Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jika Aku

Rate this book
~HANYA KEBENARAN JALAN KELUAR~

“Jika Aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”

Teja, gadis mind reader yang terpaksa memecilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati.

Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh.

Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru.

Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan.

Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu.

Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.
.
.
.
"Eleh, macamlah dia tu lawa sangat. Sempat aku menjeling ke sebelah. Emm...okey, dia memang lawa. Tapi... lawa kan subjektif. Mungkin bagi aku minah sebelah lebih lawa, tapi bagi si dia, aku lebih lawa... hee... okey, cukup Teja! Cukup. Aku geleng kepala. Kembali menatap skrin telefon bimbit."

384 pages, Paperback

First published April 1, 2017

22 people are currently reading
522 people want to read

About the author

Anna Lee

21 books549 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
347 (60%)
4 stars
160 (27%)
3 stars
59 (10%)
2 stars
9 (1%)
1 star
3 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 137 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
June 24, 2017
fuhhh... dia punya twist tu, memang aku tabik ah!

rasanya tak logik karya Anna Lee ia punya storyline cliche dan biasa2 saja kan? sbb kebykkan karya Anna Lee yg sudah aku baca kisahnya memang luar biasa!

tp itulah... patutnya aku baca HELLO dulu, n then baru baca yg ni. sbb kedua-duanya saling berkaitan. haish... nampak gayanya HELLO kena cpt2 ada dlm genggaman aku nih. hehe... (in shaa Allah kalau ada rezeki)

dan seperti biasa, karya2 Anna Lee memang terbaik dan x pernah menghampakan aku! ;) ;) ;)

can't wait for your next novel...



p/s : memandangkan esk raya, di sini aku nk ucapkan Selamat Hari Raya kpd semua pembaca di GR yg beragama Islam. Maaf zahir dan batin! ;)
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews55 followers
June 16, 2022
Ada watak(-watak) dalam novel Hello yang buat kemunculan istimewa dalam novel ini.

Malangnya, aku tak boleh nak suka novel ni macam Hello. Aku rasa sebab aku tak berkenan sangat dengan karakter Teja. Jadi, aku tak berapa peduli apa yang jadi pada dia. Dengan Maliq pun sama, rasa macam wataknya bersifat satu dimensi.

Pengakhiran pun macam tergesa-gesa dan tak begitu kemas. Satu lagi, ayat-ayat yang digunakan dalam keratan surat khabar tentang kemalangan ayah ibu Teja tak macam laporan akhbar langsung.
Seperti biasa, saltik dan kesilapan tatabahasa tetaplah ada.

p/s: Sebab ada nama Duta dalam buku ini, lepas khatam saja, seharian aku layan lagu-lagu Sheila on 7.


Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
August 8, 2017
3.95* untuk Jika Aku!

Buku pertama puan penulis yang aku baca dan aku tak expect lebih pun. Tapi bila dah makin jauh baca, aku jatuh cinta dengan penulisannya. Bahasanya tak memaksa dan tak nampak seperti mendesak untuk kita menerima jalan ceritanya.

Aku suka tema buku-buku yang dibawa oleh Prolog Media. Walaupun kisah cinta tapi takdelah memanjang kisah cinta main tarik tali saja. Pasti ada sesuatu kelainan yang cuba diberikan. Moga PM terus sukses!

Permulaan cerita, aku teruja dengan kelebihan yang ada pada Teja. (Aku pun nak ada kelebihan macam Teja, jadi aku tahu kawan mana yang baik dan yang mana macam lahanat! *gelak*). Tapi semakin lama ia terasa semakin datar walaupun jalan ceritanya membuai, santai dan manis dengan kisah Teja dan Maliq. Sehinggakan aku hampir-hampir naik bosan. Tapi apabila masuk bahagian kedua, aku agak terkejut dengan apa yang disajikan *batuk*. Ya menerima kebenaran itu memang menyakitkan tapi lagi sakit apabila di hujung bahagian kedua sekali lagi puan penulis buat aku rasa tertipu. Syukur di bahagian ketiga tiada lagi penipuan tapi segalanya diterangkan dengan sebaiknya. Ending pun aku anggap satu ending yang bagus. Tak tergantung dan ok-lah.

Aku memang salute puan penulis sebab mampu buat aku gelakkan diri sendiri dengan kejutan yang disajikan. Tahniah!

