Kerana cemburukan posisi Kim sebagai kapten pasukan bola sepak sekolah, Stanley mengambil tindakan membawa gengnya menyekat Kim di satu lorong sunyi. Kim mulanya cuba berasional dan mengajak mereka berbincang, tetapi perasaan hasad Stanley sudah memuncak. Pergaduhan sudah tidak dapat dielakkan. Dalam keadaan yang berat sebelah – tiga lawan satu, mampukah Kim mempertahankan dirinya daripada Stanley dan konco-konconya yang mula hilang pertimbangan?
Sementara itu, Safee masih dirundung kecewa kerana tidak diterima ke sekolah khas sukan seperti rakan-rakannya yang lain, namun kata-kata semangat daripada Julia dan prinsip Fizi membuatkan Safee terfikir. Antara sukan dan pelajaran, mana lebih penting?
Ben Wong ( 王忠豪) atau lebih dikenali sebagai Ben, bukan satu nama asing di persada komik tempatan. Beliau adalah artis komik tempatan pertama yang memenangi anugerah International Manga Award di Jepun pada tahun 2007. Sebelumnya, beliau juga popular dengan beberapa siri komik yang diterbitkan oleh majalah komik tempatan.