Tiga bulan bertahan, akhirnya ijab dan kabul terlerai. Amelia akur, rupanya rapat itu bukan jaminan untuk serasi.
“Kita masih boleh mencuba, Mel.” – Haqif “Mencuba sesuatu yang sia-sia itu kerja bodoh, Haqif.” Amelia. “I nak you, Mel. Tapi you paksa I terima orang lain.” Zafri.
Cinta itu bukan sesuatu yang boleh dikutip dan diletak ke hati. Bahagia juga bukan sesuatu yang boleh diambil bila ada yang sudi memberi. Sebab itu dulu dia tidak memilih Zafri.
“I nak kita kahwin semula.” - Haqif “Sejarah selalunya orang tak ulang, lebih-lebih lagi yang menyakitkan.” – Amelia “Jangan cari bahagia di tempat sama yang pernah membuatkan you terluka, Mel.” – Zafri.
Haqif itu bekas suaminya dan Zafri itu bekas suami kawannya. Jika ditanya, dia tak mahu keduanya. Tapi aturan takdir memaksa dia untuk memilih salah seorang daripada mereka.
Haqif atau Zafri? Yang pasti, untuk bahagia, hati perlu ikhlas dan redha.
3.7* Nak cakap heavy conflicts tak juga..tapi sakit hati tu tetap ada. Mula2 dgn Haqif yg terlalu ego. Boleh pula dia gunakan Nana nak buat si isteri blah dari hidup dia padahal sebelum nikah mereka sangat baik. Bila apa yg di hajati tercapai..menyesal pula..jadi gila talak.
Nak kata saya kesian dgn Mel..Mmg saya kesian..tapi bila dia pula menjunjung ego sebab tak nak pisang berbuah dua kali..saya pula yg naik geram. Only pembaca je yg nampak keikhlasan Haqif. Kata tak cinta dan sayang lagi tapi asyik tanya hal Nana je..Chill babe. Dah tahu segalanya lebih dari Nana buat apa nak rasa inferior lagi.
Side note : Org kata u can have all the good qualities in you and yet u cant have ur man..That's bcos itu bukan jodoh kita..jadi tak perlulah nak sakit sangat. Tapi kalau dia kembali with all the istikharah, then forgive je lah but never forget or ungkit..Masalah nanti.
Yg kesian Zafri. Kenapalah Mel tak berterus terang? Semua dia dapat tahu sendiri. Susahlah..mmg awalnya ada cakap lepas tu melayan je..walaupun tak berlebihan adakalanya Mel perlulah jadi lebih tegas dan tak payah sembunyi apa2.
Overall cerita ok. Tapi saya nak tahu juga kisah Zafri dan Erika..ada tak novelnya? Dalam Novelet Cinta 1 ke? Kalau ya, ruginya takde.
Macamana hubungan yang sebelum ni as a good friend boleh bertukar jadi sebaliknya lepas berkahwin. Aku masih tak dapat bayangkan hubungan yang macam tu.
Amelia yang degil dari mula sampai ke akhir. Belum masuk ego melangit tu lagi. Aku andaikan Mel akan memilih Zafri tetapi still dia pilih Mr ex husband. Kisah kali ini agak lambat untuk dihabiskan. Kena tukar genre plak lepas ni sebab macam orang utara cakap 'cemuih'. 😎😎😎
Adoi. Childish nya si Mel ni. Tapi dalam masa yang sama, rasa macam si Zafri ni sengal ubi gak saja je nak menambah cemburu wife dia tu. Yang si Nana tu pun satu hal gak. Jahat giler.
Sekali lagi kak Hani Fazuha telah mengeluarkan sebuah novel Limited Edition sempena Pesta Buku Antarabangsa 2017. Sama seperti novel-novel kak Hani sebelum ni iaitu, Aku Yang Tertewas dan Sentuhan Kecundang, heroinnya direbut oleh 2 orang jejaka.
Kisah yang simple dan tak berapa banyak konflik. Konflik utamanya hanya tertumpu pada Haqif yg mula jatuh cinta pada Amelia selepas mereka bercerai, dan dia mahu rujuk semula tapi Amelia pula dah tawar hati, takut pisang berbuah dua kali. Zarif yg merupakan kawan baik mereka berdua juga turut menagih cinta Amelia setelah dia bercerai dengan Weeda. So kalau nak tahu siapa yg berjaya memiliki hati Amelia kenalah beli dan baca buku ni.
Best.. Walau mula2 sakit hati tapi penulis adil membuatkn si dia mula mengejar tanpa kenal lelah.. Yang penting hero harus dominan.. Dlm degil heroin taat mendengar.. Tiada adegan tarik tali.. Gaduh sekejap tu asam garam rumah tangga.. Kasih syg perlu diungkapkn utk didia tahu kamu peduli Dan syg.. Tahniah.. Bhs best.. Storyline best.. 4.5*
I'm satisfied! Sejujurnya, dalam banyak banyak novel HF yang ku baca kebelakangan ni, ku berpuas hati dengan AHM. (Sebab tu ku bagi 5 bintang, yang lain, biasanya 4 je) .
AHM ni citer pasal perkahwinan Haqif dan Amelia yang hanya mampu bertahan lebih kurang 3 bulan je. Namun, hidup amat singkat untuk terus menunggu. Bila Amelia harus memilih, siapakah yang menjadi pilihan? Haqif, dudanya ataupun Zafri, kawan merangkap bosnya? .
Macam biasa, novel HF memang santai dan light reading. Apa yang ku suka dalam AHM ialah penulis bagi peluang kedua kepada hero. Kalau dalam Aku Yang Tertewas dan Sentuhan Kecundang, second hero tu la heronya. Dan, ya, AHM pun tak lari daripada adegan mesra, tapi rasanya tak sebanyak MCD dan AYT kot. 😅 Dan, sebenarnya, ku expect ada banyak part Mel, Haqif dan Zafri zaman university dulu. Ku nak kenal lebih dekat Haqif yang dikatakan sahabat yang terbaik tu. Tapi, takpe. Haqif dah jadi suami terbaik 😄.
Dan paling penting, dalam AHM, i noticed very minimal typo errors. (Compared to her other novels) Congrats! (I'm sorry. Can't help it. Ku ni sejenis manusia yang sangattt tak suka typo) .
Announcement : Nak let go buku ini dgn harga RM23 (not including postage). Boleh pm saya klu berminat.
Novel kali ini HF ketengahkan cerita di mana Amelia yg berkawan rapat dengan Zafri & Haqif dari zaman mereka belajar lagi.
Amelia yg sememangnya cintakan Haqif bila diaturkan jodohnya dgn Haqif menerimanya dgn tangan yg terbuka sehingga Haqif yg tidak mahu turut dipaksa untuk menerima aturan keluarga mereka.
Haqif yg ego kerana baginya dia dipaksa dalam perkahwinan ini telah berikrar utk menjadikan hidup rumahtangga mereka tidak bahagia. Setelah 3 bulan hidup bersama, Amelia sedar yg dia sememangnya tidak boleh terus menerus memaksa Haqif untuk menerima dirinya dalam perkahwinan ini.
Lalu, Amelia minta untuk berpisah. Muncul lah Zafri untuk mengganti Haqif. Di sinilah Amelia haris memilih...pilih untuk bahagia atau pilih untuk cinta.