Kaver buku ni memang lawa. Aku sukaaaaaa!

Teja dan Maliq, moga korang dapat baby cepat. Erk!

Apa-apa pun kalian tak nak baca ke? Boleh tahan sedap gak buku ni.

Peace!
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
July 11, 2023
Best!!! 👏👏👏

Perasaan dia sama ketika membaca Aku, Dia dan Pinky Promise. Just wow!!!

Dah tak tahu dah mana satu kebenaran mana satu yang palsu. Ada tiga bahagian dalam novel ni. Yang pastinya saya rasa debarannya dan tak sabar nak habiskan pembacaan.

~HANYA KEBENARAN JALAN KELUAR~

Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
September 25, 2018
Jika Aku lebih rasa macam novel cinta sebab tema thriller & fantasy rupa-rupanya agak light. Not a bad thing though. Fans of romance novel will appreciate and enjoy it more.

Sis Anna tak payah doubt diri sendiri sangat tau. Dah elok dah ni karya ni. Keep writing and don’t lose your voice. Everyone has their place in this book industry. Tak payah nak bertumpu kepada apa yg penulis lain buat. Jadi diri sendiri sudah. Trends will die. So write what you wanna write and what kinda writer you wanna be :)
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
July 12, 2017
UNPREDICTABLE WEH!

jadi ambiklah kau sekalian bintang di langit. keke
sebab aku langsung tak leh fikir ending gitu.


highly recommended!
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
May 8, 2017
Anna Lee. Saya dah lama nampak karya dia dalam almari adik saya tapi tak baca pun. Sebab saya suka baca novel kisah kekeluargaan dan yang sweet-sweet gitu ahaha.
Tapi saya mula jatuh hati dengan karya dia bila saya baca Aku Dia dan Pinky Promise. Selalu buku saya akan share beli dengan adik tapi buku Anna lee ni dah jadi kau beli aku pun beli ahaha. Nak koleksi sendiri sebab karya dia lain dari yang lain untuk novel melayu.

Jika Aku.
Kalau kau baca belakang dulu kau PUNAH sebab kau tak paham nanti. Hermmm kalau aku jadi mind reader syok juga boleh baca apa yang tersirat kat hati orang. Boleh tahu dia ikhlas tak kawan dengan kita @ saja nak ambik kesempatan.

Teja gadis istimewa yang boleh baca fikiran orang. Tapi dengan ke istimewaan tu buat dia tak da kawan sebab kebanyakkan yang nak berkawan semua tak ikhlas. Susah jadi mind reader ni. Banyak sakit hati dengan permikiran orang.
Sehinggalah dia jumpa dengan Maliq jejaka yang dia minat dan penuh misteri. Cukup lah dia memerhati dari jauh.
Namun kerana keinginan nak kenali Maliq lebih dekat kehidupan Teja jadi huru-hara bila mana dia dapat baca fikiran Maliq walau sekejap. Di mana Maliq mahu membunuh Alisa. Dari situ Teja mula kan siri penyiasatan dia ala ala Dektektif Conan siap pindah rumah dari rumah pak long ke apartment yang sama dengan Maliq. Siap beli binocular lagi nak memerhatikan gerak geri Maliq.
Sanggup Teja pergi kerja jauh sikit dari rumah asal dia. Teja ni kerja kat kedai buku kepunyaan Pn Lola yang baik hati.
Tapi segalanya terjawab bila Teja dah kenali Maliq. Rupanya Alisa tu watak dalam penulisan Maliq. Hihi. Semakin hari hubungan mereka bertambah baik. Dan perasaan suka Teja pada Maliq makin mendalam sebab Maliq ni memahami keadaan dia. Pn Lola yang tegas dan ambil berat pasal Teja pun dah bagi keizinan Teja berkawan dengan Maliq. Pn Lola ni Kira macam penjaga juga pada Teja ni. Sebab Teja kehilangan mak dan ayah dia dalam kemalangan jalan raya sewaktu kecil lagi. Dia dijaga oleh pak long dan mak long dia.
Tetapi kehidupan Teja kembali huru-hara dan misteri bila mana dia nak ke Amsterdam, untuk buat pengecaman keatas mangsa dan barang-barang mangsa pesawat yang terhempas di mana pak long dan mak long Teja naiki.
Teja tak dibenarkan menaiki pesawat tersebut disebabkan passport dan tiket kapal terbang bukan atas nama dia. Walau dia dah bercerita pergi bersama Maliq tapi CCTV di lapangan terbang hanya nampak dia seoarang sahaja. Lebih tragis lagi nama pak long dan mak long dia bukan tersenarai antara mangsa pesawat terhempas tu.

