Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kakak Kemboja

Rate this book
"Mak...ada orang teman adik malam-malam..."

Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mentua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya, Johari yang berusia sembilan tahun, mereka berdua terpaksa berpindah ke sebuah rumah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah sebuah kilang di sana.

Memandangkan Siti sering bekerja lebih masa pada setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Johari sentiasa terdengar bunyi aneh dan gangguan sama ada dari dalam atau luar rumahnya. Pada suatu hari, Johari menyiasat dari mana datangnya bunyi aneh itu dan dia terserempak dengan Kakak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Kakak Kemboja berjanji akan melindungi Johari.

Adik, tolong abang. Abang ada hutang dengan adik. Tolong abang, dik.”- Jelmaan Salleh.

Aku selalu tengok dia cakap seorang diri. Kadang-kadang macam berbisik.”- Khamis Al Jafri

"Akak kan dah janji nak jaga adik?” - Kakak Kemboja

400 pages, Paperback

First published March 1, 2017

6 people are currently reading
54 people want to read

About the author

Naim Tamdjis

30 books103 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (22%)
4 stars
35 (41%)
3 stars
24 (28%)
2 stars
5 (5%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 31 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 19, 2018
KAKAK KEMBOJA
by Naim Tamdjis

Johari dan ibunya, Siti berpindah ke sebuah flat di Bangi selepas dihalau oleh ibu mertua dan abang iparnya. Dek kerana terdesak, Siti terpaksa akur dan memulakan hidup di sana selepas kematian suaminya. Pelbagai kejadian pelik mula menghantui mereka dan yang berkaitan dengan mereka, kawan2 Johari di sekolah, Zanna kawan siti dan Talib, abang ipar Siti.

Secara ringkas, kisah ini berkaitan dengan flat tempat kediaman Siti yang tak berpenghuni, dan Johari yang berkawan dengan kakak Kemboja. Cumanya, pelbagai hantu dikumpulkan berkawan dengan Johari macam tak ada fungsi pun dalam cerita ni. Tak nampak hala tuju kawan2 Kemboja dalam cerita ini, melainkan sekadar melengah2 kan masa saja (seperti dalam cerita aksi, bos suruh konco2nya lawan dulu).

Perkaitan gangguan ke atas keluarga Zana dan Talib juga tidak diperincikan, malah boleh dikatakan adalah kisah yang berlainan sama sekali, tidak berkaitan pun dengan Kemboja. Agak tak berpuas hati dengan pengakhiran Talib, macam tu je? kawan2 dia lagi hebat kena kacau..

and, adengan hantu main2 lampu, bukak tutup televisyen dan jenguk2 di tingkap sudah terlalu kerap dihidangkan dalam naskhah seram. dalam naskah ini pun tak berkecuali, malah agak berulang2. Mungkin penulis seram patut mencari formula baru untuk menimbulkan mood seram.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
December 11, 2017
Akhirnya habis baca malam tadi, tutup lampu dan tidur.
Pagi ni baru rasa benci kat author.
Macam mana dia boleh datang dengan idea mendalami jiwa raga makhluk terkutuk yang sayang manusia? Tak tahu ke aku penakut yang pura-pura berani baca buku hantu?

Why I can read this book : Penceritaan lancar, tiada carutan, bebas 18sx, penggunaan bahasa melayu tulen, sinis yang padu dalam isu-isu kemasyaratan diterjemah dalam bentuk humor yang boleh diterima. Halus.


***aku ke yang terlepas kat mana2 tentang apa jadi dengan keluarga Zaana? Macam mana dia boleh halau hantu 3 ketul dalam rumah?

Anak saudara aku suka betul main2 kat rak buku aku. Semua buku dia sebut Kakak Kemboja.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
February 24, 2018
inilah dia. inilah penulis yang mampu membawa kisah seram tapi dalam masa yang sama menghiburkan pembaca dengan babak lucu spontan yang tak dijangka. tuan penulis Naim Tamdjis kali ini lebih kemas penyampaiannya dan garapannya tak meleweh. walaupun ada ketika pembaca disajikan dengan perkara tak berapa nak masuk akal seperti berborai santai dengan pontianak tapi kalau diselami ada pengajaran yang nak disampaikan.

