Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nadi

Rate this book
~JIKA HARUS MEMILIH~

“Apa yang akan kau buat jika suatu hari ketika kau sedar dari tidur, segala yang normal selama ini bertukar menjadi sesuatu yang... luar biasa?”

Rutin hidup Jasmin tak ada bezanya dengan majoriti warga Kuala Lumpur yang lain. Bangun pagi-pergi kerja-balik kerja dan perkara yang sama diulang selagi Tuhan izinkan dia bernyawa. Namun, tanpa disangka perkenalan dia dengan seseorang telah mengubah rutinnya 180 darjah! Hidup yang selama ini biasa-biasa, tiba-tiba jadi luar biasa dan Jasmin suka!

Namun keseronokan itu tanpa sedar membawa dia ke dalam sebuah konflik yang melibatkan hidup dan matinya satu nyawa. Dan untuk kekal hidup, Jasmin harus memilih...

Nyawa dia... atau lelaki yang disayanginya!

288 pages, Paperback

First published April 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Pasha

6 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
52 (34%)
4 stars
73 (48%)
3 stars
21 (14%)
2 stars
2 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 55 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
January 10, 2018
3.45* untuk Nadi!

Ditemani lagu Terlanjur Cinta oleh Pasha Ungu dan Rossa.

Aku suka bila penulis ketengahkan watak macam Jasmine. Selalunya watak buta saja yang di ketengahkan kan? Jadi apa salahnya kalau sekali-sekala guna watak macam Jasmine.

Ideanya juga boleh tahan. Kalau tiada kisah Jasmine dan Adam di alam lain dan kecacatan yang dimiliki oleh Jasmine, mungkin kisah ini biasa-biasa dan sama saja seperti buku-buku romantis kebanyakan.

Owhh ya, aku suka cover buku ni. Cantiknya Jasmine! hiks...

Cuma... aku tak suka cara penyampaian cerita oleh penulis. Segala cerita seolah-olah diberitahu. Kekadang aku rasa teknik begini sesuai untuk novel-novel manja dan comel macam ni, tapi kekadang ia nampak merimaskan. Seolah-olah penulis ingin masuk campur di dalam kisah ini. Tak tau nak cakap macam mana. Atau aku saja yang mengada-ngada? Maaf.

Kalian boleh dapatkan naskah ini. Ia manis dan comel!

Peace!
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
April 27, 2017
Ya Tuhanku! Berapa lori gula tumpah ni? Hahahah. Nadi adalah naskah romantik yang manisnya semanis stevia.
Jangan biarkan blurb memanipulasi otak hang. Tapi, pandanglah covernya yang manis dan mendamaikan tu.
1st time baca cerita Melayu macam ni, lain sangat. Out of box kut. Rasa macam tengok movie Hollywood tanpa scene 18 tahun ke atas. Comel ja Jasmin ni. Tapi, dalam masa yang sama buat hang rasa nak siku-siku ja dia.
P/s: suka Naim tapi bias Adam. Sama macam suka Gookdoo tapi bias MinMin. Lol
Profile Image for Mslvoe.
2,186 reviews220 followers
December 28, 2022
Comel sangat Adam dan Jasmin masa dalam alam lain. Ada je adegan yang mencuit hati.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews44 followers
June 25, 2017
oh my~~~ sweetnya cite ni! <3

bg aku, NADI ni best sgt!

mulanya aku x berminat mana pun nk beli novel ni, tp disbbkan kavernya yg lawa sangattttt... eh2 terbeli pulak!

watak Jasmine dan Adam aku suka sgt. mereka sweet dgn cara diorang sendiri. x perlu ada aksi geli-geli mcm dlm kebykkan novel cinta lain.

btw, aku ada spesies kwn yg mcm Adam ni. garang, kasar, panas baran dan selalu tayang muka ketat, tp sebenarnya... seorg yg sgt ambil berat tentang org yg dia suka n syg. di sebalik sikapnya yg annoying tu, hakikatnya dia baik tp dia x tunjuk.

oh watak Jasmine pulak, walaupun x sempurna tp aku rasa dia sudah cukup sempurna. lebih sempurna dr watak2 heroin dlm novel lain. dan krn ketidaksempurnaan Jasmine itulah menjdkan novel ini lebih menarik.

storyline pun ok dan menarik. dan mujurlah gaya pengolahan penulis juga kena dgn taste aku.

cumanya ada jugaklah sedikit typo dan susunan ayat yg x teratur n lengkap dlm novel ni. nasib sikit jer tau, jd aku maafkan! haha...
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
November 22, 2018
[BOOK 118]

Nadi by Pasha.
.

