Jump to ratings and reviews
Rate this book

Daulat Tuhanku

Rate this book
Ada pelbagai takrif 'Daulat' menurut Kamus Dewan terbitan DBP, apapun kesimpulan akhirnya kita akan berjumpa dengan Raja segala Raja ini kelak dan melihatnya serta berdialog dengannya di negeri abadi yang mana akan dizahirkan kerajaan agung-Nya.

Saat itu kita hanya perlukan satu perkara sahaja daripada-Nya iaitu -Rahmat!

176 pages, Paperback

First published March 1, 2017

10 people are currently reading
22 people want to read

About the author

Zahiruddin Zabidi

21 books45 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (30%)
4 stars
18 (36%)
3 stars
13 (26%)
2 stars
3 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
October 5, 2017
Kemas! Mantap! Tulisan yang ada emosi sewaktu membacanya. Digarap dengan kemas dan meyakinkan. Tidak biased kepada kelompok-kelompok tertentu.

Menariknya buku ini, Zahiruddin banyak mencuit dari buku-buku dan kitab-kitab tokoh-tokoh agung terutama dalam dunia Islam. Secara tak langsung, banyak tulisan dalam ni tulis seperti 'review' terhadap buku tersebut. Ustaz Zahiruddin seperti mengajak dan meminta pembaca untuk membaca karya tersebut. Terasa berkobar-kobar untuk mencari dan membaca karya yang dinyatakan.

Dalam buku ini, contoh dan dalil yang diberikan oleh penulis adalah dari tokoh yang biasa kita dengar tetapi kita tak perasan apa yang mereka bincang/tuliskan. Jadi penulis mencetus satu ledakan emosi kepada si pembaca untuk mencari semula dalil dan bukti tersebut.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
January 5, 2019
Buku kedua yang dibaca dari penulis sama, selepas naskhah sulung beliau La Adri yang membuka minda sebelum ini. Nukilan separa berat seputar isu-isu agama semasa, permasalahannya di peringkat domestik & antarabangsa, serta saranan dan cadangan bagi penambahbaikannya.

Menyentuh lebih banyak isu berbanding buku pertamanya, dan lebih tersusun perinciannya. Jika tidak kerana banyaknya kesalahan ejaan, tiada senarai glosari mahupun nota kaki (bagi tujuan memperjelaskan maksud pelbagai perkataan Arab yang kurang difahami ertinya) dan senarai bibliografi, buku ini pasti memuaskan dari segala segi.

Antara isu menarik dari buku ini yang wajar dibuat isu perbincangan asahan minda adalah;

1. Feudal monarki (sistem pemerintahan beraja) di dua Tanah Haram (Arab Saudi kini) yang hanya muncul pada abad ini. Selepas pupusnya sistem pemerintahan Khulafa' disana, adakah sistem monarki ini yang terbaik buat mentadbir tanah Haram milik umat Islam sedunia pada hari ini?

2. Menangkis gejala Syiah & ajaran sesat yang lain di Malaysia kini. Antara perlaksanaan undang-undang dengan tujuan menyekat, ataupun dengan menyebarkan ilmu tentang kekhilafan fahaman ini. Yang manakah lebih berkesan?

3. Seputar isu benarkah wanita di dalam Islam didiskriminasi apabila mereka diperintahkan untuk menutup hampir seluruh tubuh, yang nampak seperti tidak adil. Perbandingan dibuat dengan tamadun agung purba lama seperti tamadun Rom, Yunani dan Mesir.

4. Menyelusuri konsep sebenar jihad menurut perspektif sebenar agama Islam. Adakah ianya berkenaan dengan peperangan sahaja? Berdasarkan karya agung terkini oleh Prof. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi, 'Fiqh Jihad Jilid 1 dan Jilid 2'.

5. Perbincangan mengenai istilah non-Muslim dan kafir. Adakah mereka ini tergolong dalam kelompok yang sama atau tidak? Bolehkah kita mengandaikan mereka ini sama sahaja terutamanya ketika melakukan kerja-kerja dakwah?

Kesimpulannya, buku yang sesuai dijadikan bahan rekreasi minda untuk berfikir sejenak perihal berkaitan agama yang mulia ini. Cuba dapatkan dan cuba selami buah fikiran penulis ini.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
April 18, 2017
Secara keseluruhannya, buku ini lebih terperinci berbanding buku penulis sebelumnya iaitu La Adri.

Walaubagaimanapun saya mengharapkan lebih daripada apa yang ditulis dalam buku ini. Penulis menyampaikan kebanyakan idea daripada buku yang dibaca lebih banyak berbanding pendapat peribadi. Antara buku yang dirujuk ialah buku tulisan Dr Zakir Naik & Dr Yusuf Qardawi.

Idea yang disampaikan seperti 6 jenis ilmu yang wajar dikuasai oleh para da'i menurut Dr Qardawi sudah saya dengar dalam program penulis 2 tahun lepas. Jadi ianya bukanlah sesuatu yang baru bagi saya yang mengikuti perkongsian penulis sebelum ini.

Mungkin buku ini sekadar himpunan catatan ringkas penulis. Tajuk buku ini cukup provokatif tapi apa yang disampaikan dalam buku ini tidak mungkin akan menyebabkan buku ini diharamkan oleh KDN. Haha.

Mungkin 'expectation' saya terlalu tinggi tapi saya akui, buku ini memang patut ditulis sebegini memandangkan penerbitan buku ini di bawah genre indie.

