Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mr. Grey

Rate this book
Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.

“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY

Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...

Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY

Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?

“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA

Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan...

941 pages, Paperback

First published January 1, 2017

288 people are currently reading
2733 people want to read

About the author

Syamnuriezmil

84 books537 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
423 (45%)
4 stars
235 (25%)
3 stars
138 (14%)
2 stars
79 (8%)
1 star
61 (6%)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 15, 2018
Kisah cinta Nisa dan Mr Grey memang penuh cabaran! berliku2!

permulaan cerita, saya akui memang teruja dengan olahan santai penulis dan plot yang pantas bergerak. namun, lama kelamaan terasa semakin hambar dengan dialog yang berulang2 dan pickup line yang lebih kurang je.. start jadi bosan masa Mr Grey dan Nisa nak bertunang tu.. sampai lah konflik perebutan syarikat tu datang balik.

rasanya, penulis memang nak novel ni diadaptasi sebab banyak adengan2 dalam drama ada dalam ni. n, sedikit sebanyak ada la persamaan dengan Awak Sangat Nakal dan Tuan Anas tu. perebutan syarikat harta je la konfliknya..

apa pun, still enjoy reading.
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
August 6, 2017
1. Tema novel ini adalah kelabu. So semuanya berasaskan kelabu. Tetapi pabila terlalu banyak penggunaan kelabu di situ, akhirnya ada dua kemungkinan; pembaca suka atau pembaca bosan. Dan ditakdirkan Yuni tergolong dalam kumpulan kedua.

2. Prolog yang menarik. Membuatkan Yuni tertarik untuk meneruskan pembacaan walaupun permulaannya terganggu dengan cover.

3. Penggunaan bahasa. Ayat kedua chapter pertama; "Bagai nak mampus hari-hari aku menunggu...." Bagi Yuni, ini adalah bahasa yang agar kasar untuk digunakan. Kosa kata penulis limited sangat ke? Perlu ke pilih perkataan yang hiperbola seperti itu? Okay, untuk orang lain mungkin ini isu remeh, tetapi bayangkan kalau yang membaca adalah pelajar sekolah dan mereka menggunakan bahasa seperti ini dalam menjawab exam, adakah kalian still kata itu isu remeh?

Bila mula sekali dah buatkan Yuni geram, I don't think I can give good review for this novel. Sorry, puan penulis. You are the one who make me like this!

4. Instead of choosing 'Mr Grey' as the title, why not put "My Kedah's Mr Grey"? Iye, Yuni faham majoriti watak dalam novel ini berasal dari Kedah. So loghat Kedah memanglah akan muncul. Sesuai dengan watak2 nya. Tetapi tak semua pembaca adalah dari Kedah. I'm not from Kedah. So adalah lebih baik sekiranya buat nota kaki or terangkan sedikit2 maksud kata2 yang disebut dalam novel ini. Kalau tak nak bazirkan muka surat untuk buat nota kaki, janganlah 'Kedah'kan Mr Grey! Nasib baik Yuni masih berasal dari Malaysia. Itu pun ada yang certain words, tak faham. Habis tu, apa nasib orang Singapura or Brunei or even Indonesia? Penerbit begitu bangga bila ada pembaca dari luar Malaysia baca, tetapi kalian 'hidangkan' something yang boleh 'putuska selera' pembaca luar Malaysia. Adil ke begitu? Why not put some note kat cover tu; 'Novel ini menggunakan loghat Kedah yang overdose. Membaca adalah pilihan pembaca'. Takdelah Yuni rasa seperti tertipu di sini.

5. Kindly inform me if I'm wrong tetapi ada ke company yang berani mengambil risiko apabila PA kepada PA handle urusan CEO? Apa guna secretary kepada CEO walaupun PA cuti 2 minggu? Secretary lagi lama bekerja. Logik ke pekerja tak sampai dua minggu dah di bawa outstation atas urusan kerja sedangkan skop tugasan adalah PA kepada PA? Logik ke tak sampai dua minggu kerja, sudah diberikan bond untuk sambung belajar? Logik ke baru sehari kerja sudah diberi handphone atas alasan company punya principal activity berkaitan telekomunikasi? I don't care she passes her STPM with flying colour, but fresh graduate don't have such experience. Be realistic even if you write such fantastic story, dear author! Even Ana pun still ada pengalaman bekerja sebelum bekerja di SIP. So di sini, Mr Christian Grey lebih realistic berbanding Kedah's Mr Grey.

