"Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal." -AISY RAISYA.
"Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!" - QARTAL.
"Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!" - UMAR FARUQ.
Tidak ku sangka, Pencuri Hati berjaya mencuri hatiku biarpun mengambil 4 jam masa tidurku. Tidak boleh letak, biarpun jam melewati pukul 4 pagi. Tidak ku sangka, karya penulis kali ini berjaya memikatku. Hebat!
Saya tidak tahu perspektif orang lain, tapi bagi saya, karya ini memang menarik, terbaik dan melekat. Garapan yang kemas, wataknya yang luar biasa, jalan cerita yang perghhh, menggoncang jiwa raga!
Terima kasih dan tahniah penulis!
Can I give you 5* instead of 4? Ngeh ngeh.
*****
Setakat ini, ini novel pertama yang dibeli di PBAKL yang betul-betul memikat hati. Perghh, kalau tahu best mesti akan baca awal-awal, baru la tak spoil mood. ^.^
Dah lama rasanya tak baca novel genre thriller-romance camni. Jalan cerita yg begitu mantap dan mendebarkan dari bab ke satu bab. Walaupun aku sibuk dgn exam, sempat juga aku curi masa terluang dgn menghabiskan buku ini dalam masa 3 hari.
Qartal. Pd permulaan cerita, aku sgt suka dgn perwatakan Qartal. Seorg penculik yg bersikap bengis. Namun, dia selalu melindungi Aisy pd ketika Aisy ditimpa kesusahan. Dan apabila mereka berdua berjaya menemui jln keluar dari hutan, serta-merta watak Qartal di'mati'kan.
Umar Faruq. Munculnya watak Umar mengubah segala persepsi aku terhadap watak Qartal sebelum ini. Aku agak terkejut apabila mengetahui kebenaran yg satu itu.
Sangka Aisy apabila dia berjaya mencari jln keluar dari hutan itu segala penderitaan hidupnya akn tamat. Tidak sama sekali. Keadaan jd bertambah buruk. Dia hampir diculik berkali-kali tetapi sering berjaya diselamatkan oleh Umar.
Demi menjamin keselamatan Aisy, Umar telah mengambil satu keputusan nekad dgn memperisterikan Aisy. Malangnya, keselamatan Aisy masih lg terancam.
***
Setelah membaca karya2 penulis yg sebelum ini iaitu RDS, PTC dan JAYK, aku tak sangka penulis berjaya menghasilkan PH dgn aura yg berbeza dr karya2nya terdahulu. PH sebuah novel yg membuat aku tak senang duduk selagi aku tak habiskan pembacaan.
Walau bagaimana pun, kadang2 aku agak sedikit menyampah dgn watak Aisy yg keras kepala. Suka bertindak bodoh tanpa memikirkan baik-buruk tindakannya itu. Sudahnya Umar juga yg sentiasa menjd hero utk menyelamatkan dirinya dr penjahat2 tu semua.
Best giler!! First time rasenya baca buku yang bergenre thriller-romance ni..Sekali baca tak boleh nak letak dah.Nasib baik la minggu ni minggu cuti,so aku boleh habiskan buku ni dalam masa 1 hari je
Qartal,aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Qartal ni..Awal2 pembacaan dah cukup membuatkan hati aku terharu dengan sikap Qartal yang caring terhadap Aisy ni.Qartal ni seorang penculik tapi bila melihatkan sikap dia yang suka melindungi Aisy sewaktu mereka sesat dalam hutan membuatkan aku tak anggap dia ni penculik pun..Aku terkejut gila bila tahu yang watak Qartal telah 'mati' sewaktu mereka berjaya keluar dari hutan tu.Tapi alih2 muncul watak Umar Faruq pula and aku lagi terkejut bila tahu yang Umar dan Qartal ni rupanya orang yang sama tetapi berlainan perwatakan..Aku tak tahu la apa pandangan orang lain terhadap mereka berdua tu tapi aku lebih suka watak Qartal berbanding Umar.
Apapun,aku agak annoying sikit dgn Aisy yang suka menangis dan keras kepala ni.Nasib baik la Umar ni sabar je layan karenah dia tu.
Setelah tergendala hampir dua minggu gara-gara masalah printing yang menyebabkan aku terpaksa memulangkan kembali novel ini dan kemudian terpaksa pula menunggu novel ganti dikembalikan, maka selesai sudah perjalanan aku untuk Pemusnah Hati.
Ini baru betul kisah polis yang sebenar! Maksud aku, kisah yang banyak berkisar tentang aksi dan tugas mereka sebagai anggota keselamatan yang bukan semata-mata tertumpu pada kisah cinta sahaja. Dan aku tak nak mencari point untuk pertikaikan kenapa begitu, kenapa begini. Yang penting, aku seronok membaca kisah ini. Tak sabar nak tahu apa yang terjadi pada muka surat seterusnya. Dapat je buku ganti, terus sambung baca.
