Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dikaulah Seluruh Cinta

Rate this book
Menikahi lelaki muda? Oh, tidak! Mimpi ngeri rasanya. Namun itulah yang berlaku kepada Fatyma Zahra, seorang balu yang kematian suami. Di usia 40 dia mengenali seorang jejaka muda berusia 34 tahun. Namun adakah semudah itu dia jatuh cinta?

Tidak!

Muhammad Imran, jatuh cinta pandang pertama kepada ‘Puan Sri’ a.k.a bosnya yang sudah beberapa tahun menyendiri itu. Daripada nanar sendiri, lebih baik dia mencuba nasib. Puas diuratnya wanita itu. Liat! Fatyma memiliki beribu alasan untuk menolak cinta Imran biarpun hati sebenarnya suka.

“You listen to me! I biarkan you dekat dengan I bukan untuk wujudkan hubungan cinta. Fikir baik-baik apa yang you katakan tadi. I ni mak orang! Dengan lelaki semuda you? Tak mungkin, Imran! Tak pernah termimpi pun. Jadi tolong jangan sulitkan keadaan I. I tak mahu timbul masalah yang tak sepatutnya.”-Fatyma

Namun kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana. Rajuk setelah ditolak wanita itu, Imran membawa diri pulang ke kampung. Sudahnya Fatyma pula yang serba tidak kena.

“I tak boleh. I lebih suka kita berjauhan saja. I tak boleh terus berhadapan dengan you dalam keadaan hati I macam ni, Puan Sri. I minta maaf. I tahu gaji di sana jauh lebih lumayan berbanding hasil potong buah sawit di ladang tu. Tapi di sini hati I lebih tenang. Sekurang-kurangnya...”-Imran

“I agree.”-Fatyma

“Agree about what?”-Imran

“Kahwin.”-Fatyma

Maka termakbullah pernikahan antara teruna dan janda itu. Sayangnya hidup mereka tidak mudah. Tentangan dari anak bongsu Fatyma yang enggan berbapa tiri menyesakkan hati si ibu. Ugutan entah dari siapa, semakin meruncingkan hidup mereka. Di kala diri sedang sayang, mereka diduga teruk oleh seseorang yang pernah berada di dalam hidup Fatyma.

Muncul seorang lelaki bernama Fakhrul, menghulurkan pertolongan di kala mereka dahagakan jalan keluar. Tika itu terbukalah segala rahsia.

Fatyma pernah merasa serik dengan perkahwinan. Namun bagaimana dengan perkahwinan keduanya ini? Dikaulah Seluruh Cinta, kisah utuhnya cinta seorang lelaki kepada wanita. Cinta tidak kenal pangkat dan darjat. Kerana semua itu kerjaan Allah. Biar diduga hingga tercabut nyawa di badan, kasih tetap dipertahankan. Setia tidak tergolok tergadai!

Paperback

First published April 1, 2017

6 people are currently reading
66 people want to read

About the author

Adnil Zaff

65 books107 followers
Nama pena Adnil Zaff juga boleh dikenali dengan Fazlyn Ridz. Beliau kini menetap di Kampung Gajah, Perak dan merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
56 (50%)
4 stars
40 (36%)
3 stars
12 (10%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
July 11, 2018
Kegilaan apakah?
Hahaha.

Dulu aku dah beli novel ni. Dah jual dahpun. Dah siap bagi 3 bintang dah kat GR ni. Cuma takde buat review je.

Tapi baru-baru ini, aku beli lagi gara-gara tertarik dengan harga murah yang pihak Anaasa tawarkan. Terima kasih Anaasa. :D

Iya, setelah dibaca lagi sekali, aku jadi suka pula dengan kisah ini. Malahan, aku boleh pula ulang baca lagi sekali untuk novel yang baru dibeli ni. Gila, kan? Lagi gila apabila aku boleh pula jatuh suka dengan watak si Imran. Kesengalan dia mengingatkan aku pada si Jibam. Tiba-tiba rindu pula nak baca kisah Jibam yang rongak tu. Hehe.

Jarang sangat aku buat kerja gila macam ni. Haha. Ni novel kedua yang aku dah beli, kemudian aku jual dan lepas tu beli balik semula. Novel pertama adalah Raudah dari RAM. Pun jatuh suka dengan watak hero dia. Tu yang beli balik semula. Keh3.

Ada sesiapa lagi yang pernah buat kerja gila macam aku ni?
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
May 5, 2017
Bagi saya, tanpa ragu novel ini adalah yang terbaik ditulis sebagai Adnil Zaff. Watak-watak dari PDBP & ADPD membuat penampilan khas dalam novel ini. Novel yang cukup lengkap dengan segala macam rasa.

