Jump to ratings and reviews
Rate this book

Duit Hantaranku Tak Cukup

Rate this book
Suka sama suka, cinta sama cinta. Kedua-dua belah keluarga saling merestui. Namun, gara-gara permintaan bakal ibu mertua, ikatan pertunangan yang diharap berakhir dengan pernikahan, tak juga menjadi.

“Macam mana nak kahwin kalau duit hantaran yang mak nak tu tak cukup-cukup!” - Khairina.

Emak mahukan lima belas ribu sebagai duit hantaran. Bukan niat emak hendak menyusahkan bakal menantu, tapi Khairina itu seorang sahajalah anaknya. Mestilah dia mahukan yang terbaik!
Sudah tak larat nak panjangkan tempoh pertunangan, hanya ada satu cara sahaja yang mereka berdua nampak. Satu keputusan terpaksa diambil demi menghalalkan hubungan yang ada.

“Kita ni kahwin lari tau!” - Muzaffar.

Macam tak sangka, perkara yang selama ini hanya dibaca di dada akhbar dan laman sosial, berlaku pada diri sendiri. Pernikahan mereka menjadi rahsia, namun rahsia itu sukar dibendung apabila masalah demi masalah datang menerjah. Dan masalah paling besar yang muncul buat jantung Muzaffar bagai hendak gugur.

"Mak nak Rin terima dia. Bukan setakat lima belas ribu dia boleh bagi, tapi dua puluh ribu pun dia sanggup tau tak? Mak bukan nak duit tu untuk mak, tapi untuk Rin. Mak nak hidup Rin senang!" - Puan Normah.

Apa yang harus dilakukan? Perlukah Muzaffar berterus terang dengan mentuanya? Atau dia perlu teruskan berahsia?

"Lagi lama kita rahsiakan perkara ini, macam-macam boleh jadi. Silap-silap Rin kahwin pula dengan lelaki tu!" - Khairina.

Muzaffar buntu mahu membuat keputusan. Diluah mati emak, ditelan mati bapak.

485 pages, Paperback

Published March 1, 2017

3 people are currently reading
14 people want to read

About the author

Sania Yasmin

7 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (27%)
4 stars
12 (41%)
3 stars
6 (20%)
2 stars
2 (6%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,013 reviews376 followers
April 18, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

I will admit that I was a bit skeptical sebab tajuk cerita ni yang tak berapa menarik. Cover novel pun nampak agak 'murah.'

But, I bought it anyway sebab 1) it's by Sania Yasmin; 2) it was on sale.

I don't like to be wrong tapi kali ni N sangat gembira for being wrong!


N suka jalan ceritanya because it felt real.

Yes, it was partly annoying but only because N tak dapat terima perangai materialistik Puan Normah. Kalau boleh memang nak smackdown jer perempuan tua tu. Sikap Muzaffar yang asyik suruh 'bersabar, bersabar' tu pun sangat annoying. Susah sangat nak bukak mulut and bagitahu family dorang dah berkahwin. In the end, Khairina jugak yang kena buat semua.



Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
October 4, 2018
2.8*

Lemas dan rimas dengan hal duit hantaran yang tak habis-habis disebut hinggakan lima belas ribu tu jadi lima ribu. Rasanya dua kali aku jumpa kesilapan macam ni.

Tajuk novel ni betul-betul mendominasi jalan cerita. Rasa sedikit bosan jugak la dok pi dok mai dok sebut benda yang sama berulang-ulang kali. Ditambah lagi dengan hero yang pengecut tak bertempat. Kawen lari je yang dia berani. Ahak.

Dan lagi satu, TOLONG la ALERT BANYAK-BANYAK pada ejaan. Ada satu perenggan tu aku langsung tak faham apa yang penulis maksudkan/tuliskan. Kalau tak silap aku pada muka surat 300++. Tak ingat dah. Nak rujuk balik semula, novel sudah selamat aku swap. :D
.
Profile Image for Nad.
100 reviews10 followers
April 24, 2017
Gara2 hantaran 15k, haru biru jadinya.
Muzafar ni berani sangat ajak Khairina nikah sampai ke Siam, tapi bila disuruh berterus terang, main tarik tali pulak.
Puan Normah pula terlalu taksub dengan 15k yang diminta. Hari2 Khairina didesak, balik2 kerja hal itu jugak yang disebut. Stress betul kalau jadi Khairina.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,301 reviews68 followers
June 23, 2022
[BOOK 120]

Duit Hantaranku Tak Cukup by Sarnia Yasmin.
.