Tahniah untuk penulis. Novel ini akan dijadikan koleksi terbaru yang disimpan dalam almari.
p/s: Seperti yang pernah aku tulis dahulu; jika nak buat kisah hero yang menjadi anggota keselamatan, buatlah kisah tu betul-betul, bukannya sekadar 'bercerita' tentang tugas itu tanpa beraksi.
700 lebih muka surat memang tak terasa, masa berlalu terlalu cepat.
Jalan cerita yang cukup rencah aksi, drama & melo. Durasi masa Aisya dan Qartal dalam hutan sedikit panjang sebab 3 kali terjumpa dengan haiwan buas.
Aku agak sakit hati dengan Aisy tapi aku faham sebab dia tak nak orang lain 'sakit' disebabkan tindakan bodoh dia melarikan diri. Walaupun di mana dia berada, penjahat tetap akan jumpa.
Aisy yang ternyata naif dan perlukan perhatian datuk, nenek dan ayah tetapi bila berada dalam keadaan terdesak Aisy masih boleh berfikir dan tak mengharapkan 'penyelamat' untuk datang menyelamatkannya.
Umar, berdendam pada orang yang salah. Alasan perkahwinan Umar - Aisy menjadi turning point dalam cerita ni. I just love the tension.
Tak tahu lah nak explain macam mana, tapi buku ni best. Plot yang menarik, semua watak dalam ni ada peranan masing-masing. Mungkin sebab ni buku lama, jadi masa zu baca ni macam cara penulisan tu tak buat zu rasa ‘uff’ sangat 🤣 tapi best!
Buku ni zu reread, and zu memang tak ingat apa apa melainkan zu baca ending. So bila dah start baca, slowly ingatan tu kembali and zu rasa excited sebab apa yang zu agak memang betul. HAHAHA
Banyak sebenarnya maksud yang tersirat dalam buku ni cuba sampaikan. Kalau kita fikir dari arah kebaikan, maka baiklah jadinya. Kalau kita fikir arah keburukan, maka buruklah jadinya.
Taknak lah bebel lebih, korang baca korang faham 🤣 Buku ni pun zu beli dah lama kat bookstore. Siapa yang ada tu, sila reread ya! Siapa yang belum ada, pi serbu ks 🏃🏼♀️💨 HAHAHA BACA TAU!
Salah saya kerana terpengaruh dengan review-review yang rata-ratanya memuji dan memberi rating yang tinggi.
Maaf, tapi rasanya masih banyak penambahbaikan (terutamanya emosi watak-watak utama) yang perlu dilakukan untuk menjadikan ini naskhah yang memberi impak (untuk pembaca cerewet seperti saya).
Walaupon novel ni dah 2 tahun usianya, tapi baru ini aku membaca atas saranan rakan2 bookstagrammer.
Bergenre action romance. Tapi part actionnya lebih banyak daripada part romancenya. Ini favourite aku sekarang. Sebab tu bila aku dapat tau sesebuah novel bergenre action romancr terus ku decide untuk membeli.
Pemusnah Hati. Ini adalah novel ke 4 yang aku baca karya Siti Khadijah. Aku mulai jatih cinta dengan karyanya ketika membaca novel Cagaran Cinta. Lepas pada tu terus aku follow karya2 SK.
Kisah Aisy yang diculik kerana dendam terhadap ayahnya, Tuan Zabir. Tapi diselamatkn oleh Qartal yang jugak ahli penculik tu. Selama 3 minggu mereka di dalam hutan. Akhirnya mereka temui jalan keluar. Saat itu, Aisy masih menjadi buruan penculik.
Kemunculan Umar Faruq, seorang inspektor polis telah memulakan cerita baru. Dia banyak kali telah menyelamatkan Aisy daripada menjadi mangsa culik oleh geng2 yang mencari ayahnya, Tuan Zabir untuk mendapatkan kembali red diamond.
Tapi part aku tak minat bila Umar katakan yang dia mendekati Aisy hanya kerana simpati dan demi membalas dendam kerana tunangnya telah dirogol dibunuh oleh geng ayah Aisy.
Tapi dalam novel ni aku tertanya. Atas sebab apa tunang Umar dibunuh. Rasanya tidak dinyatakan sebab munasababnya .
Aku bersimpati dengan nasib Aisy. Ayah yang disangka baik rupanya ketua gangster. Atuk dan nenek gang menjaganya meninggal dunia saat dia diculik. Dan dia terpaksa membayar hutang dendam pada Umar. Arghh kalau aku jadi Aisy. Tak tahulah. Aku suka dengan watak Qartal. Dia nampak ganas tapi hakikatnya dia seorang yang baik. Sanggup membantu Aisy melepaskn diri daripada penculik. Tapi akhirnya Qartal 'mati'. Muncul hero ke2 iaitu Umar Faruq. Umar ni sikap dia seakan2 Qartal. Tegas tapi caring. Siapa umar sebenarnya? Apa jadi antara Aisy dgn Umar? Terlunaskah dendam Umar? Hmm kenala cari jawapan dalam Pemusnah hati
✨Pemusnah Hati by Siti Khadijah✨ Dia hadir untuk melindungi, bukan untuk dicintai. .