Overall, Yuni berasa kecewa sangat. Yuni baru keluar gua selepas hibernate tak membaca dalam dua bulan. Keluar2 je tersalah pilih bahan bacaan. Bukan buatkan Yuni seronok. Makin geram tu adalah.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
June 17, 2017
Terhibur. Berapa kali gelak. Tapi sedikit bosan kerana meleret-leret di pertengahan cerita.
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
October 16, 2017
Akhirnya selesai juga baca buku ni sebab tebalnya ya ampun sampai 941 pages. Bila buku tebal, saya rasa kualiti buku sedikit sebanyak akan terjejas sebab banyak dialog merapu yang keluar untuk memanjangkan cerita. Selain tu, buku ni tebal sebab cara penulis tu menulis.
Contoh macam dalam page 12:

Tapi...
Bila aku keluar...
Lelaki tu dah tak ada.
Yang aku dengar...
Bunyi kereta dia saja yang berdesup pergi.

Apa salahnya tulis dalam satu ayat dalam perenggan yang sama kan. Lagi mudah dibaca. Mungkin penulis mahu highlight ayat dan part tu tapi kalau selalu sangat tulis begitu pun macam tak best juga.

Lepas tu saya selalu confuse dan terpaksa membaca dari atas sebab tidak pasti dialog itu dari siapa. Kalau dialog selang seli atau watak itu membahasakan diri dengan nama, itu ok. Tapi kalau dia membahasakan diri dengan saya dan hang, itu kena baca betul-betul sebab penulis tak pernah memberitahu siapa yang sedang bercakap. So, pembaca yang slow macam saya ni terpaksalah kena pandai teka siapa yang sedang bercakap.

Bagi saya, watak Nisa dan Mr. Grey okey. Tapi hubungan mereka sebagai PA kepada PA dan boss tu macam tak berapa realistik. Memanglah Nisa berani dan pandai tapi dia baru sangat masih mentah dan tiada pengalaman. Dengan big company lagi tu. So, tak dapat relate.

Tapi saya suka dengan tema persahabatan yang diketengahkan dalam cerita ni. Semua sweet dan sporting.
Last but not least, pungkoq dan hingaq dalam bahasa Melayu tu apa ya?
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
April 24, 2020
[51-2020]

#MrGrey #Syamnuriezmil #StayAtHome

Baru berpeluang membaca naskah ini walaupun telah diadaptasi lama. Macam biasa, Syamnuriezmil dan genre romantik komedi bagi saya memang tak dapat dipisahkan. Kisah hero dan heroin yang manis ditambah lagi dengan gelagat watak sampingan menjadikan novel Mr. Grey ini senang untuk dihadam.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
October 23, 2017
nisa ardina ke kuala lumpur dengan satu tujuan murni, mencari pekerjaan dan seterusnya mahu menyambung pelajaran. tinggal bersama jannah, sepupu merangkap sahabat baiknya dari kecil. yang tak berapa bestnya jannah ada buat part time sebagai escort girl selain menjadi model muslimah. nisa sudah menasihatkannya untuk berubah dan atas diri jannah sajalah jika mahu berubah. hari pertama bekerja, nisa terperanjat bila ada lelaki di dalam rumahnya dan perasaan terkejutnya makin bertambah bila tahu lelaki itu dalah mr. grey, bos ditempatnya melapor diri. dan dari situ dia tahu keadaan sebenar yang berlaku pada jannah..

penyampaian berkesan puan penulis memang tidak boleh disangkal. keterujaan untuk terus membaca sentiasa meluap seiring dengan percambahan cerita dan perkembangan olahan idea puan penulis. semuanya seperti berlaku depan mata sendiri, seperti kita adalah antara watak dalam novelnya. tak kisahla nak pegang watak yang mana satu. nisa dari sehari ke sehari baik dengan mr. grey dan kak ain sendiri perasan akak perubahan itu. kak ain ni PA di syarikat itu dan nisa adalah pembantunya.

saingan dalam syarikat. mr grey dan mr red. ada saja yang tak kena. terutama mr red, seringkali mahu membusukkan nama mr grey termasuk staf sekali. kalau tidak masakan sanggup nak fitnah kak ain songlap rm50K duit syarikat. nasib baik nisa nampak orang yang meletakkan duit di tempat kak ain. seronok baca rentetan kisah syarikat ni. tak kisahlah nak kata cerita orang kaya projek juta-juta sekali pun bila olahan mantap dan menyengat.

