Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dimensi

Rate this book
Dia wanita yang udah terlajak usia meniti hari sepi tanpa cinta di hati. Cinta itu bukan keperluan, tanpa lelaki dia masih gah berdiri. Hidup walaupun hanya black and white, dia tetap gembira.

Benarkah ada dimensi lain di sudut dunia? Dia tak percaya tapi bila dia sendiri tercampak ke sana, dia mula sedar. Rupanya hidup ini beraneka coraknya dan dia terpaksa lalui sama ada dia suka ataupun tidak.

Di dunia berdimensi itu juga dia temui cinta sejati yang membuai jiwa. Maka jadilah dia puteri di dalam dongengan cinta seorang lelaki... I.K.

"Cinta kita bersatu di sini, di dunia sana mungkin engkaulah jodoh terakhirku."

Tetapi...
Benarkah cinta sejadi itu wujud?
Atau...
Sekadar mimpi yang hanya penyedap tidur?

368 pages, Paperback

First published January 1, 2017

16 people want to read

About the author

Ida Anuar

29 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (50%)
4 stars
8 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for a i n c e r a.
125 reviews14 followers
November 29, 2022
Seperti tajuknya iaitu |DIMENSI| - boleh saya rangkumkan penceritaannya ke arah bergenre magical realism dan ada time travel (if you enjoy reading about time travel - add this book to your list 👆🏻).

Di mana Aryna yg mengalami kejadian aneh. Aryna tercampak ke satu dimensi dimana tahun tersebut ialah 1997. 20 tahun jarak Aryna merentasi masa. Setiap kejadian yang berlaku tu ada sebabnya. Aryna tercampak dan kembali ke masa sekarang dan mencari apa; mengapa; dan bagaimana kejadian pelik tu bole terjadi.

Aryna, dalam dunia dimensinya, instead of melayan rasa ketakutan dan ketidakselesaan dia cuba menikmati saat-saat itu dan mengambil segala pengajaran yg die perolehi ketika di dalam dunia itu. Cause Aryna yg dulu ialah a spoiled brat.

Tapi yg paling Aryna tak sangka, dia terjumpa soulmatenya di dunia itu. Adakah hubungan itu akan terhenti di situ atau akan tersambungnya cerita mereka di tahun 2017? Kun Fa Ya Kun - kalau dah tertulis jodohnya; tak kemana.

Semasa membaca kisah Aryna dan I.K, tak dapat tidak lagu Enchanted yg dinyanyikan oleh Taylor Swift bermain di fikiran saya 😆. It was soo similar to the story. The thought that maybe it will ended just like that. To like somethin that you couldnt own it. The pain beb...

Rate : 4.5
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 11, 2020
[BOOK 53]

Dimensi by Ida Anuar.
.

Love this book!! Tak sia- sia buku ni masuk dalam wishlist aku sejak sekian lama. Lepas tu, BesQ buat sale. Teruslah rembat. Ceritanya baru tergerak hati nak beli la, sebab kalau ikutkan, dah banyak kali dah buku ni on sale, tapi tak jugak belinya.
.

Ni kisah ala-ala time travel la. Memang favourite aku. Boleh habis sekali baca je.
.

Aryna, wanita berusia 37 tahun, masih bujang, sudah memiliki kerjaya yang boleh dibanggakan. Dia ada sorang kawan baik, nama Danial. Danial je yang boleh tahan perangai Aryna ni. Sebenarnya, Aryna ni takdelah teruk sangat pon, cuma dia agak lepas cakap la pastu agak bangga diri.
.

Pada satu malam, dia tidur. Bangun je dari tidur, dia sudah berada di sebuah rumah kampung, mempunyai seorang kakak kembar. Lepas tu, orang panggil nama dia Ita. Basically, a totally new environment untuk dia.
.

Masa tu pulak, zaman 90 an camtu. Pergi sekolah naik bas. Telefon yang ada pon, public phone. Aryna ni pulak budak bandar, manalah dia biasa ngan semua tu.
.

