Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lapan Tahun Itu

Rate this book
Lapan tahun dulu mereka sama muda...
Sama-sama melarikan diri daripada masalah hidup.
Adelia lari dari rumah setelah ibunya meninggal dunia dan ayah tirinya mahu menebus dia sebagai bayaran hutang dengan along.
Rizman lari dari kampus kerana mahu lepas daripada kongkonga ayahnya yang mahu dia menjadi seorang doktor.
Di rumah sewa ala-ala 'Lodging Mak Minah', mereka bertemu; di bengkel basuh kereta, mereka sama-sama bekerja; dan di bawah bahang matahari Kuala Lumpur perasaan mereka membara.

TAPI,
Takdir telah menulis along itu dapat mencari Adelia, ayah Rizman berjaya mencari Rizman, lalu mereka terpaksa berpisah tanpa sebarang pesan, tanpa sepatah kata. Hilang tanpa alamat. Yang tertinggal hanyalah luka.

Lapan tahun kemudian, takdir menemukan mereka kembali. Adelia sebagai mangsa kemalangan. Rizman sebagai doktor yang merawatnya. Tapi, dapatkah mereka sama-sama menjahit luka perpisahan dulu?

Paperback

First published April 1, 2017

3 people are currently reading
18 people want to read

About the author

Fizziany

38 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (12%)
4 stars
20 (50%)
3 stars
12 (30%)
2 stars
3 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
May 31, 2017

Rizman kaki mengusik dengan rambut kuningnya , Adelia pulak alahai dengan lemah lembut suaranya hehe seronok je membaca , terbayang bayang juga camne keadaan rumah sewa drg nie
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 27, 2017
~pertemuan antara Rizman dan Adelia bagaikan suratan yang tertulis, ketika Adelia melarikan diri daripasa Johan bapa tirinya dan Tauke Chong yang menuntut hutang, dan Rizman melarikan diri daripada pengajian perubatannya. walaupun hanya beberapa bulan saja bersama, namun kenangan yang dicipta begitu bermakna dan memberi impak dalam hidup mereka.

Namun, takdir juga memisahkan mereka lantaran desakan hidup dan usia muda mereka ketika itu. mereka terputus hubungan, sehinggalah mereka dipertemukan semula di hospital melaka, kali ini Rizman sebagai doktor dan Adelia mangsa kemalangan. Dapatkah mereka menjahit luka perpisahan dulu?

lebih separuh daripada buku ini kisah lapan tahun dulu, memori2 yang tercipta antara Rizman dan Adelia. Tidak dinafikan kenangan itu memberi impak besar dalam hidup mereka. Selepas 8 tahun tak banyak sangat, halangan masih sama, Tan Sri Syed Qadri ayah Rizman.

ada part yang saya suka, tapi entah kenapa macam kurang rasa sedikit.. untuk membaca ke akhir tu menarik jugalah, sebab nak tau apa jadi je dengan diorang.

and, ending agak rushing... eh camtu je.. kejap je da abis. macam tak puas pun ada.

apapun, tahniah untuk penulis.
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
May 18, 2017
Needed about fifty more pages. Felt a bit rushed. All of a sudden, the book just ended. Lepas habis baca, komen aku- eh ini je? Haaa.. macam tu lah..
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
August 7, 2022
Ishh rugi rasanya sbb lambat baca kisah Adelia dgn Rizman ni. Mereka ni bukanlah loving couple yg nak bersweet bagai. Si Rizman ni pun bahasakan diri kau aku je. Adelia pun tak pernah nak cover perangai sebenar. Yang pasti mereka ini serasi walau keduanya berkenalan semasa susah. Tapi tak tahu kenapa, saya rasa mereka berdua ini tersangatlah complete utk each other. Mmg terasa cinta tu meresap dlm hati pembaca sama.

Adelia yg mahu lari dari ayah tirinya, tinggal di bilik sewa yg biasa². Itu pun atas bantuan Ben dan juga Fatiah. Tanpa diduga, Rizman seorang penyewa di hadapan biliknya mmg memerlukan seorang pekerja di kedai cuci kereta, jadi Adelia diambil bekerja bersama dengannya. Walau hidup mereka susah, tetapi mereka gembira dgn apa adanya. Walau selepas itu Adelia bekerja di tempat lain, Rizman tetap setia menghantar dan mengambil Adelia balik kerja walaupun mereka hanya berjalan kaki.

Namun kerana desakan dari Tan Sri Qadri, bapa kepada Rizman, Rizman akhirnya akur untuk menurut kehendak org tuanya asalkan Adelia 'selamat'. Adelia pula yg risau dan tidak mahu menyusahkan Rizman, akhirnya pergi tanpa meninggalkan apa² nota. Ya, semasa ini mmg Adelia yg tersalah sangka. Dia ingatkan yg dia diculik oleh Ah Long, rupanya yg menculik adalah org lain!