kakak kemboja. dia saja yang rajin menegur johari yang baru berpindah di flat tersebut. johari ikut ibunya, siti berpindah bila dihalau dari rumahnya setelah suaminya meninggal. dihalau oleh mak mertua dan abang ipar yang sanggup makan harta anak yatim tanpa langsung mahu memikirkan kebajikan siti dan anaknya. talib ni memang tak berguna langsung bukan saja sebagai abang ipar tapi juga suami tak guna. isteri yang sara kehidupan mereka.

johari secara tanpa sedar membenar kemboja sebagai pendampingnya. yelah, budak.. apa yang mereka tahu. yang dia tau kakak kembojanya itu baik dan sering menemaninya waktu siti bekerja malam. dan kemboja sering melindunginya, lebih tepat lagi sering membalas perbuatan jahat orang lain terhadap johari. perkara ini mula disedari oleh cikgu sekolah bila dua anak murid hilang dari sekolah.

ada juga selitan babak gangguan yang lain. tak menyemak pun kerana selitan pun kemas dan dalam masa yang sama berkaitan dengan kisah utama. tu lah, jangan ambik harta anak yatim. nak masuk rumah bagi salam dulu sama juga kalau nak pindah rumah baru. hei.. kalau ada yang main guli ke, seret barang ke, pedulikan je.. kot saja diorang nak bergurau...hehe...
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
January 17, 2025
Bacaan pantas. Seharian membaca. Dari jam tiga petang hingga 11.25 malam. Berhenti rehat dan melakukan aktiviti lain juga sebelum menyambung baca.

Bahasa yang digunakan untuk penulisan ini, bahasa yang mudah dan ringan. Bersesuaian dengan ceritanya yang bergenre horror-mystery-thriller. Mungkin boleh tambah comedy.

Walaupun ia kategori cerita hantu, tapi sepanjang saya membacanya, ia langsung tak seram.

Ada beberapa babak yang lucu dan syahdu.

Cerita ini bukan hanya membawa isu mistik yang mana watak utama, Johari, berusia sembilan tahun, terjebak berkawan dengan 'Kakak Kemboja' jin kafir; tetapi ia membawakan isu-isu semasa bersama.

Antaranya tentang perebutan harta pusaka di antara ibu mentua, menantu dan ipar duai.

Ia juga tentang balasan Tuhan kepada orang jahil yang memakan harta anak yatim.

Ia juga tentang pengorbanan, kesetiaan isteri yang ditakdirkan berjodoh dengan lelaki buta agama, seterusnya buta hati terhadap tanggungjawab sebagai suami.(Kisah abang ipar Siti bernama Talib dan rakan-rakannya).

Banyak nasihat agama tentang bagaimana manusia seharusnya peka dengan kewujudan makhluk lain agar tidak mudah dijebak.

Bagaimana menghindar daripada hasutan dan bisikan bangsa jin dan syaitan yang sentiasa mencuri peluang menyesatkan anak Adam.

Siti, yang kematian suami, bersama anaknya, Johari, dihalau dari rumah pusaka arwah suaminya oleh mentua dan abang ipar.

Ibu mentuanya dengan hasutan si abang ipar, merampas apa yang sepatutnya jadi milik Siti dan anaknya, Johari.

Siti terpaksa mencari rumah lain jauh dari kampung. Dia juga perlu mencari kerja setelah suaminya meninggal dunia dan dia perlu menyara anaknya.

Tanpa dia sedar, Flat Bangi yang disewa murah itu dihuni kebanyakannya oleh bangsa jin kafir. Flat itu ada banyak kisah dan tragedi yang Siti dan anaknya tidak ketahui.

Dia yang bekerja syif malam terpaksa meninggalkan anaknya sendirian, sehinggakan si anak tanpa sedar ber'kakak-angkatkan' jin syaitan. Maka berdampinglah Kakak Kemboja dengan Johari. Menemani dan menjaga sepenuh hati.

Sesiapa yang menyakiti Johari, akan dibalas dengan kejam tanpa belas kasihan. Al-maklumlah, kategori hantu syaitan.

Salleh, mat rempit yang selalu paw duit budak flat, termasuk Johari, diganggu oleh Kakak Kemboja dan kawan-kawan jin kafir itu sehingga Salleh tercampak ke hospital gila. Lalu terbunuh.