Awal cerita full of witty banter di antara Imran dan Ima, di ikuti pula dengan bibit2 cinta untuk orang pertengahan umur. Eventhough ada yg bermain tarik tali but with reasons which she had no control over. Dilemma. She can try to minimise the impact as obstacle has to be crossed over not hold up and it simply do not relinquished immediately. Proper action were taken.

2nd quarter, olahan cerita mula menunjukkan kesan tentangan dari beberapa pihak akan hubungan ini tidak lupa juga ada yg cuba mendekati mereka dengan bermacam cara. Dan unsur2 suspense mula bertapak di sini.

3rd quarter, full blown thriller. Walaupun saya sudah dapat mengagak tapi bila telahan saya benar saya berasa hampa dengan character tersebut. Rasa macam nak lumat2kan je manusia sebegini dengan batu lesung. And finally closure buat Ima dan anak2. Sayangnya, ada juga manusia sebegini. Enggan memaafkan, menafikan kehadiran cucu2nya dan nak claim harta yang bukan milik mereka. Yg menjadi mangsa bukan mereka tapi Ima dan anak2nya.

Suku akhir lebih kepada mengeratkan silaturahim dalam keluarga Imran dan Ima dengan anak2 yg telah dewasa ditambah lagi dengan si kecil, yg nakal2. Perubahan anak2 lelaki Ima yg dewasa sewaktu melakukan sholat jenazah buat mereka muhasabah diri. Imran was charming and sassy all the way walaupun sudah 6 -7 tahun bernikah dgn Ima. Dan kelucuan tahap maxima buat saya ketawa di awal pagi dengan kerenah si kecil terutama sekali waktu si abangnya ingin bernikah.

3rd and 4th quarter of the book, ada scene yg menyayat hati. Tak sangka boleh terkeluar juga airmata ni. Im waiting for closure untuk watak 'Harrison' & Melly dan Mat Dani & Adira. Sayangnya tiada perkembangan lanjut untuk hubungan ini. Mungkin next novel kut.

Akhirnya, in between the story, kemunculan Fakrul Iman (harap betul nama ni) bersama isterinya yang cantik untuk menyelamatkan hari. Finally u tahu siapa nama isteri Fakhrul. His last mission, with regard to his wife request as promised. Semasa mereka ingin melepaskan diri, boleh terasa getaran dan seram sejuk untuk melepasi imigresen. Watak yg forever mystery.

4.6* Pendapat saya..
Walaupun penggunaan bahasa BI kurang dalam ini tetap terdapat grammatical error which I cant overlook dan vocab yg digunakan kurang tepat. Overall perfect.
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
July 24, 2018
Indah!!!

Terhibur dengan keletah Ammara dan Udin. Ada je yang nak dibuat... Hahaha

Aku jarang nak dapat kisah di mana pasangan perempuan yang lebih tua dari lelaki. Tapi kisah ini jarak umur mereka tak menjadi halangan. Ye lah Fatyma pon masih cantik lagi bak anak dara lah katakan. Siapa sangka ada connection antara Imran dan Fatyma. Dengan kemunculan Ika dan Rayqal serta rahsia Rafizi suatu ketika dulu.

Dalam sweet & dangerous ada sedikit misi mengenai Pandak Itam yang dilakukan oleh Fakhrul tetapi kisahnya ringkas. Dan untuk kisah selanjutnya dan apa kaitannya ada dalam novel ini. Part ni yang macam nervous je bila baca.

Sekali lagi konflik yang sangat sedih bila Ameena menyambut seruan Ilahi terlebih dahulu. Allah gantikan dengan yang lebih baik. Belajar redha dan menerima qadak dan qadar yang dah ditentukan. Aku enjoy membaca hingga ke muka surat terakhir.
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
November 23, 2017
Pertama kali melihat buku ini di Popular, saya sangka author dia seorang lelaki. Ketika membaca sinopsis, saya terus beli tanpa berfikir dua kali sebab ingin tahu kisah seorang lelaki muda yang jatuh cinta dengan seorang perempuan berstatus janda anak tiga yang jauh lebih berusia dari sisi pandang seorang lelaki. Tapi bila balik rumah dan search, rupanya Adnil Zaff ini seorang penulis perempuan 😅😅😅

Tapi tak apa, sebab saya tetap terhibur dengan buku ini. Cerita best dan susunan plot dia sangat kemas. Tidak serabut, tidak tergesa-gesa dan tidak meleret. Just nice. Tarik tali di antara Fatyma dan Imran hanya berlaku sebelum mereka berkahwin. Selepas itu, mereka lebih fokus kepada keluarga dan hubungan anak-beranak. Famili ni memang sweet saja. Imran bromance with Rayyan/Naufal. Imran love-hate relationship with Adira. Kenakalan Amarra dan Udin yang mencuit hati. Mak cik Milah yang kelakar dan sporting. Sebab bukan senang untuk menerima menantu yang berstatus janda begitu. Bukan salah, tapi sudah stereotype sesetengah masyarakat yang memandang kurang manis akan status ini.