Membaca PH, sebuah karya yang bergenre aksi, thriller dan cinta memberi banyak kepuasan. PH is without a doubt one of the best novels I've read in a related genre, worthy of sharing the same praise as books from other (faves) action-thriller writers; DZ and SA. . PH menceritakan kisah Aisy yang menjadi mangsa permusuhan antara kumpulan kongsi gelap dan impak kewujudannya yang membawa banyak tragedi pada orang-orang yang cuba melindungi Aisy. Permusuhan antara kumpulan kongsi gelap yang mahu merebut kuasa dan membalas dendam dan misteri kehilangan ayah Aisy, ketua AK47 bersama berlian meninggalkan Aisy tersepit dan sering berada dalam situasi yang berbahaya.
Qartal penculik yang bertukar menjadi penyelamat dan ASP Umar yang melindungi keselamatan Aisy selepas diculik menjadi watak penting dalam hidup Aisy untuk bebas daripada cengkaman musuh Tuan Zabir. Aisy merasai konflik jiwa yang berat bila dapat tahu yang ayahnya sudah banyak memusnahkan hidup orang lain termasuk keluarganya sendiri. . Pujian untuk penulis sebab memberikan sesuatu yang berbeza pada jalan cerita yang sebenarnya biasa kita baca dalam genre yang sama (a hero saving a girl in distress). Beberapa bahagian sudah boleh dijangka tapi kelainannya adalah olahan cerita yang diselitkan dengan banyak babak aksi dan thrill yang mengujakan dan kewujudan watak hero(Qartal dan Umar).
Aisy mungkin seorang heroin yang memerlukan seorang hero untuk melindunginya tapi itu tak bermakna dia lemah. Kekuatan dan keyakinan yang Aisy ada walaupun ditimpa bermacam musibah diakui oleh watak lain di dalam PH. Walaupun dia tak ada ilmu pertahankan diri, tapi bila tiba masa yang memerlukan untuk dia menyelamatkan maruah dan nyawa, Aisy tak teragak-agak untuk berjuang walaupun dengan kudrat seorang perempuan.
She is absolutely a fighter! Dalam dia sendiri membenci tindakan ayahnya yang terjerumus dalam jenayah dan membunuh ahli keluarga sendiri, Aisy masih cuba untuk memaafkan dan memahami. And for me, this is something unbelievably hard to digest.
Qartal dan ASP Umar, dua watak yang hadir sebagai perlindung Aisy dalam dua masa yang berbeza. Sikap tegas dan garang mereka langsung tak ditakuti oleh Aisy. Keduanya sanggup berkorban untuk Aisy walaupun selalu melayan Aisy dengan dingin. . Qartal- Aisy sendiri tak boleh percaya dengan hatinya yang boleh jatuh cinta pada penculik sendiri. Kata Aisy, kebaikan Qartal disembunyikan melalui kejahatan. . Umar - pegawai polis yang datang dengan identiti yang jauh lebih baik daripada Qartal,seorang penjenayah. Banyak benda yang mereka lalui bersama tapi Umar banyak berahsia dengan Aisy. Kerana dendam, dia berusaha untuk menafikan cintanya sekaligus jadi antara orang yang paling banyak meninggalkan kesan luka dalam hati Aisy. . ✅ revenge
Dah lama nak baca novel ni sebenarnya, bila KS reprint balik cepat2 aku beli. Pertama sekali, cover baru tersangat la spoilery bagi aku sebab clearly boleh expect apa yang akan jadi so agak bummer la.
Untuk genre action thriller, suspense feeling tu yang best, jadi bila kau dah boleh expect apa yang akan jadi, it kinda took away the thrill dan middle part pulak agak meleret. Perwatakan Umar dan Aisy tak konsisten bagi aku, so most of the time I felt indifferent towards them.
Tbh, aku rasa aku akan lebih enjoy the first part kalau aku tak tahu apa yang akan jadi.. p/s: siapa la yang greenlight the new cover ya? 🥲
Honestly, it felt a bit draggy... maybe because F just finished a story that left me emotionally drained. Silap timing kan.
And Aisy… adoii watak dia ni kan keras kepala satu lagi lepas tu asyik kena kidnap je. she kept getting kidnapped again and again. Itu sebab F rasa banyak repetitive part.
But to be fair, the story is good. If not, takdalah F stayed up from morning till noon just to finish it.
This is what i've been waiting for!! THIS! Yes! This book!
PEMUSNAH HATI by Siti Khadijah
Aku tak expect apa-apa dari buku ni ye. Tengok sinopsis pun aku tak boleh nak agak apa sangat. Synopsis doesn't do any justice tbh. Except that aku boleh assume yang buku ni ada unsur-unsur stockholm syndrome. Assume jelah. Tapi i like that theme if it goes that way! Hehehe. Aku assume jugak yang buku ni mungkin macam cerita You dari Caroline Kepnes. Tapi tak kot? Takut lah kita kalau macam tu. Lagi disgustingly creepy.
