Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kutunggu Dudamu

Rate this book
Dara hilang arah apabila tiba-tiba Aladin mahu mereka berpisah sedangkan cinta mereka sedang berada di kemuncak bahagia.

“Apa salah I, Al?” - Dara
“You tak salah apa-apa, Dara. Cuma jodoh kita tak ada.” - Aladin

Rupanya, Aladin sudah mengahwini Sasha. Sangat menyakitkan kerana Sasha itu adalah sahabatnya sendiri. Sahabat yang menikamnya dari belakang.
Bertahun berlalu, Dara tak pernah menyangka dia akan bertemu lagi dengan Aladin dan Sasha. Rumah yang baru dibelinya, berjiran dengan mereka. Dan berlakulah ‘perang jiran tetangga’

“I punya suka lah. Kalau tak suka blah. Pindah rumah. Senang cerita.” -Sasha
“Tengoklah siapa pindah dulu.” - Dara
“A bitch is always a bitch.” - Sasha
“Tak payah goyah lah kalau betul Al cintakan kau. Tapi kalau dia berpaling pada aku, bermaksud kau tak cukup baik untuk dia.” – Dara

Betul ke Sasha tak cukup baik buat Aladin? Hanya Aladin yang mampu menjawabnya. Dan Dara, kenapa masih sendiri jika sudah mampu melepaskan cintanya?

488 pages, Paperback

Published April 1, 2017

6 people are currently reading
96 people want to read

About the author

Emy Roberto

27 books194 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
31 (31%)
4 stars
43 (43%)
3 stars
20 (20%)
2 stars
2 (2%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
July 10, 2017
Novel Untuk di let go Rm 20, berminat DM

2.5*
Suka tapi tak boleh nak suka sangat. Sakit hati dengan perangai AL. Mudah sgt kena tipu dgn Shasha. Eee sakit pulak hati kita.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 11, 2017
1. Cik Pah angkat bendera putih, okey mengaku kalah. Dara dan Dian menang. Depa layan citer Full House 55 kali. Fuyooo. Cik Pah 20 kali je :D

2. Cik Pah kadang pening dengan citer penulis sbb ER selalu buat ayat pengakuan, alih-alih bab lain ada penafian. Pening arrrr. Tapi CP masih beli dan baca novel ER sebab suka jalan cerita dan ER bijak menggaul macam-macam rencah jadi secukup rasa.

3. Sudah lama ikuti cerita Al dan Dara, makanya mmg CP nak tahu kesudahan cinta mereka. Berbaloi kutunggu dudamu. Kena dengan tajuk sebab jalan ceritanya sebegitu. Kalau novel penulis lain mungkin Cik Pah berkira-kira nak beli.

4. Psst sup ayam letak oregano? Nak cuba ke tak?

5. Ramainya peminum tegar watak-watak dalam novel ni dan novel sebelumnya. Al insaf selepas apa yang terjadi. Hope dia bertaubat. Dalam novel ni tak dinyatakan dia betul2 bertaubat daripada minum arak, zina dan lain2 cuma tiada lagi diceritakan scene dia minum. So CP anggap dia betul2 taubat. Begitu juga dengan Dara. Tak suka lah pemabuk ni. Dah jelas arak tu kunci kejahatan kenapa perlu dicuba. Abu Laits berkata, jauhilah minum arak kerana di dalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela.



TBC
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
July 3, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Kalau dah boleh habis baca in less than 3 hours, memang gila lar kalau tak kasik 5 bintang kan...


Memang bukan Emy Roberto lar kalau si hero tak buat N jatuh terguling...


Rasanya ni lar kali pertama N rasa sedih bila baca novel ER. Entah kenapa boleh jadik emo pulak bila Al dan Dara berpisah. Maybe because they two of them are just so good together and dorang berpisah pun kerana paksa rela...


In terms of dialogs, N rasa this is the best one yet so far by ER. Ayat-ayatnya bukan manis bergula, tapi lebih kepada memberi semangat to stand on your own two feet.

Highly recommended to get your hands on this if you haven't already!
Profile Image for Mslvoe.
2,056 reviews204 followers
November 22, 2023


Ayat² dalam karya ni best giler!

Kecewanya Dara and Al bila berpisah. After 4 years jumpa balik as neighbour.. sebelah rumah pulak tu.

