidupan yang serba kekurangan ketika itu, menguatkan semangat Latifah untuk sambung belajar di maktab. Terselit pula kisah cinta antara Latifah-Nik Zahari-Nik Anuar-Anin.

Begitu indah tersusun kisah ini, olahan yang begitu membuai dan dekat dengan kehidupan masyarakat kampung ketika itu. Ada sebak yang hadir di hujung cerita, entah mengapa.

*rating : 4.5*

4. Cukuplah Sekali, Dillah
by Noor Suraya

ketentuan hidup Dillah, setia pada yang entah sudi entahkan tidak. Lelah, lalu kehadiran Nazrin diterima. Namun, badai melanda menghancurkan hatinya. Siapakah pemilik hati Dillah sebenarnya?

gaya kak su tidak pernah mengecewakan, walaupun sedikit ala2 zaman 80-an gitu. Penuh mesej namu tetap membuai.. penagkhiran yang mampu membuat pembaca tersenyum.. bijak, Dillah!.

*rating : 4.3*

5. Jika Kutulis di Sini
by Aylanins

Kamilah, guru muda yang tercampak jauh di pedalaman tempat mengajarnya, sehinggakan rajuk dengan abahnya yang memaksa dia menjadi guru. Rancangan percutian ke Yogjakarta bersama kawan baiknya berubah di saat akhir, membibitkan perkenalan dengan Azhari.

wah, manis je rasa sepanjang pembacaan. Dalam kisah yang sependek ini, bermacam ilmu dikongsi! tema cikgu yang posting jauh, kekeluargaan dan perhubungan jarak jauh yang diangkat diadun sempurna dalam naskhah ini. Antara cerpen kegemaran setakat ini.

*rating :4.5*

6. Kulit
by Kamalia

Mayat yang terjatuh dari tingkat 3 sebuah bangunan di tengah kota itu menjadi titik tolak kepada hakikat yang lebih besar mengenai Kota Snow White, yang mana penduduknya ditentukan berdasarkan warna kulit - semakin putih, semakin dihargai. kuning langsat ke, sawo matang hatta hitam legam memang tak dipandang langsung! sehinggalah program Kulit Fantasia diadakan, segalanya berubah dan kebenaran terbongkar!

tak sangka dalam antologi ini terselit cerpen macam ni! mula2 ingatkan thriller or penyiasatan, tapi lebih kepada konspirasi kerajaan. sungguh sinis sekali lontaran penulis dalam cerpen ni! n, of course my fav..

*rating : 4.8*

7. Semerah Daun Mapel
by Ijazati Habib

Percutian Hani dan Ariana ke Seoul menemukannya dengan Han yang kebetulan duduk di sebelah nya ketika dalam pesawat. Setelah 2 tahun dan dikhianati Thoriq, kekasih Hani selama 5 tahun, Hani kembali ke Seoul. Dan, pertemuan sekali lagi dengan Han diharapkan mampu mengubat hati Hani, tapi kenapa Han seperti sudah lupakan Hani?

Sweet kpop di akhir cerita.. memang jenuh berulang alik korea-malaysia! tapi not bad, saya suka! part Hani tinggalkan Thoriq tepi highway tu memang patut pun!

*rating : 4.5

secara keseluruhan, saya suka dengan antologi ini sebab ada pelbagai tema dan gaya penulisan masing2 yang memikat. setiap cerpen ada kelebihan tersendiri. tahniah untuk semua penulis!

*overall rating : 4.5
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
February 21, 2018
Kebanyakan watak-watak dalam cerpen ini ialah nama-nama orang di sekeliling saya. Seronoknya…. Rasa dekat di hati.

Assalamualaikum Amna
Terima kasih Amna Suri kerana menjadi ‘pembawa keamanan’ untuk Ashraf. Ashraf yang dulu demotivated. He needs to be encouraged. Again.

*A journey of a thousand mile begins with a single step*

Bloomsbury

Yaseen pesan hidup mesti diteruskan. Buatlah apa saja pon asalkan jangan lupa Tuhan. Nadine nak pergi jauh keluar dari kepompong ke Bloomsbury Street di London untuk ubat hati. Times heal all wounds. Tetapi masih ingatannya penuh dengan kenangan bersama Yaseen. Hubungan yang disalah erti dengan kawan baiknya Jane adalah satu pengajaran. Perkenalan dengan H (orang tua hantu crossword), Kak Wan (mysterious spy) dan Mark (si lalat) yang pastinya ada cerita masing-masing memberikan warna baru dalam hidup Nadine. Seperti titik-titik yang dilukis Mark di atas peta.

*Fill your heart with Him and the rest will follow*

Cepu Kayu Buat Latifah

Cerita cinta klasik. Macam zaman cerita P.Ramlee. Hehe. Bercinta dengan orang lain tapi berkahwin dengan orang lain. Berdebar-debar rasa siapa agaknya yang nanti menjadi pendamping hidup Latifah. Kelangsungan hidup berlatar suasana kampung pada tahun 70-an. Latifah dan adik kembarnya yang rajin membantu mak ayah untuk menyara hidup. Pak San yang suka mandi di sungai malam-malam. Mak Yah yang pandai membuat pelbagai jenis kuih-muih. Anin yang minat pada Sarimah. Anuar si yatim piatu dan juga Nik Zahari yang panas baran.

Cukuplah Sekali, Dillah

Dillah si yatim piatu sudah lama ada hati pada Adi, sejak di bangku sekolah lagi. Sehingga tak ada masa untuk jatuh cinta dengan orang lain. Dillah setia dengan cintanya itu namun tanpa sebarang perjanjian bagaikan Dillah bertepuk sebelah tangan. Tak siapa tahu rasa hatinya itu. Namun akhirnya menerima Nazrin yang tidak putus asa memikat Dillah dari zaman universiti. Langit tak selalu cerah bilamana rumah tangganya berantakan lalu diceraikan. Pertemuan semula dengan Adi bagai mendapat semua jawapan tetapi dah terlambat. Lalu masih adakah lagi ruang untuk Dillah jatuh cinta lagi?

*Kalaulah sedari dulu dia berikan buku nota saya dulu tu….!*

Jika Kutulis di Sini

Cita-cita nak jadi doktor tak kesampaian lalu ayahnya mantan Pengarah Pelajaran Negeri diam-diam membuat permohonan ke UPSI untuk Kamilah supaya menceburi bidang pendidikan. Kamilah selalu merungut tak berpuas hati kenapa mesti dia yang perlu menyambung legasi ayahnya menjadi cikgu. Tambah lagi dia ditempatkan jauh di pedalaman Sarawak. Cuti sekolah, Kamilah merancang nak bercuti ke Jogjakarta dan Surabaya, dia tak nak balik Shah Alam sebab masih merajuk dengan ayahnya. Rupa-rupanya Kamilah ni kaki travel jugak ye, backpacking style. Dalam masa yang sama berkenalan dengan Azhari si sombong kata Kamilah.

