Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gigitan

Rate this book
Seorang demi seorang mangsa mati lemas di pantai perkelahan Port Dickson. Mayat mangsa tidak ditemui dan hilang ghaib begitu sahaja. Insiden ini membuatkan Inspektor Hadi keliru dan bingung memikirkan hal ini. Belum pernah terjadi insiden seperti ini.

Inspektor Hadi telah meminta bantuan Imran, pengawal pantai yang bertugas di situ untuk menyiasat. Namun masih gagal mendapat apa-apa maklumat. Seorang wartawan bernama Jamal telah menulis cerita tentang insiden ini dan mengatakan yang mangsa bukan lemas tapi dipercaya dibaham buaya.

Inspektor Hadi dan Imran tidak mempercayai cerita itu sehinggalah pada suatu hari abang ipar Imran, Darus mendapat kecederaan di kaki ketika berkelah di pantai itu. Kesan gigitan itu telah disahkan oleh Doktor Rayan yang mangsa digigit buaya. Mungkin buaya itu sesat dan masuk ke laut untuk mencari makanan. Berita itu telah menggemparkan penduduk di situ. Mereka tidak berani lagi keluar berkelah di hujung mimggu dan ini membuat sektor pelancongan Port Dickson terjejas teruk.

Benarkah pantai Port Dickson tercemar dengan buaya? Betul ke cerita yang ditulis Jamal atau hanya rekaan semata-mata? Tapi Doktor Rayan mengesahkan yang mangsa digigit buaya. Inspektor Hadi dan Imran Buntu memikirkan hal ini. Sama ada ia betul ataupun tidak, hanya akan terjawab dalam novel ini.

416 pages, Paperback

First published March 1, 2017

21 people want to read

About the author

Zaifu Zaman Ahmad

47 books34 followers
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (43%)
4 stars
9 (30%)
3 stars
8 (26%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Fariha Jafri.
27 reviews3 followers
February 10, 2024
First buku dari penulis yang saya baca. Not bad cuma terlalu meleret. Siasatan dari polis pun terasa longgar sangat. Mungkin kalau bab siasatan tu lebih details lagi best. Jamal sebagai wartawan lagi banyak buat research dari Inspektor dgn Imran.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 19, 2018
Bukan tak best, just kalau lebih banyak penjelasan saintifik berkaitan spesis yang tersesat dan kecederaan yang dialami berbanding tanggapan awal mengenai hantu n so on, mungkin lebih menarik.

apa pun, still boleh layan.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews42 followers
February 23, 2025
Kejadian lemas di pantai PD dan mayat mereka langsung tidak ditemui kian memeningkan pihak polis dan juga pengawal pantai. Makin hari jumlah mangsa hilang semakin bertambah. Hanya yang ditemui tangan salah satu dari mangsa. Tekanan makin meningkat. Mereka juga risau kerana hujung minggu bakal menjelma dan pantai tersebut merupakan pusat tumpuan orang ramai. Dan ini memungkinkan jumlah mangsa yang akan meningkat.

Untuk cerita thriller SH rasa cerita ini agak perlahan. Penulis juga tidak mampu menarik minat dari awal pembacaan SH. Debaran dan tarikannya lambat. Di tengah cerita barulah graf penceritaan itu naik. Dan SH rasa itu tidak seharusnya berlaku pada sebuah naskah thriller.

Geram betul SH dengan Encik Nasir ini. Bukannya nak fikirkan keselamatan para pengunjung tetapi lebih ke poket sendiri. Takut kalau pantai di tutup perniagaan akan terjejas. Kononnya ekonomi setempat bergantung pada pelancongan semata-mata. Tapi kalau berlaku serangan secara besar-besaran, sudah tentu dia orang pertama yang tidak akan bertanggungjawab. Mulalah menuding jari pada orang lain. Tapi inilah realiti kehidupan. Ramai yang lebih pentingkan keuntungan daripada nyawa.
Profile Image for Hamidah Effendi.
358 reviews4 followers
October 20, 2025
Ulasan: Gigitan oleh Zaifu Zaman Ahmad

Kisah bermula dengan kes kehilangan misteri di pantai Port Dickson. Situasi semakin tegang apabila jumlah mangsa meningkat — termasuk pelancong luar negara. Di sebalik kekecohan itu, ada pula pihak yang cuba menangguk di air keruh demi populariti. Namun persoalannya, apa sebenarnya yang menyerang di pantai itu?