Ashraf watak bakal suami Dara. But his words cam pisau membunuh Dara dengan prasangkanya. Bukan nak dengar Dara explain.. dihentam Dara kaw².

Bila kebenaran muncul, menyesal tak sudah. Too late Ashraf!

Watak Al.. errmm how not to fall in love with you Al 💕 if F in Dara's shoes, memang susah nak move on.

Love is when nothing is okay and everything is hurting you a lot but still you want the same person over and over again 💕

Sasha such a psychopath girl, dah divorced pun gila! Memang ada masalah mental.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
June 14, 2017
Perasaan terbahagi dua antara suka dan tidak untuk novel ER kali ni..Short for Emy Roberto bukan Emergency Room. 😘😘 Yalah, kisah conflict antara pelajar jurusan medic hingga ke alam perkahwinan mereka.

Aladin
Character ni saya ada sikit nyampah. Namun tak nafikan dalam keburukkan dia, terlebih kebaikkan yg di tonjolkan. Seperti tak buruk sangka dan sentiasa bersangka baik. Namun kerana sikapnya di atas dan juga pendirian yg goyah eg. bila di landa ujian yg sedikit, dia memilih clubbing dan arak. Dia juga tidak menjaga batas hubungan lantas dia dijerat dan terjerat.

Kerana kesilapan satu mlm, ia merubah status & keadaan sekelilingnya. Tak sayang tak cinta tapi hadap juga 'menjamah'. 🙄🙄

Adara
Tak suka di hukum tapi diri sendiri yg mengundang fitnah. Residual feeling masih berbekas jadi masih susah nak move on. Mmg jelas kerana dia tak pernah meluahkan rasa cinta buat Asyraf. Dia sedih. Dia menangis. Dia kecewa. Tapi itu semua atas dasar apa sebenarnya? Kerana dia di hukum tanpa di beri kesempatan. Cinta terhadap Asyraf..Mustahil..Behaviour and perbualan tidak merujuk ke arah itu.

As she said, nak belajar bercinta selepas berkahwin. I didnt like her 'grieving' days but still she kept her emotion in check in front of others.

Ashraf
38 yrs old tapi kenapa saya rasa dia seolah2 kurang matang. Kenapa menghukum tanpa usul periksa? Bila dia berkelakuan begini, saya rasa seperti kehidupan dia ni terlalu sheltered walaupun gayanya seperti a man who have seen everything. Maybe dia tak nak associate himself and his daughter with the likes of Dara.

Well, jika betul apa yg di fitnah oleh Shasha, so what? Itu masa lalu Dara. Sekarang dia berbeza. Anyway kalau dia boleh terima seorang duda, kenapa Ashraf tak boleh terima org yg takde dara? I know issue sebenar conflict hati Ashraf bukan sebab Dara ada dara or not tapi lebih kepada her personality. But isnt it better leave the past in the past? hmm..akhirnya melepaskan bila tahu dia sudah termakan fitnah. 😞

Bab ni mmg Aladin menang tanpa tanding.

Shasha
Tak suka cara ending wataknya. Death too easy for her.

Lain-lain
Banyak missing words. But we can always fill in the missing words ourself from the statement jadi takde isu untuk ni.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
May 25, 2018
tajuk memang nampak macam lawak tapi bila baca keseluruhan kesah, adoi! ia sesuai dikatakan dendam. buku ni bercerita. itu kekuatan puan penulis dr. Emy Roberto. nak kata santai, tak juga tapi walau macam mana emosi yang diterap pembaca still boleh tenang membaca. semua bergelodak dalam lubuk jiwa paling dalam, tak mampu nak digambarkan di wajah...

dara, aladin. dua-dua student medic luar negara yang bertemu, bergaduh, berkawan, bercerekau dan seterusnya bercinta. memang tak fokus pada kisah mereka belajar, lebih kepada kisah kehidupan mereka. oklah kan. bukan nak baca buku untuk study. perhubungan kesemua mereka, dara-aladin bersama-sama sahabat mereka semua utuh. saling rapat antara satu sama lain. si sasha yang teruk tu pun antara kalangan mereka juga.