Dalam pada itu, ada juga sisi jahat dunia yang tidak senang dengan hubungan Fatyma dan Imran. Kisah bloody yang lepas muncul kembali. Tiba-tiba mereka hidup dalam perhatian gangster dan mafia pula. Masa ni, memang rasa saspen juga.

Overall, saya memang suka buku ni. Best. Tapi selepas habis membaca, tiba-tiba saya teringatkan part di mana Rafi Holdings tu kena hacking. Punyalah riuh satu syarikat. Komputer masing-masing kena hacked. Tapi dalang dan motif di sebalik kejadian? Time tu terus teringat drama Phantom. Berharap penulis membawa pembaca kepada dunia hackers pula. Tapi tak apalah, buku ini masih tidak mengecewakan.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
January 12, 2019
[BOOK 2]

Dikaulah Seluruh Cinta by Adnil Zaff.
.

Ni pun sama. Baca start Disember 2018 lagi, tapi sekarang baru habis. Bukan sebab tak best, tapi sebab buku ni tebal sangat buatkan aku rasa demotivated. Dahla mood ke laut.
.

Aku pun tak ingat dah berapa banyak buku penulis yang kubaca, tapi, seingat aku, semuanya best!
.

Ni cerita tentang Imran yang jatuh cinta kepada Puan Sri Fatyma, balu yang 7 tahun lebih tua daripadanya. Tapi dah nak buat macam mana, cinta tidak mengenal usia. Yang sebenarnya, Fatyma pun sukakan Imran. Tapi ada je halangan. Pertamanya daripada Adira, anak dara Fatyma. Selain itu, pandangan masyarakat yang lebih ditakutkan. Dan Fatyma juga sebenarnya agak trauma disebabkan perkahwinannya yang terdahulu.
.

Apa yang kusuka dalam ni ialah, penulis bukan sahaja menekankan soal hubungan Fatyma dan Imran, tapi ada juga diselitkan part thriller. Part thriller ni memang berjaya buatku cuak. Dengan cubaan membunuh mereka sekeluarga. Dan kemunculan cameo Fakhrul.
.

Dan ku suka watak Imran. Walaupun dia ni miang dan merenyam, tapi dengan Fatyma je. Hahaha. Walaupun dia lebih muda daripada Fatyma, dia pandai membimbing keluarganya. Dan kusuka bila dia sangat menghormati ibunya.
.

Bacalah, kalau sukakan buku yang tebal tapi best!
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
December 7, 2024
Banyak benda ehh yang terjadi dalam cerita ni. I ingatkan cerita ni semata-mata cubaan Imran nak mengorat Fatyma dan nak ambil hati anak-anak Fatyma rupanya haa roller coaster jadinya konflik sana sini.

Bolehlah I nak katakan cerita ni ada lawak sengalnya, ada serius, ada sedih (I sebak ehh bab ameena ni), ada sedikit perkongsian yang baik dari tanggungjawab ibu bapa terhadap anak dan sebaliknya, ikatan kekeluargaan, isu perebutan harta lepastu haha tetiba masuk thriller jap. Ada cameo Fakhrul Iman & the gang dari Sweet & Dangerous. Okay barulah I faham misi terakhir yang Fakhrul kena settlekan sebab dalam Sweet & Dangerous rasanya takda diceritakan.

I paling suka ending cerita ni memang penulis cerita sampai ke anak cucu haahha (semua penulis harus ikut contah yang macam ni barulah pembaca bertambah sayang :D)
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
September 5, 2018
Rasa mcm puas baca novel nie.. Siapa yg belum baca sila laa baca.. Mmg x rugi.. 😊
Profile Image for Mslvoe.
2,059 reviews200 followers
March 12, 2022
Dah baca last year but dont know why tak captured kt goodread.

Buku dia tebal.. not bad jalan cerita dia.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 10, 2017
PBAKL2017 #9

4.8*

Siapa nak baca buku yg tebal-tebal tapi jalan cerita tak bosan langsung baik beli buku Dikaulah Seluruh Cinta ni. Walaupun tebal sampai 700+ mukasurat, tapi berbaloi beb !