Sebenarnya apa yang terjadi pada Teja Citra Omar ni. Siapa Maliq. Kenapa nama pak long dan mak long tiada dalam senarai mangsa. Kenapa dia ditahan oleh pihak berkuasa. Betul kah Alisa tak wujud.

Antara rialiti dan ilusi, yang manakah kebenaran nya? Yang pasti, Teja harus mencari kebenaran itu.

Kerana..... Hanya kebenaran jalan keluarnya.
Dalam ni ada watak Duta juga. Mau kena baca balik ni. Hello It's Me

Tahniah Pn Ku Cosy hihi hang dah berjaya buat kami pening. Suspend. Sedih. Jantung pun berdebar. Adehhhhh. Nasib ada bonus.

Harap lebih ramai lagi penulis berkarya dibawah Prolog.
Kami tengah tunggu seseorang menulis dalam Prolog tapi tak tahu dia boleh ka tak . Sebab adik kami kenal penulis ni dulu dengan cerita misteri. Waktu tu tak ramai kenal dia macam sekarang. Sebab kami ingat betapa gigih dia mencari buku tu.

p/s: kami pun tak tau nak review macam mana ni takut jadi spoil pula hihi. Jenuh perah otak ni . Harap review ni tak spoil.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
November 12, 2017
Tak boleh bayangkan jika ada orang boleh baca my thought. Case begini mmg ada but jarang2 dengar sama juga orang yg boleh melihat dengan mata tertutup. (Yg ni ada kursus dia, basically everybody boleh buka hijabnya. Cuma hijab tu tergantung pada kebolehan masing2). Boleh tak nak jadi Bella Swan..immune to compulsion and simply shut her thought from mind readers. hmm. Tak sangka dua2 pula ada keistimewaan ni cuma satu boleh control satu lagi tidak. Interesting read.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 6, 2018
JIKA AKU
by Anna Lee

Teja, gadis yang mempunyai kebolehan membaca minda namun terpaksa dirahsiakan atas keselamatan diri dan faktor penerimaan orang sekeliling. Dia keseorangan, sehinggalah berjumpa Maliq dalam KTM sejak dua bulan lalu. Namun, secara tak sengaja apabila membaca fikiran Maliq, menyebabkan Teja terlibat dalam kejadian yang merubah hidupnya. Sedikit demi sedikit, kebenaran mulai terbongkar dan demi menyelamatkan diri, mereka harus berkorban.

novel anna lee kali ni lebih banyak plot twistnya dan lebih fantasi bercampur thriller. cuma, twist nya tak seperti yang saya harapkan. teori konspirasi rahsia yang memburu manusia berkebolehan unik ni macam dah terbiasa sikit, so saya harap sesuatu yang lain. bukan tak suka, tapi seawal pembacaan saya dah letak harapan tinggi, sampai bahagian dua saya da jadi boleh agak apa yang berlaku...so macam potong mood sikit part tu. mungkin, saya harap ala2 awan buku fixi by syafiq aizat kot, diorng involved dalam satu kes yang memerlukan Teja tuk guna kuasa dia sepenuhnya... lebih kurng camtu la kot.

sebab tu, potong 1 bintang... hahah
tapi overall memang terbaik la, memang plot twist gile! sampai bahagian 2 tu macam...ala sakit mental ke... nasib baik berjaya pujuk diri tuk habiskan bacaan, kalau tak rugi! bahagian 3 tu macam tak puas baca pun ada! overall, memang terbaik!

tahniah tuk penulis.
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
April 19, 2022
[Buku 26 | 2022] 5/5🌟for overall plot.
Pace yang just nice dan idea yang sangatlah menarik. Siapa suka tengok kdrama bergenre thriller yang teka sana salah teka sini salah, silalah baca cerita ni. Best sebab ada juga romance dalam ni 🤍🦋 so sebagai pencinta novel romance, saya suka hahaha.

