Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rindu Itu Cinta

Rate this book
Perasaan Annisa terhadap lelaki telah mati sejak sebelas tahun gara-gara dendamnya terhadap Azry. Sedangkan bagi Al-Hadi, kalau bukan jodoh… cari saja orang lain buat pengganti. Suka pandang pertama Al tak diendahkan oleh Nisa. Tapi gara-gara kereta, Nisa terpaksa menghadap Al hampir setiap hari memandangkan lelaki Itu sudah menyewa di apartmen yang sama.

Azry tiba-tiba muncul semula tapi tak pernah memperkenalkan isterinya kepada Nisa. Nisa nekad mempergunakan Al demi mencetuskan cemburu Azry yang memperlekehkannya. Bila terkantoi Al dan Azry adalah sepupu, Nisa mula takut sejarah silamnya terbongkar. Tapi Al menuntut penjelasan dan nekad mahu menjadikan Nisa sebagai isteri.

“Sudahlah, Al… cari perempuan lain ajelah. Saya tak sanggup masuk mulut buaya lagi.” – Nisa

“Naluri buaya sebenarnya suka berjuang. Saya nak perjuangkan awak… sebab awak layak diperjuangkan.” – Al

Walaupun Azry muncul semula, Al nekad menggoda Nisa dengan caranya yang tersendiri. Perjuangan Al itulah yang membuatkan loceng dalam hati Nisa berdentang-dentang minta dibukakan pintunya.

“Aku mencintainya dengan semua keanehan dan ketidaksempurnaannya.”

469 pages, Paperback

First published April 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Rose Harissa

39 books227 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (32%)
4 stars
53 (42%)
3 stars
31 (24%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews59 followers
April 7, 2017
4.5 Bintang.

Puas hati bila buku ni menjadi kenyataan, dari blog ke versi cetak.
Puas hati dengan kesudahan kisah Al Hadi & Nisa.
Mungkin ada beberapa perkara yg dibiarkan begitu sahaja oleh penulis tapi rasanya yg sedikit tu terasa lebih manis.

Satu perkara yg saya perasan dlm kisah ni penulis mengajak kita untuk Memahami erti memberi kemaafan,tidak membalas kejahatan dengan kejahatan juga. Kerana sejahat-jahat manusia tu masih ada lagi sifat perkemanusian jika diberi peluang. Aura Al Hadi sgt kuat dia sangat comel
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
April 9, 2017
4.5*

Al Hadi tu buaya betawi setia, pelindung yang boleh diharapkan, comel dan gentleman.

Annisa tu Barbie doll yang comel, kuat di luar rapuh di dalam.

Awra anugerah terindah, matang dari usia dan pendamai dua keluarga.

Azry@Kamal pulak jantan hansuang tak guna, gatal miang sepatutnya masuk penjara je sebab buat penderaan seksual pada isteri sendiri, buang macam kain buruk siap ditalak 3.

Zurya pon sama gunting dalam lipatan kawan makan kawan dah dapat balasan juga akhirnya.

p/s: Alamak baca review ni kali ke 2 cam emosi sangat. Kui2. Maksudnya menjadi la semua watak. Tahniah kak RH..
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews107 followers
April 15, 2017
Cik Pah suka watak Rozan. Sahabat baik Al Hadi. Penasihat dan pendengar yang kelakar. Memang dok tunggu-tunggu watak dia muncul. Apabila dia ada je, semua dialog orang lain pun Cik Pah baca dalam loghat utara. Harap watak Rozan ni muncul dalam novel-novel lain kalau RH tak nak bukukan kisah Rozan dan tunang dia.

Kisah Al Hadi, Nisa, Awra dan Azry ada pengajaran untuk semua golongan pembaca. Tahniah RH.

ps : orang utagha minat orang utagha :D
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
April 26, 2017
3.5*
Nak kata mood ke laut tapi masih ingin terus membaca. Sayangnya kebanyakan novel di peramkan saja..mungkin the excitement dah terhakis sedikit demi sedikit. Dan mungkin kerana itu juga saya tidak begitu menghayati novel ini. Its hard not too like Rose Harissa's writing or nak peramkan je. hehehe

________*****________

Eventhough simpati dgn nasib Nisa dan asbab dia terlalu berjaga2, saya juga rasa kurang senang dengan riak dirinya. Ingin kelihatan cantik dan menggiurkan for all the wrong reason. Ingin kelihatan kuat tapi lemah dan naif. Hampir sahaja kehilangan maruah dan harga diri sekali lagi. Terlalu confident dan degil menerima nasihat yg wajar.

