Buku ini memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel,alegori, esei dan coretan pengalaman.
Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017.
Lukisan-lukisan kebanyakannya adalah hasil tangan isteri dan makaku. Adalah juga beberapa yang aku (cuba) lukis. Senang sahaja nak teka– yang mulus-mulus abstrak ala-ala Picasso itu akulah pelukisnya. Sebagai pelukis amatur, kami perlahan-lahan belajar melukis dengan memerhati dan merenung ilustrasi-ilustrasi dalam domain awam.
Harapnya buku ini pun dapat perlahan-lahan melukiskan senyuman di muka para pembacanya. Kalau laju lagi bagus!
Mat Luthfi atau nama sebenarnya Muhammad Luthfi Bin Rohime merupakan seorang vlogger dari Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah. Saluran youtubenya disenaraikan antara 10 saluran Youtube paling popular di Malaysia pada tahun 2012. Beliau meminati kumpulan Hujan dari Malaysia.
Walaupun lahir di Kedah tetepi beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Kangsar selama 3 tahun(2003-2005) sebelum ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (2006-2007). Sekarang beliau belajar di Curtin University di Perth, Australia.
Beliau menggunakan dialek utara pada hampir semua videonya di Youtube. Selain unsur humor di dalam videonya, Beliau turut memasukkan unsur nasihat di dalamnya.
Antara anugerah yang pernah dimenanginya ialah Shout Aloud Award(Anugerah Shout 2012), Shout Aloud Award(Anugerah Shout 2013), dan Aksi di Youtube paling popular(Anugerah Bintang Poupular Berita Harian 2013)
Alegori Rumah Api menghimpunkan 38 cerita pelbagai genre yang bertemakan kritikan sosial diselaputi humor oleh Mat Luthfi. Cerita - cerita ini ditulis berdasaskan pengalaman Mat Luthfi sendiri, isteri dan ibunya.
Ni kali kedua aku baca buku ni sebab lepasni, sahaja aku berniat nak sedekah kat orang dah. Takkan nak simpan jadi harta karun atau nak jadikan artifak Muzium Negara kot?
Gaya bahasa Mat Luthfi adakalanya agak melarat, adakalanya sinis tapi adakalanya straight to the point juga. Ada sejenis falsafah dalam tulisannya yang menyebabkan aku tertarik dengan cerpen dia. Yang tersurat tu selalu ada siratannya.
Cerita yang paling aku suka dalam ni adalah Kain Mahal. Ia menceritakan tentang Nurul dan Zairul yang nak kahwin tapi niat dorang selalu terbantut sebab Mak Nurul nakkan majlis yang gah kononnya kahwin ni perkara ‘sekali je dalam seumur hidup’.
Disebabkan itu Nurul terpaksalah buat 3 kerja siang pagi malam untuk kumpul duit kahwin. Cerita ni sangat relatable. Budaya boros dan menunjuk-nunjuk di kalangan orang kita memang real case scenario. Yang sengsaranya adalah kehidupan selepas kahwin tu. Tetap papa kedana.
Tak banyak yang boleh diulas dengan naskah ni sebab dari segi ceritanya, gaya bahasanya dan plotnya is so Mat Luthfi.
Kalau minat Mat Luthfi, maka akan suka lah naskah ni.
"Just because you are right, does not mean I'm wrong. You just haven't see life from my side" - ML
Banyak pengulas kata buku ni santai, benar, memang santai. Tapi maksud2nya sangat mendalam. Keluarga aku ni berdarah PAS, bak kata orang toreh tangan keluar darah hijau (LOL), so aku pun masa first time mengundi tahun 2018, pangkahlah PAS (as expected from the whole family), dan kalah sebab so called "kebangkitan rakyat". (rasa bersalah sebab happy jugak time tu)
Sebagai ahli PAS tak aktif (yang hanya sokong tapi tak bantu apa2 dari segi gerak kerja; useless member with valuable vote lol), aku suka je bergaduh2 dengan keyboard2 warrior parti lain (my 2nd contribution, and its FOC), sebagai ahli PAS, senang je nak bergaduh kerana kau ada modal yang sangat sakral dan suci iaitu Quran & Hadis. Biarpun dituduh penunggang agama, tapi memang visi PAS memperjuangkan islam, apa lagi modal nak pakai, nama pun Parti Islam SeMalaysia (Bukan PIS, sebab PAS diambil dari ejaan jawi PAS :PA+ALIF+SOD/SIN).