Plotnya menarik kerana berkonsepkan serangan misteri ala-ala Jaws, tapi sayangnya jalan cerita terlalu meleret.

Pihak polis pula digambarkan agak lembab dan lambat bertindak, manakala wartawan lebih menonjol dalam menyelongkar kebenaran.

Bahagian serangan memang mendebarkan, tapi cuma berlaku sekejap — 'waktu serangan' dan penghujung cerita sahaja.

Secara keseluruhan, idea bagus tapi penyampaian terlalu perlahan. Banyak bab terasa tidak penting dan menambah muka surat semata.

Jujur kata, nak habiskan pun kena paksa diri. Kalau dibandingkan, saya sanggup baca The Lost World yang tebal tu daripada ulang baca Gigitan ni. 😅

Kesimpulan: Premis menarik tapi eksekusi perlahan dan kurang mendebarkan. Sesuai untuk pembaca yang sabar dan suka gaya penceritaan yang perlahan.🦈🏊‍♂️🥽
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 17, 2023
[eBOOK 173]

Gigitan by Zaifuzaman Ahmad.
.

Mula-mula baca, rasa curious. Lepas tu, bila dah towards ending, rasa saspens dan cuak.
.

Ceritanya, pantai Port Dickson sudah tidak lagi aman bila pemancing hilang di laut. Yang dijumpai ialah tangannya sahaja. Dan selepas itu, beberapa kehilangan lagi dilaporkan.
.

Apakah puncanya? Kalau lemas, dimanakah jasadnya? Dan kenapakah ada anggota badan yang tidak sempurna ditemui?
.

Jenuh la Inspektor Hadi dan Imran selaku pengawal pantai, untuk menyiasat perkara ini. Tambah lagi, ada segelintir politician yang tidak membenarkan pantai ditutup dengan alasan merugikan sektor pelancongan, tanpa memikirkan nyawa yang hilang.
.

Nervous la jugak duk fikir apa benda yang gigit mangsa tu. Ingatkan penunggu laut ke benda mistik ke.
.

Otherwise, walaupun ending nya aku puas hati sebab benda tu tertangkap, tapi kesian jugak kepada mangsa yang hilang.
Profile Image for Kiranim.
29 reviews
August 21, 2017
Hmm lain sikit dari kebiasaan. Selalunya ZA buat citer pasal ghost. Tapi tak tau lah kalau2 ada novel ZA selain ghost yang aku tak baca.

Dari segi penulisan, bila baca tu macam kita tengah tengok movie. Boleh bayangkan situasi dia cemana. Watak2 dia. Angle kamera kat mana lagi2 scene dalam laut. Pergh ni kalau difilemkan ni mesti best ni!!

Memula baca biasa je. Takde rasa apa. Tapi bila dah start kemuncak dia (hmmm dah la bahagian last. penat tunggu) berdebar dia lain macam. Macam kita tengok movie la. Tak boleh nak stop baca. Memang kena baca sampai habis. Menjerit jerit aku baca. Ni sampai sekarang pun masih lagi berdebar.... haha OK over 😁

Overall, sangat best!!! Sila lah baca. Tapi jangan baca kata2 penulis kalau tak nak spoil. Sebab aku jenis baca yang tu dulu and then... MENYESAAALLL... 😬

