Antologi baru Komik-M yang menampilkan karya-karya pilihan juri dan pilihan editor daripada peraduan Cabaran Komik Online Malaysia 2016 (CKOM2016) yang dianjurkan oleh portal komik Malaysia, MatKomik. com dengan kerjasama Komik-M.
4 bintang untuk koleksi komik2 bisu yang menyentuh perasaan, sangat suka dengan komik akhir oleh kartunis Abeben yang berjaya menjentik hatiku. Komik itu mengkritik reaksi kita rakyat Malaysia dalam menghadapi isu2 keganasan terhadap umat islam yang kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.
Baru2 ini kita dikejutkan dengan kes pembunuhan 3 generasi keluarga islam pakistan di negara yang kita sangkakan teramat mesra dan harmoni masyarakatnya iaitu Kanada. Isu Palestin yang baru sahaja reda seketika dan entah bila akan berulang kembali.
Walaupun komik ini diterbitkan pada tahun 2017 namun isu ini masih kekal relevan hingga sekarang. Kartunis Abeben mengajar kita untuk memberi reaksi akan musibah yang terjadi kepada saudara kita diseluruh dunia dengan sekurang-kurangnya berdoa kepada mereka. Janganlah hanya melihat sahaja dan terus berlalu pergi.
Apakah perasaan kita jika musibah menimpa diri kita dan orang langsung tak teringin sekurang-kurangnya berdoa untuk kita?
p/s: baca ebook komik ni di e-sentral, kualiti agak teruk, mungkin alat pengimbas (scanner) rosak, tulisan semua pecah2, alhamdulillah komik bisu kalau berdialog memang langsung tak boleh baca, tahulah percuma tapi baikilah kualiti. Saya akan emel kepada pihak e-sentral supaya ada penambahbaikan.
I really love the concept. Tiada dialog. Lukisan yang pembaca perlu interpretasi sendiri maksudnya. Sangat mencabar untuk para pelukis. Amazing artwork!