Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menangkah Cinta?

Rate this book
Marissa berjaya dalam kerjayanyansebagai seorang peragawati dan pelakon, namun dalam soal cinta, dia tidak bernasib baik. Percintaan dijalin bertahun lamanya dengan lelaki yang berjaya menawan hatinya Saiful Adli akhirnya musnah.

Lebih menyakitkan apabila wanita yang merampas lelaki yang dicintai itu ialah seorang pelakon baharu, Dasha yang bercita-cita tinggi mahu merampas tempat dan kedudukan Marissa sebagai pelakon popular.

469 pages, Paperback

Published January 1, 2016

1 person is currently reading
2 people want to read

About the author

Iman Imran

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (33%)
4 stars
1 (33%)
3 stars
1 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
59 reviews
September 23, 2023
Berpusing² rasa emosi ni bila membaca. Utk sy, not bad. N sy suka dgn pengajaran yang disampaikan. Never judge a book by it's cover. Walau apa pun pekerjaan seseorang, jgn generalisasikan sesuatu. Mungkin la dalam bidang keje seseorang tu lebih banyak dugaan seperti yang marissa hadapi. Tapi, dia cuba sebaik mungkin dalam menjaga diri dan maruah dia. 👍😊
Profile Image for Moon.
11 reviews2 followers
April 14, 2017
Novel Menangkah Cinta? telah mengusik jiwa dan hati saya pada bab-bab terakhirnya. Ketika watak utama Marissa menangis kerana pertama kali melihat Kaabah, air mata saya turut mengalir kerana saya merasakan segala konflik yang berlaku di antara watak-watak utama di dalam novel ini langsung hilang, segala kesedihan, kedukaan, kesengsaraan yang dihadapi oleh Marissa dan Engku Yusoff sebelum ini terus sembuh hanya dengan melihat rumah Allah. Mungkin itulah yang dirasai oleh mereka yang telah menjejak kaki ke Tanah Suci.

Menangkah Cinta? tidak banyak lari daripada novel-novel cinta lain yang mengangkat tema cinta antara dua darjat cuma kelainannya mungkin dari segi watak-watak dokongan yang lain yang menjadi sahabat-sahabat baik kepada Marissa, seorang pelakon dan model terkenal yang digambarkan sebagai seorang yang mengambil serius kerjayanya.

Tidak rugi untuk anda memiliki novel pertama karya Iman Imran yang telah mencipta nama sebagai penulis lirik yang sangat prolifik di dalam industri muzik tanah air.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.