Mohon difilemkan novel ni... huhu
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
June 10, 2017
Pergh!! Memang mendebarkan.. Penuh suspen.. Macam menonton filem.. Dari bab ke bab hinggalah ke penghujung, jantung berdegup laju.. Cemas, panik dan risau menghantui Sha.. Macam ada dalam cerita pula.. Kemalangan demi kemalangan, kehilangan demi kehilangan.. Yang ada hanya keratan tangan dan kaki.. Mangsa lain hilang tanpa dikesan.. Yang menjadi cabaran kemalangan berlaku di laut.. Pelakunya susah dikesan.. Penamatnya kemas dan cantik.. Semangat untuk menyelamatkan diri memberi kelebihan dan akhirnya... Terbaik..
#gigitan #zaifuzamanahmad #thrillernovel #novelaksi #aksiterbaik #bukuprima #bookstagram #hobisaya #bacaanjun2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Vida Ariff.
112 reviews
January 30, 2025
-Untuk keseluruhan jalan cerita, ia mempunyai kisah yang menarik.
-Watak-watak yang ditampilkan menggambarkan suasana pekerjaan dan bagaimana mereka menangani masalah dengan bekerjasama.
-Lokasi yang diambil sebagai latar belakang cerita, juga tidak begitu asing kerana ia tempat yang wujud di peta sebenar.
-Cuma, untuk genre thriller, pergerakan cerita agak perlahan. Tertanya-tanya juga, untuk bahagian polis, seharusnya ada 'team'. Tapi seolah-olah hanya 1-2 watak yang bekerja.
-apapun, seperti kata penulisnya, buku ini untuk satu hiburan di waktu senggang. Sesuai untuk yang nak bacaan ringan bagi genre thriller.
Profile Image for Aydaz.
15 reviews3 followers
September 19, 2022
Best sukalah... Dua binatang yang main kt minda saya. Buaya dan Jerung. Tapi mengharapkan binatang prasejarah yang out of box sebenarnya. Buku saya hilang tapi cerita ini masih ada dalam otak saya. Saya suka, walaupun agak lewah. Btw great job penulis orang lama.
5 reviews
August 21, 2018
Buku ni buat aku tak sabar nak bace hingga ke akhir bab...rasa ingin tahu yang membuak2.
Profile Image for Syed Rafael.
15 reviews1 follower
January 21, 2025
Ini karya terbaik Zaifuzaman Ahmad. Walaupun plot ada berulang tapi kisah tentang binatang pemangsa ini amat jarang penulis melayu buat.
Profile Image for Ahmad Fakhruddin.
3 reviews1 follower
June 26, 2021
Penulisan yang baik. Sebenarnya tidak banyak novel yang membincangkan tentang hidupan liar. Dan sejujurnya aku mula2 ingatkan ini kerja manusia. Haha. Cuma penulis perlu membaiki elemen ngeri dan thriller. Dan saya agak terkejut dengan adegan akhir novel yang begitu tiba2. Maksud saya mungkin penutup novel kurang memuaskan. Apapun terbaik lah penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Haliza.
81 reviews
April 23, 2017
GIGITAN - Zaifuzaman Ahmad

Gempar apabila satu demi satu pengunjung hilang di pantai Port Dickson. Kehilangan berlaku secara misteri, x de tanda2 yg ditinggalkan, sekadar beberapa mangsa yg hanya dijumpai sebahagian anggota badan yg lebihnya hilang tanpa jejak. Makhluk apa atau misteri apa yg menyerang sehingga lumpuh seketika sektor pelancongan yg menimbulkan kemarahan kpd pihak2 yg berkepentingan.

Kebuntuan yg dihadapi Insp Hadi & pasukan Imran sebagai pengawal pantai utk menyiasat & menyelesaikan masalah tiada tanda penghujungnya. Kedatangan Jamal sebagai wartawan membawa sedikit demi sedikit klu membantu mereka memulakan penyiasatan. Pada mulanya mereka fikir semuanya terjawap setelah Abg Ipar Imran sendiri yg dibaham tp sempat menyelamatkan diri.

Kelegaan mereka setelah berjaya menumpaskan haiwan yg disangka penyebab semua kecelakaan, rupanya hanya sementara, ada benda lain yg lbh besar, ganas sedang berkeliaran diperairan tanpa mereka ketahui kewujudannya. Ikutilah detik2 yg mendebarkan di saat mereka memburu & menghadapi keganasan utk menghapuskan n menyelamatkan diri mereka dr menjd mangsa yg seterusnya.

Berjayakah mereka memburu haiwan tersebut ? Apakah nasib mereka sepanjang pemburuan ? Novel nie membuatkan sy terasa seriau bila berada di dlm air, sama seperti pengaruh menonton movie plak hahaha. Mcm2 ada dlm kepala ular, buaya, jaws, pirana n mcm2 lglh. Seronok bila kita dibawa berteka teki n penulis berjaya membuatkan kita percaya mmg itulh punca masalah sedangkan realitinya adalah lain.

#bukuprima
#gigitan
#zaifuzamanahmad
#thrillerthrill
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.