HATI ITU MISTERI YANG TAK TERUNGKAP. MENYUKAI TANPA SEBAB, MEMBENCI TANPA ALASAN.
Ahmad Firdaus Abdullah itu sangat pendiam orangnya. Diam bersebab. Sesuailah dengan panggilan The Serious Pine Tree itu. Dia yang suka bertindak di luar jangkaan itu boleh dikatakan pelik tapi sekali dia tersenyum, 'seseorang itu' akan terkesima. Sampai teringat-ingat... "Teringat kat aku sangat ke semalam sampai Google nama aku?"
Aina Insyirah Ihsan itu pula ceria orangnya. Bersikap positif dan berani bersuara. Sesuailah dengan nama Annoying Anne with an 'e' itu. "Kau ni degil. Ego. Tu je sebenarnya. Sedar tak?"
Rahsia Firdaus dan sifat ingin tahu Aina merapatkan mereka dalam sedar tak sedar. Namun hanya kerana sepatah kata 'tidak' itu, hala tuju mereka tidak selari. Dengan masa, manusia berubah. Apatah lagi apabila melibatkan rasa yang tak keruan di hati. Yang ceria mula memendam rasa, yang beku mula menabur rindu pada bintang di langit.
Namun, mampukah rindu itu berkembang mekar dengan cinta? Apabila rasa yang dipendam itu terlalu dalam untuk diberikan penawarnya?
MENYELUSURI KEMATANGAN DUA INSAN DALAM FIR & ANNE, PENULIS MEMBUAI DAN MELAMBUNG PERASAAN PEMBACA BAGAI DALAM PELAYARAN DI LAUT LEPAS.
RodieR or Rodhiah Rahman is a pharmacist who sees writing as a huge passion. She collects poems and quotes and loves travelling. She has published two Malay novels with Jemari Seni and has built her own group of readers. One fine day she hopes she can share her stories with the world.
1. Beli novel ini kerana Rodier. Pernah baca novel nukilan beliau so apa salahnya beli yang lain bila boleh masuk dengan gaya penulisannya.
2. Tengok covernya teringat last year ada satu masa minat betul dengan cover2 yang warna pastel. So macam mengimbau kenangan silam yang tak berapa silamnya tu.
3. I wonder apa formula JS pakai untuk buatkan hampir semua buku terbitan mereka sepesen gitu? This is a compliment! I don't know how to explain. Watak utama tidak perlu kaya 7 keturunan tak habis. Tak perlu sekacak model dan secantik miss world. Tidak perlu pangkat berbelit2. Cukup sekadar ada kerja tetap, ada kereta, ada rumah, settle. Dan bila baca, Yuni boleh bayangkan kejadian atau tempat2 tersebut. Mungkin ianya boleh berlaku di depan mata. Mungkin sebab itu, Yuni masih setia untuk baca novel2 JS walaupun pernah terpeson sekejap setahun dua. XD Well done, JS!
4. Terima kasih kepada penulis kerana berikan info baru kepada Yuni tentang penyakit Dyslexia. I learn something today.
5. Mungkin penulis boleh terangkan sedikit detail tentang adik Firdaus ni. Sekejap nak tunang dengan ustaz. Tup2 tak jadi. Lepas tu kahwin dengan orang lain pula. Macam agak kelam kabut kat part tu.
The rest okay!
P/S: Rasa macam menyesal pula tak minta signature penulis. Padahal masa bayar kat kaunter tu, ada je penulis kat tengah booth JS. Alahai Yuni. Dah balik rumah baru nak terfikir semula. Next time lah yek, cik penulis.
this gonna be a looooongggg rant for me to keep here because no exact words could describe how much I love this book so i wish to remember this feelings🥹 this review space is for myself kita ni ada short term memory please mind me HAHA so might contain spoilers here and there. do read at your own risk
personal rate— SOLID 5🌟 trope(s) — high school crush to friends to lover, she fell first but he fell harder, second chance romance, hurt comfort, angst, engineering coursemate, booklovers and academic smart couple, love after marriage
knowing that this is my last book from Rodier that i have and i dont know when will she comeback, sayang sangat nak habiskan buku ni srs🥲
kita mulakan dengan plot, fast pace and the arrangement was damn neat — cerita ni ada tiga bahagian. and setiap bahagian left impact☝🏻
Bahagian I — Anne yang dah lama crush dengan Fir sejak mereka di Tingkatan 1. Hanya melihat dan adoring Fir dari jauh. even ambik aliran yang sama dengan Fir, just show how big he admired Fir. Sehinggalah ketika hari terakhir mereka tingkatan 5, Anne rasa dia takkan jumpa lagi Fir lepas ni so her bestfriend help luah perasaan and Fir rejected. a simple 'No, thanks' hunt Anne forever and they met again at university. Anne macam peliklah Fir ni budak pandai, pelajar cemerlang sekolah yang sepatutnya prep pergi Jepun, so kenapa tiba2 sama course engineering dgn dia? banyak sama class tuto dgn dia pulak tu, macam manalah Anne ni nak move on🤣 it just so cute that Fir always chose to be partner assignment dengan Anne sebab Fir tahu ada berapa ketul je perempuan dalam kelas diorang. eleh Fir diam2 dia care sangat dengan Anne😋 si Anne yang ceria dan Fir yang tak banyak cakap but with Anne, dia selalu oversharing personal problems termasuklah pasal hubungan tak berapa baik dia dengan adiknya, Diyana Aishah dan sindrom Dysleksia yang dia alami. he never told anyone except his teachers at school not even his parents. So it was a big deal when Fir share benda tu dengan Anne😭🫶🏻 cara Anne admire Fir ni sangatlah buat aku kagum dengan kedua2 mereka. the way Anne tak pernah give up untuk buat Fir open up dengan dia even Fir ni selalu tolak