Apa kena mengena buku ML dengan PAS? Sejak aku mula masuk alam pekerjaan, sejak mula baca buku2 serius sikit selain komik, sejak mula berkawan dengan ramai orang, sejak join jemaah tabligh (kurang aktif lol)...
...Fikiranku mulalah sikit2 terbukaklah. Bila ada antara ahli PAS yang asyik dok zikir semua salah DAP 33X, dan lepas aku terbaca buku Kampung Halaman Datuk, aku cuba letakkan diri aku sebagai orang cina malaysia, pasti dan pasti aku pun akan sokong DAP yang terang2 memperjuangkan hak samarata. Dan kalau aku cina yang bijak sikit, mungkin aku akan join MCA atau GERAKAN, sebab orang melayu masih percaya tapi misi diorang masih sama (kata Ustaz Ridhuan Tee lol).
Jadi, ayat "Just because you are right, does not mean I'm wrong. You just haven't see life from my side" amatlah patut diamalkan bila kau berhadapan dengan orang yang tak sealiran dengan kau. Kau tak boleh menerakakan orang yang tak sependapat dengan kau kerna lo bukan Tuhan. (nada antagonis sinetron)
p/s: sebagai orang islam, lepas solat atau time sujud atau waktu2 mustajab doa yang kau boleh google, kau doalah taufik dan hidayah untuk seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam alaihiwassalam sampai akhir zaman. Islam bukan eksklusif tapi inklusif! (kata Firdaus Wong).
Tulisan Mat Luthfi tak pernah mengecewakan. Saya juga suka dengan illustrasi yang disertakan. Semoga ML terus menulis. Ajak sekali ibu anda menulis sama. Saya suka cerita Che Puih.
Aku suka buku ini sebab tak ramai orang yang boleh menjelaskan benda benda yang rumit dengan mudah, tapi Mat boleh - dengan santai dan kelakar pulak tu. Dan aku suka sangat lukisan lukisan di dalam buku ni, dia buat aku jadi makin tenggelam dengan esei esei Mat.
Buku peribadi ke-3 dari Matluthfi ini jelas tidak mengecewakan.
Boleh dilihat peningkatan dari segi kematangan beliau dalam menulis. Walaupun ada yang ringan namun lebih banyak isu yang berat, sesuai dengan peningkatan usia & ilmu beliau.
Berbanding dua buku pertama beliau yang lebih santai dan lebih 'straightforward', buku ini pula lebih banyak mengenengahkan isu yang membuatkan kita berterusan berfikir yang membuatkan ianya lebih seronok untuk dihayati. Buku yang baik bagi merangsang minda kita untuk berfikir dari konteks selain dari kebiasaan yang dilihat oleh mata kasar.
Semoga Matluthfi tetap dapat mengeluarkan buku lagi selepas ini. Selagi Malaysia ada bakat-bakat penulis muda sebegini, selagi itu kita boleh harapkan masa depan yang cerah bagi perkembangan ilmu di negara kita ☺
Tak seberat 25 filsuf. Falsafahnya masih kekal. Cuma divariasikan kepada campuran fiksyen dan catatan.
Bab kesukaan: 1. Che Puih ( tulisan ibu Matluthfi) Bagus tulisan mak dia. Menyentuh hati gitu. Sebab? Mungkin aku nak jadi a bit mcm mak dia. Eventhough I have no kid atm. LOL!
2. Lutut Lari. Sebab lawak. Dok bagi aku gelak tengah-tengah malam dengan lawak innocent macam tu.
Aku tak sebut bab-bab yang lain, tak bermaksud aku tak suka ya.
