Ada penyokong Manchester United, yang turun ke lapangan terbang London, sedangkan jauh lebih mudah sekiranya turun ke lapangan terbang Manchester.
Ada yang kata darurat dan terpaksa makan makanan tidak halal, sedangkan UK adalah antara negara yang banyak menjual makanan halal.
Ada yang rasa bosan, hanya berlegar-legar di kota, sedangkan UK mempunyai kawasan countryside antara yang tercantik di Eropah.
Senarai 'kerugian' ini sebenarnya lebih panjang, dan buku ini bertujuan bagi memadamkan segala 'kerugian' yang mungkin anda alami.
Segala panduan dan tip disusun rapi. Sehingga, kita berasa tahu segala-galanya tentang UK. Jadi adakah ia akan menjadikan anda seperti melancong dengan travel agency? Tidak sama sekali.
Panduan dan tip di dalam buku ini tidak akan menjadikan 'nikmat' backpacker itu berkurangan, malah ia menambah jauhnya perjalanan, dan memberi sensasi tambahan kepada anda sebagai backpacker.
Buku yang sangat bagus sebagai panduan jika kita berkesempatan untuk ke United Kingdom satu hari nanti. Dari sebesar-besar perkara seperti persiapan sebelum ke sana hingga kepada sekecil-kecil tips serta panduan disertakan bersama dalam buku ini.
Cara penulisan Shahkang juga layak diberi pujian. Nampak lebih matang berbanding buku pertama beliau UK Aku Mai yang saya telah baca sebelum ini. Teruskan begini ya 😊
Dicadangkan untuk yang berminat ke sana suatu hari nanti.
Buku panduan travel yg sangat lengkap bagi saya. Persembahan buku yg sangat menarik dan tidak bosan , setiap helaian penuh terisi dengan pengetahuan dan maklumat baru, ayat yang sangat mudah dan santai untuk para pembaca menikmatinya.
Selesai sahaja baca buku ini , hati terasa berkobar-kobar nak ke UK. Seolah-olah segala keperluan , persediaan dan maklumat telahpun 'dikhatamkan' sejurus membaca naskhah ini.
Bagi sesiapa mahu ke UK , sangat rugi jika tidak membaca buku ini. Ambil peluang dan manfaat daripadanya.😊