Jump to ratings and reviews
Rate this book

Infiniti

Rate this book
~CINTA ITU INFINITI BAGI ANDRIAN~

"Hantu? Penunggu? 2020, lagi beberapa tahun je. Mengarut!"

Itulah pegangan hidup Andrian sepanjang 18 tahun dia bernafas di dunia. Dia boleh melihat apa yang manusia biasa tak nampak. Dia boleh merasai kehadiran mereka. Tapi dia memilih untuk tidak percaya. Menganggap kebolehannya sebagai sejenis penyakit mental. Cuma halusinasi mainan minda.

Namun, kehadirannya di Kampung Meranti sekitar tahun 1985 buat persepsinya berubah. Bertemu dengan Puan Hafsyah, berkenalan dengan Luth, bermusuh dengan Suri dan menyimpan rasa pada Yasmin mengubah hidup Andrian sepenuhnya.

Satu demi satu kebenaran terbongkar. Kebenaran yang buat Andrian sedar... selama ini dia cuma hidup dalam sebuah penipuan yang dicipta.⁠⁠⁠⁠

Paperback

Published April 1, 2017

2 people are currently reading
108 people want to read

About the author

Farrah Izzlorna

5 books57 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
140 (64%)
4 stars
62 (28%)
3 stars
11 (5%)
2 stars
3 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 87 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
October 7, 2017
3.7* untuk Infiniti!

Terus terang aku lagi suka buku ini berbanding dengan Rooftop.

Bahasa penulis sangat baik dan memikat. Buat aku rasa nak terus baca apa yang akan jadi seterusnya.

Idea buku ini juga boleh tahan dan watak serta perwatakan yang diwujudkan di dalam ini, memang berjaya dihasilkan dengan jayanya. Kalau baik, baik betul. Kalau jengkel, rasa nak pukul dengan batang penyapu saja. Tahniah.

Cuma penulis seperti ingin menyajikan semuanya sekaligus di dalam naskah ini untuk menghasilkan sesuatu yang wow. Seperti hidangan buffet, macam-macam ada tapi akhirnya kita tertanya-tanya nak pilih mana satu untuk kita makan. Boleh saja, tak jadi masalah, memang seronok pun, cuma kalau titik fokusnya hilang kekadang kita akan merasakan ada sesuatu yang kurang yang kita sendiri tak tahu apa. Dan bila watak terlalu banyak nak dibawa masuk, kekadang ia akan jadi sedikit kalut. Entahlah mungkin perasaan aku saja kut.

Aku teruja pada hujung bahagian pertama selepas perangai jengkel Andrian dah makin mengurang dan bahagian kedua. Bahagian ketiga tu, agak sedikit merenyahkan dan bukanlah difokuskan sangat pun pada Yasmin walaupun ditulis pada bahagian tu adalah nama Yasmin. Hujung-hujung saja baru fokus pada dia. Hujung-hujung pun nampak seperti terlalu laju ingin ditamatkan.

Tapi aku suka kejutan tu. Tak sangka betul yang Andrian tu anak...

Buku ini lagi bagus dari buku sebelum ini. Tak menyesal kalau korang beli. Moga penulis akan terus maju lagi. Aku tunggu buku baru awak!

Peace!
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
April 26, 2017
Speechless! Why Farrah?Whyyyy? Tak suka penulis buat macam ni.
Jujurnya, saya menyukai Rooftop. Dan, sepatutnya antara saya dan Rooftop takkan ada yang baharu. Sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat ini. Tapi, naskah ini berjaya 'sailang' hubungan saya dan Rooftop (metaforanya sangat. Lol)
Tahniah buat penulisnya. Saya rasa Infiniti begitu matang. Mungkin 3 kali Rooftop dari segi twist, misteri dan emosi watak-watak. Dan, sampai perkataan tamat, saya termenung. Tak boleh move on daripada watak-watak di dalam ni, terutama Andrian, Suri, Luth dan Yasmin😭
#surihatiencikandrian (Tolong, trendingkan hastag ini untuk Andrian).
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
February 23, 2023
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲, 𝗳𝗮𝗻𝘁𝗮𝘀𝘆
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗱𝗮𝗿𝗸 𝗺𝗮𝗴𝗶𝗰, 𝘁𝗶𝗺𝗲-𝘁𝗿𝗮𝘃𝗲𝗹
⚠️ 𝘁𝘄: 𝘀*𝘅𝘂𝗮𝗹 𝗮𝘀𝘀𝗮𝘂𝗹𝘁

✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Andrian berkebolehan melihat makhluk halus sejak kecil. Namun dia memilih untuk tak percaya & mengganggap itu cuma halusinasi mainan minda.

Sebuah peristiwa telah membawa Andrian dari tahun 2007 ke Kampung Meranti, tahun 1985. Kebenaran mengenai mata batin nya & sejarah hitam keluarga mengubah persepsi hidup Andrian sepenuhnya.

