Karya saspens ketiga zint kembali menghantui minda pembaca. Jom selami kisah seram Ten sepanjang perjalanan ke KL untuk mencari kakaknya. Ten dan Leanne berjaya selamatkan diri kali ni namun… di dalam pusat beli-belah yang dikunci rapat tu masih ada bahaya yang menanti… Dapatkan jilid ketiga ni untuk ketahui cerita selanjutnya!
Loved this one, it’s more intense albeit quite predictable. Dan di tengah tengah kekacauan serangan zombi, mesti ada seorang dua yang suka buat tahi, kan?
Ten masih berlindung di mall pada ketika ini tapi dia masih tetap mahu meneruskan misi untuk ke KL dan menyelamatkan kakaknya.
Time ni akan ada golongan selfish. Pening kepala baca pe'el stranger yang tah pape. Geram sangat especially part mak kepada sipolan tersebut. Sanggup korbankan seseorang untuk puaskan anak dia. Cuma tak expect la yang mereka ini akan berdepan dengan benda tersebut.
Momentum komik ini makin build up, makin laju, kita tak boleh harapkan aman setiap masa kerana ini adalah genre zombie, mereka pasti akan menyerang! Walaupun kita boleh predict apa yg akan terjadi next, tapi ceritanya makin lama makin menarik, all time tension! Ada pula elemen2 manga jepun attack on titan yg digunapakai menambahkan lagi keseronokan komik ini. Syabas zint!
Suspen betul.. Tengah elok-elok berlindung, tiba-tiba mereka diserang tikus zombie dan juga zombie manusia.. Dalam keadaan bahaya tu pun masih ada yang pentingkan diri.. Memang manusia tetap manusia..