ringkas kisah walau bercinta bagai nak rak, kalau tak de jodoh maknanya memang tak ada. sasha buat onar, aladin terpaksa mengahwininya dan meninggalkan dara dalam seribu satu pertanyaan. mereka tidak bergaduh cuma hubungan putus begitu saja bila al kembali ke malaysia bersama sasha.

empat tahun, walaupun dapat meneruskan kehidupan namun jauh sudut hati dara, al tetap ada. tak sangka rumah dibelinya sebelah pula dengan rumah al dan sasha. kebetulan yang membuatkan sasha naik hantu. dara pula nak dijodohkan dengan si duda ashraf.

watak al ni sangatlah penyabar. watak dara, merana dalam diam. sasha, sangat urrghh... gerun nak digambarkan. ashraf, melulu dalam buat keputusan. dian, sahabat sejati. apa jadi pada mereka semua? untuk kali pertama,jagalah sebaik mungkin. segala teguran seharusnya diambil dan check balik apa yang kurang. jika peluang pertama tak berjaya, redha. dan bukan semua diberi peluang kedua. hargailah, syukurilah dan jagailah sebaiknya.
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 22, 2017

Memulakan bacaan dengan agak perlahan. Dekat blog disogok dengan kisah pertemuan kembali Al dan Dara.. tapi, dalam novel bermula dengan kisah sewaktu mereka di zaman dinosour... it's ok.. cuma ML jadi tak sabar dengan nak baca kisah mereka dan mcm mana sesi rampasan duda hot tu terjadi... . kisah zaman dinosour tu... oklah..

Ada something yang ML tak puas hati. Seperti yang sedia maklum, novel ni POD(Print On Demand) tapi.. tolong lah... cik/puan editor... check betul². banyak juga ejaan salah. banyak juga perengan di "enter" salah. pembuka kata di baris atas, ayat di baris bawah. ganggu betul

ALI ALADIN
For me... dia seorang yang bertanggungjawab dan berpegang kepada janji. Ya.. memang dia tinggalkan Dara.. tapi sebab dia ada tanggungjawab lain. Semasa dengan Darapun, dia janji, andai jodoh dia dengan Dara, dia akan sayang Dara... tak akan tinggalkan Dara. Dan memang itu dia buat... cuma dia x boleh nak janji adakah mereka will be together. Yalah.. perancangan takdir kan...

Walaupun dah kahwin, Al masih jaga Dara dari jauh. sebab dia tak boleh move on pun dia tinggalkan Dara. Cuma ML tertanya-tanya.. kenapal Al x ceraikan sahaja Sasha bila si gedik tu gugurkan kandungan for the 1st time. bukan ker dia kahwin sebab rasa tanggungjawab jer ke.


DARA DAHLIA
Lurus dan terlampau positif. Tak padan dengan hati batu dia sebelum tulah. tapi bila Al ckp kena berpisah... ok ajer. x adalah pulak dia cuba desak Al utk tanya why...sebab prinsip dia macam pinggan x retak nasi x dingin..ko x hendak aku pun x ingin... tapi.. bertahun merana x boleh move on.

ML suka Dara dan Ashraf... cuma tulah... judgement cepat sangat pak cik tu... hailah.. hot kot... kalau tak, tak adalah mata Dara pun tak berkelip. Sama jugak dengan Dian.


DIAN
Dan.. Pasal Dian.Dian seakan-akan hilang dari hidup Dara selepas dia kahwin dengan Al. Kata BFF... dan , tentang Dian pula, ML x tahu.. aper cerita dia sebenarnya. Dah kahwin ker belum. sebab dia tiba-tiba hilang macam tu jer.

SASHA
Kenapalah busuk sangat hati dia.Dah lah pulak tu gila. tapi, ML tak suka cara dia mati. Cepat sangatlah. dan cepat sangat ER matikan watak dia. alang-alang nak buat Sasha tu jahat... kena kasi kejam dan sadis sikit.

Dan satu lagi.. dah kena ko beria nak selamat kan dia Al??? Kalau ML jadi Dara memang merajuk lah tu.. ader ke ko sibuk pasal bekas bini dah kena... padahal baru bagi penampar kat Dara. hishk.....!!!

Satu yang ML nak puji.. bahagia eh hidup korang... masa belajar, belajar sama-sama.. pas tu.. kerja pun boleh duk berkumpul sama-sama macam tu jugak eh??? huntunglah.....