Kalau bukan sebab kerja, memang satu hari boleh habiskan sbb tak boleh stop. 👍🏻🌟
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
July 9, 2017
Cover cantik ✓
Suka bahagian pertama, boleh sengih sensorang dengan hubungan Teja & Maliq.
Bahagian kedua, geramnya perangai Aidan masa tu.
Bahagian ketiga, semuanya terjawap & ada scene action sikit2.

Suka juga bila ada selitkan cameo Jasmin daripada novel Nadi & perkaitan watak dalam novel Hello It's Me dalam novel Jika Aku ni. Eh, tak silap ada watak Jun (daripada novel Magisial) dalam novel ni ke dalam novel Nadi? Seronok je baca penulis letak cameo watak penulis lain di bawah rumah penerbitan yang sama dalam novel sendiri.

P/s: Pada puan penulis aka puanku cosy, harap cepat2 keluarkan novel baru dengan prologmed ye.
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
May 29, 2018
out of the box .. cuma ending agak cepat sangat ... ingatkan ada part gaduh ke apa ... tapi ok lah ... cuma tak sangka lain dari yang lain ...
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
August 24, 2025
Satu lagi cerita tulisan Anna Lee yang tak logik kalau nak bagi kurang dari 5bintang. Mind twists & conflicts dia, out of this world ... dalam bahasa novel, tersangat lah tak cliche. Walau dah terkejess otak singkat ni selepas baca Hello & Mesej, Jika Aku masih luar dari batas jangkaan. Slow sangat ke otak ni tak dapat tangkap jalan cerita sebelum sampai part climax. Yang mana satu paling climax pun I cannot decide, masa Pak Long & Mak Long dikatakan mati dalam kemalangan kapalterbang ke, masa Teja ditangkap atas tuduhan menipu di airport ke, masa Teja jumpa Aida ke, masa Maliq bawa Teja lari dari apartment mereka ke rumah Puan Lola ke? Yang pasti, part Maliq indirectly say good bye to Teja kat airport tu, suspense build up dia sangat menggegarkan. Novel yang banyak kejutan. Tak ketinggalan, kisah cinta luar biasa Teja-Maliq sangatlah luar biasa sweet. Part Maliq keluar nak jumpa Teja kat rumah dia pakai towel berbalut kat kepala macam anak dara baru habis mandi, lawak sungguh. Kisah Duta pun macam best sangat, cuma he's not the hero in this book. Best la buku ni.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
August 24, 2019
Speechless.
Twist yg mengangumkan.
Hampir-hampir aku tertipu ingatkan ini kisah perempuan psyko yg ada hallucinations.

Thumbs up penulis 👍
First time baca karya Anna Lee.
Jatuh cinta + kagum.
Ok,kena cari lain buku lain karya Anna Lee.

Dan seronoknya kalau ada husband seperti watak hero. Tak perlu cakap,dah tahu 😂 jadi mungkin takda la banyak la masalah salah faham dlm rumahtangga kan 😅
Profile Image for SS.
517 reviews5 followers
July 16, 2020
Tak pernah baca buku yang watak utamanya boleh membaca fikiran orang/mind reader. Mengisahkan tentang Teja Citra. Dia ada kelebihan untuk membaca fikiran orang lain. Tapi, dia lebih gemar utk tidak ambil tahu apa yg ada dalam fikiran manusia lain sebab macam-mcam yang manusia fikirkan dan katakan. So, muzik dan earphone menjadi teman sejati dia. Permulaan cerita sangat menarik sebab dia dok usha sorang mamat ni dalam train. Kira dia admire la. Dan semua yang dibaca dalam Jika Aku ni majoriti ialah kata hati dan otak dia. Which is wow. Bermonolog dalaman.
Yang menjadi tak boleh stop baca is, nak tauu sangat apa yang Teja akan tahu dalam fikiran mamat yg dia dok stalk hari hari tu. Dan siapakah mamat tersebut.

For me personally dapat menghayati watak Teja ni dengan begitu mendalam. Macam mana kehidupan dia menjadi seorang yg ada keistimewaan yang unik, social circle dia, mcm mana dia adapt dan ignore benda benda toksik, cara dia bawa diri dia. Semuanya best utk diexplore. Cara perkenalan dia dengan Maliq pun boleh buat kita tersenyum simpul. Tak ada kata kata manis cintan cintun. Tapi manis tu mcm ah dont know how la to describe haha. Yang penting, perkenalan dieorang memang membawa satu hubungan yg sangat special.