5 bintang sebab buku ni buat aku berfikir dan mengalami pelbagai perubahan emosi. luls.
Macam biasa, buku Mat tak pernah mengecewakan. Aku sangat lah suka dengan lawak lawak innocent dalam buku ni especially Lutut Lari. Tulisan Mat mudah untuk faham walaupun menulis tentang isu isu berat. Tapi ada juga yang aku kena baca dua tiga kali untuk fahamkan. LOL
Kerana mat lutfi punya otak yang luar biasa. Dan buku ini sumpah ohsem sangat kalau sambil layan dengar lagu. Banyak aku blur sampai kena repeat dua tiga kali. Tapi dia punya sampai menusuk hati
Alegori Rumah Api merupakan buku yang keempat ditulis oleh Matluthfi selepas Catatan Matluthfi, Momen-Momen Matluthfi dan Kisah 25 Filsuf Barat yang diterbitkan oleh penerbit yang sama seperti sebelumnya iaitu Puteh Press. Buku keempat sepertinya tidak lari dari corak penulisan dari bukunya yang pertama dan kedua, cumanya untuk kali ini tulisannya tampak lebih matang dan tidak lari daripada beberapa kritikan sosial yang sering kali dilontarkan. Alegori Rumah Api merupakan himpunan 39 buah tulisan pelbagai genre termasuklah tentang pengalaman hidupnya, isu-isu semasa tahun 2016, artikel yang membuka minda, dan sebagainya.
Untuk buku kali ini, selain daripada sudut kematangan Matluthfi dalam menulis, unsur humor masih dikekalkan dalam menyampaikan sesuatu perkara (sepertimana yang kita biasa lihat di media Youtube). Jika buku-buku sebelumnya ada memaparkan gambar ‘sebenar’ dan lukisan tokoh falsafah, untuk buku Alegori Rumah Api pula terkandung lukisan yang dilukis oleh isteri dan ibunya.
Dalam satu sesi resensi buku Alegori Rumah Api di Kota Buku, Matluthfi menjelaskan bahawa ‘alegori’ yang mahu disampaikan itu adalah sesuatu cerita tentang kebenaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, ‘alegori’ itu adalah sesuatu karya (cerita, puisi dan sebagainya) yang menggunakan watak, peristiwa dan lain-lain sebagai lambang untuk menerangkan sesuatu yang lebih mendalam. Jelas sekali, himpunan tulisan atau kisah yang terdapat di dalam buku ini bukanlah hanya satu penceritaan yang bersahaja tetapi penulis mahu pembaca mengambil makna di sebalik itu.
Antara tulisan yang menarik perhatian bagi aku sendiri adalah artikel berkenaan falasi logik. Falasi logik ini bermaksud kesalahan logik dalam berhujah yang menyebabkan taraf kesahihan sesuatu hujah itu menjadi lebih rendah atau terus terhapus. Terdapat beberapa jenis falasi yang dijelaskan di dalam artikel ini, antaranya ialah falasi orang-orang jerami, falasi hering merah, falasi ad hominem, falasi hitam putih, falasi autoriti, falasi pembuangan kategori, falasi falasi, falasi penembakan tepat, dan falasi melarikan tiang gol. Secara mudahnya adalah falasi ini sering kali berlaku ketika dalam berhujah tetapi hujah tersebut tidak berkait ataupun lari dari matlamat hujah tersebut.
