Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Kemahuan Fikiran

Rate this book
Benarlah jodoh itu di tangan Tuhan. Bukan di tangan manusia.

Nurul Ain telah ditunangkan dengan Tengku Zarif. Tapi kemudian dinikahkan dengan Tengku Hadif bila Tengku Zarif tiba-tiba menghilangkan diri. Untuk menjaga nama baik Tok Abah dan Ayah Ku, Tengku Hadif yang punya masalah sendiri akur dengan permintaan keluarga.

"Ain nak mintak abang tolong tanggalkan sepit kat belakang selendang Ain ni. Boleh tak? Kalau tak boleh tak apalah..." - Nurul Ain

"Aku tunggu kat luar. Aku bagi sepuluh minit untuk kau bersiap. Lambat, aku tinggalkan aje..." - Tengku Hadif

Dia bukan lelaki yang sukakan komitmen. Dia sendiri masih mencari siapa dirinya. Dengan kehadiran Ain semakin menambahkan masalah yang sedia ada.

"Aku tak pernah expect ada orang lain yang akan tinggal kat dalam rumah ni. Jadi aku harap kau tak harapkan apa-apa dari aku." - Tengku Hadif

"Ain tak apa-apalah, Abang Hadif. Di mana suami berada, di situ isteri kena ada. Ain akan jaga Abang Hadif baik-baik ya." - Nurul Ain

Walau kena tengking dan mendapat layanan dingin daripada Tengku Hadif, Ain langsung tak ambil hati. Dia lelaki tak sempurna. Tetapi dialah yang membuatkan hati dan perasaan Ain tertambat kuat.

Kalau dah duduk serumah dan memandang wajah ayu itu setiap hari takkan hati tak terusik. Walau cuba dinafikan hakikat itu, namun Tengku Hadif terus akur juga. Nurul Ain itu isterinya.

Harus dia jaga dan cuba melindungi dari mata-mata jahat dan niat manusia. Siapa dia nak mendustakan takdir?

480 pages, Paperback

First published January 1, 2017

8 people are currently reading
104 people want to read

About the author

Dilla Ahmad

26 books75 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
77 (50%)
4 stars
39 (25%)
3 stars
25 (16%)
2 stars
9 (5%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 42 reviews
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
July 8, 2018
Sweet!!!

Ain seorang je yang boleh hadap dengan karenah Tengku Hadif. Walaupun kadang-kadang rasa nak sentap jugak tapi Ain bukan yang jenis merajuk lama-lama. Nasib la dapat suami yang tak pandai memujuk, nak senyum pun susah, hati kering, muka beku, baran bla bla bla....

Seronok rasa bila dapat baca kisah yang dapat beri kepuasan kepada pembaca. Mood pon boleh jadi baik sepanjang hari.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
May 4, 2017
Senang bagi saya untuk jatuh cinta dengan watak Tengku Hadif yg baran dan beku. Dan juga watak Ain yg sangat memahami body language suaminya. Ketiadaan lafaz cinta tapi dia mengetahui bahawa dia sangat di sayangi dan dihargai sang suami. Beginning memang a bit shaky hubungan mereka but character mereka progress well.

Saya suka cara author garapkan watak mereka berdua yg insecure at times tapi kedua2nya yakin dengan perasaan antara satu sama lain. Dan yg penting apa yang berlaku pada masa lalu tidak menjadi batu penghalang kepada keadaan semasa. Berjaya menangkis setiap gangguan pada orang2 yg cuba memporak-perandakan rumahtangga mereka.

Added bonus, yg saya rasa lain sedikit ialah Tengku Hadif tidak lagi rasa terkilan dengan kehilangan kemewahan yg dulu di agungkan. Malah dia mula dari bawah semula dengan mengembala dan berdagang daging kambing.

Muhasabah diri sendiri
Gaji RM 400 sebagai permulaan working from 8 to 5 mmg sikit..saya tak tahu kehidupan di kampung..perbelanjaannya bagaimana tapi bagi saya will make do with what I have first. Apa nak buat jika kelulusan tidak ada dan hidup di kampung. Dan paling penting dari takde langsung pendapatan, sekurang2nya boleh lah juga menampung sikit perbelanjaan harian.