Tapi sumpah, once i get into this book, tak sedar tetiba dah habis kesemua 73 bab. Hahaha punyalah concentrate gila baca buku ni. Best gilaaaaa. So, for those yang suka action, thriller, mystery, with a little bit of plot-twists, a bit touch of romance, ha silalah baca buku ini. Tutup sebelah mata je bila baca sinopsis. You will know what's in here once you get into the story. Trust me!
Cerita berkisahkan tentang Aisy Raisya yang ditangkap oleh sekumpulan gengster disebabkan ayah si Aisy ni ketua gengster dengan tujuan balas dendam. Dah kena kidnap, gengster bawak lari pulak masuk hutan untuk diseksa, tetiba one of the kidnappers tu selamatkan Aisy dan bawak dia jauh masuk dalam hutan yang tebal. Bermacam benda lah jumpa dalam tu. So, imagine lah macam mana si Aisy ni nak survive untuk hidup bersama kidnapper slash murderer. Gila tak menggelabah? Jadi, sepanjang dalam hutan tu, Aisy, dengan kidnapper yang bawak lari dia tu named Qartal, banyak lah bersama untuk survive untuk hidup dan larikan diri dari gengster tu.
Aku seronok tengok Qartal banyak dedahkan cara untuk survive dalam hutan. Cari pokok-pokok dan buah yang sesuai untuk dijadikan makanan dan ubat. Penulis buat aku teruja dan takut, rasa macam kita sama sekali duduk rasa dalam hutan tu.
Dan yang paling aku respect dengan penulis adalah dia buat karakter Aisy jaga setiap tingkah laku dan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Walaupun dia bersama penculik dia. Yang buat aku respect gila, si Aisy ni siap bagi nasihat dan share cerita dari Hadith, Quran, doa-doa, dan sunnah Rasulullah lagi. Unik betul Aisy Raisya ni. Qartal dekat sebelah dah awal-awal cop dia ustazah bagai dan takmau dengar dia start 'berceramah'. Tapi, bising-bising si Qartal ni, dia dengar jugak. Hahaha.
Tapi ha, belum sampai turning point lagi tu.
Muncul pulak lah watak Umar Faruq ni. Entah dari mana muncul hahaha. Aku terkejut bila Umar Faruq (please i love his name so much aaaa <3) muncul. Long story short, dia yang initiate untuk kahwin dengan Aisy. Setelah banyak benda terjadi dekat Aisy sampaikan dia rasa simpati dan nak lindungi Aisy. Aku punya fikir tujuan dia baik pada awalnya. Tapi bila dah go into the story dan reasoning, lah baru tahu ada niat lain disebalik perkahwinan mereka. Aku agak geram jugaklah dengan Umar ni sanggup buat macam tu. Sebab tengok watak dia progressing well je, macam boleh act rational and nampak dia betul-betul genuine perasaan dia terhadap Aisy. Tapi hmm, tak sangkalah ada udang disebalik mi kari rupanya, sabar jelah dengan Umar ni awal-awal. Rasa nak bantai je sebab buat Aisy macam tu.
Setiap bab dalam buku ni macam betul-betul konsisten dari segi thriller, action, dan jugak romance. Puas hati baca karya Siti Khadijah ni. Pandai penulis olah cerita yang setting dia dekat Kuantan dan Terengganu dengan involvement gangster dalam ni. Terasa macam kita travel jugak dekat situ tapi at the same time rasa terkejar-kejar, you know? Tambah pulak dengan rasa takut, gemuruh, nak nangis dengan Aisy yang hidup bagai pelarian- nak lari daripada gengster-gengster yang nak bunuh dia. Kesian sungguh!
Oh, aku suka gila part bila Umar excited untuk makan nasi lemak Aisy buat kali kedua. Masa ni aku macam 'pe benda kau cakap ni?', rupa-rupanya laaaaa ada cerita lama rupanya! Tersengeh aku lepas tu.
Takmau review panjang nanti terspoil hahaha. Aku jadi blur kejap nak review macam mana sebab i have no words to explain how good this book is. So, mudah kata, kalau sesiapa dah muak dengan cerita cinta dan nak rasa thrill dan adrenaline rush, ha you can pick up on this book! On a side note, i wonder sama ada genre Siti Khadijah ni banyak kepada thriller ataupun tidak? Rasa macam she's born to be a thriller writer!
Solid 5/5. Go give this a read guys! Boleh baca di pnm. Tunggulah turn untuk borrow. I heard buku ni takkan ada reprint dah from KS sebab dah lama. So, go go go!
Pertama sekali aku bersyukur sebab aku bukan jenis "PANTANG" nampak novel viral. Ramai yang kena scam pasal nak beli novel ni ya.Ada juga seller jual harga rm100 dan ada yang sanggup beli. Aku dah agak novel ni akan reprint,so aku memang takkan beli kalau ada yang jual mahal2.
Maaf,novel ni tak menepati cita rasa aku.Hero dalam novel ni masa jadi Qartal RED FLAG,masa jadi Umar pun RED FLAG.Heroin pula kalau nak buat sesuatu jenis tak fikir panjang,entah berapa kali nak kena culik and dan2 time tu jugalah hero ada kat situ.
