Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Semutar dua keluarga mencari, namun dua sejoli itu bagai hilang ditelan kabus. Che Embun sudah hilang daya, mahu terguling. Hajah Jawaher pula terduduk, pening kepala. Kata Haji Manaf dan Che Azhan, gantikan saja dengan pasangan lain. Nak buat macam mana, kad jemputan sudah diedar. What? Kahwin??
Dengan abang si Iqram, bakal adik ipar yang tiba-tiba halimunan. Dengan Harris, si ngok ngek perasan muka macam hensem sangat. (Memang dia hensem, tapi mulut macam longkang! Berlagak! Ptuiii!!!)
What the hell? Dengan Azreen, cikgu tadika tu? Please… Abah ni nak bunuh aku ke? Mana aku nak letak muka? Tak ada class langsung. Aku nak kawin dengan Zaza tapi mereka yang kasi (sebenarnya Zaza yang tak mau lagi. Adehhh). Hoooohhhh, takkkan. Tak mungkin terjadi!
Kalau dah berkat doa orang tua, masin mulut katakan. Jadi tetap jadi. Sudahnya Harris yang bersalam dengan tok kadi, Azreen yang jadi isterinya. Selamat dah kenduri tu. Zaza? Bagai mahu gila, namun kerana tugasan di luar negara, tak mampu nak menghalang. Tunggulah dia pulang ke Malaysia nanti, dia akan ajar Azreen cukup-cukup. Berani dia rampas Harris!
Pengembaraan mereka mencari Izyan dan Iqram bersama rupa-rupanya mengikat emosi. Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Hatinya melekap pada Harris bak magnet. Dia tahu, dia perasan Si Rain, Rain Go Away mula berubah. Dia cuba tolak, halau jauh-jauh.
Zaza, kekasih hatinya, dia hanya cintakan Zaza, mahukan Zaza. Buat apa terus bersama dengan cikgu tadika yang serba kolot. Jumpa saja malaun berdua tu nanti, dia akan lepaskan Azreen. Abah dan ummi nak marah? Marahlah, dia terima.
“Dah ada masjid yang serba sempurna, kenapa mahu runtuhkan?”
Kereta rosak. Jumpa hantu (kot). Jumpa Inspektor Hasani dan Inspektor Khairul… Ehhh? Ni cerita Polis Evo tu ke? Bermalam di tepi jalan. Disamun mat rempit. Sesat dalam hutan, jumpa nenek kebayan. Betul ke semua ni? Harris bingung, kenapa bila di hujung perjalanan, dia tidak mampu memilih tangan mana yang mahu terus dipegang.
Kerana adik beradik masing2 yg buat onar, kakak dan abang naik pelamin. Setelah itu bermula lah kisah mencari jejak si adik. Bagaimana nak lindungi diri dari jatuh cinta sedangkan setiap masa bersama.
Dalam pada hati yg memekar buat suami yg berbelah bagi antara kekasih dan isteri, dia tidak pernah lupa bahawa ikatan itu hanya sementara kerana setiap masa diperingatkan oleh sang suami bahawasanya ikatan mereka akan terlerai sebaik sahaja adik mereka di ketemui. Setelah bertemu di pujuk pula kerana ibunya sedang sakit. Sampai bila Azreen boleh bertahan? Akhirnya terlafaz juga permintaan perpisahan dari Azreen. Tapi kenapa dia bingung dan berat melepaskan?
Tak cinta tapi cemburu. Tak sayang tapi sentiasa cuba melindungi Azreen atas dasar tanggungjawab. Mulut kata takkan sakiti hati Azreen berkenaan Zaza namun sentiasa ingatkan perkataan berpisah. Mulut kata akan jaga hati Azreen tapi depan2 bersayang2 miss u, love u dgn kekasih dan berdating.