and avoid dia. tak tahu la diorang ni situationship ke apa but more to unrequited hshshhshs i love the scene yang Fir beli kek birthday Anne hantar guna basikal tu eiiii comell!!! dekat bahagian ni kita boleh nampak personaliti seorang Dyslexic. they way their brains works differently, banyak aku belajar pasal golongan mereka ni. mereka yang dianggap lembap tapi ada yang genius. kalau tak rajin nak baca artikel pasal sindrom ni baca je novel ni dah boleh faham. Tak mudah untuk Fir, dia selalu rasa insecure and had very low self esteem especially when his parents selalu lebihkan adiknya dari dulu. bertahun2 dia berlawan dengan rasa tu and Anne always reminds him to feel proud of himself. i love their college era. even diorang intern dekat tempat yang sama and ditawarkan kontrak kerja lepas belajar di tempat yang sama. the banter and the sweetness just there ishh even Anne masuk hospital pun Fir risau gila. and THE PAPER STARS AS THEIR SYMBOLIC since Anne ni ada obsession dgn apa2 yang berkaitan bintang. until THE NIGHT. Anne ajak Fir untuk jadi plus one dia di Civilation Dinner. like always, Fir tolak. Anne faham je sebab dia kenal sangat dengan Fir so dia tak ambik hati sedangkan dia nak sangat Fir tengok dia melawa malam tu🤏🏻 tup tup Fir datang tapi dengan perempuan lain, YA ALLAH AKU BUKAN ANNE PON AKU BOLEH RASA BETAPA SAKIT DAN KECEWANYA ANNE😭😭😭
thats it. the rejection was too cruel and unbearable for Anne. Anne buat keputusan ke Paris dengan sepupunya dan tolak tawaran kerja sebab dia memang tak boleh hidup dalam tempat yang sama dengan Fir. yes she left engineering'(( And Fir dapat tahu pasal tu pun waktu first day dia masuk kerja
Bahagian II — di Paris, Anne bekerja dengan Kak Fatin tolong agensi pelancongan cousin dia tu. Dalam masa yang sama, dia kerja di butik high end dan menjadi penulis. For the sake of living. She wrote as coping mechanism and Kak Fatin yang galakkan dia untuk hantar manuskrip tu. Dari novel pertamanya, dia kenal dengan Irfan Fikri, salah seorang reader Anne. Irfan yang selalu tolong hilangkan resah Anne. Dari bertukar pendapat di email, Anne bawa Irfan jumpa parents dia lepas Irfan yakinkan Anne untuk halalkan dia. Almost tiga tahun berlalu, Fir terjumpa mak Anne waktu dia balik Ganu semula. Dari situ dia mintak email and phone number Anne. Gigih di email Anne even Anne tak reply sampailah Ash pergi lari Paris, dia call Anne mintak bantuan. Then, fast foward he flew to Paris sebab nak jumpa Anne and to fix it. Biasalah dah jauh dari mata baru rasa kehilangan. Baru Fir sedar dia sayang Anne lebih dari seorang adik and nak jaga Anne.
WEH SEDIH GILA THE ANGST ARGHHHH😭😭 Fir was speechless af. dia tunggu dari pagi dekat luar butik Anne kerja, bawak bekal sandwich lunch dengan Anne and teman Anne balik naik train. Confess his feelings and DUM ANNE DAH TUNANG HSHSHHS i was like yes Fir padan muka tapi dalam masa yang sama sedih tauu. when he said that hes slow learner thats why dia lambat untuk faham feelings dia and Anne cakap dia benci bila Fir guna alasan Dysleksia sebagai weakness dia. I LOVE WHEN AUTHOR MAKE BOTH FEELINGS VALID AT THEIR PLACE😔🤏🏻 act i was sad for Anne too bcs her happy go lucky side hilang terus. fast foward, Anne balik Malaysia for good, settle down and nak kahwin dengan Irfan sbb dia tahu dia banyak buat mak abah dia risau. dia sayang Irfan tapi jauh dari sudut hati dia, Fir masih ada dalam hati. susah untuk dia lupakan her first love but Irfan's effort should give a chance too. Fir frust main basketball sampai terseliuh kaki tu pun sanggup datang wedding Anne cuz he just wanted to see her happy. and sebaliknya yang terjadi. Irfan accident lemas and amnesia. he didnt remember Anne and engagement was broke. Fir tak tunggu lama untuk masuk meminang Anne lepas tu. honestly i feel bad for Irfan😭
Bahaguan III - Here's come the grovelling episodes😋 Fir yang sangat matang dalam mengendali emosi Anne and menyantuni isterinya cuz he knew and ready to beg for her forgiveness. Mereka berkahwin atas permintaan abah Anne. pada mulanya memang susah Anne nak terima sebab bagi dia apa yang Fir buat terlampau meninggalkan bekas yang bukan kecil. that really showed how she left everything and went to Paris before. i love how Fir langsung tak mendesak and sentiasa sabar dengan Anne. he supported everything Anne wanted to do especially the VOLUNTEERING. Anne pun kerja semula sebagai cikgu tuisyen. one of my most fav moment would be when Anne gave her raw manuscript to Fir judge and Fir siap tanda dengan pen tau betulkan eiii i know Fir was waiting for that moment SEBAK GILA🥲 the moment when Fir told that he did everything because he loves Anne so much but he knew Anne cuma nampak effort dia sebagai satu cara untuk dia tebus kesalahan dia. AAAA FIR😭😭😭 i really understand Fir's position and valid apa yang Anne rasa. I also love their discourse and discussion especially about stars and Fir's thought about male character in malay novel. WHAT AN INPUT! i know author did the character study when I see one. thats why this story is so well written.