Aisy - gadis kampung yg tinggal dgn datuk dan neneknya. Ayah si Aisy ni pulak ketua gangster AK47. Nak dijadikan cerita geng Golden Eagle ada curi red diamond drp muzium, lepas tu pulak AK47 curi berlian drp geng Golden Eagle.
Apa lagi naik hantu la geng Golden Eagle, diorang pun culik si Aisy sebab nak AK47 serahkan balik berlian tu. Salah seorang yg ditugaskan menculik Aisy adalah seorang lelaki identiti misteri bernama Qartal.
Nak dijadikan cerita lg Aisy terlepas masa kena culik tu. Aisy dan Qartal lari sama2 sesat dalam hutan. Qartal lah yang selalu protect Aisy sepanjang adventure diorang dalam hutan tu.
My thoughts? 1. Aku suka storyline dan penceritaan buku ni. Adventure Aisy dan Qartal dalam hutan tu paling best. Buku ni packed with action, tak cukup nafas la baca. 2. But I don't like the characters. Character development dia not so good. Aisy dan Qartal/Umar dua2 aku tak suka. Umar ni sangat kasar dan very rude. Indenial tahap cipan pulak tu. Red flag tahap dewata raya. 3. Aisy pulak aku tak suka sebab lembikk nak mam senang betul ko terima si Umar ni balik. Eiii pujuk sikit dah cair? Whatdehek. Rude tapi sayang? puiii. Korang nak eh lelaki macam ni 😤
Kerana jahat seorang ayah, anak jadi sasaran.. Kerana diculik, Aisy bertemu Cartal.. Siapa Cartal? Perjalanan cerita mereka jauh mulanya, akhirnya bahagia.. Kerana kesenangan hidup ayah Aisy membunuh, kerana melarikan diri orang-orang di sekeliling Aisy terbunuh.. Kisah yang menyayat hati.. Kisah seorang polis yang berdendam dan anak pembunuh yang terseksa.. #pemusnahhati #sitikhadijah #karyaseni #novelmelayu #novelcinta #lovenovel #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #ebook #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Wahh, dah lamanya tak baca buku and buat review sampai dah tak tau camana nak mula review ni 🤣🤣 Cuba untuk tak spoiler tp agak susah ya. So proceed with caution ⛔️
Disebabkan aku baca buku cagaran cinta dulu before buku ni, so my expectation tu tak berapa tinggi sgt although ramai yg ckp buku ni best. 😌 Buku ni kurang sikit for me, but much better than cagaran cinta especially for the action parts. Maybe sbb cara penulisannya dan watak yg agak kurg dgn my preferences 😅. Sama mcm buku cagaran cinta, the ML yg this one pun aku rasa too harsh to the FL 😫 Ayat dia tu kadang perghh, give up dah aku kalau jumpa org camni hahahha 🤦🏻♀️ Byk jugak plot holes dalam cerita ni dan certain things yg questionable 🤨 Contoh mcm what actually happened to this one character, the backstory tu takda. 🤔 Lepas tu repetitive scenes for me. Don’t get me started with the FL 💁🏻♀️ Ntahlah she keeps repeating the same things yg membahayakan diri dia 🙅🏻♀️ Pastu the way emotions tak didescribekan / feelnya tak sampai. Rasa mcm certain scenes tu exist just untuk menambahkan pages dan dramatic effect je. The way perkara tu berlalu begitu aje padahal bukan benda kecik tau (what happened to Aris). Haish.
Ok yg ni mmg sbb preferences, sbb aku takleh accept la feelings ML berubah secepat itu, i mean ada mention dalam ni like baru six months kan after what happened 🫣 Hahahha, i cannot. Apepun, part dkt hutan tu menarik la jgk dan berdebar2 jgk bila baca 😮💨 #emptycanvashida
This entire review has been hidden because of spoilers.
Worth it. Patutlah org duk cari novel ni. Best rupanya. Best sgt2 🤣 menangis jgk la. Kehidupan lps aisy dan umar kawin tu yg sedih 😭 ok novel ni boleh masuk dlm peti besi.
Sedar tak sedar, ralit baca sampai dah pukul 5lebih. Maknanya, kalau tak best takda la gigih ngadap dan habiskan! Tetibe rasa syg nak habiskan novel. Kalau lagi banyak page lagi best haha.
Personally, suka banyak dgn watak Qartal & Umar Faruq. Protective at the same time egois. Entah kenapa la tersuka dgn watak ni. Boleh dikatakan ianya adalah watak yg berjaya untuk novel bergenre mcmni. Aksi cinta dan jenayah! Dalam kau melayan aksi gangster lawan sana sini, ada la pulak seorang manusia yang sangat protective! Bikin cair haha. Suka bila dia konfius dgn perasaan dia sendiri. Rasa cm cute! Haha.