Hadi mmg sweet giler. Saya suka walaupun dia nampak mcm buaya di awal cerita, tapi perbuatan dia tidak nampak begitu. Dia buaya yg setia dan tidak memilih status dara ke janda, cantik ke kurang cantik, solid ke tak solid. Dia mampu terima pasangannya seadanya asal mereka bahagia bersama. Yg paling saya kagum, Hadi berusaha keras untuk memenangi hati Nisa sampai satu tahap saya rasa macam nak masuk dalam buku dan 'sekolahkan' Nisa yg menjunjung ego. Geram!! Tapi taklah seteruk Ann ke Ani melayan Zafran. (Tak ingatlah nama tu betul ke tidak dan dari novel mana but i know perempuan tu mmg tahap derhaka.)

Yg paling benci watak Zurya..saya hanya membenci sikap pura2 dan kelancangan mulut dia tapi kesian juga dan saya musykil, Azry ni cinta ke tidak dgn dia? Sebab walau bersama pada jangka masa yg lama sikap kaki perempuan Azry masih tidak berkurangan.

Masih ada lagi yg dirahsiakan dan masih ada lagi yg tidak diluahkan. Kalau ikut genre begini dari RH, saya lebih suka novel Proposal Cinta dan Tuhan lebih Tahu. Apapun watak Zurya walaupun sikit tetap memberi kesan pada watak2 terbabit dlm novel ini. Endingnya kurang memuaskan. What I like most, novel ini tidak terlalu cheesy with sweet romantik words and scenes.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,371 reviews71 followers
November 15, 2018
[BOOK 109]

Rindu Itu Cinta by Rose Harissa.
.

Yeahhh... Buku pertama RH yang kubaca. Sorry, kalau ikutkan hati, banyak je buku penulis otai ni yang masuk dalam list, tapi RIC je yang dah baca.
.

Disebabkan ni buku pertama RH yang kubaca, so, ku tak tahu nak expect apa. Dan kalau tengok cover dan blurb (yang biasanya aku ignore je), ku akan assume yang buku ni biasa-biasa je.
.

Dan bila dah baca, wowww.... Ku suka! Kebetulan pulak, ku start baca buku ni sambil tengah baca buku lain yang agak boring. So, this book is a kind of mood booster la kot.
.

Al-Hadi seorang buaya Betawi yang terpikat dengan seorang Barbie Doll, Annisa. Walaupun gigih Al duk pikat hati Nisa, tapi Nisa tetap butakan hati. Walaupun sedikit sebanyak, hatinya tergugat. Kerana dia takut rahsia lamanya terbongkar. Dan kemunculan semula Azry mula menggugat ketenangan Nisa. Siapakah Azry? Dan apakah lagi rahsia yang disembunyikan oleh Nisa?
.

Cerita ni guna POV 1 yang diselang-selikan antara Nisa dan Al pada setiap bab. So, bila POV Al, seronok baca. Sebab boleh baca apa yang lelaki duk bersembang pasal perempuan. Haha. Disebabkan Al ialah orang Sarawak, maka ada lah dialek Sarawaknya. Ku suka. Sebab rasanya ku tak pernah baca lagi buku dialek Sarawak. Dan RH banyak gunakan perkataan yang ku tak pernah dengar. Contohnya nyalang, menggucek, hangsuang. Ada yang ku tak faham tapi buat-buat faham je la. Malas nak carik maksud.
.

Lepas ni, ku kena baca banyak lagi novel RH. (Lepas ni yang tak tahu bila)
Profile Image for Alia Fatihah.
124 reviews12 followers
July 6, 2026
Mengisahkan Nisa yang bencikan lelaki especially yang berasal dari sarawak. Al hadi ‘buaya betawi’ pemuda gigi besi yang agak gila sampai dia sanggup rosakkan kereta Nisa semata mata nak dapatkan nombor telefon Nisa.