Suka giler dengan jalan cerita dlm buku ni. Fatyma Zahra si ibu tunggal 41 tahun ditemukan dgn jejaka teruna Muhammad Imran yg muda 7 tahun dr dia. Mula2 Fatyma tak layan dengan godaan Imran, lagipun dia dah ada 3 orang anak yg dh besar-besar belaka, bikin malu je kalau kahwin di usia 40-an. Tapi kalau sudah jodoh takkan ke mana kan?? Walaupun pada mulanya anak bongsu Fatyma, Adira menentang hebat kewujudan Imran, tapi lama-lama hatinya lembut juga.

Dalam buku ni juga bukan setakat kisah cinta Fatyma-Imran je, ada selit juga kisah gangster, pembunuh upahan. Well sy suka dengan garapan macam-macam kisah dalam novel ni.

Paling sy suka watak mak Imran, Mak Cik Milah. Tak kering gusi baca keletah dia dengan si Imran. Ada-ada je yg Mak Cik Milah kenakan pada anaknya. Ditambah lagi dengan keletah anak sulung Fatyma dengan Imran, Ammara di hari pernikahan Rayyan-Amy. Aduduii...

Tahniah Adnil Zaff utk novel ini. Keep it up !
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
July 25, 2020
Puas hati. Puas hati. Puas hati. Ending yg memang terbaik!!! Apalagi nak cakap? Mmg semuanya terletak elok dlm novel ni. Ya Allah, kau jadikan lah suami Aku romantik caring macam si Imran ni. Aminnn.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
October 31, 2017
4.5 * utk cerita ini.

Fatyma Zahra - Segala2nya tentang perkahwinannya yang terdahulu adalah duka semata. Tiada satu pun yg indah untuk dikenangi. Wajarlah dia berasa serik utk bercinta, apatah lg utk melangkah ke alam perkahwinan semula.

Bertemu Muhammad Imran, si Pengurus Besar baru di syarikat miliknya, Fatyma tidak menjangkakan kehidupannya berubah sama sekali. Olah Imran sering menambah beban fikirannya yg sedia kusut selama ini.

Sedangkan Imran sepertinya tak tertolong lg, jatuh cinta pandang pertama kpd Fatyma yg berstatus "Puan Seri". Semakin ditolak, semakin dia berani mendekati. Biar berbeza umur, hatinya tetap ingin memiliki. Mabuk cinta sungguh lelaki seorang ini. 😂😂😂

Akhirnya Fatyma akui hatinya terisi, hidupnya beroleh ceria dgn hadirnya Imran. Walau pelbagai cabaran yg dihadapi, mereka berdua nekad bersama tempuhi..mengikat janji sebagai suami isteri. Tidak akan sekalipun Fatyma dibiar sendiri. Seluruh cinta akan diberikan.

Ironisnya penyatuan hati Fatyma & Imran membuka kembali lembaran kisah silam Fatyma...tentang dikhianati serta tentang sebuah konspirasi. Kerana ada pihak yg tidak senang hati dgn Fatyma yg memilih Imran, tiba2 kospirasi terwujud kembali & kali ini ada lg yg harus "MATI".

Bagi saya, kisah ini plotnya disusun sgt rapi. Saya suka penutup ceritanya (epilog). Watak2 punya karektornya sendiri & ada yg sgt mencuit hati. Ada saspen, ada sengal, ada lucu & macam2 lagi. Sebuah lg kisah yg sgt baik dr penulis ini.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 29, 2017
muhammad imran, disuruh bekerja boleh pulak nak main cinta. dah tu bukan calang-calang, puan sri fatyma bosnya pulak tu tempat cintanya jatuh. fatyma pula seperti terlupa segala syarat dan peraturan di tempat kerja. bukannya pun dia melayan tapi aura imran seperti besi berani, kuat sungguh tarikan. fatyma, janda anak 3 dan tidak pernah berangan mencari lelaki pengganti tempat arwah suaminya rafizi. disebalik tenangnya tidak ramai yang tahu dia berduka. kematian suami bak kata melepaskan dia dari cengkaman derita rumahtangga.

suka idea puan penulis. kisah janda kaya dan teruna yang muda darinya yang amat tergilakan dirinya. imran juga amat berdedikasi dalam kerja di samping kerjanya mengorat puan sri. antara halangan yang perlu ditempuh ialah adira, anak fatyma yang membenci pada setiap lelaki yang cuba rapat dengan mamanya. bagi adira bapa tiri semuanya jahat. dia mengagungkan arwah papanya tanpa mengetahui keadaan dan sifat sebenar arwah papanya. bila imran mula rapat dan menonjolkan diri dihadapan adira, wahh... celupar sungguh mulut anak dara itu. dia tahu, ugutannya akan melemahkan mamanya. puan penulis bijak menangkap pembacanya untuk terus tekun menghadap karyanya ini. walaupun nampak macam tebal tapi 709 mukasurat cukup menghiburkan. tambah pula kesengalan imran.