Kamilah betah sahaja tinggal di situ. Memang pada mulanya dia banyak tunjuk protes dengan Umi. Luahan rasa hatinya banyak tercatat di blog Kamilah, lalu cintanya berbalas jugak akhirnya. Tapi aku rasa sengaja Azhari nak buat surprise, kononnya tersesat. Hehehe…

p/s Teringat beberapa orang sahabat yang juga mengajar di pedalaman.

Kulit

Alias Hadi, photographer dan penulis diarahkan untuk mengikuti satu kes yang melibatkan seorang gadis yang terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan. Apa yang misterinya ialah apabila secara perlahan kulit mayat tersebut perlahan-lahan bertukar menjadi gelap atau hitam. Sepanjang pencarian ingin membongkar misteri tersebut Alias berkenalan dengan Cik Nora. Kehadiran adiknya Nun ke kota, penglibatan adiknya ke satu pertandingan iaitu Kulit Fantasia dan sekali gus menjadi juara.

Apakah kaitan semua perisiwa tersebut? Jeng jeng jeng… Lambakan produk kecantikan di pasaran masa kini dan obsesnya manusia terhadap kulit putih. Itu yang aku rasa ketika membaca Kulit. Manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada.

Semerah Daun Mapel

Lucky me ‘Jodoh Sambal Hitam’ fresh lagi dalam ingatan. Hani kawan kepada Ariana. Ditinggalkan kekasih yang tak semenggah tu dengan nickname Thor. Good job Hani tinggalkan Thor kat tengah-tengah highway tu.

Han, offer diri nak jadi tourist guide tak bertauliah kepada Hani dan Ariana selama lima hari di Seoul. Ketika ini dah rasa Han memang jatuh cinta dengan Hani tapi ketika itu Thor masih di hati Hani. Setelah beberapa tahun Hani dapat job untuk design restoran korea yang akan di buka di Bangi, so konon nak cari ilham lalu Hani terbang ke Seoul. Hani juga berharap dapat jumpa jejaka si Han tu semula. Tapi malangnya Han seolah-olah telah lupa siapa Hani sebenarnya. Lalu apa? Lalunya Hani makan hati… hehehe…

Aku suka dengan ending cerita pendek ini, macam ada aura tak suka antara Mahmod tu dengan Han.
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
November 12, 2018
Mari kita menanam benih gigih mengulas buku yang kita suka. 😊

Makanya KakChik ulas mengikut turutan karya yang dibaca

Cukuplah Sekali, Dillah *****
Noor Suraya
Halaman: 351-453


Setia bagaimana lagi yang mahu diukur pada hati seorang wanita bernama Adillah? 9 tahun setia menunggu cintanya walaupun tidak pernah ada walau sepatah kata janji dari si dia.

Namun akhirnya dia mengalah dengan desakan Zuraina untuk menerima lelaki yang menagih kasihnya sejak bertahun. Yang ini jelas-jelas menunjukkan rasa kasih tanpa selindung. Tapi benar ke cinta kedua bagi lelaki tu setia?

Aduhai patutlah Dillah mengatakan cukuplah sekali. Dugaannya sukar sekali.

Karya KakSu sentiasa hidup dengan watak-watak dan lokasinya. Kita akan terasa dekat dengan mereka dan seperti kita juga pernah sampai ke Kampung Lubok Kawah.

Dan yang sukanya Dillah menemui bahagianya dengan cara tersendiri.


Assalamualaikum, Amna *****
Rodier
Halaman: 1 - 118

Aduhai, hati jangan terlalu membenci ye.

Sedihnya kisah Ashraf - Amna. Namun KakChik bahagia mereka memilih untuk 'a few moments '. Dan 'a few moments' itu kita pun kena ingat dan jadikan pilihan yang terbaik ye.

Nak kena khatam ASH sebab nak tahu kebaikan-kebaikan Ashraf.

😢 KakChik yang masih bersedih untuk Amna Suri.


Jika Kutulis Di Sini ****
Aylanins
Halaman: 457 - 585

Aylanins masih lagi menggunakan latar belakang kerjaya guru sebagai watak-watak utama dalam karya ini. Sekali fikir eh dah jadi macam trademark penulis pula.

Kali ini kisah Kamilah yang terjerumus menjadi cikgu kerana kemahuan ayahnya, mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak. Yang buat Kamilah selalu bersungut dan tidak puas hati kerana dia kena 'tikam' mengajar di kawasan pedalaman di Lubuk Antu.

Apabila ada peluang hujung tahun, Kamilah merancang berwisata ke Jogja dan Bandung bersama kawan baiknya & abang Afiqah. Tapi ada juga kawan abang Afiqah yang akan ikut percutian mereka tu. Boleh kongsi dan jimat bajet!

Namun Kamilah tu degil, tetap juga dia terbang ke Jogja walaupun Afiqah dan abangnya terpaksa membatalkan percutian mereka sangat akhir. Tekad sungguh dia.

Tapi sakit hati Kamilah apabila kawan atas kawan tu berlagak sombong apabila dia mencadangkan mereka jalan sama-sama di Jogja. Alasan kawan abang Afiqah tu, mereka bukan mahram.

Peristiwa di Kalibiru buat Azhari menjadi serba salah. Rasa bertanggungjawab pun ye. Sudahnya hari terakhir wisata tersebut mereka menjadi teman berjalan.

Hubungan yang singkat namun meninggalkan bekas yang dalam. Tapi sebab masalah komunikasi sukarnya mereka untuk menemui titik bahagia.

Yang KakChik suka ada kemunculan Cikgu Alfian, si pemotong rumput tu. Rasa nak ulang baca Piyan-Piah la.

Rindu Sarawak. Rindu mee kolok juga. Ehhh 😆

Nota kaki: Anak-anak jangan jadi seperti abang dan kakak-kakak Kamilah ye. Kesian mak ayah.


Semerah Daun Mapel ****
Ijazati Habib
Halaman: 695 - 800

Hani, sahabat baik Ariana (dalam Jodoh Sambal Hitam). Pertemuan 2 tahun lepas di dalam penerbangan ke Seoul telah menjadi titik pencarian Hani selepas Thor yang ditunggu pulang membawa khabar luka.