Profile Image for Juliyana Junaidi.
28 reviews9 followers
May 11, 2017
Perbincangan sekitar isu semasa rakyat Malaysia yang berkaitan dengan agama.
Antaranya politik negara dan antarabangsa, tamadun dan kerajaan, konsep jihad dan kecelaruan sosial.
Mudah difahami. Penulis cenderung menggunakan pendapat al-Qaradawi yang kelihatannya lebih sesuai difahamj pada waqi' sekarang.
Paling menarik bagi saya mungkin berkenaan Karl Marx dan Sigmund Freud dimana Marx mengatakan masalah manusia berasal daripada perut dan Freud memberi kenyataan bahawa puncanya adalah daripada syahwat. Awal sebelum mereka berfalsafah, Imam Ghazali telah menyatakan yang kedua-duanya penting untung kelangsungan hidup dan pembuktian kekuasaan Allah. Namun ia dihadirkan juga dengan aqal untuk menimbangtara akan dia faktor ini.
Rate: 3.5/5
#BacaLaJue #DaulatTuhanku
Author 3 books9 followers
December 16, 2017
Saya pernah membaca karya-karya penulis tahun-tahun sebelum ini. Dan karya Daulat Tuhanku ini masih tetap memuaskan saya sebagai pembaca. Apa yang saya maksudkan ialah, bahasa yang mudah difahami dan perbincangan yang tidak terlalu berat tapi cukup membuatkan pembaca berkerut dahi dan belek halaman baru lagi dan lagi untuk lebih tahu.

Perasaan yang sama ketika saya membaca 'La Adri' dari penulis yang sama.

Kalau orang tanya saya, "Apa pandangan kau terhadap buku Daulat Tuhanku ini?" Saya akan jawab, buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat. Pembaca yang suka baca buku-buku falsafah yang berat atau pun pembaca yang suka baca bahan bacaan yang ringan.

Terima kasih atas penghasilan buku ini. Keep it up, Ustaz!
Profile Image for Ujie Othman.
15 reviews
September 9, 2021
Buku Daulat Tuhanku membawakan penulisan berkenaan politik, sejarah dan isu semasa yang bersangkutan agama Islam di peringkat Malaysia juga antarabangsa. Buku yang menarik, cuma kadang kala saya rasa kurang puas membaca apabila ada sesetengah topik yang agak tergantung (saya berharap ada huraian lebih lanjut).

‘Non-Muslim Bukan Kafir’ merupakan antara topik yang menarik bagi saya. Ianya berjaya menjawab persoalan yang bermain difikiran saya berkenaan wajarkah kita menggelar semua orang bukan Islam sebagai kafir?

Daulat Tuhanku, bacaan bagus bagi kita memahami pelbagai isu seputar dunia Islam. Pembaca juga dapat mengetahui pelbagai judul buku yang menjadi bahan rujukan penulis, sekaligus memudahkan kita jika mahu mendalami satu-satu perkara dengan mencari dan membaca langsung buku-buku yang dinyatakan oleh penulis.
1 review
October 21, 2017
Buku yang saya kira santai. Senang faham dan tidak menggunakan istilah yang pelik-pelik.
Mengupas isu masalah kefahaman semasa terutama masyarakat melayu islam.

Membuka minda pembaca untuk mengkaji lebih lagi tentang isi-isi yang diberi.

Tulisan terlalu kecil. Susah untuk dibaca walaupun saya masih muda dan tidak rabun. Itu saja isu teknikal yang perlu diambil peduli.

Isi mantap.
Profile Image for Muhammad Zahirudin Nordin.
7 reviews
November 25, 2018
Penulisan yang menarik dan kemas oleh penulis. Perbincangan isu-isu semasa di Malaysia seperti politik agama dan hal ehwal semasa di dunia. Makalah yang harus dimiliki oleh golongan muda di Malaysia. Semoga penulis akan menulis karya-karya indie seperti ini di masa akan datang.
Profile Image for Nona.
100 reviews
December 28, 2021
Q U O T E 🕋

"Orang yang pandai belajar daripada kesilapan diri sendiri, tetapi orang yang bijak belajar daripada kesilapan orang lain."
_Dato Dr. Fadzilah Kamsah
Profile Image for Adam Isaac.
15 reviews
December 21, 2021
Dari segi tulisan dan idea yang dibawa dalam buku ini, tak salah saya katakan yang ustaz Zahiruddin cenderung kepada salafism.

Walaupun banyak(hampir 95 peratus) buku ini saya tak setuju, tapi apa salahnya kita membaca buku yang berbeza pandangan dengan kita.
Profile Image for Zafran Anas.
2 reviews
Read
August 11, 2017
Salam .

Saya baru sahaja menghabiskan buku ini minggu lepas . Tajuk buku ini memberi perspektif yang ini adalah buku berunsurkan keinsafan dengan cover yang cukup menarik . Namun rupanya buku ini merupakan silibus bagi topik-topik hangat yang dibincangkan penulis . Ada sesetengah seakan potong stim kerana cerit seakan terlalu ringkas ataupun penulis meletakan klimaks dihujung cerita yang membuatkan " oh this topic u should elaborate more" . banyak juga topik yng penulis habiskan dengan persoalan kepada pembaca membuatkan kadang lost juga memandangkan setiap topik terlalu ringkas terutama pasal kenapa ramai kurang minat terhadap subjek sejarah . Saya mencadangkan selepas ini penulis lebih memgurangkan topik perbincangan dan lebih mengaitkan idea tokoh dan komentar penulis supaya buku ini lebih hidup dan
Padat . Sekian, maaf jika terlebih komen namun secara jujurnya penulis merupakan antara yg sangat dapat seimbangkan nilai ilmiah supaya tidak menjadi terlalu berat utk difahami dalam bukunya 🙌🏼
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.