imran dan fatyma berkahwin juga. dan rumahtangga mereka bahagia walaupun imran perlu hadap pelbagai perkara. adira yang membencinya dan juga ancaman kerana rapat dengan fatyma. part ni masuk juga tentang pergolakan dalam perniagaan, yelah.. kisah orang kaya ni memang tak boleh lari dari perniagaan, busuk hati, dengki khianat. itu tak masuk lagi khianat dari orang dalam dan adegan nak bunuh-bunuh ni.. cantik juga olahan puan penulis dan tidaklah keterlaluan sangat. manalah fatyma dapat menduga. dia hanya menyangka bekas adik iparnya yang punya onar. tak sangka arwah suami ada terlibat juga... harta dunia, ramai yang gila kerananya...

suka dengan ikatan kekeluargaan yang kuat yang ditonjolkan. kisah cinta selepas berumahtangga ni lebih seronok dibaca bila ahli keluarga pun sama mewarnainya. pacat masuk seluar naufal ooii!!.. walaupun ada sedikit adegan itchy itchy uwiie uwiie.. haha!! gatal merenyam imran memang tak boleh blah sungguh.. puan penulis ni kalau dalam menyampaikan adegan kelakar sememangnya menakjubkan. Mengekek sorang-sorang dibuatnya. Haa.. part tok kadi kena kacau dengan ammara tu memang lucu sungguh. kesian tok kadi nak menikahkan rayyan asyik kena kacau dengan budak kecik ammara. nak jabat tangan menikahkan rayyan dibantai salam cium tangan tok kadi.. hehe...

walaupun ada kisah seperti tergantung contoh macam keluarga arwah rafizi, watak fakhrul tapi secara keseluruhan novel ini antara yang terbaik terbitan anaasa awal tahun ini. manusia, bila tamak haloba menguasai minda, sanggup lupa pada keluarga. dan bila tiang agama tidak kukuh, anasir jahat senang beraja. ibu pula, srikandi agung yang harus letak di singgahsana teratas. marahnya sayang, tegurannya sayang dan tindakannya juga kerana sayang. dalam rumahtangga bila tiada kejujuran sememangnya akan pincanglah ia.. tahniah puan penulis untuk karya yang hebat ini... cinta bukan sekadar pada dua insan tapi pada keluarga dan paling utama pada Yang Maha Esa. Cintailah Dia dahulu sebelum cinta pada yang lain...
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
June 2, 2017
Superb! Saya mmg minat semua cerita dari Adnil Zaff/Fazlyn Ridz but I would say that DSC ni top all of her other stories. Ingatkan crite family Buhlerr dah best tapi kali ni, crite Fatyma & Im ni lebih captivating. Firstly, buku dia tebal (709+ pages) so jgn baca ketika sedang baring. Takut buku jatuh kelepek atas hidung.

Crite mengenai wanita janda Fatyma (41 yr old) yg bercinta ngan lelaki muda, Imran (34 yr old). Im ni pekerja dia and had fallen tahap jatuh tergolek in love at 1st sight ngan Fatyma. Fatyma pada mula nye berkeras menolak advances si Im ni due to age gap and kerana tentangan keras dari anak dia. Tapi lama2 cair jugak hati beku Puan Sri ni. Bila dah kawin, bermacam2 dugaan & ancaman mereka terima dari org sekeliling yg nak jatuhkan mereka. Tapi berjaya diselamatkan oleh Mr F (tak sabar nak baca Sweet & Dangerous)

Imran ni walaopon lebih muda, tapi watak dia sgt sensible dan...SENGAL. Suke menyakat isteri tapi pemalu abis masa 1st nite. Saya suka perkembangan watak dlm crite ni. Rasa mcm pembaca pun sama membesar with the characters. Pada saya, crite ni sangat2 cukup rencahnye, kelakar, sweet cintan cintun, family, thrill sikit, kesedaran & sedih.

Well done Adnil Zaff! I would say this is one of her best works. Sape tak baca mmg rugi..heheheh
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
September 28, 2019
Best sangat! Walaupun buku ni tebal, tapi cerita ni penuh dengan emosi, sekejap buat sis gelak sorang2, sekejap buat sis nangis. Memang terbaik!