Kenapa ye tiba-tiba sahaja Hani ingat akan Han selepas 2 tahun pertemuan mereka. Kembara kali ini bersendirian tanpa Ariana mungkinkah ditemui manusia yang dicari? Seoul tu bukannya bandar kecil!

Tapi luka Hani makin dalam kerana Han yang dicari tidak lagi mengingatinya. Apatah lagi Han tu bakal tunang kliennya. Sedih kan.

Latar belakang kembara ke Seoul walaupun ringkas ada ilmu dan iktibar yang boleh diambil.


Bloomsbury *****
Ika Madera
Halaman: 121 - 235

Plot kisah ini ada turun naiknya. Ada persoalan yang tidak terjangka di pertengahannya. Ada juga salah atur perjalanan hidup mereka.

Tapi yang penting, mereka mencuba untuk sesuatu yang lebih baik walaupun sesetengah pada orang sudah terlambat. Pada dia selagi nyawa ada tiada istilah terlewat.

Kisah Nadine - Yaseen, Nadine - Jane, H - Mark tidak lupa Kak Wan yang matang.

Yang penting KakChik terbayang-bayang rak-rak buku di kedai itu.

Kak Ika, terima kasih untuk Bloomsbury yang penuh dengan rasa.


Cepu Kayu Buat Latifah ****
Fatihah Pauzihal
Halaman: 237 - 349

Wahhhhh, terujanya apabila berpeluang menyusuri latar belakang kisah zaman mak pak kita.

Dan yang lagi wahhhhhh, hidup sungguh plot yang digarap. Memang tak terasa canggung langsung.

Berkongsi kisah percintaan Latifah - anak orang kaya itu buat kita sedar diri. Kalau pipit janganlah berangan nak terbang bersama enggang kalau tiada restu orang tua.

Dan, KakChik puas hati sebab selalu karya Cik Puan Penulis ini selalu ada glosari di akhir penulisannya.


Kulit ***
Kamalia
Halaman: 587 - 693

Karya yang terakhir KakChik baca ini, permulaannya buat KakChik keliru. Rasanya lebih kepada fiksyen. Dan KakChik macam susah sikit nak hadam.

Walaupun begitu ada nilai yang boleh diambil dalam sindiran secara tidak langsung oleh Cik Penulis ini.


Alhamdulillah, dah khatam. 😊


GRC:4/15
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
May 15, 2017

* assalamualaikum amna - sebelum ni dah khatam versi wattpad jadinya bila baca versi Dewi ni aduh sedihnya , redha jela

* bloomsbury - tak puasla kak ika .kita nak versi novel boleh tak :)

* Cukuplah Sekali, Dillah - tak sangka hujung2 tu bole plak twist , tapi agree dengan pilihan Dillah walaupun ada la sedikit rasa kasihan kat si Adi tu

* Kayu Cepu Buat Latifah - terkenang kenang kampong halamanku hehehe

* Jika Kutulis di Sini - terus terkenang2 holiday ke Jakarta dulu , mood holiday on now :p

* Kulit - saya abnormal kot hehehe , teringat2 tok vida qu puteh qu puteh

* Semerah Daun Mapel - double sweet alololoo .ps : mood holiday on lagi adeiii



Profile Image for Suraya (thesuraya).
790 reviews227 followers
June 30, 2023
1. Assalamualaikum Amna - Rodier (5/5)
Kenapa buat saya macam ni 😭😭😭 Kenapa buat Amna dengan Ashraf macam tu 😭😭😭 Lepas baca cerita ni beria menangis 😭😭😭
Rodier's work in this is my fav of all 7 stories. Sukaaaaaaa everything about this one kecuali part ending. Part ending tu saya dendam dengan Kak Rodier. Sampai hati :(

2. Bloomsbury - Ika Madera (3/5)
Rasa macam it was wrapped up too quickly?

4. Cukuplah sekali, Dillah - Noor Suraya (4/5)
Yang ni pun best. Puas hati baca. Padan muka Nazrin.

5. Jika Kutulis di Sini- Aylanins (4/5)
Yang ni pun cuuuuuuuute

6. Semerah Daun Maple- Ijazati Habib (3.5/5)
Nasib baik dah baca Jodoh Sambal Hitam yang sangat best tu so faham that its a spin-off. Rindu dengan Ariana and Zach so terubat la. Tapi Semerah Daun Maple ni tak se-kick JSH. Kenapa tah.
Profile Image for Ainaa Akemi.
46 reviews4 followers
July 8, 2017
Seperti mana tertulis di hadapan buku seperti itu la kisah yang tertulis. Permulaan membaca dua cerita pertama yang sedih (menangis baca) sampai tertangguh membaca yang lain hampir sebulan.

Sungguh terkesan dengan 'Assalamulaikum Amna, dan Bloomsbury '. Bukan la cerita lain tidak terkesan cuma yang depan dah sedih sangat dan makin di baca makin gembira cerita yang di tertulis dalam buku.

Seperti biasa, penulisan Pn Noor Suraya memang menarik. Sebagai orang yang hanya membaca penulisan Pn Noor Suraya merasakan diri malu dengan tatabahasa yang digunakan oleh beliau dan penulis Fatihah Pauzihal.

Kulit, cerita yang lain dari biasa tapi sangat menarik! Suka dengan topik dibawakan penulis. Iaitu kuasa.

Cerita terakhir sangat la comel, Thorisaurus? Pandai betul Ijazati Habib bagi nama. Mungkin akan mencari novel dibawah penulis ini.
Penulisan Alaynins yang membaca kita melancong ke Jogjakarta, membuatkan saya rindu kota ditengah Indonesia penuh dengan orang yang peramah.
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
August 28, 2024
Saya suka ketujuh-tujuh cerita.
Kalau suruh pilih yang mana saya paling suka, saya pun tak tahu nak pilih mana satu.
Sebab semua ada kekuatan tersendiri.

Betullah penulis2 JS ni bahasa melayunya memang ada kelas tersendiri.
Nak dibandingkan dengan penulisan penulis2 zaman sekarang, memang jauh beza.

Lenggok bahasa penulis2 JS ni sedap dibaca, tak ada bahasa 'rempit', nak cakapnya pandai diorang menulis.

Buku zaman2 sekarang, kadang tu baru mula baca dah rasa nak dnf.
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
March 30, 2020
#16-2020

Assalamualaikum, Amna-RodieR

Baca Ashraf+Suri circa 2016, aku dah nangis. Beli Dewi circa 2017 dan dibaca tiga tahun kemudian pun, kisah ni berjaya buat aku menangis sekali lagi. Tak mampu nak bayang kalau diri ni berada di tempat seorang Suri Amna. Betullah, Allah takkan uji kita dengan sesuatu kalau Dia tau kita tak mampu.