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿
Obv saya takdapat move on dengan Rooftop, I proceed reading Infiniti. Ingatkan still pasal Aya & K, rupanya tak, totally pasal abang Aya — Andrian.

🪴 𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙍𝙤𝙤𝙛𝙩𝙤𝙥 𝙩𝙪 𝙗𝙚𝙨𝙩, 𝙄𝙣𝙛𝙞𝙣𝙞𝙩𝙞 𝙣𝙞 5𝙭 𝙗𝙚𝙩𝙩𝙚𝙧! 🪴

Yes, 5 times better! Tbh, author improved a lot & it’s truly showing bila Infiniti lagi padu in all aspect! Imo, itu lah tanda author yang bagus — always improving. Hats off to the author & moga terus terbang tinggi! 🕊️✨

Storyline Infiniti lebih matang & lagi intense, brilliant twists. Tak over untuk kita cakap lagi banyak rencah emosi yang boleh kita rasa dari Infiniti! Seram, sayu, berbunga bunga, kelakar — semua cukup! But feelings paling utama buku ni deliver ialah sedih & geram 😤😭

🌧️ 𝙛𝙚𝙚𝙡𝙨 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙨𝙩𝙚𝙥𝙥𝙞𝙣𝙜 𝙞𝙣𝙩𝙤 𝙖 𝙧𝙤𝙤𝙢 𝙤𝙛 𝙨𝙖𝙙𝙣𝙚𝙨𝙨 & 𝙣𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙢𝙖𝙙𝙚 𝙢𝙮 𝙬𝙖𝙮 𝙤𝙪𝙩 𝙤𝙛 𝙞𝙩 🌧️

THIS . BOOK . BROKE . ME — Habis baca Infiniti, level pain Rooftop pada kita ibarat segenggam pasir, while Infiniti ni level pain dia the whole pantai tu sendiri. Gituh pain level dia 🥲💔

Pain Rooftop belum habis tambah pain Infiniti, then proceed beli buku Missing Pages sebab nak baca cerita Noah. Ha betapa tak move on nya saya bila book hangover saya lama macamni. Oh and kalau nak tahu Noah siapa, baca lah buku ni dulu okays! 👀🙌🏻

✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿
Q: Boleh ke baca Infiniti terus, skip Rooftop?
A: Boleh!

Readers yang suka kan pain, pain level ni kita bagi score 9/10 🥲❤️‍🩹

——

“𝘈𝘬𝘶 𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 2007 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘵𝘶, 𝘯𝘢𝘬 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘰𝘬 𝘒𝘓𝘊𝘊. 𝘈𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘬𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢” - 𝘓𝘶𝘵𝘩, 1985

5🌟
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
January 1, 2019
Best!!! ❤️❤️❤️

Kisah yang padat dan misteri. Itupun masih ada beberapa persoalan yang belum terjawab. Kisah tentang Setanggi si pendamping Puan Hafsyah yang kemudiannya diturunkan kepada Puan Rohani. Kisah perjalanan hidup Puan Hafsyah. Mesti ada kisah di sebaliknya bagaimana sikap Puan Hafsyah boleh jadi sedemikian rupa. Kisah orang minyak, kisah pokok tua dan besar dan macam-macam lagi lah.

Agak menakutkan. Ye lah aku ni memang sedia penakut walaupun hanya dengan membaca sahaja. Aku suka dengan perubahan yang berlaku kepada Adrian yang dulunya sombong dan bongkak. Ye memang sakit hati dengan layanannya pada Suri. Sebatang pokok tua dan besar itu yang membuatkan hidup Adrian kembali ke tahun 80-an. Dengan kelebihan yang ada, Adrian akhirnya sedar akan silap sendiri dan menggunakan kelebihan tersebut ke arah yang lebih baik. Pertemuannya dengan Luth, Suri dan Yasmin tentunya mempunyai hikmah yang tersendiri.

Sedih bila Suri disahkan mempunyai kanser otak, lagi pulak dengan pemergian Luth yang tiba-tiba. Rasa macam malang datang bertimpa-timpa ke atas Andrian. Sedih ya amat lagi-lagi bila dapat tahu hubungan kekeluargaan dalam keluarga Puan Hafsyah. Tak sangkanya. Dan diakhir cerita tiba-tiba datang watak Noah. Si kembar Andrian. (bersambung dalam Missing Pages).

Pada aku, aku berpuas hati dengan jalan cerita sebab belum jumpa lagi cerita yang sedemikian. Andrian tu abang tiri pada Aya (Rooftop). Aku lebih suka Infiniti. Banyak peristiwa dan watak dalam ni saling berkait. Betul ke Encik Amzar dah kena sihir nasi kangkang dengan Puan Rohani?
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
July 16, 2017

minggu ni je saya dah khatamkan 3 buku baru dari prolog. memang prolog menjanjikan kelainan.

5 bintang adalah satu beban bagi setiap penulis. sebab dia kena tahu, expectation orang makin tinggi. stress nak memberi y terbaik pun makin parah. huhu.

jadi saya bagi 4.5 bintang untuk infiniti.