Selepas 8 tahun barulah keduanya berjumpa semula. Itu pun sbb Adelia kemalangan dan hospital itu adalah kepunyaan Tan Sri Qadri! Dan yg jadi dramatik di sini bila Rizman sendiri yg menjadi doktor incharge bagi kes Adelia. So apa lagi, bermulalah kembali kisah 'percintaan' mereka yg tertunda 8 tahun lamanya. Memang obvious sangat bila Rizman membatalkan semua kes² perubatan yg dia ada semata² utk menjaga Adelia dan memberi perhatian yg penuh utk Adelia sehinggalah Tan Sri sendiri mengetahui akan 'rahsia' tersebut.

So bermulalah konflik kembali bila Tan Sri Qadri sekali lagi campur tangan dlm hubungan mereka berdua. Adelia terpaksa berlakon menbenci Rizman. Sementara Rizman yg patah hati dan kecewa utk kedua kalinya tekad utk pergi. Tan Sri ni confident je konon yg Rizman pasti pulang. Tapi bila 2 minggu tak juga pulang, barulah tahu erti menggelabah. Barulah dia tahu nak turunkan ego dia utk merayu pada Adelia. Menyampah ok dgn org tua ni!

Tapi endingnya tetiba rasa kelakar pula bila Tan Sri Qadri boleh berbaik dgn Adelia. Itu lah. Tan Sri ni sejenis melayu mudah lupa. Ya la kalau nak kata Adelia tu nak kikis duit Rizman, dah tentulah Adelia sendiri tak tahu yg Rizman tu anak org kaya. Pulak tu dulu Adelia dgn Rizman ni happy je walau hidup dlm kesusahan. Ish ish Tan Sri. Nasib baik part last kau tu dah insaf. Ketidak kusumpah kau mati cepat😅

# Part Ben dan Fatiah mcm tergantung. Tak tahu apa kisah mereka. Couple atau tidak? 🤷‍♀️
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
October 24, 2019
Kisahnya sangat simple dan wataknya pun tak banyak.watak asal yg banyak2 pun dah xda,dah hilang dah watak Ben,Fathia dan Victor tu.kira kalau buat telefilem pun tak perlu byk kos haha
Kisah perubatannya byk yg tak kena fakta 😂 tak mampu nk ampunkan sbb byk yg pelik 😅
Idea awalnya menarik tapi pengakhirannya macam dah version lari pecut dah 😂
Dialognya mcm dialog budak remaja sehinggakan dialog tan sri pun aku rasa mcm dialog mat rempit 😂
Kisahnya mcm dasar ja,tak mendalam,jadi part yg romantik pun jd tak romantik sgt,part sedih pun tak rasa nk mngis ka apa pun.sedangkan logik watak adelia tu sedih,sebatang kara tp impak sedihnya tak rasa pun.
Ok la buat hilang bosan 😆
Sekian.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
December 15, 2025
Buku Fizziany yang sebelum ini saya sangat suka, adalah buku cerita bersiri. Cerita lapan tahun itu, bagi saya, berkongsi rasa selesa dalam tenang dua anak muda bercinta tanpa sedar. Simple jalan ceritanya namun, masih special. Banyak cerita dua insan bercinta yang diolah dengan banyak konflik dan ketegangan. Kisah Rizman dan Adelia ni, okaylah buat bacaan santai.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 8, 2022
akhirnya... terima kasih pada puan penulis sebab sudi terbitkan Lapan Tahun Itu dalam format buku digital. satu-satunya kaya puan penulis yang akak ketinggalan untuk miliki.

watak taklah ramai. yang sampingan-sampingan pun bukan muncul sentiasa. fokus pada adelia dan rizman saja.

mereka berdua bertemu sewaktu tinggal di bilik sewa rumah aunty kimah. waktu itu adelia melarikan diri dari ayah tirinya yang menuntut geran tanah rumah milik arwah ibunya kerana mahu bayar hutang along dan rizman pula melarikan diri dari kuasa veto ayahnya.

rutin harian yang mereka lalui buat hubungan mereka baik dan rapat. pada mula adelia bekerja di tempat cuci kereta dengan rizman dan kemudian dia bekerja sebagai promoter alat solek.

dekat sini ada kekeliruan yang mula bertandang. adelia yang risau along datang cari dia dek ayah tirinya. dia tak mahu rizman terlibat. rizman pula serba salah bila adelia diculik oleh konco ayah dia semata mahu dia balik dan teruskan apa yang tertangguh. dek sebab ini, lapan tahun itu menghilang begitu sahaja...