Rate: 4/5 - Sebab ML suka Al-Dara
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
July 18, 2017
Novel ni nak letgo.. rm19 exc postage..berminat DM me...

*****

Sebenarnya memang nak mengelak dari baca novel ni.. but sbb takde spoiler terbeli jugak... nak tau apa yg berlaku menyebabkan Aladin x setia... so terjawab sudah..SANGAT MENYAKITKAN

Cuma yg x puas hati.. ok fine aladin nak bertanggugjawab but boleh pulak dia nak bertahan sampai 4 tahun after macam2 perangai Shasha yang memang patut kena cerai.. tetibe rasa hebatnya kau aladin oiii..

Dan jugak.. novel ni buat saya menangis meleleh air mata.. poor Dara..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
June 21, 2017
#43-2017

2.5 star

This book is just a so-so for me. It's not that good but it's not that bad either.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
May 5, 2017
KU TUNGGU DUDAMU! ALDARA? ada perubahan jln citer! ohhhhkeyyyy..saya terima seadanya!

KTD_sakit rasa hati bila ALDARA berpisah sbbnya dr AL sendiri!
menyampah sgt dgn shasha yg perangai jahatnya tak tau nk gambarkan!!

ALDARA?_bertemu setlh 4 thn? berjiran? ohhh...ini satu kebetulan yg membuka cerita lama....ALDARA masih SEHATI...Shasha pula tk habis2 hati busuk nk hapuskn ALDARA!

muncul Ashraf tp perangai mcm apa aje!...main percaya aje apa kata Shasha!.

ALSHA_Shasha kantoi dgn AL..sian juga la kat AL masa ni..

dan.....ALDARA mula kembali.. Shasha yg gila talak! menakutkan!

helaan nafas dgn hati ada sikit sayu tp ini kenyataan KTD... 😊

*TERTARIK DGN AYAT DI AKHIR CERITA...
DEAR YOU WHO HAVE READ THIS TILL THE END!
DON'T THINK OF THE THINGS YOU DIDN'T GET AFTER PRAYING,
BUT THINK OF THE COUNTLESS BLESSING HE GAVE YOU WITHOUT ASKING!

Menyentuh ruang rasa hati...ER, saya masih mahukan sentuhan awak yg lain..masih suka dan hrp yg baik2 juga.... :*
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
June 4, 2017
dara dahlia & ali aladin.
nama klasik tu. ok la novel ni.
sedih part dara terpaksa clash dengan aladin.
ni semua sasha tak guna punya pasal.
yang pasti,aladin tu sanggup la kahwin dengan sasha tu. geram betul.
walaupun dah clash,tapi aladin ni caring lagi pasal dara.
tu yang buat sedih tu. sup ayam oregano :)
puas hati sasha mati. terlampau jahat.

happy ending.
242 reviews11 followers
August 9, 2018
best. kisah dara Dan aladin yg bertemu Dan bercinta Di rusia. percintaan mereka putus Di tgh jln bila aladin terpaksa mengahwini shasha. bila dara beli rumah Dan rumah dara berselahan dgn aladin Dan shasha, byk perkara berlaku. ashraf ni yg plg geram.percaya Sgt ckp shasha.last sekali ashraf putih mata
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 11, 2017
PBAKL2017 #13

3.5*

Auwww giler sweet kisah Aladin dgn Dara ni. Sama-sama jatuh cinta ketika belajar medic di Rusia, then bila si Sasya a.k.a shitty lock (eh! haha) perangkap Al dengan kandungannya, Al terpaksa tinggalkn Dara. Tapi lepas 4 tahun siapa sangka Dara rupa2nya jiran baru Al dan Sasya.

Bila Dara dah jadi jiran sebelah rumah je, Sasya mulalah meroyan. Geram giler dengan perangai Sasya yg mcm orang hilang akal. Lagi sakit hati dengan Asyraf yg buta2 percaya cakap Sasya yg gile tu. Nah ! Padan muka Asyraf sbb tak dpt pikat hati Dara balik bila dia dah tahu hal sebenar.

RECOMMENDED ! Tapi kalau baca hati kena kental sebab banyak sangat gejala tak sihat yg dibawa Sasya sampai sy pun sakit hati dengan perangai gile dia.