Best! Another great book by Prolog Media.
.

Ni cerita tentang kasih sayang dan peluang kedua. Yang bukan semua orang dapat.
.

Jasmin, seorang gadis yang kehilangan upayanya untuk bercakap sejak kemalangan 12 tahun lalu. Dibesarkan di rumah anak yatim. Hidupnya, hanya ada Chief, si kucing kesayangan, jiran sebelah rumah, kawannya, Teja dan Jun, serta kawan-kawan dan pelanggan Cafe T42. Pada suatu hari, dia berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Keesokan harinya, Jasmin dan Adam tersedar dari tidur dan merasakan kehidupan mereka berubah. Rupa-rupanya, mereka terperangkap di alam roh. Apa sebenarnya yang terjadi? Dan kenapa mereka hanya mampu melihat orang tertentu sahaja dalam hidup mereka?
.

Baca cerita ni macam tengok drama yang roh duk mencari jalan nak masuk balik dalam badan. Biasanya, kita tengok je. Kali ni, kita turut mendalami watak mereka.
.

Masa part Jasmin pergi construction site tu, ku dah berdebar dah. Macam tengok cerita seram, yang tempat seram tu la, watak utama nak pergi. Hish, tengok apa dah jadi. Tapi, sesungguhnya setiap yang jadi, ada hikmahnya. Kalau tak, selamanya lah, Jasmin takkan pandang Adam.
.

Jadilah macam Jasmin. Seorang yang baik dan tak berkira. Sebab tu lah, dia boleh nampak lebih ramai manusia berbanding Adam. Dari kawan-kawannya, sampailah kepada pak cik pemandu bas pun dia boleh nampak. Even orang yang pernah dia bagi tempat duduk pun dia nampak. Macam yang Jasmin cakap, jika dia diberi peluang untuk kembali hidup, dia akan pastikan orang yang dia sayang tahu yang Jasmin juga sayangkan mereka.
.

Cumanya, ada beberapa kesalahan editing yang boleh diperbaiki pada masa hadapan.. Otherwise, it was a nice reading.
.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 5, 2018
NADI
by Pasha

Jasmin, gadis bisu yang hidupnya hari2 bangun, pergi kerja dengan public transport dekat kafe T42 (sebut tea for two). skema kehidupan dia berubah apabila dia terdengar orang bergaduh di tapak pembinaan, berhampiran kafe tempat dia bekerja. Sedar2, semua orang mengabaikannya melainkan Adam, pelanggan kafe T42 yang juga pekerja di tapak pembinaan tersebut. Adam juga telah menyelamatkan nyawa Jasmin, sebelum mereka sama2 koma dan mengembara berdua.

buku prolog kali ini lebih santai, tidak berselirat dengan banyak subplot dan lebih direct to the point. laju je pembacaan, di samping olahan penulis yang ringkas, walaupun ada part macam details sikit.

lebih pada itu, mesej yang nak disampaikan pun terang dan nyata - hargai orang2 disekeliling kita, andai diberi peluang kedua gunakan lah sebaiknya. konflik dalaman dalam diri Jasmin dan Adam diuraikan sebaiknya dan tak perlu sub plot yang banyak untuk menambahkan perencah, sekadar secukup rasa dan seadanya.

ala2 desolusi pun ada.. tapi memang excited baca pengembaraan alam roh diorng ni.. macam terbayang2 je kalo kat kl ni tinggal 2 orang je cam ne.. hahhah

overall, ok la.. enjoy reading, santai tapi ada kelainan.

*rating : 3.8*

Profile Image for Siqahiqa.
607 reviews107 followers
October 8, 2018
“Second chances are rare. Not everyone gets to taste it. If you are lucky enough to get one, don’t waste it.”