Menganalisa perasaan Haris terhadap :
ZAZA • Tidak di sukai keluarga dan adik beradik Haris. • Tak pernah cemburu akan Zaza bersama lelaki lain berbanding Azreen. • Sentiasa at Zaza's beck and call setiap masa. • Bila bertekak memanjakan Zaza dgn wang ringgit dan kebendaan. Sentiasa beralah. • Tak boleh makan sebarangan. Tak dibenarkan oleh Zaza bila bersama dan senantiasa harus menjaga apa yg di makan. • Kesimpulannya, dia bangga bila bersama Zaza kerana dia seorang model in demand and jelita. So in a way I view this as a trophy girlfriend instead of love.
AZREEN • Di sayangi semua yg mengenali dirinya. • Berbeza pula keadaannya bila bersama Azreen. • Isteri yg taat walaupun tiada cinta buat isterinya. • Sholatnya di pelihara. • Sentiasa menginginkan layanan dari isteri kerana dia tahu Azreen tidak akan membantah. • Sentiasa sejuk di pandangan mata. Tidak kurang ayunya. • Amat suka masakan isterinya. • Sentiasa ceria dan boleh bergurau senda. • Nak berkepit setiap masa. • Bila isteri hilang beberapa hari, jadi serba tak kena.
Haris ni kerek juga orangnya. Boleh juga dikatakan musibah yg melanda mereka juga kerana Haris yg berlagak. Bukan dia tak baik. Setia orangnya tapi kurang bertanggungjawab terhadap isteri. Itu lah dah kahwin dgn org yg dia tak kenal dan cinta bagaimana hati mahu beralih, bukan? Ada satu paragraph tu mmg sakit hati betul dgn Haris seolah semua kesalahan Azreen punya angkara sedangkan Azreen hanya mangsa keadaan. Whatever it is saya suka dua budak kecil ni Anum dgn sahabatnya yg satu lagi lupa pulak namanya. Macam mak nenek. Ceria betul ada budak begini tapi boleh juga buat kita tersentap atau terkedu. 😂😂
Aku suka. Kisahnya padat. Terutamanya antara Cik Naga dan Si Ngok Ngek. Adventure sangat trip ke Terengganu. Masa jumpa dengan Tuk Chik aku ingatkan nenek kebayan mana la pula muncul atau dah masuk alam bunian. Rupanya sungguh Tuk Chik betul-betul orang. Si Ngok Ngek ni kadang-kadang buat aku geram. Masih lagi nak kan Zaza. Bagi lagi janji-janji kosong dekat Zaza. Selamba je memadu asmara depan Reen. Patutnya Reen pon kena pasang satu baru fair kan... Tengok lah cemburu macam apa je bila Naqib mengorat.
Izyan pulak ikutkan sangat emosi. Hilangkan diri. Telefon cakap minta maaf sambil nangis-nangis tapi tak jugak muncul depan pintu rumah. Bertuah la ada atuk dengan nenek dekat kampung. Boleh jugak tolong bagi nasihat dekat cucu. Terhibur sungguh dengan kisah ini. Tambah pulak si cilik Anum dan Nadrah yang petah. Cik Murai dan Abang Hensem.
Cerita dia menghiburkan... Lain sungguh plot dia... Kisah hantu pun masuk.. Mmg unik.. Ramai bagi rating bagus..so u know hows the book.
Ada benda yang mungkin x dapat saya terima :- 1. Adik yg ikut kepala sendiri, yg membuatkan kakak dia kena kawen untuk jaga maruah keluarga, yg paling buat shida geram is bila dia balik, mcm x de rasa bersalah, x de kena marah, and the kakak x betul2 debik dia.. Hello , akk ko bakal diceraikan.. And bakal dapat title janda.. 2. Perasaan isteri yg langsung x diamik kira, semua salahkan si reen kalau ternaik suara, lari..tp tau ke perasaan reen tu mcmana.. 3. Perangai si hero yg mcm mintak penampar, ko asyik ckp nk kawen ngn zaza, and playing with reen hearts, mcm reen tu x de perasaaan..ko dah knp?