Tapi, tengah syok baca. Part kedua buat sis jadi keliru. Rasa curious. Sebab kalau betul Teja ni mental. Memang aku koyak buku ni. Haha. Tapi sabar sabar. Lagi lama baca lagi banyak persoalan di Part one yang terjawab. Masuk Part 3. Dah cun dah. Storyline makin clear. Cuma watak Duta katanya datang dari previous novel haha. Sis langkah bendul la ni eh? Haha. Nak kena baca jugak kisah Duta ni.

Suka sangat watak Teja. Dia buat kita rasa sama apa dia rasa. Part 2 turut mengheret kita sama utk ikuti perjalanan Teja merungkai permasalahan yg serabut dalam kepala dia. Misteri sangat. Mencari identiti sendiri walaupun kita yakin kita dah cukup tahu pasal identiti kita. Tapi di tonggang terbalikkan oleh org lain sampai kita was was dgn diri kita sendiri. And watak Maliq/Aidan. Manis dan misteri jua. Okay la padan la dgn Teja.

Kalau dapat baca fikiran orang mesti hidup kita jadi tak best sebab ada baiknya tak payah tahu apa org fikirkan pasal kita. Serabut tau. 😂
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
April 6, 2020
Buku kedua tulisan Anna Lee yang saya baca. Ceritanya memang menarik, cuma saya rasa garapan Hello adalah lebih baik. Ada kekeliruan sikit pada timeline cerita bermula pada Bahagian 2. Perwatakan pula agak tak konsisten pada bab-bab akhir tapi boleh dimaafkan kalau kita fokus pada plot.

Twist menarik. Dan cover, macam kebanyakan buku-buku terbitan Prologmed memang cantik :)
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
November 12, 2022
Based on blurp, kita boleh tahu buku ni ceritakan tentang seorang perempuan yang mampunyai kelebihan as mind reader. Tapi betul ke? Teja Citra, sering kali dia menolak untuk terima orang baru dalam kehidupannya kerana belum tentu orang itu ikhlas nak berkawan dengan dia. Lebih baik dia menyendiri.

Akan tetapi, sejak kejadian itu Teja seakan tertarik dengan seorang lelaki yang dia sering lihat setiap pagi. Terus bersemangat kerana ingin melihat wajah lelaki itu. Fikirnya mahu melihat dari jauh, tapi jadi lain pula apabila dia mula baca fikiran lelaki itu. Saja nak test.

“𝙋𝙖𝙩𝙪𝙩 …. 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙗𝙪𝙣𝙪𝙝 𝙨𝙖𝙟𝙖?”

eh? Apa yang dia fikir ni? Laki ini penjenayah ke?

Little did she know that’s the first step between Teja dan lelaki itu. Dia seorang lelaki yang fikirannya kosong. Semakin mereka berdua rapat, semakin banyak rahsia yang diketahui.

“𝙆𝙖𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙢𝙥𝙖𝙝 𝙗𝙖𝙡𝙖”

Ha? Siapa pula ni? Apa ni? Kenapa? Apa jadi?

Tau tak waktu zu baca Jika Aku ni, sangatlah terkedu. Termenung terus weh bila dah habis baca tu. Fikirkan itu plot twistnya... Ending dia lagi lah 🤯 Rupa-rupanya… 😰 patutlah selama ni cari tak jumpa ☝🏻

Zu tak tahu macam mana Anna Lee boleh terfikir nak buat cerita macam ni tapi best sangat. Eventho ada beberapa part yang kind of ngeh ~ tapi menarik untuk di baca. Paling awesome part ending dia sebab tak sangka macam tu🤣 omg
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
April 2, 2023
This book has some whacky twist in a plot twist. There are three parts in the story.

Part one is the elaboration, which was easy to understand. Entering part two, that's where it started to get confusing. Things were all over the place, I actually had to rack my brain to understand whatever was going on. Then comes part three - this is where everything unravels and I must say, I lost count of the amount of times this had me gasping.