Masa dekat hutan, Qartal mmg pelindung terbaik. Same goes to Aisy. mcm dieorang ada utk each other no matter what happen. No wonder la Aisy boleh terjatuh suka dkt Qartal. Suka dekat penculik yg culik dia. Haha. Nampak tak logik. Tapi benda dtg scara smulajadi, nak tepis pun ssh sikit rasanya. Qartal pulak awal lg dah suruh Aisy buang jauh perasaan tu takut nanti jadi ssh dekat dia dan Aisy sendiri. Em. Tahap bahaya utk Aisy ni mmg tahap dewa. Dia punya selalu kena kidnap dgn konco2 musuh bapak dia tu taktahu nak kata mcm mana. Susahnya bila difikirkan hidup Aisy ni.
Taknak cakap banyak pasal geng gangster. Best baca. Rasa mcm real.
Tak kisah la reviu org lain yg rata-rata kata storyline drag. For me, just nice dah sebab takda rasa nak skip even one page. Oh ya, goodjob penulis. Good effort. 👏🏻 Thankyou sbb create watak Umar. Haha. Tersengih baca perangai ngada taknak ngaku sayang dkt Aisy. Eeii gedik! Kalau korang nak tahu apa jadi next next and next. Beli dan baca okay?
Speechless kejap. Haih. Aku beli buku ni lepas viral kat tiktok masa merdeka 2022 almaklumlah watak utama novel ni seorang polis. Macam mana eh nak mula. Hmmm. Berat hati aku nak bagi bintang rendah kepada karya Siti Khadijah ni sebab beliau merupakan salah seorang fav author aku.
Buku ni sangat menghampakan aku. Mintak maaf cakap. Babak dalam hutan tu sangat la unnecessarily long. PANJANG SANGAT. To the point kau rasa macam baca benda yang sama dan berulang. Babak selepas escape dari hutan pun sama. Berapa kali scene orang jahat pecah masuk dan cederakan Aisy ni pun berulang dan terlalu banyak. Aku rasa kalau penulis pendekkan babak babak tersebut mungkin buku ni akan jadi quite enjoyable.
Dari segi watak pulak aku tak rasa Umar ni menarik walaupun dia main character. Aku rasa watak dalam ni very forgettable dan tak melekat di jiwa.
So far buku ni my worst read this year 😭😭😭 and aku rasa lelah sangat untuk menghabiskan novel ni sampai tahap aku baca sekali imbas je scenes yang dalam hutan dan jugak scene pecah masuk. Mungkin salah aku jugak sebab letakkan expectation yang terlalu tinggi lepas tengok novel ni viral dan orang buat edits out if this book.
Aisy yg di culik org geng² jahat sbb nk balas dendam kt King.. tk lama tu nnt die di selamat kn oleh Qartal.. Qartal ni geng² dorg jugk.. plot twist mmg da dpt agak.. huhu
Cume tk brape minat part kt hutan tu.. mcm drag and scene sameee jee.. lgi satu part lepas Umar jumpa Aisy.. tetap laaa org kacau nk culik laa ape laa.. mcm byk bende yg same..
Ko polis okay.. mcm sng² org jahat tau umah ko.. mcm pelikk pun ade..
King yg jahat, jdi org lain cari anak King utk jdi galang ganti.. Aisy laa jdi mangsa.. tp bile baca watak King ni die macam sakit jiwa.. sbb die dgr org bisik² kt die.. cume tk elaborate laaa dlm buku nie..
Umar ni nnt kawin ngn Aisy nie tk tau laa sbb ape.. nk balas dendam kt King sbb bunuh tunang die.. okay then utk ape ko kawin kan.. tk nmpk chemistry antara dorg sgt
Aku suka baca novel genre action thriller dan ini adalah novel pertama daripada Siti Khadijah yang aku baca dalam genre ini.
Plot cerita okay cuma bagi aku ia terlalu berlarutan dan berpanjangan. Boleh disingkatkan cerita semasa Qartal dan Aisy di dalam hutan. Aku agak bosan baca part tu sebenarnya.
Plot cerita jadi menarik apabila tahu siapa Qartal sebenarnya. Aku suka akan sikap Qartal yang sangat protective pada Aisy. Sikap Qartal yang menafikan perasaanya pada Aisy. Bagi aku, Qartal adalah lelaki yang menjadi idaman wanita. Haha.
Tak suka sangat dengan sikap Aisy. Berfikiran negatif dan keras kepala walaupun aku tahu kenapa dia bersikap begitu. Yela, tak nak menyusahkan orang kan. Cuma aku tak suka bila dia buat keras kepala dan itu pun sebenarnya menyusahkan orang jugak. Hmm mungkin aku yang tidak begitu mendalami watak Aisy.
Suka akan watak Uzair dan isterinya Aish. Walaupun kehadiran mereka hanya sekejap tapi aku suka akan kehadiran mereka berdua dalam novel ni.
Overall, novel ni just okay for me. Kerana aku ada sedikit perasaan bosan dan menyebabkan aku hold novel ni untuk beberapa hari.
Berbaloi yaa saya beli novel ini pre loved. Sangat Best .. dari mula cerita hingga tamat. watak heroin yang sangat kuat menghadapi ujian dalam hidupnya.