Tema novel ini adalah peluang kedua yang diperolehi oleh Jasmin dan Adam. Bagaimana peluang kedua membuatkan mereka sedar supaya lebih menghargai kehidupan dan orang di sekeliling mereka.

Aku suka akan sikap Jasmin (walau di awal cerita aku rasa dia bodoh, sorry Jasmin 😅), tapi dia kuat dan tidak gentar walaupun dia ada kekurangan diri iaitu bisu.

Adam, bad boy! Ohh aku suka betul dengan lelaki bad boy yang sebenarnya sweet sangat!! Manis sangat kisah mereka berdua dalam novel ni. Babak hati hilang yang dibuat oleh Jasmin buat aku senyum sorang-sorang 😍

Bagi aku, kisah mereka berdua di alam lain itu terlalu panjang tapi disebabkan sikap dorang yang comel, aku layankan jela. Hihi.

Kesimpulan, novel ni best dan worth to read.

Salah ejaan agaknya sinonim dengan novel Pasha? Tolong jangan ada salah ejaan atau perkataan di novel anda yang seterusnya. Terganggu pembacaan :(

Rating: 3.5
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
July 5, 2017
Cover cantik ✓
Ada meow nama 'Chief' ✓
Jasmin + Adam = comel ✓

Cuma kurangnya, lepas ni jangan ada typo2 lagi ye. Terganggu sikit je bacaan. Langsung tak mencacatkan kisah Nadi pun. Tapi, tu la macam tak best sikit je bila ada typo2 macam tu. 😅
Profile Image for missy12.
14 reviews2 followers
May 21, 2017
Ditemani lagu Semut Berkawad oleh Didi & Friends

Cerita Nadi sangat comellllll dan cutweee. Betul kata Dyh yang jangan biarkan blurb memanipulasi fikiran anda. Adam dan Jasmin is such a cute couple! I cannot stop 'auwwwwww-ing' at them. Hahahaha kisah dorang sangat simple dan ada juga detik suspen, sedihh..Sangat sedih masa Min jumpa family diaaa. Penyesalan Adam juga salah satu scene yang berjaya menyentuh hati saya. Bahasa dan tulisan En/Cik Pasha sangat simple dan mudah difahami. Tahniah! Saya suka!
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
May 13, 2022
Serius best teruk!!! paling fav under prolog media.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
June 16, 2023
Tak semua orang dilahirkan tak sempurna. Adakalanya, lahir sempurna, tapi sesuatu yg berlaku dan merubah hidup mereka
.

Jasmin, kehilangan keluarga dan peti suaranya ketika terlibat dalam sebuah kemalangan tika berusia 12 tahun. Kehidupannya bertukar 360 darjah
.

Mujurla rezeki bepijak pada dirinya pabila diterima bekerja disebuah kafe,T42 milik kak Farrah
.

Disebabkan perasaan nak membantu tu wujud dalam dirinya, dia telah terlibat dalam satu insiden yang hampir meragut nyawanya serta, Adam
.

Sedar2, Jasmin merasa keadaannya sangat berbeza. Dia mampu bercakap. Tapi peliknya, mana pergi semua orang dalam dunia. Hanya yang dia kenali je, dia dapat melihat. Tapi malangnya, mereka tidak dapat disentuh. Dan dia bertemu Adam. Malangnya keadaan Adam lagi teruk, dia tak mampu melihat sesiapa kecuali Jasmin
.

Tapi kan, moment2 antara Jasmin dan Adam tu sweet sangat. Tak mampu nak describe, tapi aku suka moment tu. Dorang habiskan masa bersama demi mencari jawapan tentang apa yang telah berlaku
.

Jasmin ni, pd awalnya dia tak berminat dengan Adam ketika Adam menjadi customer T42. Bagi Jasmin, Adam ni ada aura misteri buat dia rase takut. Tapi bila dia dah kenal Adam, Adam rupanya jauh dari tanggapan dia. So bila dorang bersama2, jadi Jasmin lebih mengenali Adam
.

Part2 akhir tu, penulis selitkan sedikit scene suspen, dimana adanya cubaan membunuh Adam dan Jasmin demi melunaskan dendam dihati
.