Cerita mengenai Fatyma, sorang janda anak 3, umur 40an dan Imran, jejaka hansem umur 30an yang jatuh cinta dengan bos seniri, Fatyma. Jenuh jugak dia ni pikat Fatyma dan sangat2 kelakar. Akhirnya diaorang kawin dan ada plak masalah2 lain yang wujud. Sis suka sangat watak Imran ni sebab dia jenis lelaki yang romantik, mulut manis macam kilang gula, kelakar, baik hati, sabar sangat dengan kerenah Fatyma dan anak2 dia, sangat menjaga hati isteri dia dan straight forward, no hiding at all from his wife. I like! Fatyma ni pulak jenis suka simpan rahsia pasal rumahtangga dia yang lepas, walaupun Imran ada tanya dekat dia, sampai lar ada kejadian jadi kat famili dia baru nak buka cerita. Apa pun, konflik dalam cerita ni jenis tak melarat sangat, walaupun banyak jugak konflik sebenarnya, tapi bila baca tu macam cepat je konflik tu habis. Memang best lar!
242 reviews11 followers
January 29, 2018
jarang penulis nak tulis kisah lelaki muda yg jth cinta dgn wanita yg berusia.trs saya terbayangkan zain Saidin dan roxita Che wan. puan Sri Fatima seorang wanita yg kematian Suami. diurat oleh Emran yg sengal buat saya ketawa dgn skp Emran.setelah byk halangan akhirnya Emran dan Fatima berkahwin juga. suka cerita ni.ada part romantik, part lawan... ada kemunculan fakrul iman yg misteri. plg tak sangka kerana harta seorg Suami sanggup rancang membunuh ank-ank dan isterinya. adnil zaff pandai membuat jantung saya mcm nak lompat bila part penjahat msk DLM mereka. ammara dan udin memang buat gelak keras. nakalnya... good job penulis...
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
October 23, 2018
Puan Sri Fatyma Zahra kematian suami, Tan Sri Rafizi, menjadi janda pada umur 34tahun. Sekali gus menjadi ibu tunggal kepada 3 cahaya mata. Ahmad Firdaus Rayyan 15tahun, Ahmad Harith Naufal 13tahun & Noris Nur Adira 8tahun.

7tahun da berlalu, Fatyma sibukkan dirinya... mengambil ahli sepenuhnya tugas menjaga syarikat peninggalan arwah suaminya, Rafi Holding. Mama Fatyma, Puan Sri Kartini berkali2 menyuruh Fatyma mencari pengganti... Yup, mmg Fatyma terasa sunyi tapi tidaklah sampai terdesak nak kahwin lagi... lagipun, kalau anak2 dia dengar isu kahwin lagi ni... mengamuk anak2nya nanti...terutama Adira! Beza dengan Naufal, dia tahu Mamanya sunyi, asalkan lelaki tu sudi bahagiakan Mama, Naufal terima seikhlas hatinya.

Muhammad Imran, kali pertama bila bertentang mata dengan Fatyma, CEO Rafi Holding untuk interview kerja, da tangkap cintan 🤣 Imran diterima bekerja di Rafi Holding but there's rules to follow! Fatyna is very serious about her rules! Dia tk suka ada hubungan peribadi antara bos & pekerja, tak suka org yg tak amanah, miang2 dengan mana2 staf. Semua org di pejabat tu tahu yg Fathma bukanlah org yg peramah. Kalau sesiapa nk kerja lama di Rafi Holding, jgn cuba untuk menggangu dia selepas waktu kerja untuk urusan tak penting. Dia tidak akan jwb call bila dia ada di rumah. Ada ape2 hal, kena cari Melly terlebih dahulu.

Imran, kuat kacau & mengayat Puan Sri 😂 Tersenyum2 baca... Imran nvr give up! Sampai lah 1 hari tu muncul beberapa org pukul Imran dan siap kasi amaran pada Imran untuk jauhkan diri dari Puan Sri Fatyma. Siapa org2 tu? Kalau Fatyma bukan milik sesiapa...kenapa Imran diugut? Fatyma berkerasa ckp dia tk kenal org2 tu tapi beliau pernah beberapa kali jgk diugut. Saat mcm ni, Imran hulurkan tangan... ingin menjaga & melindungi Fatyma tapi Fatyma tolak.... atas alasan yg sama.