Sebagai contoh, kita berbincang tentang kebaikan gula dalam kesihatan. Tetapi malangnya, pihak yang berhujah menggunakan alasan seseorang yang tidak solat Subuh tidak layak untuk berhujah atau berbincang tentang tajuk yang dikemukakan (tidak ada kaitan dengan soal peribadi). Situasi tersebut digelar sebagai falasi ad hominem. Contoh yang lain pula, kita berbincang tentang soal kesesuaian hudud dilaksanakan di Malaysia. Pihak penghujah menjelaskan bahawa isu rasuah lebih penting untuk dibanteras berbanding memikirkan pelaksanaan hudud. Ini jelas bertentangan dan lari daripada tajuk yang diperbincangkan. Situasi ini digelar sebagai falasi hering merah. Kita boleh lihat yang paling terdekat iaitu di media sosial facebook, begitu ramai yang cuba lari dari tajuk perbincangan yang dikemukakan sehinggakan ada yang menggunakan soal peribadi sebagai peluang untuk menjatuhkan seseorang. . Banyak lagi contoh falasi yang dihuraikan oleh penulis dengan begitu baik dan perkara ini sebenarnya bukanlah asing bagi kita.
Seperti biasa, penulis juga tidak terkecuali dalam melontarkan kritikan sosial pada masyarakat. Cerpen Kain Mahal yang baru-baru ini diadaptasikan ke dalam bentuk video (Youtube Matluthfi), penulis memaparkan bagaimana masyarakat melayu khususnya suka berlebih-lebih dalam sesuatu perkara. Ini digambarkan melalui sepasang kekasih yang mahu melangsungkan perkahwinan tetapi perkahwinan mereka melibatkan jumlah perbelanjaan yang tinggi. Kejadian ini berlaku disebabkan oleh permintaan keluarga yang mahu anak-anak mereka mengenakan pakaian pengantin yang mahal, kenduri kahwin mengalahkan anak raja, hantaran yang mahal dan sebagainya. Alasan yang digunakan adalah perkara ini akan berlaku sekali seumur hidup yang akhirnya menyebabkan anak-anak mereka perlu menggandakan usaha dalam mencari wang perbelanjaan yang banyak tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal berlaku.
Matluthfi juga sempat membincangkan isu ‘aktivis true’ dan ‘aktivis selebriti’ di sesi resensi buku, yang mana penulis menjelaskan bahawa aktivis itu tidak semestinya golongan selebriti untuk digelar aktivis. Individu yang datang dari kalangan ‘orang biasa’ juga layak untuk digelar aktivis. Keduanya menjalankan tugas sebagai aktivis, cuma yang membezakan adalah aktivis selebriti ini menggunakan penggaruhnya dalam melakukan kerja aktivisme bagi menarik minat orang awam khususnya untuk menyertainya (bukan tujuan untuk menunjuk). Yang menjadi kepada permasalahan adalah bilamana aktivis ini (tidak kira selebriti atau orang biasa) melakukan kerja aktivisme bukan atas matlamat untuk melakukan kebaikan.
Secara keseluruhannya, buku Alegori Rumah Api ini disampaikan secara santai dan mudah difahami, sepertimana kita biasa lihat Matluthfi di media Youtube atau tulisannya di Facebook, begitulah juga tulisannya di dalam buku ini.
Rating: 3 bintang untuk tulisan. 3.5 bintang untuk lukisan.
Ini buku keempat Mat dan aku cuma baru baca 2 buku Mat; Catatan Matluthfi dan Alegori Rumah Api. Variasi dalam penulisan Mat boleh dikatakan bagus. Cumanya, antara esei, catatan dan cerpen masih ada lopong.
Esei Mat terlalu menggunakan perkataan yang terlalu banyak dan kadangkala memeningkan. Cuma dalam buku ini, 4 esei menjadi kegemaran aku. Esei bertajuk Eksperimen Individu, Alat dan Nasib (yang telah diadaptasi menjadi video, boleh rujuk Youtube Mat), Ayat-Ayat Defensif dalam Persaingan Menurut Analisis Anna Freud, Sartre dan Nietzsche, Falasi Logik dan Interpretasi dan Hakikat Nombor 6 dan 9 merupakan esei yang sedap untuk dibaca.