Apa yang aku boleh simpulkan naskah ini menarik. Part yang paling menarik bagi aku adalah moment antara Jasmin dan Adam tu. Aku tersengih sorang2
Profile Image for Ain Camina.
27 reviews
September 6, 2025
Menceritakan tentang kisah seorang wanita bernama Jasmin yang bisu berkerja di sebuah kafe T42. Menyimpan perasaan terhadap Naim, seorang pelanggan tetap yang selalu databg ke kafe tersebut. Namun tanpa menyedari, Adam yang juga pelanggan tetap kafe tersebut menyimpan perasaan terhadapnya. Adam berselindung disebalik karakter ‘bad boy’ yang menyebabkan Jasmin berasa takut untuk berkawan dengannya.

Kisah bertukar apabila Jasmin tertinggal telefon di kaunter kafe dan terpaksa berpatah balik untuk mengambilnya. Dia melihat Naim dalam bahaya dan berusaha untuk menyelamatkan Naim tapi dia pula yang diselamatkan Adam. Disebabkan kejadian tersebut, Jasmin dan Adam koma. Mereka berjumpa di alam koma dan Jasmin terjatuh cinta dekat Adam.

Cerita yang straightfoward, tak berat untuk dibaca. Genre fluffy romance. Suka dengan character development Adam. Daripada seorang yang grumpy kepada seorang yang sweet. Disebabkan buku ni buku cetakan terdahulu daripada Prolog Media, masih terdapat banyak typo yang agak mengganggu pembacaan. Tetapi overall cerita yang baik. Semoga penulis maju jaya dan terus berkarya 🫶🏻
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books274 followers
July 9, 2017
kalau tak kerana part derang 'dating' waktu koma tu,
cerita ni boleh dispesifikasikan sebagai biasa2 je. hihi.
Biasa2 tapi ada kelebihan tersendiri. yalah, watak heroin dia bisu dan bila dalam alam roh, dia boleh bercakap. Bercakap tanpa henti pulak tu. sampai sakit telinga adam dengar. keke.
saya suka bila mereka boleh nampak orang yang mereka sayang je or orang yang mereka kenal dan bukanya semua manusia. nampak nilai kasih sayang bila kita menghargai orang lain dalam dunia ni.

suka ahh watak Adam
watak Jasmin pun sama.
Adam n Jasmin ni ada chemistry.

overall cerita ni santai je n tak penat kepala nak fikir. naskah yang susah nak letak bila dah mula. tahniah buat penulis.
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
January 2, 2018
Nice idea. Cerita yang biasa2 boleh jadi luar biasa disebabkan watak utama dia bisu dan sebahagian besar cerita berlaku di alam roh. Selalunya cerita begini saya jumpa dalam Kdrama. Bila jumpa dalam novel Melayu, memang terasa kelainannya jika dibandingkan dengan novel2 yang saya baca sebelum ni.

Tapi sayang, gaya penulisan dia amat mengecewakan. Saya pun bukanlah pandai, tapi saya lebih suka kalau penguasaan penulis dalam bahasa yang digunakan itu jauh melebihi penguasaan dan pengetahuan saya sendiri.

Kesalahan ejaan memang tak payah cakap. Hampir semua novel yang saya baca memang mempunyai masalah ni. Buku ini juga tak terkecuali. Tak tahulah berapa kali proses proof reading itu dibuat. Kalau berkali2, rasanya kita takkan jumpa kesalahan yang tidak sepatutnya ada itu.

Selain kesalahan ejaan, banyak juga perkataan yang hilang, ayat tak lengkap atau tergantung dan ada juga certain perkataan yang tertukar. Kau boleh jadi kalau. Di boleh jadi dia atau sebaliknya.

Malah, ada juga perkataan bahasa Melayu yang salah seperti tercegak (tercegat) dan memcebek (mencebik). Kalau refer kamus dewan, perkataan cegak dan cebek tu sudah membawa maksud yang lain.

Paling teruk, penulis tak tahu membezakan anak kandung dan anak tiri. Dalam cerita ini, Adam dan Farid adalah adik-beradik. Mereka mempunyai ayah yang sama cuma berlainan ibu. Jadi pertalian mereka di sini ialah adik-beradik kandung dan bukannya tiri.