Salahnya, dia pinjam/paw duit Johari tak dipulangkannya.

Banyak lagi kisah pembalasan si pendamping.

Diselang-seli peristiwa atau isu semasa yang dipetik. Contohnya seperti kisah super moon, penculik van putih, ustaz palsu berilmu cetek tapi mengguna agama nak dapat duit, dan bermacam lagi kisah yang 'mencuit' dan menjentik.

Pada saya, ceritanya tak seram mana. Kulit muka buku tu, ya. Memang seram.

Apapun, ia bagus untuk bacaan. Malah, kalau ada yang nak cuba baca cerita seram ringan, boleh baca cerita ini.

Nota:
Isteri yang suaminya meninggal, lebih tepat disebut balu, bukan janda.

Suami yang ada lebih daripada satu isteri, kalau bercakap merujuk kepada isteri-isterinya jangan sebut 'madu-madu aku'. Lain makna. Suami tak bermadu. (m/s 129).
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
January 31, 2022
Buku terakhir utk January 2022,

Agak keliru dengan babak terjun kat TV tu dan kaitan dgn flat tersebut, siapa tuuu...

Watak Johari jugak agak berat utk kanak2 berusia 9 tahun, kadang2 mcm terlalu matang.

Apa pun, enjoy je baca sampai ke page terakhir tanpa skip. Hihi. Walau rasa nak debik je si Talib tu.
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
January 31, 2025
Kakak Kemboja | Naim Tamdjis

Siti dan Johari dihalau keluar dari rumah. Nenek dengan paklong pulak jahat asyik nak duit. Tak tenang makan harta anak yatim ni. Hidup porak peranda.

Ustaz Zaher mendunia hahaha dari Roh Rumah Sewa sampai ke Kakak Kemboja.

Dari awal boleh agak cerita ni macam mana. Tapi yang confused, ni cerita seram ke cerita lawak. Asyik tergelak ja waktu kena kacau.

Nak lagi cerita pasal kakak kemboja, macam mana dia mati dengan lebih details. Sebab Mastura dah tahu mati macam mana. Pak Kemboja mati macam mana. Nak tahu semua tu hahhahha. Jiran Lang dengan Suir tu hilang macam tu je eh lepas perkenalkan diri. Akak kebaya merah pun kejap hilang kejap muncul.
Profile Image for Nurfarah Harryna.
17 reviews
April 11, 2018
Alhamdulilah dalam sehari boleh tamatkan novel ini tanpa skip walau sedikit pun. Banyak elemen yang boleh dijadikan pengajaran. Watak Johari terlalu matang tapi memang ada budak2 macam ni tapi susah nak jumpa. Cerita memang best. Tapi kalau penulis rungkaikan misteri kakak kemboja dan flat tu lebih detail rasanya lagi mantap. Apa2 pun ni novel kedua selepas saya baca Barongan. Berjaya pikat hati saya untuk terus membaca karya anda sebab saya jenis kalau first time baca karya seseorang lepas tu rasa mcm tak syok saya takkan ulang beli lagi buku beliau tapi kalau rasa best insyaallah saya akan beli. Tahniah. Teruskan berkarya.
Profile Image for Haliza.
81 reviews
April 29, 2017
KAKAK KEMBOJA - Naim Tamdjis

Siti membawa diri bersama Johari anknya setelah dihalau oleh mak mentua dan abg iparnya dr rumahnya sendiri, hanya krn rumahnya di atas tanah mak mentuanya. Akibat terdesak utk berpindah Siti mendpt sebuah rumah sewa yg murah berhampiran dgn temp kerja baru beliau atas bantuan kawannya Zanna.

Wlupun pd mulanya agak keberatan utk menyewa di situ krn keadaan flat yg buruk dan suram serta tidak ramai org dan sampai skrg pun beliau belum lg bertemu n nmpk jiran2 sebelah umh beliau. Lagilah malang bila beliau terpaksa meninggalkan anknya keseorangan di mlm hari krn terpaksa bekerja sebelah mlm utk beberapa minggu.

Lantaran ditinggalkan berseorangan Johari berada kesunyian, muncul kakak kemboja menghulur salam perkenalan. Semenjak dr itu Johari berasa seronok tambahan pula kakak Kemboja sentiasa ada menemani n menjaga Johari apabila diperlukan. Sedangkan tanpa mereka dua beranak sedar ada beberapa perkara pelik yg mereka tidak perasan.