Bukan setakat Khairina je pening, ngan aku sekali pening. Kalau tengok tajuk, dah boleh agak yang cerita ni generally bercakap tentang duit hantaran.
.

Khairina dah tunang dengan Muzaffar selama 4 tahun. Punca dorang tak kahwin-kahwin lagi ialah sebabnya Muzaffar tak mampu nak bagi duit hantaran sebanyak RM15000 seperti yang mak Khairina minta.
.

Lepas tu, dorang nekad nak kahwin kat Siam. Pada masa yang sama, mak Khairina nak putuskan pertunangan dorang, dan nak kenalkannya dengan Hanif. Banyak la masalah lepas tu. Bila Khairina bagitahu Muzaffar, jawapannya ialah, "sabar." Eh ngan aku pun sakit hati.
.

So, cerita ni duk pusing pasal duit hantaran sampailah Khairina tu sakit, dan mak dia pun dah slowly insaf la.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
September 13, 2019
suka baca novel ni. kisahnya pantas, olahan yang santai dan bersahaja, bahasa dan penyampaian yang cukup cantik dari puan penulis Sarnia Yahya buat pembaca sedetik pun tak rasa bosan. ideanya walaupun kedengaran agak biasa tapi bila dari awal sampai akhir mantap jadinya tak perlulah kata idea klise so tak boleh nak baca.. a big no!

khairina dan muzaffar masing-masing telah bertunang selama 4 tahun. tempoh yang agak panjang kerana muzaffar masih belum mampu menyediakan duit hantaran yang cukup sebanyak 15 ribu permintaan dari puan normah. sedikit pun dia tak mahu kurang konon nak menyenangkan khairina. ekoran dari itu mereka lari bernikah di siam!

puan normah sangat dominan menyebabkan encik shamsuri adakala malas nak berkata apa. walaupun begitu dia tidak bersetuju dengan hantaran yang tinggi.muzaffar tetap pilihannya sebagai menantu. puan normah mula bertindak gila bila mahu memutuskan pertunangan khairina dan muzaffar dan mahu hanif menggantikan tempat muzaffar. kacau bilau khairina jadinya bila emaknya bertindak sedemikian. bertambah panas hati bila muzaffar hanya menyuruhnya sabar tanpa ambil tindakan apa-apa.

perempuan mana tak stress ye tak? sayangkan suami tapi dalam masa yang sama tetap nak jaga hati emak. hanif pula asyik mengganggunya hingga sanggup bayar gantirugi kalau nak putuskan pertunangan. psiko gila hanif nih. bila dah berperang besar dengan emaknya, khairina lari ke rumah mak saudaranya puan juwita seterusnya dia jatuh pengsan kerana demam panas. risau puan normah takut anaknya sakit. tapi ada hikmahnya bila mana encik shamsuri dan emak muzaffar menerima berita tentang pernikahan rahsia mereka.

keluar dari hospital makin huru hara. tambah huru hara bila hanif mula tunjuk belang.. sangat menarik kisah ini. anak yang menyanjung tinggi emaknya tapi dalam masa yang sama risau lakukan maksiat. perkahwinan adalah satu perkara yang murni, janganlah di bebankan dengan perkara yang tidak-tidak. sangat best dan sangat terhibur dengan novel ini... haa.. nak letak hantaran tinggi ke atau mau halal bersama yang tersayang? duit boleh dicari beb tapi hubungan halal hanya perlukan kasih, setia dan kejujuran, dok gitu?
Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
June 5, 2017
tahniah buat penulis otai ini..kisah yg sgt dekat dgn masyarakat..duit hataranku x cukup sgt menepati jalan citer yg mengisahkn si ibu yg meltakkan duit hantaran 15k mybbkn si anak dan si tunang sgt pening kepala....dgn tanggungjwb yg berat dan keja bergaji kecil mana mungkin utk menyediakan duit hantaran yang sebegitu...suka watak hero dan heroin..saling melengkapi... sihero sgt penyabar sehinggakan si heroin dh alergic dgn perkataan sabar...hihihi..genre cinta orang biasa, kisah orang biasa diadun dgn sgt bgus..terbaek kak sania yasmin..tahniah...sy suka...