Kalau bukan kerana gaya bahasa, buku ini mampu memperoleh bintang yang lebih.
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews5 followers
September 30, 2018
Tak nak komen banyak-banyak tapi yang pasti aku tak menyesal beli buku ni. Best and really different with other novel. Novel Prolog memang berbeza standardnya...
Profile Image for Iza B. Aziz.
237 reviews32 followers
July 16, 2024
Lega dapat baca sebab sekurang-kurangnya rasa ingin tahu saya terjawab. Novelnya boring, meleret dan melalut. Dua roh terperangkap dan berjumpa tapi daripada cuba menyelesaikan dan membuat refleksi mendalam tentang kehidupan. Mereka lebih suka buat ayat mengorat, shopping, pastu bergaduh tak tentu hala, main truth or dare, dan macam-macam yg takde kena mengena dgn jalan cerita.

Adam, lelaki yg sekitar umur nk masuk 30 tahun. Aduh cara bercakap, berlawan cakap seperti budak lelaki 15 tahun. Si Jasmin pula memang buat rasa menyampah..bila dia boleh bercakap mmg bertambah menyampah 🥹

Sejak baca novel Magisial saya mcm dh rasa Prolog ni mengada-ngada suka buat cameo penulis/editor. Ya, dalam Nadi pun ada cameo Jun, penulis Magisial. Aduh aduh aduh meremang bulu roma cringe 😂

Tak boleh nak relate apa-apa emosi, sedih takde, takut takde..biarpun dah mcm2 watak kena..jadi anak yatim piatu, hidup sunyi, kena tembak, pukul even emosi jatuh cinta tu pun sepi..

Sepanjang 288 halaman...apa yg penulis ingin sampaikan ialah peluang kedua. Itu jer pun tapi dia punya pusing 🌚

Satu-satunya buat emosi saya hidup bila baca typo "difikrikan" hahaha. Kelakar. 1 bintang untuk itu.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,542 reviews1 follower
May 1, 2018
Nadi..kalau tak berdenyut, tak boleh buat apa dah.. Bila dapat peluang kedua memang untung sangat.. Jasmin yang bisu tiba-tiba boleh bercakap bertemu dengan Adam yang muka kelat tapi baik hati dalam dunia yang hanya ada mereka sahaja.. Realitinya tak seindah yang mereka harapkan namun pengakhiran yang bahagia menanti mereka saat peluang kedua datang menyapa..
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
July 6, 2018
Nadi. jalan cerita simple je tapi best. maybe pertemuan Jasmin dan Adam di dunia lain yg menyebabkan cite ni jadi luar biasa dari biasa.

suka sangat watak Adam yg ala bad boy tu tapi hati banyak baik dan watak Jasmin pula yg bisu tertiba dapat bercakap memang penat juga Adam nak melayan. kisah Adam dan Jasmin takde la over mana tapi tetap rasa sweet sangat wei.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 6, 2017
PBAKL2017 #4

3.8*

NADI... sejujurnya sy tak berapa faham apa kaitan tajuk nadi dan jalan cerita dlm buku ini. Bila dah last part baru faham. hahaha...

Kisah cinta yang simple dan sweet antara Jasmin yg bisu dan Adam yg garang. Tak banyak konflik yg membuatkan kita berfikir panjang. Roh Jasmin dan Adam terawang-awang ketika jasad mereka koma selepas peristiwa buruk berlaku pada mereka berdua. Ketika roh mereka terpisah dari jasad tu lah mereka start jatuh cinta antara satu sama lain.

Good effort ya mr writer.
Profile Image for junmembaca.
21 reviews3 followers
January 7, 2022
NADI - PASHA // 4.5/5 ⭐️

Rasanya sepanjang baca novel, ini novel kedua la kot yang aku tak suka dengan watak hero selepas novel Andai Itu Takdirnya. Aku okay kalau watak heronya dingin tapi yang ni pakej dengan negative vibes yang aku dapat rasa masa tengah membaca. Macam Adam ni betul-betul wujud! Aku takdalah benci dengan watak Adam tu, cuma entahlah... disebabkan pada akhirnya dia gunakan peluang kedua tu sebaik mungkin, okaylah. Dia betul-betul nak berubah dan cuba sedaya upaya untuk berubah. Jadi aku boleh 'maaf'kan watak dia yang super annoying tu. Dan ini juga menandakan, penulis berjaya meng'hidup'kan watak Adam tu. Good job, Pasha!