Perangai Nisa ni ego tak bertempat dan sesungguhnya aku sangatlah geram tapi bila dah baca part kisah silam Nisa yang sangat dark tu, aku jadi faham dengan perangai Nisa yang terpaksa menjadi defensive demi menyelamatkan diri sendiri daripada ‘terjatuh’ ke tangan yang salah lagi. Cuma aku kurang setuju dengan cara Nisa upgrade diri dia dengan menjadi seorang yang kurang menjaga aurat dia hanya sebab dia taknak jadi seperti diri dia yang dulu.

Al hadi. Ya Allah sangatlah penyabar ya watak pemuda yang seorang ini. Saya sangat suka yang Al ni tak rasa negatif terhadap Nisa walaupun selepas dia mengetahui status sebenar diri Nisa. Dahlah macam tu lepastu Nisa rupanya ada kisah silam dengan sepupu dia si Kamal/Azry tu. Al hadi banyak kali muncul sebagai penyelamat dalam hidup Nisa. Hes very charminggggggg. Nak satu 😆

Azry. Hmmmmmmmmm entah lah. Jahat gila sanggup buat dekat orang lain macam tu. Sejujurnya saya sangat tak puas hati dengan ending dia yang sorang ni. Macam terlalu baik untuk diri dia yang jahat tu. Tapi sebagai seorang ayah dia memang baik la.

Kalau nak cakap pasal penulisan, nama Rose Harissa ni sendiri merupakan satu nama yang besar dalam industri buku ni. Penulisan buku ni best tapi still tak boleh lawan ‘Proposal Cinta Selamanya’ hehe. Leo tetap no satu 🤭
Buku ni sweet tapi tak cheesy sangat dan watak watak dalam ni mostly matang. Terharu sangat dengan penerimaan mak Al hadi terhadap Nisa punya status 🥹🤏🏻

Overall best!!!!!!!!!!
Definitely 5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Tiara Sapphire.
165 reviews6 followers
September 5, 2018
Al si Buaya Betawi yg setia, sekali jatuh suka pada Nisa memang dia takkan mudah putus asa. Nisa pula nampak keras sangat rupanya ada rahsia yg buat dia serik nak terima lelaki dalam hidupnya.

watak yg lain pun memang best kecuali Azri si Hangsuanng tu macam hantu.

jalan cerita yg menarik dan banyak pengajaran yg boleh diambil.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
212 reviews3 followers
March 7, 2020
Sweet... Cair... Smua ada bila baca naskah drpd penulis otai nie... Love sgt dgn karakter Annisa yg kuat setelah maruahnya dilumat2kan oleh Azry... Love sgt dgn kenakalan Al yg cute... And honestly... Dpt byg2kan plak pelakon yg sesuai bwak wtak2 nie... Sepnjg pembacaan, dok terbyg Hannah Delisha and Adam Lee... Mcm sweet je klau mrka ber2 disatukan dlm naskah nie klau dibuat drama... Hehe... Tahniah kpd Kak Rose... Heheh
Profile Image for Izzati Aisyah.
265 reviews41 followers
October 8, 2020
Aku suka betul dengan watak Al-Hadi dalam novel ni. Seorang yang tak mudah putus asa, tahu apa yang dia nak dalam hidup dan bertanggungjawab. Mula2 perangai dia tak semenggah jugak tapi bila dah asyik kena brainwash dengan Rozan fasal hukum hakam agama nampaklah dia nak berubah. Suka bonding antara dua kawan baik ni. Suka tolong each other.

Dan watak heroinnya, Annisa pula jenis yang kental dan tak mudah mengalah. Dengan lelaki dia cukup berhati-hati sebab dia tak mau sejarah dulu berulang. Perit jugak hidup dia sebagai seorang J yang rupanya ada anak seorang. Dahlah terpaksa sorakkan dari Azry tak guna tu. Menyirap jugak darah kita dengan perangai laki tak guna tu. Pastu dengan Zurya, kawan Annisa yang memang tak patut dibuat kawan. Sanggup tikam Annisa dari belakang.