S.A.Y.U

itu je rasa bila tutup buku ni.
mengenangkan luth
mengingatkan suri
membayangkan yasmin.
dan... kasihan Andrian. tapi lebih baik endingnya begitu dari tetiba ada watak perempuan lain untuk andy.

buku2 prolog memang membuatkan saya murah dengan bintang dan.... tertanya apalah naskah yang bakal dihidangkan oleh prolog nanti-nanti. mungkin mereka pun akan stress untuk nilai dan mencari karya terbaik yang dihantar.

p/s: tapiiiii kan... tertanya sikit. kalau Rohani tu mandul, abis tu Sarah tu anak angkat jugak ke?
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
February 6, 2022
Ingatkan dah habis best dah Rooftop tu, tapi Infiniti pun rupanya best sangat!

Ada part sedih, happy, kelakar, geram, marah, terkejut. Cukup rencah la.

Sayang sgt nak habiskan buku ni tapi apakan daya dah tak boleh stop baca, cepatlah pula habis.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
June 20, 2017
2.5 **

Saya tak tahu di mana... tapi bagaikan ada sesuatu yang kurang pada naskhah ini.

Tapi...
Saya suka plot cerita ini. Sesuatu yang lain daripada yang berlambak di pasaran.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
October 28, 2022
Novel ni memang seram tapi nak last² tu kenapa tema sedih berleluasa?! Huwaaa, nangis. Luth…
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
February 27, 2023
5/5 ⭐

Andrian, 19 tahun hidup dengan mata yang boleh nampak makhluk halus. tapi disebabkan Mamanya yang dari kecil menanamkan "itu cuma halusinasi kamu je!" dalam minda Andrian, dia pun percaya itu makhluk-makhluk tersebut hanyalah halusinasinya. sampailah satu masa, dia ke tahun 1985! bertemu dengan Luth, Suri dan Yasmin.

my! goodness! what have i read! let me just say i love this book so much to the point where walaupun dah baca dalam cereka apps, kita still cari preloved dan beli (and yes i found 1 dengan harga sangat affordable)

Andrian. him in 2007 sangatlah sombong, bongkak and acah terpaling handsome (lol dengan spek power 500, curi satgi jalan meraba raba 🙄) tapi selepas dia dicampak ke tahun 1985, he's become my fav person 🤌🏻❤ his character delevopment sangat on point ya. dia bukan tetiba je pap! jadi baik, penyayang, kuat menyakat! dia slowly jadi gitu sebab orang sekelilingnya, Luth, Suri dan Yasmin.

Luth, Suri dan Yasmin sangat memainkan peranan yang penting dalam kisah ini. they are the best!!! side!! characters!!

Luth, dia sangat baik dan suka menyakat! best man! Suri, girlies, saya taktahu macam mana awak boleh tahan dengan mulut si Andrian ni. kalau kita lah, dah lama kena cubit dia tu. also, you strong woman deserves the world. Yasmin, dia seorang yang sangat sangat adorable 😭 tersipu sipu malu dia, hantar bekal untuk Suri, comellll ya!

buku ni semua kena baca. time travel, horror, dark magic! the plot twist!? kita macam, ha??? sumpahlah! terus dm waniel sebab terkejut 🤣 lepastu, dia macam tengok movie seram melayu yang berkualiti tau! dahla kita haritu baca dalam hammock bawah pokok, duk terbayang apa atas pokok tu 🤣 sebelah sungai lagi en HAHAHA.

Infiniti juga membuka mata kita supaya sedar benda benda ini memang wujud. sihir, pendamping, nasi kangkang (geli ya!).

kita dah baca rooftop and let me just say, kak Farrah sangat improve ya! i already love Rooftop, Infiniti??? definitely just a lot better and good.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
January 31, 2019
My very very first novel from prolog n farrah izzlorna.

Sejujurnya aku tak puas baca novel ni. Sebabnya ia terlalu nipis. Kalau tebal lagi best 😄

Aku sebenarnya agak ragu2 untuk membaca novel daripada prolog. Aku tak pasti sama ade ia akan menepati citarasa aku atau tak. Tapi nasibla aku memilih novel yang betul. Ia menarik minat aku untuk membaca novel prolog yang lain.

Tak baca pilihan yang ada di popular novel keluaran prolog. Hanya ada jika aku, nadi & kanvas. Setelah baca2 review. Aku pilih novel ini. The luckiest one. 😉

Tapi baca novel ni agak berbelit sikitla bagi aku. Aku pening sungguh. Hahaha. Tapi takpe. It doesn't matter.

Tapi aku rasa banyak persoalan yang tak terjawab dalam novel ni. Apa jadi pada Rohani & Amzar. Yasmin dah pulih ke? Pastu aku tertanya jugak kenapa Noah tu pendiam & agak beku even dengan abang kembarnya sendiri.

Novel prolog yang lain camni jugak ke? Tergantung.?
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
November 2, 2017

"When you open your mind and the sky is not the limit, nothing is impossible."