Sejujurnya, aku suka dengan jalan cerita dan idea Nadi ni. Boleh dikatakan idea di luar kotak pemikiran untuk orang yang tak kuat berimaginasi atau kreatif macam aku ni. Aku jadi terfikir, entah-entah betul orang yang koma boleh pergi alam tu. 🤔

Nadi juga buatkan aku nak tahu lagi dan lagi. Sebab tu aku boleh baca cepat ni. Cara penulisan Pasha pun kena dengan taste aku. Cara dia described sesuatu situasi tu buatkan aku rasa seronok nak baca. Cuma typo banyak. Tapi disebabkan buku cetakan 2017, takpalah. Dimaafkan.

Hampir terlupa! Lepas Jasmin sedarkan diri dari koma, kenapa takda watak Teja ya? Jasmin patah balik ke kafe pun sebab mesej alamat rumah Teja tu. Sepatutnya ada sikit scene Teja datang melewat Jasmin ke apa. Ini nampak macam Teja memang tak tahu langsung apa jadi kat Jasmin sepanjang 6 bulan tu. Huhu.

Apa-apa pun, buku ni berbaloi untuk dibaca. 👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izzati Aisyah.
265 reviews40 followers
September 15, 2018
Betullah orang cakap, manusia ni kalau tak diberi sebuah 'ujian', dia tak kan hargai orang-orang yg ada disekeliling dia. Kalau dikurniakan peluang kedua, Alhamdulillah. Tapi kalau langsung tak bagi peluang tu memang menyesal tak sudah. Saya suka storyline Nadi. Mula2 terfikir jugak kenapa tajuk dia Nadi? Lepas tu baru faham. Kalau takda denyutan Nadi ni, agak2 mampu tak kita terus jalani kehidupan seperti biasa? Sama juga macam kisah Adam & Jasmin. Seorang bisu & hilang kasih sayang keluarga akibat kemalangan. Seorang lagi hidup dalam kebenciaan terhadap papa dia setelah papa dia curang. Tapi kisah percintaan dia unik sangat. Bercinta di alam roh. Dan tak tahu akankah ada pengakhiran hubungan mereka itu. Yang uniknya lagi, mereka hanya boleh nampak orang yg pernah diorang sayang & buat baik je. Kan best kalau kita dapat hidup dengan mereka2 yg kita sayang & x wujud langsung orang yg dengki/khianat dgn kita kan? I hope so. Tapi bermimpi jelah diri sndiri oiii.

Kalau boleh memang nak bagi 5 bintang tapi banyak sangat typo error. Memang tak mengganggu pembacaan bagi orang yg betul2 menghayati tapi kalau yg baca sekali lalu mesti keliru bila ada yg tersilap nama and typing errors di sesetengah bab. Semoga novel seterusnya ada improvement. Congrats Pasha. I love Nadi - Jasmin ❤️ Adam
Profile Image for akusipeminatbuku.
265 reviews33 followers
May 18, 2018
Sebenarnya aku tak sangka, yang kisah ini adalah dari watak Jasmin dalam Jika Aku. Bila aku baca, eh, eh, eh, Jasmin ni kawan Teja. Terus teringat plot masa Teja dan Jasmin bertemu di perhentian bas dalam novel Jika Aku.

Aku suka kisah ini, Jasmin yang bisu tapi masih mampu berusaha untuk hidup. Dia bekerja seperti orang lain, tanpa menganggap kecacatannya itu sebagai satu kekurangan untuk terus mengharap belas ihsan orang lain.

Adam dan Naim, pada permulaan cerita mereka berdua ni memang telah menarik perhatian Jasmin. Sorang baik dan sorang lagi bad boy la kan. Seperti biasa, bad boy akan dapat perhatian lebih dari semua orang dalam cafe itu termasuk Jasmin.