Cuma saya tertanya is Anna Sofia dan Sofia orang yg sama? Or is it Sofea? Lupa lah.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
January 11, 2018
Karya pertama yang aku baca dari penulis ini. Alhamdulillah, aku boleh terima cara penulisan beliau dan aku suka dengan cerita ini.

Banyak sebenarnya yang aku nak tulis tapi jika melebih-lebih sangat, nanti ada pulak yang meluat. Haha.

Akhirnya, ada jugak hero yang pakai kereta Myvi. Bukan senang nak cari novel zaman sekarang yang heronya begini. Apa yang penting, aku seronok ketika membaca. Seronok baca scene Kamalia kena hambat dengan penyapu. Kisah Ain kena paksa kaut taik kambing lagi. Gelak aku dibuatnya. Haha.
Profile Image for CrystalGrey.
142 reviews15 followers
October 25, 2019
Hidup ini bukan untuk di runsingkan
Hidup ini untuk diuruskan..

Tengku Hadif yang baran.. akur kene jadi galang ganti bagi tengku zarif yang lari dr di kahwen dengan nurul ain...

Nurul ain yang masih 19 tahun muda remaja.. akur di kawin dengan bukan tunang nyer..

Tinggal jauh dari keluarga.. dari bandar ...dan dekat dengan Faizal dan kamalia yang gila..

Bukan mudah untuk tunduk kan ego..lembutkan hati yang keras...hati yang keras perlu dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan wanita
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
August 28, 2017
☆☆☆☆☆!

menariknya BKF krn watak si Hadif. dia punya baran tak payah cakaplah, tp sikap dia yg selalu melindungi Ain tu... fuhhh... memang terbaik arr!

watak Ain tu lembik sikit. mula2 taklah cengeng sgt, tp makin nak habis aku baca makin cengeng pulak minah tu (-_-').

nasiblah ada Hadif. Hadif ni memang hebat dlm menepis semua langau yg nk kacau rmh tangganya. si Faizal tu, percuma jer mkn peluru kat kaki. kahkahkah, padan muka.

watak Kamelia tu entah pape jer. dasar muka tembok!

ok mlas nk komen panjang2. kesimpulannya, jln cerita, watak, gaya olahan semua tu OK.

semoga cik/puan penulis terus sukses dlm menghasilkan karya2 yg bermutu akn dtg ya!

;)
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
February 5, 2018
Besttt!!! Rugi sape x baca.. suka watak badboy hadif ni.. hehe lepas tu dipasangkan dgn heroin mcm Ain.. mmg sesuailahhh
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
May 8, 2020
Buku kedua dari penulis yang saya baca pada tahun ini. BKF ini ada sedikit keistimewaan yang saya suka. Bukan seperti kebiasaan perkahwinan 'ganti', atau dalam erti kata lain kena ganti tempat org lain. Mengisahkan tentang Hadif yang terpaksa mengantikan tempat abangnya, Zarif untuk mengahwini Ain. Zarif menghilangkan diri secara tiba tiba dan hanya meninggalkan sehelai nota. Bagi menutup malu kedua belah pihak. Hadif terpaksa berkorban.

Istimewanya ialah karakter Hadif. Dia hidup serba sederhana di sebuah kampung. Berkerja sebagai owner ladang lembu. Dia bermula dari bawah. Walaupun dari keluarga kaya tapi atas sebab tertentu. Dia menyesuaikan diri untuk mencari duit sendiri. Pakai pun motor kapcai & Myvi. Rumah biasa. Sanggup menahan panas demi mencari sesuap nasi.
Nampak hidup watak Hadif. Rasa macam tak mustahil adanya watak org kampung yang sebegini. Seronok. Perwatakannya juga bukanlah sempurna. Dia juga ada kekurangan. Lama kelamaan, ada perubahan dalam watak Hadif.