Bloomsbury-Ika Madera

Kali pertama membaca karya Ika Madera aku jadi kagum dengan patah bicaranya. Lembut tetapi tegas. Agaknya ini yang dikatakan pesona penulis baru. Pembaca tak boleh nak agak arah jalan cerita. Sudah pertengahan cerita baru nampak tema yang cuba dibawa penulis. Aku suka betul dengan semua watak dalam kisah pendek ni. Dari Nadine ke H ke Mark ke Kak Wan kepochi sampailah ke si Jane yang geli-geli tu pun aku suka. Masing-masing ada pesona sendiri yang menggerakkan jalan cerita.

Cepu Kayu Buat Latifah-Fatihah Pauzihal

Tak boleh bayangkan kehidupan zaman 70-an ni macam mana. Nun jauh di Kelantan pulak tu. Tapi seronok! Seolah-olah berada di dunia baru. Gambaran suasana paling awal dalam buku yang pernah aku baca pun serasanya dalam awal tahun 2000. Itupun dah rasa macam kuno sangat dah.

Cukuplah Sekali, Dillah-Noor Suraya

Ah hati si anak gadis. Suatu waktu dulu, aku juga seperti Dillah. Bagaikan pungguk rindukan bulan. Bicara Kaksu yang puitis mengingatkan aku pada kisah lama. Pada aku yang menantikan si dia yang tak kunjung tiba. Sekarang ni, biarlah! Lebih baik sendiri dari bersama dengan yang salah. Tak ingin aku jadi seperti Dillah dan Nazrin. Eiii, seram!

Jika Kutulis di Sini-Aylanins

Realiti kehidupan seorang cikgu ni takde lah seindah mana. Nampak best sebab cuti banyak, datanglah wabak bencana apa sekalipun, gaji tetap jalan. Dapat duit pencen lagi. Tapi bila baca kisah Cikgu Melah ni nampaklah kisah disebaliknya. Ditambah pulak jadi cikgu di kawasan pedalaman. Watak Kamilah yang gengster tapi keanak-anakan dengan umi dan abahnya, comel sekali. Watak Azhari? Hmm, menyampah! Nampak baik je masa dekat Kuching. Sekali sampai Yogyakarta, terus naik meluat. Walaupun Azhari dah minta maaf, aku tetap rasa meluat. Tak gentleman langsung. Huh.

Kulit-Kamalia

'kulit putih dapat menutup tujuh kecelaan.'

Kulit yang mengangkat tema distopia ini memang menarik. Rata-rata penduduk Kota semuanya berkulit putih. Yang berkulit gelap digelar tidak normal. Tapi sayang, berkulit putih tapi tak tahan panas. Berkulit putih tapi tak mampu menunjukkan diri. Apa ada pada warna? Apa ada pada putih, hitam, kuning langsat dan sawo matang? Silap haribulan, dijadikan mannequin!
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
September 30, 2018
tiga bintang mewakili tiga penulis yang saya baca naskhah novel mereka - Kak Su, Ika Madera dan Kamalia. Yang lain mungkin saya hanya baca cerpen mereka dalam anologi yang diterbitkan JS.

Assalamualaikum,Amna.
Cikgu sama cikgu dari penang ke selangor. Cerita sedih. The realiti yang akan saya jauhkan diri. Lelaki has past dengan kawan sendiri atau berkaitan dengan kenalan sendiri. Hero dengan Heroinnya. Konflik sebuah perhubungan. Dewinya Amna dan Diana Aishah.

Bloomsburry.
Bawa saya ke UK. Ceritanya ada iras-iras Terusir dari Hamka. Iras-iras tentang H dan Mark saja. Haha. Dua lelaki dan Heroin. Tidak perlu memilih tapi perlu move on. Merantau boleh tambah pengalaman hidup. Dewinya Nadine dan Kak Wan.

Cepu Kayu buat Latifah.
Macam mesin undur Masa. Melihat sisi Kelantan pada zaman 1970-an. Cerita klasik dengan banyak tips tentang makanan dan suasana hidup ketika itu. Dua lelaki dan seorang wanita. Dewinya Latifah, Anin dan Ahli keluarga Latifah - Mak, dua adik kembar dan seorang Kakak Ipar.

Cukuplah sekali, Dillah.
Antara Kedah dan Kuala Lumpur. Sebuah penantian membutakan mata pada wujudnya pria didepan mata. Tiga lelaki dan Adillah. Tak melankolik sangat ceritanya. Dewinya - Adillah dan Zuraina.
Inilah kesukaan. Memang saya bias.

Jika Kutulis di Sini
Dari Kuching ke Jogja kemudian ke Shah Alam. Seorang lelaki dan heroinnya dibantu oleh lelaki kedua. Cerita cikgu-cikgu lagi. Dewinya Kamilah dan Afiqah.

Kulit
Sebuah kota Y. Tema dia lain sikit. Lebih kepada kecantikan. Alias dan Nora. Hierarki masyarakatnya ditentukan pada kecerahan kulit. Dewinya Nun, Nora, Laila dan mak mereka.


Semerah Daun Mapel
Selangor terbang ke Korea. Dua lelaki dan seorang perawan. Makanan dan hiasan dalaman. Dewinya Hani dan Ariana.

Keseluruhannya, saya masih mencari Dewi yang cuba penulis terjemahkan mengikut kefahaman mereka. Atau memang saya yang masih keliru.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
May 21, 2017
"A woman is like a teabag. You'll never know how strong it is untill it's in hot water- Eleanor Roosevelt"
.
Aku ambik masa 3 ke 4 hari untuk selesaikan Dewi. Bukan sebab Dewi tak best tapi dlm Dewi ada 7 cerita dari penulis yang berbeza( so aku kena hadamkan satu persatu, supaya boleh buat review utk satu, satu cerita nanti)
.
Aku dah buat review part 1 & part 2 di blog :
1.http://petanipintar.blogspot.my/…/rev....…
2.http://petanipintar.blogspot.my/…/rev....…
.
Tapi yang pastinya, kesemua cerita dalam Dewi memang awesome gilaaaa! Sumpah tak tipu! Setiap kali baca cerita baru, perasaan teruja tu memang ada la untuk tahu next jadi apa & seterusnya sehingga ke ending.
.
Ketujuh2 cerita ni ada keunikan masing-masing. (Korang boleh baca review lanjut di blog! :) Korang yang belum ada, pergi beli dan hadamkan! Confirm tak rugi! 🌸
75 reviews6 followers
November 24, 2017
Assalamualaikum Amna - Rodier
sayang,
akhirnya dikau mengerti mengapa aku memilih jalan ini
kerana dengan ini bisa membuat aku bahagia..

