Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fizik-lah!

Rate this book
Orang selalu kata fizik susah nak faham. Malah, selalu dilabel sebagai subjek paling susah di bawah gugusan sains tulen. Buku ini akan menjelaskan fizik dalam bahasa mudah dan santai dalam setiap aspek-aspek asas dalam fizik. Malah, penjelasan fizik yang diketengahkan dikaitkan dengan fenomena-fenomena yang berada di sekelilng manusia supaya mudah difahami. Bahasa mudah dan tiada formula-formula matematik. Membawa kepada pembaca kepada penjelasan-penjelasan seperti daya, tenaga, optik, gelombang, nuklear, kuantum, kosmologi dan banyak lagi!

213 pages, Paperback

Published March 1, 2017

20 people are currently reading
192 people want to read

About the author

Zamir Mohyedin

9 books142 followers
Zamir Mohyedin is a physicist and author based in Malaysia. He holds B.Sc in physics, M.Sc in material physics and Ph.D in medical physics. His research involves computation and simulation of properties of material at atomic level using density functional theory (DFT). He also involves in radiation dosimetry research, formulating 3D dosimeter for application in radiotherapy verification. 

Zamir is the author of popular science books particularly in physics and related topics. He is also a regular contributor to his own blog and other media outlets such as Selangorkini, Dewan Kosmik and The Patriots. He was a speaker of Tedx.​

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (33%)
4 stars
27 (40%)
3 stars
12 (18%)
2 stars
4 (6%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Khairul Muhammad.
Author 15 books68 followers
April 26, 2017
Bagi orang yang tak pernah ambil Fizik dan meanggap subjek itu merupakan sebuah kursus bagi pemilik otak-otak bertahap elitis, aku merasakan Fizik-Lah! Ini adalah buku wajib milik untuk semua orang.

Yang paling aku suka tentang hukum-hukum yang ada di kalangan kita ini dan ia menjadikan aku lebih faham tentang kejadian dan kemuliaan Tuhan dalam hal-hal penciptaan.

Tahniah penulis dan tahniah penerbit. Ini bagus. 5 BINTANG.
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
October 10, 2017
FIZIK-LAH ! by Zamir Mohyedin dan Mohd S.Faiz

- Buku ini berkisarkan tentang dunia fizik. Apa itu fizik ? Apa kaitan fizik dengan hidup kita ?

- Buku ini sesuai untuk semua golongan, bukan untuk student sains atau lebih spesifik untuk budak fizik je. Nope. Buku ini untuk semua.

- Fizik tak payah ( ok tipu ). Fizik payah rumit complicated tapi apa je yang senang dalam hidup ni ?

- Dalam buku ni ada 8 tajuk besar dan bawah tajuk ni ada lah tajuk-tajuk kecil dia. 8 tajuk besar tu tentang mekanik klasik, tenaga & perubahan, optik dan gelombang, fizik nuklear, mekanik kuantum, relativiti, kosmologi dan kereta. Aku paling tertarik dengan tajuk Belitan Kuantum. Nak tahu ? Boleh baca buku ni or google or pm tepi.

- Fizik terbahagi kepada dua. Fizik klasik dan fizik moden. Fizik klasik ni pasal benda yang memang ada depan mata, benda yang kita boleh kira boleh agak objek tu nak bergerak ke mana, halaju dia berapa dan etc. Tapi fizik moden ni berkaitan dengan benda yang tak nampak kat mata. Contoh, atom, proton, nukleus dan benda yang bergerak hampir dengan kelajuan cahaya ni dipanggil fizik moden. Ya, fizik moden lagi payah lagi rumit.

- Buku ni juga ada la pasal sejarah-sejarah tentang macam mana asalnya satu-satu teori, equation yang dikaji oleh ahli-ahli fizik yang terkemuka dan tidak termuka. Bukan tidak termuka, tapi kita yang tak ambik tahu pasal dunia sains ni. Saintis-saintis yang duk kaji pasal dunia sains ni sumpah aku respect. Aku tak tahu determination depa macam mana duk kaji pasal benda ni sepanjang hayat depa. Einstein, dalam buku ni ada cerita pasal hidup dia dengan Fizik ni. One question untuk diri sendiri, kau yang mengaku sebagai student sains ni bila nak buat macam tu ?

- Aku sangat berterima kasih dengan penulis buku ni sebab bila aku baca buku ni aku lagi paham apa itu teori relativiti yang selama dalam kelas aku tak paham pun. Senang kata apa yang aku belajar selama ni aku lagi paham.