cumanya ada beberapa part yang repetitive from Ash mcm part fl tunang dulu and the Paris. but i do love that too bcs ada kesinambungan dan how different character deal with the same crisis in different vibe. i thought the plot willl revolve around miscommunication but no. also love how author highligjt about volunteering. RINDU NIF DENGAN ASH EIII COMEL DIORANG DENGAN ANAK DIORANG. ada cameo Cooper dengan Mia jugak!
Ahmad Firdaus bin Abdullah — THE BEST HERO FROM RODIER I MUST SAY. i ingat Nif-cut dah cukup buat i meleot but here comes the strong contender HAHHA MASYAALLAH i risau kalau cakap pasal Fir ni tak habis😭 Fir is the epitome of intellectual and emotional intelligence, realistic with flaws and character development. he was so well written😭🤏🏻 he's a dyslexic genius make us understand his position and personality. he handled every issues well, tak melatah tapi sangat matang. bila Irdan muncul balik tu FUHHH HE'S SO SEXY FOR THAT YAAA. dalam diam dia sebenarnya ingat segalanya pasal Anne. especially Anne's words. he was full of suprises sampai susah Anne nak catch up HAHAHA a very supportive and smart husband! PLEASE LAH WHERE CAN I GET MY OWN FIRDAUS YIHHHH
his iconic trademark — 𝐓𝐚𝐤𝐞 𝐜𝐚𝐫𝐞, 𝐀𝐧𝐧𝐞. 𝐏𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.
Aina Insyirah binti Ihsan — I WANNA HUG MY GIRL SO BAD😭 our 'Anne with an e', Fir's sweet face and the author A.I. sedih tau tengok Anne ni dari sunshine and banyak cakap terus jadi pendiam and tak confident. she became numb, hidup dia dekat Paris actually just follow the flow, macam takde tujuan and rasa. how big impact Fir gave to her. i love how she always being honest with her feelings. maybe rasa kecil, kena reject je pun. but from the bigger picture, Fir ni dah jadi sumber inspirasi utama Anne dah lama, someone shes looking up. dia sambung engineer sebab Fir. Dia semangat nak study sebab Fir. she wanted to became a better person like Fir. Dia jadi orang yang sangat memahami Fir. hence Fir ni sebenarnya comfort person Anne, thats why Anne rasa sangat terkilan dan kecewa dengan penolakan Fir yang tak fikir dua kali. She was hoping for a chance at least, tapi Fir langsung taknak cuba. Hence, i understand why Anne sangat susah untuk open up lepas diorang kahwin. Dia jadi takut sangat kalau dia hilang Fir lagi. it was like better aku tolak orang dulu sebelum aku sakit sebab kena tolak lagi. EIII I FAHAM GILAAAA so please i dont want to see people blame her for the tarik tali yang terlalu lama HAHA her reaction was actually valid. she's smart and matured. someone yang sangat serasi bergandingan dengan Fir. they just match made from heaven hehe. i love her imanja side osooo. afterall shes still a woman with fragile side even she always shows she is strong and can be independent.
i love how penulis buat pov yang mendalam untuk kedua-dua watak buat kita sebagai pembaca boleh faham inner struggles from both side. THE EXECUTION AND CHARACTER BUILDING WERE BRILLIANT. i macam tengok anak sendiri membesar baca journey diorang ni🥹 dari zaman study sampai nak jadi parents awwww my comfort book indeed. LIVE LOVE RODIER'S. i hope i can reread this masterpiece again one day💗
Aina Insyirah aka Anne dah lama terpaut tengok Ahmad Firdaus Abdullah aka Fir, sejak tingkatan 1 lagi. Namun, nak meluah memang tak berani. Sampai la menuntut di universiti yang sama, course yang sama dan kelas tutorial yang sama! tanpa disangka, hubungan mereka jadi baik Anne yang peramah, terlebih banyak cakap, ada je idea nak korek rahsia Fir yang banyak memendam dan diam ni. Fir yang tak pernah bercerita mengenai keluarganya, tapi dengan Anne ringan je mulut bercerita. Namun, hanya kerana 'tidak', Fir kehilangan Anne. Anne betul2 tunaikan apa yang dikatakan, pergi tanpa jejak meninggalkan Fir, yang baru sedar erti kehadiran Anne.
No doubt, saya suke buku ni! Finally jumpa gak buku yang masuk dengan jiwa lepas beberapa buku tak berapa in. Cerita dibahagikan kepada 3 bahagian :
1 - hubungan Fir dan Anne masa dekat Universiti, belajar bersama dan konflik yang memisahkan mereka.