#kusukakisahorangbiasa
#kualergickisahmerentasbenua
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 30, 2022
Literally cerita pasal tajuk novel ni. Both of them need kahwin lari sebab dah 4 tahun ikat tunang, tak cukup2 duit hantaran yg direquest oleh mak heroin. Mak heroin pon, mcm jual anak dah..nak jugak hantaran 15k.
Si hero tu keje pak guard je..and mak die pulak sakit so tiap kali kumpul duit, ade je duit tu kene guna utk benda lain.
Datang la dugaan bila mak heroin ade calon lain. Aku geram si hero ni penyabar sgt...mmg lembut je cara cakap and tenangkan heroin tp terlalu berjaga2..klu terus terang dekat ayah heroin awal2 kan senang...

light reading.
63 reviews
October 9, 2019
Admin teruja membaca novel ini kerana setiap pengolahan dalam penceritaan ni sangat menarik hati. Novel ini ada keunikannya sendiri. Jalan cerita yang manpat dan akan buat you all tak sabar nak habiskannya. Boleh dapatkan buku ini di https://www.e-sentral.com :))
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
April 9, 2017
4.5*

HUH !!! Sesak nafas dengan perangai mak Khairina yg tak habis-habis bercakap tentang hantaran RM15K sampai sanggup melukakan hati anaknya disebabkan Muzaffar masih tak mampu mengumpul RM15K tu. Ditambah lagi dengan perangai terlampau sabar Muzaffar bila Khairina desak dia utk bukak rahsia yg mereka sudah berkahwin di Songkhla. Adududuhhh sungguh lah ngam sangat mentua-menantu ni. Dua-dua buat saya sesak nafas dengan perangai mereka. Rasa macam nak dicekik-cekik je leher si Muzaffar bila acapkali sampai part dia suruh Khairina bersabar.





Memanglah penulis memang pandai mainkan emosi pembaca dalam novel DHTC ni. Geram melampau-lampau rasanya dekat Puan Rosnah, Muzaffar dengan Hanif.
82 reviews36 followers
April 16, 2017
Kisah sepasang kekasih Muzaffar dan Khairina yang bertunang sudah 4thn
Hasrat menikah terbantut dek hasrat emak Khairina yang meletakkan hantaran sebyk 15 ribu
Dengan jawatan sebagai pengawal keselamatan dan tanggungjawap terhadap keluarga menyukarkan kehendak mereka untuk menghalalkan hubungan
Lantas dgn nekad mereka bernikah di sempadan tetapi dugaan melanda apabila si emak menemui calon yg dapat memenuhi kehendak nya
Adakah hubungan Muz dn Rin cukup kuat untuk melawan setiap dugaan ?

Suatu kisah yang diceritakan secara santai namun terselit satu isu yang berleluasa sekarang iaitu isu duit hantaran
Saya suka hubungan kekeluargaan yang dipaparkan walaupun tk setuju dgn kehendak emak tapi hormat dan sayang tetap ada
Sememangnya Muz dan Rin memang melengkapi satu sama lain, lembutnya Muz bg melengkapi sikap Rin
Satu lagi, sesuatu yang nampak baik, tk semestinya baik begitu jugak dgn calon emak itu.
Konsep bersyukur pada apa yang kita ada kerana semuanya adalah milik Allah

Yang penting, saya amat terhibur membaca DUIT HANTARANKU TAK CUKUP. Lagi2 lah ada sedikit kisah #AdamAmna buat kita tersenyum lebar .

Walaupun ada sedikit typo dan silap, tk menyukarkan saya utk memahami apa yang cuba disampaikan
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.