Yeap, syurga isteri di bawah kaki suami, x ptt melawan, tinggi suara.. Tapi isteri tu x de perasaan ke bila dia sakit hati, x patut ke dia merajuk. Perlu ke org lain asyik dok ingatkan supaya isteri kena taat, walhal si suami dok berpoya poya kat belakang, dating , cakap yg dia kan ceraikan si isteri sebab nak bersama dengan kekasih dia..😑😑
Overall its enjoyable... Its just how the hero act, makes me annoyed.. Also about the heroin being too redha.. Also pasal atok nenek heroin yg marahkan reen sbb dia lari.. Hello reen tu merajuk, sedih kot tgk suami dengan perempuan lain.. Whats her supposed to feel... Beria ckp tok pun perempuan, tp x de marah si hero tu cukup2..reen yg kena... 😣😣😣😣
Dah lama beli buku ini.. Baru ada kesempatan nak baca. Ini buku pertama Maya Adira yg saya baca. Boleh tahan cerita ini.. Walaupun cerita kahwin paksa dah biasa di baca dan boleh agak pengakhirannya.. Tetapi gaya bahasa dan kelakar romentik dalam cerita ini membuatkan saya terus teruja nak membaca. Reen wanita yg bertudung tapi bila bersuara sangat pedas semburannya.. Har pula.. Boleh tahan sengalnya.. Mula2 bergaduh lepas tu jatuh cinta.. Sayang menyayang.. Har konon2 setia sgt pada si kekasih hati Zaza tetapi tewas bila dah terjatuh cinta pada isterinya Reen.. Padan muka Zaza.. Har ajak kahwin jual mahal.. Bila Har dah kahwin sibuk mencari dan buat hal.. Reen pula dalam mulut berbisa tapi ada juga bodohnya baik tak kena gaya.. Redho je suami bersama kekasih hati.. Lepas tu merajuk.. Jujur saya suka jalan cerita ini.. Adegan manja selepas kahwin dan dah halal tu lebih indah. Lepas ni boleh cari novel Maya Adira lagi..
Sebab novel ni sangat menghiburkan saya bagi 5*.Tak ada apa nak complain. Penulisan smooth dan teratur. Plot citer yang kelakar. Hero dan heroin punya karakter pun best dan tak over. Memang enjoy dan senyum sorang2 baca novel ni.
5* untuk novel yang saya rasa saya boleh ulang baca 2-3 kali tanpa jemu 😊
Semua perasaan ada dalam cerita ni.Dari kelakar,sakit hati,sedih dan gembira. I suka jalan ceritanya yg tak membebankan tetapi padat dari satu bab ke satu bab.
Pengembaraan Cik Reen & En Ngok Ngek ni memang macam-macam. Sangat mengujakan!! Ada insiden kena kacau di lebuh raya, jumpa Inspektor Khai & Sani, kena samun, jumpa nenek kebayan a.k.a Tuk Chik.. tapi perjalanan itu merapatkan lagi pasangan ini. Harris-Azreen: Berkahwin tanpa cinta, kerana mahu menyelamatkan maruah keluarga. Tapi berkat ikatan perkahwinan itu, Harris meleraikan hubungan cintanya dengan Zaza dan terus setia dengan Azreen. Geram dengan sikap keanak-anakan Izyan-Iqram, namun kalau dah jodoh, bersatu juga mereka. Ayat-ayat sarkastik Harris-Azreen membuatkan saya asyik ketawa membaca naskah ini.