Jangan cuba2 cari pasal dengan Johari kerana sesiapa yg menyakiti atau cuba utk menyakiti Johari akan menerima balasan yg mengerikan. Siapakah kakak kemboja sebenarnya ? Setakat mner hubungan mereka dengan kemboja ? Berjayakah mereka menyedari keadaan sebenar sebelum terlambat. Angkat tangan sape sudi nk berkawan dengan kakak kemboja, anda akan dijaga dengan setia hahaha

#bukuprima
#kakakkemboja
#naimtamdjis
#seramlicious
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
June 18, 2024
Siti dan Ehsan terpaksa keluar dari rumah mereka kerana dihalau oleh keluarga mereka sendiri angkara berebutkan harta. Setelah mendapat rumah baru hasil pertolongan Zanna, Siti pula terpaksa meninggalkan anaknya sendirian di waktu malam ditemani oleh Kemboja.

Nenek dan pakcik Ehsan ni perangai memang menyakitkan hati ye. Kononnya nak buat bisnes homestay padahal malas nak bekerja. Makan pula hasil isteri. Yang paling geram dah halau Siti boleh pula nak pinjam pula duitnya. Dahlah dengan isteri pun diperlakukan ikut suka hati je. Geram betul.

SH geram dengan kisah gangguan di rumah Zanna yang seolah-olah tiada penyelesaian. Tiada pengakhiran. Nak juga tahu apakah kesudahan kes mereka ni.

Ehsan ni SH rasa terlalu matang untuk umur dia. Biasanya kanak-kanak yang matang ni kerana melalui pelbagai kejadian dalam hidup mereka. Tetapi Ehsan baru sahaja kehilangan ayahnya dan sebelum itu tidaklah hidup dalam keadaan yang menekan. Jadi sedikit tidak logik dengan perwatakannya yang agak matang itu.

SH rasa kisah ini agak klise tentang persahabatan 2 bangsa namun masih menarik untuk dibaca. Namun perwatakan di dalam naskah ini ramai yang SH rasa sangat dekat dan boleh dikaitkan dengan dunia sebenar. Keluarga berpecah belah angkara harta, suami yang buat tak endah dengan anak isteri, mak mertua yang mudah termakan kata anak sendiri. Ini semua memang sering kita jumpa di dunia nyata.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
May 24, 2017
selesai pembacaan .. secara peribadinya buku ini oke pada saya . cumanya

1 . saya rasa watak johari tu terlalu besar untuk anak kecil berumur 9 tahun
2. bahagian tengah penceritaannya sedikit merelet . terlalu banyak yang nak diceritakan
3. kurang jelas sejarah kewujudan kakak kemboja. kenapa dan mengapa dia disitu
4. kenapa flat itu terbakar juga tidak dijelaskan dan apa kaitan imej wanita bunuh diri yang dilihat johari dalam televisyen .

semoga suksess untuk karya seterusnya ..

editor : typo dan salah letak nama watak masih ada di sana sini ..
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
January 6, 2018
Secara ringkasnya, cerita ni best. Sehari baca dah habis. Tapi ada sedikit komen:-
1) Watak Johari terlalu matang untuk usianya. Kalau remaja logik sikit.
2) Penutup kes rumah Zanna tak diceritakan.
3) Cerita ni mungkin boleh disambung lagi. Mungkin lepas Johari dah besar.
4) Untuk editor; ada beberapa kali nama tersalah letak.
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
August 19, 2025
Kakak Kemboja – Naim Tadjis

Buku ini kisah seorang ibu tunggal bersama anak lelakinya, Johari. Selepas kematian ayah, keluarga sebelah suami halau mereka keluar dan merampas harta peninggalan. Si ibu terpaksa mulakan hidup baru di flat murah dengan kerja keras demi rezeki, sedangkan Johari banyak masa sendirian kerana ditinggalkan ketika ibunya bekerja.

Di flat itu, Johari berkenalan dengan jiran baharu yang akhirnya menjadi teman rapat. Dari situ bermula ketegangan — sesiapa yang mengganggu Johari pasti menerima balasan. Persahabatan yang kelihatan manis pada mulanya berubah menjadi malapetaka, sehinggakan nyawa Johari sendiri menjadi taruhan.