2 - fasa baru hidup Anne di Paris (jauh bawak diri tu...), cuba melupakan Fir. Bekerja dengan kak Fatin, sepupunya. Sedikit mengenai Fir, dan bibit2 perkenalan dengan Irfan.
3 - Alam perkahwinan Anne dan bagaimana Anne melupakan dendamnya.. sisi kematangan Fir & Anne.
mungkin sebab tu, saya senang nak hadam buku ni. Fir ni menghidap disleksia, lambat membaca tapi struggle nak lawan dan akhirnya berjaya juga.
Saya suke perwatakan Anne, dari sekolah sehingga la alam perkahwinan, nampak perubahan dan sisi kematangan dia tu. Kesian jugak dekat Anne ni kadang2, tapi ada juga benda yang tak patut dia buat, tapi biasalah dalam proses yang mendewasakan.. Fir, mungkin sebab penyakit disleksia dia tu, rasa rendah diri dia, so dia lambat nak sedar rasa dalam hati. sebab tu jugak hubungan dia dengan famili, especially adik dia, Aishah (sile bace Ash dulu if nak tau kisah Aishah). Tapi bak kata Anne, Fir tak boleh nak jadi kan tu alasan dia buat macam tu dekat Anne.
Takde watak yang menyakitkan hati, annoying or gedix tak faham bahasa. semua watak dilakar sematangnya dan sebaiknya. Seperti biasa, dekat je dengan masyarakat sekeliling.
cuma, sedikit geram dengan Anne kat bahagian 3 yang susah nak terima Fir balik tu... lain, ok je rasanya..
Teruja nak g Paris lepas baca (semua tempat nak pegi.. cess)!!
Roller coaster ya emosi waktu baca buku ni. Banyak part nangis la tapinya. Mula2 macam tak boleh terima kenapa Fir buat perangai macam tu lepas apa yang dia buat kat Anne. Tapi yarabbi, effort dia untuk tebus balik segala yang dia sakitkan hati Anne tu, sampai aku la merembes air mata tak berhenti kat sini. Anne pulak, aku sedih tengok perubahan dia dari bising banyak mulut terus jadi pendiam. Banyaknya dugaan dia ni 😭 Tapi girl tetap teguh berdiri. Aku suka waktu Anne luah apa dia rasa betul2 kt Fir, syabas girl! SUKA CARA AUTHOR TULIS DUA2 WATAK NI. Dah la masing2 kelakar, aduh dia cam tadi nangis, sekarang kena gelak sebab lawak.
Banyak input dapat dalam buku ni bukan sekadar cerita cinta sahaja. Pasal dyslexia, pasal volunteering. Tak rugi baca!
Okay nak reread semua novel2 kak Rodier sebab rinduuuu Nif-cut, Mia semua lah!!!!!!!!!
Puas. Sangat puas. Kisah yang ditulis dengan dual POV ni menjanjikan perjalanan kisah cinta yang unik antara Aina Insyirah (Anne) dan juga Firdaus (Fir) yang menhidap disleksia. Buku ini mempunyai tiga bahagian.
Bahagian I: Kisah Anna dan Fir di zaman sekolah dan mostly masa dekat U. Suka dengan teknik dual pov yang penulis guna. Jadinya, pembaca takkan salah faham dengan tindakan dan pemikiran yang diambil Fir.
Bahagian II: Plot yang berlatarbelakangkan kehidupan Anne di Paris. Kagum dengan kecekalan Anne hidup di bumi Paris sampaikan satu tahap melakukan tiga kerja; menjaga butik, menjadi pemandu pelancong, dan menulis!
Bahagian III: Kisah selepas Anne dan Fir berkahwin. Cabaran Fir untuk membuka kembali pintu hati Anne yang makin sukar difahami. Dan cabaran Anne sendiri dalam mengungkap rasa hatinya. Emosi yang diterapkan penulis sangat berkesan dan not too exaggerating. Very nice.
Boleh tak nak cakap yang aina sendiri sangat setuju dan appreciate dengan poin-poin mengenai penulisan yang dikongsi penulis? No wonder you can write so well cik penulis, you understand the readers even better! Kudos to you for that. So when can we get our next fix? :P
Bought this since I kinda like the author's works. But still to me, Nyanyian Hati is her best work till date. Tapi, Firdaus is the best hero she ever created. Anyone can fall in love with him. His mysterious side is what makes him one of the most outstanding heroes in a Malay novel. Dan, mungkin sebab I know someone that is dyslexic too. Aku tau betapa susahnya orang macam ni nak belajar. Sampai menangis-nangis sebab dia tak dapat nak zahirkan apa ada dalam fikiran dia tu. Dan, memang betul macam yang digarapkan penulis, dyslexic can be genius, kalau betul acuannya. Watak Firdaus diolah sangat-sangat baik buat kalau ada yang malas sangat nak google about dyslexia, just grab this novel, and baca je. Props to the publisher for always terbitkan karya-karya macam ni. Aku banyak belajar setiap kali membaca karya-karya dari JS. Sebab tu, I always love buying novels from JS, and of course DBP because I can learn a lot! Bacaan tak kosong. Walau plot biasa-biasa je, tapi bukan hanya pasal fall in love -> kahwin -> konflik -> baik. Disebalik plot cliche tu, ada ilmu yang disampaikan untuk kita yang kalau open journal articles pun kadang boleh terlelap. lol
Thanks Ms. Author for this masterpiece! And, I love how you always masukkan your previous watak-watak novel in your novel. Can I guess who'll be featured in your next work? Is it Aiman? Irfan - Hafizah?