Imran berhenti kerja serta merta dan bwk diri ke kampung. Tiadanya Imran, Fatyma tak senang duduk. Fatyma mencari Imran di kampung. Di sana Fatyma jumpa dengan Mak Cik Milah, mak Imran. Vogue ok mak Imran ni.... bukan marah Fatyma, malah sokong wei untuk mereka berkahwin 🤣Siap dengan "kelepak kelepak kelehhng kelebung..." (I really Love Mak Cik Milah)

Mcm biasa, berita Mamamya nak menikah lagi ditentang kuat oleh Adira. Sampai ugut nak tinggalkan rumah. Well, mcm Naufal ckp, Plan A tak jadi... Ada Plan B. Plan B...nikah tanpa pengetahuan Adira. Kalau da jodoh, takde siapa boleh halang. Maka terjadilah pernikahan Imran & Fatyma. Part nak nikah ni korang kena baca... kekek abis!!

Marriage in silence... well, dirahsiakan dari Adira aje. Adira still anggap Papa dia Hero segala galanya... she tak tau betapa seksanya Mama dia menanggung derita & merana ketika bersama Arwah. Arwah ada perepuan lain, even tolak Fatyma sampai jatuh, masa tu Fatyma mengandungkan Adira and almost gugur.... mcm2 hal lagi ar, korang kena baca. Well, Adira dpt tau jgk pernikahan Mama & Imran. Mengamuk gila wei dia....esp bila dpt tau Mama dia pregnant again!! To her...Mama dia da tua... cukup2 ar jaga anak kat rumah aje... and no one should take over her Papa position in the house. Senang ckp, she tak mau ada org luar masuk dlm keluarga dia.

Ex Gf Imran kembali, Ishika... dan Ishika ni jgk ler org ketiga dlm perkahwinan Fatyma & Rafizi. Ishika tinggalkan Imran sebabkan Rafizi... so in a way, sebelum Imran berjumpa dengan Fatyma, dia mmg da tau tentang Rafizi. Imran ceritakan segalanya yg dia tau tentang Ishika & Rafizi sampailah cerita Ishika keguguran. So, ada muslihat ke Imran berkahwin dengan Fatyma? Fatyma rasa tertipu? Sepanjang itu, Imran terkenangkan ape nasib isteri Rafizi dengan anak2nya. He nak lakukan sesuatu untuk hentikan keadaan itu. But, according tu Ishika, Rafizi ada niat nak ceraikan Fatyma.

Imran selalu dengar cerita pasal Fatyma... sehinggalah ada jawatan kosong dlm Rafi Holding & Imran nampak nama Fatyma sebagai CEO. Imran ingin mengenali betapa tabahnya seorang wanita yg bernama Fatyma Zahra... tapi akhirnya, Imran jatuh cinta pada Fatyma Zahra. Bila Imran tahu Fatyma diugut, Imran ajak kahwin... Imran tk sanggup nk tengok Fathma melalui kesusahan lagi sebab dia tau betapa merananya Fatyma ketika bersama Rafizi. Imran ingin bersama dengan Fatyma dlm ape jua keadaan. Imran terlalu sayangkan Fatyma. Kerana Fatyma juga dia dpt lupakan segala kekesalan & kepedihan.

Not only Ishika...muncul pula Raiqal, adik Rafizi yg masih mengharapkan Fatyma walaupun Raiqal ni da beristeri. Fatyma difitnah Raiqal. He will do anything to get her. Mamat gila... tak tau ke Fatyma tu kakak ipar dia. Tau2 aje one day she wake up, Raiqal next tu her... tidak berpakaian n Raiqal keep saying mereka "bersama" that night. Rafizi, suami Fatyma sendiri pun percaya yg Fatyma ada hubungan dengan Raiqal. And Raiqal keep saying yg Adira anak dia bersama Fatyma 😱😱 Betul ke? Fatyma yakin Adira anaknya bersama Rafizi. Kerana, kononnya "kejadian mlm tak diingini tu" Fatyma sudah mengandung. Rafizi tetap tidak percaya. Pada Rafizi, Fatyma ni jenis perempuan ape sampai sanggup ada hubungan dengan Adik ipar sendiri?? Kalau takde kepercayaan...Fatyma mintak dilepaskan, cerai. Rafi telan liur...Cerai?? Fatyma tak boleh diceraikan sebab Rafi Holding bukan milik mutlak Rafizi... sebaliknya Hak Fatyma.

Imran diculik... but was found later di semak samun. Nasib ada yg terjumpa Imran. Imran masih tk sedarkan diri. Keadaan Imran sgt kritikal. Even bila Imran di hospital, masih ada yg nak buat dajal... tapi siapa? Polis cuma beritahu, mungkin Imran cuba dibunuh tapi sempat diselamatkan org. Fatyma pernah diugut org... adakah org yg sama? Hari tu dia larikan Imran, hari ni dia nekad nak bunuh Imran ketika semua sedang sibuk.