Cerpen adalah kekuatan dalam penulisan Mat yang perlu dia sedar. Satira dan sinis menjadi satu gaya penulisan Mat. Humor diketengahkan di hujung sekali. Tapi, Humor Mat ini aku tak mahu samakan dengan Hadi M. Nor memandangkan aku tak baca lagi tulisannya. Antara cerpen yang sedap ialah Dakwah di Tengah Mosh Pit, Kem Jati Diri dan Leman Boleh.
Penulisan catatan Mat merupakan sesuatu yang menarik dari dulu lagi dan perlu diperbanyakkan lagi. Cumanya, dalam Alegori Rumah Api, tak ada yang menangkap hati aku.
Lukisan-lukisan di dalam buku ini adalah sesuatu yang membuatkan buku ini tidak kosong. Ada beberapa karya yang gaya warnanya seperti Aleksandra Waliszewska. Tapi, subjek yang dibawa oleh Mat, Isteri Mat dan Mak Mat tak sama seperti Aleksandra. Kalau lukisan-lukisan ini dijual, aku akan beli lukisan unicorn itu sudah semestinya.
Buku ini aku beli di booth Terfaktab ketika PBAKL lepas. Beli kerana nak cukupkan 3 buku dengan promosi RM50.
Alegori gua Plato ialah idea yang lahir daripada Plato berkenaan kebenaran dan hakikat pengetahuan. Ringkasnya, pengetahuan yang dimiliki oleh manusia terbatas dan hanyalah ilusi semata-mata (diwakili oleh bayang-bayang dalam alegori ini), melainkan setelah dirinya keluar daripada gua, barulah manusia mengetahui ada hakikat dan realiti yang berbeza.
Dalam buku ini, Mat Luthfi menghidangkan pembaca dengan alegori yang kurang-lebih sama. Namun, sekiranya Plato mentamsilkan keterbatasan dan ilusi pengetahuan melalui gua dan bayang-bayang, beliau menggunakan rumah api—rumah api dijadikan sebagai petunjuk dan tujuan akhir oleh para penumpang kapal terbang yang terselamat selepas terhempas di sebuah pula. Perpecahan yang wujud dalam kelompok penumpang ini, yang puncanya kerana mereka berbeza pendapat perihal jalan manakah yang paling benar menuju ke rumah api, diakhiri dengan ada juga kelompok yang tidak percaya kepada rumah api. Maka, kelompok yang terpecah kepada tiga ini diwakili oleh eksistensial, perrenial dan ortodoks. Menariknya, di akhir alegori ini, ada yang mengatakan bahawa mereka melihat rumah api. Persoalannya, adakah ia benar-benar wujud?
Tulisan-tulisan Mat Lutfhi yang lain ialah rakaman pengalaman serta pandangan beliau. Ada yang diolah untuk mencantikkan alur cerita dan barangkali ada yang benar-benar jujur. Singgungan berkenaan pendidikan dan kem jati diri, serta huraian berkenaan jenis falasi adalah antara yang menarik perhatian saya. Namun, secara keseluruhan, tiada perbezaan yang ketara antara buku ini dan Catatan Matluthfi. Gaya bahasanya yang bersahaja masih jua dikekalkan.
Definisi : (alégori) sesuatu karya (cerita, puisi dsb) yg menggunakan watak, peristiwa dll sbg lambang utk menerangkan (menyampaikan) sesuatu yg lebih mendalam: Mantiq al-Tair merupakan sebuah ~ yg dipilih utk dibicarakan sbg satu pengenalan kpd karya sufi; mengalegorikan mengubah sesuatu karya (cerita dsb) menjadi alegori, mengubah sesuatu dlm bentuk alegori. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
buku kedua dari matluthfi aku baca. orang kata santai tapi aku rasa lawak yang nak dia sampaikan, hambar sebab lepas aku baca, muncul perkataan MOTIF? apa maksud dia. maksud dia ada pada tajuk. cukup tak perlu baca isinya.