olahan, penceritaan, emosi... apa sahaja yang ada dalam kisah ini bergerak cantik dan seiring. pembaca memang akan tenggelam dalam setiap babak. i salute you, puan penulis! berbaloi menanti dengan sabar untuk dapatkan nakshah yang bagi akak sangat berharga dari sudut emosi dan pengalaman hidup yang hendak disampaikan.

kehidupan ini, akan sering menuntut rencana. sama ada yang dirancang dengan sebaiknya atau sesuatu yang dipanggil kebetulan. indah, kan? ya, waktu laluinya kadang rasa terhimpit, tersepit, rasa mahu lari dari segala kekusutan. itu gunanya akal, untuk cari jalan leraikan kekusutan yang ada.

komunikasi. banyak cara selain bercakap berhadapan dan bertentang mata. jangan langsung pandang enteng pada media deria yang satu ini. banyak perkara yang tersilap hanya sebab salah komunikasi.

tak pasal-pasal,

lapan tahun itu...

hanya jeruk dan bias perasaan sendiri dalam hati.

rugi, kan?
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
November 25, 2017
3.5 star

Mereka bertemu di saat mereka menjadi pelarian.

Adelia, anak remaja yang sangat polos. Terumbang-ambing saat hilang kedua orang tua, ditambah derita dengan sikap gila si ayah tiri. Jalan terakhir pilihannya adalah menjadi pelarian walaupun hanya di situ sahaja. Berjumpa pemuda yang menawarkannya kerja dan teman berbicara. Tetapi akhirnya dia terpaksa memilih untuk menjadi pelarian sekali lagi demi keselamatan orang yang dia rasa tidak wajar menjadi mangsa.

Rizman, memilih untuk menjadi pelarian dari bapanya sendiri. Sanggup untuk hidup berdikari demi mencari kebebasan sendiri. Namun hidup di luar itu tidak mudah sehingga akhirnya dia terpaksa menyerah kalah nyawa orang yang dia mula sayang menjadi taruhan.

Namun, pertemuan mereka lapan tahun kemudiannya punya kisah yang berbeza. Mereka membuka hati untuk saling menerima tetapi tidak semua orang gembira.

Samada mereka memilih untuk mejadi pelarian kembali atau hadap sahaja realiti dengan kental hati, semuanya terletak pada pilihan sendiri.

Sejujurnya sekali imbas kisah Adelia-Rizman mengingatkan KakChik pada karya Yang Arif Yang Wangi
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
July 28, 2017
Lapan Tahun itu,
.
.
.

Kedua-dua bertemu di rumah sewa Aunty Kimah. Kedua-duanya menerima antara satu sama lain tanpa syarat. Mereka senang berkongsi apa yang berlaku sehari-seharian sehingga tidak teringat mengambil tahu latar belakang masing-masing. sehingga sebuah peristiwa terjadi, menyebabkan Adelia mengambil haluannya sendiri.
.
.
.
Kisah Adelia yang tabah , berdikari menghadapi masa depan yang tak pasti, membuka mata Rizman tentang persepsi sebuah kehidupan bebas yang dia mahukan. Melarikan diri dari sebuah kehidupan yang telah tersedia untuknya tak kan mampu bawa dia kemana. Dia akur.
.
.
.

Lapan tahun itu,

Novel paling nipis yang aku beli masa pbakl2017 hari itu. dan novel terakhir yang aku baca. haha. Tak ambik masa yang lama untuk habiskan, sebab aku rasa cerita Rizman dan Adelia ni sebuah cerita yang simple tapi masih relevan. Dengan gaya bahasa yang mudah dan santai . cerita ini walaupun pendek, tapi tetap menarik untuk di hadam. Apatah lagi kalau sering membaca novel yang tebal-tebal, membaca novel senipis lapan tahun itu, buatkan kita lebih relax.
Profile Image for Siti Nur.
23 reviews
May 26, 2020
Kisah Syed Rizman dan Adelia yg terpisah 8 tahun. Masing masing tak bercerita tentang latar belakang diri masing masing sampailah menimbulkan salah faham. Buku ni tak sampai 24 jam dah habis baca sebab jalan cerita nya ringkas. Berusaha cari juga tajuk ni by preloved sebab tahu karya fizziany ni boleh tahan lah utk dibaca
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
May 5, 2017
#3rdpbakl17

Comel betul ending cerita ini
Kalau tambah 1-2 bab lagi ending mesti lagi menarik
75 reviews4 followers
July 9, 2017
Love the story especially the simplicity of the ending.
Tak perlu meleret-leret.
Simple but sweet!
5 reviews1 follower
Read
May 7, 2017
awal2 baca enjoy, lama2 mcm tk suka dgn rizwan. haha menyampah. so far baru separuh baca, tk habis lg. hehe
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.