Blommsbury - Ika Madera
Untuk melupakannya, aku memilih untuk berkelana. Katanya, lihatlah betapa indahnya dunia ini. Dan, aku pergi untuk melihat sesuatu yang baru dengan membawa bersama kenangan ketika bersamamu.
Benar seperti katamu, disini aku melihat sisi lain erti kehidupan.

Cepu kayu buat Latifah - Fatihah Pauzihal
Akhirnya aku mengerti, apa yang aku rasa ini bukanlah milikku abadi kerna yang melengkapinya adalah dia bukan kamu..

Cukuplah sekali, Dillah - Noor Suraya
Jangan pernah engkau berbicara tentang setia denganku kerna aku pernah dan sedang melaluinya
Saat setia aku jadikan sandaran pada penantian ini, aku bertemankan hanya bayangnya..
dan setelah aku memilih jalan ini, aku tetap kecewa...
kala kesetiaan itu datang menguji aku sekali lagi, haruskah aku berpaling pada kisah semalam untuk aku jadikan sandaran? Aku memilih berpaling pada aturan yg Esa kerna sesungguhnya kamulah anugerah yang paling indah - Dillah

Jika kutulis disini - Aylanins
Jujurnya,
bukan begini yang aku inginkan...
Rindu tersulam beralas benci
Bukan engkau yang aku nantikan
Apakan daya tak mampu kutahan rusuh dihati...

Kulit - Kamalia
Dewasa ini, semakin sukar untuk menelah erti sebenar kehidupan tatkala manusia itu berlumba-lumba mencari sesuatu yang tak pasti.
Bukan lagi wang dan pangkat yang menjadi ukuran. Dengan terlalu obses pada kecantikan, kita kadangkala lupa norma manusia.

Semerah Daun Mapel - Ijazati Habib
Benar, jodoh itu milik Allah. Tapi, tidak salah juga untuk aku terus jujur dalam penantian ini. Namun, ini yang aku terima sebagai hadiahnya.
Untuk aku menempuhi musim itu, masa adalah penawar yang terbaik. Mungkin juga kerana sedari mula engkau mula bertahta, lalu masa juga yang menemukan kita.
Profile Image for SORA.
184 reviews7 followers
June 2, 2023
[1] Assalamualaikum, Amna--RodieR
🍵Mulanya diberikan aku rerama menari-menari di dalam perut, kemudian, tiba-tiba jadi berkecamuk lalu air mata mengalir tanpa dapat ditahan. Cerita pertama yang sangat sedih tapi aku ingat satu je, soal jodoh dan ajal itu sememangnya kerja buat Tuhan.

[2] Bloomsbury--Ika Madera
🍒 Membaca kisah ini ibarat aku sedang menyusun kepingan-kepingan puzzle. Kelam pada mulanya serta banyak tanda tanya yang timbul namun, setelah berjaya menyusun mengikut rentak penulis, hasilnya whoaa sangat dan berjaya memuaskan sekeping hati ini. Nanti nak cuba baca karya-karya penulis yang lain pula.

[3] Cepu Kayu Buat Latifah--Fatihah Pauzihal
🪵 Kali ini aku dibawa oleh penulis ke tahun 1970. Selain, bertunjangkan kisah cinta terhalang antara dua darjat, aku turut terbuai dengan suasana, latar kampung, kelangsungan hidup dan tatasusila watak-watak di dalam cerita ini. Suka baca karya yang sopan santun begini. Mirip-mirip penulisan Kak Noor Suraya dan pandai sungguh ya penulis main-mainkan hati aku di penghujung cerita 😶‍🌫️

[4] Cukuplah Sekali, Dillah--Noor Suraya
🧵Hanya yang pernah lalui sahaja yang akan memahami frasa--cukuplah sekali si Dillah. Cerita Kak Su yang ini terasa dekat sangat dengan diri. Dillah yang tabah diuji dengan perihal jodoh. Pengakhiran yang tidak disangka-sangka serta luahan hati guna pakai simpulan pengakap itu memang idea luar kotak betul.

[5] Jika Kutulis di Sini--Aylanins
✒️ Bila baca kisah Kamilah yang suka luah rasa dekat blog teringat pula zaman aktif berblog dulu. Lagi sebuah kisah yang dekat dengan diri iaitu dunia pendidikan. Walaupun tidak digambar dengan jelas kepada pembaca tentang dunia pendidikan, tetapi sedikit sebanyak aku tahu betapa susahnya apabila berada jauh dengan ibu bapa kerana melunaskan tanggungjawab kepada anak bangsa. Tak disangka-sangka aktiviti melancong daripada empat menjadi dua orang sahaja. Daripada rasa tak suka terus jadi teringat-ingat. Watak Tajuddin main peranan besar antara Kamilah dan Azahari. Untunglah Kamilah dapat kahwin dengan orang yang sama hobi.

[6] Kulit--Kamalia
🪞 Cerita lain daripada lain. Perbezaan kulit, membezakan status sosial di sebuah Kota. Yang putih disanjung tinggi manakala yang sawo matang dipandang tidak normal. Manusia-manusia di kota ini terlalu obses nak putih melepak kerana banyak kelebihan. Lepas tu, ada pertandingan ratu cantik pula. Klise. Kemudian, penulis macam agak tergesa-gesa menyudahkan cerita dan aku masih lagi tak pasti apa motif Cik Nora jual kopi yang telah mengharu-birukan orang ramai. Adakah aku ada tertinggal apa-apa petunjuk? 🤔

[7] Semerah Daun Maple--Ijazati Habib
🍁 Akhir sekali, aku dibawa ke Korea pula. Lantas, aku terimbau kenangan di Korea terutama di Pulau Nami. Korea, sememangnya destinasi yang ingin aku jejakkan kaki semula jika diberi peluang. Berbalik kepada cerita di atas, daun maple sebagai simbolik kenangan di antara Hani dan Han Dong Sun, jejaka yang dikenali selama lima hari kerana menjadi pemandu pelancong tak bertauliah Hani dan rakannya, Ariana. Kisah si Ariana ini aku suka juga sebenarnya dan macam menarik je nak tahu macam mana Ariana boleh berkahwin dengan jirannya. Ingatkan penulis ada nukilkan kisah Ariana di dalam novelnya yang lain, rupa-rupanya tidak ada.

P.S : Rupa-rupanya ada kisah si Ariana dengan Zach 😆 tapi nak kena selongkar almari dulu tengok buku tu ada ke tidak.
..