Ada sentuhan seram, tetapi tidak terlalu kuat. Yang menarik, isu faraid turut diselitkan, membuka mata pembaca tentang perebutan harta selepas kematian. Cuma bagi aku, kisahnya agak klise — watak Johari yang selalu menyendiri digambarkan pelik, terbiar, lalu jadi punca orang menjauh. Elemen seram juga kurang memberi kesan mendalam, terasa seperti pengulangan cerita-cerita seram lain.

Secara keseluruhan, buku ini lebih menonjol pada isu kekeluargaan dan perebutan harta berbanding elemen seramnya. Untuk aku secara peribadi, ia kurang meninggalkan impak yang diharapkan.
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
May 12, 2024
tbh aku suka baca buku ini. aku boleh relates dengan few watak dalam buku ini.. The pace is not that slow but not that fast, untuk pembaca yang suka baca sambil santai, this one is for you. At first, aku kesian dengan apa yang berlaku dekat kemboja and mastura tapi almost at the end of the book, aku sedar bahawa itu bukanlah mereka secara aslinya tetapi syaitan yang gunakan mereka untuk mengacau manusia lain seperti johari. Johari? aku kesian dengan anak kecil ini. kehilangan orang tersayang impaknya tidak dapat dirasai oleh manusia lain tetapi boleh dirasai oleh makhluk yang lain. aku tak salahkan siti sebaliknya aku tahu dia cuba yang terbaik sebagai emak kepada johari. Buku ini ada menyelitkan beberapa pelajaran iaitu jangan makan harta anak yatim dan beberapa lagi yang aku malas nak senaraikan, kena baca. Overall, aku boleh recommend kalau korang baru first time nak baca buku seram, this one is alright. Tak seram sangat tapi adalah effectnya sikit.
Profile Image for Kufaz.
Author 2 books2 followers
June 14, 2017
Aku mengambil masa 3 hari untuk habis baca novel ini. Secara jujur, aku suka dengan idea karya ini yang meng-hyperbola situasi budak kecil dengan rakan imaginasinya. Idea itu bagus. Penggunaan bahasa yang mudah dan rapi serta menyelitkan beberapa ilmu yang boleh dijadikan panduan hidup. Bagi aku itu amat baik.

Cuma ada beberapa perkara yang aku berpendapat boleh diperbaiki.

Mainan karekter watak Johari rasanya sepatutnya lebih kebudakan berbanding matang remaja. Sukar untuk aku membayangkan seorang kanak-kanak sekolah rendah yang boleh berfikir macam seorang remaja akil baligh.

Dan satu lagi, beberapa plot yang aku rasakan boleh dipotong dan dimasukkan sejarah Kakak Kemboja itu sendiri. Aku sebagai pembaca begitu ingin mengenali Kakak Kemboja dengan lebih rapat (aku berani cakap camni sebab bulan Ramadhan.. hehe).

Cerita ini amat bagus. Aku suka. Aku rekemen yang lain untuk bacanya juga. Syabas Naim!

rate: 8/10
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
June 2, 2017
Done!
1. suka cover novel. nampak macam biasa tapi kalau tenung lama2 macam seram.
2. gaya bahasa and story line penulis senang nak faham. tersusun. ada nilai murni yang boleh jadi iktibar.
3.kakak kemboja mengisahkan siti dan anaknya johari yang dihalau dari rumah oleh abang ipar setelah kematian suami. mereka berpindah ke satu rumah flat di kawasan bangi.
tanpa mereka sedar kawasan rumah flat tu sebenarnya berhantu. siti yang terpaksa bekerja syif malam di kilang terpaksa meninggalkan anaknya johari seorang diri di rumah. kakak kemboja sering kali muncul menemani johari di waktu malam. persahabatan kakak kemboja dan johari semakin erat tanpa johari dan siti sedar siapa kakak kemboja sebenarnya.
4.apapun tahniah naim untuk kakak kemboja.
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
March 16, 2024
Bolelaaa not that good but not that bad. Rasa macam ada banyak unnecessary things dalam buku ni yang tak perlu diceritakan pun. Also dia macam tergantung juga for me because what happened to the other characters? Buku ni pun takdelah seram mana which is okay lah untuk jenis yang penakut tapi nak baca juga buku cerita hantu 😸 For the plot i would rate 6/10 sebab rasa macam ada kekurangan sedikit dekat jalan ceritanya
Profile Image for Nur.
45 reviews4 followers
March 21, 2018
Sebuah lagi buku yang agak seram dari Naim. Takut jugak la baca hahaha.... Sangat menghiburkan. Recommended!!
Profile Image for Kayblack.
34 reviews1 follower
November 17, 2017
terbaiklah cerita ni..mmg seram dan penuh dgn misteri. my fav novel..good job naim
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
November 23, 2017
TAJUK: KAKAK KEMBOJA
PENERBIT: BUKU PRIMA
PENULIS: Naim Tamdjis

