Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mari Menjadi Hamba

Rate this book
Kawan biar dengan semua, tetapi sahabat cari yang betul-betul.

Buku PURIS Mari Menjadi Hamba oleh Hilal Asyraf ini telah diberi nafas baharu serta garapan mesej yang lebih terkini terdiri daripada pengumpulan artikel-artikel yang membawa kita terus pulang kepada Allah, tanpa melupakan praktisnya dalam kehidupan.

Mari Menjadi Hamba hendak membawa kita semua pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia. Seterusnya mengajak kepada disiplin hidup yang mapan dan kehidupan yang matang serta berwawasan.

Mari Menjadi Hamba kali ini diharap dapat memberikan anjakan dan gesaan agar kita melihat persoalan-persoalan itu dari satu sisi yang baharu. Bagi HILAL ASYRAF, dia menulis kerana mahu menyampaikan, sebagai peringatan buat diri sendiri sambil mahu mengajak orang lain agar sama-sama kembali menjadi hamba Ilahi. Menyumbangkan apa yang ada pada dirinya itu untuk pembangunan umat. Sesungguhnya umat yang mantap itu, dibina oleh isinya yang mantap juga.

192 pages, Paperback

First published January 1, 2017

11 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books860 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (75%)
4 stars
1 (12%)
3 stars
1 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Reena.
78 reviews5 followers
June 10, 2022
Banyak kata-kata dari buku ini yang sis suka baca. Sedikit sebanyak menjentik hati sis untuk sama-sama melakukan sesuatu atas nama ukhwah dan perpaduan Islam.

Islam bukan agama untuk kita beramal sendiri-sendiri sahaja. Tetapi setiap dari kita ada tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas dalam memastikan agama ini bukan atas nama semata. Tetapi sebagai orang Islam, diri kitalah yang perlu menjadi contoh yang baik kepada orang-orang disekeliling kita. Dari segi pergaulan, percakapan, sikap, pakaian dan lain-lain lagi.

Antara solusi mudah untuk ‘lembutkan hati kita’ sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis ialah dengan mulakan dengan mengenali Allah.

‘Hanya orang yang bergerak untuk mengenali Allah sahaja, yang Allah akan berikannya kefahaman, akan takut berbuat dosa, dan hidupnya akan bahagia.’ 💕

Anda percaya? 😊
Profile Image for Dzafirah Zain.
6 reviews10 followers
January 11, 2018
Ayat Kursi.

Surah Bakarah 2:255,

Kenallah Allah lebih rapat,
Kerana dengan mengenal Allah,
Insha-Allah.
Perjalanan kita sebagai hamba akan lebih baik,
Tak kenal, Maka tak cinta. :)

Dalamilah makna, ayat Kursi.

Rahsia Menlembutkan Hati.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.