Selepas tamat sekolah rendah, Safee bercita-cita menyambung pelajaran ke sekolah sukan yang dapat meningkatkan kemahiran bola sepaknya. Safee yakin, ini akan membantu impian besarnya menjadi pemain bola sepak profesional. Namun, harapan Safee hancur berkecai apabila tawaran yang dinanti-nantikannya tidak kunjung tiba.
Ben Wong ( 王忠豪) atau lebih dikenali sebagai Ben, bukan satu nama asing di persada komik tempatan. Beliau adalah artis komik tempatan pertama yang memenangi anugerah International Manga Award di Jepun pada tahun 2007. Sebelumnya, beliau juga popular dengan beberapa siri komik yang diterbitkan oleh majalah komik tempatan.