I luv this story!! Kerana adik beradik buat hal, lari time nak dekat wedding, kakak bride & abg groom terpaksa picked up the pieces and berkahwin. Abg si groom, Har ni dah ade matair yg sangat menyampahkan.. Har & Reen berkahwin tapi berjanji akan bercerai wen adik2 dorang yg hilang time nak dekat kawin. I luv watak si Reen ni.. Garang tapi penuh ngan sifat kasih sayang & manja sebenarnye. Dlm misadventures nye nak pi cari adik2 dorang, mcm2 yg dilalui Har & Reen ni.. crite ni mencuit ati wif all the dialogs mostly from Reen yg sgt sempoi.. Part kawan Har tanye dia nak pi mane ngan telekung, sia bole selamba jawab nak pi mekah.. Tapi dlm garang & sempoi si Reen ni, dia dah fell in luv ngan Har. Part ni sedih jugak lah bcos dia tau Har akan go back to his gf tu. I tarik balik satu star bcos 1.) meluat jugak ngan watak Har ni.. Reen ni dah almost perfect and evryone around his can see dat tapi dia aje yg buta ngan cintanye towards his gf. 2.) Meluat ngan watak adik Reen yg sgt tak mature. Dah buat hal, then biarkan kakak dia tercari2 ke hulu ke hilir.. kalao adik aku, mmg aku jotos kan kepala.
Best.. Siap aku buat OST kat Spotify lagu untuk kisah HarReen nie. Cemburu, cemas, keliru dan paling utama mencari makna sebenarnya cinta HarReen.. Suka bila part kena ganti pengantin then the road trip ngan polis evo, hantu, Tok Chik.. Then nenek Kat Ganu... Pulau kapas moment.. Semua best.. Every words counts for this Chic Flick novel. Gaya bahasa santai dan rata rata puas hati dengan conflict, jokes and lovely moment when everything is sweet. Zaza no.. You are just like a doormat.. Bingit baca pasal dia. Bila Segalanya semakin jelas.. Itu yg paling best.. OK bawah tu list OST yg aku buat dan dengar sepanjang aku baca novel ni. Actually ada banyak lagi tapi ni yg hardcore berkali kali ulang kat Spotify account aku.
OST HarReen Misadventures 1. Kau Merubah Segalanya - Fauziah Latiff 2. Broken - Seether feat. Amy Lee 3. You make me wanna - Usher 4. Sempurna Terbaik - Lah Ahmad 5. Rintihan Rindu - Wany Hasrita 6. Dia - Dayang Nurfaizah 9. Dambaan Cinta - Didi Cazli 10. Everybody knows - Sigrid 11. Diammu gunung berapi - Exist
Lol berangan kan aku nie.. Tapi terus terang.. I wanna get this copy a s a p! Part Remy Ishak pun cute..
Akhirnya aku dapat habiskan novel ini dalam masa seminggu lebih. Pada mulanya aku baca aku macam ‘blur’. Tak tahu nak menghadamkan dialog sape. Aku kena baca banyak kali nak fahamkan.
Tapi bila dah masuk bahagian Harris dan Azreen yang terpaksa kahwin demi menyelamatkan maruah keluarga aku dah boleh menggayakan bacaan aku. Sudah tak blur.
Novel ini agak klise. Kahwin paksa. Tapi paksa dia tu tak tahap yang mak ayah memang paksa beria. Kalau kahwin paksa ni memang dah boleh jangka hero heroin mula-mula benci tahap tak boleh blah. Tapi dalam novel ini walaupun Harris dan Azreen kahwin paksa dan tiada cinta antara mereka tapi Harris tetap menjaga kebajikan Azreen sebagai isterinya. Dalam novel ini Harris sudah punya kekasih dan pastinya cabaran dalam perkahwinan adalah kekasih Harris si Zaza seorang model terkenal.
Novel ini mencuit hati sebenarnya dengan gaya bahasanya yang santai dan menggelikan hati membuatkan aku tersenyum sendiri tatkala membacanya. Ceritanya makin menarik bila Harris dan Azreen memulakan misi mencari adik-adik mereka yang lari semasa majlis perkahwinan dan menyebabkan mereka menjadi mangsa untuk menggantikan tempat mereka.