Andrian adalah cebisan watak dalam karya penulis sblm ini, Rooftop. Dia juga ada 6th sense. Namun dia disogokkan dgn kenyataan yg dia sekadar berhalusinasi. Sehinggalah pada satu masa ketika dia berada dalam keadaan koma akibat kemalangan, dia terbawa mengembara merentas masa 22 tahun terkebelakang.

Dari kembaranya itu, dia mula tahu yg sebenarnya hijabnya terbuka. Dari kembaranya itu, dia kenali siapa dirinya yg sebenar. Dan dari kembaranya itu, dia bertemu Suri. Kepada Suri, awalnya dibenci namun kemudian kasihnya tertumpah sepenuh hati... cintanya sampai Infiniti.

Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
December 6, 2018
Haritu baca ROOFTOP rasa dah best teruk dah cerita tu, tapi rupanya INFINITI ni lagi best 😭 sumpah deboomm! Buku ni baca dalam satu hari pon dah boleh habis. Sebab memang taktau macam mana nak stop baca, best teruk dohh!

Cumanya jadi tak syok sikit sebab dah terbaca spoilers kat GR 🙁 So untuk yang belum baca buku ni, takyah la baca reviews kat GR ni sebab spoilers berselerak ha kat sini.

Lepasni kalau ada lagi karya2 baru dari penulis ni, memang confirm saya beli terus! ❤️
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
August 2, 2017
novel ni tinggalkan satu rasa dibelakang. -sayu- .. kisah cinta kasih yang tak perlu madah pujangga. kisah cinta keluarga yang tiada penghujungnya. garapan yang hebat dari cik penulis cantik Farrah Izzlorna. kenapa akak kata hebat?.. Meh sini akak cerita..

mesti korang dah biasa kisah time travel ni kan?. Kembara ke masa depan, masa belakang. Kalau suka, novel ini adalah salah satu bahan bacaan yang harus ada dalam simpanan. Andrian, seorang doktor yang punya deria keenam. dia boleh nampak makhluk lain yang ada di sekelilingnya bahkan adakala waktu dia bekerja makhluk ada saja yang suka mengganggunya. disebabkan andrian amat komited pada kerjaya, dia bersendirian. fikri teman baiknya pun hairan dengan perubahan dirinya. andrian pernah kemalangan dan koma dan bangkit saja dari koma, dia berubah perwatakan..

kita balik 10 tahun lampau ditahun 2007, waktu ini andrian masih belajar. dia di arah balik oleh ibunya puan rohani kerana neneknya sakit tenat. andrian tidak pernah tahu yang dia punya nenek. andrian yang ketika itu dianggap punya penyakit mental oleh ibunya dan dirinya sendiri pun tanam benda yang sama dalam fikiran. dia pun tak faham kenapa neneknya meminta maaf dengannya. dari rumah neneknya, andrian perlu menjemput ayah dan adiknya. Dan ketika inilah andrian kemalangan...

dekat sinilah keterujaan membca makin membuak. andrian kembali ke masa lampau! dia kembali ke tahun 1985 dan neneknya masih sihat ketika itu. cuma neneknya, puan hafsyah ketika itu amat digeruni oleh penduduk kampung, masakan tidak, neneknya 'membela'. Luth, seorang doktor muda dikampung itu yang menjaganya.. sama ada mahu atau tidak, andrian terpaksa melalui kehidupan masa kebelakang itu.

kisah seram yang disampaikan oleh cik penulis memang menjadi. hehe... walaupun sebenar takdelah apa sangat tapi olahan santai memang menyentap. terbayang pulak ada dok kat sebelah.. timbul kisah bidan semah, hantu kum-kum dan paling terkini buat orang kampung ialah kisah orang minyak. tapi orang minyak cik penulis kira macam beginner lah, kejamnya cuma merogol tapi tidak membunuh. yang lain lebih kurang kisah orang minyak yang ada. yang sedih dan mulanya kisah INFINITI ini ialah andrian dan suri. Pada awal dan pada mula perkenalan, andrian sering menghina suri sampai satu tahap hinaannya itu amat melukakan. Luth nampak kenapa sebenar andrian amat suka bergaduh dengan suri tapi andrian menidakkan. Hinggalah andrian dipukul teruk kerana disangka menjadi orang minyak, selepas itulah hatinya mengiakan kasihnya terhadap suri. Tapi malang, orang minyak membuat onar dan suri menjadi mangsa...

pergghh... Kalau nak dikisahkan panjang lagi nih. kisah cinta suri dan andrian memang amat menyentuh hati. tapi, kan andrian dari masa hadapan. adakah hubungan mereka akan berkekalan? tambah pula luth meninggal dan meninggalkan isterinya yasmin yang sedang mengandung kembar. Luth dan yasmin berkahwin selepas andrian dan suri. Mereka kemalangan sewaktu pulang dari luar negara. Datang pula puan hafsyah menuntut hak. Aduhai...