Nasib baik ada Al disamping Annisa. Yang rela lakukan apa saja untuk buat Annisa dan Awra bahagia. Dan Al ni mmg tipikal lelaki idaman wanitalah. Untung Annisa dapat Al. Pokoknya aku suka jalan cerita RIC ni.
Profile Image for Mslvoe.
2,366 reviews254 followers
May 30, 2022
AL - so sweet. Awra @ Ora pun sama. Cute sangat depa berdua ni. Memang kamceng!

Masa Hanim and Nisa dok bercerita Zurya tak approve friend request. F dah rasa Zurya ni yang ada hubungan dengan Azry. Dasar kawan makan kawan!

Tapi kan tak sangka pulak Azry dan AL sepupu. Patutlah Nisa cakap "saya benci orang Sarawak" 😁

Bertembunglah Azry dan Nisa di semenanjung.. kantoi bila Nisa perkenalkan AL as boyfriend dia. Tu Azry gelak² sebab AL sepupu dia.

F tertarik dengan kawan AL, Rozan. Suka loghat utara dia. Cute.. eh tiba² 🤣
Profile Image for Kirahbacabukuni.
118 reviews13 followers
August 1, 2026
Demi mengubat hati yang rawan disebabkan Al-Barra', Kirah capai buku Kak Rose yang imut-imut dan light reading, reread balik! Last baca RIC pada tahun 2019. Memang syok baca sebab dah ingat-ingat lupa ceritanya pasal apa.

Ini mengisahkan tentang Al-Hadi, 'buaya Betawi' yang dikatakan setia. Nakal, sejenis yang tak jaga batas. Tapi otak bergeliga!

Lepas putus dengan Rania, ex-girlfriend yang sejenis pick me girl, Si Al pun mula hidupkan radar untuk mencari 'hiburan' baru. Di situlah mata dia target seseorang yang memenuhi ciri-ciri yang dia mahu.

Nisa.

Tapi Al ingat dengan sengih tutup mulut, mata jadi sepet dan gigi besi dia tu boleh melunturkan kekerasan hati Nisa. Rupanya, Al silap besar.

"Awak orang Sarawak?"

"Aok!"

"Saya benci orang Sarawak!"

Tanpa ketahuan punca, Al terpinga-pinga. Aik! Kenapa bawa isu perkauman ni? Tak puas hati, Al yang ghandok tu tetaplah mengejar Nisa. Dan barulah dia tahu kenapa selama ni Nisa cukup liat untuk melayan dia dan reject dia berkali-kali.

Tapi Al bukan sejenis yang fake. Dan dia lelaki yang tak menabur janji manis lebih banyak daripada tunjuk kesungguhan. Dia akan membuktikan, Nisa akan terima dia juga! Mana boleh buaya Betawi yang setia kalah total!

Overall, cerita yang sangat sempoi, comel, dan dalam masa yang sama masih menonjolkan isu yang agak berat juga sebenarnya. Kirah suka character development Al dari seorang yang banyak main, tak serius kepada seorang yang boleh Nisa harapkan. Nisa pun Kirah suka, sebab dia betul-betul bukan perempuan yang mudah-mudah terima lelaki dan berkeras dalam banyak benda.

Best dan cuteeee. Recommended untuk those yang suka trope single mom!
Profile Image for Qayiem Razali.
932 reviews91 followers
July 21, 2018
#39

Rindu Itu Cinta (Rose Harissa)

Berkisar tentang kisah cinta Al dan Nisa. Seorang dengan sikap 'nakal'nya dan yang seorang dengan kisah lalu membuatkan kisah cinta mereka agak mencabar. Namun, itu tidak mematahkan semangat Al untuk terus memburu cinta Nisa. Namun, satu demi satu rahsia yang terbongkar buatkan Al jadi sangsi dengan Nisa. Apakah kesudahan kisah mereka?

Bagi saya novel Rindu Itu Cinta ini agak santai walaupun watak antagonis yang ada dalam novel ini menjengkelkan. Tidak terlalu memberatkan lagi pula novelnya nipis sahaja menjadikan tempoh pembacaan agak pantas untuk ditamatkan. Tahniah penulis untuk novel Rindu Itu Cinta!
Profile Image for Zafrishasy.
33 reviews6 followers
September 28, 2024
23/9/24 - 26/9/24

3.75✨

“Aku mencintainya dengan semua keanehan dan ketidaksempurnaannya.”