- Buku ni general. Tak mendalam sangat pun pasal fizik. Penulis tulis buku ni pun sebab dia nak masyarakat kita bercerita tentang sains bila kat kedai kopi, kat bus stop dan kat mana-mana je lah.

- Aku harap, kita semua sedar yang dunia sains ni luas. Kat space tu banyak benda lagi benda yang tak diterokai. Dalam buku ni ada kata pasal teori kuantum graviti yang tak diterokai lagi dan saintis-saintis sibuk duk kaji pasal benda ni. And then masa 3/10/17 baru ni ada 3 orang saintis yang dianugerahkan Nobel Prize pasal gelombang graviti. * aku tahu pasal benda ni sebab tadi dalam kuliah Dr. membebel kat kami student sains tak ambik tahu pasal benda-benda ceni. Ya, lama kami kena brainwash. Thank You Dr. *

- Ilmu Allah ni luas. Tunggu kita je yang nak kaji nak terokai. Tapi, apa pun Dia yang lagi Maha Mengetahui segala benda.

- Aku tahu review pasal buku ni panjang. Bacalah sebab dengan membaca kau tahu segala benda macam ni.

- Happy reading.

#readingchallenge
#BOOku
#bukuduapuluhtujuh
Profile Image for Ikram Noor.
17 reviews5 followers
May 21, 2020
Usaha yang bagus dari penulis untuk menormalisasikan subjek fizik dalam masyarakat. Cuma cara olahan bagi saya tak cukup menarik untuk buat saya excited untuk nak selak lagi page buku ni, apatah lagi nak baca bacaan lain untuk tahu secara lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan.

Pendapat peribadi, buku teks lebih membantu kalau nak lebih mudah faham sebab biasanya dalam buku teks ada banyak gambarajah untuk membantu kita bayangkan apa sebenarnya yang tengah diperkatakan. Buku ni ada sahaja gambarajah, cuma dalam bentuk buku sebegini, memang agak terhad bagaimana mereka nak tunjuk gambar untuk beri sokongan pada olahan subjek.

Moga dapat improve cara penyampaian dalam masa akan datang
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
December 2, 2017
Paling aku suka, cover buku ni. Cool.

Isi dalam buku ni aku suka jugak, tapi ada la, beberapa tajuk yang aku macam lambat sikit nak faham. Tapi selain itu, penulis berjaya menerangkan konsep fizik dengan mudah. Sampaikan sehari je aku boleh habiskan buku ni. Kerana itu, aku rasa eloklah ibu bapa, kakak abang hadiahkan pada adik-adik yang bersekolah. Tapi yang tak bersekolah pun elok baca.

Akhir sekali, terdapat beberapa perkara yang mengganggu kelancaran aku membaca:
1. Dalam perenggan tulis 'Rajah sekian sekian...' tapi bila tengok, tak nampak/wujud pun rajahnya
2. Typo untuk certain perkataan (Sedikit)
3. Ada perkataan yang tak dijarakkan dengan perkataan lain (Banyak)
Profile Image for Saiful.
9 reviews
June 17, 2017
Buku yang senang difahami untuk belajar tentang Fizik. Bagus untuk budak sekolah yang baru masuk belajar Fizik. Government should consider.
Profile Image for Anuar Saiful.
4 reviews
February 20, 2020
Mendedahkan pada kita banyak perkara dalam fizik yang akan menjadikan kita begitu asyik dengannya....
Profile Image for KAZ.
12 reviews
December 29, 2020
ulasan pantas, buku ni patut dibeli dan sangat mudah penjelasannya untuk orang awam. bagi yang dari latar sains, yes buku ni patut juga dibeli. untuk mencari kembali sinar minat fizik
Profile Image for Fauzan.
11 reviews2 followers
May 2, 2019
Sebuah buku yg menerangkan hukum2 fizik dalam bahasa yg hipster. Cuma buku ini boleh ditambah baik lagi dgn memperbanyakkan gmbr2 berkenaan spy pembaca lebih mudah meggambarkannya.
Profile Image for Najwa Najeh.
32 reviews
November 22, 2017
Pelajar sekolah, anda patut membacanya. Kalau selama ini tidak faham tentang konsep daya, archimedes, tekanan dan lain-lain. Buku ini ada sedikit pencerahan.

Untuk yang lain, bab fizik nuklear, mekanik kuantum, relativiti dan kosmologi mungkin menarik minat anda.

Mungkin ada beberapa ayat yang agak sukar difahami oleh orang awam tetapi bagi saya penulis sudah berusaha untuk memudahkannya
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.