Bila berkahwin dengan Ain. Semuanya jadi lain. Hidupnya dulu hanya bertemankan Pak Seman dan lembu bertukar dengan kehadiran Ain. Walaupun mulanya dia tak berapa nak layan Ain. Keras. Baran. Tapi Ain pandai mengambil hati Hadif. Sedikit sebanyak dia belajar untuk menawan hati suami dia. Tapi iya. Dia muda. Dengan usia semuda dia, dia kena pikul tanggungjawab besar sebagai seorang isteri. Watak Ain boleh dikatakan watak gadis matang.

Romantik orang kasar yang bagi saya okay. Maksudnya, tak terlalu manis sangat sampai rasa nak muntah. Boleh diterima. Hadif sendiri daulat dengan perasaan dia terhadap Ain. Malu mulanya. Alih alih dia sendiri pergi mencari isterinya. Haha. Okay la cute.

Watak paling tak tahu malu dalam ni ialah Lia. Dah ada tunang. Nak jugak si Hadif. Tak tahu jaga hati Ain. Dan ah kau memang spoiled!

Okay la BKF ni. Rasa seronok baca sbb berlatarkan suasana kampung mungkin ✌🏻At the end of the day korang boleh predict sendiri kan.
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
March 20, 2025
Biasa kita dengar pengantin perempuan yang bertukar.. kali ini pengantin lelaki pulak bila pengantin yang betul larikan diri.

Tengku Hadif ni kalau marah dengan F sekali terkejut kena jerkah 🤭

Kamalia ni tak serik². Nyampah lak F dengan wataknya..syiok sendiri sangat..orang tu dah ada bini..biarlah bini masak. Sibuk nak kasi lauk².
Profile Image for shaafiiqah.
14 reviews3 followers
May 24, 2022
5/5⭐

Cerita ni comel je, conflict pun tak berat and suitable untuk dibaca without sakit kepala.Tengku Hadif ni sumpahh charming nak mampos and ain pun comel juga.They complete each other in many ways even kena jaga kambing😂🤩. Highly recommend
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
May 21, 2019
ok. akak sangat suka. novel ini bercerita. bagi akak, cantik susunan naratif oleh puan penulis Dilla Ahmad. kadang-kadang salah gaya naratif boleh bawa pembaca sama terjun dalam laut tapi tidak untuk novel ini. walaupun ada sedikit part berulang tapi tak jejaskan langsung semangat pembaca nak habiskan pembacaan. you ada berapa side wahai kak penulis? ini rasanya macam the other dilla ahmad. awesome beb!

nurul ain, terpaksa serah nasib pada tengku hadif bila tengku zarif menghilangkan diri sehari sebelum perkahwinan mereka. mengenangkan tok abah, tengku hadif gantikan juga tempat abangnya sebagai pengantin.

ain yang comel, periang, ceria dan sangat sweet manakala hadif? si gembala kambing yang keras, kejung, beku, kasar and everything negative yang menempek padanya. empat tahun hidup sebagai anak buangan buat dia menjadi keras dan hanya fikirkan dirinya saja. bukan salah ayah ku pun. semua dari silam masa lampaunya.

puan penulis menggarap kisah masyarakat dengan cantik. ada je keliling kita realitinya. kalau tak, mana munculnya 'mulut manusia mana boleh tutup', 'jaga tepi kain orang' dan banyak lagi perumpamaan tentang hidup bermasyarakat. ambil berat, ambil tahu itu baik tapi kalau terlebih dan melampau tu tak eloklah.

bila sikap kontra ada pada ain dan hadif, ia jadi melengkapkan antara satu sama lain. walaupun hadif tak tuturkan kata sayang atau cinta tapi segala perilakunya cukup menggambarkan betapa penting ain dalam hidupnya. faizal, zarif, kamalia. beb, udahnya jadi penyibuk dalam kehidupan suami isteri tu. seronok baca bila zarif dapat balasan sesal kena tinggal dek perempuan, faizal kena tembak kat kaki oleh hadif dan paling lawak kamalia kena sesah dengan penyapu dek hadif. menggatal lagi!

kita akan dapat apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. adakala bukan kemahuan fikiran itulah yang terbaik untuk kehidupan kita. bersyukurlah selagi diberi peluang menempuh kehidupan.
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
September 22, 2023
Seronok baca kisah ni sebab hero dan heroin bukan orang kayangan.
First time baca kisah hero bela kambing 🤭