P/S- Dear author, here's my humble opinion since you've two novels in a row set in Paris. The city is boring, and overrated tbh. Try other places like Edinburgh or Prague which to me is more romantic in its own way than Paris is, and of course, more majestic.
Love it. Kisah dyslexia dari pandangan yg berbeza. I love the way fir & anne discuss anything, macam ada mutual understanding yang sweet 😍 Dan ada perspective tentang isi hati dan idea penulis novel.dan itu pun saya suka. Tiada komen yg buruk-buruk yg nak diberikan seperti mana Anne risaukan utk buku dia 😅
And again sedih JS dah tutup,susah dah nak cari karya bermutu seperti keluaran JS 😭
TAJUK : FIR & ANNE by Rodier ••• 📌 RATING : 5 ⭐️ 📌 PAGES : 635 📌 TROPE : She fell first but he fell harder 📌 AGES : Same age ••• Aina Insyirah(Anne), meminati Ahmad Firdaus(Fir) dari tingkatan satu lagi. Dia slalu memerhatikan Fir walaupun dia tidak tahu Fir sedar ke tidak tentang kewujudannya. Hari terakhir persekolahan, kawan Aina memberitahu Fir bahawa Aina sukakan Fir & mahu berkenalan dgn Fir. Tapi Fir hanya menolak dgn berkata “𝗡𝗼,𝘁𝗵𝗮𝗻𝗸𝘀.”
Ketika Aina cuba untuk move on drpd Fir, dia & Fir belajar di uni & kelas yg sama. Mereka mnjdi rapat slps mnjdi partner untk kerja kumpulan. Pada hari sblm mereka tamat belajar, Aina mndpt keberanian untk brtnya kpd Fir sekali lagi “𝗗𝗼 𝘆𝗼𝘂 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝗺𝗲, 𝗲𝘃𝗲𝗻 𝗷𝘂𝘀𝘁 𝗮 𝗹𝗶𝘁𝘁𝗹𝗲?” Sekali lagi, hati Aina hancur apabila Fir cuma membalas “𝗧𝗮𝗸.”
Aina kecewa. Dia membawa diri ke Paris & bekerja sebagai penterjemah untuk pelancong di situ, disamping menjadi seorang penulis novel.
3 thn berlalu. . Fir berasa teramat sunyi setelah kehilangan Aina yg slalu menggangu & menceriakannya. Aina hilang begitu shj dri hidupnya. Fir pergi ke Paris untk berjumpa dgn Aina setelah diberitahu ibu Aina, yg Aina berada di Paris.
Jawapan Aina membuatkan Fir tergamam. Aina rupanya sudah bertunang. Fir kecewa & dia pulang dgn perasaan yg sedih.
Ketika majlis perkahwinan Aina, Fir dtg untuk melihat Anne berbahagia. Baginya, asalkan Aina bahagia, dia juga akn bahagia. Tetapi ketika smpainya ke rumah Aina, rupanya majlis Aina batal. Aina tidak jadi berkahwin atas sebab2 tertentu.
Setelah berbulan setelah kejadian itu, Aina mahu pulang ke Paris. Fir tidak senang duduk. Dia mahu Aina jadi miliknya dan berada dekat dengannya. Fir meminang Aina hingga membuatkan Aina mengamuk.
Aina mahu menolak, tapi ibu dan ayahnya memujuk dgn bersungguh2 supaya menerima Fir. Akhirnya dia mengalah. Menerima Fir walaupun hatinya masih sakit kerana Fir.
Sebenarnya dah baca novel ni lama tapi hari ni baru khatam. Bukan bermaksud tak best tapi masa tu mood membaca tgh kelaut dalam & busy dgn a lot of assignment. So baca pun separuh perjalanan je dulu. Finally, semalam sambung baca balik sampai jumpa perkataan tamat. (Nasib baik part yg depan tu masih segar lagi dlm ingatan) hehehe
Rodier ni pandai tau buat orang jatuh cinta dgn watak heronya. Suka sngat baca part conversation Fir dgn Anne pasal hero Malaya dlm novel Melayu. Ada betul jugak pointnya, tak habis2 nak describe watak tu handsome, kaya, hidup mewah sedangkan banyak lagi kemaskulinan lelaki yg dpat ditonjolkan. Not even fizikal & material yg ada pada org lelaki. Yang sederhana itu lebih menarik for me. (Macam backup kaum laki plak ya? Hahaha) Yang perempuan plak, terlalu cantik. Padahal, cantik seseorang itu subjektif. Sebab tu saya suka baca novel2 terbitan JS yang watak hero & heroin dia sederhana je. Berpijak di bumi nyata.