mr grey rupanya ada hati dengan nisa. padanlah sentiasa mahu nisa ada. suka pulak tu melayan mulut becok si nisa. pendekkan kisah, ada konspirasi yang buatkan nisa dan mr grey ditangkap khalwat. mujur saja ada jannah di dalam rumah sewaktu itu. jannah pula dikaitkan sekali dengan nisa buatkan nisa juga dipecat kerja. kemuncaknya, mr grey yang sudah dipilih sebulat suara untuk menerajui puncak angkasa step down dan memilih untuk berkahwin dengan nisa. berpindah ke kampung nisa. ada saja perancangan untuk mereka berdua. oppss.. mr. grey ni doktor tau, jadinya salah satu perancangannya buka klinik selain menguruskan tanaman herba dengan bantuan ilham, abang ham yang cintanya tak berbalas terhadap nisa. dah nisa terima mr grey kan, abang ham ni dapat pandang sajalah sambil menjeruk hati yang kecewa. tapi yelah, bila orang dicintai bahagia dia lega.

huiisshhh…. kalau nak diceritakan panjang lagi kisahnya nih. tapi susunan puan penulis kali ni rasanya lebih kemas dan mantap. lawak sentiasa ada. kisah cinta yang tak berapa sangat konflik cantik saja susunannya. loghat utara pun senang pembaca nak faham, siap boleh bayangkan setiap kali watak bercakap. tak boleh blah jugak bila john, kambing si nisa dimandikan dengan soflan oleh mr grey. baik tul ko kambing…

serius, sebuah kisah kekeluargaan yang sangat menarik. apa-apa pun dalam dunia ni, mak yang kita patut dulukan. walaupun mak tu tak berapa nak baik. pelajaran juga amat penting selain pengalaman. bila dah dapat tanggungjawab dalam bekerja janganlah diperlekeh dan dipersiakan. buatlah sehabis baik dan jauhkan sikap mahu menyeleweng dan tidak jujur dalam membuat kerja. dalam rumahtangga pula, setia paling utama tapi bukan membabi buta. jujur gandingannya. jangan pula suka berprasangka, siasat dan cari kebenarannya. siapa suka warna kelabu? adakah betul anda misteri orangnya?..
Profile Image for Azwa Azli.
17 reviews3 followers
May 9, 2017
First time bc buku syamnuriezmil n ak rs lamanya nk abes buku ni.bg ak ctenya agk slow bbanding buku syamnuriezmil sblm ni. Msh mngekalkan unsur komedi romantik (akk syam mmg terer buat lawak😆) -ni yg mbuatkan ak bertahan utk trus bc smpai abes. Walau camanapon,sy akn ttp sokong karya syamnuriezmil n still rasa cte Isteri Untuk Disewa adalah karya terbaik syamnuriezmil-walopon tebal sy dah bc ulang2 kali😉 keep it up!✌🏻
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
June 9, 2017
PBAKL2017 #44

4.5*

Macam biasalah karya2 kak syam tak pernah mengecewakan (kecuali STC mmg tak ngam langsung dengan jiwa sy). Kali ni tebai nak mampuih buku MG ni. Seronok baca pasal kak syam mmg pandai buat lawak dlm novel. Nisa yg kuat menjawab mulut hingaq tak ingat duniyaa dengan Mr. Grey yg penuh rahsia tapi suka sakat Nisa. Bila dah bergabung meletup novel ni dibuatnya. Suka dengan keseluruhan cerita. Cuma yg part ending ja kurang sebab macam tak puas hati part Tok Grey dengan Mr Red kena tangkap tu. Macam senang sangat. Kesian pulak Ilham yg kena tembak dengan Mr Red. Baru ja nak tau Ilham berjodoh dengan sapa.
Profile Image for Mslvoe.
2,037 reviews196 followers
February 11, 2021
Finally. Habis jugak.

Struggle nak habiskan buku ini. Syamnuriezmil is one of my favourite author. But sorry this one not up to my expectation.

Beginning memang superb leka baca but after engaged.. alaaaa alamak terasa lemau diri ini nak continue baca.

Betullah readers lain kata.. meleret². Baru tahu Mr. Grey dah diadaptasi ke drama. Hero pun gelap kelabu ya. 😁

Sorry-lah ya.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
June 2, 2017
Finally, tamat jugak penggembaraan kisah Mr. Grey & Nisa. Karya Syamnuriezmil mmg tak pernah mengecewakan. Kali ni memang kak syam all out kasi tebal lebih dari IUD nampaknya. Suka dengan jalan ceritanya. Bikin orang gerak tu sentiasa, ada unsur suspen, part touching pun ada sikit, part sakit hati nak2 dengan Mummy Grey, Tok Grey & Mr.Red tu pun ada. Tapi jangan bimbang, Nisa bukan orang murahan. Sekali dia cakap setia, mmg dia akan sentiasa walaupun ape pun dugaan melanda.