It was a good read for me, I can barely put this down once I started reading!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 19, 2019
ramai dah baca dan sememangnya ramai yang kata cerita luar alam ni sangat best. kebiasaannya hasil nukilan puan penulis Anna Lee memang dah tak boleh nak disangkal lagi kehebatannya terutama dalam memanipulasi minda pembaca. apa yang tak dapat di agak, itulah idea yang diterjemahkannya. 'Hey, mind reader, I know you. Nama aku Tiya Lina.'... inilah dialog yang ada dalam novel terdahulu HELLO, IT'S ME yang membuat pembaca tertunggu-tunggu siapakah Teja.

Teja, seorang gadis yang kesepian dalam kebingitan. Kenapa bingit? Kerana dia adalah seorang gadis yang mampu mendengar fikiran orang lain. Kebolehan yang dianggap ketulahan olehnya itu buatkan dia tak punya kawan dan dunianya agak sempit. dia muak mahu berbaik dengan manusia yang hipokrit. bersua dengan seorang jejaka yang buatkan teja bersemangat untuk pergi bekerja setiap hari. terserempak selalu di dalam tren dan kemudian tanpa di sangka dia mendengar sesuatu yang negatif dari fikiran lelaki tersebut. buatkan teja mahu menjadi penyelamat kepada alisa - nama gadis yang terlintas di dalam fikiran lelaki tersebut, sama ada mahu dibunuh atau dibiarkan saja di dalam hutan. agak agresif tindakan teja bila dia sanggup ekori dan akhirnya menyewa berhampiran dengan kediaman lelaki yang dikenali sebagai maliq itu...

santai olahan puan penulis. tapi dalam santai itu buat pembaca teruja untuk tahu perjalanan kisah seterusnya. maliq dan teja berkenalan bila teja buat penggilan telefon mengatakan ada mangsa tembakan. haha!!. rupanya maliq penulis skrip dan yang teja nampak di rumah maliq itu hanyalah sesi lakonan. mereka makin baik, dan hubungan bertambah mesra bila teja hilang tempat bergantung. paklong dan maklong yang nantikan pulang bercuti dari amsterdam terbunuh dalam nahas kapal terbang.

puan lola, majikan teja yang pada mula seperti tidak sukakan maliq kemudian sentiasa meminta bantuan dari maliq untuk uruskan apa saja berkenaan teja. teja agak hilang arah bila kehilangan paklong dan maklongnya.. ini termasuklah bila teja dikehendaki mengenalpasti mayat pakciknya. haa.... di sini mulalah satu kisah lain pula. kisah apa?

kisahnya, adakah benar teja seorang mind reader? kenapa segalanya berputar dan teja keliru dengan semua yang berlaku. dia di tangkap dilapangan terbang atas tuduhan mencuri dan mengada-adakan cerita. ditambah pula bila dia diberitahu sebenar dia seorang pesakit amnesia dan hidup dalam khayalan. paklongnya meninggal bersama ayahnya dalam kemalangan berbelas tahun yang lalu dan puan lola adalah mamanya!! aduhai.... dan lebih sadis, maliq tidak wujud!. apa sebenar kisahnya ini? kenapa teja terpaksa hadapi semuanya setelah dia berasa selesa dengan dirinya sendiri?. dan, betul. dia tidak boleh membaca fikiran orang lain.. apakah?..

nampak tak betapa pembaca disuruh menghubungkan sel-sel dalam otak masing-masing?. setelah kita menjiwai kisah awal teja tiba-tiba, there's nothing special about her. sungguhkah begitu?. puan anna, lepas ni jangan lagi buat kisah begini ya. bersimpul sel otak dibuatnya. tapi serius, ini adalah kisah luar alam. jarang ada penulis berani nak ketengahkan idea luar biasa dan kemudian kaitkan pula dengan realiti semasa. DAN... kisah cinta dari puan anna bukan kisah cinta manis bergula. bila anda baca, resapan perasaan itu akan hadir sendiri. segala emosi disalurkan terus dari bait aksara ke pandangan mata kemudian masuk ke dalam lubuk jiwa yang paling dalam. korang percaya tak yang maliq hilang sebab cinta dia pada teja?.. kebenaran, itu saja yang mampu merungkai semuanya...

apa lagi nak dikata. kisah hebat bukan selalu ada. datangnya sesekali cuma tapi perginya laju sekelip mata. ikutkan hati, memang nak simpan jer novel ni sehingga puan anna beritahu akan ada novelnya yang terbaru tapi haru biru nak menunggu.. sebuah kisah walaupun luar alam tapi intipatinya sangat dekat dengan kehidupan manusia. betapa dunia penuh tipu helah, betapa dunia penuh dengan muslihat, hipokrit dan pemusnah. jadilah insan yang selagi mampu sujud padaNya. segala kelebihan yang ada pada diri semua adalah pinjaman saja. Kelebihan?.. syukur selagi terdaya. cuba pandang sekeliling, mana tau sebenar memang ada pembaca fikiran ini.. kuasa Allah. Fikir yang baik-baik, ingat yang baik-baik...