Cuma kekurangan dlm buku ni banyak typo yg sy jumpa. Mungkin boleh diperbaiki di masa hadapan.
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
October 23, 2018
Pertemuan pertama Dara & Aladin mmg malu tahap gaban. Bukan Aladin yg malu but Dara... Apa taknya, keluar aje bilik mandi, Yes, bilik mandi mereka “berkenalan” & lepas tu Dara jatuh tergolek depan bilik Aladin. Yup, Aladin jiran serumahnya. She tk tau pun jirannya lelaki until lah situasi yg memalukan itu 🤦🏻‍♀️ Hostel jenis ape ni?? Well, this is not Malaysia, mmg tk ada istilah tinggal asing2 walaupun berlainan jantina. Niatnya nak terus pindah cari tempat lain, but well... dia teringat ape yg Seniors katakan masa orientation...
“Dont move out to any apartment unles you know how to speak Russian!!”

Dara Dahlia...
Dara yg Bubbly
Dara yg Lucu
Dara yg Cantik
She’s not that Bad
She’s not that hard to Get
She’s not that easy to Catch
Bnyk yg cuba tapi hati Dara kebal, tk ada yg mampu memikat hati 😎

Ntah kenapa hati Aladin terpaut dengan Dara sejak kali pertama berjumpa. Bagi Aladin, nama yg unik, seunik tuan punya badan. Dara, kalau tengok dari luaran mcm gadis biasa, pagi pergi kelas, ptg balik dari kelas. Dara ada tarikan tersendiri yg buat Aladin terpikat. Dara, she’s one of a kind. She’s just like a Cactus 🌵

Dara berani mencuba. Doesnt matter benda tu danger & perlu nk fikir berkali-kali atau tk ada org sanggup buat sebab horror sgt.

“We only live once, so just do whatever you want, just try whatever you dare...”

Tapi, nama aje Dara ni medic student, tapi kecut perut kalau nak suruh makan ubat... Pahit lah, tak sedap lah 🤦🏻‍♀️

“Just be as you are Dara. When it’s time for you to change, then change...Someone is in love with you anyway...”

“Dara, I’m in Love with you...”

Ali Aladin + Dara Dahlia = 💏❤️

Sasha the Shitty Lock. Yup, thats he nickname given. Senior, and tkde siapa yg boleh ngam dengan dia termasuk Dara. Sasha menyampah tengok Al & Dara bersama. Sasha even make Dara drown masa the were hahung a BBQ kat tasik. Dia yg sama batch ngan Al, tak pulak Al ajak dia... tapi ajak Dara. Dara disukai ramai, Sasha pula ramai tk suka sebab bitchy sgt.

Dear Dara,
You can never win... Never!!

Dear Al,
You will fall for me One Day...
One Fine Day!!

Al ajak Dara kahwin. Mama Al tk suka... Well pergi sana untuk belajar, bukan cari bini and also, Mama Al & Mama Dara da ada calon untuk diri masing2 😐 Situasi mereka sama... Yg ingin dijodohkan oleh keluarga... yg ingin disatukan tanpa persetujuan sendiri.

A weekend After Party at Matrix ubah hidup Al. A big mistake he did in his life. Ape yg dia sedar, bila dia bangun esok paginya, Sasha yg baring sebelah dia....

Rasa bersalah dengan Dara tk dpt nk ckp. Sorry, they word yg susah diungkapkan.

2months later...
Sasha ajak kahwin...
Sasha mengandung...
Sasha nak ugut dia...
And the list go on....
Sasha menangis bila Al mcm tak kisah 🙄

Al avoid Dara. He screw up! He did a shittiest mistake!! Al cried depan Sanjay 😓 What happen to Sasha cuma Sanjay aje tahu. He love Dara, but look what happen now.
After few years bercinta, Al voice out suddenly... “We need a break, as in awak ke kiri, saya ke kanan...” Saat Dara menarik tangan dari genggaman Al, dia tahu dia akan kehilangan Dara untuk selamanya...

“Dear Dara,
To let you go is the hardest thing on earth & even if I let you go, you will survive without me.... Jgn pernah tanya kenapa saya tinggalkan awak, sebab saya tknk awak terluka lebih teruk...”