Al dan Nisa. Si buaya Betawi dan Barbie Doll. Al, lelaki liar yang sudah punya kekasih. Nisa, gadis yang membenci lelaki kerana masa silamnya.

Nisa punya rahsia sendiri. Rahsia yang disimpan dari pengetahuan sesiapa kecuali keluarganya. Rahsia yang disorokkan buat sekian lamanya.

Al, jatuh cinta kali pertama pada Nisa waktu bertemu di kedai mamak, berdekatan dengan rumah Rozan. Walaupun sudah mempunyai Rania dalam hidupnya, dia masih mahu berkenalan dengan Nisa. Akibatnya, satu ‘kemalangan’ dirancang membuatkan mereka akhirnya bertemu.


-


I would say I habis baca buku ni disebabkan penulisan Rose Harissa yang agak sedap. Not gonna lie, aside from the plot and the writing, there is nothing special about it.

Penulisan Rose Harissa ni berjaya buat kita tak letak buku sampai kita habis baca. Plot dia biasa-biasa je. Si buaya darat yang sedaya upaya memikat gadis yang dia suka.

One thing about this book yang agak annoying is the ‘double meaning jokes’. Tak paham kenapa perlunya ada benda tu dalam cerita. Without it, cerita dah sedap dah pun.

Watak Al ni memang awal2 redflag. Masuk bahagian pertengahan, RH buat watak dia mula berubah. Tapi, I could see the way he ikhlas untuk berubah. Dia buat sekua tu, sebab si Nisa je. Tak pun, sebab dia malu dengan Ora, a.k.a Awra. Lain, sebab si Rozan tu asyik duk repeat nasihat sama dekat dia.

Watak Nisa, memang dari awal agak beku dengan lelaki. Dia punya tahap benci sampai tak nak berkenalan dengan lelaki yang berasal dari Sarawak. Awal awal tu sukalah juga watak dia, tapi bila si Azry tu muncul, rasa nak hentuk kepala masing-masing.

Azry dengan Zurya memang watak yang patut dibenci. Dari awal, sampailah ke hujung. Tapi itulah, kesudahan pasal Zurya ni tak berapa diceritakan. Tak akan habis sampai situ je.

Konklusinya, cerita ni boleh ditambah baik kalau direvamp semula. Ada a few loopholes, dan kalau boleh buanglah double meaning jokes tu.
Profile Image for Perrahin Nur.
47 reviews
November 11, 2025
Lurve lurve!! Omg mana nak cari My own Bumblebee mcm Al-Hadi ?!!

Suka gaya penceritaan,jln cerita, watak and smua laa!!
My second book from akk Rose, hihi
Tpi kenapa nipis sgt?!! Noooo i need more of Al & Nisa please😩😩 of course Ora too hehehe comel betol budak tuuu,geram kte tau!

Even tho deep down i cant lie i hope Kamal tuu berambus dari hidup Al dan Nisa but turns out it’s better that way heheheh cuma geram sikit xdpt tau ending Zurya tuu..i want her to merana!!😈

Suka sgt watak FL yg tegas & cute at the same time..
Al yg very childish but mature🥹🥰 suka sgt sbb xde dragging and straight to the point je jln cter dia

Conflict pon x berat sgt,simple yet very memuaskan hati saya as pembaca☺️ plus dpt bljr sikit bhsa Kamek Kitak 🤣🤣 despite author non Sarawakian but you deliver the story sgt buat saya tertipu igt Author dari sana hihi

Tu yg laju je baca sbb saya ter’sangkut’ dgn perangai Al dan Nisa yg gila2 tuu.. i wish the story is longer but overall mmg puas hati sgt baca so for that

Thank you Author for the story,berminat betol saya dgn nama Al-Hadi tu..masuk list lelaki bendera hijau saya 🤪
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sumayyah Alias.
7 reviews
September 8, 2026
Rozan memang berjaya jadi scene stealer bagi saya. 😂 Kehadiran dia sentiasa membawa mood yang lain, santai, spontan dan menceriakan cerita tanpa perlu mencuba terlalu keras. Dalam persahabatannya dengan Al Hadi pula, dia tahu bila perlu serius, bila perlu menjadi tempat meluah dan bila masanya hendak menyakat.