Semua orang perasan je dia pelik. Contoh, budak laki yang Ita minat selama ni, tetiba dia dah tak suka. Lepas tu, cikgu sekolah yang garang tu la, yang Aryna duk intai-intai. hahaha
.

Lepas tu, dipendekkan cerita, Aryna dah mula terbiasa ngan hidup barunya. Dia dah bercinta ngan IK. Dah enjoy hidup dia. Tapi dia sentiasa takut yang dia akan terpisah daripada hidupnya sekarang. So, dia akan keep reminding semua orang tentang 'jangan lupakan Aryna tau'. mestilah orang pelik kan?
.

And the next day, Aryna balik semula ke dunia asalnya. So, apa yang dia buat, dia cuba cari semula orang-orang yang dia pernah jumpa dulu. Cari IK jugak.
.

And finally, a happy ending.
.

Aku suka part Aryna jumpa semula IK. IK dahla kerek semacam. hahah..so, Aryna asyik duk cakap, tentang first blind date dorang. Mestilah IK tu pelik, macam Aryna tahu tentang Ita dan dia. Pastu lagi best bila tahu, macam mana sebenarnya dia boleh tercampak ke masa lalu? Apa yang jadi sebenarnya?
.

Bestlah. Recommended untuk yang sukakan cerita time travel. Mungkin orang yang pernah menikmati zaman naik bas sekolah, guna public phone, mandi sungai, akan lebih appreciate cerita ni.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 2, 2017
bila disumpah dan sumpahan tersebut bagai jadi nyata! dan perlu pula hidup dengan keadaan tidak bersedia dalam jasad insan lain, nak tak? ini yang berlaku pada aryna. seorang yang ego, keras hati, tidak pernah rasa susah dan tidak tahu menghargai. dia tercampak ke 20 tahun lampau dan hidup dalam jasad ita. terpinga-pinga tidak tahu apa yang perlu dilakukan. tapi atas nasihat kakak biskut, dia nikmati saja kehidupan yang perlu dilalui dengan hati terbuka...

haa...nak jadi macam aryna? puan penulis Ida Anuar lancar bercerita mengheret pembaca masuk dalam kisah aryna ni. dari seorang yang berumur 37 tahun yang fully committed terhadap kerjaya tiba-tiba terjebak dalam jasad ita yang berumur 17 tahun dan masih sekolah. tak terlalu memaksa konon macam back to the future atau 13 going 30 ataupun lagi satu cerita yang makan biskut pastu tertukar badan mak dengan anak tu. aryna lalui kehidupan tersebut dan belajar menikmatinya kerana dia pun tidak tahu sampai bila dia akan menjadi ita. kehidupan itu banyak mengajar dia tentang apa yang dia tidak pernah lalui sewaktu dia menjadi dirinya yang sebenar.

dan, di waktu inilah dia mula kenal apa itu cinta. bayangkan kehidupan selama 37 tahun dia tidak pernah menitik beratkan perasaan tersebut kerana baginya dia punya segalanya! apa perlu cinta? hubungan kasih sayang antara keluarga juga dapat dirasa ketika itu. punya kembar, punya saudara mara yang baik dan rapat. dilalui dengan tenang dan amat bersyukur kerana diberi peluang. dengan IK, hatinya terpaut tapi cikgu tersebut bertunang dan berpindah..

tak sangka mereka bertemu kembali sewaktu aryna bekerja sementara menanti untuk sambung belajar. bukan kisah cinta manis bergula tapi emosinya ada terasa. cuma, kasih mereka setakat itu saja bila aryna kembali kedunia nyata..

apa yang berlaku sebenar-benarnya? dapatkah aryna mencari balik semua watak yang menghuni waktu luar sedarnya itu? adakah benar rohnya mengembara dalam dimensi yang berbeza? dan adakah IK itu wujud dan terus wujud di dunianya? pengembaraan yang amat menyeronokkan yang dibawa oleh puan penulis. kita dalam hidup ini harus tahu yang semua bukan milik kita. dan kita diberi apa yang kita perlu bukannya apa yang kita mahu. belajarlah menghargai kehidupan dan hormat pada sesama manusia. tahniah puan penulis untuk kisah luar alam ini...
Profile Image for Nisya.
82 reviews3 followers
September 14, 2022
Highly recommended!!!