Rumusannya, ketujuh-tujuh cerita semuanya menarik hati. Jelas nampak penulisan daripada penulis-penulis yang berpengalaman. Terus masuk rak kegemaran ✨
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
Want to read
April 3, 2017
Salah sebuah karya saya berjudul 'Kulit' ada dimuatkan dalam naskhah Dewi ini.

Proses penciptaan Kulit ini tercetus kira-kira hampir dua tahun lepas. Ia bermula dengan borak-borak santai sesama ahli keluarga sehingga menyentuh topik kecantikan - berkulit putih cerah itu lebih cantik, lebih ramai orang suka.

Saya fikir hal berkenaan kulit cerah sebagai satu simbol kecantikan ini merupakan sesuatu yang menarik untuk diceritakan. Lalu, apabila Jemari Seni membuka peluang kepada para penulisnya untuk menghantar manuskrip, apa yang ada di fikiran saya ketika itu adalah tentang ‘kulit cerah’. Itu saja.

Proses bermula dengan mencari seberapa banyak maklumat tentang kulit cerah ini. Akhirnya menemukan saya dengan maklumat bahawa sebahagian masyarakat Asia memang obsesi dengan kulit cerah. Ia bukan semata-mata simbol kecantikan bagi orang Asia, tetapi juga melibatkan status kelas, jodoh, peluang pekerjaan malah kepandaian juga kadangkala diukur berdasarkan kecerahan kulit masing-masing.

Saya mula merangka sedikit demi sedikit plot cerita di dalam kepala. Kemudian, menulisnya dengan lebih teratur di dalam buku khas.

Pada waktu itu saya belum lagi terfikir bagaimana cerita ini akan bermula dan berakhir. Namun yang pasti, saya mahu satu bahagian di mana beberapa watak akan bertanding seperti dalam rancangan realiti televisyen. Bagaimana pertandingan itu dijalankan, masih samar-samar lagi.
Secara peribadi saya menyukai Kulit ini. Apa yang saya bayangkan ketika mengarang cerita ini? Suasananya dark dengan masyarakat sekeliling yang tidak beremosi dan pentingkan diri. Suasananya barangkali serba-serbi agak absurd, tetapi ilham cerita ini datangnya daripada dunia sebenar kita ini.

Akhir kata, terima kasih atas kesudian kalian membaca Kulit!

Sayang,
KAMALIA.

Profile Image for Ayda Razak.
390 reviews24 followers
January 10, 2019
Tersengih sorang-sorang baca Dewi ni. Ada 7 cerita oleh 7 penulis yang masing-masing mempunyai cara penulisan yang tersendiri.

1-Assalamualaikum, Amna-RodieR
Kisah Amna Suri dan Ashraf yang mula rapat sejak di majlis perkahwinan kawan baik Amna, Diyana Aishah merangkap bekas kekasih Ashraf juga.

2-Bloomsbury-Ika Madera
Nadine membawa diri ke UK setelah kematian Yaseen. Di sana, dia tinggal bersama Jane dan berkerja dengan H. Dia berkenalan juga dengan Kak Wan dan Mark. Pelbagai dugaan Nadine tempuhi semasa berada di sana.

3-Cepu Kayu Buat Latifah-Fatihah Pauzihal
Kisah cinta klasik Latifah pada zaman 1970. Betul lah, jodoh itu tak terjangka!

4-Cukuplah Sekali, Dillah-Noor Suraya
Dillah yang pendam rasa terhadap Adi. Namun atas saranan kawan baiknya, Zuraina, dia terima cinta Nazrin. Jodoh, pertemuan, rezeki dan ajal maut itu kan bukan kerja kita?

5-Jika Kutulis di Sini-Aylanins
Cikgu Kamilah yang terpaksa menyambung legasi pendidik demi ayah tercinta. Dia tercampak ke sekolah pedalaman di Sarawak. Lama kelamaan dia jatuh cinta pula dengan sekolah tersebut dan juga seseorang yang bekerja di Sarawak juga?

6-Kulit-Kamalia
Kulit mengisahkan tentang sebuah Kota Y, kota yang dibezakan dengan 2 jenis penduduk berdasarkan warna kulit. Lagi putih, lagi disanjung!

7-Semerah Daun Maple-Ijazati Habib
Hani dan Ariana bertemu dengan Han, orang Korea yang pandai berbahasa Melayu tanpa sengaja semasa mereka bercuti di Seoul. Han, menjadi pemandu pelancong mereka selama 5 hari mereka di sana.
11 reviews1 follower
May 24, 2017
Pelbagai ceritera dan pelbagai kisah.. Ya hidup ini kadangkala macam pelangi kadangkala hilang apabila hujan tiba.. begitu juga novelet di dalam Dewi, Tidak rugi memilikinya.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
February 4, 2019
Buku 38/2017

1. ada 7 cerita dgn 7 penulis.
2. sudah habiskan tentang asyraf dan suri.
3. kini sedang baca tentang nadine di kota london.
4. selesai kisah nadine dan pencarian diri di kota london. ada pesanan- pesanan bermakna dari penulis. tulisan yg tak mengecewakan walaupun tertanya-tanya awalnya kenapa poskad tu tak ada alamat.
5. mahu baca buah tangan kak ah pula, tapi tak pasti bila sbb buku ni tebal, tak sesuai baca sambil berdiri dlm tren. lenguh tangan beb.
6. sedang baca kisah latifah. walaupun miskin menghimpit namun masih meneruskan persekolahan menengah.
7. Sedang dalam proses menghabiskan cerita, cukuplah Adila..tiba-tiba hati berkata, cukuplah yati..ha.ha..ha
2 reviews
February 26, 2019
Pandangan yang jujur ya.

1. Assalamualaikum Amna - saya 'skip' baca cerpen #1 ni sebab penggunaan bahasa yang terlampau rojak.

2. Bloomsbury - Ini best. Kisah di London, Jannah (Jane) yang lesbian dan watak H dan Mark yang menarik.

3. Cepu Kayu untuk Latifah - Saya suka cerita yang berlatar belakangkan zaman 70/80/90an.

4. Cukuplah Sekali Dillah - Kisah yang ahhhaha macam kisah hidup saya (bahagian yang sebelum Dillah kahwin sahaja). Setia menanti 'crush' zaman sekolah sampailah sekarang (28y/o).