Dara tk tau ape salah dia sampai Al buat mcm ni. Bila terserempak di hostel, Dara tunduk & buat tk namoak. Bila Al ada di dapur hostel, dia sanggup bertapa dlm bilik walau lapar mcm few days tk makan... Bila di universiti, Dara buat2 tk kenal Al. In short, Dara “pergi jauh” seperti mana yg Al nak.

Kalau dulu Dara jenis yg riang, sekarang nk senyum pun susah.
Kalau dulu Dara jenis yg kuat menyakat, sekarang berubah jadi pendiam.
Boleh kata, Dara berubah 360 darjah!!
Dara freaking down & frustrated!!

Then what about Al?? Semua fingers point at Al & saying what an asshole he is for hurting such a nice gal like Dara... Yup, Al was wrong but have they ever thought of Al’s feeling? How he felt ever since he left Dara & married Sasha? Yes, Al is hurting too damn much, felt so miserable cos he decided to betray & leave someone that he love most!!

Tipulah jika kata Al tk pernah menangis...
Tipulah jika Al katakan dia tk pernah ambik berat tentang hati & perasaan Dara...
Cuma Dara aje tk tahu...
Bila Dara mabuk teruk, Al will be around her as her “back up”....
Bila Dara bermain futsal, Al dtg & jadi menyokong dlm diam...
Bila Dara mula nyanyi sorang2 dlm keadaan mabuk, Al rasa pilu...
Bila Dara mula menangis & ketawa at the same time, mata Al merah...
Bila Dara terduduk di tepi jln sambil meracau-racau, mata Al kabur...
Bila Dara akhirnya tersungkur di tepi jln tk sedarkan diri, airmata Al mengalir...

Sejak Al & Dara putus, Dara perasan yg Al makin rapat dengan Sasha... Mmg tk nampak mesra sgt, tapi mana ada Al, disitu ada Sasha. What actually happen? Dara tk puas hati kenapa Al tk berterus terang padanya.

“Sasha pregnant, sebab tu they kahwin...”

“Terlanjur la, nk buat mcm mana... Diaorg tk ada pilihan lain, kahwin ajelah terus...”

Itu adalah antara khabar angin yg Dara dengar tentang Al & Sasha... ntah betul ke tak.
Just imagine, da janji nk hidup sesama, Al even proposed, ajak kahwin bila balik Malaysia nanti but ended up, Al pilih Sasha! Al betrayed Dara...😔 Tapi yg pasti, Dara tk pernah kacau hidup Al lepas dia kahwin but somehow it is so hard... Selagi Dara ada di Kursk, everything reminds her of him. Dara need to Learn to walk without Al... To live without Al... To breathe without him.

Few years later...
And damn!! How small the world is!! Al & Dara berjiran...sebelah2 lak tu 🤦🏻‍♀️ Bertahun tk jumpa, siapa sangka they are neighbours. Jodoh?? Nah... cos Al is still married to Sasha. Kepala otak Dara lak, kalau perkahwinan Al & Sasha bertahan sampai bertahun2 means, cinta sampai mati ler tu. Well, Dara dont have any idea ape yg Al gone thru in this marriage. Sedih ok Al bila bekas kekasih duduk sebelah rumah.

Sasha kan pregnant...ingat tk? What happen korang rasa ngan baby tu??? Well, Sasha gugurkan anak itu without Al’s knowledge! And now, bila Al & Sasha “bersama” (mmg la tak sayang, tapi Halal kot 🤣) Al akan pakai protection!! Y pakai protection? Ada sebabnya... Sasha kononnya da bersedia nak jadi mummy, ever since Dara duduk sebelah rumah... but not Al! But Al, no more baby... he dont love Sasha, still love Dara... yet y still stay married to Sasha?? Al did try to change Sasha to be a better person... ke arah kebaikan berbanding dulu, tapi fail! Ntah mana silapnya sebagai seorang suamibuntuk membimbing isteri seperti Sasha.