sebenarkan cik penulis, akak sayang nak habiskan pembacaan. Derita andrian, kasih suri, jernih hati luth.. Kisah jahat puan hafsyah yang menurun pada puan rohani. 313 muka surat bagai tak cukup nak membayangkan penghujung kerana macam ada lagi kisah yang tak berkesudahan dan masih menjadi tandatanya.. Apa kisah setanggi? Mahukah andrian dengan setanggi ataupun ada calon lain? Noah pula, mana muncul tiba-tiba watak ini dan adakah dia sama saja seperti andrian atau kontra sifatnya?. puan rohani, adakah menurun kejam sama seperti puan hafsyah?. Oohh tidak!!!.. memang kisah yang infiniti semuanya. Kita manusia tidak akan menongkat langit. Akan pergi jua suatu hari nanti. Ketika hidup pun janganlah terlalu angkuh dan riak. Tahniah cik penulis untuk sebuah idea yang hebat dan diterjemahkan untuk pembaca merasai segala emosi yang ada dalam kisah ini serta kehidupan yang mustahil untuk di alami oleh manusia. Tapi, kita tak tahukan, mungkin 'andrian' ada hidup sekeliling kita? Kuasa Allah...
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 12, 2018
INFINITI
by Farah Izzlorna

Andrian, satu ketika dulu sikapnya jauh berbeza. Degil, memberontak dan mementingkan diri sepeti remaja lain yang meningkat dewasa. Namun, satu kejadian telah mengubah hidupnya. Terlibat dalam kemalangan, koma berbulan dan tercampak ke tahun 1985 (tak silap la..lupa..hahah). Di sana, dia belajar erti persahabatan, keluarga dan kematangan. Bertemu Suri, yang pada mula dianggap buruk dan sering menjadi bahan kutukan Andrian, lama kelamaan perasaannya mula berubah. Rahsia keluarganya juga tersingkap sikit demi sedikit, dan peristiwa mistik yang melanda mengubah persepsinya sedikit demi sedikit. Dengan bantuan Luth yang setia menemani dan menasihati, Andrian berubah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawap.

Kisah kali ini berkisar pengembaraan Andrian di masa silam, ketika dia masih belum dilahirkan. Salasilah keluarnya turut terungkai dan banyak perkara baru yang dipelajarinya. Saya suka dengan mix and match dalam novel ni. Sedikit mistik dan berkaitan saka dan sihir diketengahkan. Namun, segalanya diolah begitu baik dan cantik sehinggakan perkaitan konflik dan peleraian antara satu kisah dengan yang lain tidak janggal dan seakan sudah tertakdir.

Suka dengan kematangan watak Andrian, daripada seorang remaja yang memberontak menjadi dewasa yang bertanggungjawap dan matang. Begitu juga dengan watak2 sekelingnya, memainkan peranan penting dalam perubahan hidup Andrian. Pendek kata, watak2 dalam ni saling menyokong untuk menguatkan jalan cerita. Walaupun nipis, namun terasa padat dengan pelbagai kisah.

Sememangnya pengakhiran yang tidak dijangkakan, dan sedikit sedih. Namun, semuanya memberi impak yang penting dalam hidup seorang Andrian. Suka dengan pembahagian bab mengikut nama watak yang memberi impak, lebih menyenangkan pembaca untuk menghadam dan tidak berserabut.

Olahan penulis lebih kemas dan plot yang tersusun, so memudahkan pembaca untuk menghadam naskah ini. Walaupuan ada sesetengah bahagia masih ada kekeliruan, namun pujian harus diberi memandangkan perkaitan antara zaman dahulu dan sekarang berjaya diolah cantik dan tidak mengelirukan. Tahniah untuk penulis, antara karya terbaik prolog dan harus dibaca!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
June 14, 2019
[BOOK 81]

Infiniti by Farrah Izzlorna.
.

SUMPAH Best giler wehhh! (Ni kalau Naim Daniel baca novel ni, mesti MV Sumpah based on cerita ni. Haha)
.

Kalau Rooftop tu dah best, yang ni laaaaaagii best!
.

Andrian ni abang tiri Aya. So, macam disclaimer kat dalam buku ni, Infiniti lebih sedap dibaca sekiranya dah baca Rooftop dulu.
.

Kerana kemalangan, Andrian kembali ke 22 tahun dahulu. Pada tahun 1985. Di sinilah dia menemui Luth, seorang sahabat yang sentiasa percayakan Andrian. Sahabat yang tak sabar menanti bila Menara Berkembar Petronas nak dibina. Hahaha...setiap kali dia hantar surat, mesti dia mention pasal ni.
.

Dan di sini, dia menemui Suri. Gadis gelap yang gemuk. Dia yang dahulunya sangat bencikan gadis yang hodoh, akhirnya jatuh cinta ngan Suri. Cinta sampai infiniti.
.

Dan di sini juga lah, dia menemukan kebenaran yang selama ini disembunyikan daripadanya. Dan segala persoalan dapat dihubungkaitkan.
.