Permulaan cerita, kita diperkenalkan dengan suasana kampung di Terengganu, dengan loghatnya. .
Kemunculan orang jahat untuk menculik Aisy disebabkan Aisy ialah anak kepada King, ketua dadah. Qartal yang juga salah seorang daripadanya.
Konflik jadi makin best bila Qartal belot kepada kumpulannya dan menyelamatkan Aisy. Siapakah Qartal?
Kemudiannya, Umar Faruq muncul dan mengahwini Aisy atas tujuan untuk melindunginya. Tapi, ada motif lain disebaliknya.
Ku suka bila penulis berjaya menekankan unsur islamik, dengan mewujudkan Aisy yang sangat menjaga batas dan auratnya. Walaupun kadang-kadang, ku geram je dengan perangai Aisy nih.
Ku suka bila tiada typo ataupun very minimal typo noticed.
Dan paling penting, walaupun tajuknya ialah Pemusnah Hati, tapi tajuk tu tak diulang-ulang berjuta kali dalam novel ni. Ku suka! (Ya, ku sangat annoyed bila sesuatu tajuk tu diulang banyak sangat) .
Macam² emosi dalam cerita ni, sampai 1 babak tu, sis nangis, sedihnya lar dengan nasib si Aisy ni. Sis dah boleh agak dah sebenarnya sape si Qartal ni. Cumanya, sungguh tak sangka yang dia melamar Aisy sebab utama nak balas dendam. Sakitnya hati baca. Lepas tu boleh plak dua² orang ni dok ego tak nak mengaku masing² sayang & cinta. Eh, geram pulak. Especially kat si Qartal a.k.a. Umar ni, ego tinggi melangit. Tapi, lepas buat pengakuan, such a sweet talker & romantic husband. Tapi, yang peliknya disini, cemana Aisy tu kahwin dengan Umar tapi bapa dia tak tau? Sape jadi wali Aisy? Bukan ke selagi bapa dia ada, dia kena minta bapa dia walikan dia? Enlighten me please!
memula aku skeptikal. best ke tak novel ni. tapi atas sebab cover sangat handsome, aku beli gak la.
dah mula baca, susahnya nk berhentiiii.. best sgt2. situasi Aisy kena culik, betol2 terperinci. aku mmg terasa aku ada dlm hutan tu dgn diorg. dan jatuh cinta dgn Qartal. haishhh.. macho sungguh aku rasa dia ni.
cuma rasa nk starlight jee kepala si Aisy dgn perangai degil konon2 xnk susahkan org lain n nk selesaikan sendiri dgn ayahnya. dh jadi makin menyusahkan org nk kena hempas pulas selesaikan ko. nasib baik la ada yg sanggup korban nyawa utk ko dik.
Tajuk Pemusnah Hati memang sesuai sangat dengan buku ni. Betul-betul musnah hati kecilku dibuatnya Qartal, Umar Faruq dan juga Aisy. I went in this book with little expectations because I only wanted something that'll make me feel something. Saya beli pun sebab dah dua bulan tak beli / pergi kedai buku jadi kita main redah je.
Lepas habis baca buku ni beberapa minit lalu- ini bukan feel something, ini nama dia feel everything! Sakit, sedih, simpati, benci, jijik, cinta, suka, sayang ha semua ada. Cakap je semua ada. Betul-betul hebat ialah- saya berguling-guling atas katil sambil tendang sepak angin bila baca ayat manis potong kaki Umar. Buku ni punya best sampai saya angkut pergi sekolah tau HAHA! (jangan contohi aksi tersebut ya.)
Okay okay, Pemusnah Hati ni pasal apa sebenarnya? Ia tentang Aisy Raisya yang diculik sehari sebelum dia punya konvo. Ha siapa culik dia? Gengster tahi kucing yang nakkan berlian Red Diamond yang dirampas dari mereka oleh ayah Aisy, Tuan Zabir. Aisy dibawa lari ke hutan entah mana dan di situ dia bertemu dengan seseorang bernama Qartal. Qartal tolong Aisy untuk larikan diri.
Qartal, misteri, kasar. Qartal, protective dan baik hati.
Aisy percayakan malah jatuh suka pada Qartal sehinggalah satu rahsia terbongkar sehingga Aisy mengatakan yang dia menyesal bertemu dengan Qartal, dia menyesal mempercayai lelaki itu. Kemudian muncul lah Umar Faruq, seorang pegawai polis berpangkat ASP dalam hidup Aisy yang sedia huru-hara.
Umar, kasar, keras hati. Umar, menanggung sakit di hati.
Baca 29 April, habis 2 May. Fast paced? Yes. Action packed? Yes. Strong friendships? Yes. Strong, magnificent yet realistic heroine? Yes. Hot, protective, obsessive (both in healthy ways), caring? Yes!
Walapun saya dapat teka semua plot twist, it doesn't really affect my reading sebab dah sukaa sangat dengan cerita yang smooth dan kadang-kadang tu comel atau geram. Comel sebab perangai Umar dan Aisy, geram pula dengan gengster tahi kucing dalam cerita ni. Haih. Lagi satu yang best pasal cerita ni ialah ia realistik. Saya boleh letak diri saya dalam kasut Aisy and understand her fully.