5. Jika Kutulis di Sini - Sigu di Sarawak. Best sebab berlatar belakangkan negeri saya iaitu Sarawak.

6. Kulit - Saya bagi 5*****. Genre begini merupakan 'my cup of tea'.

7. Semerah Daun Mapel - Saya 'skip' baca yang #7 ni pun sebab penggunaan bahasa yang cacamarba.

TQ😉.
Profile Image for Yana.
28 reviews2 followers
March 28, 2020
1. Assalamualaikum, Amna
-Aku tak sangka cerita pendek ni sedih dia boleh tahan. Berapa kali aku menangis dibuatnya. Tak jangka. 👍🏻 Macam biasa, tak pernah bosan dengan karya kak Rodier
2. Bloomsbury
-Ok jugak cerita yang ini. Ada beberapa plot twist yang tak dijangka. Dan tiba-tiba aku rasa nak baca balik buku Merantau ke Deli disebabkan ada disebut-sebut dalam cerita ni. Dah tak ingat jalan cerita dia. 😂
3. Cepu Kayu Buat Latifah
-Aku tertanya-tanya Anuar mati ke tak sebenarnya 45 tahun kemudian tu, sebab gaya penerangan & dialog masa part almari jatuh tu, suami Ipah tu macam bukan Anuar. Tapi takpe, aku gembira Anuar ada dapat gak kahwin dengan Ipah yang dia suka tu.
4. Cukuplah Sekali, Dillah
-Lega endingnya Dillah jumpa juga suami yang paling sayang dia.. 😌
-Adi, Adi.. Terlalu teragak-agak dan lambat sangat nak berterus terang, kan dah melepas! Bagi aku lah, lelaki patut mulakan dulu langkah untuk bersuara tu..
-Bahaya gak sebenarnya ada kawan macam Zuraina tu. Dia jenis yang cerita penuh jugak lah tu.. lelaki-lelaki yang suka Dillah tu senang-senang je boleh tau isi hati dan perasaan si Dillah tu, hanya perlu tanya pada Zuraina je. 🤦🏻‍♀️
5. Jika Kutulis di Sini
-Terhibur baca kisah ni. Ila tu relatable. Semua nak cerita kat blog, kat kawan rapat.. gigirls yang pernah buat macam tu boleh relate. Untung lah dapat jugak pujaan hati akhirnya.
-Ni karya kedua penulis yang aku baca. First cerita pendek Pian Piya dalam koleksi cerpen Kepadamu Kekasih. Cerita tu pun aku suka. Dan aku sedang mencari karya2 lain dia yang full 1 buku. Berminat nak baca sebab boleh masuk dengan gaya tulisan dia. Ruginya lambat baca Dewi ni. 😭 Kalau tak, mesti sempat beli sebelum JS tutup. Kan sekarang dah susah nak cari..
6. Kulit
-Cerita ni macam perumpamaan, ada maksud tersirat yang boleh dikaitkan dengan dunia sebenar. Menarik. Dan penulis ni ada bakat tulis cerita thriller yang seram. Sebab ending dia gaya macam buku-buku Fixi!
7. Semerah Daun Mapel
-Cerita ni comel. Gembira jumpa lagi Ariana dan jodoh sambal hitam dia. Nge nge nge. Aku pun pernah g Korea 5 hari. Tak jumpa pun jodoh kat sana. 😭
*Overall Dewi ni berjaya buatkan aku tengok spoiler, usha sikit-sikit ending sebab tak sabar nak tau kesudahan kisah-kisah dalam ni, kebiasaan aku tak tengok spoiler kalau baca novel. 😂
Profile Image for Hafizul Osman.
66 reviews3 followers
December 1, 2017
Sebuah novella pelbagai cerita dan pelbagai rasa. Aku menyukai Bloomsburry, Cukuplah Sekali, Dillah, Kulit dan Semerah Daun Maple.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Want to read
August 9, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
October 4, 2017
Cukuplah Sekali, Dillah: Kak Su pandai beri kejutan... Tak nak bagi spoiler alert... Hahaha bahaya kalau org tahu lebih lanjut selagi mereka tak membacanya.

Jika ku tulis disini: Jauh perjalanan luas pula pemandangan saya. Kamilah dan adventure dia naik ojek sesat... Tetiba rindu pulak aunty aku yg nun jauh di sarawak... But kisah ini bagai menghidu udara segar.

Kulit... buat aku takut minum kopi... thriller jugak jalan cerita dia... best ahh Kamalia

Semerah Daun Mapel: Aku baca antologi akhir ini sambil makan kimchi jigae.. Pas tu adik aku cakap dia nak gi Nami in 2 weeks... terus aku suruh dia baca sekali... Manalah tahu dia pun jumpa Han Dong Sun Kat sana nanti.. Good one Ijazati Habib!

Berapa bintang? 💓💓💓💓💓 much love to give bintang.. Tahniah JS.. kompilasi yg mantap...
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
August 26, 2022
Walaupun semua cerita dalam buku ini agak pendek je. Namun setiap cerita pasti meninggalkan suatu rasa dihati seolah-olah aku adalah watak dalam cerita itu dan berjaya menyentuh hati dan perasaanku.

http://myhookedbooks.blogspot.com/202...
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
May 2, 2020
Penghujung cerita 'Assalamualaikum, Amna' karya Rodier, sangat mencengkam emosi. Kisah NifCut-Ash memang sangat saya suka baca. Ini pula kira kisah sambungan tapi tukar watak-watak utama, memang meaningful. Sedih sangat apa yang jadi pada Ashraf, tak sangka. Saya nak juga mencelah untuk promote apa yang saya percaya ... Dah berapa ramai kawan atau saudara mara yang anda kenal, yang disahkan kena kanser oleh pihak hospital, lepas tu dia go through the medication dan kimo, Dia buat jer ikut saranan Doktor iaitu potong itu ini, buang organ yang di kata dah kena kanser, tapi mati juga akhirnya? Tahu tak betapa sakit badan yang dipanggang sinaran kimo tu, dan betapa saraf dalam badan jadi semakin sayur, useless selepas ambil dadah penahan sakit yang bermacam jenis? Masih nak go through routine tu? Sedangkan ada cara lain. Mati itu pasti, tetapi bagaimana hari-hari terakhir helaan nafas kita, boleh ditentukan juga oleh apa yang kita makan, apa yang kita amalkan. Unless kalau kita mati sebab sudden death atau tragic accident, itu lain cerita. Cuba la fikir kan.