Habis je baca novel ni, rasa sayu dan rindu. Barulah tahu kenapa hati Andrian tertutup untuk perempuan. Rupanya dia merindui seseorang yang jauh. Tapi dia sendiri tak tahu siapa yang dirindui.
.

Dan aku nangis bila dia pergi ke kubur. Setelah berpuluh tahun, akhirnya Andrian jumpa juga ngan Suri, walaupun dah lambat.
.

Banyak sebenarnya persoalan yang tak terjawab. Tapi aku yakin penulis akan rungkaikan semua dalam Noah.
.

This is a definitely must-read book!
.

P/s: aku baca novel ni waktu siang. So, tak rasa seram sangat. So, kalau anda tu penakut, jangan baca waktu malam.
Profile Image for junmembaca.
21 reviews3 followers
February 3, 2022
Wow..... Aku sungguh tak percaya yang aku akan menangis selepas Andrian mendirikan rumahtangga.

Tahu tak kenapa aku tak percaya? Sebab awal-awal novel ni, pasal jin, sihir etc — which is memang seram bagi aku. Aku fikir sampai habislah pasal tu. Tapi TIDAK ya, tidak!

Tup-tup lepas Andrian kahwin, ada banyak sangat benda yang jadi. Setiap kisah yang jadi tu sangat menyedihkan. Berat sangat dugaan Andrian dan orang-orang yang dia sayang. Kalau aku kat tempat dia, entah apalah yang jadi dengan aku. Tak boleh nak bayang macam mana...


Pada awalnya, aku tak suka watak Andrian tu sebab dia jenis panas baran, suka mengutuk orang yang hodoh dan gemuk. Dia annoying tapi takda bagi "bad vibes" in real life. Maksudnya aku boleh baca dengan "tenang" walaupun geram dia asyik mengutuk orang hodoh dan gemuk. 🥲🤣

Tapi lama-lama.... aku jadi suka dengan watak Andrian ni. Perangai buruk suka mengata dan panas baran tak tentu pasal tu memang pelahan-lahan lesap. Watak dia lepas kahwin memang suami mithali sangat. Dia seorang suami yang sangat baik dan setia. 🥺

Aku tak sure ini pertama kali baca buku tema time travel atau tak. Tapi time travel dalam Infiniti ni smooth bagi aku. Cuma ada certain ayat aku rasa pelik sangat bila baca. Tapi takpa, boleh buat ayat sendiri je untuk bagi faham. Huhu. Aku taknak cerita lebih-lebih. Nanti terspoil pula. Tapi satu je aku nak cakap, Infiniti best teruk! Rugi tak baca!

Rating : ♾ / ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Goodjob Farrah Izzlorna untuk Inifiniti! Best sangat! Lepas ni nak pinang Rooftop pula. 🌚
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
September 15, 2017
Kisah yang sangat unik dan ohsem.. Misteri dan keseraman yang maksimum.. Memang Farrah berjaya membuatkan Sha melekat untuk terus membaca tanpa henti.. Tapi Sha juga stress sebab tak tahu status Noah.. Wargh!! Nak tahu pasal Noah.. #infiniti #farrahizzlorna #prologmedia #seram #misteri #melayu #novelseram #horrornovel #bookstagram #hobisaya #bookworm #bloggerbuku #bookreview #booklover #bacaanseptember2017 #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
August 11, 2017
Komen pendek, aku tak sangka cerita dia seram. Meremangkan bulu tengkuk.
Tapi penulisan penulis memang matang dan tidak boleh dijangka.
Lepas ni boleh cari novel pertama pula.
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
June 21, 2022
Warning! Jangan baca pada waktu malam.

Ya Allah! F sendiri yang gelisah pandang kiri kanan masa baca naskah ini.

Awal² tak boleh nak fikir.. sakit ke apa tiba² berubah. Tapi masa Adrian tengah drive tiba² keluar pulak lagu lama.. F dah rasa "its show time!"

Rupa²nya Adrian ke masa silam. Oh best²!!! Pelbagai kisah diceritakan. Frankly, ada kala too creepy. Eventhou hanya cerita tapi bila baca tu isshh memang takut arr sebab dah terbayang.

Teringat cerita Maria Kajiwa @ Camellia, penulis tu pun suka buat cerita seram. Nampak real.

Bab saka² ni memang wujud zaman dulu.. sekarang pun ada jugak tapi taklah sehebat dulu. Baca pun meremang gak la.

Ending yang best tapi sedihhhh.. Adrian rindu Suri, rindu Luth.. and Yasmin rindu Luth jugak. Aaarrrgggggghhh why why why.. F sedihlah. Hati ni sayuuuuu sangat².