Saat keadaan jadi kelam kabut, muncul Muhammad Fakhrul Iman, dihantar oleh Tuan Paramjit Singh Dillon. Fatyma da lama tk jumpa Dillon...mcm mana Dillon tau tentang Imran? Fakrul ditugaskan sebagai bodyguard Imran. Keselamatan Imran adalah tanggungjawab Fakhrul. Fakhrul bodyguard Imran... Jackson Lee akan "pantau" Fatyma dari jauh... just dont approach him. He tau ape yg he buat... Ape cite ni? 🤔 Makin suspen kan... The problem is, cuma family members aje tau yg Imran di hospital... jadi sape dalangnya yg bocorkan rahsia...sampai di hospital pun Imran cuba dibunuh.

Munculnya Fakhrul, segala "Rahsia" terbongkar satu persatu... Rahsia ape? Siapa yg dengki sgt tu yg cuba bunuh Imran & ugut Fatyma? Adira... mmg tak akan terima Imran sebagai ayah tirinya ke? Raiqal... ape kesudahannya? Nak tau... korang baca k. Awesome book.
#DiKaulahSeluruhCinta
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
July 18, 2020
Walaupun jalan cerita yang agak meleret-leret, Saya suka character Imran dan Mak Milah. Juga character anak2 nya terutama si Amarra & Udin. 😂😂😂.
6 reviews
April 19, 2025
4.3/5⭐️

Another book dari Kak Adnil. Mengisahkan Imran yg seorang GM and Fatyma seorang CEO. Awal pertemua lgi si Imran ni dah jatuh hqti kat Fatyma. Tapi Fatyma nih bnyk main tarik tali. Sebab dia rasa dia tk layak dngn Imran seorang jejaka muda sedangkan dia seorang janda anak 3 and dia lagu tua dari Imran.

I suka karakter Imran dalam nih. Nakal tpi matang. Bila dia terus perjuangkan cinta dia dkat Fatyma. Dia tk pernah putus asa. Dia tk kesah apa yg org rasa. Pada dia kalau dah cinta, sayang kenapa nak peduli apa org cakap kan.

Fatyma pulak seorang yang ibu yg penyayang, tegas. Setelah lama menjanda akhirnya hati dia dicuit kembali oleh gelagat Imran. Tapi bukan sengaja dia menolak cuma dia tkut penerimaan org lain. Dia rasa dia dah tua tk layak bersama Imran. Tambah dngn sikap Adira yg langsung tk mampu bertolak ansur. Tapi kata org kalau dah jodoh tk kemana.

Saya suka part family Fatyma especially her parents. Sngt lah baik. Ayah dia tk pernh kesah even anak dia nk kahwin malah dia galakkan lagi utk Fatyma kejar bahagia dia. Mak si Imran pun tk kesah sporting je dia.

Plot cerita mungkin awal2 mcm draggy tpi dah nk habis tuh mcm2 jadi. Buatkan kita tk expect langsung. Even dah dapat hint sket pasal Raiqal tuh. If pernah baca cetita Sweet and Dangerous korang mungkin perasan ada part pasal Imran and Fatyma nih. Sbb dalam nih ada kesinambungan kisah tuh. Paling tk sangka plot twist. Saya mcm oh Imran nih dah tahu rupanya.

As usual, saya paling suka bagaimana author potray kan hubungan suami isteri yg matang. Tk cepat melatah ada masalah berbincang. Suami yg memahami keadaan isteri. Isteri yg menghormati kepada suami even dia lagi tua pada suami. Saya suka bagaimana Imran nih lead kehidupan rumah tangga dia.

Recommended utk korang baca. Rugi lah kalau tk memcuba baca karya Kak Adnil. And bagi saya karya dia lebih sesuai utk yg 18+😅.
This entire review has been hidden because of spoilers.
194 reviews9 followers
July 23, 2018
Tema yang dibawa lain dari yang lain. Alhamdulillah Imran tak mata duitan.

Dlm perjalanan cerita ni, aku tak berapa dpt gambaran Fatyma ni Puan Sri. Rasa mcm acik biasa yang kawen dengan lelaki muda. Tu je. Tak terasa kekayaan dia.
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
October 16, 2020
Imran daring tapi naif! Imran ni memang suami idaman. Walaupun buku setebal kamus tapi tak rugi baca. Sila lah baca ❤️
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
January 9, 2023
Dalam banyak2 karya Adnil Zaff,DSC yg paling Cik N suka.Suka! Suka! Suka!
Fatyma & Imran ❤️
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.