Baru 2bulan stay situ,mental Dara da rasa penat. Tak faham dengan perangai Sasha... kalau rasa insecure sgt, pindah aje ler 🙄

Dara, already 29years old. Mama sibuk carikan jodoh untuknya but Dara still belum ready lagi. Mcm2 lelaki dikenenkan... Ashraf, duda anak 1. Mama yg kenalkan dengan Dara. They click ok!! And, Ashraf, tak nampak duda pun... hensem 😅 Ashraf & Al berkenalan bila Ashraf dtg ke rumah Dara with his dotter & mama Dara. Terperanjat Al bila Ashraf perkenalkan siapa dirinya.

Ashraf...
Ashraf ada Daya Penarik
Ashraf yg Gila2
He’s Gentleman
He’s Family Man
He got the Look
And the list go on...
Setakat ni tkde buruknya Ashraf di mata Dara... senang ckp, “Cukup Package” as a husband. Duda? Tak kisah ngan status tu... Dudakan Sexy 🤣 Family masing2 da discuss about their marriage.

Hati suami mana tk sakit bila nampak isteri sendiri dengan lelaki lain in their master bedroom!! Sasha ingat Al On Call... pucat doe muka dia bila kantoi dgn suami. Al jatuhkan ceraikan Sasha dengan talak 1!!

Kelmarin suami org, now Al da jadi Duda. And its not ok bila Sasha salahkan Dara... konon sebab Dara dia diceraikan. Mengamuk sakan Sasha, sampai baling pinggan wei dari rumah sebelaj ke rumah sebelah. Sampai masuk hospital wei. This happen depan Ashraf... Ashraf nak tau ape kaitannya perceraian Al laki bini dengan Dara. Kalau Dara tkde kena mengena... why Sasha react that way??

Ashraf tak sangka, Dara yg sudah mula disayangi, Dara yg sudah mula dicintai, Dara yg disangka akan menjadi suri hati & ibu kepada anaknya, adalah Dara yg hancurkan hatinya & rumah tangga org lain... 😭 (Its not even Dara’s fault!! Al cerai sebab Sasha curang kot)

“Org yg bersalah takkan mengaku bersalah. Give me sometome to think about us. Saya nak ini yg baik untuk Lila & isteri yg baik untuk jadi teman hidup saya...” Ouch!! Tat hurts!!

Sian Dara. Sejak kes tu, mama marah betul dengannya. Mama mogok! Papa lak, bnyk diamkan diri. Its the saddest part when your loved ones didnt even believe in you. All this “thanks” to Sasha yg jaja cerita yg bukan2.

“Didi tak pernah cuba untuk berbaik dengan saya...”
“Didi menghancurkan rumah tangga saya. Dia pikat semua Al supaya Al beralih arah...”
“Didi bukan jenis yg baik2. Masa zaman study dia tinggal serumah dengan Al. Dia pernah gugurkan kandungan dengan Al...” 😱 (Damn u Sasha!!!)

Dara kecewa sebab Ashraf percayakan org lain lebih dari dia sendiri... kecewa sebab menghakimi Dara berdasarkan cerita dari sebelah pihak.. and she betul2 kecewa bila Ashraf tk beri Dara peluang untuk jelaskan perkara yg sebenar...

“Dara, just remember, when the whole world is against you, I’m still around...”

Dara bawa diri... nak tenangkan fikiran. Holiday, a month. Takde siapa tau mana dia pergi. Mama marah sungguh towards her... lucky her, Papa is there for her. Al wants to know whr Dara is... Al nak memperisterikan Dara. Ashraf, guess what! He knows the truth. Mcm mana dia tau?? Make a guess 😜 At that moment baru he realize Dara mangsa keadaan. How horrible he is bila dia langsung tk bagi Dara peluang untuk membela diri sendir sebab percayakan Sasha. And now, mana he nak cari Dara?? He nak betulkan hubungan mereka. Ashraf tumbuk Al & Dara dihina...Damn! Ashraf made a big mistake.

Sasha menggila. Kalau dia tak dpt Al... jgn harap Dara akan dpt!

Al Cinta pertama Dara...
Ashraf realize his mistake...
Sasha, will do anything to ger back to Al again...
So, korang rasa... ending dia mcm mana? Dara pilih Al atau Ashraf? Or, disebabkan Sasha, Dara ends up with nobody?