Suka sangat character development Hadif.
Ain pulak walaupun umur dia muda, 19 tahun, ye dia cengeng, tapi matang. Pandai ambil hati suami dan orang sekeliling, apa dia tak puas hati dia cakap baik2, tegas, tahu hak dia. Sis lurveee.
Profile Image for Izz.
419 reviews8 followers
December 30, 2018
Okay lar.. nak bagi 3.7 star je tapi tak bleh plak, so bundarkan jadi 4 star lar. Watak hero ni takda lar sweet sangat smpai bleh dapat kencing manis, tapi ada lar sweet gula tu skit-skit. Tengku Hadif ni jenis kasar, tapi a very responsible man. Watak hero ni pun lain skit sebab bukan lar hero yang pakai kereta mewah, rumah kaya raya, duit berkepok-kepok, tapi hero ni jadi tauke kambing. Ain pula budak muda tapi dia memang banyak bersabar dengan suami dia ni & cuba sedaya upaya dia untuk buat bagi suami dia sayang dia. Cerita yang santai. Konflik yang ringan-ringan je.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 9, 2017
PBAKL2017 #8

4*

Temanya kahwin paksa tapi kenapa sy rasa mcm bukan kahwin paksa pun. hahaha.. Serius cerita ni mmg best. Heronya si perengus Tengku Hadif dengan heroinnya si lemah lembut Nurul Ain. Pasangan yg kelakar. Walaupun Ku Hadif marah-marah, ada je jawapan Ain yg menggelikan hati. So disebabkan cerita ni best sy bg 4*.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
December 18, 2020
Sebuah novel yg ringan, tak mempunyai konflik yg berat. Bacaan yg santai. Aku suka dialog yg digunakan, fresh. Ini adalah karya pertama penulis yg aku baca.

Kisah Nurul Ain dan Tengku Hadif ni comel. Permulaan dari sebuah perkahwinan yg terpaksa atau lebih tepat lg kahwin ganti. Tengku Hadif berkahwin dgn Ain kerana tunang Ain (Tengku Zarif) abg kpd Hadif tak nak kahwin dgn Ain dan melarikan diri. Jd utk menutup malu dan selamatkan maruah Ain, Hadif menggantikan abgnya.

Hadif seorg lelaki yg beku dan agak baran. Tp dia menerima Ain walaupun tak cinta. Tanpa cinta bukan bermakna hidup Ain akan dipersiakan. Hadif komited dlm kehidupannya. Berubah menjadi lelaki yg bertanggungjawab sbb pernah melalui fasa gelap dlm hidupnya. Ain dibawa bersama ke Kuantan dan hidup serba sederhana. Menjadi isteri kpd seorang penternak kambing. Aku suka suasana kehidupan kg yg dipaparkan. Rasa lebih tenang dan damai.

Muncul plak Kamalia yg gilakan Tengku Hadif walaupun dah tau Tengku Hadif tu dah kahwin. Berusaha sgt Kamalia ni nak pikat Hadif. Hari2 sanggup masak dan delivery ke rumah Hadif. Padahal dia dah bertunang. Tunang pun sama species dgn dia, duk sibuk nak ngorat Ain yg berstatus isteri org. Tak leh nak fikir aku karenah dua orang ni. Tp nasib baiklah Hadif tu tak melayan pun Kamalia. Siap perambat dgn penyapu lg adalah. Haha...

