Jump to ratings and reviews
Rate this book

What's Up Turks?

Rate this book
Orang kata, susah kahwin campur ni. Budaya lain, bahasa lain, makanan pun lain.
Tapi...dalam perbezaan itu, seronok juga belajar perkara baru.
Kadang nak tergelak pun ada masa mula-mula nak suaikan diri di bumi Turki.
Kadang menangis tiba-tiba bila teringat ibu di Malaysia.
Tapi itulah...tak kenal maka tak cinta. Dan saya jatuh cinta kepada bumi Turki!

What's Up Turks?

208 pages, Paperback

First published January 1, 2017

10 people want to read

About the author

Ayza Gürsoy

2 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (23%)
4 stars
14 (41%)
3 stars
11 (32%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
September 1, 2020
Aku ni takde la minat sangat dengan Turki, cuma bila sebut Turki aku teringatlah Sultan Alfateh, Masjid Biru, Said Nursi, Atarturk, Ozil dan Erdogan.

Sebab aku dah baca buku Said Nursi & Atarturk keluaran PTS, aku dah boleh agak macam mana sekularnya Turki daripada Malaysia, negara kita yang sesetengah orang kita label sekular ni pun tersangatlah islamik sebenarnya berbanding Turki negara sejarah Usmaniyyah yang agung.

Jadi, seusai baca buku ni, aku rasa sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia, tak perlu aku bergegas cari buku2 Thaqib Shaker untuk tahu sisi gelap Turki, buku "harmless" Puan Ayza ni pun dah cerita serba sedikit. Pasal sekolah2 di Turki yang tak ada surau, darjah 4 baru start belajar agama, ramai orang2 Turki yang secara terbuka tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, budaya tatu yang menular di kalangan muslim dan macam2 lagi (nak tahu belilah!)

Negara Turki memang menarik, moga sinar Islam kembali melimpahi Turki....

p/s: bukan seluruh Turki macam tu ye, menurut video2 Thaqib Shaker ada je kawasan2 yang penduduknya islamik.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
May 20, 2019
#1
Buku yang membuka mata tentang Turki dan masyarakatnya pada zaman sekarang. Saya selalu didedahkan dengan kegemilangan Turki yang dahulu, namun dengan buku ini saya mendapat tahu apa yang wujud hari ini dan sedikit banyak membuka mata.

#2
Penulis adalah pencerita yang baik. Beliau hanya menceritakan apa yang berlaku dan bagaimana beliau bertindak dan mengadaptasi dengan setiap peristiwa.

#3
Tidak ada langsung mencela-cela atau membanding kehidupan di Malaysia dan Turki, semuanya diolah dengan baik menimbulkan rasa tenang semasa membaca. Tidak ada label-label seperti Syaitan di barat, Malaikat di timur.

#4
Refleksi diri dengan setiap kejadian, dikait dengan kisah sahabat, hadis Rasul dan ayat Al-Quran sangat memberi nilai yang tak terbanding. Saya suka, dan terkesan.

#5
Ujian yang ditempuhi sebagai anak rantau walau sudah berkeluarga, memang tak tertanggung. Tapi penulis kukuh dan bergantung harap pada Ar Rahim untuk mencari kekuatan hidup. Saya kagum dan mahu belajar.

#6
Semoga kehidupan dan kesihatan penulis dan keluarga sentiasa dalam peliharaan Allah dan dipermudahkan segala urusan.

#7
Rupanya buku pertama beliau pernah saya pegang di MPH, dan hampir dibeli. Namun "cover" nya yang sangat feminin membuatkan saya mengembalikan buku ke rak. Kah kah kah! Insya-allah, saya akan cari semula buku beliau. Sebab membaca buku kedua ini pun sangat berbaloi.

#8
Agak keterlaluan mungkin, tapi tulisan Ayza Gürsoy ini mirip tulisan Ustaz Hasrizal yang juga saya minati. Sama dari segi gaya penceritaan dan isi. Ibrahnya juga.
Profile Image for Siti Zafira.
47 reviews5 followers
May 31, 2017
Saya memang seorang pembaca yang berasa begitu seronok jika dapat membaca dan menghayati kisah kehidupan individu lain di tanah asing. Banyak yang akan kita pelajari.

Namun, saya sebenarnya mengharapkan pengisian yang lebih menyeluruh (atau mendalam?) tentang Turki dan orang-orang Turki.

Apapun, buku ini sangat menarik untuk dibaca! :)
Profile Image for Shahirah Suhaimi.
14 reviews1 follower
January 27, 2021
Coretan pengalaman penulis di Turki.

Buku yang sangat bagus dan bermanfaat. Sesuai untuk sesiapa yang menggemari tips, nasihat, motivasi, kisah-kisah, pengalaman penulis yang dapat direnungkan bersama.

Sangat recommended!
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
April 14, 2019
Coretan mengenai hidup di Denizli, Puan penulis bersuamikan orang Turki. Saya fikir semua orang bakal menemui kebahagiaan di sana. Tapi tak sangka pula tempat puan penulis tinggal begitu depressing. Mujur ada anak-anak berserta suami baik buat pengubat hati.

Catatan keseluruhan penuh berseni. Lenggok bahasa. Susunan ayat. Ibrah setiap entri jelas. Cuma saya tak gemar perkongsian resepi yg diselit. Ganggu flow naratif.

Hal Pendidikan Islam anak-anak tak sangka pula tahapnya begitu di Turki. Sekular benar. Anekdot seram itu buatkan saya teringat filem Siccin. Plot lebih kurang sama. Sebak membaca kisah sakit telinga di hujung buku serta rentetan diagnosis yang menyusul. Sungguh menginsafkan. Penutup buku ini indah. Harap-harap ada sambungan.
Profile Image for Jaida Mohd.
23 reviews
February 14, 2024
Penulis berkongsi cerita pengalaman hidup di rantauan dan berkongsi tips untuk berlibur ke Turki. Banyak tambahan ilmu yg dapat diperolehi dari buku ini tentang gambaran hidup di Turki-bangsa, bahasa dan makanan. Boleh juga jadikan buku ini sebagai panduan awal jika ingin bercuti ke Turki.
Selain itu, betapa menjadikan kita hamba yang bersyukur.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
April 11, 2020
Buku yang menceritakan pengalaman orang Malaysia yang berkahwin dengan orang Turki.. Perbezaan adat, budaya dan juga Negara tak menghalang untuk hidup dengan gembira dan saling menerima.. Betapa indahnya kepelbagaian itu andai diraikan dan diterima dengan baik..
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.