Anyway, saya suka semua cerita dalam Dewi kecuali Kulit. Kulit saya tak dapat nak hadam. Yang lain sangat best. Assalamualaikum Amna anda mesti baca kalau dah baca ASH. Bloomsbury karya Ika Madeira pun sangat sweet. Cerita tentang Nadine yang tak dapat Terima kematian Yaseen (I think he also died young from some kind of terminal disease). Semerah Daun Maple karya Ijazati Habib sangat sweet, anda mesti baca kalau dah baca dan suka cerita Sambal Hitam dalam Ceritera Nota. Cerita Cukuplah Sekali Dillah karya Noor Suraya, ada bikin pusing kepala (tension) juga tapi masih best.
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
May 12, 2017
assalamualaikum amna..One of my favourite story on wattpad n Dewi. i cried buckets of tears for this one walaupon dah penah baca dulu.. i x sangka ending dia macam cerite L juga..T_T..well, some story just dont have a happy ending, anyway this is great. Overall semua kisah dalam cerite DEWI AWESOME!!!!!!!!!!! i love the inspirational message that this book gave..Terima kasih untuk satu kegembiraan dan rasa berbaloi baloi dalam membeli. Terus menulis lagi geng Jemari Seni..huruf-huruf di papan kekunci saya juga seperti kunang-kunang yang mulai berterbangan , tak tahu bagaimana mahu menulis kata puji.. ^__^
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
May 6, 2017
Goodreads limit 5 bintang je boleh bagi tapi aku nak bagi 7 bintang mewakili setiap kisah dalam novela ini.

Assamualaikum, Amna!~Rodier
Kisah Ashraf+Suri (Ash) dikembangkan dalam novela ini. Kalau tak disebabkan aku sedang menghayati kisah ini di sebuah medan selera, agaknya tentu dah berhamburan air mata untuk Ashraf+Suri ni. Mampu menangis dalam hati sajalah waktu tu. Huhuhu…

Bloomsburry~Ika Madera
Aku jatuh cinta dengan kisah ni saat membaca muka surat pertama lagi. Seperti kata penulis, kisah ini tercetus daripada rasa rindu beliau yang pernah tinggal di Kota London suatu ketika dulu. Gaya bahasa dan penceritaan penulis membuat aku juga turut merasakan perasaan rindu itu. Walhal tak pernah sekalipun aku menjejakkan kaki ke negara itu. Dan aku merasakan aku turut hadir dalam babak-babak dan memerhatikan setiap watak dalam kisah ini.

Cepu Kayu Buat Latifah~Fatihah Pauzihal
Sesungguhnya aku rindu untuk membaca karya dengan gaya bahasa sebegini. Macam baca teks KOMSAS zaman sekolah menengah dulu! Latar yang digunakan, suasana kampung yang digambarkan terasa bukan direka-reka tapi hasil pengalaman penulis sendiri. Benar-benar mengembalikan nostalgia walaupun aku tidak dilahirkan pada zaman itu.
Siapa kata cinta sejati tu tak wujud? Latifah ada kisahnya…

Cukuplah Sekali, Dillah!~Noor Suraya
Permulaan kisah ini agak klise sebenarnya tetapi aku tertarik kerana gaya penulisan yang manis tidak pernah menghampakan. Soal hati dan perasaan wanita yang sentiasa dikupas dalam karya penulis membuat kita berasa dekat dan simpati dengan wataknya. Kisah ini menyedarkan aku betapa kita selalu mahu Tuhan mengikut perancangan kita walhal tanpa kita sedar Dialah sebaik-baik perancang. Siapa sangka sedikit plot twist mengakhiri kisah seorang Adillah ini dengan cukup manis!

Jika Kutulis Di Sini~Aylanins
Aku selalu merasa dekat dengan karya penulis. Mungkin kerana penulis selalu bercerita tentang kerjaya aku. Seolah-olah apa yang ditulis itu dituju ke aku. Perasan! Tapi sungguhlah, kisah kali ni sangatlah banyak persamaannya dengan apa yang sedang aku lalui saat ini sampai tersenyum tak sudah aku dibuatnya. Oh, tolonglah pengakhiran kisah ni betul-betul jadi kat aku. Haha!

Kulit~Kamalia
Kamalia ni antara penulis yang aku suka pemikirannya. Macam mana penulis terjemahkan sesuatu isu dalam karyanya memerlukan kita berfikir apa yang cuba disampaikan. Pendek kata karya penulis selalu lain daripada yang lain. Ternyata ‘Kulit’ satu bentuk satira yang mengupas isu ketaksuban masyarakat kini terhadap memiliki kulit yang putih. Sesungguhnya, usai menghabiskan novela ini, aku sangat-sangat bersyukur dilahirkan sebagai orang yang abnormal mengikut kata penulis dalam kisah ini. Ahaha.

Semerah Daun Mapel~Ijazati Habib
Hai, kenapalah kisah Han-Hani ni sweet dan comel sangat? Sampai ‘terberangan’ dan terawang-awang dibuatnya. Membaca kisah ini seakan throwback jugalah saat-saat menjejakkan kaki ke Korea beberapa tahun lepas. Cuma tak adalah aku bertemu dengan ‘Han’. Manalah tahukan kalau pergi sekali lagi berjumpa pula. Ahaks!
Dan Mahmod tu. Sibuk juga dia nak buat cameo dalam cerita ni. So cute!

Tahniah semua penulis untuk naskhah ini. Semua punyai identiti masing-masing. Semua punyai kekuatan tersendiri. Naskhah berbentuk novela ini bukan saja mencepatkan proses pembacaan (untuk orang yang dalam fasa malas membaca macam aku ni) malah memberi lebih ruang untuk pembaca mengenali lebih ramai penulis Jemari Seni. Ya! JS ada ramai tau penulis yang best. Engkorang tu yang tak pernah hendak kenal. :P
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 14, 2024
[eBOOK 60]

Cukuplah Sekali, Dillah by Noor Suraya.
.

Sebenarnya, ebook ni ialah salah satu cerita daripada Dewi.
.

Dillah ni sukakan Hadi sejak di bangku persekolahan lagi. Hadi pun macam sukakan Dillah jugak. Macam je la. Sebab dorang ni tak pernah declare pun. Dillah sekadar menyimpan nama Hadi dalam hatinya. Maka jadilah Dillah bagaikan pungguk rindukan bulan.
.

Bertahun berlalu. Selepas sekian lama mencuba, akhirnya Nazrin berjaya memikat hati Dillah (biarpun nama Hadi masih terselit dalam hatinya). Tapi, Nazrin hancurkan hati Dillah.
.

Maka, cukuplah sekali, Dillah!
.

Lepas tu, munculnya Hadi yang semakin handsome.
.

Siapakah pilihan hati Dillah?
.

hahaha, aku suka endingnya yang ada twist ya.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
March 20, 2025
Average rating given, the highest is 4.5, and the lowest is 3.5. Most of the stories were given 4.5 ⭐.

The first three stories are my favourite, while the last two are the least favourite. All stories revolves around slice of life and romance, except for one, which also has been injected with some thriller and mystery.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.