Jasmin memang takut dengan Adam, dia merasakan Adam ini ada buat perkara jahat. Lagi-lagi selepas dia nampak dan dengar Adam ugut Naim. Jeng! jeng! Jeng!.

Aku geram dengan Jasmin sebenarnya, dia ni kadang kala berani tak bertempat. Sampailah satu hari, sesuatu yang buruk terjadi kepada dia. (Sila baca novel ini untuk cerita penuh, hehehe)

Di sini twist bermula, apa yang aku teka ada yang tak berapa nak tepat. Penulis bongkar satu demi satu apa yang terjadi. Kisah di tamatkan dengan aku berpuas hati dengan apa yang jadi dan semua persoalan terjawab.

Tahniah Pasha!.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews9 followers
October 16, 2018
Aku kalah dengan cover dia. Salah satu sebab kenapa aku beli buku buku Prolog Media. Kaver cun amattt!!

Okay, bab cerita.. Aku suka idea dia, menarik. Memula pikir gak apa kena mengena cerita neh dengan tajuk tu. Bila dah baca baru paham.. Bout 2nd chance, Yeah aku setuju bab tu.

Aku blur sikit. Bukan ke bila seseorang tu koma, bila di sedar balik dia jadi tak ingat apa? Hurmmm. Mungkin aku kena mengkaji balik ilmu pengetahuan aku part tu.

Heeeeeeee. Aku suka bila OKU diangkat menjadi watak utama. Dah banyak buku aku baca. Tak banyak lah org OKU jd watak utama. Sik lawa, Hensem, Sado. (Oh ya.. Buku RAM, Hakim dalam 9 Nyawa.. Aku suka buku tuuuuu). Dalam NADI, si bisu jadi watak utama. Wuwuwuuwuwuwuwuwu.

Ya, idea dia menarik but ada lah sana sini yg aku mcm tak berapa puas hati. But part tu aku lebih suka berdiskusi dengan penulis sdr. Since aku tak kenal siapa Pasha, aku nak dia tau. Tulis lah lagi, jgn berhenti. Sebab idea idea dia menarik. 🌟🌟🌟🌟 untuk NADI.

PASHA, aku lagi suka kalau Adam n Jasmine tak ingat apa apa pun selepas mereka sedar. Aku tau agak KEJAM, but pasti pembaca akan terkesan dengan cerita neh. Sebab anda dah tabur banyak gula masa dorang koma. Bila sedar, anda curah dengan air panas. Hilang semua gula tu. Perghhhh!!! (HAHAHHAHAHAHHAHA). Twist gini mmg saja mtk kena kecam.. But, suka hati writer la nak tulis cerita macam mana kan kan? Thanks Pasha!
Profile Image for Far.Zana25.
127 reviews1 follower
August 10, 2024
𝘔𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯... 𝘈𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘯𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘳, 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯? 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘩𝘪𝘳𝘢𝘶𝘬𝘢𝘯?

🪽 Bayangkan roh kita berkeliaran sebentar dan boleh saksikan semua yang berlaku sewaktu kita koma~~ Apa yang korang rasa? Bagi aku, for sure aku mahukan peluang kedua untuk perbetulkan sebarang kesilapan.

🪽 Bagi 𝑱𝒂𝒔𝒎𝒊𝒏 dan 𝑨𝒅𝒂𝒎 pula mereka juga masing² mahukan peluang kedua dan juga mencari jalan bagaimana untuk sedarkan diri mereka sendiri dari koma yang lama (3 bulan).

🩵 PERSONAL REVIEW 🩵

Nadi menceritakan tentang Jasmin dan Adam yang menjadi mangsa keadaan. Penjahat yang dtgnya dari keluarga Adam sendiri manakala Jasmin pula terlibat tanpa sengaja.

Cut it short, roh mereka berdua mencari jawapan yg sebenar apa telah berlaku sebab lama jugak untuk mereka figure out apa sebenarnya yg dah jadi.

Kesimpulannya, berjaya ke mereka berdua dapatkan peluang kedua mereka?