Cerita ini ditamatkan pada jam 9++ malam tanggal 20/11/2017.
Tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan naskah ini.

Secara keseluruhan cerita ini masih boleh dihadamkan dan difahami dengan mudah.
Cuma kepuasan membaca naskah ini tidak seperti kepuasan membaca 2 naskah terdahulu penulis ini.

Pada pendapat peribadi saya, cerita ini flat. Klimaks cerita ini pon biasa aje. Emosi saya flat.. Tiada turun naiknya selama membaca naskah ini.
Keseraman cerita ini seepeti tidak kesampaian walaupun banyak watak makhluk alam lain.

Watak utama, Johari pon seperti ada yang tidak kena. Dialog Johari tidak sesuai mengikut usianya. Tiada ciri keanakan disitu selain merajuk.. Dialog pon seperti menggunakan tatabahasa yang formal. Tidak seperti perbualan harian yang lebih santai.

Apa apa pun, penulis ini telah buat yang terbaik. Cuma saya harap di masa akan datang lebih banyak penambahan baikan dibuat.

2 out of 5.

#bukuprima
#seramlicious
Profile Image for Siti Umira.
8 reviews
November 18, 2017
Kali pertama baca ketika dinaikkan di portal Ilham. Selalunya suka dengan gaya penulis ini kerana lain daripada penulis seram lain. Cuma rasa sekejap sangat novel ni tamat. Rasa tak puas berlegar dalam jiwa pembaca aku ini 😅
Profile Image for Shahira.
71 reviews
July 7, 2025
Kakak Kemboja ni sebenarnya buku Huda. Karangkraf bagi buku free untuk sesiapa yang jawab survey masa PBAKL25. First come first serve! So harusla aku paksa Huda isi jugak 😂 Elok je Huda bukak wrapper dia, aku lak over nak baca dulu. Mujurla Huda baik hati, jadinya dapatla aku baca dulu. Huda cakap dia pilih yang ni sebab kalau dari luar wrapper tu nampak macam bunga. So kalau bunga mestila buku yang murni murni kan. Sekali tidak, ya 😂 Surprise surprise.

Watak yang paling aku benci sekali dalam novel ni, Talib. Rasanya sesiapa yang membaca pun pasti berfikiran sama macam aku. Tak bertepi kebodohan si Talib ni. Bodoh 1 hal, jahat pulak tu. Dapat isteri yang baik pun tak reti hargai. Mak si Talib ni nama Nek Mas. Awal awal aku nyampah gak dengan Nek Mas, hujung-hujung baru okay sikit.

Watak utama novel ni, Johari. Seorang yang polos, naif dan sentiasa ingat pesanan, nasihat yang dia terima. Johari dengan maknya baru pindah ke 1 flat dekat Bangi. Siti selalu pesan kat Johari, kalau sedih banyakkan baca Al-Quran sebab Al-Quran kan penawar, dapat mengisi kekosongan hati.

Hantu-hantu dalam ni pulak aku ada perasaan bercampur baur. Ada hantu sedih, ada hantu funny, ada hantu yang suka menasihat, ada yang suka bagi warning, ada hantu yang suka melindungi 😂 tapi dorang ni konsisten la mengganggu. By page 50 aku dah boleh teka siapa hantu siapa orang 😂 Ada jiran dorang pulak sorang nama Lang, sorang nama Suir. Slay!