Macam-macam yang terjadi sepanjang mereka memulakan misi mencari Izyan dan Iqram. Oh ya, ada terselit Remy Ishak dalam novel ini di hujung-hujungnya. Kelakar.
Apa pun, novel ini masih lagi menghiburkan dan boleh dihadamkan. Pastinya boleh buat hilang stres sebab ceritanya menghiburkan dengan gaya penulisannya sebab mampu buat aku tersenyum. Walaupun begitu, ada sisi baik yang boleh diambilkira. Ada pengajaran yang terselit dalam naskhah ini kalau kita betul-betul menghayati. Perancangan manusia tidak semestinya akan menjadi seperti yang dirancang.
Best best ! kelakar dengan perangai cik Reen yg gila-gila dgn en Harris yg ngokngek. kalau dh jodoh, umpama ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu jua.
2.8* Beli buku ni walaupun dah tengok drama adaptasinya. Ternyata versi drama lagi menarik. Mungkin kerana pemilihan pelakon yang sesuai. . Saya nak lepaskan naskhah ini. Mesej je di fb jika berminat nak beli.
1* kerana buat saya ketawa dgn kesengalan reen dan Harris en.ngok ngek. 1 * lagi kisah kekeluargaan. mcm mana mrh pun reen dan Harris terhadap adk msg-msg, mereka masih mencari dan mengambil berat. 1* lagi watak pembantu yg memeriahkan cerita INI. watak tok dan tok wan reen yg pnh nasihat. nasihat org tua ni patut diambil sebagai panduan. 1* bintang utk nadrah dan anum. si cilik yg mulut byk. betul-betul buat saya ketawa dgn keletah mereka. 1* utk pengembaraan yg pnh mengujakan. mcm-mcm hal.best
The Misadventures of Cik Reen & En Ngok Ngek by Maya Adira. .
okayyy..ni sebuah kisah cinta yang sengal. kalau tengok drama kat tv pun, aku rasa lebih kurang je kesengalannya. .
ni kisah tentang Haris dan Reen yang terpaksa kahwin untuk menggantikan adik mereka yang dah melarikan diri. pada masa yang sama, Haris ni dah ada buah hati pengarang jantung. .
okayy, basically, tema cerita ni almost the same dengan cerita lain. tapiiiii.... .
yang aku suka ialah bila bahagian pengembaraan Reen dan Haris mencari adik dorang tu. sampai terjumpa ngan penyamun, ngan hantu bagai. itu yang sebenarnya mengeratkan hubungan dorang tu. .
tapi, ada la jugak yang aku kurang suka. contohnya, part kahwin ganti ni. aku jadi geram ngan parents dorang. macam manalah sanggup korbankan perasaan anak semata-mata nak tutup malu. hurm .
Menarik.. Suka dengan adventure harris dan reen masa nak cari izyan dan ikram.. Memacam dugaan betul dia org hadapi.. Dlm perjalanan ini laa timbul rasa syg dlm diri harris dan reen.. Apa yg berlaku ada hikmahnyaa..
Novel ini diadaptasi kepada drama. Jalan cerita yang menarik - ada pengajaran dan ada unsur komedi. Jodoh itu ketentuan dan rahsia Illahi. Kadang-kadang kita lupa akan hakikat ini dan terlanjur menyusun kehidupan mengikut kata hati.
Aku tau pasal cerita ni dr drama tv. Mula2 aq agak ragu2 cerita ni best ke idok tapi perghh....BEST AMAT SANGAT!!!!!
Hero and heroin kene kawen bila adik diorg ni blh lari lak..sesi merajuk..pastu yg laki pon sibuk lari cari tunang die...majlis kene diteruskan...so ustaz suggest digantikan pengantin dgn abg and kakak pengantin.. hero dah ade gf time tu tp si gf ni nak kejar kerjaya dlu...xnak kawen... so berkahwin la mereka dgn niat nak cover malu both family..