Ku rasa dlm banyak2 watak novel ni, opkoslah watak Mr. Grey jadi kegilaan. Maaflah Noah Ryzal, ranking awak jatuh no.2 dlm hati saya. Hehehe... Suka karakter dia yang tegas, sengal gak kadang2 (nak2 part mandikan John dgn softlan), penyayang ofcos, tahu setiap apa yang dia buat, mmg sejenis yang kerja kuat-tak terbayang dia handle kerja2 dia & kerenah Nisa yang sengal2 ubi gak tu. Sangat penyabar. Owh, ade lagi ke laki mcm ni wujud kat dunia. Kalau ada, harap berjodoh. Hahaha

Suka gak dekat Nisa Ardina. Kalau tak masuk kategori kental bukan heroin kak syamlah jawabnya. Ketegaq & kuat semangat. Part yang Mr. Grey hilang sekejap tu mmg mencabar kesabaran sikit ku baca. Sedih pun ada. Nasib Nisa ramai yang jaga. Dan tak termakan dgn mana2 hasutan org. Giler ah nak jadi isteri Mr. Grey ni bukan calang. Banyak benda Nisa kena lalui. Salute kat Nisa.

Overall, puas hati baca tebal2 cenggini. Banyak ilmu & pengajaran. Kali ni ku perasan 1 benda, kak syam tak letak quote dekat ending ler. Biasalah tiap2 novel ada. Tapi ayat kat depan quote kat depan novel tu I like: ' Setia itu mahal yang tak mampu di pertahankan oleh orang murahan.' Daebak kak syam! Goodluck utk novel seterusnya.
Profile Image for Limaukasturi.
54 reviews1 follower
December 28, 2017
Never regret anything in life. If it’s good, it’s wonderful. But if it’s bad, it’s experience!
4 reviews
May 10, 2017
Mr.Grey ni saya ambil masa 2 hari nak habiskan. Saya tak nak baca terburu-buru sebab nk fefeeling lebih. Cewahh!

Dalam Mr.Grey macam-macam perasaan ada. Cukuplah ketawa, meleleh air mata, terkejutnya ape lagi..

Paling terkejut pasal MIRA & Tok Grey. Then pengorbanan Grey dalam ni banyak. Dapat bini plak cerdik mcm Nisa memg ngammmmm! Dorang punye persepakatan tu kadang lucu btol lahaiii.. Otak geliga!

Mr.Red boleh pergi mereput dengan si Nazri tiada guna sama hantuk kepala dengan Muhaimin tu..
Tak lupeeeeeeeeeeeeeeeee abg Ilham.. sobss.. sobss....

Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
May 8, 2017
Ada part yang ok ada yang tak. Kadang-kadang ada rasa cerita ni sedikit meleret. Nama watak utama Malique Gregory yang agak annoying. Suka part kambing dengan sabun Softlan tu!

Masih lagi mengangkap Isteri Untuk Disewa, Tuan Anas Mikael dan Perempuan Paling Bahagia sebagai karya terbaik Syamnuriezmil.
Profile Image for Nurul Hafidzah Rosli.
10 reviews
July 6, 2017
Antara beberapa buku novel cinta Melayu yang dibaca. Mula-mula pilih sebab tajuknya, Mr Grey. Bila dah mula baca, susah nak berhenti. Gaya bahasa yang sempoi dan kelakar. Lepas ni nak mula hunting buku dari Cik Syam. Overall. Great book!
Profile Image for Lexicon Aficionado.
98 reviews4 followers
April 28, 2018
Hai Cik Syamnuriezmil, baru saya puji buku tipis pun boleh ceritakan semuanya, jelma pula buku yang mengalahkan textbook ni! Memang best lah cerita ni tapi awat tebal sangat?! Lama kut nak habiskan buku ni, walaupun tak boleh nak stop. Cik Syamnuriezmil memang seorang penulis yang serba berkebolehan. Cerita-ceritanya tak akan menghampakan. Her characters are always of stellar quality tapi rasanya Mr Grey is the dream of all of her characters. Goodness, what a guy! Rasanya sinopsis kat belakang buku tu cukup tak adil to Mr Grey. That's not what happened at all! Well-matched dengan Nisa. Sama-sama sengal yet sensible and solid. Pada keseluruhannya, satu cerita yang cukup menarik, penuh dengan adegan yang akan membuat pembaca senyum sampai rumah jiran sebelah, jadi berwaspada jika baca in public, lah ya. Cuma saya tak berapa berkenan dengan pengorbanan di akhir cerita. Talk about the greatest of sacrifices. RIP brother!
Profile Image for Helmi Amir.
13 reviews3 followers
May 18, 2017
Memang wajib beli kalau Syamnuriezmil yang tulis. Kelakar gila part daun belalai gajah & Nisa cakap "tak baik saya cakap pasal telur dia tu." (pg 69) 😂.
Nisa ni memang otak geliga betui noh (walaupun Nisa tu sebenarnya Syamnuriezmil jugak). Tapi rasa tak puas dengan hukuman Tok Grey & Mr. Red. Patutnya diorang kena tibai kaw kaw. Tak pasal-pasal Ilham yang mati. Betul apa yang Nisa cakap kat page 921 tu. Salah Tok Grey & Mr. Red, Ilham jadi mangsa. Kesian. Al-fatihah untuk Ilham.