Kisah ni smooth je. Memaparkan hubungan suami isteri yg berusaha menyesuaikan diri kerana kahwin tanpa cinta. Dan kerana ikatan itu mereka belajar menerima diri masing2, sama ada kekurangan atau kelebihan. Hadif yg beku itu akhirnya berjaya dicairkan oleh seorg Nurul Ain.
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
June 19, 2017
Suka watak Hadif!! Lelaki yg tegas pendirian, berdikari sendiri tapi sgt, sgt beku. Seorang pelindung dan tak teragak2 utk tengking langau & menembak org yg menggangu isterinya.
Permulaan yg klise, Hadif terpaksa berkahwin dgn Ain kerana abangnye melarikan diri. But the klise stops there. Ain tak terasa terpaksa pon berkahwin ngan Hadif. Dia cuba sedaya upaya menjadi isteri yg baik. Mcm2 cara dia lakukan utk menambat hati Hadif yg tersgtlah beku ni.. Comel jugak telatah si Ain ni.
Terkejut jugak dgn ape yg jadi pada si evil kamalia tu.. i think this is one of the author's best works. Tak berat, tak jugak sweet sgt lah. Juz nice..
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
February 28, 2022
Lepas baca buku ni..baru tau darjat cinta tu kesibambungan dr cerita ni..by the time aku beli buku ni,harga die dah masuk dalam rare price which is its more than rm50 tp sbbaq tgh obses dgn dilla ahmad..i try my best to collect all of her karya.. cerita ni bestttt!!! Mmg kene dgn jiwa sis sbb hero jnis kasar and xreti sgt nak sweet2..tbe2 kene kahwin…ayat die byk la menyakitkan hati sbb die xreti nak jawab sweet2 tp skali die dah pangil sayang…aduh..aq pon dok sengeh2…😍love2…berbaloi la beli…
82 reviews36 followers
November 28, 2017
Kisah jodoh tak disangka antara Tengku Hadif dan Nurul Ain. Seorang lelaki yang berhati keras yang telah melalui kehidupan silam yang hitam bertemu jodoh dengan seorang gadis muda yang polos dan berhati mulia serta baik hati.
Bolehkah karakter yang berbeza menemui keserasian?
Kehadiran isteri yang pada mulanya tidak diterima.
Sesungguhnya setiap pasangan itu dicipta saling melengkapi. Jodoh ini adalah yang terbaik untuk Tengku Hadif .Bermacam dugaan menimpa mereka .
Tahniah utk kisah yang ditunggu tunggu setelah lama mengenali Encik Tengku yang kerek ini.
Siapa sangka gadis sepolos Ain dapat melembutkan Tengku Hadif.
Cerita yang sangat menghiburkan , rasa sayang hendak dihabiskan.
Turut terselit pengajaran tentang kehidupan
Truly enjoyed it
Profile Image for Ana Anne.
58 reviews1 follower
May 27, 2017
3.5*

Aku tertanya-tanya, Ain ditunangkan dengan Tengku Zharif sebab family arrangement, kah? Maaflah sebab aku baca cerita ni agak laju. Mungkin ada part yang aku terlepas pandang.

Sejujurnya, masa baca tajuk novel ni, aku tak berapa minat. Baca blurb pun... oh, cerita kahwin paksa. Tapi lepas dah habis baca, aku boleh cakap aku enjoy dengan cerita ni.

description

Watak Tengku Hadif yang baran dan Ain yang sedikit keanak-anakan. What do you expect from 19 y.o. teens, kan? Tapi aku suka watak Ain ni, dia pandai jaga maruah diri lepas kahwin dengan Tg. Hadif.

Tg. Hadif pula tak adalah teruk sangat. Cuma awal-awal tu norm laaa kahwin paksa duduk bilik asing-asing. Bagi ruang untuk satu sama lain, kan? Tapi aku suka bila Tg. Hadif mula buka hati untuk belajar terima Ain.

Tak ada watak yang terlalu jahat. Cerita banyak kepada kehidupan mereka, cemburu yang tidak melampau. Paling menyampah pun bila baca part Kamalia. Oh please... where's your pride, girl?

description

Lupa dah kena ambil oleh Faizal. Pity you.

Congrats writer. :)

description
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
October 25, 2022
[eBOOK 205]

Bukan Kemahuan Fikiran by Dilla Ahmad.
.

Sejak awal penerbitan buku ni, aku tahu yang buku ni best. Tapi tak terbaca sehinggalah baru mendapat kesedaran sekarang. hahaha
.

Walaupun heronya berdarah Tengku, keluarganya kaya, tapi ni cerita golongan rakyat marhaen je. Hero nya si penternak kambing, naik Myvi.
.