Ada 1 watak lagi bernama Jami, aku respect sangat kebaikannya. Siapalah kita nak menghakimi kisah lampau orang tapi perubahan dirinya setelah bertaubat sangat mengagumkan aku. And I feel sad for Kemboja too ;(
17 reviews
December 26, 2024
Tajuk cerita Kakak Kemboja. Namun, cerita lebih kepada watak Johari. Kesunyian, kesedihan, kesusahan dia menjadi fokus utama. Buku ni tetaplah menarik dengan selingan jenaka dan nasihat sinis kepada masyarakat.

Watak Johari rasa macam tersangatlah matang untuk 9 tahun. Boleh duduk sorang-sorang dalam rumah waktu malam tanpa ada jiran di sekeliling. Kasihan dia berkawan dengan jin.

Lawak bila Johari dikhianati oleh manusia tetapi diselamatkan oleh jin. Macam mana nak percaya kepada manusia kalau perangai lagi teruk daripada jin??

Buku ni sedikit je unsur seram. Selebihnya rasa sedih, kasihan dan geram. Geram dengan si Talib tu. Padan muka dia. Tamak sangat harta anak yatim. Dunia lagi dah mendapat.

Nama penulis bukanlah satu nama yang asing lagi. Maka expectation agak tinggi. Cuma buku ni rasa kurang sikit thrill dia. Tapi tetap seronok baca tanpa skip apa-apa.
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
August 14, 2019
Jujurnya, cerita ini bagi aku biasa-biasa sahaja. Sebab jalan ceritanya selalu kita dengar iaitu duduk di rumah yang dah lama tinggal, kemudian ada siri gangguan. Cuma yang lainnya, Johari dan Siti tak tahu yang Kemboja tu sebenarnya jin.
.
Tapi aku suka cara penulis ketengahkan masalah yang selalu berlaku dalam masyarakat. Contohnya pasal stigma seseorang terhadap bekas penagih dadah, pasal makan harta anak yatim dan pasal ustaz yang guna agama untuk kaut untung. Banyak moral yang aku dapat ambil daripada cerita ini. Dan, cerita ni berjaya menyeramkan aku, tapi pada permulaan cerita je, lepas tu aku seram gitu2 je haha!
66 reviews3 followers
March 4, 2019
Macam cerita seram hollywood yang tajuk Mama pun ada...but ada twist sedikit yang membuatkan novel ini lebih bercirikan nusantara! Aku boleh cakap yang novel ini ada bagi feel seram yang cukup untuk buat aku takut nak pergi toilet sensorang time malam! So congrats aku cakap dekat penulis, Naim Tamjdis for an excellent novel! Keep up with scaring me! Versi eBook novel ni memang canggih manggih buatkan aku rasa lagi excited nak baca. Link novel eBook korang klik je ni:- https://www.e-sentral.com/book/info/9...
4 reviews
June 23, 2017
Cerita yang bagus.....
Didalam keadaan terdesak kadangkala kita terlepas pandang dengan siapa sebenarnya kita berkawan. Di dalam keadaan terdesak juga seringkali ada saja pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Apa yang best dalam cerita ni adalah apabila Johari diculik oleh dua lelaki ( manusia )......Kakak Kemboja dan ayah Kakak Kemboja yang tolong selamatkan ( jin ).

Kekadang susah nak kata sapa yang jahat......heheheh
Profile Image for Eta My.
79 reviews
October 11, 2017
Punya laa busy..sampai lupa nk update...hehehe...amik masa 3 hari tuk abiskan..curi2 membaca dgn keadaan super duper busy 😅...
Overall cerita ini x mengecewakan dan saya seperti yg lain agak tertanya2 bagaimana wujudnya Kakak Kemboja disitu dan bagaimana flat yg sudah dikeluarkan notis untuk dirobohkan masih ada yg tinggal dan menyewa disitu...
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
June 11, 2017
Novel seram yang sarat dengan tema kekeluargaan.. Kisah yang agak sedih dan menginsafkan.. Sesungguhnya anak yatim tak patut dianiayai.. Kerana kesunyian, Kakak Kemboja diseru.. Berkawan pada yang tak sepatutnya.. Bila kebenaran diketahui, mujurlah ada yang sudi membantu..
Profile Image for syah.
12 reviews1 follower
September 20, 2024
for me, this book buat i reading slump for almost 2 months 😭 jalan cerita dia terlalu messy and lama” tak rasa hype, ig welome to dnf folder!
Displaying 1 - 30 of 31 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.