Suka! Suka! Suka!…Cerita bertema time travel memang dah ada tapi tetap saya rasa macam membaca idea yang baharu. Keterujaan membaca cerita ni even dah dapat tebak jalan cerita dan tahu spoiler, tetap nak beli dan baca sebab utama nak selami dan kenal olahan dan gaya penulisan penulis.

Kisah yang bermula dengan Aryna yang boleh dikatakan sombong dan tak bergaul dengan dunia luar tiba-tiba tercampak ke dunia lain selepas ‘disumpah’ oleh pekerjanya, makan biskut dan tertidur sewaktu tengok SRK..hahaha..Bila tersedar berada pada badan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang bernama Ita dan tahun tu pula adalah tahun 1997.

Tapi pengalaman merentasi masa itulah membuatkan dia menikmati kehidupan sebetul-betulnya. Berubah juga ke arah lebih baik. Lihat betapa pentingnya sesuatu hubungan keluarga, persahabatan dan cinta. Bercinta pula dengan IK. Tapi kekal ke semua tu sedangkan Aryna berada pada badan orang lain. siapa sebenarnya yang IK suka,samaada Aryna atau Ita walaupun dia ada instinct ibarat orang lain yang berada pada badan Ita..

Setelah tersedar, semua tu mimpi atau realiti?haaaa…bacalah…recommend sangat😉rasa macam sekejap je baca buku berhalaman 358m/s ni🥲

Nota kaki dialog yang saya suka dan peringatan:

halaman 151

“Sebagai seorang perempuan, jagalah tingkah laku. Bukan nak berlakon baik atau apa, jadikan agama itu panduan. Terang-terang dah agama kita melarang perbuatan zina. Berdosa besar. Akak ni Ita… bukanlah baik sangat tapi masih boleh berfikir guna akal. Buat benda macam ni mesti ada kesannya. Kan bila dah jadi macam ni, jadi kes polis… diri sendiri juga yang malu kan?”

Dan ada satu scene, saya selaku pembaca tanpa sedar mudah jugde kisah Ainul pada awalnya walhal di sebalik kisahnya, ada kisah hitam terjadi. Jadi, seburuk apapun kita tengok kejadian tu dan keputusan sesuatu itu nampak negatif, kadang- kadang kita tak tahu kisah di sebalik semua itu terjadi dan apa hikmah yang akan menyusul…
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 7, 2022
Sebuah cerita yang terjadi dengn kehendak Allah.. Kisah Aryna yang terjaga dalam badan Ita.. Melalui kehidupan sebagai Ita, menyedarkan Aryna akan kepincangan hidupnya.. Betapa Aryna bersyukur dirinya diberikan peluang kedua untuk memperbaiki kehidupan dan menemukan cinta yang tak disangka..
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
February 1, 2019
Adakah wujudnya dimensi dalam dunia ini? Mungkin tidak logik dlm pemikiran akal tetapi siapa kita utk mempersoalkan kuasa DIA jika itu kehendak dan keizinanNya.

Membaca Dimensi membawa kita menjelajah dan mengembara dlm kehidupan Aryna yg berusia 37 thn kepada umurnya kembali 17 thn. Hidup Aryna yg hanya berwarnakan hitam putih selama 37 thn mula berwarna pelangi ketika dia dibawa ke 20thn kebelakang. Semasa itu rohnya berada di dlm jasad Ita. Seorang perempuan yg tidak dikenali. Namun, penghidupan barunya itu byk mencorakkan kehidupannya dgn rasa kasih, sayang dan cinta.