ARE YOU?
Profile Image for Nani.
44 reviews1 follower
May 30, 2024
novel keempat author selepas butterfly, hello dan mesej. Teja citra cantik nama tu, tapi ada sixth sense boleh dengar apa yang orang lain fikirkan. jalan cerita agak menarik kerana author kekal dengan gaya penceritaannya, ada hidden secret, ada unexpected twist, flash back. puan lola, pak ngah mak ngah tu semua ada cerita nya sendiri. wujud ke ML dalam cerita ni sebenarnya? namun jujur novel ni bagi saya sangat santai dalam sedikit debaran. next nak baca kenzi embun pulak.
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
December 21, 2017
Cehhh! Ini tidak adil! Ini sungguh tidak adil! Haha. Kenapa rahsia Maliq kekal menjadi rahsia? Tak dapat saya imagine kalau berada di tempat Teja. First, dia mind reader. Dia boleh baca fikiran orang. Yang ni rasanya no exception unless seseorang itu tahu mengawal fikirannya. Second, tak sanggup kalau fikiran kita sendiri pula dibaca tanpa sedar oleh orang lain, especially orang yang kita suka. Semua benda dalam kepala ni dia tahu. Arghh malunya tu! Hopefully lepas ni Teja pula belajar untuk control fikiran dia. Biar sama2 kosong, baru adil kan. 😂😂😂
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
September 12, 2019
Jika Aku; bermula dengan pertemuan Teja dan Maliq yang berkembang kepada terciptanya sebuah perasaan antara mereka, semuanya kelihatan normal hanya pada pandangan Teja, pada penceritaan Teja -- sehinggalah segalanya semakin membawa kepada ketidaknormalan -- well, a mind reader itself bukanlah normal untuk dimulakan -- terlalu banyak yang berlaku selepas itu, yang membongkar terlalu banyak lipatan-lipatan plot seterusnya.

Bahagian kedua buku ini seperti memulakan satu jalan cerita lagi -- dan  keterbatasan 1st POV telah membataskan juga pengetahuan pembaca untuk menjawab apa dan kenapa. Twist after twist berlaku, yang akhirnya menjawab segalanya. Di bahagian terkahir pada saya, seperti semua jawapan terus dihamburkan dengan serta-merta di situ bila penulis sudah menggunakan naratif menceritakan sendiri apa yang 'sudah' terjadi.

______


Pandangan saya, mungkin kalau buku ini dibiarkan lebih panjang maka tidaklah nampak seperti penamatnya yang sangat disegerakan di bahagian akhir itu yang seolah terlalu tergesa-gesa.

Mengetahui tentang pertemuan Teja dan Maliq sewaktu mereka masih kanak-kanak itu mungkin mampu dijadikan lebih mind blowing -- bila mereka berdua dapat tahu tentang perkara itu sudahnya -- jika lebih diperincikan dengan perasaan atau gambaran suasana ketika itu.

Dan ada bahagian di mana timeline tu bercanggah, seperti selepas 6 bulan kemudian Teja sudah keluar dari rawatan dan berbual dengan Puan Lola tentang Johan -- Puan Lola kata Teja ada bertemu Johan dua, tiga bulan lepas tapi naratif Teja pula mengatakan dua tiga bulan lepas dia masih stalk Maliq -- sedangkan perbualan Teja dan Puan Lola ini sudah pun 6 bulan yang selepasnya. So....

Keseluruhannya, cerita ini unik pada saya. Dan saya tahu mungkin susah untuk mencipta plot dan konflik yang sebegini, hanya saja (pada saya) mungkin cerita perlu dipanjangkan lagi, sebab semacam ada yang unsettled (pada saya lah haha) --  walaupun mungkin cerita ni akan jadi lebih complicated than it already is tetapi I'd prefer it that way. *wink* *wink*

Profile Image for Ain adawiyah .
26 reviews3 followers
May 6, 2017
As usual. Karya Anna lee tak pernah mengecewakan!!



