Jump to ratings and reviews
Rate this book

Syam Negara Misteri Akhir Zaman

Rate this book
Bersesuaian dengan namanya Syam Negara Misteri Akhir Zaman ini dihasilkan untuk mengupas sekali gus menjelaskan tentang perjalanan negara Syam yang penuh misteri dengan 1001 kisah berkisar tentangnya. Antara bahagian menarik yang terkandung dalam buku ini adalah mengenai asal usul dan sejarah Syam serta kelebihan Syam yang disebut dalam Al-Quran dan hadis. Negara Syam dibahagikan kepada empat buah negeri iaitu Syria, Jordan, Lubnan dan Palestin yang sedang bergelombang dengan pancaroba. Walaupun begitu percayalah, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyarankan supaya kita menetap di Syam saat fitnah bergelombang menimpa dunia. Subhanallah.

208 pages, Paperback

First published February 1, 2017

2 people are currently reading
17 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (41%)
4 stars
4 (33%)
3 stars
2 (16%)
2 stars
1 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
May 27, 2019
Tanah Syam dalam konteks moden terbahagi pada 4 negara iaitu Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan yang seringkali disebut di dalam Quran dan Hadith. Sejarah panjang bumi Syam menyaksikan kaum yang mendiaminya berubah dari masa ke masa iaitu bermulanya dengan bangsa Amuru, Kanaan, Fenisia sehinggalah kisah Bani Israel diselamatkan oleh Nabi Musa as daripada kekejaman Firaun lalu dibawa ke bumi Syam.

Bani Israel membina kerajaan di sana tetapi tidak bertahan lama hasil daripada ingkar amaran daripada Nabi Irmiya dan mengurungnya. Bani Israel juga melampaui batas apabila membunuh Nabi Yahya sehinggalah kerajaan Bani Israel dimusnahkan seperti yang tertulis di dalam Quran. Daripada perbuatan ingkar inilah kita dapat lihat bangsa Yahudi tinggal di merata tempat seluruh dunia dan cuba untuk merampas kembali bumi Syam.

Apa yang membuatkan bumi Syam ini sangat istimewa berbanding tempat-tempat lain? Bumi Syam disebut sebagai tanah yang diberkati sepertimana yang disebut dalam Quran, tempat yang menjadi kiblat pertama, peristiwa Nabi diangkat ke langit melalui Masjid al-Aqsa, tempat dihuni oleh ramai Nabi, tempat turunnya Nabi Isa as dan sebagainya.
Profile Image for Illi Nasch.
1 review
October 18, 2017
Buku ini sarat dengan ilmu tentang Syam, tempat yang telah dijanjikan Allah sebagai bumi yang berkat, yang disebut Rasulullah berkali-kali tentang keistimewaan Syam yang tidak dimiliki oleh negara Arab yang lain.

Terasa kita semakin dekat dengan kiamat dan pergolakan di negara-negara Arab pada ketika ini adalah peringatan buat kita untuk mempersiapkan diri dengan amal dan berbuat baik.

Allahuakbar.
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
December 4, 2019
Buku yang memberi penerangan terperinci mengenai syam dari segi sejarah dan pergolakan terbaru syria ketika ini, dan juga peristiwa yang berkaitan peristiwa akhir zaman yang akan berlaku.

Banyak didatangkan hadis akhir zaman yang sebenarnya masih kabur penafsiranya buat masa sekarang ini tetapi ia menggambarkan kelebihan bumi syam dan kepentinganya bagi umat islam akhir zaman. Wallahualam
Profile Image for M Shafiq.
11 reviews1 follower
July 13, 2017
Permulaan dipenuhi fakta sejarah kemudian lebih menarik dengan hadis-hadis baginda ar Rasul. Moga kita diberi peluang tinggal di sana. Amin.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.