Will stop review sini aje k. Kalau nak tau ape jadi..... Semuanya terjawab dlm #KuTungguDudaMu ❤️ Emy Roberto Franzee Novelist
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
May 11, 2017
Saya suka cara penulisan Emy
Sebab Aladin punya pasal .... marah aku kat Aladin ni
Kasihan Dara
Shaha bodoh.....
Kalulah Dara dgn Ashraf saya suka
Profile Image for Anilza.
17 reviews1 follower
October 1, 2017
Dah lama tunggu KTD ni...sbb dulu follow dkt blog. What can i say, buku ER so far mmg tidak mengecewakan. Cuma certain2 part ade words yg tertinggal rasanya or is it typo error.

"Let this be a lesson to us....Sentiasa saling memaafkan dan jangan pernah berdendam dgn org di sekeliling...And always remember that holding a grudge doesn't make you strong but bitter".
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
Read
March 24, 2022
Mula2 aku macam apehal tajuk die ni..mmg tungu laki orang ke..tapi Emy roberto always make me fall for her karya over and over again...

Hero and heroin cpl dr overseas lagi...nampak la hero sgt2 la jaga gf die..tp kehidupan diorg agak social la..diorg jnis huha gak...

Nak jadi cerita, the guy make mistake 1 night and because of that mistake, he need to clash with heroin..mmg salah die sbb lupa die..and sbbkan die seorang yg bertangungjwab, he took the responsible and back to malaysia.. sedih wei time tu..sbb aq tau diorg still love each other..wlaupon time tu lelaki tu dah dok jauh, die still take care psl heroin....

Time goes by, jodoh kuat gamaknye, tbe2 jiran sbelah heroin is the hero with her wife.. omaigod... the feeling still there.. tp tu la..bini die sedia ada pon bukan jnis perangai semegah sgt...so aq pon jadi sokong la..elok la klu hero ni nak back balik ke heroin..

konflik here and there..ade la org lain yg nak try heroin tp bile ade fitnah saying that heroin ni punca rumahtangga hero tu berantakan..aq jadi sakit ati gak....geram je...

BEST2!!!! Emosi but still enjoy reading...recommended!!!!
Profile Image for Nurul Aisyah.
24 reviews1 follower
December 9, 2022
mula-mula baca sumpah geram dgn al sbb dia mudah sgt percaya dgn si sasha . pastu dia ni jenis baik dgn semua perempuan . baik bertempat lha bro , tengok orang juga .

aku kesian gilerr dgn dara , bukan senang nak terima perpisahan dan lepas 4 tahun pun masih setia & susah lupakan al . perangai sasha ni astaghfirullah al azim tak tahu lha nak cakap camne . jahat dia mmg tidak dapat ditapis ya & nasib baik happy ending untuk dara & al .

kesian kat asyraf juga sbb dah melepas . itulah sape suruh mudah sangat percaya kat sasha & i tak sangka pengakhiran utk sasha macam tu 🥺
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
May 11, 2017
Wow!! Sy suka.. Penulis ni mmg pandai gaul ayat.. Dr sinopsis katany Shasha tu sahabat sendiri, tapi in the story dia cuma senior 1 sem and sy x nampak level 'sahabat' di situ lebih2 lagi Shasha mmg azali mbenci Dara.. Poor u Al, jadikn pengajaran, krn arak tanpa sedar u buat sesuatu yg diluar jangkaan. Dear Dara, u re strong and yet ur respect ur heart more..thank God u hv a bff like Dian. xoxo to the writer.. sis Emy.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
September 8, 2018
Kutunggu dudamu

Cinta Aladin - Dara di bumi Kursk tak kesampaian bila Sasha buat onar. Aladin terpaksa putuskan hubungan dengan Dara demi rasa tanggungjawab pada Sasha.

Dara merana.
Aladin juga tak bahagia.

Empat tahun berlalu.
Aladin dan Dara kembali berjiran.
Sasha meroyan. Takut kalau2 cinta Aladin kembali pada Dara.

Betullah kata orang. Kalau dah jodoh tak ke mana.

#rakbukudedizul #reviewbuku #novelholic
#novel #kutunggududamu
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
November 29, 2020
Best.. Sedih sangat part Al terpaksa berpisah dgn Dara..
Profile Image for Ziana Lim.
80 reviews2 followers
June 17, 2021
Kali pertama baca novel dari Emy Roberto , best ! Bole cari yang lain
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.