Ini tak bermakna saya anti dgn hero2 kacak & kaya yg ditulis oleh penulis lain. Saya baca je novel2 diorang. Sebab masing2 punya sebab tersendiri dlm create watak2 hero & heroin tu semua. Dalam pada menghayati kisah hidup Fir & Anne jugak, dapat belajar banyak benda pasal dyslexia jugak. Saya pernah kenal seseorang yg ada penyakit ni tapi tak tau secara mendalam. Tapi org yg saya kenal tu mcm Fir jugak. Bijak orangnya. So nampak kat sini, setiap kekurangan yg ada pada seseorang tu tak memungkinkan dia tak boleh berjaya. Ada cara yg tersendiri dlm menangani kekurangan yg ada utk maju ke hadapan dlm kehidupan.
akak mengharapkan ada polaris dan buku bertingkat menghiasi kulit buku. kedua, mungkin sesetengah penulis seperti puan RodieR lebih senang menyampaikan kata-kata dalam bahasa kedua. lebih jiwa. ok, accepted. manis kisah ini. gula takde tapi entahlah. deep down, aina dan firdaus ini pasangan yang sangat serasi.
mereka berdua sangat tak sempurna. firdaus - disleksia. aina - tak pandai menyorok rasa dan tak boleh terima kejutan. aina suka firdaus dari zaman persekolahan tapi terus firdaus menolak rasa itu. mereka bertemu kembali di zaman universiti dan sekali lagi, aina ditolak. kecewa aina buat dia merajuk hingga ke paris.
firdaus rasa kehilangan. sangat. segala apa yang aina kata, nasihat, semua kembali berputar dalam ingatan. walaupun banyak pengulangan dialog tapi susun atur cantik puan penulis mampu buat kita pembaca sama imbas kenangan.
aina juga begitu. bila dia dapat fokus, segala apa dialog firdaus atau watak lain seperti aishah, akan bermain dalam mindanya. buat dia dapat berfikir lebih logik. macam itu juga kita secara realitinya. kadang-kadang kemudian baru dapat berfikir secara waras, kan?
pasangan suami isteri patut melengkapi, bukan berlawan siapa yang terbaik dalam tunai tanggungjawab atau beri kasih sayang. itu yang puan penulis terapkan. bila sama-sama main peranan, takkan ada siapa terlebih, siapa terkurang.
ya, mereka berkahwin. dari sisi firdaus mungkin tak ketara kecewanya. dari sisi aina memang nampak segala titian perasaan yang goyah, yang rapuh. ikatan itulah yang membantu mereka menterjemah kasih sayang yang ada dalam jiwa walaupun lambat, walaupun ambil masa.
begitu juga kita, secara realitinya. kecewa itu sinonim dalam perjalanan kehidupan tapi jangan lupa setiap yang luka pasti ada ubatnya. parut pasti akan kering walaupun tinggalkan tanda. kegembiraan tetap akan muncul rasanya bila hati kita redha dengan ketentuan dari-Nya.
DLM kesibukan mengejar masa,akhirnya hbs juga baca fir&Anne. Kali ni rodier menekankan tentang firdaus yg ada deklesia. ilmu tu. kebetulan ank kwn saya ada deklesia juga.blh suggest buku ni kat dia. tahniah writer..
Keseluruhannya, walaupun cerita kali ini agak berat berbanding yang lain (novel novel lain), tapi aku jatuh suka dengan Fir& Anne sebab pengisian dalam cerita ini banyak, menjadikan sesuatu yang orang lain anggap sebagai 'kekurangan' sebagai motivasi diri sendiri dan orang lain, baik melalui watak Fir dan juga Anne. Masing-masing ada karakter tersendiri walaupun dua-dua itu ada karakter yang kontra.
Tema kekeluargaan, cinta masih lagi menjadi fokus Rodier cuma kali ini ada sedikit perubahan dari cerita cinta kebiasaannya, lelaki akan mulakan langkah terlebih dahulu, kali ini perempuan lebih menyerlah dan lebih ekspresif (bermain dengan emosi apabila Anne terpaksa berhadapan beberapa kali kekecewaan) di tambah dengan perkongsian tentang disleksia menerusi watak Fir,
aku kira perkongsian tesrebut berjaya membuat cerita bertambah menarik, sebab disleksia disentuh dari pelbagai aspek, tanda tanda seseorang itu ada disleksia, penerimaan terhadap sindrom tersebut,cara mengatasi walaupun dijelaskan secara umum tapi pembaca tetap boleh menghayati. sebenarnya banyak lagi yang rodier cuba ketengahkan dan aku rasa cerita ini sekali lagi menepati citarasa aku dan berasa dekat apabila Rodier menyentuh tentang volunteerism melalui our touch community.
cerita Rodier kali ini walaupun lebih berat dari biasa, tetapi ia tetap meninggalkan kesan dan memberi makna kepada pembaca, cerita kali ini lebih informatif dan buatkan kita lebih banyak berfikir tentang sesuatu yang terjadi.
Tapi, Fir& Anne masih tidak boleh menurunkan takhta Cooper-K yang masih menjadi nombor satu di hati :P
Yang ni pun aku suka. Seperti dijangka style penulis, ada watak utama novel sebelumnya yang akan jadi watak cameo pada novel seterusnya sebab ada kaitan dengan watak utama (ada yang kaitannya sebagai crush, ada yang adik beradik, ada yang kawan). Yang ni pun happy ending. 😁
Am believing in fate, ada jodoh tak kemana. Lari pergi paris pun,nagis nagis bawa diri dah berubah status skali pon at the end jadi suami jugak. truly blessed utk fir & anne walaupun draggy sikit part last tu..However, I would like to say the reason I like this book so much was the flaws in the character. The imperfect character yang ego layan macam suka tapi x nak pulak lambat tangkap sebab dyslexic isyyy..dah pergi jejauh baru nak tercari- cari.. kesian gile dekat anne.. The reasonings behind their personality. The fact that nobody forgive so easily. And, nothing is ever easy. Ape ape pon teruskan dalam berkarya kak rodier. semoga sukses dan berkah. Aamiin
Tak pernah baca Fir & Anne versi lama jadi tak tahu samada ada berbezaan atau sama.