No wonder Andrian jenis sejukbeku.. dia merindui seseorang. 😭😭😭😭😭
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews7 followers
November 8, 2018
memang terbaiklah Infiniti rasa menyesal pun ada peram buku ni lama sangat. ada time travel, misteri dan tak expect sangat part seram tu, salah timing baca buku ni tengah malam, meremang kot.

pengakhiran untuk Andrian dan Suri, Luth dan Yasmin memang sedih sangat apapun cite dia memang awesome. 👍👏👏👏
Profile Image for Jean Fernandez.
38 reviews
July 15, 2017
Hmmm well, I need more answers. (No worries, just found out she's writting about the person I want to know next).

Part yang Andrian can see "stuffs yg so menjijikkan" though this "stuffs" do exist, is so not my thing especially when she narrates them. 😒 susah sikit nak tidur takut ternampak pula. 😛

Thank you Prolog for publishing good books 👍 and to all the writers too good job.
Profile Image for Daisy.
156 reviews21 followers
May 26, 2020
Cinta itu infiniti bagi Adrian.

My very first book from prolog media. Lepas baca buku ni terus rushing nak kumpul buku terbitan prolog media yang lain. I’m almost there just a few books away 😌

Adrian terhumban ke masa lampau. Dari tahun 2007 entah bagaimana dia berada tahun 1985 selepas berlaku satu kemalangan. Oh tak lupa, Adrian juga boleh melihat makhluk halus.

Kisah Adrian yang berada di tahun 1985 sangat menarik. Sebabnya, dia bukan hanya sebentar di tahun tu. Tapi lama. Cukup lama untuk mengajar dia erti keluarga, erti kehidupan dan erti cinta.

And satu lagi, suka dengan watak Adrian yang tak gentar. Adrian tak takut menentang Puan Hafsyah yang mengamalkan ajaran sesat dan sanggup menghantar jembalang untuk menganggu Adrian.

Rahsia yang sedikit demi sedikit terbongkar mengenai orang di sekeliling Adrian pun menarik. Happy bila tahu siapa sebenarnya mereka. Kisah cinta Adrian dengan Surin pun cukup manis.
Profile Image for LadyKeira Zachary.
417 reviews16 followers
May 21, 2017
Awesome. It is a one step ahead in the writing industry. Love it very much.

I wish I could do the time travelling kind of thing but I don't wanna that sixth sense kind of thing cause it is way too creepy... hehehehe....

He is back in the 80's just to know the truth and it is sad that he had to leave them in a such a tragic way.

Congratulation to Ms Writer and Prolog. Keep it up. Highly recommended.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
September 17, 2018
Best sangat! Really love the storyline. Mula-mula ingatkan baca buku kisah seram dah, Andrian ni dahsyat sungguh bila dapat kelebihan tengok benda yang orang lain tak nampak. Meremang gaklah baca malam-malam. Nak-nak bila part Setanggi hantar sihir tu. Haish.

Saya suka penulis cerita perkaitan antara semua watak. Antara Andrian-Luth-Suri-Yasmin. Kalau Andrian tak kembali ke tahun 1985 tentu dia tak tahu apa yang terjadi sebenarnya kat dia dan sebenarnya dia anak siapa dan rupanya ada adik kembar nama Noah. Andrian memang gentleman giler dan sanggup terima Suri walau dlm keadaan macam mana sekalipun. Cinta dia Infiniti, hanya utk Suri. Mula-mula pertemuan mmglah tak suka dekat Suri sbb die cakap Suri gemuk & hodoh. Tapi dia x sedar, dlm dia duk kutuk tu sebenarnya jauh dari sudut hati dia sayang. Sanggup berkorban apa sahaja smpailah suri hati dia pergi. Sedih sangat kesudahan utk Andrian tapi dia dah capai cita2 dia nak jadi doktor. Dan bersatu semula dgn family dia. Allah tarik satu nikmat kebahagiaan dan Allah akan gantikan dengan kebahagiaan lain pula.

Dan tak sabar plak nak tahu pasal Noah, adik kembar Andrian plak. Siapa dah baca Missing Pages, akan tahu sedikit sebanyak pasal Noah dlm short story Noah(Permulaan) Hopefully kak Farrah dapat siapkan full novel Noah plak. Dan tertanya-tanya jugak Sarah Yasmin tu anak siapa sebenarnya? Mungkin akan ada penjelasan dlm novel Noah nnti. Goodluck kak Farrah!
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
February 6, 2023
Masterpiece. Rasa nak peluk Suri, sedih sangat. Rasa nak tampar si perempuan puaka tu, geram nok. Ada sambungan Noah kan? Tak sabarnya nak baca. Rindu jugak nak baca Aya dalam Rooftop!! Hahaha