#nadi #prologmedia #pasha #jasmin #adam #megahholdings #farzreads #malaysiamembaca #malaysiamembaca2024 #bookstagrammermalaysia #bookstgrammer #booklover #bookfyp #fypシ #fyp #novel #booklover #peluangkedua
Profile Image for Naurah  Hazwany.
64 reviews1 follower
November 18, 2020
permulaan cerita okey la. Lepas tu novel ni buat NH rasa laparlah 😂 sedapnya nyummyyyy dahlah tengah puasa. Membuatkan NH terbayang-bayangkan aroma dan makanan/minuman yang disediakan di cafe. NH tertanya-tanya apa yang berlaku sebab pelik dengan watak Jasmin & Adam alami. Dah agak apabila teruskan bacaan, tapi still rasa hairan dan tak puas hati. Lama kelamaan baru tahu. Ohhh... gayanya menarik. Bila masuk scene thrill tu, NH rasa wah! Best. Banyak pengajaran yg terdapat dalam novel ni. Bahasa yang digunakan santai. Cuma ada beberapa ayat yang pelik, mungkin penulis tak perasan. Ada juga kesilapan teknikal... tapi mujur NH cepat faham. So far cerita ni menarik untuk dibaca. Boleh diperbaiki lagi untuk karya yang akan datang. Goodluck and do your best, Pasha.

#review sama di fb
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
July 25, 2019
"Tak, ini bukan salah sesiapa.Sudah tertulis perjalanan ini yang perlu mereka lalui.Pasti ada sebab knpa mereka perlu tempuhi.Bukan masa tuk fikirkan sebab lagi.Yg penting, mencari jalan bagaimana hendak mengakhiri semua ini."

"Kalau kita tak cuba atasi rasa takut tu, macam mana kita mak dapatkan apa yang kita nak? Macam mana kita nak tahu apa yang sedang menunggu kita?" - adam. Yang sejuk beku, malah menyeramkan.

Jasmin tidak sempurna. Tapi mempunyai kecomelan yang tersendiri, lesung pipit yang manis mampu melembutkan singa yang sedang kelaparan. 🤘🏻

Mcm biasa, ada watak yg sama, jalan cerita berbeza💖
Profile Image for Ain adawiyah .
26 reviews3 followers
May 10, 2017
Jalan cerita yg straightforward.
Senang nak hadam.

Jasmin yg bisu dapat merasai nikmat bercakap semula bila roh dia terawang-awang ketika dia sedang koma.

Masa ni la dia mula kenal hati budi si Adam yang dulu disangka nya garang. Adam pon koma time ni.

Jasmin and Adam kedua-duanya koma disebabkan satu peristiwa pahit yang berlaku pada mereka. So dua roh yang terawang-awang ni berjumpa and mula jatuh cinta.

Apa yang jadi lepas mereka sedar semula.? sila la baca sendiri..hehe.

Anyways good job writer. :)
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
August 18, 2019
4.5 ☆

Best! Kisah cinta yang jarang-jarang diketengahkan dalam novel-novel cinta versi Bahasa Malaysia di pasaran. Cinta saat sedang koma. What a lovely story... Cinta antara Jasmin & Adam yang sangat comel dengan karektor masing-masing. Sampai tahap doalah supaya mereka koma sampai penamat cerita... haisshh! Teruk, kan... hahaaha.. anyway tahniah pada penulis Pasha buat cerita yang best ni. And you know, I'm one of your fans now... nak tunggu lagi buku daripada penulis ni... terus hasilkan naskhah yang bagus macam ni ya!
Profile Image for Farah Hawa.
7 reviews6 followers
September 5, 2018
Done with this novel last week. OK la happy ending. 4 bintang utk idea cerita yang kreatif & menarik. Cerita macam filem Ghost tahun 90an, lakonan Demi More & Patrick Swayze. Dari segi bahasa — bukan taste saya, maaf.

Byk typo. Even mula2 baca penulis tulis nama Watak utama sbg Jasmine Ahmad, tapi kemudiannya Jasmine Amir ? Which is which — am not sure atau saya yg salah faham/baca? Sorry ye.

Apa pun, rasa tak rugi beli. Cover pun cantik.
Displaying 1 - 30 of 55 reviews