Selepas sedar dr lena dan kembali ke diri yg asal, Aryna mula berubah sikap. Dari kakak, kawan dan seorang ank yg dingin menjadi seorang manusia yg sgt disenangi oleh org2 disekelilingnya.

Cinta yg luar biasa di antara Aryna dan IK akhirnya bersatu. Walaupon 20thn yg lalu roh Aryna terperangkap dlm jasad Ita, namun IK masih kenal diri 'ITA' yg disayangi dan dicintainya dulu.

Rasa x puas baca tulisan writter kali ini. Bukan x puas sbb x terjawab segala persoalan, tetapi x puas sbb rasa mahu dan mahu lg cerita ini untuk dibaca. Anyway, terima kasih pd writter kerana menulis sesuatu yg sgt RARE. Untuk itu 4.5 bintang utk cerita ini.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 6, 2017
PBAKL2017 #5

4*

Kun faya kun...

Aryna seorang wanita bekerjaya berumur 37 tahun di tahun 2017 telah terperangkap dalam tubuh badan pelajar sekolah berumur 17 tahun di zaman 1997. Kehidupan Aryna langsung berubah 180 darjah ketika berada dalam badan Ita. Aryna yg dulunya sombong kini perlahan-lahan belajar utk menghormati orang lain. Ketika terperangkap dlm badan Ita juga, Aryna telah berkenalan dgn I.K. selaku cikgu sasteranya di sekolah. Dan selepas habis sekolah, Aryna dan I.K. mula bercinta. Tapi satu hari I.K. mengalami kemalangan dan Aryna pula kembali semula ke tubuh asalnya.

Ini pertama kali sy baca novel karya Ida Anuar. Dan sy tak menyesal beli buku ni. Jalan cerita yang tak mengecewakan. Happy ending yg sy suka sbb akhirnya Aryna berjumpa semula dgn I.K. di zaman 2017 walaupun ketika itu masing-masing berpangkat duda dan andartu. Tahniah buat penulis !
10 reviews1 follower
April 13, 2020
Novel ini adalah karya pertama kak ida anuar saya membaca sebab ada unsur2 fantasi di sana.. Selain ada unsur2 fantasi, jalan cerita di dalam novel ini mengembalikan zaman2 80an & 90an serta 2000 yang saya pernah alami dulu semasa di sek ren..
Contohnya: pondok telefon, sampul surat belang biru merah di hujung sampul surat itu, perakam kaset & banyak lagi kenangan saya pada zaman sek ren dulu yang memang saya rindukan..
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
August 30, 2021
Love sangat story dalam novel ni, ada part tu tersenyum sorang² baca, selalunya part Aryna dengan I.K. la. Time masing² cemburu, so funny actually.

Bacaan yang santai, tapi terselit banyak jugak pengajaran, tentang peribadi, hubungan sesama insan, keluarga, persahabatan & percintaan. Too bad nipis sangat.
5 reviews9 followers
May 3, 2017
Buku dimensi karya kak Ida Anuar memang terbaik. Walaupun jarang baca kisah cinta dari kak Ida tapi cerita dimensi ni adalah satu novel yang lain dari kebiasaannya. Agak di luar kotak sebenarnya. Cerita ni mengisahkan Aryna seorang wanita berumur 37 tahun yang tercampak ke dalam diri seorang gadis berumur 17 tahun. Banyak benda yang Aryna belajar semasa menjadi Ita dan telah mengubah Aryna menjadi seorang wanita yang lebih baik. Novel ni bukan sahaja berkisarkan tentang cinta tetapi ada diselitkan persahabatan budak-budak sekolah dengan pengalaman yang boleh buat kita tersenyum dan ada juga diselitkan kisah kekeluargaan. Tetapi rasa tidak puas baca sebab sangat best cerita ni boleh buat kita tersenyum sepanjang masa. 'Ending'nya agak laju sedikit bagi saya. Tapi apa pun novel ni memang terbaik. Saya bagi 4 bintang. :)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.