Puas rasanya bila baca karya kali ini. Mungkin berbincangan yang diutarakan lebih matang dan mengetengahkan watak utama yang mengidap disleksia.
Masih terselit watak dari karya sebelum-sebelum ini dan ini menjadi keunikan kepada penulisan Rodier; siapa tak sayang watak yang pernah wujud, kan? ;)
P/s: Sekiranya penulis tidak keberatan, saya menantikan karya-karya baharu daripada anda! :)
Masa nak beli di Pbakl teragak sebab tak puas hati baca Niff-cut. Tapi bila baca rasa worth it . Sebab heroin nama saya 🤣. Joking.
Kagum dengan Aina yang pertama kali di tolak tapi masih mampu sayang dan berusaha untuk kali kedua. Betul la kalau dah sayang tak ke mana. Fir, 🌲 yang serius. Bagi saya hensem 🤣. Fir, yang lambat tahu mengenai hati. Nak buat macam mana belum tentu kita tahu kita sayang seseorang.
Lots of input, kali ini masih dalam bidang kesihatan tapi ada juga input lain.
Baca novel rasa macam, 'Can I get my own Fir ?' . Tapi saya tidak seperti Aina Insyirah.
Susah nak faham apatah lagi nak hadam. Makanya, terpaksalah tangguh dulu. Aku terus skip dan baca ending dia sebab letih nak baca benda yang susah aku nak faham.
Aku jarang sangat nak buat perangai skip dan terus selak muka surat akhir tapi untuk novel penulis yang ini aku tak mampu nak teruskan pembacaan. Maaf ya.
Sometimes, we don’t realize that by just simple words can hurts deep and take long time to heal…..
“Sorry, but no thanks….” Pertama kali ditolak, walaupun hanya sekadar cinta monyet di alam persekolahan.
“Do you love me, even just a little?” “Tak….aku anggap kau macam adik aku Anne, sungguh.” “Kau dah ada adik, Fir. Be that brother to her, not me…..”
Disitulah bermula segala macam sumber kesedaran….sumber keinsafan…..dah hilang baru kau nak sedar, kan Fir???
Anne pergi jauh, baru kau tahu betapa kau perlukan Anne lebih sekadar “adik” kan Fir???
Anne sendiri cuba melupakan, tapi sukar. Berbohong pada hati, bukannnya mudah. Walaupun disaat muncul Irfan Fikri, lelaki yang cuba mencuri hati Anne. Dimulut berkata sudah move on. Jauh disudut hati Anne masih merindu, masih menyayangi. Cinta pertama, sukar dibuang jauh.
Dan apabila peluang kedua itu muncul buat Fir, seboleh-bolehnya Fir mencuba sedaya upaya untuk mengambil hati Anne semula.
Dan betullah, kiranya jodoh, ajal, maut, pertemuan di tangan Allah. Takdir menentukan jodoh Fir bersama Anne. Walaupun kuat rintangan dan dugaan, pasti takkan lambat dan cepat walau sesaat.
“Take care, Anne, please……”
Begitulah kisah Fir & Anne. Memang cocok benar tajuk novel dengan kisahnya. Kisah Fir & Anne. Persahabatan, percintaan. Bermula dari zaman persekolahan, melewati zaman universiti sehinggalah meniti alam kedewasaan. Mana yang harus datang dulu, sahabat kah? Bercinta kah? Dalam kisah Fir & Anne, dimulakan dengan jalinan persahabatan, barulah bibit-bibit cinta. Malangnya cinta yang terpupuk, hanya bertepuk sebelah tangan. Kecewa, merana, membawa hati dan jiwa yang terluka jauh. Bertemu kekasih baru, tetapi itulah, takdir Allah, tiada siapa yang mampu menentang.
Tebalnya novel ni, tetapi insya Allah tak boring. Jalan cerita straight to the point, tidak meleret-leret. Jalinan watak seimbang, tidak terlalu fokus kepada watak utama sahaja. Kita boleh rasakan setiap watak ada peranan masing-masing, walaupun muncul hanya sekejap.
📘ꜰɪʀ & ᴀɴɴᴇ❤️💚💜 It’s an emotional, heart-touching novel. Saya bagi 4⭐/5⭐.
Menampilkan sebuah kisah hidup Anne (Aina Insyirah) dan Fir (Ahmad Firdaus Abdullah).
Anne yang menyimpan crush (perasaan suka) pada Fir sejak zaman sekolah, dibawa ke zaman universiti, hingga ke alam pekerjaan. Tapi, terlalu banyak ranjau yang dilalui oleh Anne dalam mempertahankan serta menjaga perasaannya terhadap Fir, yang bagiku macam tunggul. Maaf. Sebenarnya, ada sebab musabab kenapa Fir macam tunggul. Serta, ada alasan kukuh kenapa Anne menyimpan rasa sayang bertahun-tahun. Masing-masing ada kisah mereka sendiri.