After kahwin, diorg ni cari la adik2 diorg...sepanjang perjalanan, banyak la benda jadi..diorg dua ni mmg jnis gaduh je sbb diorg memang tak ngam dari 1st meet lagi... Sikit2, heroin fall to hero..tp hero kan ade gf, so die keep on remind saying that he will lepaskna bini die sbb die mmg setia mati la kat gf die tu konon...
After awhile, jumpa la dgn adik2 diorg and plan asal supposed they both berpisah but dan2 la ade je benda jadi... kecik hati aq time hero bawak gf die g dinner instead of bini die..perasaan aq time tu mcm..auchhh..its hurt biila bini die dtg gak dinner tu with family mertua die... bestnye..heroin jnis tenang...chill..yg meroyan lebih gf hero tu...geram je aq...
BEST GILER WEI...mmg i enjoy it so much!!! recommended.
Beli di Pesta Buku KL 2017. Berkorban untuk keluarga tercinta.. Kawin tanpa cinta ramai je yg buat.. Benarlah bila akad sudah dilafazkan allah swt akan mencampakkan rasa kasih sayang itu pada suami isteri. Hati itu sifatnya berbolak balik.. Untuk memenangi hati seseorang berdoalah kepada pemegang kunci hati semua makhluk iaitu allah swt.. Benarlah org cakap, kita kdg kala tdk sedar yg kita telah jatuh cinta sehingga org lain yg menegurnya..
Terhibur dgn gaya en ngok ngek dgn cik reen tp sangat suka dgn watak dua budak kecik dari taska reen tu..hahahahah..alahai cik reen aka cik Murai🤣🤣🤣 Menyampah juga dgn en ngok ngek mempermainkan perasaan wanita...gerammmmm Rasa hormat dan sayang kpd Famili ada masanya menuntut kepercayaan, masa, cinta dan tanggungjawab. At times the worst decision will lead to a beautiful journey😄😄😄 (Baca buku ni jam 8.30am-12.30pm)😜😜😜
For the first time baca karya penulis. Mula mula memang rasa macam klise tapi bila baca macam mana watak hero & heroin meredah segala masalah semata mata nak cari adik masing masing itu yang buat saya tertarik. Omg. Sumpah suka gila dengan novel ni!! Memang akan baca repeat! Sakit perut jangan cakap lah. Asyik tersengih sengih baca. Eeeee kenapalah lambat sangat tahu pasal novel ni. Memang kasi 5 bintang!! hehehe
Sy baru tau psl novel sebab ada yg dok recs di TT. Bacaan santai yg buat kita rasa nak tau apa disebalik misadventures tu.. Semua sebab adik masing2 buat perangai, mereka terpaksa kahwin..
Karakter Reen yg garang tapi hati tisu membuatkan Harris jatuh cinta dalam diam tapi ego. Susah yaa laki bila suka2 ni tapi ego geram jadi hahaha
Novel agak tebal and tak terasa sebab setiap chapter sy jadi excited and tak sabar2 nak tau apa jadi next. Good job author buat novel sweet2 mcm ni.. love
Cerita cliche sebab kena kahwin paksa tapi jalan cerita fun je baca hehe. Geram dengan watak Haris yang suka bagi janji palsu dan Izyan yang tak matang. Kesian Reen selalu jadi mangsa keadaan. Mula mula sebab adik lepastu sebab suami. Kalau nak baca versi eBook boleh beli dekat sini https://www.e-sentral.com/book/info/2...
Bersatu demi menjaga maruah yang hampir tercalar disebabkan perangai gila-gila adik mereka.. Perkahwinan yang bersifat sementara namun kebersamaan mereka mendekatkan hati mereka.. Bila telah ditakdirkan, tiada siapa yang mampu mengahalang.. Ada kelakar namun Sha agak jengkel dengan perangai En. Ngok Ngek.. Geram je membacanya..