bab pertama pasal perpustakaan. aku mula2 tak faham cerita dia. dua tiga kali ulang baru faham. ada isinya berat. rasa macam baca thesis dessertation dia tulis. bahasa research atau ayat mat luthfi tulis sebenarnya seperti ditulis dalam bahasa inggeris kemudian didirect translate kepada bahasa melayu. tiada bunga-bunga bahasa. atau sebenarnya dia guna bahasa kedah. entah.
memang verbally mat memang bagus tapi aku rasa bila ia ditulis ia tidak sama. sebab itu ada orang bagus bercakap tak semestinya bagus menulis. ada orang pandai menulis tak semestinya bagus bercakap. memang ada boleh kedua-duanya sekali tapi tak semua kan?
atau mungkin aku bukan level matluthfi. sekurang-kurangnya apa yang ditulis sudah diterbitkan menjadi buku dibaca oleh orang ramai. aku tulis untuk tatapan diri sendiri.
kesimpulan: buku ini bukan sesedap "secawan teh saya". LOL.
Buku ini adalah himpunan tulisan2 Matluthfi yg tidak tetap pada satu genre atau topik sahaja. Pelbagai cerita dan penulisan yang dikarang olehnya , semuanya berbentuk santai. Ada penceritaan berkenaan pengalaman semasa kecil , penulisan tentang skop ilmu falsafah , penulisan berbaur sindiran masyarakat dan banyak berkait dengan kehidupan kita kini. Penulisan2 berikut mencerminkan luahan dan cara berfikir si penulis dalam kehidupannya selama ini.
Bagi saya , buku ini sangat enjoyable. Sesuai baca di mana2 sahaja. Kalau rasa nk hilang2 stress bekerja atau busy buat assignment U , boleh baca buku ni😂. Ada part buku ni lawak die on point, yg tu mmg buat saya tergelak2 seorang diri . Tapi ada juga yang lawaknya mungkin hambar (?) ataupun saya sendiri yang tak dapat tangkap mesej yang nk disampaikan oleh penulis. Atau mungkin ia tersirat. Mungkin.
Perlu juga diberi perhatian adalah persembahan naskhah ini. Lukisan , colouring dan grafik buku ini sangat2lah cantik. Antara sebab utama buku ini menjadi pilihan hati utk 'add to cart' di BBW bulan April yg lalu, adalah disebabkan cover bukunya menarik dan setiap mukasurat ade lukisan2 tangan yang cukup unik bagi saya. Satu persembahan yang baik dan 'eye-catching' kepada pembaca-pembaca buku.
Secara keseluruhannya, buku ini adalah bacaan umum yang santai dan ringan dibaca . Boleh juga saya katakan sebagai hiburan utk para pembaca di masa lapang .
Karya alegori rumah api ini tidaklah seberat karya 25 filsuf barat.
Artikel yang dimuatkan lebih kepada kisah kisah pendek yang berunsur perlian dan double meaning untuk sedia difahami pembaca. Tidak sukar untuk memahami makna setiap topik yang ditulis tetapi untuk aku, buku ini sederhana sahaja untuk dibaca.
Aku cuma meminati topik yang berada di bahagian akhir buku, topik falasi, yang menjelaskan beberapa jenis falasi beserta penerangannya. Selain daripada itu, cukup hanya bacaan santai yang buat kau terfikir dan tersenyum kecil kerana memahami maksud perlian yang ditulis mat.
Tiga bintang.
Expected more, tetapi okay okay aja. Recommended untuk mereka yang inginkan bacaan santai.
Buku yang intipatinya agak berat tetapi diterjemahkan di dalam bentuk penceritaan tentang kehidupan, politik, etc yang diselang selikan dengan lelucon yang memang boleh bikin kita tersenyum.
Ada beberapa puisi juga di dalam buku ini.
Den paling tertarik dengan pandangan penulis tentang apa kaitannya membentuk jati diri dengan pelaksanaan aktiviti yang kebudak-budakan yang entah apa-apa sebagaimana yang den kongsikan di gambar kedua.