Oh ya, sebenarnya ni cerita kahwin paksa. Ain yang ditinggalkan Tengku Zarif pada hari pernikahannya. Maka, Tok Abah minta Tengku Hadif yang jadi pengantin lelakinya. Kerana hormat dan sayang, diturutkan. Lepas kahwin, Ku Hadif bawak Ain ke Kuantan, tempat dia meneruskan hidup selepas dibuang keluarganya sebelum ni.
.

Di kampung, Ain daripada tak pandai masak, dah pandai masak untuk Ku Hadif. Ku Hadif yang jenis panas baran, garang, tak pernah kisah hal orang, dah jadi sangat mementingkan Ain dalam hidupnya.
.

Aku suka buku ni sebab ni cerita rakyat marhaen je. Watak langau pun, senang je ditepis oleh Ku Hadif. Especially si Kamalia tu yang selalu duk hantar makanan kat Ku Hadif. Watak suami isteri ni, memang sehati sejiwa dalam menghalau orang ketiga. hahaha
.

Kalau korang sukakan buku Pengantin Ramadan by Ameera Ameer, korang akan suka juga buku ni, walaupun karakter heronya agak berbeza.
1 review
October 3, 2017
Novel ini Best Giler!

Watak yang lain daripada lain walaupun jalan cerita dapat di jangka. Waktu baca Novel ini terbayang pulak Hadif ini Fattah Amin atau Zul Arrifin ( jangan kecam guys. ) dan Ain pula, terbayang Fazura, Mawar Rashid dan Ayda Jebat ( jangan kecam kali kedua guys. ).

Suka sangat dengan watak-watak utama mereka ( Hadif dan Ain ), Pak Seman is the best.
Harap-harap dapatlah Novel ini diadaptasikan, mesti best punya.

Karmila dan Faizal is just URGH!!!!!! Macam nak lempang aje si budak Karmila tak tahu malu tu, suka sangat waktu Hadif gertak dier dengan penyapu lidi dan Faizal, kau memang 100% tak guna, kecik-kecik tak nak k.o dah besar menyusahkan Ain dan Hadif aje.

Dalam kesemua Novel Kak Dilla Ahmad, ini adalah TOP LIST, No.1 dan selepas itu baharu Cik Housekeeping, I Love you.

Overall, the story is the best among Kak Dilla Ahmad works and I have become a fan of her works, tahniah Kak Dilla for the amazing stories.
Profile Image for verygooddear.
1 review1 follower
May 5, 2020
Dah baca!! Gigih beli ebook thru e-sentral and habiskan baca. Memang cerita ni bagi saya, best sangat.

Saya tertarik n jatuh suka dengan watak Tengku Hadif dalam cerita ni. Sebab dapat bayangkan dia seorang yang tegas tapi caring, n protective. Walaupun ayat dia selalu kasar, bagi saya orang macam ni, actually once dia care dekat seseorang, dia akan jaga orang tu betul2.

Pastu, nasihat2 yang terselit dalam novel ni, mmg macam standard orang2 tua selalu pesan dekat kita. Mmg ngam sangat dengan realiti.

Tambah lagi, watak Ain dengan Tengku Hadif pun bukan tipikal kahwin paksa yang lain, diorang umpama faham satu sama yang lain, even bertengkar pun diorang akan berbincang n manja2 balik. Mueheh
Profile Image for Nur.
65 reviews
October 4, 2023
Wow. Best sangat buku ni. Hebat sungguh karya dilla ahmad yg ini. Susah saya nk dpt buku ni. Alhamdulillah. Best sangat.
Mana nk dapat hero baran serupa zarif ni. Elok la dia barang. Semua lalang dia tepis. Kadang hero suka blembut hati dgn lalang. Jauh beza dgn zarif. Si faizal tu kena tembak. Si kamalia dah la ditengking siap pakej kena hambat dgn penyapu.

Zarif ni dulu boleh kira jahat juga. Ank org kaya. Tewas dgn mewah dunia. Hampir2 nk tikam org. Ayah ku yg kecewa terus buang dia dari rmh. Start dari situ zarif blik kg dan ternak kambing. Hidup susah buat dia insaf.