P/s:
Hoping that this novel tak akan adaptasi ke drama.
Profile Image for Liya71.
111 reviews13 followers
May 2, 2018
Lama juga nak habiskan novel kali ni. Jalan cerita ada ups and downs. Nisa ardina ni dah expect dah watak dia, cuma yg x expect watak mr grey. Sekejap dia mcm serius, tapi bila dah kawin dgn Nisa jadi mcm tak serius pulak. Suka melawak dgn Nisa.
Jalan cerita memang best ada watak antagonis, ada keluarga tiri jahat dan tamak... Lastly mesti happy ending memandangkan beratnya buku ni bila nak baca sambil baring... Akak cadangkan whynot buat novel paperback biar ringan sikit nak baca santai2
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
September 18, 2021
Bila tengok rating low sangat rasa malas nak baca tapi sebab kepala serabut sangat minggu lepas, kita baca la. Ok aku terhibur dengan nisa & mr grey ni, couple ni ada vibes izak & dian. Jenis yang bukan sweet lovey dovey tahap cheesy.

Dua kata-kata ni paling aku suka kat dalam novel ni:

"Kalau diri sendiri yang tak kuat untuk melawan kehendak orang lain, jangan salahkan orang lain! Salahkan diri sendiri dulu!"

"IM THE BOSS OF MY LIFE "
Profile Image for Audrey Widjaja.
176 reviews9 followers
August 30, 2017
AAaaa..... Mr Grey tuuu... best lah... baru ni i found hero sejati. Kecerdikan dan watak best sangat. Advance berbanding musuh2 tu. Reliable and almost perfecto.... lepas berkahwin ada sikit berkurang seronoknya....tapi bila Liq menghilang...masa dia jangkakan semua, saham, adu psiko tu benar2 berdebar debar.... sayang Ilham meninggal. tapi overall baguslah
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
May 4, 2018
Saya suka cerita ni.. gelak-gelak je baca dengan loghat utara.. tapi dah nak hujung-hujung tu ada sedih sikit bila something terjadi kat ilham.. nak tahu apa yang berlaku, kenalah baca.. takut bagi spoiler pulak.. overall memang best! minimal typo walaupun muka surat sampai 900++.. tahniah dan terima kasih acik sebab tulis cerita ni
26 reviews
December 30, 2018
I like Grey
Because Grey is mysterious
Gentlemen in his own serious way
Punya berliku jalan cinta, cerita pun bnyk pusing..hahahah
Ada saham..ada red..ada songlap duit..
Mama x sayang anak
Ada kawan tp mesra

Masa baca ni,mr grey dah jadi series, tp x tgk.. sbb saya jenis lebih prefer baca dr tengok tv
Nisa N Grey, it starts small then become big..
Bigger than life..hahaha
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
May 10, 2018
maybe aku dah spoilerkan diri dengan menonton lakonan Fendy Bakry. hope he's well now.

i like kesantaian cuma tooooo draggy at certain extend but yg buat aku baca coz jahat nyer keluarga Grey. kenapa tak baik macam grey.. Nisa ni aci cute.. ok 10 hari .. lama gak for 900 pages
Profile Image for khalida rashid.
28 reviews
August 6, 2017
saja baca lambat lambat sebab citer ni best sangat. tak bole move on bila dah abis baca . haha
Profile Image for Eta My.
79 reviews
January 7, 2018
Membaca dlm keadaan demam..still boleh layan lagi...apa pun not so bad
33 reviews1 follower
February 6, 2018
Best cuma ada rasa meleret skit ceritanya
Profile Image for Zabariah Iberahim.
1 review10 followers
April 12, 2018
Mula2 baca sampai nk terikut ckp loghat utara, wlaupn sy bukan org utara... bila part dia tunang hingga kahwin tu da meleret sikit, tp terhibur la... apepun best
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
April 23, 2018
Habis baca novel ni rasa mcm dh terror cakap kedah dah 😂
Displaying 1 - 30 of 48 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.