Den ingat den sorang je rasa macam ni😅So macam mana nak elakkan diri daripada program team building ofis den tidak lama lagi yang memang akan dipenuhi dengan aktiviti sebegini😅
Aku sangat suka buku ini. Baik isinya mahupun ilustrasi di dalamnya. Banyak jugaklah cerita-cerita dalam ni yang buat aku berfikir. Cara Mat Luthfi hurai a bit pasal falsafah dengan cara yang simple dan bersahaja tu buat aku tertarik pulak nak dig deeper. Dan aku rasa, aku agak bersetuju dengan Mat tentang hal pembinaan jati diri tu.
Dah tak nak taip banyak. Kesimpulannya, buku ni bagus dan aku suka. Titik.
Satu lagi hasil penulisan Matluthfi yang wow. Memang kalau nak dibandingkan dengan buku first, buku kali ini Matluthfi tampil dengan sangat matang. Sarat dengan mesej, tertera atau tersembunyi, kisah kisah yang lawak and mencuit hati, dan benda benda ilmiah yang buat saya nak salut sangat dengan Matluthfi ni. Walaupun usia ny muda, mungkin Matluthfi sebenarnya lebih matang daripada most of di luar sana. Tahniah!!
What an interesting book to read, lagi-lagi penulis dia Mat Luthfi kan.
Boleh dak aku cakap buku ni sikit 'berat'? Memang watak Mat ni semua orang tau kelakar, tapi buku pun ALEGORI, jadi hangpa kena faham apa yang Mat cuba sampaikan. Ia bukan sekadar-sekadar je, ada tersurat ada tersirat.
Kalau hang nak baca buku hat melawak ja, ini bukan bukunya kot.
Apapun, ada pengetahuan baru/tambahan yang akan kita dapat dari membaca buku ni.
Penulisan dia santai je, sama dengan buku yang dulu. Ia semacam kau sedang baca artikel dekat blog ataupon hantaran dalam mukabuku. Bezanya cuma, ia dibukukan. . Tetapi dalam setiap coretan, ada banyak hikmah dan pengajaran. Membaca hari ini, mungkin kita akan melihat dari sudut pandang A. Tetapi setelah melayari hidup 5 tahun kehadapan, saya percaya bila membaca buku yang sama sudut pandang yang baru akan terbuka. . Tahniah ML atas buku ni.
Buku yang agak ringan, tidak seberat Kisah 25 Filsuf. Alegori Rumah Api memuatkan cerita-cerita pendek tulisan Matluthfi. Ada antaranya yang menjentik kotak pemikiran kita kerana tidak pernah lagi mempunyai idea serupa, ada juga yang perlu dibaca sekali lagi demi menangkap mesej yang ingin disampaikan penulis. Bacaan ringan yang baik.
Aku tak ada masalah dengan Matluthfi. Aku bagi 3 bintang bukan sebab tulisan dia tak bagus. Dia ada idea. Dia boleh elaborate idea. Which is bagus. Lukisan yang ala2 Picaso pun bagus dan related apa yang nak disampaikan. Cuma tulisannya easy to be forgotten. Tapi aku akan cari tulisan dia yang lain.
Dalam selit tawa, ada sinisnya. Setiap tulisan menunjukkan pengalaman serta buku-buku yang telah dibaca. Seperti yang sering diperkata, jika ingin menulis hendaklah membaca, membaca dan membaca lagi. Santa-santai dengan sedikit fakta untuk orang kita yang kurang membaca.
Mula-mula tu macam susah sikit nak faham. Nak kaitkan dengan falsafah-falsafah yang Mat pernah cerita kat buku 'Kisah 25 Filsuf Barat' pun lambat sikit baru boleh. Tapi menarik jugalah bila dah faham tu. Overall good allegory Mat!
Buku yang intipatinya berat namun cara penyampaian penulis yang ringkas dan kelakar pada sesetengah topik sangat menghiburkan dan membuka mata saya dalam berhadapan satu2 isu terutamanya berkaitan falasi. Bagi saya buku ini bagus untuk melawan kejahilan yang ada dalam masyarakat kita hari ni. ✨