Ain yg lemah lembut. Yg naif. Yg jujur. Memang tercipta untk zarif. Hanya ain dapat lembutkn hati suaminya.

Cerita ni memang anti stress. Sweet sangat
Profile Image for Suraya Hani.
33 reviews
May 30, 2025
Ingatkan dear sir megat dah best tapi bila baca novel ni lagi berganda bestnya🤭.. Haha

Aku suka dengan latar suasana kampung dalam novel ni. Asyik baca novel dengan suasana bandar je. Boring jugak kan. Masa baca novel ni teringat dekat novel drive thru mr satay tu. Vibe2 kampung jugak.

Watak tengku hadif ni aku suka walaupon dia ni baran tapi terkawal jugak la. Haha. Mula2 tu asyik nak tengking bini je kejanya bila dah jatuh cinta perangai baran dia mula kurang sikit. Semua tu sebab dapat bini comel dia si Ain tu. Haha. Memang sepadan diorang ni. Sorang keras, sorang tu lembut.

Aku malas nak cakap banyak novel ni memang best. Kalau boleh nak bagi 10 bintang. Haha

Teruskan berkarya cik penulis. Saya suka baca novel awak walau cliche 🤭🥰
Profile Image for Ctriko.
280 reviews6 followers
March 11, 2021
kisah Ain dan Hadif ni nampak macam cliche je, kisah rumah tangga orang yang baru nak belajar bercinta lepas kena kahwin paksa tapi kisah diorang ni berjaya meninggalkan kesan mendalam dan mainkan emosi aku jugak. Orang kata bercinta lepas nikah ini lebih manis dan indah. Kita akan lebih kenal perangai si dia tu dengan sepenuhnya lepas nikah, senang kata kita akan nampak the true colour he he he. Betapa besarnya kuasa akad nikah, perasaan cinta dan sayang itu akan wujud dalam hati dengan tak di sangka-sangka. Namun, cinta yang paling agung hanyalah untuk Allah SWT.
29 reviews
September 9, 2017
Starting yg sgt menarik.watak si Ain mmg menarik dan sgt comel.Boleh faham kenapa Ku Hadif boleh senang jatuh cinta dgn Ain.

Ku Hadif yg baran tp boleh cool dgn Ain walaupon smtimes terlepas juga baran dia.

Dialog yg boleh buat kita xkering gusi dgn telatah diaorg berdua.

To the end of the story,agak sedikit slow.Maybe sebab xder conflict yg boleh bikin hati dap dip dup.

Overall,its good story.Just light conflict yg xmembabitkan drama air mata..Boleh hilangkan stress.kja.I bagi 4 stars..
129 reviews3 followers
June 11, 2021
Walaupun hadif nampak kejung dan keras dan tak berperasaan, tapi saya suka sgt keserasian dia dan Ain. Hadif ajar Ain utk jd lebih keras dan jgn terlalu baik dgn org. Saya juga suka betapa Hadif dan Ain berusaha mempertahankan rumah tangga mereka. Banyak yg terjadi. Namun Ain memilih utk hidup sederhana di kg menemani suaminya.

ni saya kongsi link versi ebook yg saya beli:
https://www.e-sentral.com/book/info/2...
59 reviews
March 16, 2023
Sgt sesuai utk pembacaan yg santai. Xde stress. Tp still bermain dgn emosi. Masih ada cheesy antara pasangan suami isteri, masih terselit dendam dan cemburu antara manusia, masih ada kisah dan nilai kekeluargaan. Dan, cukup suka cara penulis menyelitkan unsur pengajaran, motivasi dan keyakinan kepada Allah.

Baca la buku ni. Best tw. Boleh baca free je klu daftar perpustakaan negara e library.
6 reviews
August 13, 2024
Novel pertama karya penulis Dilla Ahmad yang saya baca. And sampai sekarang Ku Hadif masih hero favorite antara semua karya D.A.

Saya suka cara Ain yang berusaha ambil hati Ku Hadif and saya suka sebab dia jenis straightforward dengan perasaan dia.
Ku Hadif pun walupun kasar tapi dia sangat protective, sangat sweet dgn cara dia sendiri.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 42 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.