Sampai satu tahap, saya asyik ternanti-nanti bila mamat ni nak masuk balik dalam cerita. Lebih parah, aura Utara dia kuat sangat sampai watak yang tak ada kena-mengena pun tiba-tiba bercakap loghat Utara dalam kepala saya. 😂

Harap RH jangan pencenkan Rozan selepas ini. Kalau belum ada rezeki dia dan tunangnya dapat novel sendiri, tumpangkanlah dia dalam cerita lain. Saya belum puas dengan mamat ni.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 24, 2020
Nice. Al-Hadi, buaya Betawi, telah jumpa dengan wanita idamannya, Annisa. Tetapi Nisa sungguh jual mahal dan sombong pula tu. Al mahu memperisterikan Nisa tapi dia selalu mengelak. Rupa-rupanya, Nisa ada rahsia yang sangat meruntun jiwa. Kamal Azry pula tidak habis-habis mahukan Nisa. Tapi Al harus pandai melindungi wanita yang disayangi dan menunjukkan contoh yang baik untuk Awra. Bolehkah mereka saling memaafkan dan hidup aman dan damai bersama? Boleh keluarga yang sudah lama berpecah kembali akrab? Adakah Al seorang superhero untuk wanita kesayangannya?
Profile Image for dina.
40 reviews
September 22, 2022
3.8
- best! cumanya banyak topik sentuh pasal 'perempuan' (kalau faham, faham) buatkan kadang rasa tak selesa nak baca. rasa cam kaum perempuan ni tempat lepas nafsu untuk laki je. kalau betul la laki cakap pasal perempuan selalu ke arah 'itu', pehhh seremmm.
- tak tipu, Al serius comel. hahahahha mamat gigi besi. i can imagine ya! 😆
- i think buku ni kinda light-read jugak tapi ada scenes yang heavy sikit. and i loveeeee penulisan kak penulis yang sangat sangat santai! 😍
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
May 24, 2017
Mula-mula start baca rasa si AL ni buaya darat sgt dengan otak kuning.

lepas tu baru Nampak yg AL ni very cool and matured. sangat sayangkan ibu and family. bila dia cuba nak ngorat si Nisa tu cute sgttttt.

at the end, my conclusion is AL ialah Buaya Betawi yang setia, matang, dan sgt family oriented!.
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
February 17, 2019
Enjoyed this book. Dia punya twist pun boleh tahan. Ingatkan dah tak ada twist tengok2 ada lagi huhu.

Lagi satu, thanks puan penulis sbb tolg kayakan lagi perbendaharaan kata i.e. ketus/menggelayuti/merogoh. To name a few. Ada byk lagi perkataan yang first time dengar.

Hero pulak cool/kelakar and berani fight for what he wants. Suka suka suka.

4 bintang from me 😊
Profile Image for Wan rohani harun.
182 reviews7 followers
December 7, 2017
3.5 stars.

I took my own sweet time reading this book. I am not certain why.

Maybe because I think Nisa is stuck in the past so she can’t move on? Maybe because I like Al but I think Nisa is so prickly?

Whatever it is, this book is a let down because usually Rose Harissa’s books are awesome.
Profile Image for N.A.N.A.
225 reviews6 followers
August 20, 2024
Best betul baca novel ni. Ora aka Awra. Comel gila 🤣. Aku sempat nangis ya psl women talk antara mal Al dan Nisa. Nk mak mertua yg memahami mcm tu boleh tak. Karya kak Rose mmg tak mengecewakan. Best
8 reviews
September 7, 2025
nice je buku ni, tapi untuk teenager mungkin agak 'too much', tak ada aksi pelik², cuma realiti perkahwinan yang agak vulgar lah. Tapi tetap suatu pengajaran yang baik dan watak hero yang kelakar dan selamba badak menceriakan cerita ni yang agak kelam hehe
Displaying 1 - 30 of 37 reviews