Open your mind. The sky is not the limit - Luth
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
January 11, 2021
Buku ni buat aku ketagih boleh habis sehari je. Suka tema Time Travel⏳ Langsung tak ada part bosan. Andrian seorang yang kacak tapi perangai sombong+ menjengkelkan+ anti perempuan hodoh+sosial+ perangai super annoying berubah sekelip mata selepas kemalangan yang membawanya ke 22 tahun ke belakang (2007 ke 1985). Satu zaman dirinya belum dilahirkan yang membongkar segala rahsia hidupnya di sini perwatakannya berlawanan dari asal yang menjadi perindu dan sayu pada sesuatu yang dia tidak mengerti seolah menjadi penunggu pada sesuatu.
***
Watak Noah di akhir cerita rasa familiar nama itu. Macam something ingat-ingat lupa. Baca buku ni tanpa tengok review. Bila tamat baca review GR ramai mention Rooftop dan Missing Pages yang baca 2tahun lepas. Rooftop vs Infiniti sememangnya spin off tapi tetap rasa macam jalan ceritanya berdiri sendiri. Sila berjinak dengan Rooftop dulu kalau mahu kenali Andrian lebih lagi. Habis je ini aku godek balik Rooftop nak recall.
***
Bila di prolog nyatakan Andrian suka pandang Menara Berkembar Petronas (KLCC) adakah dia menunggu Suri atau Luth? Pertengahan cerita rungkai siapa ditunggu. Seseorang yang teruja nak tengok Menara KLCC dibina. Sempat terfikir jika Suri tu figuranya wujud bila Andrian balik zaman asal nanti Suri tu akan mesti akan tua dari dia? Sedangkan ayah Suri pun dah berusia dan mungkin ke akan ada Suri lingkungan baya Andrian di masa depan? Sebab saat tu nakkan happy ending buat Andrian di masa depan.
***
Banyak masih tertanya apa jadi,
- Bagaimana kisah selepas lahirnya Andrian. Puan Hafsyah sampai nazak kerana 'membela' tu?
- Bagaimana hubungan Pn.Rohani dengan Andrian selepas koma dan adakah mama angkat Andrian ni bakal terima nasib sama?
- Suri memang anak En.Suffian yang kahwin dengan lelaki nama Andrian malahan ending ada gambar Luth dan Andrian di zaman 80an. Jadi,Andrian ni memang wujud la kedua-dua zaman tapi menghilangnya sebab dah kembali pada zaman asal tak kan keluarga mentua tak tertanya? Yang ni rasa pecah kepala nak fikir mana logiknya. Lagi satu mencari logik boleh ke Andrian kahwin dengan Suri tanpa IC?Bukan sebentar duduk tahun 80-an.Sebagai pencinta genre sebegini.Kuasa Imaginasi tu takkan pernah ada batasannya.Mencari logik dalam dunia Infiniti ini, seolah cari Dinasour dalam abad 21😂
***
Amat suka plot twist siapa Luth dan Yasmin sebenarnya. Satu hal yang buat jantung macam nak luruh dan jadikan ending cerita sayu ditambah rencah gembira. Terpapar memori Luth- Andrian satu persatu sepanjang baca ni. Rasa bahagia sekurangnya Andrian punya memori bersama. Harus terima time travel ni jarang nak sebut ayat klise 'happy ever after'
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
March 27, 2022
Bye semua, nak nangis dekat bucu katil T_T

Ku sangkakan aku dah cukup bijak tetapi Ms Writer lebih bijak dalam merangka jalan cerita. Plot twist dia memang padu lah babe.

Saya memang tak ragu nak bagi infinity star sebab memang best!

Spin off cerita Rooftop, kali ni cerita pasal Andy. Abang tiri si Aya. Kenapa Andy begitu, kenapa Andy begini. Kenapa cinta Andy itu infiniti. Kenapa.....

Suka tema time travel dalam cerita ni, mind blown betul rasa.

Ahhhh! Rasa macam nak campak je buku ni, kenapa cik penulis kenapa?

Olahan cerita kali ini nampak lebih matang, dan pilihan POV 3 pun mampu mainkan perasaan saya sebagai pembaca. Air mata berjurai-jurai lah. Memang terkesan dalam hati.

Untuk Suri, awak cantik. Awak sempurna, semua gadis di atas dunia ini cantik. Cantik segalanya, luar dan juga dalam. Tiada yang jijik, tiada yang kotor. Untuk semua wanita yang membaca ulasan ini, awak istimewa. Terlalu.

Berjurai babe air mata baca buku ni. Serius kalau boleh saya nak penulis tulis lagi pasal si kembar tu. Rasa tak puas.

Saya tak patut baca Infiniti lepas baca Rooftop..... tak patut.... book hangover untuk Rooftop pun tak habis lagi, ditambah pula dengan Infiniti ni..... (you know the book is superb bila you kena hadap book hangover)

Again, terima kasih saudari di Twitter yang rekomen buku ini. Sangat suka jumpa buku² underrated, buku bukan mainstream yang memberikan kesan di hati. Terasa diri begitu istimewa, eceyyyy.

Too infinity and beyond for this book!
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
April 10, 2019
Infiniti best gila. Shelved this book since January 2019 tapi tak jumpa kat mana mana kedai buku pun. Alhamdulillah jumpa kat PBAKL haritu.

I love how bittersweet this story. Penceritaan yang baik dari penulis. Walaupun konsep berat tapi senang nak faham. Tahniah penulis 👏🏻👍🏻
Displaying 1 - 30 of 87 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.