Konflik yang tidak terlalu memberatkan. Okey je. Ada juga perihal disleksia. Banyak info yang boleh dipelajari dan difahami. Kisah ini bukan kisah cinta klise, ada pengajaran dan cerita di sebalik cerita.
Novel ini ada beberapa bahagian: Prolog : zaman sekolah Bahagian 1: Zaman universiti Bahagian 2 : Zaman pekerjaan Bahagian 3 : Selepas dari itu. Haha
Pembahagian begini nampak jelas perkembangan cerita yang smooth, juga, perkembangan watak itu sendiri. Malah, ayat penerangan & quotes yang ditulis tentang sesuatu keadaan/suasana/alam, pun sedap minda membaca.
Overall, 👍👍👍👍. Santai.
Terima kasih Kak Rodie. Saya suka cerita ni!
"Heartbreak doesn't mend with time, despite what people say. It heals with effort, with distractions, with replacements. Channel your sadness into something else. Makes it easier to forget." -Kak Fatin, Fir&Anne,Rodie R-
Ni first novel baca setelah bertahun-tahun berhenti baca novel... Mula la lepas tu borong novel-novel RodieR...
Kelainan novel ni ialah watak Anne berani meluahkan perasaan suka pada lelaki. Selalunya lelaki yang kena mula kan dulu... Crush masa kt sekolah, kena reject then jumpa balik dekat Uni macam ada lagi rasa suka tu then dengan alasan jadi kawan sahaja tak berani nak lebih2...
Boleh Anne ni call Firdaus malam-malam mintak beli kan kek birthday tuk dia. Tak sangka plak Firdaus betul2 belikan untuk Anne... Melompat suka la si Anne tu..
Lepas tu kena reject lagi dengan orang yang sama, KAU RASE??? Malu kot... tu yang terus bawak diri sampai ke Paris. Tiba-tiba Firdaus datang cari Anne balik bila sedar-sedar sebenarnya dia pon suka kat Anne...
Dibandingkan dengan ASH, aku suka kematangan watak utama, Firdaus dan Aina Insyirah.Dan aku suka bagaimana ditunjukkan perubahan sikap watak Fir dan Anne.Tidak lah nampak sama saja sikap watak utama daripada mula hingga lah ke habis cerita seperti kebanyakan novel-novel lain.Tak sabar menanti karya seterusnya daripada Rodier.
p/s: Aku baru nak cari Cooper-K lepas baca Fir dan Anne ni.
Novel ni sambungan dari novel ash...nasib baik baik ikut turutan...kalo x ,jadi brape fhm sgt cite sbb ingtkn novel ni xde kaitkan ..ape2 pun saya fhm perasaan anne tu...bukan senang nk buka kn hati ni utk org pernah sakitkan hati..jalan cite novel ni pun sempoi ...dan best gak bnyk info2 ilmiah pasal dyslexia yg baru saya belajar dari novel ni...
Bacaan santai utk merehatkan minda. Pinjaman dari: Perpustakaan Komuniti Setiawangsa Jusco AU2 - Perpustakaan Negara Malaysia
Bagi saya.... Cara penyampaian penulis memenuhi tujuan pembacaan bahan fiksyen - santai & merehatkan (menghilangkan tekanan) Nilai tambah daripada penulis ini, sisipan bersahaja secara tidak langsung menyuntik bahan ilmiah secara santai serta mendidik.
Dialog/nukilan yang menarik...
"I'm dyslexic."
Bagai terbayang-bayang di depan matanya budak lelaki dengan mata redup itu yang bersusah payah nak membaca sebaris ayat daripada sebuah buku.
Bagai ternampak wajah itu berona merah kerana malu apabila digelar lembab oleh guru, dipanggil bodoh oleh rakan-rakan sebaya yang tak faham.
Bagai bermain di depan matanya seorang budak lelaki yang malu dengan fikirannya yang lain daripada orang lain, tapi tak mampu nak berbuat apa-apa atau mengubahnya.
Hilang perhatian daripada ibu bapa. Hilang kawan daripada adik-beradik sendiri.
"Tapi, sekarang kiranya kau dah baik la kan? Dah pulih? Sebab aku tengok kau selalu membaca buku, novel macam-macam yang selalu kau bawak."
"Disleksia bukan sindrom yang boleh disembuhkan sebenarnya. It's a lifelong problem. Tapi, nak lawan dia, aku kena banyak praktis. Hence, the novels. Bahasa Inggeris antara bahasa yang susah dibaca oleh pengidap disleksia, jadi kiranya aku cabar diri aku dengan apa yang paling payah aku kena buat."
Nice read. Satu lagi kisah cinta-jadik-tak-jadik dua remaja yang sangat compatible mental & sedondon dari banyak sudut fizikal malah sama academic background, sama asal T'ganu... Yang paling comel bila Fir kata "We have a lot in common Anne... we sleep in a library" 😃super cute couple. Fir la, lama sikit ambil masa untuk sedar, bahawa hatinya telah dicuri oleh Anne. Terpaksa Anne lari jauh untuk hanya melupakan kenangan dan kasih ya terhadap Fir. Jodoh juga yang menyatakan mereka akhirnya. Ada Orang ketiga dalam cerita ini, Irfan. Sangat memahami hati Dan naluri seorang Anne. Bagaimana kisah mereka? Apa yang terjadi hingga Fir & Anne disatukan? Adakah dengan rela Anne atau terpaksa? Baca K