Tapi tulah, keras kepala juga minah ni. Nasib Umar ni tegas, dia ni pedas juga.
Kesimpulannya, beli dan baca lah buku ini. Hehe. Umar saya punya.
Pemusnah Hati By Siti Khadijah (Highly Recommended) - 762m/s . . Siapa kata novel ni klishe? Siapa kata novel ni tak best?? Meh sini aku tutup mulut depa.. Novel ni best kotttt!!!!!!! Aku takleh move on😭👍🏻. Tak sia2 cari preloved sbb it's totally worth it. . Kemunculan penjahat yang merupakan musuh King iaitu ayah Aisy telah menjadikan hidup Aisy dalam pelarian. Diburu dan diculik berkali-kali hanya disebabkan satu berlian Red Diamond telah mengubah hidup Aisy 360 darjah. Aisy dijadikan tawanan untuk King melutut di hadapan Razak Hitam. Qartal merupakan konco dalam kumpulan Razak Hitam mula membelot dan menyelamatkan Aisy. Perlukah Aisy mempercayakan lelaki itu? Siapakah Qartal? . Muncul pula Umar yang bertindak untuk melindungi Aisy daripada terus diburu oleh konco-konco Razak Hitam. Berkahwin dengan Aisy semata untuk melindungi Aisy tapi tanpa Aisy sedar, Umar juga mempunyai motifnya tersendiri. Aisy menjadi trauma dan sering berada dalam ketakutan. Malang tidak berbau, Aisy bukan sahaja diburu oleh satu kumpulan tetapi terdapat kumpulan lain juga yang ingin menjatuhkan King. Bagaimana pengakhirannya? . Mula-mula, aku suspicious dengan watak Qartal. Dia dah la penculik, tapi boleh selamatkan Aisy. Tak boleh dinafikan, aku suka watak Qartal 😅. Dalam kejahatan yang ditonjolkan, ada juga sikap ambil berat terhadap Aisy. Aku suka cara dorang survive utk selamatkan diri dalam hutan. Almost a month kot sesat nak cari jalan keluar. Unsur suspen, jangan cakaplah memang banyak sangat. Tapi aku sedikit annoy dengan perangai Aisy yang suka melarikan diri dan tak berfikir panjang. Watak Umar pulak, bila dah tahu kebenaran aku jadi sakit hati. Sama macam apa yang Aisy rasa. Seperti diperbodohkan. Ingatkan ikhlas tapi rupanya semua itu bersebab🥺. Kalau diberi pilihan, aku lebih suka Qartal😭. Tapi Qartal dah takde🥲. . Watak sampingan dalam novel ni semua hidup! Tak ada yang sekadar datang dan bla macam tu je. Mesej yang jelas. "Sesusah mana pun kita, jangan libatkan diri dalam kancah kehinaan. Pemusnah masyarakat. Bersabar dan terus berdoa, itu lebih baik." . Rating: 5⭐ Wow!! tak sangka aina boleh habiskan novel ni. Tahniah penulis. Aina suka sgt❤️.
Best sangat novel ni! Mula2 saya sceptical untuk baca novel ni, but I'm glad I did! Congrats Siti Khadijah!! 👏🏼 Novel ni lain drpd yg lain, tak cliche🤓 Saya mmg suka baca novel2 where the male lead is always very protective of the girl, and this novel has lots of that haha! Dan the storyline of the characters bnyk berkait but I like! Tu yg buat cerita ni lagi best & tak der yg merepek or doesn't make sense. Drpd mula mmg dah curiga sikit dgn watak Qartal ni😏 Sbb he's surprisingly nice for someone who is a penculik. Mula2 saja ingat yg dia jatuh suka pada Aisy. Tapi bila drg dalam hutan dan Qartal pandai & dapat azan dgn baik (read the novel to know why😂), tu yg dah buat saya syak sesuatu. Esp when Qartal knows what to do on how to survive dalam hutan. I had my own guess and tekaan saya betul hehe! Tapi paling tak sangka bila dapat tahu rahsia Umar kenapa dia kahwin dgn Aisy😱 Bukan saja Aisy, saya pun sedih & patah hati jgk😭😭 Tapi saya rasa, rahsia tu semua telah membuat hubungan Aisy & Umar lebih kukuh😌 Dan saya kdg2 geram jgk dgn watak Aisy yg suka melarikan diri, alasannya tak nak menyusahkan org lain. Saya faham perasaanya, tapi end up dia menyusahkan org lain jgk untuk selamatkan dia and put her's & other peoples' life , esp Umar, in danger! 🌚 I really loved all the actions & the thriller part in this novel! Tidak terlalu bnyk romance but it's just enough😁 And I secretly like Qartal more than Umar because he's... different hehe🙊 Tak mcm character hero lain yg selalunya ditonjolkan sebagai perfect jer😂 Qartal is perfect in his own way🙈 I totally recommend this novel to you all🤗