Bila da start baca tak boleh nak stop! Few hours je da boleh habis baca.


Sana sini twist! so reader kena fokus baca tak bole skip sikit pon. hehe.


Novel ni terbahagi pada 3 bahagian.

First part, memang terbuai2 dgn keakraban teja dan maliq! Gigih si teja ni stalk maliq. haha!

Second part, bila tengah khusyuk layan chemistry teja and malik. tiba- tiba penulis twist pulak dekat sini. Aduh! Teja bukan mind reader semua tu hallucinations dia je.

Last part, bila da start percaya teja ni bukan mind reader. maliq tu hanya hallucinations dia je. penulis twist lain pulak! ishhh.


Memang kena fokus! tak boleh skip sikit pon!

Well done writer!!

p/s: Nasib da baca Hello its me! so dapat la gambaran character Duta!
Profile Image for LadyKeira Zachary.
417 reviews16 followers
May 19, 2017
Awesome. It could have been a lot of fun if you have that kind of sixth sense... a mind reader. But sometime some thing is better left unknown. It could haywire your feelings all day.

Keep it up Ms Writer. Highly recommended.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
October 24, 2017
Kalau buku sedap tu, memang cepat je kan habis? Kenapa rasa nipis sangat? Kenapa rasa mcam cepat sngat episod kembara bersama novel Jika Aku kali ni? Awesome storyline for me. Bila dah baca tu mmg susah dah nak letak. Even tengah buat benda lain pun masih teringat lagi pasal Teja dgn Maliq ni selagi tak jumpa perkataan tamat. Best sngat. Dan nak nasihat sikit dekat korang, sila baca Hello it's me dulu ye. Kalau kau nak tau lebih lanjut watak Duta tu. Ape perkaitan dia dgn Maliq dan Teja.

Masih mula baca part 1 tu mmg asyik nak tersengih je dgn cerita Maliq & Teja. Tak perlu nak tunjuk sngat terang-terang Maliq tu suka kat Teja dgn guna ayat2 manis ke apa. Setiap perbuatan Maliq tu dah tahu dah dia sangat 'jaga' Teja.

Part 2 : rasa macam tak leh terima pun ada bila semua tu hanyalah khayalan Teja? Maliq tak wujud? Sedih sngat kalau aku kat tempat Teja. Dahlah Maliq tu je kawan yg boleh dikatakan rapat dgn Teja. Tapi muncul pula Aidan...yg ade karakter macam Maliq? Tapi annoying.

Part 3: kebenaran akhirnya terungkap. Dan bila kau tahu segalanya tak dijangka. Dari awal baca mmg tak leh agak perkaitan tu semua. Kalau novel biasa, mesti dah dpat agak japgi mesti camnie, dia ni dgn orang tu..bla bla bla..tapi dlm JA kau mmg x leh jangka. Dia punya twist tu kau sndiri cam tak percaya. Tak sngguplah nak 'duduk' dlm pemikiran kak Anna Lee sbb dialah ketua kepada segala 'mind reader'..Tak letih ke sis baca pemikiran org? Kenapa unik sangat JA ni? Ku suka.

Tak sabar nak tunggu ur next novel. Kadang kala kelainan sesebuah cerita itu lebih baik daripada biasa. Ciptalah lebih banyak kelainan supaya pembaca tak bosan & berfikir di luar kotak.
Profile Image for cutesyreader ツ.
123 reviews57 followers
November 5, 2019
Dia punya plot twist tu taknak kalah! Dari satu plot twist ehh tetiba ada plot twist lagi? Aku mindblown jap tak dapat hadam. Hahahaa... Nasib ending dia cerita habis semua then barulah faham.

Just nak cakap... SANGAT SANGAT SANGAT MENARIK DAN BEST!

Please baca kepada sesiapa yg belum baca lagi buku ni. Memang lain dari yg lain jalan citer dia. Cuma first plot twist tu dah rasa macam citer Ghostland. Overall, sangat best! Ini kalau dijadikan movie ni memang cun lah! Hehe..

Rating:
5 BINTANG!
Displaying 1 - 30 of 137 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.